• Mohd Asri Zainal Abidin Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
1 / 1
SHAH ALAM -  Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif  elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat.

Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.

“TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya.

“...tahun 2014 tarif elektrik baru bermula.. 2015 GST bermula.. rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai.

“Jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan rakyat kencing manis.. kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan penyakit apa pula?” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Semalam Bernama melaporkan subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen/KWJ.

Hukum Minta Perlindungan Dengan Jin

 by

pokok_berhantuAmat terkenal di dalam masyarakat orang-orang Melayu apabila masuk ke dalam hutan atau tempat-tempat yang dirasakan kononnya ada penunggu, mereka akan berkata “TABIK DATUK ANAK CUCU CICIT NAK TUMPANG LALU” dan sebagainya. Ianya dikatakan sebagai meminta izin atau perlindungan daripada bangsa jin, bimbang-bimbang kalau diapa-apakan oleh mereka.
Cara seumpama ini sebenarnya sama dengan apa yang berlaku di zaman Jahiliah dahulu, iaitu apabila orang Arab pergi ke lembah atau tempat yang terpencil di padang pasir mereka meminta perlindungan daripada ketua jin di lembah berkenaan sebagaimana mareka memasuki rumah musuh mereka, maka mereka memohon perlindungan daripada golongan itu.




Jin apabila mendapati ada manusia yang memohon perlindungan kepada mereka maka bertambahlah pada diri mereka rasa sombong dan keangkuhan mereka. Sebaliknya bagi manusia ia bertambah dosa dan kesalahan kerana keyakinan mereka terhadap kuasa jin dan bukannya kepada pertolongan Allah.
Firman Allah SWT bermaksud : “Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Surah Jin : 6)
Al-Qurtubi menjelaskan di dalam tafsirnya, sesungguhnya orang yang pertama meminta izin daripada golongan ini ialah satu kaum daripaga orang-orang Yaman. Setelah itu puak-puak daripada Bani Hanifah, kemudian tersebar luas di kalangan bangsa Arab. Apabila datangnya Islam mereka bertukar akidah kepada memohon perlindungan daripada golongan jin kepada memohon pertolongan kepada Allah SWT dan meninggalkan memohan perlindungan kepada golongan jin itu.
Ibnu Kathir membawa kata-kata As-Suddii dalam perkara ini bahawa di zaman dahulu seorang lelaki keluar dari rumah menuju ke suatu tempat sambil berkata: “Aku berlindung kepada tuan lembah ini daripada bangsa jin sama ada hartaku, anak-anakku atau binatang ternakanku”
Sebanarnya apabila jin melihat manusia mereka merasa takut dan bertempiaran lari. Sebaliknya apabila mereka melihat manusia juga takut maka mereka akan membuat sesuatu terhadap manusia. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa memohon perlindungan kepada jin ini adalah kufur sebagaimana yang dikatakan oleh Said bin Jubair: “Bertambah kufurnya manusia itu apabial melakukan permohonan perlindunagn seumpama ini”.
Maka perbaikilah iman dan amal ibadah kita andai hari-hari sebelum ini banyak sudah kita tersasar daripada landasan hidup bersyariat.

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung- mai baca sat!

Isu sebenar yg berlaku di Syiria..

3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Beranding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, kematian rakyat palastine 60 ribu org alam tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria di mana bumi Syria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine..
Tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom. Masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syiria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi  beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:

Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya

Fakta wasukalu
Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.
Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja. 
Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.
Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria
1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.

7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta.

Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.

8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa di akhir zaman.

Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibantu seperti mana bantuan kita kepada Palestine.

Ingat yahudi ingat syiah, 
Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu

Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana?
Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?

Yusuf Al-Qardawi Letak Jawatan Bantah Sheikul Azhar Sokong Kudeta

Ulama terkemuka kelahiran Mesir Sheikh Yusuf al -Qaradawi telah meletakkan jawatan di dalam Majlis Ulama Kanan Al-Azhar, badan yang paling berwibawa dari institusi agama berprestij yang berpusat di Kaherah.

Dalam satu kenyataan hari ini, al- Qaradawi berkata peletakan jawatannya bertujuan untuk "mengesahkan pendirian yang diambil oleh ulama bebas."

"Saya mengemukakan perletakan jawatan saya ... kepada rakyat Mesir yang hebat, bukan kepada Imam Besar yang memiliki Azhar, " kata al -Qaradawi, yang juga merupakan Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam.

Ulama terkemuka itu terus menegaskan bahawa jawatan Imam Besar Al-Azhar - sepertimana presiden - "telah dirampas oleh kuasa tentera".

Imam Besar Al -Azhar Ahmed Tayeb telah secara terbuka menyokong kudeta 3 Julai yang mengguling presiden yang dipilih rakyat, Mohamed Morsi.

Beberapa bulan sejak itu, al- Qaradawi telah menjadi pengkritik lantang terhadap penyingkiran Morsi dan berulang kali mengecam pemerintah baru yang disokong tentera Mesir.

Ulama yang berpangkalan di Qatar juga telah membidas kegagalan al-Tayeb untuk menjemput Anggota Majlis Ulama Kanan bermesyuarat membincangkan kejadian "pembunuhan beramai-ramai dan insiden kematian yang telah mengganasi rakyat Mesir, terutamanya penyuraian demonstrasi bantah dan duduk di Rabaa dan Nahda."

Pada 14 Ogos lalu, beratus-ratus penunjuk perasaan pro- Morsi terbunuh apabila pasukan keselamatan secara ganas membersihkan dua kemah demonstran di di Rabaa al- Adawiya dan dan dataran Nahda.

Kenaikan Tol Naik 2014 di Malaysia : Pampasan RM400 Juta Tidak Mampu Dibayar Kerajaan Kepada Pemegang Konsesi Lebuhraya!


Tol Naik 2014
Kenaikan tol naik 2014 : Bersiap sedia rakyat Malaysia untuk menghadapi gelombang seterusnya kenaikan tol naik 2014 di Malaysia tidak lama sahaja lagi. Jika anda pernah mengikuti Berita Semasa daripada dahulu lagi, pasti anda masih ingat lagi berita mengenai laporan antara bisnes yang menguntungkan dan lumayan melibatkan taikun-taikun kaya di Malaysia, (SEPERTI DI SINI).
Hampir pasti akan terus untung dan untung dan tanpa kerugian yang dijamin oleh kerajaan. Inilah antara bisnes modal untuk penyedia konsesi lebuhraya di Malaysia selama ini. Indah bukan bunyinya? Nah…
Kenaikan Kadar Tol
Nah….sekarang ini, akibat dek tidak tertahan dan “tidak mampu” untuk membayar pampasan bernilai ratusan juta ringgit bagi mengelakkan pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia terus mengumumkan naik tol 2014 setiap 3 tahun sekali lebih-lebih lagi melihatkan kewangan negara yang agak tenat ketika ini, akhirnya kerajaan terpaksa “menghalalkan” perbuatan pemegang konsesi tol di Malaysia menaikkan kadar tol naik 2014 tidak lama sahaja lagi yang akhirnya bakal ditanggung oleh anda-anda di sini…

Semak Senarai Kenaikan Tol Naik 2014 di Malaysia?

Antara senarai tol yang terlibat dengan kenaikan kadar tol kali ini :
  1. Tol Lebuhraya BESRAYA
  2. Tol Lebuhraya NPE
  3. Tol Lebuhraya LDP
  4. Tol Lebuhraya AKLEH
  5. Tol Lebuhraya BORR
  6. Tol Lebuhraya SILK
  7. Tol Lebuhraya MEX
  8. Tol Lebuhraya LEKAS
  9. Tol Lebuhraya SDE
  10. Tol Lebuhraya SPRINT
  11. Tol Lebuhraya SKVE
  12. Tol Lebuhraya SMART
  13. Tol Lebuhraya GCE
Jadi apa alasan yang telah diberikan kerajaan bagi menghalalkan tindakan kenaikan tol naik 2014 kali ini menyertai bersama bahang kehangatan kenaikan harga yang lain. Skrip telah disediakan, tetapi persoalannya adakah alasan yang diberikan boleh diterima atau tidak oleh rakyat Malaysia?
“If we do not raise the rates, there will be financial implications to the government could gain more than RM400 milion in unpaid compensation, which could be used to fund infrastructure projects in rural areas as well as to upgrade federal roads”
Benarkah? Kami pulangkan persoalan ini untuk dijawab oleh anda di ruangan komen di bawah ini.
Apabila berlakunya kenaikan tol naik selepas ini, semestinya tambang tiket bas pun akan turut naik sama. Dan tidak lupa juga harga barang di Malaysia yang akan turut terkesan dek kerana kos pengangkutan barangan telah melonjak naik yang mana akhirnya bebannya akan dipulangkan kepada anda, anda di sini. Apa pandangan anda pula dengan berita kenaikan tol naik 2014 kali ini?

 

Chef Wan Mengamuk Dengan 'Laksa Nyonya' RM40 Dari Sebuah Hotel Terkemuka Di KL. Kenapa?

Chef selebriti paling terkenal di Malaysia, Chef Wan dikatakan bengang kerana kualiti hidangan tradisi Malaysia tidak mencapai piawaian. Apa cerita ni?
Thumb 34cf

Chef Wan Kecewa Terhadap Kualiti 'Laksa Nyonya' Dari Sebuah Hotel 5 Bintang Melalui Instagram Beliau

Last updated by heaven85 less than a minute ago
  • Chef selebriti Malaysia iaitu Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dipercayai mengamuk di laman Instagram-nya selepas menikmati hidangan di sebuah restoran. Amukannya itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pengikut laman sosialnya dan rata-ratanya menyokong tindakan Chef Wan yang ingin melaporkan ketidakpuashatiannya terhadap restoran itu.
  • Sewaktu di restoran tersebut, Chef Wan telah memesan hidangan Laksa Nyonya, namun setelah menerima pesanannya, Chef Wan terkejut kerana apa yang diterimanya tak ubah seperti mee kari biasa dengan rempah yang pekat. Mahir dalam bidang masakan, Chef Wan mendakwa bahawa restoran tersebut telah menggunakan resipi yang salah dan dia turut menggambarkan rasa hidangan tersebut hampir sama dengan rasa makjun.

Deskripsi "Laksa Nyonya" Berharga RM40 Dalam Menu Hotel 5 Bintang Mandarin Oriental

Last updated by heaven85 42 minutes ago

Gambar Sebenar Laksa Nyonya Yang Telah Dihidangkan Kepada Chef Wan

Last updated by heaven85 4 minutes ago

"Mereka hidang saya versi Mi Kari dan bukannya Laksa Nyonya"

Last updated by heaven85 about 1 hour ago

"Hotel ini boleh menipu pelanggan lain, tapi tak boleh tipu saya dengan hidangan ini!"

Last updated by heaven85 43 minutes ago
  • Chef Wan mengakui dia kecewa dengan sikap chef yang malas dalam menyediakan masakan dan mahu mereka dihukum. Merasakan dirinya ditipu, Chef Wan telah berjumpa dengan pengurus restoran tersebut dan menyekolahkan pihak restoran tersebut.

Apa Komen Orang Ramai Tentang Perkara Tersebut?

Last updated by heaven85 about 1 hour ago

Bagi Mereka Yang Ingin Tahu Cara Memasak Laksa Nyonya Yang Sebenar, Ini Video Resipinya...

Last updated by heaven85 less than a minute ago

Apa Komen Anda, Macam Inikah?

Last updated by heaven85 about 1 hour ago

Peguam Negara Arah Kes Remaja Kahwin Muda Yang Dirogol Dibuka Semula

Written By canang on Rabu, 4 Disember 2013 | 12/04/2013 12:31:00 PG


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan kertas siasatan berhubung kes rogol beramai-ramai seorang gadis bawah umur di Kedah dibuka semula sebelum dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Berikutan itu, Peguam negara memberikan tempoh seminggu kepada polis untuk mengemukakan hasil siasatan berhubung kes itu kepada Pejabat Peguam Negara. Menurutnya, kes itu diarahkan dibuka semula selepas ia mendapat perhatian daripada orang awam yang mengambil berat terhadap insiden berkenaan. “Setakat ini, kita menerima kertas siasatan mengenai keterangan mangsa, bapa dan ibu saudara mangsa serta doktor, selain laporan perubatan. “Pada masa sama, polis turut diarahkan mendapatkan keterangan tambahan lain berhubung kes ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Bagaimanapun, Abdul Gani berkata, sekiranya bukti tidak mencukupi, kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah. Awal November tahun lalu, seorang remaja perempuan menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda bersama pasangannya sekali gus mendapat perhatian daripada orang ramai. Remaja perempuan terbabit Nor Fariza Saad dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias di Masjid Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah ketika berusia 12 dan 19 tahun. Bagaimanapun, pada 11 November lalu pasangan terbabit dilaporkan bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, Bapa Nor Fariza mendakwa anaknya dirogol dua remaja diikuti rakan mereka iaitu bakal suaminya, Mohd Fahmi empat bulan sebelum tarikh perkahwinan. Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa Mohd Fahmi yang merayu supaya laporan ditarik balik. Abdul Gani berkata, polis sudah mengambil tindakan terhadap kes berkenaan di mana dua daripada tiga suspek ditahan, manakala seorang lagi belum dapat dikesan. “Dua suspek dibawa ke mahkamah dan seorang daripadanya mengaku bersalah serta dihukum selama satu tahun di sekolah pemulihan akhlak. “Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya atas sebab tertentu ketika itu menarik balik kes berkenaan,” katanya. -