KUANTAN HAMPIR LUMPUH ... SAMPAIKAN MAHKAMAH KUANTAN SUDAH MENJADI TEMPAT AIR TERJUN TAPI PEMIMPIN UMNO/BN LANGSUNG TIDAK NAMPAK MUKA!!!
Bandar Kuantan,Pahang sudah lumpuh di landa banjir besar .. malahan tidak salah dikatakan antara yang terbesar pernah melanda Kuantan sekian lama.
Omak Kau mendapat khabar berita betapa Menteri Besar Pahang dan Najib Razak langsung tidak nampak batang hidung... Mohon penjelasan dari pihak berwajib.
Banjir di T'ganu, Pahang, Johor semakin buruk
Keadaan
banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini dengan
kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak
semalam.Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal semalam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata seorang kanak-kanak (masih belum diketahui jantinanya) pula dikhuatiri hilang di Kijal akibat limpahan air pasang besar.
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini.
Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.
Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.
Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.
Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.
Di KUANTAN, sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang.
Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Rompin mencatatkan jumlah pemindahan banjir paling ramai iaitu 2,595 orang dari 23 kampung dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan di daerah itu.
Di Pekan, 341 mangsa dari enam kampung dipindahkan ke enam pusat pemindahan manakala di Kuantan 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.
Di Maran, 801 mangsa banjir dari sembilan kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Beliau berkata keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga kini.
"Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter," kata jurucakap itu.
Beberapa jalan lain juga kini ditutup kepada kenderaan ringan berikutan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter termasuk Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, Km16 Jalan Pekan-Nenasi, Km9 Jalan Pekan-Nenasi dan Km64 Jalan Maran-Jerantut.
Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.
Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.
Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang.
Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.
Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini.
-Bernama
MAAFLAH TENGGELAM AIR .. LAGUNILAH DUDUK BAWAH PAS !!! .. TERMINAL SENTRAL KUANTAN LUMPUH TERUS DI TENGGELAMI AIR GARA-GARA BANJIR!!!
Bukan niat Omak Kau nak suka sakan gembira sebab Kuantan lumpuh sebab ditenggelami air .. Ikhlas dan jujur Omak Kau amat bersimpati dengan warga Kuantan yang sedang di timpa musibah banjir yang amat teruk sekali sehinggakan Terminal Sentral Kuantan (TSK) lumpuh di tenggelami air sekurang-kurangnya melebehi 1.5 meter.
Sekadar memberi ingatan kepada macai UMNO yang menaikkan kain rentang di Kelantan tahun lepas dengan ayat berbunyi .. "MAAFLAH TENGGELAM AIR LAGUNILAH DUDUK BAWAH PAS".
Niatnya tidak lain tidak bukan ingin memberitahu dunia betapa duduk dibawah pemerintahan PAS negeri Kelantan di tenggelami air.
Nah sekarang bandar Kuantan lumpuh khususnya Terminal Sentral Kuantan nak kata apa sekarang ... Adakah Kuantan, Pahang dibawah pemerintahan PAS?
Terminal Sentral Kuantan (TSK) yang menjadi nadi kepada pengangkutan awam dari bandar ini ke seluruh negara, lumpuh sama sekali akibat banjir yang melanda hari ini.
Tinjauan mendapati, tingkat bawah TSK yang menempatkan ruang berlepas ditenggelami air lebih satu meter akibat hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak awal pagi tadi.
Turut terlibat ialah pejabat TBS sendiri, gerai-gerai jualan, kiosk dan termasuk juga beberapa buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir.
Terminal bas yang baru dirasmikan Najib Tun Razak itu mula beroperasi menjelang Hari Raya Aidil Fitri lalu.
Tambah parah lagi air yang datang turut meruntuhkan tembok yang terpampang nama Terminal Sentral Kuantan.
Kalau pun amat bencikan PAS tetapi berpada-padalah sikit .. Akhirnya kutukkan caci cerca hina makan diri sendiri.
Waspada bila kereta dihimpit
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu kini sedang memburu lima lelaki
yang merupakan ahli kepada satu kumpulan penjenayah yang aktif melakukan
jenayah samun, melarikan dan merogol mangsanya di sekitar Dungun serta
Kemaman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, polis menubuhkan satu pasukan khas memburu suspek selepas menerima tiga laporan insiden itu iaitu dua di Dungun dan satu di Kemaman, awal pagi kelmarin.
Menurutnya, kejadian pertama dilaporkan berlaku pada jam 3 pagi, Ahad lalu di Bukit Chatak, Dungun membabitkan tiga lelaki dan dua wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan.
“Kereta yang dipandu pengadu berusia 20 tahun kemudian dihimpit dua kereta jenis Honda dan mereka diarahkan berhenti. Kemudian keluar salah seorang lelaki dari kereta memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta pengadu mengikut mereka.
“Suspek akhirnya memandu kereta pengadu sebelum bertindak merampas lima telefon bimbit milik pengadu dan rakan-rakannya,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini semalam.
Manoharan berkata, ketika tiba di Jalan Durian Mentangau pada jam 4.15 pagi, suspek yang memandu Proton Satria milik pengadu bertindak melanggar sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak
iparnya.
Menyedari keretanya dilanggar, lelaki itu memberhentikan kenderaannya dan suspek mengambil peluang memaksa kakak iparnya mengikut mereka serta merampas telefon bimbit wanita tersebut.
Bagaimanapun, wanita yang baru berkahwin itu bernasib baik kerana suspek meninggalkannya di tepi jalan selepas satu kilometer dari lokasi kejadian dan melakukan perkara sama terhadap tiga lelaki yang ditahan di Bukit Chatak.
“Suspek kemudian membawa dua wanita berusia 20 tahun itu ke sebuah rumah tumpangan di Jalan Kenanga lalu merogol mereka di situ. Dua lagi rakan suspek turut merogol mangsa dan selepas itu, pada jam 10 pagi suspek membawa mangsa ke
Durian Mentangau bagi urusan menukar nombor plat kenderaan.
“Ketika itulah mangsa mengambil kesempatan melarikan diri meminta bantuan daripada seorang penduduk di situ dan segera datang membuat laporan polis,” katanya.
Selain laporan dua wanita itu, Manoharan memberitahu, sepasang suami isteri turut membuat laporan bahawa keretanya dihimpit oleh kereta Honda kira-kira jam 1.55 pagi semalam ketika berada di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal, Kemaman.
Bagaimanapun, pasangan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu itu tidak berhenti dan berjaya melepaskan diri daripada suspek yang dipercayai dari kumpulan sama.
Berikutan laporan itu, polis kemudian berjaya menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang merupakan ketua kumpulan tersebut bersama rakan seorang warga Indonesia di rumah bapa saudaranya di Gong Pasir, Dungun, jam 11.30 pagi semalam.
Turut dirampas adalah sebuah Honda Civic nombor pendaftaran WWW1861 yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut.
Menurut Manoharan, dengan tangkapan itu pihaknya sedang memburu lima lagi suspek yang mana empat daripadanya sudah dikenal pasti.
“Kumpulan ini mula mahu bertapak di sini dan kita anggap ia sebagai serius kerana melibatkan kes samun, melarikan orang dan rogol. Oleh itu kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai suspek dicari segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan, Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 367 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang.
KOTA BHARU - Jenayah seksual di Kelantan amat meruncing berikutan kes
berkenaan mencatat hampir 200 kes di negeri ini yang melibatkan remaja
berusia 12 hingga 16 tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perlakuan itu melibatkan golongan remaja memandangkan mereka mudah terpengaruh.
“Faktor ingin mencuba untuk mendapatkan keseronokan tanpa memikirkan kesan dan akibat, punca mereka terjebak dalam perlakuan tidak bermoral.
“Ramai remaja di negeri ini mudah terdorong melakukan jenayah seksual, akibat pengaruh pil kuda,” katanya pada sidang media di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Balai Polis Komuniti di RTC, Tunjong, di sini.
Balai yang beroperasi 24 jam itu menyediakan perkhidmatan seperti balai lain, bagi memudahkan peniaga dan orang ramai di kawasan sekitar bertemu polis dan melaporkan aduan jenayah.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rusli Ahmad; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner Azham Othman.
Sementara itu Jalaluddin berkata, semua pihak memainkan peranan bagi membanteras gejala berkenaan agar remaja tidak terus hanyut dalam kancah tidak bermoral yang menjadi penyumbang utama jenayah di negeri ini.
“Isu ini perlu diberi perhatian serius. Jika mereka terlibat penagihan pil kuda, mereka tergolong dalam jenayah tiga serangkai yang juga melibatkan kes curi kenderaan termasuk kereta dan motosikal dan terdorong melakukan jenayah seksual (rogol),” katanya.

Jenayah seksual meruncing
- Jalaluddin menandatangani plak sempena perasmian Balai Polis Komuniti di RTC semalam, sambil diperhatikan Mazlan (kanan) dan Azham (tengah). - FOTO: KHIRU SHALEH ABDULLAH
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perlakuan itu melibatkan golongan remaja memandangkan mereka mudah terpengaruh.
“Faktor ingin mencuba untuk mendapatkan keseronokan tanpa memikirkan kesan dan akibat, punca mereka terjebak dalam perlakuan tidak bermoral.
“Ramai remaja di negeri ini mudah terdorong melakukan jenayah seksual, akibat pengaruh pil kuda,” katanya pada sidang media di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Balai Polis Komuniti di RTC, Tunjong, di sini.
Balai yang beroperasi 24 jam itu menyediakan perkhidmatan seperti balai lain, bagi memudahkan peniaga dan orang ramai di kawasan sekitar bertemu polis dan melaporkan aduan jenayah.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rusli Ahmad; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner Azham Othman.
Sementara itu Jalaluddin berkata, semua pihak memainkan peranan bagi membanteras gejala berkenaan agar remaja tidak terus hanyut dalam kancah tidak bermoral yang menjadi penyumbang utama jenayah di negeri ini.
“Isu ini perlu diberi perhatian serius. Jika mereka terlibat penagihan pil kuda, mereka tergolong dalam jenayah tiga serangkai yang juga melibatkan kes curi kenderaan termasuk kereta dan motosikal dan terdorong melakukan jenayah seksual (rogol),” katanya.
Didakwa rogol gadis bawah umur
KUANTAN – Seorang pembantu kedai restoran di ibu negara, dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen Kuantan, kelmarin atas dakwaan merogol seorang gadis
bawah umur, lima tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Shafiq Basiar, 20, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan merogol mangsa, yang pada ketika kejadian berusia 15 tahun di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Pahlawan, Kota Perdana, Paloh Hinai, Pekan, pada 15 Disember 2008 lebih kurang 12.30 tengah malam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Walaupun pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan kes tersebut terlalu serius namun hakim berpendapat mahkamah masih boleh mengenakan budi bicara.
Selepas pengakuan direkodkan, Zainal menetapkan 10 Januari depan tarikh sebutan semula kes.
KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara enam
tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas
mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu menculik dan merogol seorang
gadis bawah umur yang dipercayai teman wanitanya.
Bagi pertuduhan pertama, Rudy Ansyah Nur, 27, beralamat di Subang Jaya, Selangor, mengaku bersalah menculik mangsa yang ketika itu baru berusia 13 tahun dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.
Tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan rumah, Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 17 Januari 2012, kira-kira jam 9.30 pagi.
Dia didakwa di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Rudy Ansyah turut mengaku bersalah merogol mangsa pada Januari lalu, kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Sejurus pengakuan bersalah kedua-dua pertuduhan direkodkan, Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memutuskan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi kesalahan menculik, hukuman sama juga atas kesalahan merogol.
Bagaimanapun, Wan Fadhilah Nor memerintahkan agar hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan itu berjalan serentak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.
Berdasarkan fakta kes, semasa berada di rumah di Kampung Padang Setenga, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira jam 9.30 malam 17 Januari lalu, ibu mangsa mendapati mangsa tiada di dalam biliknya.
Sejurus itu, ibu mangsa bertanyakan kepada kawan-kawan anaknya itu sebelum dimaklumkan mangsa keluar rumah mengikut kawan lelakinya yang dipanggil Rahmat, dipercayai lelaki Sabah.
Pada 18 Januari lalu, lebih kurang jam 5.30 pagi, ibu mangsa menerima panggilan daripada seorang lagi anaknya yang berada di Kuala Lumpur memaklumkan mangsa ditemui di Kuala Lumpur bersama teman lelakinya itu dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Hasil siasatan, mangsa menceritakan dia keluar dari rumah mengikut teman lelakinya untuk lari ke Kuala Lumpur dan berkahwin di sana.
Mangsa juga membuat pengakuan sudah melakukan hubungan seks beberapa kali di rumahnya sebelum ini.
Kejadian kali pertama berlaku di rumah mangsa pada awal 2012, tertuduh merogol mangsa di biliknya sebelum perbuatan itu terbongkar selepas disedari ibu mangsa yang ketika itu terkejut mendapati mereka sedang tidur berbogel di dalam bilik.
Susulan kejadian itu, ibu mangsa nekad menghantarnya mendapatkan pendidikan agama di sebuah sekolah pondok.
Bagaimanapun, keputusan itu menyebabkan tertuduh nekad membawa lari mangsa untuk diajak berkahwin di Kuala Lumpur.
Tertuduh dan mangsa ditahan polis ketika berada di Hentian Bas Putra Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Shafiq Basiar, 20, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan merogol mangsa, yang pada ketika kejadian berusia 15 tahun di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Pahlawan, Kota Perdana, Paloh Hinai, Pekan, pada 15 Disember 2008 lebih kurang 12.30 tengah malam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Walaupun pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan kes tersebut terlalu serius namun hakim berpendapat mahkamah masih boleh mengenakan budi bicara.
Selepas pengakuan direkodkan, Zainal menetapkan 10 Januari depan tarikh sebutan semula kes.
Culik, rogol gadis bawah umur
- Rudy Ansyah dipenjara enam tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
Bagi pertuduhan pertama, Rudy Ansyah Nur, 27, beralamat di Subang Jaya, Selangor, mengaku bersalah menculik mangsa yang ketika itu baru berusia 13 tahun dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.
Tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan rumah, Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 17 Januari 2012, kira-kira jam 9.30 pagi.
Dia didakwa di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Rudy Ansyah turut mengaku bersalah merogol mangsa pada Januari lalu, kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Sejurus pengakuan bersalah kedua-dua pertuduhan direkodkan, Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memutuskan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi kesalahan menculik, hukuman sama juga atas kesalahan merogol.
Bagaimanapun, Wan Fadhilah Nor memerintahkan agar hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan itu berjalan serentak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.
Berdasarkan fakta kes, semasa berada di rumah di Kampung Padang Setenga, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira jam 9.30 malam 17 Januari lalu, ibu mangsa mendapati mangsa tiada di dalam biliknya.
Sejurus itu, ibu mangsa bertanyakan kepada kawan-kawan anaknya itu sebelum dimaklumkan mangsa keluar rumah mengikut kawan lelakinya yang dipanggil Rahmat, dipercayai lelaki Sabah.
Pada 18 Januari lalu, lebih kurang jam 5.30 pagi, ibu mangsa menerima panggilan daripada seorang lagi anaknya yang berada di Kuala Lumpur memaklumkan mangsa ditemui di Kuala Lumpur bersama teman lelakinya itu dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Hasil siasatan, mangsa menceritakan dia keluar dari rumah mengikut teman lelakinya untuk lari ke Kuala Lumpur dan berkahwin di sana.
Mangsa juga membuat pengakuan sudah melakukan hubungan seks beberapa kali di rumahnya sebelum ini.
Kejadian kali pertama berlaku di rumah mangsa pada awal 2012, tertuduh merogol mangsa di biliknya sebelum perbuatan itu terbongkar selepas disedari ibu mangsa yang ketika itu terkejut mendapati mereka sedang tidur berbogel di dalam bilik.
Susulan kejadian itu, ibu mangsa nekad menghantarnya mendapatkan pendidikan agama di sebuah sekolah pondok.
Bagaimanapun, keputusan itu menyebabkan tertuduh nekad membawa lari mangsa untuk diajak berkahwin di Kuala Lumpur.
Tertuduh dan mangsa ditahan polis ketika berada di Hentian Bas Putra Kuala Lumpur.
Bekas banduan mengaku rogol
JOHOR BAHRU - Seorang bekas banduan dijatuhi hukuman 20 tahun dan 16
sebatan selepas mengaku bersalah di mahkamah sesyen, di sini, atas dua
pertuduhan merogol pada September dan Oktober lalu.
Tertuduh, Sazali Darus baru dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan atas kesalahan sama pada 2001, membuat pengakuan bersalah itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.
Bagi pertuduhan pertama, Sazali yang tidak diwakili peguam bela didakwa merogol seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah hotel di Taman Tebrau Jaya di sini kira-kira jam 7.05 malam hingga 8.30 malam, 12 September lalu.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di hotel sama, kira-kira jam 11.30 malam hingga 12.30 malam, 26 Oktober lalu.
Sazali didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.
Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana masih tidak insaf atas kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.
Katanya, hukuman berat perlu kerana tertuduh adalah seorang yang berbahaya dan tidak boleh berada berdekatan masyarakat, selain menjadi teladan kepada masyarakat.
Muhammad Jamil kemudian menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan lapan sebatan terhadap kedua-dua pertuduhan dengan setiap hukuman dilaksanakan secara berasingan.
RAUB - Polis sifatkan kes samun dan rogol yang berlaku di bandar ini
pada 30 September lalu sudah selesai dengan tertangkapnya dua lelaki
berusia lingkungan 30an dan salah seorang daripadanya merupakan suspek
utama kes itu pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada 23 Oktober lalu, polis Raub dengan bantuan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Puchong, Selangor.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas lelaki tersebut, polis menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Alcatel dipercayai kepunyaan mangsa samun dan rogol.
“Hasil soal siasat mendapati lelaki itu membeli telefon bimbit tersebut daripada seorang lelaki yang juga merupakan suspek utama kes ini,” katanya.
Menurutnya, dengan bantuan lelaki yang ditahan itu, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek di Kawasan Perindustrian Taman Pinggiran Mas, Puchong.
“Hasil soal siasat ke atas lelaki yang berasal dari Kedah itu, suspek mengaku telah melakukan jenayah samun dan rogol di asrama pekerja Tunas Manja pada 30 September lalu.
“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau termasuk masih dikehendaki bagi kes dadah, dibuang daerah, kecurian harta benda, dan mencabul wanita,” katanya.
Suspek dibawa ke IPD Raub dan direman hingga 31 Oktober ini manakala seorang lagi lelaki ditahan di IPD Serdang.
Pada 30 September lalu sekitar jam 9 pagi, suspek telah menceroboh sebuah asrama pekerja pasar raya Tunas Manja bandar ini bersenjatakan sebilah pisau.
Suspek kemudiannya menarik salah seorang mangsa yang sedang tidur di bilik belakang ke bilik rakan mangsa dan mengikat kaki serta tangan mangsa serta rakannya menggunakan pita pelekat dan kain.
Suspek kemudiannya menggeledah rumah, mengambil telefon bimbit jenis Sony Ericson Experia dan telefon bimbit jenis Alcatel berserta wang RM50.
Mangsa turut dirogol dalam kejadian terbabit.
Tertuduh, Sazali Darus baru dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan atas kesalahan sama pada 2001, membuat pengakuan bersalah itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.
Bagi pertuduhan pertama, Sazali yang tidak diwakili peguam bela didakwa merogol seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah hotel di Taman Tebrau Jaya di sini kira-kira jam 7.05 malam hingga 8.30 malam, 12 September lalu.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di hotel sama, kira-kira jam 11.30 malam hingga 12.30 malam, 26 Oktober lalu.
Sazali didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.
Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana masih tidak insaf atas kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.
Katanya, hukuman berat perlu kerana tertuduh adalah seorang yang berbahaya dan tidak boleh berada berdekatan masyarakat, selain menjadi teladan kepada masyarakat.
Muhammad Jamil kemudian menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan lapan sebatan terhadap kedua-dua pertuduhan dengan setiap hukuman dilaksanakan secara berasingan.
Suspek samun, rogol diberkas
- Wan Mohd Samsudin (tiga kanan) bersama anggotanya menunjukkan telefon bimbit yang berjaya dirampas dalam satu sidang media.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada 23 Oktober lalu, polis Raub dengan bantuan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Puchong, Selangor.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas lelaki tersebut, polis menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Alcatel dipercayai kepunyaan mangsa samun dan rogol.
“Hasil soal siasat mendapati lelaki itu membeli telefon bimbit tersebut daripada seorang lelaki yang juga merupakan suspek utama kes ini,” katanya.
Menurutnya, dengan bantuan lelaki yang ditahan itu, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek di Kawasan Perindustrian Taman Pinggiran Mas, Puchong.
“Hasil soal siasat ke atas lelaki yang berasal dari Kedah itu, suspek mengaku telah melakukan jenayah samun dan rogol di asrama pekerja Tunas Manja pada 30 September lalu.
“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau termasuk masih dikehendaki bagi kes dadah, dibuang daerah, kecurian harta benda, dan mencabul wanita,” katanya.
Suspek dibawa ke IPD Raub dan direman hingga 31 Oktober ini manakala seorang lagi lelaki ditahan di IPD Serdang.
Pada 30 September lalu sekitar jam 9 pagi, suspek telah menceroboh sebuah asrama pekerja pasar raya Tunas Manja bandar ini bersenjatakan sebilah pisau.
Suspek kemudiannya menarik salah seorang mangsa yang sedang tidur di bilik belakang ke bilik rakan mangsa dan mengikat kaki serta tangan mangsa serta rakannya menggunakan pita pelekat dan kain.
Suspek kemudiannya menggeledah rumah, mengambil telefon bimbit jenis Sony Ericson Experia dan telefon bimbit jenis Alcatel berserta wang RM50.
Mangsa turut dirogol dalam kejadian terbabit.
Remaja 14 tahun hamil, mangsa rogol
HULU SELANGOR - Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14
tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga
dia disahkan hamil.
Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.
Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.
Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.
Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.
Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.
Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.
Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.
“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.
"Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah 'memerangkap' wanita warga asing,” kata sumber.
Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.
Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.
Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah
Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang
baru berusia 16 tahun.
Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Ogos lalu.
Dia yang mempunyai dua isteri itu turut didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.
Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.
Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.
Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung
- Bapa kepada lima anak ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen semalam, atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya.
Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Ogos lalu.
Dia yang mempunyai dua isteri itu turut didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.
Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.
Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.
Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.
Kes perogol bersiri 9 Disember
IPOH – Mahkamah sesyen, di sini menetapkan 9 Disember depan memutuskan
sama ada membenarkan secara bersama empat pertuduhan yang dihadapi
seorang lelaki di sini, semalam.
Pertuduhan itu membabitkan tuduhan merogol dan cubaan melakukan persetubuhan luar tabii seorang pelajar tingkatan lima, September lalu.
Hakim Roshan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh itu selepas permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Isa disebut.
Nadiah juga memohon supaya dua kes yang didakwa terhadap tertuduh, Malek Ridzuan Asroll, 27, di Mahkamah Majistret Batu Gajah iaitu menyamar sebagai anggota polis dan mencuri telefon dipindahkan ke mahkamah sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
“Saya memohon agar keempat-empat kes membabitkan rogol, cubaan melakukan seks luar tabii, menyamar anggota polis dan mencuri telefon bimbit dibicarakan bersama kerana membabitkan mangsa yang sama.
“Saya juga memohon satu tarikh lain untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa kerana sehingga kini pihak kami masih belum diperoleh,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol dan cuba melakukan seks luar tabii terhadap seorang perempuan berusia 17 tahun di kawasan Tanah Adat Mandailing, Batu Gajah kira-kira jam 9.25 malam hingga 10.15 malam pada 25 September lalu.
Dia juga didakwa pada tarikh dan masa sama telah menyamar dan mencuri telefon bimbit milik mangsa tersebut.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376, Seksyen 377(c), Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Selain pertuduhan itu, tertuduh juga menghadapi lima pertuduhan lain termasuk tiga pertuduhan seksual membabitkan cubaan rogol pekerja kedai kasut berusia 15 tahun dan wanita berusia 30 tahun serta cubaan melakukan seks luar tabii terhadap pelajar berusia 13 tahun.
Bagi pertuduhan itu, dua mahkamah sesyen di sini menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes.

Peniaga didakwa rogol anak
KAJANG - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di
sini semalam, atas pertuduhan merogol anak gadisnya yang berusia 21
tahun, bulan lalu.
Lelaki berusia 46 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Cheras Perdana, pada 3 pagi, 23 Oktober 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan. dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siaw Chooi Chin manakala tertuduh diwakili peguam Douglas Yee.
Chooi Chin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan ia tidak dibantah oleh peguam tertuduh memandangkan anak guamnya tidak mampu membayar wang jaminan.
Bagaimanapun, Douglas berkata, pihaknya akan mengemukakan representasi berhubung pertuduhan itu.
Hakim Nor Hazani Hamzah tidak menetapkan jaminan dan sebutan kes ditetapkan pada 24 Disember depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan