TIDAK TAHAN KENA KRITIK USTAZ KAZIM ELIAS AKHIRNYA TOLAK PELAWAAN NAJIB MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.
Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Pengumuman
tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu
program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber
RTM.
Sabtu lalu,
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah
mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.
Mohammad Kazim
atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,
beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima
pelantikannya sebagai anggota MT Umno.
Katanya,
sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam
parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.
Ustaz Kazim tolak jadi MT Umno
SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias
mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi.
"Punya teliti saya nak buat keputusan. Sepatutnya saya tak boleh umum malam ini, saya tunggu besok Datuk Seri (PM) akan umum tapi saya tetap nak umum pada tuan-tuan supaya tuan-tuan tak keliru," ujar beliau
Tambahnya lagi, "saya tak kemaruk kuasa, saya tak kemaruk apa, saya nak jadi penceramah bebas, saya rasa Datuk Seri biarlah saya terbang bebas, Datuk Seri sokong saya, dia tunduk tuan-tuan," katanya berkongsi detik pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib kemudian katanya memberitahu beliau supaya meneruskan kerja-kerja dakwah yang menjadi keutamaannya.
"Tak apalah ustaz kalau itu yang ustaz nak, saya sokong, kita bagi kemudahan ustaz berdakwah tanpa had, pergilah berdakwah," katanya memetik apa yang perdana menteri perkatakan kepada dalam pertemuan itu.
Ustaz Kazim turut meminta maaf kepada mana-mana pihak sekiranya ada yang kecil hati dengan kenyataannya itu.
"Saya tetap jadi penceramah biasa tak campur mana-mana parti dan saya rasa itulah terbaik...
"Tuan-tuan selesa dengan keputusan saya walaupun sedikit merugikan kerana tak boleh buat kerja, saya doakan supaya ada orang lain boleh ganti apa yang dia cita-citakan dan kita sokong... kita buat ceramah macam ni supaya umat Islam bersatu, berkasih sayang, tak ada gaduh-gaduh pasal bendera, kita bangunkan Islam di negara kita.
"... tapi saya hanya boleh bercakap sebab saya tak ada kuasa, kalau saya ada kuasa saya boleh buat macam-macam, jadi cukuplah sekadar ini...saya mintak maaf mungkin apa yang saya cakap ni mengguris hati tuan-tuan tapi saya rasa itulah jawapan yang tuan-tuan tunggu," luahnya lagi.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.
Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.
Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa perdana menteri untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.
Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi.
"Punya teliti saya nak buat keputusan. Sepatutnya saya tak boleh umum malam ini, saya tunggu besok Datuk Seri (PM) akan umum tapi saya tetap nak umum pada tuan-tuan supaya tuan-tuan tak keliru," ujar beliau
Tambahnya lagi, "saya tak kemaruk kuasa, saya tak kemaruk apa, saya nak jadi penceramah bebas, saya rasa Datuk Seri biarlah saya terbang bebas, Datuk Seri sokong saya, dia tunduk tuan-tuan," katanya berkongsi detik pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib kemudian katanya memberitahu beliau supaya meneruskan kerja-kerja dakwah yang menjadi keutamaannya.
"Tak apalah ustaz kalau itu yang ustaz nak, saya sokong, kita bagi kemudahan ustaz berdakwah tanpa had, pergilah berdakwah," katanya memetik apa yang perdana menteri perkatakan kepada dalam pertemuan itu.
Ustaz Kazim turut meminta maaf kepada mana-mana pihak sekiranya ada yang kecil hati dengan kenyataannya itu.
"Saya tetap jadi penceramah biasa tak campur mana-mana parti dan saya rasa itulah terbaik...
"Tuan-tuan selesa dengan keputusan saya walaupun sedikit merugikan kerana tak boleh buat kerja, saya doakan supaya ada orang lain boleh ganti apa yang dia cita-citakan dan kita sokong... kita buat ceramah macam ni supaya umat Islam bersatu, berkasih sayang, tak ada gaduh-gaduh pasal bendera, kita bangunkan Islam di negara kita.
"... tapi saya hanya boleh bercakap sebab saya tak ada kuasa, kalau saya ada kuasa saya boleh buat macam-macam, jadi cukuplah sekadar ini...saya mintak maaf mungkin apa yang saya cakap ni mengguris hati tuan-tuan tapi saya rasa itulah jawapan yang tuan-tuan tunggu," luahnya lagi.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.
Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.
Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa perdana menteri untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.
PENDUDUK TERPAKSA MENDAPATKAN PERLINDUNGAN DI TANGGA TANGKI AIR KERANA KEADAAN BANJIR DI KEMAMAN SEMAKIN TERUK.
Penduduk terpaksa naik ke tangki untuk mengelakkan kaki lama berendam .. Air semakin meningkat ini boleh membahayakan nyawa dan harta benda.
Gambar-gambar di rakam mengenai suasana banjir di Kemaman Terengganu... Keadaan bertambah buruk.
Semoga pihak berwajib cepat menghulurkan bantuan.
Bencana banjir di Pahang, Johor dan Terengganu terus memburuk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di tiga negeri terbabit terus meningkat kepada 22,313 orang.
Di Pahang, jumlah mangsa adalah seramai 11,721 orang dipindahkan di 63 pusat pemindahan di lima buah daerah.
Daerah yang paling ramai ialah Kuantan iaitu 4,148, Rompin (3,615), Pekan (2,716), Maran (1,179) dan Jerantut (63 orang)
Peningkatan jumlah mangsa banjir paling ketara di Johor dan Terengganu dengan masing-masing mencatat 7,106 dan 3,486 orang, sementara beberapa jalan turut terjejas.
Di Johor, laluan di Batu 18 Sungai Ara-Kota Tinggi terputus hubungan dan tidak boleh dilalui kenderaan berat setelah dinaiki air setinggi empat meter, menurut Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Supritendan Zulkifli Hashim.
Beliau memberitahu Bernama, KM16 Jalan Kota Tinggi-Mersing pula hanya dibuka sebelah laluan ekoran tanah runtuh berdekatan Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Di Terengganu, beberapa batang jalan utama ditutup termasuk Jalan Jerangau-Jabor di Dungun, ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air setinggi dalam 1 meter.
Selain itu, Jalan Cukai-Air Putih di Kemaman, turut ditutup kepada semua kenderaan setelah ditenggelami air setinggi 0.6 meter manakala Jalan Ajil-Kuala Berang, di Hulu Terengganu ditenggelami air sedalam 0.9 meter.
Mengenai jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor, portal bencana Majlis Keselamatan Negara, memaklumkan, Mersing mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 5,441 orang, diikuti Segamat (1,184), Kota Tinggi (192), Kluang (189), Muar (87) dan Batu Pahat (13).
Antara kawasan dilanda banjir di Mersing ialah Kampung Sawah Datuk, Pengkalan Batu, Kampung Air Tawar, Kampung Labung, Kampung Tenglu, Kampung Peta, Kampung Makam, Kampung Air Papan dan Kampung Air Merah.
Di Segamat, kawasan yang terjejas melibatkan Kampung Pogoh, Kampung Logah, Kampung Gemereh, Kampung Segamat Kecil, Kampung Paya Dalam dan Kampung Bumbun, manakala di Kota Tinggi melibatkan Kampung Perpat, Kampung Gembut dan Kampung Mawai Baru.
Kawasan yang terjejas di Kluang ialah Ladang Mutiara, Yap Tau Sah dan Kampung Contoh dekat Kahang, manakala di Muar, Felda Maokil dan Batu Pahat melibatkan Kampung Haji Khamisan, dekat Yong Peng.
Di Terengganu, jumlah keluarga yang terbabit dalam perpindahan meningkat kepada 897 berbanding 724 keluarga, malam tadi.
Menurut portal itu, dua lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan jumlah keseluruhan pusat sebanyak 44 buah.
Setakat ini, tiga daerah di Terengganu masih dilanda banjir dengan Kemaman paling teruk terjejas diikuti Dungun dan Hulu Terengganu.
Sehingga pukul 9 pagi, jumlah mangsa banjir di Kemaman seramai 2,480 daripada 623 keluarga dan 29 buah pusat pemindahan beroperasi di daerah itu.
Antara pusat pemindahan itu ialah Balai raya JKKK Padang Kubu, rumah pegawai Sungai Mas, surau, pejabat Felda, masjid, dewan rumah murah dan sekolah.
TERKINI ! BAH BESAR DI KEMAMAN, GAMBAR PENDUDUK TERPAKSA BERLINDUNG DI TANGGA TANGKI AIR TERSEBAR....ADUN CADANG KERAJAAN ISYTIHAR DARURAT!
Kemaman tenggelam, Adun cadang kerajaan isytihar darurat.
Kerajaan dicadang mengisytiharkan darurat di Kemaman, Terengganu kerana puluhan ribu terperangkap dalam banjir yang paling besar dalam sejarah bandar itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, berkata kerajaan perlu mengabil tindakan segera bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap.
Gambar
ini di Felda Seberang Tayor, Kemaman. Hampir tenggelam dah bumbung tu.
Memang banjir besar dalam sejarah ni. Harap semua mangsa banjir sudah
berada di tempat pemindahan yang selamat.
PENDUDUK TERPAKSA MENDAPATKAN PERLINDUNGAN DI TANGGA TANGKI AIR KERANA KEADAAN BANJIR DI KEMAMAN SEMAKIN TERUK...mereka terpaksa
naik ke tangki untuk mengelakkan kaki lama berendam .. dan air semakin
meningkat ini boleh membahayakan nyawa dan harta benda.
Gambar-gambar di rakam mengenai suasana banjir di Kemaman Terengganu... Dimaklumkan Keadaan disana semakin buruk.
Semoga pihak berwajib segera menghulurkan bantuan.
Dari Dewan Rakyat: Suasana gamat di dalam dewan apabila Bung Mokhtar menyuruh Fuziah balik Kuantan ketika cuba membentangkan usul menyelamat mangsa banjir.
Bekalan dihentikan,pencawang elektrik ditenggelami
KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik membabitkan 62,907 pengguna, sehingga jam 12 tengah hari ini.
Menurut kenyataan TNB di sini hari ini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan/Gebeng, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.
Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman (Geliga) ditutup bagi tujuan keselamatan setakat jam 12 tengah hari ini. Selain itu, katanya 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.
Di Johor, keadaan banjir masih terkawal dan hanya melibatkan sebahagian kecil pengguna sahaja.
Kenyataan itu menyebut tiga daerah yang terjejas akibat banjir ialah Segamat, Labis dan Mersing.
TNB turut membuka bilik gerakan dan komunikasi di ketiga-tiga negeri berkenaan untuk memantau keadaan banjir dan menyalurkan maklumat terkini mengenai aspek keselamatan elektrik kepada pengguna.
Katanya orang ramai juga boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454 (TNB Careline) dan TNB menasihati orang ramai supaya sentiasa mementingkan aspek keselamatan elektrik terutamanya pada musim hujan ini.
Pengguna boleh menghubungi talian khidmat TNB (TNB Careline) di talian 15454 atau melalui talian bilik gerakan TNB 09-515 5663/5678 (Pahang), 09-6241009/09-6267348 (Terengganu) dan 07-2192130 (Johor) untuk maklumat lanjut. - Bernama
Banjir teruk: Fuziah gesa isytihar Kuantan darurat
VIDEODewan Rakyat gamat seketika sewaktu Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul tergempar memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran bajir teruk yang melanda bandar itu.
"Saya pohon mengusulkan satu usul tergempar tidak bertulis di atas
urusan banjir di Kuantan.
"Saya pohon isytiharkan darurat kerana keadaan di Kuantan begitu parah dan kritikal dan memerlukan bantuan segera dari tempat-tempat lain.
"Saya mohon dibenarkan kerana saya terima panggilan tidak henti-henti dari semalam ada yang terperangkap di rumah air sampai leher," kata Fuziah.
Pada ketika itu kedengaran suara-suara dari yang tidak jelas tetapi bising-bising dari sebelah pihak penyokong kerajaan.
Fuziah bagaimanapun meneruskan usulnya.
"Dengar dulu, dengar dulu (menenangkan suara bising). Ada panggila dari rumah tengah malam air sampai leher tak ada JPA, tak ada bot tak ada polis tak ada bomba. Hampir 4,000 penduduk tiada makanan.
"Saya memohon seluruh anggota penyelamat untuk membantu di Kuantan sebelum berlaku kemalangan yang lebih besar lagi," katanya.
Pada ketika itu, Bung Mokhtar berdiri mencelah dan menggesa agar Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.
"Kita benarkan YB kuantan untuk balik Kuantan tengok rakyat di sana," kata Bung.
Tindakan itu mendorong Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang), Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berdiri membidas Bung Mokhtar.
"Tengok rakyat buat apa kalau tak jaga..." bidas Zuraida.
Khalid Samad menyokong Fuziah yang membangkitkan perkara itu di Parlimen sementara Fauzi menyatakan kekesalannya dengan sikap Bung Mokhtar.
"Kalaulah disiplin ahli dewan begini saya pun malu Yang Dipertua," kata Fauzi.
Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menenangkan keadaan dengan menggesa semua mereka agar duduk dan meminta menteri berkenaan memberi respons.
"Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibangkitkan itu adalah masalah rakyat tetapi bantu dulu saya selesaikan masalah ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri serentak," kata Pandikar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian bangun menjelaskan yang helikopter Agensi Penguatkuas Maritim Malaysia telah dihantar ke Kuantan untuk meninjau keadaan.
Pihaknya juga telah mengerahkan agar bantuan yang diperlukan dihantar ke Kuantan dengan segera.
Fuziah kemudian mengucapkan terima kasih kepada Shahidan tetapi sempat menegur Bung Mokhtar.
Menurutnya, Bung Mokhtar tidak faham akan keseriusan isu tersebut sehinggakan ia terpaksa dibawa kepada perhartian Parlimen.
"Apa yang Kinabatangan tidak faham apabila ahli Parlimen bawa ke sini, ini adalah keputusan peringkat paling tinggi," katanya.
1. Bandar Kuantan lumpuh, banjir semakin teruk di Pahang | |
2. Banjir di T'ganu, Pahang, Johor semakin buruk | |
3. Jumlah mangsa banjir di T'ganu meningkat | |
4. Paras air kian meningkat di Johor
Satu
lagi pendedahan mengejut dari seorang Bekas ahli Umno, Siti Aminah
Mahmud, 63, yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
telah mengakui bahawa beliau bersama
kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan
(IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.
Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’
dari 1990 hingga 1994.
Wanita 2“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam
jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan,
maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan
datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu
pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno
Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin
Usno Sabah.
Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi
BN dalam pilihan raya umum.
Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno,
lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu
kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah
yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS)
tumbang.
Wanita 1“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang
sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan,
senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.
“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita
ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan
hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.
Ternyata tuntutan BERSIH ada kebenarannya.jelas bahawa kerajaan UMNO BN
menang PRU adalah dengan bantuan PATI DAN KEMENANGAN MEREKA adalah
kemenangan dengan manipulasi undi rakyat. |
KJ SUDAH MELAMPAU!!!! .. BELASAH KEPUTUSAN KERAJAAN NAJIB RAZAK NAIKKAN TARIF ELEKTRIK 15%!!!!!
KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah pasti telah menguriskan hati Presiden UMNO Najib Razak apabila ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC sebentar tadi hentam keras kerajaan Najib Razak memberi kebenaran untuk tarif elektrik naik 15% mulai bulan depan.
Perlu ingat .. setiap keputusan kabinet dibuat secara kolektif .. dipersetujui secara bersama tanpa banyak bicara.
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya lebih prihatin kepada nasib rakyat dan tidak hanya memikirkan mengenai keuntungan sahaja.
Menurut Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan, kenaikan tarif elektrik tersebut tidak setara dengan peningkatan kos bahan api yang hanya menguntungkan TNB.
Katanya, kenaikan ini kelihatan seperti mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.
"Sekarang rakyat dan komuniti perniagaan pula mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan.
"Namun kita difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api, tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringgit.
"... oleh itu kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain, Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," katanya ketika memberi ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.
Ucapan Khairy itu mendapat tepukan gemuruh perwakilan.
PEMUDA UMNO MALAYSIA HARI INI MEMBERI ANUGERAH KHAS KEPADA BLOGGER PRO UMNO YANG MENGAKU MEMFITNAH YB KHALID SAMAD!!!!
Pemuda UMNO hari ini memberi Anugerah Khas 2013 kepada blogger pro UMNO Dr Novandri Hasan Basri atas "jasa" nya sebagai sukarelawan Pemuda memperjuangkan politik UMNO menerusi alam siber sebagai blogger DrMiM ..
Anugerah disampaikan oleh KJ selaku Pembesar Utama Pemuda UMNO Malaysia.
Pada 7hb Januari 2013 yang lalu seorang blogger mesra-Umno dan Barisan Nasional (BN) mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ekoran artikel memfitnah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Blogger tersebut dikenali dengan nama Dr Novandri yang memiliki blog Minda Intelek Melayu (MIM) memohon maaf di hadapan hakim.
Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop (paderi Kristian) itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net.
Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu artikel dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.
Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.
Pergh!!! Kaki fitnah di julang dan diberi pengiktirafan oleh UMNO ... Ingatkan Pemuda UMNO berketuakan Khairy Jamaluddin ada kelainan sikit dari induk UMNO .. rupa-rupanya Omak Kau silap besar .. 2x5 dan 5x2 . .. Apakah ini akan membuka ruang dan peluang bagi para blogger UMNO untuk kerap dan rancak membuat fitnah ketahap lebih tinggi?
Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah)
“FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih.
Allah S.W.T.
berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan
fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak
bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang
sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)
Allah S.W.T.
berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari
kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah
dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang,
dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka
memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh
itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya
Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)
Untuk
menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman:
“Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk
Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan,
kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Q.S. al-Baqarah: 193)
Fitnah itu
lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah
S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya
daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)
Sebab dan
akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja
nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya
satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah.
Sejarah Islam
telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi
korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya
Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A.,
dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan
kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa.
Allah S.W.T.
berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada
kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan
kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)
Sepatutnya
umat Islam perlu melihat contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. dan para
Sahabat Baginda dalam menghadapi musuh Islam dan sesama sendiri.
Allah S.W.T.
berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama
dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam),
dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).”
(Q.S. al-Fath: 29).
Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang
bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan
kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada
orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh
jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina.
Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah
kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik).
Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka
mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11)
Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10)
Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10)
Dari Abi
Ayyub ia berkata, Rasulallah S.A.W. berfsabda: “Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu
kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi
Ayyub menjawab, mahu ya Rasulallah. Lalu Rasulallah S.A.W. bersabda lagi:
“Mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi.” (H.R.al-Tabrani)
Allah S.W.T.
telah mengingatkan kita umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Janganlah
kamu serupa dengan orang yang telah berpecah belah dan berselisih paham, sesudah
datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.”
(Q.S. Ali-‘Imran: 105)
Allah
berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya orang yang berpecah belah sehingga
menjadikan mereka golongan-golongan yang berpisah-pisah, maka engkau bukanlah
dari golongangan mereka sedikit juapun.” (Q.S. al-An’am: 159)
Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud: “Bepegang teguhlah kamu semuanya pada tali
(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah
kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah
menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan
nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka,
lalu Allah menyelamatkan kamu daripada jurang neraka itu. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Q.S.
Ali-‘Imran: 103)
Berpandukan
kepada wahyu Ilahi, junjungan kita Nabi S.A.W., telah berjaya menyatukan seluruh
Umat Islam dari berbagai bangsa dan suku puak, berkat perpaduan ini Umat Islam
telah menjadi sebaik-baik umat disemua lapangan, dan menjadi contoh teladan bagi
seluruh umat manusia. Demikian pula para sahabat berpandukan al-Quran dan Sunnah
Nabi S.A.W., mereka telah berjaya menyebarkan luas ajaran Islam keseluruh
pelosok dunia.
Jika kita
kembali kepada sejarah kebangkitan Islam dan Umatnya dibawah pimpinan Nabi S.A.W.
dan para sahabat, dan mahu mendalami ajaran Islam yang sebenarnya, maka tahulah
kita bahwa Islam mengajak umat manusia kearah perpaduan, ini jelas dalam amal
ibadah kita hanya menyembah Tuhan yang Maha Esa, yaitu Allah S.W.T.. Dalam
ibadah menyembah Allah S.W.T. hanya mempunyai arah yang satu yaitu Ka’bah di
Makkah. Kitab panduan yang sama al-Quranul Karim dan Sunnah Nabi S.A.W.. Umat
manusia diingatkan bahwa mereka berasal dari ayah yang satu yaitu Nabi Adam A.S.,
kita disuruh saling berkenalan satu dengan lainnya, dan kita dilarang menghina
keyakinan agama lain, dan banyak lagi petunuk Allah S.W.T. untuk menyatupadukan
umat manusia, khasnya umat Islam, supaya mereka hidup aman damai dan dalam
suasana kasih sayang (hal ini telah saya jelaskan dalam uraian berkenaan
“Membina Kerukunan Ummat.”
Jika kita
mahu menyelesaikan segala perbalahan yang timbul dengan berpandukan al-Quran dan
Sunnah Nabi S.A.W., InsyaAllah akan terciptakan kembali kedamaian dan keamanan
dikalangan Umat manusia, khasnya umat Islam.
Jauhkanlah
diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, mengikutkan hawa
nafsu jahat, berpuak-puak, dan berbagai perangai yang tidak baik. Dekatkanlah
diri kita kepada Allah S.W.T. dengan melakukan segala perintah dan menjaukan
diri kita dari segala apa yang dilarangNya.
Sebagai
manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh
itu lebih baik kita memperbaiki diri kita masing-masing, sambil mohon ampun atas
segala kesalahan dan kelemahan kita. Belum lagi terlambat jika kita sudi
melakukan perubahan terutama pada diri kita masing-masing sambil memohon petujuk
dan panduan dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka sangat mencari-cari
kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan sendiri, seperti kata peribahasa: “Semut
diseberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata, tak nampak.”
Tidak ada
yang sempurna di dunia yang fana ini, kita disuruh kepada yang baik dan
menjauhkan diri dari yang mungkar. Ajaklah manusia kejalan Allah S.W.T. secara
hikmah dan pengajaran yang baik. Kalaupun nak bantah, bantahlah dengan cara yang
lebih baik, hentikan segala fitnah memfitnah. Bekerjasama dalam hal-hal yang
menyangkut kepentingan bersama, jauhkan diri dari amal perbuatan yang boleh
menimbulkan haru biru, yang hanya menguntungkan orang lain dan akan merugikan
diri sendiri, malah akan membawa akibat hingga ke anak cucu dimasa akan datang.
“Menang sorak kampong tergadai.”
Sejarah telah
mengajar kita akibat bersengketa sesama kita, orang lain akan menangguk diair
keruh. Nabi S.A.W. telah berjaya membawa umat kearah persaudaraan dan perpaduan,
sehingga umat Islam ketika itu menjadi umat yang terbilang. Jumlah umat Islam
yang sedikit dapat mengalahkan musuh yang jauh lebih banyak, sehingga mereka
menjadi sebaik-baik ummat. Kita yakin dan percaya, zaman kegemilangan umat Islam
akan menjadi kenyataan kembali, asalkan kita sanggup kembali berpandukan al-Quran
dan Sunnah Nabi S.A.W..
Buang yang
keruh dan ambillah yang jernih, demi kebahagian dan keselamatan kita dan anak
cucu kita dikemudian hari.
Allah S.W.T.
mengingatkkan kita yang maksudnya: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam
kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih dan saling nasihat
menasihati kebenaran dan saling nasihat menasihati kepada kesabaran.” (Q.S.
al-Asr 1-3)
Semoga Allah
S.W.T. memberi Hidayah dan TaufiqNya kepada kita semua, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Oleh Al-Ustaz Syed Hasan Alatas
Oleh Al-Ustaz Syed Hasan Alatas
Hukum Menyebar Berita Berunsur Fitnah
Assalamualaikum dan hai semua.
Sila baca ye, kawan-kawan semua.
Islam
mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita
supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi
Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam
kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan
kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting
digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman
Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara
tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah
al-Hujurat, ayat 6)
Banyak
pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai
sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar
fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan
seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya
disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama,
perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih
layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa
membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa
itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu
memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka
perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab
itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka
menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar
fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan
akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala
terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di
akhirat nanti.
Penyebar
khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai
berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada
seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan
kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita
benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu
tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar
tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam
Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan
rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka
rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai
perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai
berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran
atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat
menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan
sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak
disenanginya.
Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’
Rasulullah
bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar
berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak
berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu
Hurairah)
Larangan
mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti
dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat,
ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi
mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita
berunsur fitnah.
Perkara
pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah
memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan
berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat
Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah
ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca
daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran
fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau
perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas
itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah
kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana
fitnah.
Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Fikir-fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan