Rabu, 4 Disember 2013

AMBILLAH HUKUM QURAN@HUKUM HUDUD....MENGAMBILNYA HUKUMNYA WAJIB....KERANA KITA ALLAH JADIKAN@CIPTAKAN BUKAN TERJADI DENGAN SENDIRI...NIKMAT AMBIL...HUKUM TOLAK...HAMBA ALLAH APA NAMANYA

Usul rujuk Tim Menteri WP ke J/Kuasa Hak dan Kebebasan ditolak

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul untuk merujuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan kepada Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan berhubung kenyataan tentang kenaikan cukai taksiran yang dianggap mengelirukan Dewan Rakyat.
   
Lim Lip Eng (DAP-Segambut) membuat usul itu pada 28 Nov, mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) kerana mendakwa kenyataan Loga Bala bertentangan dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
   
Loga Bala pada 27 Nov, mengesahkan kenaikan cukai itu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendengar bantahan orang ramai dari Januari sehingga Mac 2014.
   
Bagaimanapun, pada keesokan harinya, Tengku Adnan dilaporkan berkata kenaikan itu tetap akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2014.
   
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memanggil Loga Bala dan Lim untuk memberi hujah masing-masing sebelum keputusan menolak usul itu dilakukan.

Beliau berkata untuk merujuk seorang anggota parlimen kepada jawatankuasa itu, perlu wujud kes prima facie atau memenuhi tiga pra syarat iaitu kenyataan yang dibuat, apabila kenyataan disedari salah dan tidak berbuat sesuatu untuk membetulkan atau mesti ada elemen niat jahat.
   
"Saya baca segala dokumen dan laporan akhbar. Apa yang dibangkitkan oleh Segambut, saya tidak nampak ada niat untuk kelirukan Dewan atau kenyataan bercanggah cuma penyampaian itu mungkin berbeza dengan menteri dan perbezaan itu disalah tafsir.
   
"Jadi, saya tidak nampak kenapa menteri (timbalan menteri) perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan," kata Pandikar Amin di Dewan Rakyat di sini hari ini.
   
Dalam pada itu, beliau meminta agar semua pihak tidak mempolitikkan isu yang sudah jelas seperti berhubung kenaikan cukai pintu itu yang masih belum dimuktamadkan pihak kementerian. - Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) meminta kerajaan segera membentangkan pelan strategi konstruktif bagi memastikan keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak.

Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tiga beradik yang mati dibunuh di Alor Setar Kedah Sabtu lalu, ahli jawatankuasa DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, pelan strategik ini merupakan peranan holistik yang sepatutnya digerakkan oleh kerajaan secara terarah.

"DMPP sangat berdukacita dengan peristiwa malang yang menimpa golongan kanak-kanak ini dan kanak-kanak sebaya mereka sepatutnya dilindungi dan berada dalam perhatian keselamatan yang tinggi daripada semua pihak lebih-lebih lagi dengan menularnya pelbagai kes jenayah yang semakin tidak dapat dikawal.

"Kita tidak mahu hanya respons reaktif yang berbau jawapan politik tetapi kita mahu tahu pelan strategi yang Konstruktif dalam memastikan keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi.

"Kita tidak boleh biarkan apa jua ruang terbuka untuk sebarang tindakan yang mengancam keselamatan dua kelompok penting masyarakat ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar Kedah dipercayai mati dibunuh.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong pukul 3.45 petang Sabtu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat lalu.

Mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang Ahad di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Aiman berkata, amat mendukacitakan lagi apabila remaja seusia Shafikah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja akibat tekanan dan kemisikinan hidup.

Katanya,ini bukan kes terpencil dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita yang sering melaung-laungkan kemakmuran dan keamanan negara.

"Tidak sewajarnya masih wujud kemiskinan yang membawa kepada peristiwa-perustiwa tragis sebegini. Ia suatu yang sangat malang dan membangkitkn kemarahan rakyat.

"Jelas terlalu banyak kepincangan berlaku dalam segala usaha memastikan pelaksanaan apa jua dasar dan program kerajaan yang kononnya mesra kanak-kanak. Bagaimana boleh seorang kanak-kanak Malaysia tercicir daripada sistem pelajaran dan kemudiannya bekerja?" soalnya.

Beliau juga mempersoal peruntukan untuk Permata yang mencecah jutaan ringgit namun hak kanak-kanak miskin di negara ini tidak terbela.

"Di kala peruntukan untuk permata mencecah jutaan ringgit, maka apakah hak gol kanak-kanak miskin ini di mata pemimpin-pemimpin politik negara khususnya kerajaan?

"Tidakkah tragedi ini singgah di hati Datin Seri Rosmah Mansor yang selalu mendondangkan skrip lagu untuk rakyat bersyukur?

"Pemimpin Melayu Umno wajar malu dan insaflah. Ini maruah kanak-kanak perempuan berbangsa Melayu, yang berterusan berhadapan dengan pelbagai ancaman lazimnya daripada bangsa Melayu itu juga. Hilang ke mana hati budi bangsa ini walau 50 tahun Umno kekal menunjangi kuasa?" soalnya.

 

 





KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih menggunakan kontraktor yang sama walaupun kontraktor tersebut telah disenaraihitamkan.

Raja Bahrin berkata, bumbung Masjid Kampung Tebauk, Kuala Terengganu yang runtuh pada September baru-baru ini dibina oleh kontraktor yang telah disenarai hitam pada tahun 2009.

"Kontraktor berkenaan telah disenarai hitam ketika membuat Masjid Batu Putih di Kemaman, tetapi kenapa kontraktor ini terus diberi projek untuk membina Masjid Tebauk," katanya.

Bahkan katanya, Kementerian Kerja Raya juga menegaskan tindakan senarai hitam akan dikenakan kepada kontraktor yang gagal dan bermasalah.

Jelas Bahrin, kontraktor tersebut juga masih mendapat tempat di Terengganu dan ketika ini sedang melaksanakan beberapa projek.

"Saya difahamkan ada beberapa projek yang sedang dijalankan oleh kontraktor berkenaan. Mungkin buat masa ini tidak ada masalah lagi yang timbul. Jika prestasi tidak bagus risikonya mesti ada," katanya.  

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden siling Dewan Cancelor Kolej Universiti Tati, Kemaman yang berharga RM17 juta runtuh semalam.

Menurutnya lagi, jika insiden yang berlaku kerana masalah teknikal ianya masih boleh diatasi.

"Tetapi apa yang berlaku ini melibatkan nilai-nilai moral yang sebenarnya sudah runtuh. Inilah perkara pokoknya. Bagaimana bangunan baru Tati boleh runtuh.

"Malah ada yang saya dengar, kalau hendak bersolat di masjid jangan pakai kopiah lembek kena pakai topi besi bimbang bumbung runtuh. Ini sudah menjadi bualan hampir keseluruhan rakyat negeri ini (Terengganu),"katanya.

Justeru katanya, kerajaan negeri tidak seharusnya menzahirkan kemarahan mereka sahaja kerana insiden seperti ini tetapi mesti ada tindakan jangka masa panjang yang perlu diambil.

"Saya tengok mereka hanya pandai marah-marah sahaja. Ini sikap acuh tidak acuh. Bila lama sikit kita cuai balik. Tindakan jangka panjang tidak ada," katanya.
 

Farah Aleesa was tagged in Zar Ali III's photo.
Rabu, 04 Disember, 2013. Demokrasi Jakun Edisi Kantoi....KAHKAKKAH..... Kini melibatkan Puteri UMNGOK bersama warga Myamar. Bila Diserbu,Lelaki Myamar ni menipu kata " takda olang.." Bila diselak bawah Tilam...Jeng3x,..!! Apa yang mengejutkan.. wanita ni adalah seorang Puteri UMNGOK Cawangan Negeri penyu..! dan dia pernah berkempen habis2an Pilihanraya DUN kuala Besut yang lalu...! # Penyokong UMNGOK pasni bersihkan hati,betulkan niat. Pemimpin kamu bermaharajalela skandal buat dosa sana sini, kamu ttp memangkah UMNGOK terus berkuasa menjadi dosa. Apa yg dipaparkan sekadar pendedahan yg TIDAK mungkin kuar TV. Gendang Perang.

 
KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti Kelantan (R) mencadangkan bekas Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah menggantikan Tun Mahathir Mohamed sebagai Penasihat Petronas yang baru.

Setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata Tengku Razaleigh amat wajar menggantikan kekosongan yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai Penasihat Petronas, memandangkan beliau begitu berpengalaman berhubung Petronas.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily bagi mengulas peletakan jawatan Mahathir sebagai Penasihat Petronas atas sebab kesihatan.

Semalam Tun Mahathir mengesahkan beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Penasihat Petronas berkuatkuasa 1 Disember.

Beliau berkata, masalah kesihatan antara sebab berbuat demikian.

Hisyamuddin berkata, antara sebab kenapa Tengku Razaleigh layak diberikan jawatan itu kerana beliau adalah pengasas Petronas sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Pada masa yang sama, beliau adalah wakil Petronas yang menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri  di Malaysia.

“Dalam isu royalti beliau adalah satu satunya pimpinan BN yang konsisten bahawa royalti 5 peratus adalah hak negeri,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Salah satu daripada disiplin berjemaah ialah wala' dan thikah kepada pimpinan bagi memastikan kemantapan jemaah dan berupaya menghadapi cabaran yang datang tanpa diganggu gugat mana-mana pihak, tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin.

Beliau mengaitkan konsep wala' dan thikah ini dengan kata-kata Saidina Umar yang menyebut, "tidak sempurna Islam melainkan dengan adanya jemaah dan tidak sempurna jemaah melainkan adanya kepimpinan dan tidak sempurna kepimpinan melainkan adanya ketaatan".

Beliau yang juga Adun Puteri Wangsa, Johor turut menyebut terdapat juga ayat dalam Al-Quran yang membawa maksud "sesungguhnya pemimpin kamu (Rasul) dan orang yang beriman yang mendirikan solat, yang mengeluarkan zakat, tunduk dan patuh serta barang siapa berwalikan Allah, golongan yang mengejar agama Allah itu yang akan mencapai kemenangan di dunia dan akhirat".

Dalam konteks kepimpinan PAS katanya, pemilihan pucuk pimpinan telah dibuat dan tidak ada sebab lagi untuk ahli-ahli PAS memanjangkan mengenai isu pemilihan.

"Kempen sudah tamat dan pemilihan sudah dibuat perwakilan. Jadi, kita berikan wala' dan hormat (thikah) kepada saf pimpinan serta memberi peluang kepada mereka menjalankan tanggung jawab dan amanah dalam tempoh dua tahun ini.

"Pemimpin bukan selama-lamanya. Seperti dalam PAS, dua tahun lagi akan ada pemilihan baru.

"Dalam tempoh itu semua ahli akan melakukan penilaian dan muhasabah. Mungkin pemimpin yang ada akan dikekalkan atau diganti dengan orang lain," katanya yang juga Adun Puteri Wangsa.

Kata Ustaz Abdullah, adalah kurang elok apabila pemilihan telah dibuat namun masih timbul suara-suara tidak puas hati dan kurang senang.

Sekiranya berlaku situasi seperti ini katanya, ia menimbulkan keadaan tidak selesa bagi meneruskan perjuangan.

Justeru katanya, amat perlu penekanan konsep wala' dan thikah ini kepada setiap ahli jemaah bagi memberi peluang pemimpin yang dipilih memberi khidmat yang terbaik.
KUALA LUMPUR: PAS Johor bersedia berhadapan cabaran memecahkan tembok perkauman yang membelenggu masyarakat Melayu di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Johor yang baru, Aminolhuda Hassan berkata, PAS perlu berusaha lebih kuat mendekati masyarakat Melayu berbanding masyarakat bukan Islam yang dilihat semakin yakin dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, di samping meneruskan gerak kerja Pesuruhjaya sebelumnya iaitu Datuk Mahfodz Mohamed, ada beberapa pembaharuan yang akan dilakukan.

"Idea mungkin ada berbeza sedikit tapi matlamat tetap sama iaitu untuk membangunkan politik Islam di kalangan masyarakat Johor, masyarakat Melayu khususnya.

"Kita tak berapa risau dengan sokongan bukan Islam kerana mereka semakin yakin dengan PAS dan Pakatan Rakyat di Johor cuma perhatian yang lebih perlu diberikan kepada masyarakat Melayu kerana mereka masih termakan dengan isu-isu perkauman yang dimainkan.

"Tugas yang paling besar bagi PAS Johor adalah untuk memecahkan tembok perkauman dan meyakinkan orang Melayu bahawa PAS boleh menggantikan Umno di Johor," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tambah beliau juga, pasukan kerja PAS perlu meningkatkan usaha menyebarkan maklumat yang tepat kepada masyarakat Melayu yang ragu-ragu untuk memilih PAS dan Pakatan rakyat walaupun mengakui integriti dalam kepimpinan PAS.

"Tugas PAS untuk memberikan maklumat yang tepat kepada orang Melayu bagi membantu mereka membuat keputusan dalam memilih pemimpin.

"Kalau dilihat, Orang Melayu mengakui model kepimpinan berintegriti dalam PAS cuma mereka masih terperangkap dengan isu-isu perkauman dan percaya hanya Umno BN yang mampu membela nasib mereka," katanya yang juga Adun Parit Yaani.

Muslimat PAS Johor pula katanya, berdepan dengan cabaran mendekati golongan suri rumah yang bergantung sepenuhnya kepada media arus perdana untuk mendaptakan maklumat.

"Muslimat Johor perlu menggunakan pendekatan mesra suri rumah dan menyelami kehendak mereka kerana golongan ini memang bergantung kepada telelevisyen untuk mendapatkan maklumat.

"Ini juga cabaran bagi muslimat untuk mendekati golongan surirumah yang tidak terdedah dengan maklumat lain selain media arus perdana.

"PAS perlu mengunakan pendekatan yang bersopan santun keran orang Johor sangat mementingkan budi bahasa dan berbudaya," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, pertemuan dengan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Negeri akan diadakan secepat mungkin bagi menyelaraskan gerak kerja.

"Selepas mendapat surat lantikan jawatan nanti, saya akan seger amengatur pertemuan dengan ketiga-tiga dewan agar gerak kerja ketiga-tiga dewan selaras," katanya.

Tiada ulasan: