Isnin, 2 Disember 2013

MUNGKIN PILIHAN KITA....AMBIK KAU...NAIK SEBAB TAK UNTUNG...TAK BOLEH JADI ALASAN....SEBAB TIADA PERSAINGAN...SATU2NYA ADA DISEMANJUNG....MONOPOLI

Tarif elektrik naik 15%
3:05PM Dis 2 2013  
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama.

MAKNANYA MENGAKU ADA...DUA2 MASUK NERAKA PEMEBERI DAN PENERIMA
Dr M: Rasuah bertambah tak seperti masa saya
 
Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, amalan korupsi di Malaysia semakin bertambah dan pelaksanaan undang-undang berkaitan kurang licin dan mengambil masa lama, tidak seperti pada zaman pemerintahannya.

Justeru, mantan perdana menteri berkata, penting supaya persepsi masyarakat melihat tindakan segera kerajaan dalam membanteras amalan tersebut.

"Ia (rasuah) banyak bergantung pada undang-undang dan hukuman.

"Salah satu perkara yang paling penting untuk membanteras korupsi ialah untuk mempercepatkan proses siasatan," kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mahathir berkata demikian dalam komen mengenai laporan indeks persepsi korupsi dunia yang bakal dikeluarkan esok.

Idea bendung korupsi dalam Umno

Bekas pengerusi Umno itu juga menyatakan politik wang dalam pemilihan parti itu baru-baru ini makin berkembang.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut tetapi menawarkan diri untuk bersama memberi penyelesaian masalah itu.

Beliau berpendapat walaupun corak pemilihan Umno telah bertukar, namun masalah masih wujud dan berkembang.

"Saya ada idea dan akan cari platform untuk jelaskan idea tersebut, idea untuk bendung korupsi dalam Umno dan negara," kata beliau.
M'sia lebih banyak siasat 'kekayaan luar biasa' dari HK
 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata negara Hong Kong mempunyai seksyen dalam akta yang berkaitan rasuah, yang membolehkan pihak berkuasa mereka menyiasat individu yang didakwa mengumpul kekayaan yang luar biasa.

Memuji negara itu mempunyai peruntukan tersebut, Razali (BN-Muar) negara Malaysia bagaimanapun lebih banyak menggunakan peruntukan seksyen 36 bagi Akta Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan terhadap individu yang mempunyai kekayaan luar biasa.

NONE"Kita lebih banyak menggunakan seksyen ini, berbanding negara Hong Kong yang mempunyai satu akta yang lebih baik daripada kita. Kalau tidak silap saya di Hong Kong mempunyai sekysen 10 untuk melakukan siasatan tersebut.

"Namun, negara kita telah menggunakan seksyen ini (seksyen 36), jauh lebih banyak berbanding Hong Kong yang tidak pun menggunakan seksyen tersebut (seksyen 10).

"Maksudnya, (kalau) ada seksyen (itu) tapi tidak digunakan pakai, lebih baik dengan seksyen 36 ini, dan telah digunakan untuk membuat siasatan dan pendakwaan," katanya menjawab soalan tambahan daripada MP Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam soalan lisannya Takiyuddin bertanyakan mengenai kedudukan Malaysia mengikut Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
 
MENGAKU ADA PENIPUAN DAN KETIDAK ADILAN

Mahathir: Ya, demokrasi kita tak sempurna
 
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mengaku bahawa demokrasi Malaysia tidak sempurna.

Bagaimanapun menurutnya, ia stabil dan mampu menjadi pengimbang sosial kepada masyarakat di negara ini.

"Demokrasi Malaysia tidak sempurna tetapi demokrasi tidak sempurna lebih baik dari (rakyat) turun ke jalanan dan membunuh sesama sendiri," kata beliau dalam sesi ucapan makan tengah hari Forum Antarabangsa Umno 2013 di Pusat Perdagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut beliau kerajaan sepatutnya mampu mengaku kesalahan mereka dan bertindak untuk terus memperbaiki diri dalam membantu perkembangan negara.
Anwar pertikai Shafee tak lapor isu Bt Puteh
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai kegagalan peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah melapor kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan salah laku melibatkan peguam Negara Tan Sri Gani Patail dalam kes Pulau Batu Putih.

Ketua umum PKR itu sekaligus mempersoalkan kredibiliti Shafee yang kini bertindak sebagai pendakwa dalam kes liwat II.

NONESehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan Shafee itu sebagai satu "jenayah" kerana ia merupakan satu perkara serius melibatkan kedaulatan wilayah Malaysia sedangkan Shafee didakwa mengetahui perkara yang dibangkitkan itu.

"Peranan Tan Sri Shafee Abdullah, dia ada maklumat tentang perkara yang serius yang melibatkan wilayah negara dan maklumat ini telah tidak disampaikan.

"Ini maknanya ia telah tidak menyerahkan keterangan atau membuat laporan kepada polis atau SPRM. Ini juga merupakan satu jenayah.

"Maka saya akan berbincang dengan peguam, untuk membuka semula kes Tan Sri Shafee Abdullah ke mahkamah (untuk digugur sebagai pendakwa).

"Kalau orang dan kredibiliti begini, boleh menyimpan rahsia tentang akaun dan peguam negara di Hong Kong dan (kini) jadi pendakwa dalam kes rayuan saya di Mahkamah Rayuan," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan barisan peguamnya termasuk Karpal Singh untuk menyegerakan tuntutannya menggugurkan Shafee di Mahkamah Persekutuan.

Anwar demikian dalam sidang media di lobi parlimen seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, yang diperolehinya pagi ini.

"Intipati demokrasi bukanlah untuk mencapai kemenangan tetapi menerima kekalahan," kata beliau.
Mahathir keluar Peronas ekoran faktor usia
 
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan melepaskan jawatan sebagai penasihat Petronas dengan alasan sudah tua.

Mahathir berkata sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

NONE"Saya ambil jawatan itu sepuluh tahun lalu, sekarang saya sudah sepuluh tahun lebih tua. Saya hanya boleh keluar negara sebulan sekali.

"Saya perlu tidur lebih banyak," kata beliau dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menyifatkan Petronas kini sebuah syarikat yang baik dan memberi manfaat kepada negara dan kerajaan.

"Petronas berjalan baik, untung banyak dan bagi duit kepada kerajaan pun banyak.

Beliau turut melahirkan perasaan terima kasih kepada syarikat gergasi itu kerana memberi peluang kepada bumiputera dan negara dalam mengembangkan perniagaan.

"Petronas bagi peluang kepada (anak saya) Mokhzani bin Mahathir, puas hati dah saya.

"Saya turut menyokong usahawan kecil," kata beliau secara berseloroh.

Mahathir bagaimanapun menyatakan beliau masih mengekalkan jawatan sebagai penasihat Proton yang dimiliki DRB-Hicom.
'Projek sakit' TLDM: Pembayar cukai tanggung RM10.2j
 
Kegagalan untuk mematuhi prosedur tender dalam melantik kontraktor bagi pembinaan sebuah kolej latihan Tentera Laut Diraja Malaysia menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM10.2 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 bahagian kedua yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Kontraktor berkenaan, Syarikat Ijhraa (M) Sdn Bhd, yang ditugaskan untuk membina salah satu dari pusat latihan KD Pelandok di Lumut, Perak, gagal menyiapkan projek RM41.46 juta tersebut.

Syarikat tersebut, yang mula dianugerahkan projek pada 16 Disember 2009, hanya berjaya menyiapkan 55 peratus daripada projek tersebut selepas tarikh akhir tamat pada 27 Februari 2012, dan diberi lanjutan sehingga 16 April 2012.

Khidmat Syarikat Ijhraa kemudiannya ditamatkan oleh Kementerian Pertahanan dan projek tersebut dikategorikan sebagai ‘projek sakit’.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Syarikat Ijhraa, yang merupakan kontraktor Kelas B, diberikan “kebenaran khas” untuk menyertai tender bagi membina KD Pelandok pada Mei 2009.

Sebanyak sembilan syarikat disenari pendek dari keseluruhan 43 syarikat dan Syarikat Ijhraa, yang menawar harga kedua terendah, akhirnya terpilih.

Pemilihan itu dilakukan walau syarikat tersebut gagal mematuhi peraturan tender yang sebaiknya.

Menurut laporan tersebut, audit yang dijalankan mendapati Syarikat Ijhraa hanya mengemukakan dua daripada empat dokumen sokongan yang ditetapkan.

Tiada ulasan: