Posted on Saturday, December 07 @ 20:46:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu tidak pernah bersikap rasis, malah bersikap adil untuk semua kaum dalam mempertingkat keseimbangan dan berkongsi kekayaan.
Katanya
lagi, demi keadilan sosial dan keadilan jangka masa panjang, ekonomi
Melayu dan Bumiputera mesti ditingkatkan kedudukannya.
"Jangan apologetik ini hak kita. Kita mesti laksanakan dan tidak menafikan hak orang lain.
"Bila
masa semasa Dasar Ekonomi Baru, adakah mereka (kaum bukan Melayu)
terpinggir, rezeki terputus. Terbukti Umno adil kepada semua kaum.
"Kami tidak pernah rasis. Kami adil untuk semua... Saya minta kita sama-sama maju ke depan supaya teraju (negara) dipegang oleh Umno," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno petang ini
Menurutnya lagi, bawah kepimpinan Umno, orang lain akan mendapat kesaksamaan, tetapi mendakwa bawah kepimpinan pentadbiran lain, iia tidak pasti.
"Apa yang kita fikir akan memperkukuhkan perpaduan nasional, dan visi kita apa? Kita nak tranformasi negara kita jadi negara maju... Bawah Umno kita mahu (capai) negara maju, negara Islam yang cukup progresif.
"Sebab itu kita perlu ada hala tuju yang jelas, visi yang terang, bahawa kecemerlangan (mestia) di bawah Umno," katanya.
'Bila demam, ambil ubat'"Kami tidak pernah rasis. Kami adil untuk semua... Saya minta kita sama-sama maju ke depan supaya teraju (negara) dipegang oleh Umno," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno petang ini
Menurutnya lagi, bawah kepimpinan Umno, orang lain akan mendapat kesaksamaan, tetapi mendakwa bawah kepimpinan pentadbiran lain, iia tidak pasti.
"Apa yang kita fikir akan memperkukuhkan perpaduan nasional, dan visi kita apa? Kita nak tranformasi negara kita jadi negara maju... Bawah Umno kita mahu (capai) negara maju, negara Islam yang cukup progresif.
"Sebab itu kita perlu ada hala tuju yang jelas, visi yang terang, bahawa kecemerlangan (mestia) di bawah Umno," katanya.
Najib berkata negara kita berdepan dengan permasalahan struktur ekonomi kerana menanggung beban subsidi yang besar lebih RM46 bilion sekalipun peruntukan pembangunan RM49.6 juta - yang keadaannya dilihat "tidak boleh bertahan".
"Rating agensi dah bagi signal, bila kita demam, kita ambil ubat, bila kita naikkan harga minyak, dan hapus subsidi gula. Naik tarik elektrik dan beri positive outlook pada masa depan," katanya.
Beliau berkata beliau perlu untuk memperkukuhkan ekonomi dan mengurangkan defisit fiskal supaya beliau menambahkan peruntukan khususnya di luar bandar.
Malah, katanya, jika keadaan demikian beliau juga dapat memberikan pemberian bonus kepada pegawai kerajaan.
"Kalau kita nak sihat, kita perkukuhkan ekonomi, kita boleh bagi lebih bantuan kepada rakyat.
"Kita jentik sikit itu, tapi bila kesihatan lebih sihat dan pada tahun 2020, kita menjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya.
sumber
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Saturday, December 07 @ 20:46:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Mat Sabu: Saya Pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
Posted on Saturday, December 07 @ 19:48:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.
"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.
Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mat-sabu-saya-pengikut-ahli-sunnah-wal-jamaah-26601?cp
PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.-astroawani
PM: Naik elektrik sakit jangka pendek saja
Posted on Saturday, December 07 @ 19:43:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik negara ini dengan alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan wang untuk pelaburan.
Najib menegaskan kenaikan itu bagaimanapun tidak memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.
"(Seramai) 71 peratus pengguna tak dikenakan kenaikan. Jadi kenaikan cuma 30 peratus (kepada) domestik, industri dan komersial. Kita perlu laksanakan tindakan tarif itu, sebab sebagai sebuah badan, TNB perlukan RM 6 bilion setahun untuk pelaburan," kata beliau dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno.
Kenaikan tarif dibantah perwakilan Umno sempena PAU ini dengan beberapa perwakilan mendakwa tindakan tersebut tidak tepat dan tidak adil pada masa sekarang.
"Kalau tak lakukan peningkatan tarif, akan jejaskan kemampuan kewangan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat tak terjejas."
Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.
"Penting untuk ada keutuhan kewangan bila kewangan utuh, kita boleh buat lebih banyak untuk rakyat. Mereka (rakyat) perlu faham proses ini. Ini kesakitan jangka pendek tapi tak sakit teruk, sakit ringan sahaja tapi dalam jangka masa panjang baik untuk rakyat," kata beliau.
Najib berkata kerajaan akan terus menambah bantuan dan menawarkan jaringan keselamatan sosial.
Beliau turut mengulas jawatankuasa menyiasat laporan ketua audit negara telah pun memulakan tugas dan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang terlibat.
"Ya, KSN (ketua setiausaha negara) telah buat pengumuman, beberapa tindakan telah diambil terhadap mereka yang mengingkari arahan khususnya dalam penggunaan dana.
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Saturday, December 07 @ 19:43:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Tengku Puan Pahang Memasak Untuk Mangsa Banjir
Posted on Saturday, December 07 @ 19:06:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Pahangdaily
Foto ini dirakamkan ketika Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar sedanga asyik memasak untuk mangsa banjir ketika melawat ke Pusat Pemindahan Banjir SUKPA dekat Indera Mahkota baru-baru ini.
Sememangnya umum mengetahui bahawa Tengku Puan Pahang memang pandai memasak, dan pernah menghasilkan buku khas masakan Pahang. Daulat Tuanku!.
Sumber: myMetroTV
pahangdaily.blogspot.com
Isu Lembah Bujang: Kenapa Terlalu Buta & Jahil Sejarah Bangsa Sendiri? BENGONG!
Posted on Saturday, December 07 @ 19:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"
Benarkah candi Lembah Bujang menghadap kiblat? Benarkah Lembah Bujang lebih hebat daripada Candi Borobudur dan Angkor Wat? Apakah lagi misteri yang "disembunyikan" di Lembah Bujang ini sehinggakan menarik perhatian bukan sahaja arkeologis dan sejarahwan seluruh dunia malah pengintip serta ejen risikan barat?Apa pula kaitannya dengan kedatangan Islam di nusantara? Ramai antara kita tidak tahu apa sebenarnya yang ada di Lembah Bujang sehinggakan kita begitu menentang pencerobohan syarikat kroni UMNO yang memusnahkan tapak sejarah paling bernilai di Malaysia itu.
Walaupun,
pada mulanya peluru dilancarkan kepada PAS Kedah dengan menyatakan
bahawa projek ini diberikan pada zaman PAS tapi tembelang mereka
terbongkar kerana projek ini diluluskan pada zaman UMNO rupanya. Inilah
virus Talibanisme UMNO!
Di
Asia Tenggara, terdapat beberapa tapak tamadun yang setiap satunya
memberikan kebanggaan kepada negara masing-masing. Bagan di Myanmar yang
mengandungi lebih 1000 buah kuil dari bersaiz kecil hingga besar,
Borobudur di Indonesia yang merupakan monumen Buddha terbesar di dunia,
puing-puing Sukhotai dan Ayutthaya di Thailand, Myson, pusat kebudayaan
tamadun Champa di Vietnam serta wajib dalam senarai, kompleks Angkor
yang mengandungi Angkor Wat dan Angkor Thom dengan wajah-wajah gergasi
di Bayon,Kemboja.
Semua
negara-negara ini mengambil berat akan sejarah mereka seperti Indonesia
yang bekerjasama dengan UNESCO untuk membaikpulih Borobudur akibat
gempa bumi. Kerajaan junta tentera Myanmar sekalipun, berusaha
membaikpulih kompleks Bagan dengan cara mereka sendiri tetapi mengapa
Malaysia seolah-olah buta sejarah dan terus mengabaikan warisan
sejarahnya?
Kita
mempunyai tapak tamadun tertua di Asia Tenggara mengatasi segala
pencapaian Angkor, Bagan, Borobudur dan Ayutthaya. Jika Borobudur dibina
lebih 400 tahun sebelum Angkor Wat, ada candi-candi di Lembah Bujang
dibina lebih 800 tahun sebelum Borobudur dibina!
Di
Lembah Bujang terdapat kompleks peleburan besi yang tiada tolok
bandingnya di rantau ini. Tiada tamadun lain di Asia Tenggara seawal 1
Masehi malah sehingga 1000 Masehi mempunyai teknologi peleburan besi
sebagaimana di Kedah Tua.
Perhatikan catatan pengembara dari Bukhara,Abu Dulaf yang melawat Kedah Tua pada 940 Masehi:
"...saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang ‘Qala’i’ iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda..."
Tetapi
mengapa pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab yang kononnya
berkaitan dengan 'sejarah' di Malaysia terus menjadi makhluk-makhluk
yang pekak, buta, tuli dan bisu? Di manakah suara Muzium Negara?Arkib
Negara? Perpustakaan Negara Malaysia yang sehingga ke hari ini memeram
manuskrip-manuskrip Jawinya untuk dijadikan arak pekasam di stornya?
Mana kelab-kelab pencinta sejarah? Mana Persatuan Sejarah Kedah?
Mana
dia pensyarah-pensyarah dan profesor-profesor sejarah? Mengapa tiada
ulasan atau tindakan dari mereka? Tiada semangat perjuangan dari mereka
semua ini. Jelas, apa yang diharapkan adalah semata-mata wang dan
material dari profesion mereka. Tiada tanggungjawab sosial dan rasa
prihatin. Mereka berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan pihak-pihak yang rakus memusnahkan warisan sejarah kita demi
mengaut keuntungan.
Anak-anak
Melayu terutamanya perlu jelas pasal ini. Candi Lembah Bujang bukan
dibina oleh 'Indian trader'. Pasal apa pulak candi Lembah Bujang
dikreditkan pada makhluk asing bernama 'Indian trader' ni? Takde pasal
mereka nak bina lebih 50 buah bangunan di Lembah Bujang. Dah berniaga
dapat untung cabut balik India lah. Habis tu mana perginya kerajaan
Kedah Tua yang digembar-gemburkan oleh para pedagang Arab dan Parsi tu?
Kerajaan bunian?
Dah
ada bukti tapak bangunan di Lembah Bujang, kredit kat 'Indian trader'
pulak. Lepas tu persoalkan kenapa kerajaan-kerajaan Melayu dulu takde
binaan. Takde binaan kepala otak hang berjambui, dah semua binaan
sejarah yang ada dikreditkan kat makhluk asing, lepas tu apa yang kamu
dapat? Ini namanya bodoh piang. Tak baca buku. Lepas tu kena tipu
hidup-hidup dengan makhluk asing.
Angkor
Wat, Borobudur dan Cham Tower kat Vietnam tu takde pulak media mereka
kreditkan kat 'Indian trader'. Kajilah pelan layout 'candi' Lembah
Bujang tu macam mana. Orientation dia sama ke dengan orientation
kuil-kuil di Tamil Nadu, Orissa atau Kerala. Bahan binaan dia sama ke
dengan kuil-kuil Chola atau Pandya? Kuil-kuil kat Tamil Nadu standard
dia batu gunung yang dipotong bukan batu-bata laterit yang dibakar dan
disusun. Brihadeeswarar Temple kat Tanjavur, Tamil Nadu sebagai contoh
dibina dengan batu granit gunung bukan batu laterit atau batu sungai.
Semua binaan di Lembah Bujang dibina oleh rakyat tempatan. Tiada kaitan dengan entiti bernama 'Indian trader'.
Sebuah
dokumentari di Youtube pasal teknologi Angkor Wat yang sebenarnya
dibina di atas sekeping tanah yang terapung di sebuah tasik dan ini
memeranjatkan pengkaji mat saleh bahawa bagaimana tanah yang terapung
ini dapat menampung berat keseluruhan Angkor Wat! Lepas tu ada mamat
dari India dakwa itu adalah teknologi rakyat Tamil kemudian dakwaannya
dibidas oleh ramai penonton dari Kemboja yang mengatakan teknologi kuil
di India tidak ada sepatah haram pun menyerupai Angkor Wat.
Punca
media Malaysia bengap, sebab para menteri dan banyak ahli politik
Malaysia semuanya pengetahuan sejarah mereka gred F. Bila menteri
bengap, media pun bengap sama. Ini macam penyakit berjangkit.
Sejarah
jangan cuba diolah dengan menggunakan alasan agama. Adakah Lembah
Bujang tidak begitu bernilai sehingga, bangunan-bangunan peninggalan
kolonial British dicalonkan oleh Malaysia untuk dijadikan Tapak Warisan
Dunia UNESCO tetapi tapak bermulanya ketamadunan Melayu pertama di Asia
Tenggara sehingga kini belum dicalonkan, malah dibiar begitu sahaja?
Kenapa PERKASA mendiamkan diri dalam hal ini, kerana yang dimusnahkan
itu adalah warisan sejarah ketamadunan Melayu di bumi ini? Adakah
PERKASA tidak berminat dalam soal ketamadunan Melayu pertama dan hanya
berminta menjadi alat politik Umno?
Manakala,
pendirian MIC dalam hal ini adalah hipokrit semata-mata. Segala
tindakan MIC dan pemimpinya kini adalah hanya untuk mendapatkan
publisiti murahan. Kenapa MIC tidak pernah membuka mulutnya tentang
Lembah Bujang dalam 50 tahun menjadi rakan kabinet Umno? Saya minta
Rakyat Malaysia tidak melihat perkara ini dari segi agama semata-mata
dan menilai dengan pemikiran rasional masing-masing.
Rakyat
Malaysia perlu pertahankan warisan sejarah ini walau apa cara
sekalipun. Peringatan juga kepada, blogger UMNO berlagak hero dengan
mengatakan biarkan sahaja diroboh warisan hindu ini. Woi bangang! Lembah
bujang itu warisan Melayu la, hasil kerja anak jati tempatan. Piramid
warisan firaun laknatullah pun dikekalkan oleh Saidina Umar al Khattab
dan para sahabat ketika umat Islam mula-mula membuka wilayah Mesir
dahulu kala, apatah lagi kita bangsa Melayu di hujung dunia. Mohon
Mukhriz sekat serta merta kegiatan haram ini.
Lihat gambar monumen-monumen di bawah yang telah dikalahkan oleh hanya puing-puing di Lembah Bujang. Hebat dan pelikkan warisan sejarah ini? Nampak zahirnya mereka jauh lebih hebat, tapi tanpa Lembah Bujang, "mereka" tidak akan wujud. Faham?
Untuk gambar yang membeliakkan mata, sila ke:- http://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/12/isu-lembah-bujang-kenapa-terlalu-buta.html
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hijabulcrewz
Posted on Saturday, December 07 @ 19:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Jika Kenderaan Ditenggelami Banjir…
Posted on Saturday, December 07 @ 19:02:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
" Musibah seperti banjir memang akan merugikan banyak pihak. Bukan sahaja harta benda boleh rosak, bahkan nyawa juga turut boleh terancam. Dari segi harta benda, kenderaan adalah antara yang besar nilainya di sisi kita. Bukan sahaja pada nilai harganya, bahkan pada nilai jasanya. Tentu banyak kos perlu dikeluarkan untuk membaikinya semula jika kenderaan ditenggelami banjir. Bagaimana hendak menyelamatkannya dan mengurangkan kos pembaikan tersebut?
Sebelum
masuk kepada cadangan jawapan kepada soalan tersebut, saya sekadar
hendak ingatkan kepada tuan/puan mangsa-mangsa banjir agar jangan
berkalau-kalau lagi. Contohnya:
“Kalaulah aku sempat bawa kereta ni ke tempat lebih tinggi, tentu tak tenggelam.”“Kalau aku tak parking kat sini, tentu tak jadi begini.”“Kalaulah aku tak datang bermalam kat sini, tentu selamat dari ditimpa musibah ini.”
Sikap
berkalau-kalau begini memang akan menyerbu ke dalam qalbu kita saat
musibah begini. Rasulullah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pernah
menasihatkan agar jangan bersikap seperti itu kerana sikap tersebut akan
mengundang Syaitan merosakkan iman dan qalbu kita.
“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan: “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi”, kerana sesungguhnya kata-kata ‘seandainya/kalaulah’ itu membuka jalan bagi Syaitan.”(HR Muslim)
Semoga
iman kita kukuh dan berjaya berhadapan dengan gangguan Syaitan atas
ujian besar ini. Dan semoga dengan kesabaran dan sifat redha tuan/puan,
ALLAH Ta`ala kurniakan pahala, penebusan dosa dan kebaikan yang banyak
buat tuan/puan mangsa-mangsa banjir, amin…
Baik,
sekarang kita masuk kepada apa yang perlu kita buat jika kenderaan
ditenggelami banjir. Berikut adalah beberapa nasihat yang saya perolehi
semasa tempat saya ditenggelami banjir sehingga menyebabkan kenderaan
saya tenggelam hingga hampir ke paras bumbung.
Sebelum tenggelam:
1.
Jika kenderaan memang tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi
dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah
lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air.
Contohnya menutupnya dengan plastik.
2.
Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita
akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam
peringkat.
3.
Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah
rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan
kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.
Ketika tenggelam:
1.
Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya
terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian
enjin . Apatah lagi cuba untuk memandunya meredah banjir.
Setelah banjir surut:
1.
Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan
enjin! Jangan hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda
ditenggelami banjir besar, iaitu jangan hidupkan enjin!
2.
Panggil lori tunda untuk ditunda ke bengkel yang dipercayai. Komponen
utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Samada rosak
banyak atau rosak sikit. Enjin mungkin tak perlu overhaul,
sekadar flush minyak enjin beberapa kali. In shaa’ ALLAH enjin OK.
Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan
mengalami kerosakan yang lebih parah.
3. Sistem
transmisi pula kalau jenis manual, maka prosesnya sama macam
enjin. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Hal
ini mekanik akan nasihat. Mungkin 3 hingga 5 kali flush. Atau mungkin
lebih. Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah
yang lebih besar. Kemungkinan kena overhaul atau lebih teruk dari itu
iaitu tak dapat diselamatkan. Terpaksa tukar gear box baru.
Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
4. Sistem elektornik boleh selamat in shaa’ ALLAH. Cuma dalam masa yang panjang, mungkin baru nampak kesannya.
5.
Kusyen pula memang kotor dan berbau habislah. Kena cuci samada upah
atau sendiri. Kadang-kadang pihak bengkel ada tawarkan juga khidmat
cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir. Khidmat cuci kenderaan
akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis
kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti. Selepas siap dicuci, bau
tidak menyenangkan tetap juga wujud selama beberapa tempoh. Terpaksa
bersabarlah dengan bau tersebut tu dalam lebih kurang sebulan.
Lama-lama OK, in shaa’ ALLAH.
Itulah
setakat yang saya tahu dan mampu berkongsi. Ini pun tahu sebab dulu
kereta pernah tenggelam banjir. Kalau tuan/puan ada nasihat-nasihat
lain, silakanlah kongsi. Dan kalau maklumat di atas tidak tepat,
silalah betulkan. In shaa’ ALLAH kita sama-sama berkongsi untuk
kebaikan bersama.
Mengenai kos
pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada kita samada ada
hidupkan enjin atau tidak. Jika hidupkan enjin, maka kos pembaikan akan
menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak. Jika tidak
hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidak tinggi sangat. Lagi satu
faktor ialah jenis kenderaan. Pihak bengkel akan nasihatkan proses
semuanya. Jadi pemilihan bengkel yang dipercayai juga merupakan faktor
yang penting.
Semoga ALLAH Ta`ala
mempermudahkan urusan semua saudara-saudara kita yang mengalami musibah
banjir, dikuatkan kesabaran, dikurniakan kebaikan dari sisiNYA,
diberikan keselamatan dan dikeluarkan dari musibah tersebut dengan
segera, amin…
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2013/12/07/jika-kenderaan-ditenggelami-banjir/
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: al-bahanj
Posted on Saturday, December 07 @ 19:02:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Tiada ulasan:
Catat Ulasan