Khairul Hilmi Che Ali shared Al Quran Digital Focus1's photo.
Al-Quran Terbang Dan Melekat Di Pintu KaabahRATUSAN ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf terkejut apabila sebuah Al-Quran tiba-tiba kelihatan melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa mengejutan itu membuat ramai jemaah menangis.
Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran dan sebaik saja sampai depan pintu kaabah, beliau di rempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan quran yang dipegang terlepas, tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut dan diturunkan dengan kayu, saksi-saksi berpeluang mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi.
Sumber: http://busuk.org/ping/view/
Mesir: Lautan Himpunan Tolak Rampaskuasa, Tuntut 4 Perkara
Posted on Saturday, July 13 @ 20:23:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh IbnuHasyim
MESIR12 Julai 2013 tarikh Mesir: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah.
Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan. Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.
Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam. Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi.
Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;
1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara.
2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan.
3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.
4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan."
Di bawah ini adalah gambar sekitar di dataran Rabiatul Awadiah di Kaherah Mesir, 12 Julai 2013, tarikh Mesir.
Maghrib, di Rabiatul Awadiah, semalam. Jutaan penyokong Morsi melakukan solat berjemaah.
.Nasr City, petang semalam. Penyokong Morsi.
Malam, di Rabiatul Awadiah, penyokong Morsi dan Islam. Muslimat yang gigih!!
Solat Maghrib di Rabiatul Awadiah, semalam, Jumaat.
Morsi digulingkan, hanya kerana INI!! Junjungan Al-Quran.
Seorang budak Mesir mengibar bendera di Dataran Rabiatul Awadiah, Mesir, malam 12 Julai 2013
Golongan tua turut membantah rampasan junta tentera fasiq Mesir!
Sepanduk menyokong Morsi dan membantah rampasan tentera di dataran sama.
Inilah yang sebenarnya menyebabkan Morsi digulingkan junta tentera
fasiq Mesir. Kerana Baitulmaqdis juga, ratusan ribu jemaah Palestin di
Masjid Al-Aqsa berdemonstrasi menyokong Morsi selepas solat Jumaat,
12 Julai 2013.
..........
http://www.ibnuhasyim.com/2013/07/h.html
Khairul Hilmi Che Ali shared Jeneral Yakuza Ogawa's photo.
MENTERI - ELAK MAKAN AYAM KALAU HARGA NAIKKUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil."Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera."Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...
pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara."Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi."Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - BERNAMA
ulasan admin: kalau menteri tak tahu apa nak buat, lebih baik menteri turun, biar rakyat yang naik! macam mana boleh jadi menteri kalau tak tahu nak buat kerja.. bangang betul menteri umno. kah3
Tolong doakan anak gadis ini dipulangkan ke pangkuan keluarga
Posted on Saturday, July 13 @ 18:28:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"Hari ini Sabtu 13 Julai 2013 saya solat Asar di Masjid Bandar Baru Senawang. Nampak notis gadis hilang pada papan kenyataan masjid. Saya pun telefonlah bapa gadis tersebut untuk sahkan samada sudah dijumpai atau belum. Encik Khairul (bapa gadis) berkata belum dijumpai.
Marilah kita sama-sama berdoa di bulan Ramadan yang penuh berkat ini
semoga Allah permudahkan urusan supaya adik Khairul Amira binti Khairul
Afifi dikembalikan ke pangkuan ibu bapa mereka, yang hilang sejak 19 Jun
2013.
Kepada mereka yang ada maklumat sila hubungi ;
03-20702222 (Sjn Mazrul) Balai Polis Tun HS Lee, KL
013-6800187 (SI Masri) Balai Polis Senawang
016-2013676 (Khairul) Bapa Khairul Amira
Tolong SHARE artikel ini , semoga dengan doa dan SHARE kita akan mengembalikan anak gadis ini kepada ibubapanya, insyaAllah.
Notis Kehilangan serta gambar adik Khairul Amira binti Khairul Afifi di http://rozmal.blogspot.com/2013/07/tolong-doakan-anak-gadis-ini.html
[Saksikan..] Video Hukuman Pancung Di Arab Saudi
Posted on Saturday, July 13 @ 18:25:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: matuse68
"
Assalamualaikum dan salam ramadhan.. Hukuman hudud! anda pernah menyaksikan hukuman pancung dijalankan? kalau belum mari kita sama-sama saksikan hukuman ini dijalankan.
Video di bawah menunjukkan hukuman pancung yang dilaksanakan di Arab Saudi. Di Arab Saudi pada kebiasaannya, hukuman pancung dijatuhkan pada pembunuh dan juga pengedar dadah.
Semoga kita mendapat iktibar.. jom kita saksikan... sila
[klik disini.] "
Konspirasi Besar2an Untuk Menjatuhkan Mursi
Posted on Saturday, July 13 @ 00:52:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: benzaini
"
Kejatuhan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi, masih menjadi tanda tanya di kalangan para peneliti politik Timur Tengah. Siapakah sebenarnya di belakang gerakan menjatuhkan beliau? Golongan pembanghkang? Tentera? Atau siapa?
Di antara sebab rasa tidak puas hati rakyat Mesir terhadap pemerintahan Presiden Dr. Muhammad Mursi ialah keadaan ekonomi yg memburuk dan keamanan yg meruncing. Bekalan petrol yg tidak mencukupi, menyebabkan kereta2 terpaksa beratur panjang di stesyen2 minyak. kekurangan gas masak juga menyulitkan suri rumah dan restauran2. Elekterik pula seringkali terputus.
Di samping itu kadar jenayah bertambah. Rompakan, kecurian, serangan dan seumpamanya semuanya membuat rakyat merasa resah dan tidak selamat. Polis tidak menjalankan tugas mereka dan seolah2 tidak wujud. Trafik tidak terkawal dan jalan raya menjadi sesak serta tak keruan.
Anda dapat melihat pada masa kempen tunjuk perasaan yg membawa kpd kejatuhan Mursi bagaimana banyak pejabat2 Partinya dan juga markas Ikhwan Muslimun telah dibakar begitu sahaja tanpa ada pihak polis cuba menghalangnya. Begitu juga serangan2 ke atas penyokong2 Mursi dobiarkan begitu sahaja tanpa polis masuk campur.
Akan tetapi apabila Mursi jatuh segala2nya kembali pulih seperti biasa dalam sekelip mata. Bekalan petrol, gas dan elektrik semuanya menucukupi dan tidak terputus2 lagi. Malah polis mula muncul, bukan untuk mengawal jenayah, tetapi untuk mengambil tindakan ke atas penokong2 Mursi.
Konspirasi ini melibatkan nayak pihak. Selain puak pembangkang yg sebenarnya tidak berdaya utk menghadapi Mursi dan Ikhwan, konspirator besar terdiri drps saki baki regim Mubarak, termasuk pihak tentera sendiri, yg menguasai ekonomi dan masmedia di Mesir.
Tentera umpamanya menguasai kira2 40% drpd ekonomi Mesir, terutamanya dlm bidang pengeluaran barangan. Kroni2 Mubarak juga tidak kurang penguasaanya ke atas ekonomi Mesir. Gudang2 simpanan barangan dimiliki mereka. Syarikat2 pengangkutan yg berperanan mengidar barangan dalam tangan mereka.
Banyak stesyen2 TV suasta dikuasai mereka dan salah sebuah syarikat akhbar suasta terbesar di Mesir juga dipunyai oleh mereka. Mereka memberi kemudahan infra struktur kepada puak pembangkang. Pejabat dan kenderaan disediakan. Konspirator besar lain ialah beberapa buah negara Teluk. Mereka dikatakan membiyayai puak pembangkang dan tidak pernah menghilurkan sebarang bantuan kewangan kpd kerajaan Mursi.
Tetapi apabila jatuh sahaja Mursi, mereka berlumba2 menyalurkan bantuan kpd Mesir tanpa rasa malu atau segan. Arab Saudi memeberi sebanyak 5 bilion USD, Imarat 3 bilion dan akhir sekali Kuwait 4 bilion. Begitu besar sekali kebencian mereka kpd sebuah pemerintahan yg ingin melaksanakan ajaran Islam.
Memandang ke belakang, org mungkin menyalahkan Mursi, partinya dan Ikhwan Muslimun kerana kegagalan mereka membersihkan Mesir drpd saki baki atau "fulul" regim Mubarak, sehingga memungkinkan mereka mengatur kobspirasi utk menjatuhkannya.
Mereka terdiri dari pihak tentera, polis dan Kementerian Dalam Negeri, para hakim dan pendakwa raya serta tokoh2 besar dlm ekonomi dan media massa. Mursi dikatakan banyak membuat kompromi dg tentera dan membiarkan mereka meneruskan penguasaan dlm bidang ekonomi dan menentukan bajet mereka sendiri serta urusan kenaikan pangkat.
Begitu juga dg pihak kepolisian dan Keselamatan Dalam Negeri. Hubungannya dg pihak kehakiman penuh dg ketegangan. Percubaannya utk "mempersarakan" para hakim lebih awal tidak kesampaian.
Akan tetapi, apakah Mursi berdaya utk membersihkan Mesir drpd kuncu2 Mubarak dlm waktu yg singkat yg penuh dg penentangan sejak dri hari pertama menjadi presiden malam sbelum drpd itu. Ingat tidak bagaimana Ahmad Shafiq, calon Presiden yg menentang Mursi, yg berupa salah seorang "fulul" Mubarak, dpt memberi saingan yg begitu hebat kpd Mursi? Rasanya kalau Mursi cuba berbuat demikian, awal2 lagi tentera akan turun tangan dan menggulingnya.
Apa pun bacalah laporan berikut utk mendapat sedikit gambaran tentang apa yg berlaku di Mesir.
Sudden Improvements in Egypt Suggest a Campaign to Undermine Morsi
www.nytimes.com
As life improves for many in Egypt, it is becoming clear that those opposed to President Mohamed Morsi undermined his administration
."Rumah Percuma Untuk Pengundi Kuala Besut !
Posted on Saturday, July 13 @ 18:30:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: mohdnoorawang
"Bertuah sungguh pengundi pengundi Kuala Besut. Hari ini kempen BN/UMNO mula memancing undi dengan benda (kebendaan) kepada kepada pengundi pengundi Kuala Besut dakam kempen pilihanraya kecil.
Tan Sri Muhyiddin Yassin program berkempen dan merasmikan tapak pangsapuri mampu milik 4 tingkat di Pengkalan Atap dan akan membina 500 unit rumah mampu milik di Kuala Besut.
Mengikut berita dari arus perdana Muhyiddin berkata pasangpuri 4 tingkat MUNGKIN DIBERI PERCUMA KEPADA PENDUDUK YANG LAYAK MENERIMA.
Sebelum itu menteri besar Terengganu Dato' Sri Ahmad Said berkata rumah pangsapuri 4 tingkat akan diberi percuma kepada penduduk yang mendiami tanah kerajaan di sekitar Kampung Pengkalan Atap.
Bertuah sungguh pengundi pengundi DUN 01 Kuala Besut dalam menghadapi pilihanraya kecil pertama selepas PRU13. Itu baru masuk dua berkempen oleh gerombolan BN/UMNO bagi menghadapi PRK Kuala Besut.
Untuk rekod kawasan DUN Kuala Besut 99 % bangsa Melayu dan hampir 85 peratus dari 17 ribu pengundi berdaftar bekerja sebagai petani dan nelayan tradisi.
Banyak lagi janji akan dibuat menjelang hari mengundi di Kuala Besut, terutama kepada nelayan pantai sekitar pantai Kuala Besut dan penduduk Pulau Perhentian.
Hampir enam puluh tahun penduduk Kuala Besut dan sekitarnya berada dalam kelompok kemiskinan yang tegar . Dan amat malang Ahmad Said sebagai menteri besar BN/UMNO gagal serta tidak cekap dengan menggunakan bajet tahunan sebanyak RM10 billion.
Rakyat berada diparas kemiskinan yang parah, bajet RM10 billion (10,000 juta) hanya berada dalam temolot dan perut kroni dengan membina dan mengadakan projek yang tidak memberi impak pulangan yang besar kepada rakyat Kuala Besut dan khasnya rakyat Terangganu.
Penduduk kuala besut bakal mendengar dan mnerima banyak lagi "hadiah" dari BN/UMNO menjelang hari mengundi.
Salahuddin: 'Saya takkan lagakan Idris, Ahmad'
Beliau berkata mengeksploitasi dakwaan wujud pergeseran Idris-Ahmad sebenarnya bukan strategi kempen parti itu dalam PRK itu. "Pas tidak akan guna isu itu," katanya dalam sidang media di markas parti itu di Kampung Baharu di sini hari ini mengulas pendekatan penceramah Pas yang memainkan isu kononnya Ahmad dan Idris tidak sehaluan.
Kenyataan itu dilihat bertentangan dengan saranan Datuk Husam Musa selaku Pengarah Pilihan Raya Pas bagi Pilihan Raya Kecil berkenaan yang sebelum ini meminta penyokong Idris supaya mengundi calon Pas bagi mengimbangi kuasa politik kem Menteri Besar.
Husam dilaporkan berkata kemenangan Pas di Kuala Besut secara tidak langsung merupakan kejayaan bagi pihak Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu. - Bernama
Unit Tempur serbu pusat hiburan 'Bollywood'
Serbuan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ekoran pelbagai kejadian jenayah membabitkan senjata senjata api hingga menyebabkan kematian di beberapa pusat hiburan kebelakangan ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, cara itu dilakukan bagi membolehkan pasukan polis bertindak terhadap individu atau kumpulan berbahaya yang dikehendaki polis.
Katanya, polis tidak kompromi dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam.
"Pasukan Unit Tempur ini akan menyerbu mana-mana lokasi yang disyaki menjadi tempat persembunyian ataupun kediaman penjenayah bersenjata dan berbahaya.
“Dalam melakukan tugas, polis turut menitikberatkan soal keselamatan setiap pegawai dan anggota Unit Tempur ini termasuk menyediakan pakaian keselamatan khas yang akan digunakan secara berperingkat oleh setiap pasukan D9 di kontinjen seluruh negara,” katanya.
Jelasnya, serbuan dilakukan pasukan terbabit dibuat selepas menerima maklumat tentang kejadian pemilikan senjata api dan pergaduhan yang sering berlaku antara pelanggan pusat hiburan berkonsepkan ‘Bollywood’ yang terletak di Jalan Dang Wangi.
“Pemeriksaan dijalankan untuk mencegah kejadian jenayah terutamanya jenayah berat.
"Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menahan 20 pekerja warga asing termasuk sembilan wanita yang didapati menyalahgunakan permit kerja dan berkhidmat sebagai pelayan serta penari di premis itu.
“Malah, pemilik premis hiburan itu turut melakukan kesalahan menjalankan operasi menjual minuman keras tanpa memiliki sebarang lesen yang sah," katanya.
Tambahnya, sasaran utama polis membabitkan premis hiburan disko dan karaoke sekitar ibu negara kerana laporan yang diterima penjenayah terbabit sering keluar berhibur sama ada berseorangan atau berkumpulan.
Pemeriksaan mengejut seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh ibu negara sebagai usaha mengesan penjenayah berbahaya termasuk pembunuh upahan.
Subjek Tamadun Islam; DAP Yang Bodoh Lagi
Posted on Friday, July 12 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh IbnuMustafa
Ada sesiapa yang dah baca tentang perkara ini;
'Kenapa Tamadun Islam wajib pada siswa bukan Islam?'
Jika belum, silalah baca dulu. Baca dengan betul-betul apa yang membuatkan seorang ahli Parlimen Kampar ini sungguh tidak berpuas hati untuk kaumnya yang bukan Islam belajar Tamadun Islam.
Mungkin Ko Chung Seng tidak tahu. Pelajaran Tamadun Islam itu, adalah pelajaran sejarah tentang Islam. Sejarah Islam dari mula, sehingga sekarang. Bukannya mata pelajaran tentang Islam itu sendiri. Tetapi, hanyalah sebagai mata pelajaran sejarah tamadun Islam.
Di ITM, telah berpuluh tahun Tamadun Islam diwajibkan dipelajari oleh siswa siswi bukan Islam. Bumiputra bukan Islam, dari kalangan Iban, Dayak, Kadazan, Dusun dan Orang Asal, semuanya belajar Tamadun Islam. Setelah mereka di ajarkan tentang subjek itu, tiada seorang pun dari kalangan Non Muslim itu, yang telah memeluk agama Islam. Jika itulah yang merunsingkan MP Kampar. Kerana apa? Kerana subjek yang diajar adalah subjek sejarah.
Oleh itu, apabila seorang MP DAP dari Kampar, menyebut tentang perkara isu yang non isu, yang membuat onar seperti satu keputusan dari kementerian untuk mengIslamkan orang bukan Islam, membuatkan saya terpanggil, adakah perkara ini telah diputuskan dalam perbincangan bersama Pakatan Rakyat?
Tolonglah DAP. Jangan buat kacau tentang isu yang berkaitan dengan Islam. Ini kerana, ramai golongan profesional Muslim, sudah tidak mahu menyokong DAP yang lebih kepada sentimen anti Islam. Mana pendirian Demokratik sosialisme kamu? Adakah pendirian parti DAP adalah menjurus kepada anti Islam?
Jangan beri bn peluru untuk membenarkan bahawa DAP itu tidak mesra dengan Islam. Kerana perbuatan kamu itu sendiri menunjukkan bahawa DAp itu memang ramai MPnya yang tidak mesra Islam. Bukan semua, tetapi ada.
..........
http://ibnmustaffa.blogspot.com
Kesan Dari Pertikaian Ali-Muawiyah, Lahirnya Perbahasan Bersifat Falsafah
Posted on Friday, July 12 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Dr Shafie Abu Bakar
Kesan dari pertikaian Ali-Muawiyah bukan terhad kepada penguasaan kerusi Khalifah, tetapi akibat daripadanya melahirkan penentangan, penyimpangan dan pendapat yang bersifat `Prinsip` yang darinya mencambah aliran-aliran yang bersifat doktrin. Daripadanya juga melahirkan budaya politik yang asalnya bersifat Qabilah kepada politik pemerintahan.
Rasulullah s.a.w. telah berjaya menanamkan prinsip Ketuhanan,
kenegaraan Islam dan pengganti pemerintahan (Khalifah) secara pemilihan.
Keadaan ini dapat dikekalkan hingga kepada pemerintahan Khalifah Umar
al-Khattab dan bila tiba kepada pemerintahan `Uthman, cara
pemerintahannya mula dipersoalkan. Ali yang datang menyambung
pemerintahan Khulafaur-Rashidin secara pemilihan menghadapi gugatan dari
Muawiyah – juga Aishah-Talhah-al-Zubayr. Konflik antara Ali-Muawiyah
melahirkan golongan Khawarij yang berpisah diri (Keluar dari memberi
sokongan kedua pihak) dan menegakkan prinsip `Tiada Hukum Melainkan
Hukum Allah` - Kembali kepada al-Qur`an.
Golongan Khawarij adalah satu golongan radikal dan lantang menentang
apa yang mereka sifatkan sebagai penyelewengan dan menuntut kembali
kepada prinsip al-Qur`an.
Golongan ini
disifatkan sebagai permulaan kepada kelahiran Ilmu al-Kalam. Daripada
tahun 770M. lahir apa yang dinisbahkan kepada Theologi Khawarij. Antara
mereka yang dinisbahkan kepada teologi ini ialah al-Yaman ibn Ribab yang
menulis buku dan pendapatnya dirujuk oleh al-Ash`ari. Selain dari
al-Yaman ialah Tha`labi, Bayhasi, Yahya ibn Abi al-Kamil. Mereka
dikatakan terlibat di dalam perbahasan ilmu al-Kalam dan menentang
pendirian Mu`tazilah.
Antara pendukung penting faham Khawarij ini ialah Ibn al-Arzaq. Ibn
al-Arzaq menubuhkan satu kumpulan meneliti tentang prinsip-prinsip di
dalam al-Qur`an dan menganjur hidup berdasarkan al-Qur`an. Pemimpin
Khawarij yang lain ialah Najda ibn `Amir . Antara mereka penentang kuat
terhadap karajaan Umayyah seperti Salih ibn al-Musarrah yang meninggal
(695M.) dalam peperangan yang dianggap pahlawan bagi Khawarij. Satu
kumpulan sederhana dari segi pendirian berbanding dengan kumpulan
al-Arzaq ialah Abu Bilal Mirdas ibn Udayya al-Tamimi, Ubaydillah bin
Ziyad bertempat di Basrah dan kelompok yang dinisbahkan kepada Ibadiyyah
Sufriyyah dan Bayhasiyyah. (Watt, W. Montgomery, The Formative Period
of Islamic Thought, Edinburgh University Press, Edinburgh, 1973: 12 –
26).
Antara perkara asas bagi perkembangan Khawarij ialah:
a) Panduan bagi masyarakat Islam ialah al-Qur`an. Bagi mereka yang melakukan dosa besar terkeluar dari komuniti mereka.
b) Pendapat Khawarij ditujukan kepada yang bersifat masyarakat dan bukan kepada perseorangan.
c) Khawarij menekankan kepada peningkatan karisma dalam komuniti
(Watt, W. Montgomery, 1973: 34-37).
Dari Khawarij berkembang kepada perbahasan yang bersifat falsafah
dengan kelahiran Mu`tazilah, Asy`ariyyah, Maturidiyyah dan lain-lain’
(A.Hanafi, Theology Islam, Jakarta, Bulan Bintang, 1974: 40 – 70).
Dilihat dari segi politik, kenaikan Mu`awiyah membuka ruang pada
perkembalian kepada semangat kabilah dan keturunan zaman Jahililiah.
Islam yang datang meletakkan asas kepimpinan pada kelayakan dan
pemilihan berubah dengan Muawiyah sebagai pengasas dinasti pemerintahan
keturunan Umayyah, kata Hamka,
``Setelah teguh kekuatannya, diubahnyalah dasar pemilihan Khalifah yang
berdasarkan Shura itu, menjadi hak keturunannya, sehingga lebih layak
dinamakan raja daripada khalifah.``
Pemerintahan Kerajaan Umawiyyah kekal memerintah sehingga satu kurun
lamanya (32 – 132H.) yang pemerintah antaranya Yazid, Muawiyah II Ibn
Yazid,, Marwan Ibn Hakam, Abdul Malik bin Marwan, Walid bin Abdul Malik,
Sulaiman Ibn Abdul Malik, `Umar bin Abdul Aziz, Yazid bin Abdul Malik,
Hisham Ibn Abdil Malik, Al-Walid bin Yazid bin Abdul Malik, Yazid bin
Al-Walid bin Abdul Malik, Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam.
Kerajaan Umawiyah disifatkan sebagai kerajaan yang menegakkan nilai dan
ciri-ciri budaya Arab yang tidak mementingkan corak pemerintahan
berasaskan Islam. Kedudukan Kerajaan Umawiyyah tidak lepas dari
penentangan. Kaum Khawarij masih menentang kerajaan Umawiyyah. Misalnya
pada peringkat akhir pemerintahan kerajaan Umawiyyah di bawah
pemerintahan Marwan bin Muhammad kaum Khawarij yang diketuai oleh Dihak
bin Qais memerangi Kufah dan menawannya dari Walinya Abdullah bin Umar
bin Abdil Aziz. Dihak juga turut menguasai Mausul. Kaum Khawarij turut
melemahkan pada peringkat akhir pemerintahan Marwan yang kemudian
dikalahkan oleh Abu Muslim al-Khurasani pahlawan yang membantu menaikkan
kerajaan Abbasiyyah pada tahun 132H.
(Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1965: 157 – 167).
Sebenarnya elemen yang bersifat turunan ini juga berlaku kepada
Sayyiduna Ali bin Abi Talib. Setelah kematiannya dilantik anaknya Hasan
dan kemudian Hussein yang terkorban di Karbala di tangan musuhnya pada
zaman Yazid bin Muawiyah. Kematian Hussain secara tragis ditangisi
pendukung yang melihat bukan saja Hussain teranianya, tetapi melihat
bahawa Ali yang berhak menjadi Khalifah, tetapi dirampas oleh Muawiyah.
Pendukung-pendukung Ali dan turunannya tidak saja berbeza dari segi
pendapat tentang kepimpinan politik, tetapi membentuk satu kefahaman
mazhab Shiah di samping Ahlul Sunnah, Wahabi dan sebagainya, tetapi
akhirnya Shiah menjadi satu pegangan yang berlainan sama sekali yang
dilihat pada satu peringkat menyimpang dari Islam. Pendukung Shiah
paling utama ialah di Iran, sebuah Negara utama yang mendukung Shiah, di
samping terdapat di Iraq, Syria dan beberapa Negara yang lain. (Gibb,
H.A.R & Kreamers, J.H. Shorter Encyclopaedia of Islam, E.J. Brill,
Leiden, 1974: 534 – 541)
Demikianlah pertikaian politik telah menggoncang tapak binaan Islam
yang diasas dan ditegak oleh Rasulullah s.a.w. dari Makkah membawa ke
Madinah secara lengkap. Prinsip panduan berasaskan al-Qur`an dan huraian
melalui Hadith dan pembawaan baginda diteladani para sahabat. Madinah
adalah Negara yang menjadi model panduan pemerintahan. Namun tercetusnya
perbalahan antara Ali-Muawiyah menyebabkan berlakunya sanggahan,
pengolahan, penyimpangan, penentangan bahkan kelainan.
Di atas prinsip, variasi dan kelainan umat tetap bergerak yang diharap dapat membina keutuhan dan kesatuan umat.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan