Jangan buat spekulasi jika kedudukan 16:16
Muhammad Faizal, | 16 Jul 2013 |
BESUT: Penolong
Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat menjelaskan jika kedudukan
kerusi Dun menjadi 16:16, ia merupakan satu sejarah baru politik negara
khususnya di negeri ini.
Jelasnya lagi, untuk mentafsir apa yang berlaku jika kedudukan kerusi seimbang adalah tidak wajar.
"Apa yang penting kita dapatkan dulu 16:16 dan tengok apa yang akan berlaku.
"Kita tidak boleh membuat apa-apa keputusan ataupun sebarang spekulasi kedudukan kerajaan negeri mahupun kestabilan, biar ia berlaku dan PAS akan pastikan Terengganu ini tetap aman seperti hari ini," ujarnya yang juga Pengurus Kempen PAS PRK ini kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kempen yang menyifatkan Terengganu akan menjadi huru hara apabila kerusi menjadi 16:16 jika PAS dapat menawan kerusi Dun Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.
Ucapan ringkas melalui kenderaan pacuan empat roda itu dibuat ketika calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkunjung di Bazar Ramadhan di Kuala Besut semalam.
Dalam ucapan ringkas yang dilakukan oleh penyokong BN yang turut sama pada program tersebut turut menyebut pembangkang (Pakatan Rakyat) juga telah menimbulkan huru hara apabila kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas.
BESUT:
PAS mengulangi akan menyelesaikan isu pemilikan tanah di Terengganu
terutamanya Besut yang masih belum selesai sepanjang pemerintahan
Barisan Nasional di negeri ini.
Jelas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sewaktu pemerintahan Kerajaan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10), PAS telah berjaya menyelesaikan hampir 70 peratus isu tanah yang tidak dapat diselesaikan oleh BN sebelum itu.
"Isu tanah sudah lama dialami oleh penduduk di Terengganu termasuk di Besut, perkara ini gagal diselesaikan oleh BN sepanjang mereka perintah negeri ini.
"Kita lihat pada PRU10, PAS berjaya menyelesaikan isu tanah dan hampir 70 peratus masalah tersebut telah kita selesaikan, janji PAS jika kita memenangi kerusi Dun Kuala Besut isu tanah akan menjadi perkara utama untuk kita selesaikan.
"Sebagai Naib Presiden PAS ini janji saya kepada penduduk di sini, saya datang bukan untuk berbohong dan jika saya berbohong di mana integriti saya sebagai pemegang amanah parti serta rakyat dan kesannya amat teruk," ucap beliau pada majlis ceramah di Kampung Seberang Barat semalam.
Beliau menegaskan PAS telah menunjukkan kecemerlangan mereka pada PRU10 dan kenapa sejarah itu tidak boleh diulangi.
BESUT:
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menyifatkan keseimbangan kerusi
Dewan Undangan Negeri (Dun) di Terengganu apabila PAS dapat memenangi
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut merupakan satu perkembangan
terbaik dalam menjadi sebuah demokrasi tulen.
Beliau yang berucap pada ceramah di Kampung Seberang Barat semalam turut menafikan tomahan Barisan Nasional (BN) yang mengatakan keadaan akan menjadi huru hara apabila kerusi Dun terikat kepada 16:16.
"Mana ada huru hara jika kedudukan kerusi seimbang 16:16 jangan dengar kata BN, mereka hanya hendak menakutkan kita je.
"16:16 sebenarnya memberi implikasi besar kepada lanskap politik di Terengganu malah di negara ini, salah satunya mewujudkan sebuah demokrasi yang tulen," ucapnya.
Beliau yang turut memberitahu jika sebelum ini BN akan membuat keputusan tanpa mengambil pandangan dari pihak Pakatan Rakyat kerana mereka telah menguasai Dun.
Namun, bila wujud jumlah kerusi yang sama BN tidak akan lagi dapat membuat kelulusan mengikut kehendak mereka kerana kekuatan Pakatan Rakyat di dewan turut diambil kira.
"Saya terlibat secara langsung apa yang berlaku di dalam dewan, mereka sesuka hati nak buat keputusan sebab mereka menguasai majoriti.
"Namun keputusan PRK kali ini akan menyebabkan BN akur kepada apa yang kita tentang atau bahas, setiap sen yang dikeluarkan akan kita kira kerana kita tidak mahu diselewengkan.
"Bila ini berlaku maka tidak ada lagi yang runtuh, kerana kita akan pastikan peruntukan setiap projek itu dipenuhi sebaik mungkin dan bukan lagi dibayar kepada kroni akhirnya kemusnahan berlaku," jelasnya lagi yang juga merupakan Adun Bandar Kuala Terengganu.
Beliau yang turut memberitahu, peluang untuk menjadikan pentadbiran Terengganu lebih telus dan bertanggungjawab adalah melalui PRK Dun Kuala Besut.
Keputusan yang diperolehi ini akan mengubah secara keseluruhan pentadbiran yang sedia ada sekarang dari sikap yang suka menbazir tanpa pemantauan kepada sebuah kerajaan yang menghargai setiap duit rakyat.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bukan hanya di negara ini tetapi di seluruh dunia sedang menunggun sebuah kerajaan yang benar-benar mengamalkan demokrasi tulen dalam pentadbiran atas keseimbang pentadbiran.
Tepat
jam 10.00 a.m, saya tiba di Dewan Parlimen untuk menyertai sidang hari
pertama bagi minggu terakhir Mesyuarat Pertama pada Penggal Pertama ini.
Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama akan berlangsung pada 23 September
hingga 3 Oktober 2013 kelak. Setiap pagi, selama 2 minit siren
berdering sebelum Yang Dipertua memasuki dewan bagi memulakan mesyuarat.
Ianya mengingatkan saya ke alam pengajian semasa di Maahad Fathul
Islami Damascus Syria sebelum saya ke Mesir.
Pengalaman saya sejak 24 Jun Mesyuarat Pertama penggal parlimen ini bersidang, meletakkan saya betul-betul seperti kembali ke alam pengajian di Maahad dan Universiti satu ketika dulu. Manakan tidak, setiap kali menghadiri sidang dewan, saya terlebih dahulu terpaksa membuat kajian dan pembacaan pelbagai topik yang berkaitan. Mencari fakta dan hujjah sebelum menyertai setiap sesi perbahasan di parlimen. Mengamati peraturan dewan, soalan dan usul yang dikemukakan untuk dibahas.
Malah sepanjang masa antara jam 10.00 pagi hinggalah jam 5.30 petang [kecuali rehat antara jam 1.00 tengahari hingga 2.30 petang], meletakkan saya dan rakan-rakan ahli parlimen terpaksa mendengar, membaca dan membahaskan pelbagai isu, polisi dan dasar termasuk rang undang-undang yang dibentang oleh pihak kerajaan. Sepanjang minggu lepas, sidang dewan dilanjutkan masa hingga ke jam 9.30 malam.
Suasana ini sebetulnya cukup menyeronokkan saya. Ia membekalkan banyak ilmu dan maklumat. Saya sangat gembira mendapat peluang seperti ini biarpun sesekali suasana dewan kecoh dengan perdebatan beremosi dari ahli-ahli parlimen sama ada dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Minda saya menjadi aktif dan ligat berfikir serta memintas apa jua topik dan isu yang timbul untuk dibahas dan didebatkan secara spontan sebelum ia dijawab dan digulung oleh pihak menteri.
Setiap hari ahli parlimen akan dibekalkan handsard parlimen yang merekodkan semua butiran ucapan, perbahasan dan jawapan menteri. Ia seperti bahan assignment atau teks yang dibekalkan untuk rujukan dan bacaan. Sungguh saya akui, bahawa saya banyak belajar dan menambah ilmu terutama berkait polisi dan dasar pemerintahan. Kini saban hari, bukan sahaja saya akan ke parlimen bagi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli parlimen, tetapi saya melangkah laju ke dewan parlimen seperti menghadiri kuliah di universiti layaknya.
Sebagai ahli parlimen baru, tentu sahaja terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi mempersiapkan diri dan memantapkan ilmu di dada bagi tampil sebagai ahli parlimen dan pemimpin masyarakat yang baik. Buat masa ini, saya akui betapa saya masih dibelenggu rasa janggal dan sedikit gementar dalam setiap kali menyertai perbahasan di parlimen. Saya mengharapkan sedikit masa lagi, saya akan segera membiasakan diri dan menguasai situasi dan sekaligus dapat memperbaiki mutu perbahasan dan penampilan.
Skil perbahasan gaya parlimen masih belum 100 peratus dapat saya serap. Saya perlukan lebih banyak penyelidikan dan penampilan untuk mendapatkan standard ahli parlimen yang berkualiti. Pun begitu, saya sudah alami banyak perubahan positif dalam usaha mendapatkan rentak dan form sebagai ahli parlimen, sejak ia bermula sesi ini.
Nasrudin bin Hassan
MP Temerloh
Amerika dengan segala keajaibannya mengira membuang Presiden Mursi
daripada kekuasaan adalah kerja yang senang dan kerja-kerja poliltik
dan diplomasi di Mesir akan senang selepas Mursi disingkirkan.
Tentera yang menjadi khadam Amerika itu merasa senang kerana tentera punya banyak pengalaman senang selama Mesir menjadi republik. Tentera tidak menghadapi apa-apa masalah apabila ia mengguling Raja Farouk daripada takhta. Tentera tidak berdepan dengan kepayahan apabila Kolonel Gamal Abdel Nasser menggulingkan Presiden pertama Mesir Jeneral Mohammed Naguib beberapa bulan kemudian.
Rakyat Mesir terus tunduk di bawah tentera selama-lamanya. Sekalipun tentera tidak dapat menundukkan rakyat yang bangkit menggulingkan Hosni Mubarak, tetapi tentera tidak banyak masalah apabila ia memihak kepada rakyat. Kerja tentera membuang Mubarak menjadi lebih senang.
Maka dengan pengalaman itu Amerika dan khadam tenteranya percaya membuang Mursi juga senang dan melumpuhkan Ikhwanul Muslimin sekali lagi juga senang. Lepas itu senanglah kerja Amerika dan tentera di Mesir.
Maka tentera yang jadi Menteri Pertahanan yang dilantik Mursi, Jeneral Fattah al-Sisi menggulingkan Presidennya dan membawanya entah ke mana. Dia mengangkat ketua hakim menjadi Presiden sementara.
Rupanya penyokong Mursi dan Ikhwanul Muslimin sudah tidak seperti Ikhwanul Muslimin zaman Raja Farouk, Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak dulu. Mereka adalah bersama rakyat yang menggulingkan Mubarak dulu, lalu mereka pula mengisi jalan raya, tidak akan pulang selagi Mursi tidak dikembalikan berkuasa.
Ketika rencana ini ditulis, puasa Ramadhan sudah bermula, tidak nampak kelengkapan perang yang dibawa untuk menghadapi bantahan rakyat itu dapat menghalang mereka terus berada di jalanraya.
Tindakan tentera dan Amerika itu mewujudkan perpecahan besar semasa rakyat Mesir. Tentera diwujudkan untuk menjaga kemerdekaan negara, bukan menjadikan rakyat bertempur sama sendiri.
Ternyata bukan senang mencari kesenangan dan bukan susah mewujudkan kesusahan. Tentera cuba menyenangkan kerjanya dengan menyembelih berpuluh penyokong Mursi dan mencederakan beratus orang. Kata jurucakap tentera dan polis, penunjuk rasa memulakan penembakan, tetapi apa justifikasi tentera membalas hingga ia dikira penyembelihan.
Ia menambah payah kerja tentera dan Amerika. Dunia ada yang mendiam diri atas penggulingan Mursi, seperti Malaysia, tetapi mengutuk penyembelihan beramai oleh tentera.
Amerika tidak pernah cenderung kepada Ikhawan, tetapi ia menghubungi Ikhwan supaya bersedia bekerjasama membentuk kerajaan sementara bagi mengadakan pilihan raya. Apa jadahnya Amerika memujuk Ikhwan juga kerja penggullingan Mursi itu senang dan boleh mendatangkan kesenangan?
Ikhwan menolak pujukan diplomasi Amerika itu sambil menolak penggullingan Dr Mursi. Mereka tidak mengiktiraf penggullingan itu dan tetap berperang Mursi adalah Presiden yang sah dan menuntut dia dikembalikan. Mereka tidak akan berganjak dari jalan raya dan padang selagi Mursi tidak dikembalikan.
Tidak mudah bagi Mursi dikembalikan, tetapi ternyata Amerika belum mencapai kesenangan yang disangkanya. Paling payah bagi Amerika ialah untuk menghadapi kesan penyembelihan oleh tentera teerhadap penyokong Mursi. Adakah Amerika seronok melihat angkaranya menyebabkan khadamnya menyembelih rakyat Mesir? Adakah seronok Amerika melihat demokrasi Mesir mati? Adakah ia seronok melihat Mesir huru-hara? Dan adakah ia seronok apabila ia berdepan dengan kepayahan daripada permainan kotornya?
Tentera yang menggulingkan Mursi tentulah terus dibenci oleh setengah rakyat dan pencinta demokrasi. Seronokkah tentera membunuh rakyatnya? Seronokkah tentera melilhat negara dan rakyat huru-hara? Dan seronokkah tentera apabila kesenangan yang dicari tidak dapat? Yang dapat adalah kepayahan dan kutukan.
Saya kira gagalnya parti kebangsaan melayu Umno membawa suara Islam
hingga kerajaan terpaksa menarik balik tiga rang undang-undang berkaitan
Islam pada 8 Julai daripada dibaca untuk kali kedua dalam sesi parlimen
perlu diketahui oleh segenap rakyat khususnya mereka yang beragama
Islam. Rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-undang Pentadbiran
Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, Rang Undang-undang
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)
2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) (Pindaan) 2013,
Usul penarikan balik tersebut telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said setelah dipersetujui jemaah menteri dalam mesyuarat kebinet pada 5 Julai sebelumnya.
Islam itu adalah rahmat untuk sekalian alam. Ia tidak terhad kepada orang-orang Islam, tetapi ia merangkumi seluruh manusia bahkan semua makhluk di seluruh pelusuk alam. Melalui pembentangan rang undang-undang tersebut, pihak kerajaan seharusnya mengambil kesempatan bagi menampilkan keadilan Islam termasuk kepada mereka yang bukan beragama Islam.
Difahamkan penarikan balik ketiga-tiga rang undang-undang tersebut dibuat berikutan bantahan besar-besaran oleh parti-parti komponen dalam Barisan Nasional berkaitan isu memeluk Islam oleh anak di bawah umur kepada pasangan bukan Islam yang salah seorangnya telah memeluk Islam. Peruntukan khusus yang telah menimbulkan bantahan tersebut adalah seksyen 107 Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 2013.
Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa peruntukan yang sama telah sedia berkuatkuasa melalui seksyen 95 Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993, (Akta 505). Ia diperkuat pula oleh satu keputusan Mahkamah Agong pada 1990 dalam kes TEOH ENG HUAT v KADHI, PASIR MAS & ANOR.
Dalam sidang lima hakim Mahkamah Agong yang diketuai oleh Ketua Hakim Abdul Hamid ketika itu, peruntukan Perkara 12 (4), Perlembagaan Persekutuan telah mula disentuh. Perkara 12 (4) memperuntukan bahawa ibu atau bapa yang disebut dalam bahasa Inggeris dengan perkataan (parent) mempunyai hak menentukan agama anaknya yang di bawah umur 18 tahun.
Peruntukan inilah yang dimasukkan dalam Akta 505 yang diperbaharui pula dalam rang undang-undang yang telah ditarik balik baru-baru ini. Jika kita masih ingat, isu berkaitan kemasukan anak bawah umur ke dalam Islam yang mengikuti salah seorang ibu bapa yang memeluk Islam telah mula hangat pada tahun 2009 sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mula menerajui Negara.
Timbul persoalan bila mana Timbalan Perdana menteri YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana dilaporkan Bernama pada 6 Julai 2013 lalu menyebut hal penarikan balik rang undang-undang tersebut telah dibincangkan secara terperinci oleh kabinet. Apakah sebelumnya kabinet tidak membincangkan secara terperinci sebelum rang undang-undang tersebut mula digubal untuk dibentangkan?
Bukankah pada 3 Oktober 2012 lalu, sebagaimana dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kita mempunyai penasihat agama iaitu Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang dibayar (RM25,106) sebulan? Sewajarnyalah beliau yang merupakan mantan Ahli Parlimen Besut boleh ditugaskan bagi memastikan kelancaran rang undang-undang tersebut digubal untuk dibentangkan tanpa ditarik balik seperti hari ini.
Apa yang dapat kita perhatikan, parti kebangsaan Melayu Umno yang dikatakan menguasai kabinet bagaikan sukar dan tidak mampu untuk membawa suara Islam bagi didaulatkan.
Signifikan rang undang-undang yang telah ditarik balik bukan sekadar berlegar sekitar isu anak bawah umur memeluk Islam. Seperti mana yang pernah saya nyatakan, ia seharusnya menjadi peluang terbaik untuk memulakan langkah membuka mahkamah syariah kepada bukan Islam agar keadilan Islam mampu dirasai oleh setiap insan.
Lemahnya parti Umno dalam isu ini perlu disedari oleh setiap pengundi Kuala Besut yang akan membuang undi pada 24 Julai 2013 kelak. Sesungguhnya Islam hanya mampu disandarkan kepada parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Tegasnya Parti Islam Semalaysia PAS mendokong aspirasi Islam telah sedia maklum oleh semua pihak dan diterima oleh parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat.
Peluang pada 24 Julai 2013 harus dimanfaatkan oleh pengundi Kuala Besut bagi menyatakan sokongan dan dokongan kepada PAS bagi membawa suara perjuangan Islam di persada politik Negara. Apatah lagi, dengan kedudukan Dewan Undangan Negeri 16-16, kemenangan calon PAS tentunya akan kian dirasai. – 7 Ramadhan 1434H.
Seorang
pegawai bank ditugaskan ke sebuah kampung bagi berkempen penduduk yang
baru dapat durian runtuh agar menyimpan wang yang baru diperolehinya.
Dia terpaksa menyeberangi sungai yang didayung oleh seorang tua.
Sambil perahu bergerak pegawai bank bertanya kepada lelaki tua itu, apakah pak cik pandai membaca dan menulis, jawab lelaki itu, tidak.
Lalu kata pegawai itu, pak cik hilang separuh kejayaan kehidupan kamu. Lalu pak cik tersebut terdiam.
"Orang yang tidak pandai membaca dan menulis dia hilang separuh keupayaan mendapat maklumat," rungut pegawai tersebut.
“Pak cik ada simpanan wang dalam bank?” tanya pegawai lagi.
"Tak der,” jawab pak cik dengan selamba.
"Oh, pak cik hilang separuh kebahagiaan masa depan, bagaimana nanti apabila kita dah tua dan tak mampu lagi untuk bekerja, kalau tidak punya simpanan.”
Jawab pendayung sampan itu, "pendapatan saya hanya cukup cukup untuk makan saja, macam mana nak simpan durian runtuh ni pun dah lebih 50 tahun baru dapat”.
Lalu pegawai bank menasihati pak cik tersebut agar menyimpan, “kalau tidak separuh kehidupan masa depan akan pudar”.
Sampan terus bergerak laju, tidak semena-mena terlanggar satu kayu di dalam sungai, menyebabkan perahu uzur itu bocor dan air mulai memasuki perahu tersebut.
Lalu pak cik tua itu bertanya pegawai bank adakah dia pandai berenang?
Jawab pegawai tersebut, "saya tak pandai langsung berenang”.
Jawab pak cik pendayung sampan, "kalau begitu kamu hilang semua kehidupan kamu”.
Dapat isi tersirat? Senyum.
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)
kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek yang mengajak orang
ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti
ikan dan daging sebagai sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan
itu.
Bagaimanapun, Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan ini tidak berbeza dengan kenyataan kerajaan sebelum ini yang mengajak rakyat mengurangkan pengambilan gula apabila berlaku kenaikan harga bahan itu.
“Begitu juga dengan kenyataan yang memohon rakyat menjimatkan penggunaan eletrik apabila berlaku kenaikan tarif eletrik juga.
“Jika hanya itu yang mampu dilakukan oleh kerajaan, DPPNK menyifatkan ia sebagai satu pandangan yang naif dan langsung tidak sesuai dikeluarkan oleh sebuah kerajaan yang sepatutnya mempunyai kuasa mempengaruhi harga barangan keperluan,” ujarnya.
Tegasnya, kerajaan seharusnya mengkaji serta memberikan maklumat yang jelas kepada rakyat faktor yang menyebabkan kenaikan harga ayam pada hari ini yang sudah melampaui menjelang musim perayaan.
Sambungnya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar, rakyat perlu diberikan maklumat sebenar adakah kenaikan harga ayam ini disebabkan oleh kenaikkan kos seperti produk makanan ayam, pekerja, penghantaran, pemasaran dan sebagainya.
Katanya, menggesa rakyat untuk tidak mengelakkan pengambilan ayam sebagai makanan dan sepenuhnya menyalahkan kepada peniaga menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak serius di dalam menangani isu ini.
DPPNK turut mempersoalkan kenapa kerajaan mengambil sikap untuk menetapkan pelaksanaan skim kawalan harga Hari Raya Puasa 2013 pada awal Ogos 2013 nanti iaitu penghujung Ramadhan dan bukannya pada awal Ramadhan.
Sehubungan itu DPPNK menggesa kerajaan untuk sentiasa prihatin terhadap fenomena itu menjelang musim perayaan.
Katanya, unjuran keperluan perlu sentiasa dilakukan dari masa ke semasa bagi membolehkan kenaikan harga ayam secara mendadak dapat dikekang.
Dalam hal itu pemuda yakin kerajaan sebenarnya tidak bersedia menghadapi fenomena dan menanggap ia sebagai satu situasi yang tidak serius setelah BN berjaya membentuk kerajaan sekali lagi selepas pilihanraya umum ketiga belas yang lepas.
Katanya lagi, kerajaan barangkali lupa bahawa pengundi-pengundi di Kuala Besut masih mempunyai peluang untuk memberikan 'tunjuk ajar' kepada kerajaan agar lebih berhemah di dalam menguruskan keperluan asas.
KUALA LUMPUR: Perdana
Menteri diminta menyatakan apakah hasil kajian yang telah dilakukan
oleh Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia sejak tahun 2010
hingga 2012.
Demikian soalan bagi jawab lisan Prseiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Lain-lain ahli parlimen PAS yang mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah nilaian dalam Ringgit Malaysia (RM) terhadap semua janji projek pembangunan dan peruntukan-peruntukan tunai lainnya yang diberi oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13, iaitu bermula dari tempoh pembubaran Parlimen hingga ke hari mengundi.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pelajar post-graduate tidak boleh terlibat dalam politik dan bertanding dalam pilihanraya kampus.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang membekalkan air di negeri-negeri dalam tempoh 2008 hingga 2012.
Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan bilakah Kementerian berhasrat untuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menggunakan media Kerajaan seperti RTM tanpa mengira fahaman politik.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan tentang kos dakwat kekal yang telah digunakan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu dan kenapa dakwat yang digunakan mudah luntur.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah mekanisme yang telah dilakukan bagi menangani masalah mobiliti kemasukan pekerja-pekerja asing ke dalam pasaran buruh negara.
Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) berapa banyak projek yang telah diumumkan dan diluluskan oleh YAB Perdana Menteri Kerajaan Sementara selepas Parlimen dibubarkan; dan
(b) berapa banyak kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi menyediakan pengiklanan 1Malaysia melalui 'billboard' di semua lebuh raya.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil bagi membendung atau mengatasi masalah pemilikan atau penggunaan senjata api haram yang mencetuskan suasana dan perasaan yang tidak selamat dalam negara ini.
Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan prosedur dan syarat-syarat pemilihan calon bagi jawatan KSN dan KSU Kementerian.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan tentang reaksi Kerajaan terhadap dakwaan penyelewengan SPR dalam mengendalikan PRU Ke-13 baru-baru ini.
Jelasnya lagi, untuk mentafsir apa yang berlaku jika kedudukan kerusi seimbang adalah tidak wajar.
"Apa yang penting kita dapatkan dulu 16:16 dan tengok apa yang akan berlaku.
"Kita tidak boleh membuat apa-apa keputusan ataupun sebarang spekulasi kedudukan kerajaan negeri mahupun kestabilan, biar ia berlaku dan PAS akan pastikan Terengganu ini tetap aman seperti hari ini," ujarnya yang juga Pengurus Kempen PAS PRK ini kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kempen yang menyifatkan Terengganu akan menjadi huru hara apabila kerusi menjadi 16:16 jika PAS dapat menawan kerusi Dun Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.
Ucapan ringkas melalui kenderaan pacuan empat roda itu dibuat ketika calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkunjung di Bazar Ramadhan di Kuala Besut semalam.
Dalam ucapan ringkas yang dilakukan oleh penyokong BN yang turut sama pada program tersebut turut menyebut pembangkang (Pakatan Rakyat) juga telah menimbulkan huru hara apabila kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas.
PAS sedia selesai masalah tanah di Besut
Muhammad Faizal, | 16 Jul 2013 |
Jelas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sewaktu pemerintahan Kerajaan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10), PAS telah berjaya menyelesaikan hampir 70 peratus isu tanah yang tidak dapat diselesaikan oleh BN sebelum itu.
"Isu tanah sudah lama dialami oleh penduduk di Terengganu termasuk di Besut, perkara ini gagal diselesaikan oleh BN sepanjang mereka perintah negeri ini.
"Kita lihat pada PRU10, PAS berjaya menyelesaikan isu tanah dan hampir 70 peratus masalah tersebut telah kita selesaikan, janji PAS jika kita memenangi kerusi Dun Kuala Besut isu tanah akan menjadi perkara utama untuk kita selesaikan.
"Sebagai Naib Presiden PAS ini janji saya kepada penduduk di sini, saya datang bukan untuk berbohong dan jika saya berbohong di mana integriti saya sebagai pemegang amanah parti serta rakyat dan kesannya amat teruk," ucap beliau pada majlis ceramah di Kampung Seberang Barat semalam.
Beliau menegaskan PAS telah menunjukkan kecemerlangan mereka pada PRU10 dan kenapa sejarah itu tidak boleh diulangi.
Kedudukan 16:16 untungkan rakyat
Muhammad Faizal, | 16 Jul 2013 |
Beliau yang berucap pada ceramah di Kampung Seberang Barat semalam turut menafikan tomahan Barisan Nasional (BN) yang mengatakan keadaan akan menjadi huru hara apabila kerusi Dun terikat kepada 16:16.
"Mana ada huru hara jika kedudukan kerusi seimbang 16:16 jangan dengar kata BN, mereka hanya hendak menakutkan kita je.
"16:16 sebenarnya memberi implikasi besar kepada lanskap politik di Terengganu malah di negara ini, salah satunya mewujudkan sebuah demokrasi yang tulen," ucapnya.
Beliau yang turut memberitahu jika sebelum ini BN akan membuat keputusan tanpa mengambil pandangan dari pihak Pakatan Rakyat kerana mereka telah menguasai Dun.
Namun, bila wujud jumlah kerusi yang sama BN tidak akan lagi dapat membuat kelulusan mengikut kehendak mereka kerana kekuatan Pakatan Rakyat di dewan turut diambil kira.
"Saya terlibat secara langsung apa yang berlaku di dalam dewan, mereka sesuka hati nak buat keputusan sebab mereka menguasai majoriti.
"Namun keputusan PRK kali ini akan menyebabkan BN akur kepada apa yang kita tentang atau bahas, setiap sen yang dikeluarkan akan kita kira kerana kita tidak mahu diselewengkan.
"Bila ini berlaku maka tidak ada lagi yang runtuh, kerana kita akan pastikan peruntukan setiap projek itu dipenuhi sebaik mungkin dan bukan lagi dibayar kepada kroni akhirnya kemusnahan berlaku," jelasnya lagi yang juga merupakan Adun Bandar Kuala Terengganu.
Beliau yang turut memberitahu, peluang untuk menjadikan pentadbiran Terengganu lebih telus dan bertanggungjawab adalah melalui PRK Dun Kuala Besut.
Keputusan yang diperolehi ini akan mengubah secara keseluruhan pentadbiran yang sedia ada sekarang dari sikap yang suka menbazir tanpa pemantauan kepada sebuah kerajaan yang menghargai setiap duit rakyat.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bukan hanya di negara ini tetapi di seluruh dunia sedang menunggun sebuah kerajaan yang benar-benar mengamalkan demokrasi tulen dalam pentadbiran atas keseimbang pentadbiran.
Parlimen adalah universiti saya
., | 16 Jul 2013 |
Pengalaman saya sejak 24 Jun Mesyuarat Pertama penggal parlimen ini bersidang, meletakkan saya betul-betul seperti kembali ke alam pengajian di Maahad dan Universiti satu ketika dulu. Manakan tidak, setiap kali menghadiri sidang dewan, saya terlebih dahulu terpaksa membuat kajian dan pembacaan pelbagai topik yang berkaitan. Mencari fakta dan hujjah sebelum menyertai setiap sesi perbahasan di parlimen. Mengamati peraturan dewan, soalan dan usul yang dikemukakan untuk dibahas.
Malah sepanjang masa antara jam 10.00 pagi hinggalah jam 5.30 petang [kecuali rehat antara jam 1.00 tengahari hingga 2.30 petang], meletakkan saya dan rakan-rakan ahli parlimen terpaksa mendengar, membaca dan membahaskan pelbagai isu, polisi dan dasar termasuk rang undang-undang yang dibentang oleh pihak kerajaan. Sepanjang minggu lepas, sidang dewan dilanjutkan masa hingga ke jam 9.30 malam.
Suasana ini sebetulnya cukup menyeronokkan saya. Ia membekalkan banyak ilmu dan maklumat. Saya sangat gembira mendapat peluang seperti ini biarpun sesekali suasana dewan kecoh dengan perdebatan beremosi dari ahli-ahli parlimen sama ada dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Minda saya menjadi aktif dan ligat berfikir serta memintas apa jua topik dan isu yang timbul untuk dibahas dan didebatkan secara spontan sebelum ia dijawab dan digulung oleh pihak menteri.
Setiap hari ahli parlimen akan dibekalkan handsard parlimen yang merekodkan semua butiran ucapan, perbahasan dan jawapan menteri. Ia seperti bahan assignment atau teks yang dibekalkan untuk rujukan dan bacaan. Sungguh saya akui, bahawa saya banyak belajar dan menambah ilmu terutama berkait polisi dan dasar pemerintahan. Kini saban hari, bukan sahaja saya akan ke parlimen bagi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli parlimen, tetapi saya melangkah laju ke dewan parlimen seperti menghadiri kuliah di universiti layaknya.
Sebagai ahli parlimen baru, tentu sahaja terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi mempersiapkan diri dan memantapkan ilmu di dada bagi tampil sebagai ahli parlimen dan pemimpin masyarakat yang baik. Buat masa ini, saya akui betapa saya masih dibelenggu rasa janggal dan sedikit gementar dalam setiap kali menyertai perbahasan di parlimen. Saya mengharapkan sedikit masa lagi, saya akan segera membiasakan diri dan menguasai situasi dan sekaligus dapat memperbaiki mutu perbahasan dan penampilan.
Skil perbahasan gaya parlimen masih belum 100 peratus dapat saya serap. Saya perlukan lebih banyak penyelidikan dan penampilan untuk mendapatkan standard ahli parlimen yang berkualiti. Pun begitu, saya sudah alami banyak perubahan positif dalam usaha mendapatkan rentak dan form sebagai ahli parlimen, sejak ia bermula sesi ini.
Nasrudin bin Hassan
MP Temerloh
Tugas payah Amerika tanpa Mursi
Subky Latif, | 16 Jul 2013 |
Tentera yang menjadi khadam Amerika itu merasa senang kerana tentera punya banyak pengalaman senang selama Mesir menjadi republik. Tentera tidak menghadapi apa-apa masalah apabila ia mengguling Raja Farouk daripada takhta. Tentera tidak berdepan dengan kepayahan apabila Kolonel Gamal Abdel Nasser menggulingkan Presiden pertama Mesir Jeneral Mohammed Naguib beberapa bulan kemudian.
Rakyat Mesir terus tunduk di bawah tentera selama-lamanya. Sekalipun tentera tidak dapat menundukkan rakyat yang bangkit menggulingkan Hosni Mubarak, tetapi tentera tidak banyak masalah apabila ia memihak kepada rakyat. Kerja tentera membuang Mubarak menjadi lebih senang.
Maka dengan pengalaman itu Amerika dan khadam tenteranya percaya membuang Mursi juga senang dan melumpuhkan Ikhwanul Muslimin sekali lagi juga senang. Lepas itu senanglah kerja Amerika dan tentera di Mesir.
Maka tentera yang jadi Menteri Pertahanan yang dilantik Mursi, Jeneral Fattah al-Sisi menggulingkan Presidennya dan membawanya entah ke mana. Dia mengangkat ketua hakim menjadi Presiden sementara.
Rupanya penyokong Mursi dan Ikhwanul Muslimin sudah tidak seperti Ikhwanul Muslimin zaman Raja Farouk, Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak dulu. Mereka adalah bersama rakyat yang menggulingkan Mubarak dulu, lalu mereka pula mengisi jalan raya, tidak akan pulang selagi Mursi tidak dikembalikan berkuasa.
Ketika rencana ini ditulis, puasa Ramadhan sudah bermula, tidak nampak kelengkapan perang yang dibawa untuk menghadapi bantahan rakyat itu dapat menghalang mereka terus berada di jalanraya.
Tindakan tentera dan Amerika itu mewujudkan perpecahan besar semasa rakyat Mesir. Tentera diwujudkan untuk menjaga kemerdekaan negara, bukan menjadikan rakyat bertempur sama sendiri.
Ternyata bukan senang mencari kesenangan dan bukan susah mewujudkan kesusahan. Tentera cuba menyenangkan kerjanya dengan menyembelih berpuluh penyokong Mursi dan mencederakan beratus orang. Kata jurucakap tentera dan polis, penunjuk rasa memulakan penembakan, tetapi apa justifikasi tentera membalas hingga ia dikira penyembelihan.
Ia menambah payah kerja tentera dan Amerika. Dunia ada yang mendiam diri atas penggulingan Mursi, seperti Malaysia, tetapi mengutuk penyembelihan beramai oleh tentera.
Amerika tidak pernah cenderung kepada Ikhawan, tetapi ia menghubungi Ikhwan supaya bersedia bekerjasama membentuk kerajaan sementara bagi mengadakan pilihan raya. Apa jadahnya Amerika memujuk Ikhwan juga kerja penggullingan Mursi itu senang dan boleh mendatangkan kesenangan?
Ikhwan menolak pujukan diplomasi Amerika itu sambil menolak penggullingan Dr Mursi. Mereka tidak mengiktiraf penggullingan itu dan tetap berperang Mursi adalah Presiden yang sah dan menuntut dia dikembalikan. Mereka tidak akan berganjak dari jalan raya dan padang selagi Mursi tidak dikembalikan.
Tidak mudah bagi Mursi dikembalikan, tetapi ternyata Amerika belum mencapai kesenangan yang disangkanya. Paling payah bagi Amerika ialah untuk menghadapi kesan penyembelihan oleh tentera teerhadap penyokong Mursi. Adakah Amerika seronok melihat angkaranya menyebabkan khadamnya menyembelih rakyat Mesir? Adakah seronok Amerika melihat demokrasi Mesir mati? Adakah ia seronok melihat Mesir huru-hara? Dan adakah ia seronok apabila ia berdepan dengan kepayahan daripada permainan kotornya?
Tentera yang menggulingkan Mursi tentulah terus dibenci oleh setengah rakyat dan pencinta demokrasi. Seronokkah tentera membunuh rakyatnya? Seronokkah tentera melilhat negara dan rakyat huru-hara? Dan seronokkah tentera apabila kesenangan yang dicari tidak dapat? Yang dapat adalah kepayahan dan kutukan.
Apa lagi diharap daripada Umno memperjuangkan Islam?
Mohammad Faizal Che Yusof, | 16 Jul 2013 |
Usul penarikan balik tersebut telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said setelah dipersetujui jemaah menteri dalam mesyuarat kebinet pada 5 Julai sebelumnya.
Islam itu adalah rahmat untuk sekalian alam. Ia tidak terhad kepada orang-orang Islam, tetapi ia merangkumi seluruh manusia bahkan semua makhluk di seluruh pelusuk alam. Melalui pembentangan rang undang-undang tersebut, pihak kerajaan seharusnya mengambil kesempatan bagi menampilkan keadilan Islam termasuk kepada mereka yang bukan beragama Islam.
Difahamkan penarikan balik ketiga-tiga rang undang-undang tersebut dibuat berikutan bantahan besar-besaran oleh parti-parti komponen dalam Barisan Nasional berkaitan isu memeluk Islam oleh anak di bawah umur kepada pasangan bukan Islam yang salah seorangnya telah memeluk Islam. Peruntukan khusus yang telah menimbulkan bantahan tersebut adalah seksyen 107 Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 2013.
Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa peruntukan yang sama telah sedia berkuatkuasa melalui seksyen 95 Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993, (Akta 505). Ia diperkuat pula oleh satu keputusan Mahkamah Agong pada 1990 dalam kes TEOH ENG HUAT v KADHI, PASIR MAS & ANOR.
Dalam sidang lima hakim Mahkamah Agong yang diketuai oleh Ketua Hakim Abdul Hamid ketika itu, peruntukan Perkara 12 (4), Perlembagaan Persekutuan telah mula disentuh. Perkara 12 (4) memperuntukan bahawa ibu atau bapa yang disebut dalam bahasa Inggeris dengan perkataan (parent) mempunyai hak menentukan agama anaknya yang di bawah umur 18 tahun.
Peruntukan inilah yang dimasukkan dalam Akta 505 yang diperbaharui pula dalam rang undang-undang yang telah ditarik balik baru-baru ini. Jika kita masih ingat, isu berkaitan kemasukan anak bawah umur ke dalam Islam yang mengikuti salah seorang ibu bapa yang memeluk Islam telah mula hangat pada tahun 2009 sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mula menerajui Negara.
Timbul persoalan bila mana Timbalan Perdana menteri YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana dilaporkan Bernama pada 6 Julai 2013 lalu menyebut hal penarikan balik rang undang-undang tersebut telah dibincangkan secara terperinci oleh kabinet. Apakah sebelumnya kabinet tidak membincangkan secara terperinci sebelum rang undang-undang tersebut mula digubal untuk dibentangkan?
Bukankah pada 3 Oktober 2012 lalu, sebagaimana dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kita mempunyai penasihat agama iaitu Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang dibayar (RM25,106) sebulan? Sewajarnyalah beliau yang merupakan mantan Ahli Parlimen Besut boleh ditugaskan bagi memastikan kelancaran rang undang-undang tersebut digubal untuk dibentangkan tanpa ditarik balik seperti hari ini.
Apa yang dapat kita perhatikan, parti kebangsaan Melayu Umno yang dikatakan menguasai kabinet bagaikan sukar dan tidak mampu untuk membawa suara Islam bagi didaulatkan.
Signifikan rang undang-undang yang telah ditarik balik bukan sekadar berlegar sekitar isu anak bawah umur memeluk Islam. Seperti mana yang pernah saya nyatakan, ia seharusnya menjadi peluang terbaik untuk memulakan langkah membuka mahkamah syariah kepada bukan Islam agar keadilan Islam mampu dirasai oleh setiap insan.
Lemahnya parti Umno dalam isu ini perlu disedari oleh setiap pengundi Kuala Besut yang akan membuang undi pada 24 Julai 2013 kelak. Sesungguhnya Islam hanya mampu disandarkan kepada parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Tegasnya Parti Islam Semalaysia PAS mendokong aspirasi Islam telah sedia maklum oleh semua pihak dan diterima oleh parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat.
Peluang pada 24 Julai 2013 harus dimanfaatkan oleh pengundi Kuala Besut bagi menyatakan sokongan dan dokongan kepada PAS bagi membawa suara perjuangan Islam di persada politik Negara. Apatah lagi, dengan kedudukan Dewan Undangan Negeri 16-16, kemenangan calon PAS tentunya akan kian dirasai. – 7 Ramadhan 1434H.
Alkisah pegawai bank di atas perahu...
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 16 Jul 2013 |
Sambil perahu bergerak pegawai bank bertanya kepada lelaki tua itu, apakah pak cik pandai membaca dan menulis, jawab lelaki itu, tidak.
Lalu kata pegawai itu, pak cik hilang separuh kejayaan kehidupan kamu. Lalu pak cik tersebut terdiam.
"Orang yang tidak pandai membaca dan menulis dia hilang separuh keupayaan mendapat maklumat," rungut pegawai tersebut.
“Pak cik ada simpanan wang dalam bank?” tanya pegawai lagi.
"Tak der,” jawab pak cik dengan selamba.
"Oh, pak cik hilang separuh kebahagiaan masa depan, bagaimana nanti apabila kita dah tua dan tak mampu lagi untuk bekerja, kalau tidak punya simpanan.”
Jawab pendayung sampan itu, "pendapatan saya hanya cukup cukup untuk makan saja, macam mana nak simpan durian runtuh ni pun dah lebih 50 tahun baru dapat”.
Lalu pegawai bank menasihati pak cik tersebut agar menyimpan, “kalau tidak separuh kehidupan masa depan akan pudar”.
Sampan terus bergerak laju, tidak semena-mena terlanggar satu kayu di dalam sungai, menyebabkan perahu uzur itu bocor dan air mulai memasuki perahu tersebut.
Lalu pak cik tua itu bertanya pegawai bank adakah dia pandai berenang?
Jawab pegawai tersebut, "saya tak pandai langsung berenang”.
Jawab pak cik pendayung sampan, "kalau begitu kamu hilang semua kehidupan kamu”.
Dapat isi tersirat? Senyum.
Kenyataan menteri tidak selesai isu harga ayam
Salmah Mat Husain, | 15 Jul 2013 |
Bagaimanapun, Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan ini tidak berbeza dengan kenyataan kerajaan sebelum ini yang mengajak rakyat mengurangkan pengambilan gula apabila berlaku kenaikan harga bahan itu.
“Begitu juga dengan kenyataan yang memohon rakyat menjimatkan penggunaan eletrik apabila berlaku kenaikan tarif eletrik juga.
“Jika hanya itu yang mampu dilakukan oleh kerajaan, DPPNK menyifatkan ia sebagai satu pandangan yang naif dan langsung tidak sesuai dikeluarkan oleh sebuah kerajaan yang sepatutnya mempunyai kuasa mempengaruhi harga barangan keperluan,” ujarnya.
Tegasnya, kerajaan seharusnya mengkaji serta memberikan maklumat yang jelas kepada rakyat faktor yang menyebabkan kenaikan harga ayam pada hari ini yang sudah melampaui menjelang musim perayaan.
Sambungnya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar, rakyat perlu diberikan maklumat sebenar adakah kenaikan harga ayam ini disebabkan oleh kenaikkan kos seperti produk makanan ayam, pekerja, penghantaran, pemasaran dan sebagainya.
Katanya, menggesa rakyat untuk tidak mengelakkan pengambilan ayam sebagai makanan dan sepenuhnya menyalahkan kepada peniaga menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak serius di dalam menangani isu ini.
DPPNK turut mempersoalkan kenapa kerajaan mengambil sikap untuk menetapkan pelaksanaan skim kawalan harga Hari Raya Puasa 2013 pada awal Ogos 2013 nanti iaitu penghujung Ramadhan dan bukannya pada awal Ramadhan.
Sehubungan itu DPPNK menggesa kerajaan untuk sentiasa prihatin terhadap fenomena itu menjelang musim perayaan.
Katanya, unjuran keperluan perlu sentiasa dilakukan dari masa ke semasa bagi membolehkan kenaikan harga ayam secara mendadak dapat dikekang.
Dalam hal itu pemuda yakin kerajaan sebenarnya tidak bersedia menghadapi fenomena dan menanggap ia sebagai satu situasi yang tidak serius setelah BN berjaya membentuk kerajaan sekali lagi selepas pilihanraya umum ketiga belas yang lepas.
Katanya lagi, kerajaan barangkali lupa bahawa pengundi-pengundi di Kuala Besut masih mempunyai peluang untuk memberikan 'tunjuk ajar' kepada kerajaan agar lebih berhemah di dalam menguruskan keperluan asas.
Apa hasil JK Pembaharuan Undang-undang Malaysia
Harakahdaily, | 16 Jul 2013 |
Demikian soalan bagi jawab lisan Prseiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Lain-lain ahli parlimen PAS yang mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah nilaian dalam Ringgit Malaysia (RM) terhadap semua janji projek pembangunan dan peruntukan-peruntukan tunai lainnya yang diberi oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13, iaitu bermula dari tempoh pembubaran Parlimen hingga ke hari mengundi.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pelajar post-graduate tidak boleh terlibat dalam politik dan bertanding dalam pilihanraya kampus.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang membekalkan air di negeri-negeri dalam tempoh 2008 hingga 2012.
Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan bilakah Kementerian berhasrat untuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menggunakan media Kerajaan seperti RTM tanpa mengira fahaman politik.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan tentang kos dakwat kekal yang telah digunakan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu dan kenapa dakwat yang digunakan mudah luntur.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah mekanisme yang telah dilakukan bagi menangani masalah mobiliti kemasukan pekerja-pekerja asing ke dalam pasaran buruh negara.
Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) berapa banyak projek yang telah diumumkan dan diluluskan oleh YAB Perdana Menteri Kerajaan Sementara selepas Parlimen dibubarkan; dan
(b) berapa banyak kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi menyediakan pengiklanan 1Malaysia melalui 'billboard' di semua lebuh raya.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil bagi membendung atau mengatasi masalah pemilikan atau penggunaan senjata api haram yang mencetuskan suasana dan perasaan yang tidak selamat dalam negara ini.
Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan prosedur dan syarat-syarat pemilihan calon bagi jawatan KSN dan KSU Kementerian.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan tentang reaksi Kerajaan terhadap dakwaan penyelewengan SPR dalam mengendalikan PRU Ke-13 baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan