Jumaat, 26 Julai 2013

IN LAH HAKIKAT...AKHIRAT JUGA ALLAH AKAN MENGADILINYA....MEREKA NI TAK KAN LEPAS...DIAKHIRAT KUASA ALLAH...DIDUNIA KUASA ALLAH JUGA...MUNGKIN TANGGUHAN HUKUM ATAU ALLAH BAGI CASH....DIDUNIA

2,000 bantah rampasan kuasa Presiden Mesir

Nazri Abdullah, 26 Jul 2013


KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 umat Islam hari ini bersolidariti menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera Mesir ke atas Presiden yang dipilih secara sah Dr Muhammad Morsi.

Himpunan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke bangunan Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang Hilir yang berjarak tidak kurang 4 kilometer.

Mengepalai perarakan tersebut, pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Riduan Mohd Nor, Kamaruzzaman Mohamad, wakil muslimat Ustazah Nuridah Saleh dan lain-lain.

Himpunan ini turut disertai wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Haluan Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gema dan Aqsa Syarif.

Peserta masing-masing membawa poster Morsi serta kain rentang yang mengutuk tindakan mencabul demokrasi tentera Mesir itu.

Antara lain poster tersebut tertulis 'The President kidnapped, now showing in Egypt'.

Sementara itu, polis bertindak menutup laluan di hadapan bagunan kedutaan.

Dianggarkan hampir 100 anggota polis termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) berkawal di jalan masuk menuju ke bangunan kedutaan.

Peserta perarakan yang tiba dihalang masuk ke jalan berhadapan bangunan kedutaan sebaliknya diberhentikan di jalan bersebelahan kira-kira 150 meter dari pintu masuk bangunan kedutaan.

Pihak keselamatan hanya membenarkan enam wakil untuk masuk mengadakan perbincangan dan menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.

Sementara menunggu penyerahan memorandum selesai, beberapa wakil parti dan NGO memberi ucapan kepada peserta dari atas pacuan empat roda.

15 minit kemudian wakil-wakil yang mengadakan pertemuan dilihat keluar dari bangunan kedutaan dan menyertai himpunan.

Khairul Faizi dalam ucapannya selepas penyerahan memorandum itu berkata, mereka mengemukakan empat tuntutan kepada kerajaan sementara Mesir yang dikuasai tentera.

Ianya termasuk membebaskan dan mengembalikan segera Morsi, hentikan tindakan kekerasan terhadap rakyat dan benarkan mereka berhimpuan secara aman, membatalakan segala undang-undang dan ketetapn baru yang dibuat selepas kudeta serta membebaskan segera semua tahanan politik.

Najib membisu

Bercakap kepada media selepas itu, Khairul Faizi turut mempersoal sikap kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa masih membisu dalam isu ini.

"Kenapa beliau tidak mahu menyatakan pendirian dalam isu ini. Adakah Najib takut untuk tunjuk sikap kerajaan Malaysia dalam isu ini, takut kepada penentang Morsi?," soalnya.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia yang mendakwa mendokong demokrasi sewajarnya bersama rakyat Mesir yang membantah kudeta tersebut.

Persoalan sama turut dilontar Nuridah yang mendakwa perdana menteri bersikap double standard dalam isu ini.

"Dia (Najib) bukan mahu nyatakan pendirian, sebaliknya menggunakan isu rampasan kuasa Mesir ini untuk menakutkan rakyat bahawa inilah akibatnya bila berlaku perubahan kuasa," katanya.

Himpunan petang tadi berakhir kira-kira jam 3.45 petang.

Kuala Besut: Miskin senjata memenangkan BN

Harakahdaily, 26 Jul 2013
KUALA LUMPUR: “Jika kita melihat masyarakat Kuala Besut, kita tidak percaya ia merupakan sebuah daerah di negeri yang kaya minyak, telahan lagi Ketua Umno Bahagian pula bekas Menteri Besar Terengganu,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Baginya, memang benarlah selagi rakyat miskin, maka mereka akan menjadi makanan Umno.

Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, walaupun kajian daripada Ilham Center menunjukkan 77 peratus pengundi kenal Che Long sebagai calon PAS dan puji peribadi beliau, namun mereka akan pilih BN kerana BN boleh menjanjikan benda dan projek.

Katanya, Umno sedar, rakyat yang mempunyai taraf hidup yang baik tidak akan bersama dengan Umno.

“Oleh itu usaha mengekang rakyat menjadi miskin adalah satu agenda yang terancang. Buktinya walaupun negara sudah 57 tahun merdeka, masih kedapatan rumah yang daif.

“Di atas keringat kemiskinan inilah Umno membina kekayaan atas nama Melayu, kebetulannya majoriti yang merempat ialah orang Melayu,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, agensi yang membantu orang miskin menjadi lubuk emas orang kaya dan kroni, ia tidak mengalir kepada orang yang memerlukan, contohnya wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap.

Ini, katanya bukti bagaimana tidak amanahnya pemimpin Umno untuk menguruskan rakyat yang miskin.

Perang Hunain (3)

Ustaz Abu Muhammad Harits, 26 Jul 2013
Kaum Anshar dan Ghanimah

Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri RA, beliau berkata, maksudnya:

“Ketika Rasulullah SAW mulai membahagi-bahagikan ghanimah kepada beberapa tokoh Quraisy dan kabilah ‘Arab; sama sekali tidak ada dari mereka satu pun yang dari Ansar. Hal ini menimbulkan kejengkelan dalam hati orang-orang Anshar hingga berkembanglah pembicaraan di antara mereka, sampai ada yang mengatakan: “Rasulullah SAW sudah bertemu dengan kaumnya kembali.”

Kemudian masuklah Sa’d bin ‘Ubadah menemui Rasulullah RA, katanya: “Wahai Rasulullah. Orang-orang Ansar ini merasa tidak gembira terhadap tuan melihat apa yang tuan lakukan dengan harta rampasan yang diperoleh dan tuan bahagikan kepada kaummu. Engkau bahagikan kepada kabilah ‘Arab dan tidak ada satu pun Anshar yang menerima bahagian.”

Rasulullah RA bertanya: “Engkau sendiri di pihak mana, wahai Sa’d?”

Katanya: “Saya hanyalah sebahagian dari mereka.”

Kata Rasulullah SAW: “Kumpulkan kaummu.”

Lalu datang beberapa orang Muhajirin tapi baginda biarkan mereka, dan mereka pun masuk. Datang pula yang lain, tapi beliau menolak mereka. Setelah mereka berkumpul, Sa’d pun datang, katanya: “Orang-orang Ansar sudah berkumpul untukmu wahai Rasulallah.”

Rasulullah SAW pun menemui mereka, lalu beliau memuji Allah dan menyanjung-Nya dengan pujian yang layak bagi-Nya. Kemudian beliau bersabda: “Wahai sekalian orang Ansar, apa pembicaraanmu yang sampai kepadaku? Apa perasaan tidak gembira yang kalian rasakan dalam hati kalian? Bukankah aku datang kepada kalian dalam keadaan sesat lalu Allah memberi hidayah kepada kamu melalui aku? Bukankah kamu miskin lalu Allah kayakan kamu denganku? Bukankah kamu dahulu bermusuhan lalu Allah satukan hati kamu?”

Kata mereka: “Bahkan Allah dan Rasul-Nya lebih banyak memberi kebaikan dan keutamaan.”

Rasulullah SAW menukas: “Mengapa kamu tidak membantahku, wahai kaum Ansar?”

“Dengan apa kami membantahmu, wahai Rasulullah? Padahal kepunyaan Allah dan Rasul-Nya semua kebaikan serta keutamaan,” jawab orang-orang Ansar.

Kata Rasulullah SAW: “Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu dapat mengatakan dan pasti kamu benar dan dibenarkan: ‘Engkau datang kepada kami dalam keadaan didustakan, lalu kami yang membenarkanmu. Engkau datang dalam keadaan terhina, kamilah yang membelamu. Engkau datang dalam keadaan terusir, kamilah yang memberimu tempat. Engkau datang dalam keadaan miskin, kamilah yang mencukupimu. Apakah kalian dapati dalam hati kamu, hai kaum Ansar keinginan terhadap sampah dunia, yang dengan itu aku melunakkan hati suatu kaum agar mereka menerima Islam, dan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Tidakkah kamu redha, hai orang-orang Ansar, manusia pergi dengan kambing dan unta mereka, sedangkan kamu pulang ke kampung halamanmu membawa Rasulullah? Demi yang jiwa Muhammad di Tangan-Nya, kalau bukan karena hijrah, tentulah aku termasuk salah seorang dari Ansar. Seandainya manusia menempuh satu lembah, dan orang-orang Ansar melewati lembah lain, pastilah aku ikut melewati lembah yang dilalui orang-orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak kaum Ansar, dan cucu-cucu kaum Ansar.”

Mendengar ini, menangislah orang-orang Ansar hingga basah janggut-janggut mereka, sambil berkata: “Kami redha bahagian kami adalah Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah SAW pergi, dan kami pun bersurai.


Perang Thaif

Sebahagian besar pasukan Hawazin dan Tsaqif yang melarikan diri akhirnya masuk ke benteng Thaif bersama panglima mereka, Malik bin ‘Auf An-Nadhari. Maka Rasulullah SAW pun bergerak mengejar mereka setelah mengumpulkan ghanimah di Ji’ranah bulan itu juga.

Khalid bin Al-Walid bersama 1,000 perajurit mendahului di barisan hadapan. Kemudin Rasulullah SAW menyusul ke Thaif. Dalam perjalanan itu pasukan muslimin diperintah menghancurkan benteng Malik bin ‘Auf yang ada di Liyyah. Setelah tiba di Thaif, mereka mengepung benteng tersebut hingga beberapa hari. Ada yang mengatakan 40 hari, tapi ahli sejarah menyebutkan sekitar 20 hari.

Dalam pengepungan ini terjadi saling lempar batu dan panah. Pada awal pengepungan itu, kaum muslimin diserang dari dalam benteng bertubi-tubi sehingga menyebabkan beberapa orang terluka dan sekitar 12 orang gugur. Akhirnya mereka pindah ke tempat yang sekarang dibangun masjid Thaif dan bermarkas di sana.

Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan untuk melemparkan manjaniq (peluru besi berapi) hingga melubangi dinding benteng. Beberapa pasukan berusaha menerobos masuk dari bawah dinding, tetapi disambut dengan ranjau-ranjau besi yang membara. Akhirnya kaum muslimin keluar, dan mereka diserang lagi dengan panah sehingga beberapa orang muslimin gugur.

Melihat ini Rasulullah SAW memerintahkan agar menebang dan membakar ladang-ladang anggur mereka. Hal ini membuat cemas orang-orang Tsaqif, lalu mereka meminta kepada Nabi SAW agar beliau membiarkan tanaman tersebut. Baginda pun membiarkannya.

Setelah itu, Rasulullah SAW memerintahkan agar diserukan bahwasanya siapa saja budak yang keluar dari benteng dan datang kepada Rasulullah SAW maka dia merdeka. Mendengar ini, keluar 23 orang budak termasuk Abu Bakrah. Dia memanjat dinding benteng dan turun dengan timba bulat yang dipakai untuk mengambil air minum lalu menemui Rasulullah SAW. Oleh Rasulullah SAW, dia pun diberi kuniah Abu Bakrah. Rasulullah SAW membebaskan mereka dan menyerahkan masing-masing mereka kepada seorang muslim untuk dijaga. Hal ini semakin menyusahkan penghuni benteng.

Semakin lama pengepungan semakin berat dan menyusahkan pasukan muslimin. Terlebih lagi para penghuni benteng telah menyiapkan bekal untuk bertahan selama setahun. Akhirnya Rasulullah SAW bermusyawarah dengan para sahabatnya untuk meninggalkan benteng tersebut.

Naufal bin Mu’awiyah Ad-Daili menyarankan kepada Rasulallah: “Mereka itu seperti pelanduk di lubangnya. Kalau tuan tetap mengepungnya nescaya tuan dapat menangkapnya. Tapi kalau tuan membiarkannya, maka dia tidak akan merugikan tuan.”

Saat itulah Rasulullah SAW bertekad meninggalkan benteng. Beliau memerintahkan ‘Umar bin Al-Khathab bahawa mereka akan pulang esok. Tetapi ada sebahagian sahabat yang tidak menerima dan berasa keberatan, kata mereka: “Kita pergi dari sini padahal kita belum menaklukkan mereka?”

Rasulullah SAW pun menukas: “Kita berangkat untuk perang.” Maka keesokan paginya mereka berangkat untuk menyerang, tetapi mereka malah mendapat serangan hebat hingga ada yang terkorban. Akhirnya Rasulullah SAW berkata pula: “Kita bersiap untuk pulang besok, Insya-Allah.” Tentu saja hal ini menyenangkan para sahabat. Mereka pun tunduk menerima dan mulai bertolak untuk pulang, sedangkan Rasulullah SAW tertawa.

Ada yang mengatakan kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, doakanlah kejelekan terhadap Tsaqif.”

Kata Rasulullah SAW: “Ya Allah, berilah hidayah kepada Tsaqif dan datangkanlah mereka.”

Akhirnya Rasulullah SAW kembali ke Ji’ranah menunggu beberapa hari sebelum membahagi-bahagikan ghanimah dengan harapan Hawazin akan datang dalam keadaan taubat dan menerima Islam, lalu beliau akan menyerahkan kepada mereka harta dan keluarga mereka. Akan tetapi tidak ada seorang pun dari mereka yang datang menemui beliau hingga beliau pun membahagi-bahagikan ghanimah tersebut.

Utusan Hawazin

Setelah membahagi-bahagikan ghanimah, tidak berapa lama datanglah utusan Hawazin seramai 14 orang dipimpin oleh Zuhair bin Shurad termasuk Abu Burqan, bapa saudara susuan Rasulullah   SAW. Mereka masuk Islam dan berbai’at lalu berkata: “Wahai Rasulullah. Sesungguhnya di antara yang jadi tawanan anda ini adalah ibumu dan saudara perempuanmu, ‘ammah (bibi dari pihak ayah) dan khalah (bibi dari pihak ibu, yakni dari susuan).”

Rasulullah SAW berkata kepada mereka: “Yang bersamaku adalah seperti yang kamu lihat. Yang paling aku sukai adalah perkataan yang paling jujur. Anak isteri kalian yang lebih kalian sukai untuk dikembalikan ataukah harta kalian?”

Kata mereka: “Kami tidak akan menukar anak-anak dan isteri-isteri kami dengan harta sedikitpun.”

Baginda pun berkata: “Seusai solat zuhur datanglah dan katakan: ‘Kami mencari syafaat kepada Rasulullah SAW menghadapi kaum muslimin dan mengharap syafaat kepada kaum muslimin menghadapi Rasulullah SAW agar mengembalikan kepada kami tawanan yang ada’.”

Selesai solat zuhur, mereka berdiri dan mengucapkan hal itu. Rasulullah SAW pun berkata: “Adapun yang di tanganku dan Bani ‘Abdil Muthalib maka itu dikembalikan kepada kalian. Aku akan mintakan hak kalian kepada kaum muslimin.”

Mendengar perkataan beliau, kaum Muhajirin dan Anshar berkata: “Apa yang ada di tangan kami maka itu untuk Rasulullah SAW.”

Al-Aqra’ bin Habis berkata: “Adapun saya dan Bani Tamim, tidak akan menyerahkan tawanan kami.”

‘Uyainah bin Hishn juga menukas: “Apa yang di tangan saya dan Bani Fazarah tidak akan kami serahkan.”

Al-’Abbas bin Mirdas juga berucap: “Yang di tanganku dan Bani Sulaim tidak akan kami serahkan.” Tetapi Bani Sulaim justeru mengatakan: “Apa yang di tangan kami maka itu milik Rasulullah SAW.”

Mendengar ini, Al-’Abbas bin Mirdas berkata kecewa: “Kalian memalukanku.”

Rasulullah SAW pun berkata: “Sesungguhnya mereka ini datang dalam keadaan muslim. Aku sudah menjauhkan tawanan mereka dan memberi mereka pilihan. Tapi mereka tidak akan menukar anak isteri mereka dengan apapun. Maka siapa yang masih menahan tawanan dan rela hatinya serta mahu mengembalikan, itu adalah haknya. Dan siapa yang mahu menahan haknya hendaklah dia mengembalikannya juga kepada mereka dan akan diganti haknya itu setiap bahagiannya dengan enam kali lipat dari fai’ yang pertama Allah anugerahkan kepada kami.”

Akhirnya kaum muslimin pun berkata: “Kami lebih suka menyerahkannya kepada Rasulullah SAW.”

Kata Baginda: “Kami tidak tahu siapa di antara kamu yang rela dan yang tidak. Kembalilah hingga cerdik pandai di kalangan kamu menyerahkan urusannya kepada kami.”
Akhirnya, mereka pun mengembalikan anak-anak dan isteri-isteri orang-orang Hawazin tersebut. Tidak ada yang tertinggal kecuali ‘Uyainah bin Hishn yang akhirnya menyerahkan juga seorang wanita tua yang jadi tawanannya. Rasulullah SAW pun memberi pakaian kepada setiap tawanan.

Setelah selesai membahagi dan mengembalikan tawanan, Rasulullah SAW menuju Ji’ranah dan bersiap ‘umrah lalu kembali pulang ke Madinah. Beliau tugaskan ‘Attab bin Usaid mengatur urusan kaum muslimin di Makkah.

Pada bulan Zulkaedah tahun ke-8 hijrah, rombongan kaum muslimin mulai bertolak kembali ke Madinah.

Utusan Tsaqif

Sebelum tiba di Madinah, salah seorang pemuka Tsaqif yaitu ‘Urwah bin Mas’ud datang menemui Rasulullah SAW setelah usai perang Thaif, pada bulan Zulkaedah. Dia masuk Islam lalu kembali kepada kaumnya untuk mengajak mereka masuk Islam. Karena kedudukannya sebagai pemuka yang ditaati di tengah-tengah kaumnya, ‘Urwah mengira mereka akan mengikuti pula jejaknya masuk Islam.

Tetapi, setelah dia mengajak mereka, ternyata mereka menembakinya dengan panah dari segala penjuru sampai akhirnya dia terkorban.

Penduduk Tsaqif kembali seperti biasa selama beberapa bulan. Kemudian mereka bermusyawarah melihat kenyataan bahwa mereka tidak mungkin sanggup melawan kabilah ‘Arab di sekitar mereka yang sudah masuk Islam dan berbai’at. Akhirnya mereka ingin mengutus ‘Abd Ya Lail bin ‘Amr.

Tapi ‘Abd Ya Lail menolak. Dia bimbang kejadian yang menimpa ‘Urwah akan dialaminya juga, dia pun berkata: “Aku tidak mahu kecuali kalian utus juga beberapa orang bersamaku.”

Mereka pun mengutus beberapa orang termasuk ‘Utsman bin Abil ‘Ash yang paling muda di antara mereka.

Ketika mereka menemui Rasulullah SAW, beliau sediakan kemah buat mereka di sudut masjid agar mereka mendengar al-Qur’an dan melihat kaum muslimin mengerjakan solat.

Akhirnya, mereka tinggal di sana silih berganti menemui Rasulullah SAW yang selalu mengajak mereka kepada Islam. Hingga suatu ketika, pemimpin rombongan itu meminta agar Rasulullah SAW membuat kesepakatan antara beliau dengan Tsaqif. Mereka minta agar beliau mengizinkan mereka berzina, minum khamr, memakan riba, dan membiarkan al-Latta tetap menjadi sembahan mereka serta tidak mengerjakan solat. Mereka juga minta agar berhala mereka tidak dihancurkan oleh tangan mereka sendiri.

Tapi, semua keinginan mereka itu ditolak oleh Rasulullah SAW. Melihat ini, utusan Tsaqif kehabisan akal dan melihat tidak ada jalan lain kecuali mereka harus menerima dan tunduk kepada Islam. Akhirnya mereka masuk Islam dan minta kepada Rasulullah SAW agar menugaskan orang lain menghancurkan al-Latta.

Rasulullah SAW mengabulkan permintaan mereka dan mengangkat ‘Utsman bin Abil ‘Ash sebagai pemimpin mereka. Hal itu kerana utusan tersebut setiap pagi datang kepada Rasulullah SAW dan meninggalkan ‘Utsman. Apabila mereka kembali dan tidur pada waktu siang, maka ‘Utsman datang menemui Rasulullah SAW minta dibacakan al-Qur’an dan bertanya tentang Islam. Kalau dia dapati Rasulullah SAW sedang tidur, dia datang menemui Abu Bakr dengan maksud yang sama, belajar tentang Islam.

Kemudiannya, ‘Utsman menjadi orang yang paling besar sumbangan kepada kaumnya pada zaman riddah (murtadnya beberapa kabilah). Ketika penduduk Tsaqif juga terikut-ikut ingin murtad, dia berkata kepada mereka: “Wahai penduduk Tsaqif. Kalian adalah orang yang paling akhir masuk Islam, maka janganlah kalian menjadi orang yang pertama murtad.” Akhirnya mereka pun tetap di atas Islam.

Para utusan itu kembali tetapi menyembunyikan kenyataan yang sebenarnya. Mereka menakut-nakuti penduduk lain bahawa mereka akan diserang dan dibunuh. Mereka nampakkan kesedihan dan kepedihan, bahawa Rasulullah SAW meminta mereka meninggalkan zina, arak, riba dan sebagainya, kalau tidak dia akan memerangi mereka.

Hal itu mendorong bangkitnya sentimen jahiliah penduduk Tsaqif, maka mereka menolak hal itu. Mereka tenang selama dua atau tiga hari bersiap untuk perang. Kemudian Allah SWT masukkan ke dalam hati mereka rasa takut. Mereka pun menemui para utusan itu dan berkata: “Kembalilah kepadanya (Rasulullah SAW) dan berikan apa yang dimintanya.”

Saat itu juga para utusan itu menyampaikan apa yang sebenarnya. Mereka menunjukkan kesepakatan yang telah ditetapkan antara Rasulullah SAW dengan mereka. Akhirnya, penduduk Tsaqif masuk Islam.

Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW mengirim beberapa orang untuk menghancurkan al-Latta. Beliau melantik Khalid bin Al-Walid sebagai pemimpin rombongan.

Sesampai di sana, Al-Mughirah bin Syu’bah memukulkan palu yang ditangannya, kemudian dia terjatuh. Ini membuat penduduk Thaif kecoh, dan berkata: “Semoga Allah jauhkan Al-Mughirah, semoga dia dibunuh dewi itu (al-Latta).”

Al-Mughirah melompat dan berkata: “Semoga Allah memburukkan kamu. Dia hanyalah benda hina, sebongkah batu dan bulu.”

Dia pun menghancurkan pintu dan naik ke tembok tempat pemujaan. Lalu naik pula beberapa orang dan meruntuhkan bangunan itu serta meratakannya dengan tanah sampai mencabut tapaknya. Mereka keluarkan kain dan perhiasan pemujaan itu. Sementara orang-orang Tsaqif terdiam, melihat pujaan mereka tidak berdaya apa-apa.

Setelah itu, rombongan Khalid kembali dan menyerahkan perhiasan tempat pemujaan itu dan dibahagi-bahagikan oleh Rasulullah SAW hari itu juga sambil memuji Allah SWT atas pertolongan-Nya kepada Nabi-Nya dan agama-Nya.

http://www.salafy.or.id

RM500 juta untuk Kuala Besut, kawasan lain?

Harakahdaily, 26 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Sekiranya BN boleh mencurahkan peruntukan sebesar hampir RM500 juta dalam tempoh tidak sampai dua minggu untuk DUN Kuala Besut, tiada  sebab kerajaan tidak boleh memberi projek bernilai RM200 juta atau RM300 juta kepada sesebuah kawasan yang lain  dalam tempoh lima tahun akan datang.

Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com/.

Ini, katanya sekaligus akan memaksa BN Terengganu menumpukan perhatian yang sama rata kepada semua DUN di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang dari segi pengagihan projek-projek pembangunan.

Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

Keputusan pilihanraya kecil DUN Kuala Besut terus menjadi perbualan di mana-mana dan ia dijangka berlarutan menjadi basahan mulut rakyat dalam tempoh seminggu dua ini. Pelbagai analisis, hujah dan justifikasi dapat didengar, baik mengenai kemenangan BN mahupun mengenai kekalahan PAS.

Tetapi perkara yang paling banyak diperkatakan ialah mengenai limpahan projek pembangunan di Kuala Besut yang dianggarkan mencecah RM500 juta melalui 15 projek yang dicurahkan oleh BN selama 12 hari kempen pilihanraya kecil itu berjalan. Dengan perbelanjaan sebesar itu, pilihanraya kecil Kuala Besut dianggap paling mahal dan mewah serta menjadikan nilai seorang pengundinya kira-kira RM27,000.

Walapun ada faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kemenangan BN seperti mainan hubungan PAS dengan DAP, ditakut-takutkan dengan Cina dan Lim Kit Siang akan menguasai negara dan pelbagai isu lain yang bersifat perkauman, hakikatnya faktor terbesar yang menyumbang kepada kemenangan itu ialah kuasa wang ringgit yang dimiliki oleh BN.

Dengan perbelanjaan sebesar RM500 juta, adalah mustahil untuk melihat BN mengalami kekalahan. Nikmat pembangunan yang diterima bakal mengubah landskap kehidupan mereka  di situ yang rata-rata masih miskin dan berpendapatan rendah. Iman politik kebanyakan orang boleh berubah mendengar nilai wang sebesar itu walaupun belum tahu bila pembangunan yang dijanjikan itu akan dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berhujah bahawa dengan dana sebenar RM500 juta itu, bukan saja mustahil BN akan kalah bahkan sesiapa juga pun, waima calon 'cap ayam' sekalipun boleh memperolehi kemenangan.

Persoalan lain ialah, bolehkah BN boleh menang jika semata-mata menjual idelogi perjuangan tanpa disertai dengan curahan projek dan wang ringgit?

Namun demikian, persoalan mengenai belanja pembangunan RM500 juta untuk Kuala Besut ini juga sebenarnya bakal menimbulkan masalah kepada BN Terengganu dalam menghadapi pilihanraya akan datang. Oleh kerana Kuala Besut begitu mewah dengan curahan projek, ianya akan menyebabkan pengundi di kawasan DUN yang lain juga bakal menuntut pelbagai projek pembangunan daripada kerajaan atas alasan untuk mempertahankan kedudukan BN dalam pilihanraya akan datang.

Sekiranya BN boleh mencurahkan peruntukan sebesar hampir RM500 juta dalam tempoh tidak sampai dua minggu untuk sebuah kawasan DUN, tiada  sebab kerajaan tidak boleh memberi projek bernilai RM200 juta atau RM300 juta kepada sesebuah kawasan yang lain  dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini sekaligus akan memaksa BN Terengganu menumpukan perhatian yang sama rata kepada semua DUN di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang dari segi pengagihan projek-projek pembangunan. Projek kecil-kecilan mungkin tidak dipandang lagi. Kali ini mereka mahukan yang nilainya puluh atau ratus juta juga.

Kegagalan berbuat demikian akan mengundang lebih risiko untuk kehilangan sokongan rakyat kerana pasti ada yang merasakan kerajaan bersikap pilih bulu dan tidak adil kepada rakyat. Yang lebih sinis akan berkata, kalau Kuala Besut boleh, kenapa kami tak boleh?

Lebih-lebih lagi dengan kedudukan kerusi 17-15, kuasa tawar-menawar rakyat terhadap kerajaan sebenarnya tetap tinggi walaupun tidak sebaik jika 16-16. Mereka tidak perlu lagi menunggu ada pilihanraya kecil atau wakil rakyat meninggal dunia untuk menuntut dan meminta pelbagai projek pembangunan daripada kerajaan, bahkan permintaan boleh dibuat dengan segera sambil memberi contoh kemewahan yang diperolehi yang penduduk Kuala Besut berbanding mereka di kawasan-kawasan yang lain.

Sebenarnya dengan kemenangan BN di Kuala Besut, terdapat juga hikmah untuk seluruh rakyat dan pengundi di negeri Terengganu. Inilah masanya untuk mereka merebut peluang supaya kerajaan negeri turut bersikap pemurah dan prihatin untuk semua rakyatnya pula.

Meskipun hikmah dan faedahnya tidak sebesar jika kedudukan menjadi 16-16, tetapi pengundi di kawasan lain selain  Kuala Besut tidak seharusnya melepaskan peluang ini. Mereka harus cerdik mulai sekarang tanpa menunggu ada pilihanraya kecil kerana kematian wakil rakyat bukannya boleh diminta-minta.
Mursi akan dipenjara ekoran komplot dengan Hamas
4:59PM Jul 26 2013
Pihak berkuasa Mesir mengarahkan Mohammed Mursi, presiden yang digulingkan tentera, dipenjara 15 hari ekoran siasatan lanjut berhubung tuduhan bersubahat dengan pergerakan Islamis Palestin, Hamas, lapor akhbar milik negara al-Ahram online.

Arahan itu dibuat oleh hakim siasatan yang mendakwa Mursi bersubahat dengan Hamas atas "aksi permusuhan" dalam negara semasa puncak pemberontakan terhadap pendahulunya Hosny Mubarak pada 2011, menurut laporan itu.

Dakwaan itu, termasuk serangan terhadap bangunan keselamatan, memecah penjara, pembunuhan terancang anggota polis dan penculikan.

Hakim mempersoalkan Mursi dan mengemukakan bukti padanya, lapor al-Ahram, seperti dipetik dpa.

2,000 demo sokong Mursi di KL

NONESementara itu, di Kuala Lumpur, dilaporkan lebih 2,000 umat Islam turut berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera di Mesir dan menegaskan Mursi sebagai presiden yang dipilih secara sah.

Mereka berarak sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang Hilir lebih 4 kilometer, lapor Harakahdaily.

Perhimpunan yang diketuai Pemuda PAS itu turut disertai aktivis NGO Islam seperti, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

NONEPeserta perarakan dihalang masuk ke jalan berhadapan bangunan kedutaan sebaliknya diberhentikan di jalan bersebelahan kira-kira 150 meter dari pintu masuk bangunan kedutaan.

Enam wakil dibenarkan masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan, yang antaranya menuntut pembebasan Mursi dan membatalkan undang-undang yang digubal selepas kudeta tentera.

'PM diam, takut penentang Mursi?'
Isu melibatkan pemimpin Ikhwanul Muslimin itu sentiasa dekat di hati kebanyakan umat Islam di Malaysia. Ini kerana Ikhwan selama ini menjadi ilham kepada pergerakan lain di seluruh dunia.

Malah, pemimpin-pemimpin kumpulan Islam di negara ini juga mempunyai hubungan langsung dengan pemimpin Ikhwan.

NONESementara itu, berucap kepada peserta himpunan, Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar kiri, kanan sekali) mempersoalkan sikap kerajaan Malaysia dan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa masih membisu dalam isu itu.

"Kenapa beliau tidak mahu menyatakan pendirian dalam isu ini?

"Adakah Najib takut untuk tunjuk sikap kerajaan Malaysia dalam isu ini, takut kepada penentang Mursi?" Khairul dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.
SPR: Wang tanpa syarat undi bukan rasuah
4:21PM Jul 26 2013
Pemberian "duit minyak" kepada pengundi tanpa mengarahkannya memilih mana-mana calon bukan rasuah, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONE"Jika wang minyak yang diberi itu tanpa meletakkan apa-apa syarat tetapi hanya meminta pengundi-pengundi itu balik mengundi tanpa mengarahkan kepada calon mana-mana parti, ia tidak dianggap sebagai rasuah," katanya.

Dalam SMS jawapan kepada Malaysiakini, Aziz juga berkata, pihaknya tidak menerima laporan rasmi tentang perkara itu.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan pembelian undi dalam pilihan raya kecil Kuala Besut apabila bayaran dibuat oleh Ketua Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir.

Yaakob bagaimanapun menafikannya sebagai rasuah dan menegaskannya "insentif kepada pengundi luar", diberikan secara terbuka dan kepada semua pengundi, termasuk orang PAS.
Ketua kampung: Beri wang insentif, bukan rasuah

Pengerusi JKK Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir menafikan pemberian wang kepada pengundi luar sewaktu berlangsungnya pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah satu bentuk rasuah, tetapi menegaskan ia "insentif kepada pengundi luar".

"Ia bukan rasuah, tapi insentif kepada pengundi luar sebab pulang untuk mengundi (dalam pilihan raya Kuala Besut). Kalau rasuah, dia buat secara sembunyi-sembunyi.

"Kita beri kepada semua, tak kira mereka itu pangkah BN atau PAS. Orang luar kalau balik, pasti dia akan sokong PAS," kata ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya pagi ini.

Yaakob berkata beliau diarahkan oleh parti untuk beri 'insentif' itu di perkarangan rumahnya "untuk mengelak suasana sesak jika buat di tempat terbuka"

Beliau mengulas insiden pengundi yang dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di DUN Kuala Besut kelmarin, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.

Pengundi berkenaan dilihat di kediaman ketua Kampung Lay Out dan ketua Kampung Beris Lampu dalam daerah mengundi Tok Saboh.

Beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung Lay Out - kebanyakan mereka enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.

'Tak sampai 100 orang'


Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Bharu, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Yaakob yang juga ketua cawangan Umno kampung itu sejak 20 tahun lalu berkata jumlah pengundi luar yang berdaftar bagi mendapatkan insentif itu kelmarin "tak sampai seratus orang".

Menurutnya lagi, insentif itu diberikan mengikut jarak lokasinya iaitu jika pengundi itu bekerja di Kuantan sebanyak RM150 akan diberikan; Kuala Terengganu (RM100); Johor dan Kuala Lumpur (RM200).

"Ada yang merungut kata tak cukup... Kalau nak ikut (insentif itu) tak padan," katanya yang mesra di panggil 'Pak Anjang'

Sambil menjelaskan ramai pengundi tidak pulang mengundi memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, Yaakob berkata pemberian insentif seperti itu juga pernah diberikan pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Pengerusi JKK Kampung Lay Out Rashid Yusof pula tiada di rumah sewaktu Malaysiakini datang ke kediamannya bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, Rashid tiada di rumah kerana menemani ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menziarahi orang sakit.

Idris, Mat Said belum jawab
"Saya tidak pasti bila beliau nak balik," kata salah seorang ahli keluarga Rashid yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Sementara itu pengurus kempen bagi calon PAS DUN Kuala Besut Hanafiah Mat mendakwa pemberian wang tersebut merupakan "rasuah secara terbuka" dan dilakukan "tanpa malu dan tanpa segan silu".

"PAS tidak buat sebegitu rupa. Apa perkara yang diberikan untuk mendapat undi, itu dinamakan rasuah," katanya.

Beliau yang juga ADUN Chukai juga mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan segera berhubung insiden tersebut.

Katanya, PAS akan berbincang berhubung perkara tersebut dalam mesyuaratnya sebelum mengambil tindakan seterusnya.
DAP mahu tindakan dikenakan pada Utusan
5:43PM Jul 26 2013
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menggesa agar tindakan dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana mendakwa polis akan menggunakan Akta Hasutan bagi menangani kes penyebaran gambar mengenai kantin SK Seri Pristana.

Selangor deputy police chief A ThaiveeganKatanya, kerajaan perlu membuat tindakan ke atas Utusan Malaysia mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas laporan didakwa palsu itu.

Katanya, Seksyen 8A akta penerbitan itu memperuntukkan hukuman denda RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan menyiar berita palsu.

Seksyen 233(1) akan komunikasi pula memperuntukkan hukuman denda maksimum tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan sama, kata Lim.

NONELaporan Utusan Malaysia semalam memetik kenyataan pemangku ketua polis Selangor Datuk A Thaiveegan yang memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar tersebut.

Gambar yang dimaksudkan itu merujuk kepada gambar yang tersebar di Facebook, menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana.

Thaiveegan bagaimanapun dalam laporan Sin Chew Daily hari ini menafikan bahawa beliau membuat kenyataan untuk menggunakan Akta Hasutan.

Katanya, akhbar berkenaan tersalah petik kenyataannya.

Tiada ulasan: