Rasulullah haramkan mutaah
Pendakwah, Ustaz Nazmi Mohamad Karim berkata, hukum yang mengharamkan pernikahan itu bersandarkan hadis daripada Ali bin abi Thalib yang berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang nikah mutaah dan memakan daging keldai jinak pada perang Khaibar.” (HR. Bukhari 5115, Muslim 1407). Hadits Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani.
"Tetapi golongan tanpa ilmu sering menggunakan alasan demikian, yang jelas cetek ilmu pengetahuan berkaitan agama. Nikah mutaah berlangsung tanpa wali dan akad dan ini tidak sah selama-lamanya” katanya.
Bagaimanapun, jelas Nazmi, beliau tidak mempunyai maklumat sama ada pernikahan seumpama itu berlaku atau pun tidak melibatkan pengikut Syiah di negara ini.
"Nikah mutaah adalah harus di sisi Mazhab Ja’fariyyah (Syi’ah). Manakala fuqaha’ ahli sunnah sepakat mengatakan nikah mutaah adalah haram dan batil. Pada zaman awal Islam, Rasulullah SAW membenarkan nikah mutaah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman jahiliah ketika itu.
"Kemudian ia diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang," katanya.
Nazmi berkata, sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan nikah mutaah secara mutlak sehingga hari Kiamat.
"Justeru, hukum muktamad nikah mutaah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam daripada semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi," jelas beliau.
Kelantan teliti semula fatwa Syiah
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, penelitian dan penambahbaikan itu perlu dilakukan bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan nanti tidak dipersoalkan selain dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.
“Fatwa tentang ajaran Syiah di Kelantan pernah dikeluarkan sebelum ini, namun terdapat beberapa perkara perlu dibuat penambahbaikan kukuhkan fatwa sedia ada.
“Proses penambahbaikan itu dijangka siap dalam waktu terdekat, dan insya-ALLAH mungkin selepas Aidilfitri nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu ajaran Syiah yang semakin hangat diperkatakan di seluruh negara kebelakangan ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, tidak dinafikan ajaran Syiah turut tersebar di Kelantan tetapi dalam keadaan terkawal.
“Pihak berkuasa sentiasa memantau pergerakan ajaran Syiah yang dilaporkan bergerak secara ‘low profile’ dan setakat ini masih dalam keadaan terkawal,” katanya.
Mohamad Shukri berkata, berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Kelantan, amalan yang dibenarkan di negeri ini hanyalah ahli Sunah wal Jamaah, manakala selainnya tidak dibenarkan sama sekali.
“Nasihat saya, janganlah suasana ini dikeruhkan oleh mana-mana pihak, biarlah ajaran yang sudah menjadi amalan sejak turun- temurun ini terus terpelihara,” katanya.
Isu Syiah: Nikah mutaah tak hormati wanita
SHAH ALAM – Nikah mutaah yang diamalkan dalam ajaran Syiah jelas tidak
menghormati kaum wanita juga hak-hak mereka dalam perkahwinan.
Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Fatahiyah Mahamood berkata, ini kerana konsep pernikahan tersebut membenarkan seseorang lelaki menikahi wanita dalam tempoh tertentu sesingkat satu malam hanya dengan menyediakan mahar dan juga menyatakan tempoh.
“Dari segi hukum Islam, nikah mutaah adalah haram kerana boleh diibaratkan sebagai kahwin kontrak. Apabila wanita boleh dikahwini dan diceraikan dengan mudah, maknanya wanita tidak dihormati.
“Sedangkan dalam perkahwinan, suami perlu bertanggungjawab kepada isteri, bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu saja,” katanya.
Selain itu, katanya, konsep nikah mutaah yang membolehkan perceraian berlaku selepas tempoh ditetapkan tanpa lafaz melainkan hanya apabila sampai tempoh yang dijanjikan, juga seolah-olah memandang remeh institusi perkahwinan.
“Perkahwinan adalah tanggungjawab bersama setiap pasangan. Mereka perlu memastikan perkahwinan dibina berkekalan.
“Jika berkahwin dengan niat untuk bercerai selepas itu, hilanglah nilai perkahwinan. Apatah lagi, nikah mutaah tidak mengikut rukun nikah yang sebenarnya," katanya.
Beliau turut menyarankan agar setiap wanita menyelidiki latar belakang calon suami sebelum berkahwin.
“Bagi seorang isteri, suami adalah masa depannya. Jadi, penting bagi mereka kenal calon suami agar tidak terjebak dengan perkahwinan mutaah,” katanya.
SHAH ALAM – Perkahwinan mutaah didakwa sebagai satu ibadat bagi
pengikut Syiah kerana mereka perlu sekali dalam seumur hidup berbuat
demikian sebagai tanda menghargai nikmat ALLAH, kata pendakwah, Dr
Zahazan Mohamed.
Bagaimanapun katanya, dalam pegangan ahli Sunnah wal Jamaah, perkahwinan mutaah diharamkan kerana meletakkan wanita sebagai mangsa kepada lelaki.
Menurutnya, sebagai sebuah negara yang dominan adalah Islam, wanita tidak boleh diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
“Syiah menunjukkan martabat wanita dipandang rendah dan dipermainkan. Ia akan memberikan kesan pandangan masyarakat kepada Islam.
“Syiah makin berani kerana orang Islam semakin jauh daripada agama. Orang Islam perlu mendalami Islam supaya tidak menjadi mangsa Syiah,” katanya kepada Sinar Harian.
Zahazan juga berharap wanita tidak menjadikan ‘lelaki alim’ sebagai alasan untuk berkahwin mutaah.
“Mereka perlu meminta doa kepada ALLAH, bukan kepada manusia. Bertakwalah kepada ALLAH dan dekati orang berilmu serta tidak perlu berkahwin dengan lelaki yang memang mengamalkan Syiah,” katanya.
Zahazan berkata, ibu bapa perlu mendidik anak- anak mengenai bahaya ajaran Syiah supaya mereka tidak mudah dipengaruhi ajaran itu yang semakin agresif meluaskan pengaruh mutakhir ini.
“Syiah sebagai ‘mazhab’ tidak tepat kerana ia merupakan satu kajian daripada kumpulan tertentu dan pandangan mereka dijadikan sebagai ajaran dan amalan,” katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan serius terhadap penyebaran Syiah di negara ini.
Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Fatahiyah Mahamood berkata, ini kerana konsep pernikahan tersebut membenarkan seseorang lelaki menikahi wanita dalam tempoh tertentu sesingkat satu malam hanya dengan menyediakan mahar dan juga menyatakan tempoh.
“Dari segi hukum Islam, nikah mutaah adalah haram kerana boleh diibaratkan sebagai kahwin kontrak. Apabila wanita boleh dikahwini dan diceraikan dengan mudah, maknanya wanita tidak dihormati.
“Sedangkan dalam perkahwinan, suami perlu bertanggungjawab kepada isteri, bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu saja,” katanya.
Selain itu, katanya, konsep nikah mutaah yang membolehkan perceraian berlaku selepas tempoh ditetapkan tanpa lafaz melainkan hanya apabila sampai tempoh yang dijanjikan, juga seolah-olah memandang remeh institusi perkahwinan.
“Perkahwinan adalah tanggungjawab bersama setiap pasangan. Mereka perlu memastikan perkahwinan dibina berkekalan.
“Jika berkahwin dengan niat untuk bercerai selepas itu, hilanglah nilai perkahwinan. Apatah lagi, nikah mutaah tidak mengikut rukun nikah yang sebenarnya," katanya.
Beliau turut menyarankan agar setiap wanita menyelidiki latar belakang calon suami sebelum berkahwin.
“Bagi seorang isteri, suami adalah masa depannya. Jadi, penting bagi mereka kenal calon suami agar tidak terjebak dengan perkahwinan mutaah,” katanya.
Syiah anggap mutaah ibadat
Bagaimanapun katanya, dalam pegangan ahli Sunnah wal Jamaah, perkahwinan mutaah diharamkan kerana meletakkan wanita sebagai mangsa kepada lelaki.
Menurutnya, sebagai sebuah negara yang dominan adalah Islam, wanita tidak boleh diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
“Syiah menunjukkan martabat wanita dipandang rendah dan dipermainkan. Ia akan memberikan kesan pandangan masyarakat kepada Islam.
“Syiah makin berani kerana orang Islam semakin jauh daripada agama. Orang Islam perlu mendalami Islam supaya tidak menjadi mangsa Syiah,” katanya kepada Sinar Harian.
Zahazan juga berharap wanita tidak menjadikan ‘lelaki alim’ sebagai alasan untuk berkahwin mutaah.
“Mereka perlu meminta doa kepada ALLAH, bukan kepada manusia. Bertakwalah kepada ALLAH dan dekati orang berilmu serta tidak perlu berkahwin dengan lelaki yang memang mengamalkan Syiah,” katanya.
Zahazan berkata, ibu bapa perlu mendidik anak- anak mengenai bahaya ajaran Syiah supaya mereka tidak mudah dipengaruhi ajaran itu yang semakin agresif meluaskan pengaruh mutakhir ini.
“Syiah sebagai ‘mazhab’ tidak tepat kerana ia merupakan satu kajian daripada kumpulan tertentu dan pandangan mereka dijadikan sebagai ajaran dan amalan,” katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan serius terhadap penyebaran Syiah di negara ini.
Langkah Kedah warta fatwa anti Syiah tepat
ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni
berpendapat langkah kerajaan negeri Kedah bakal mewartakan fatwa anti
Syiah sebagai satu tindakan tepat.
Timbalan Pengerusinya Ashiq Elahi berkata langkah itu wajar untuk mengekang penyebaran fahaman itu yang disifatkannya sebagai bahaya kerana menghalalkan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang berlaku di luar negara.
"Dengan adanya fatwa itu tindakan undang-undang boleh diambil untuk mengheret sesiapa sahaja yang cuba menyebarkan fahaman itu kepada orang Islam (di negeri ini) yang rata-ratanya Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri yang bakal mewartakan fatwa anti Syiah.
Ashiq Elahi berkata fahaman itu dipercayai mula tersebar di negeri ini sejak lima tahun lepas dengan menjadikan sekolah tahfiz dan pondok sebagai pusat penyebarannya tanpa disedari oleh pihak bertanggungjawab.
Beliau berkata kemasukan fahaman Syiah ke negeri ini dikenali sebagi Syiah Immamiah dan ia amat berbahaya kerana dipercayai menukar Rukun Islam dan Rukun Iman, menukar kalimah Syahadah kepada 'Walayah' dan nikah mutaah.
Bekas Anggota Dewan Ulama PAS Kedah, Abdullah Abdul Rahman berkata tindakan kerajaan negeri dianggap tepat untuk memelihara kesucian agama Islam daripada tercemar.
Katanya setakat ini pendekatan yang dilakukan untuk mengekang penyebaran Syiah melalui ceramah ternyata tidak berkesan.
"Jika fatwa anti Syiah itu diwartakan nanti diharap dapat menguburkan pengikut fahaman tersebut di negeri ini," katanya. - Bernama
Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud :
Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]
Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Isna ‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.
Para
ulama telah bermuafakat, mereka yang menganut fahaman Nusairiah ini
diharamkan berkahwin dengannya, diharamkan makan sembelihannya, dilarang
daripada mengkafan, solat jenazah dan dilarang untuk dikebumikan
bersama kubur-kubur orang Islam.
Namun apa yang kita dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara dikuasai oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan kelompok Syiah Imamiah Isna 'Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahama Syiah Imamiah Isna 'Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah di bumi Syria yang mulia.
Mungkin disana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali al-Sobuni serta para ulama' yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan wajib menentang kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa kebarangkalian besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar tenteranya Hizbullah untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap kelompok Sunni.
Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam di Iran secararevolusioner ada agenda yang tersendiri. Bahkan beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah sebuah "kebangkitan Islam" النهضة الإسلامية di akhir zaman.
Wallahu a'lam
Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM
Timbalan Pengerusinya Ashiq Elahi berkata langkah itu wajar untuk mengekang penyebaran fahaman itu yang disifatkannya sebagai bahaya kerana menghalalkan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang berlaku di luar negara.
"Dengan adanya fatwa itu tindakan undang-undang boleh diambil untuk mengheret sesiapa sahaja yang cuba menyebarkan fahaman itu kepada orang Islam (di negeri ini) yang rata-ratanya Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri yang bakal mewartakan fatwa anti Syiah.
Ashiq Elahi berkata fahaman itu dipercayai mula tersebar di negeri ini sejak lima tahun lepas dengan menjadikan sekolah tahfiz dan pondok sebagai pusat penyebarannya tanpa disedari oleh pihak bertanggungjawab.
Beliau berkata kemasukan fahaman Syiah ke negeri ini dikenali sebagi Syiah Immamiah dan ia amat berbahaya kerana dipercayai menukar Rukun Islam dan Rukun Iman, menukar kalimah Syahadah kepada 'Walayah' dan nikah mutaah.
Bekas Anggota Dewan Ulama PAS Kedah, Abdullah Abdul Rahman berkata tindakan kerajaan negeri dianggap tepat untuk memelihara kesucian agama Islam daripada tercemar.
Katanya setakat ini pendekatan yang dilakukan untuk mengekang penyebaran Syiah melalui ceramah ternyata tidak berkesan.
"Jika fatwa anti Syiah itu diwartakan nanti diharap dapat menguburkan pengikut fahaman tersebut di negeri ini," katanya. - Bernama
Ringkasan Sejarah dan Fahaman Syiah
- Saturday, 24 March 2012 00:09
- PMRAM
Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]
Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.
Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.
Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’[5]yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).
Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6]
Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut[7]. Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.
Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).
Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud
Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar,
Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain.
Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar
ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada
sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok
tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah
dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan
aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah,
menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan
diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui
perkara-perkara ghaib dan lain-lain.
Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang
berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah
bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani
dan lain-lain[9].
Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang
ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada hadghulah[10], maka
mereka masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli
bidaah. Itupan sekiranya mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah
lebih daripada mereka memusuhi golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani
dan selainnya.
Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan
dikalangan mereka terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan
perkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata menghancurkan golongan
Sunni.
Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.
PUAK-PUAK DALAM SYIAH[11]
1. Imamiah (الإمامية): Dikenali dengan Imamiah kerana menjadikan persoalan Imamah (melantik
dan beriman kepada mereka) sebagai perkara Usul dalam agama yang wajib
dipercayai. Ianya merupakan puak yang paling utama dalam Syiah.
Dinamakan juga sebagai al-Rafidah (الرافضة) kerana “ingkar dan menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Ianya dipanggil juga dengan nama Isna ‘Asyariah (اثنى عشرية) kerana berpendapat bahawa 12 daripada imam-imam mereka maksum[12]sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. (dijaga daripada melakukan dosa, lalai, lupa, tersalah dengan sengaja ataupun tidak sengaja).
12 imam mereka adalah sebagaimana berikut :
1. Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha)
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]
Syiah Imamiah ini terbahagi pula kepada 15 kelompok :
Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Isna ‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.
2. Zaidiah (الزيدية): Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Thalib[14].
Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata’ (pengasas fahaman
Muktazilah) dan ulama’ mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam
golongan yang mu’tadil kerana yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat.
Pendapatnya tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan mencerca
sahabat-sahabat yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih
layak memegang tampuk khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah
s.a.w. daripada Abu Bakar dan Umar.
Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3 kelompok :
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
3. Kaisaniah (الكيسانية): Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada
Muhammad bin Ali bin Abu Thalib (anak Saidina Ali dengan isterinya
Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama
kabilah ibunya).
Adapun Kaisan merupakan khadam kepada Saidina Ali bin Abi
Thalib. Setelah kewafatan Ali, dia lalu menjadi khadam kepada Muhammad
al-Hanafiah. Dia bersungguh-sungguh mempertahankan Hasan dan Husin dalam
mendapatkan hak kekhalifahan.
Selepas kematian keduanya, mereka pula mempertahankan hak terhadap Muhammad bin al-Hanafiah. Lalu ada dikalangan mereka yang ghuluw(melampau) lalu menjadi buruan pemerintah ketika itu.
Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :
1. Yang mendakwa bahawa Muhammad al-hanafiah masih belum mati kerana
beliau menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan
pergunungan) ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh
pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai masih lagi hidup
dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat sebagai Imam
Mahdi.
2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad al-Hanafiah
semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada
orang lain selepas kematiannya.
4. Ghulah (الغلاة) : Mereka
yang melampaui had dalam persoalan aqidah. Bukan sahaja berpandangan
bahawa Saidina Ali lebih mulia dan layak daripada sahabat-sahabat lain
dalam persoalan Khilafah bahkan lebih agung daripada Rasulullahs.a.w.
Mereka juga berpendapat Rasulullah s.a.w. hamper sama wajahnya dengan
Ali, oleh sebab itu malaikat Jibril tersalah sampaikan wahyu kepada
Rasulullah sedangkan asalnya disampaikan kepada Saidina Ali. Ada juga
yang menyatakan Jibril sengaja melakukan sedemikian lalu mengkafirkan
Jibril.
Mereka percaya kepada konsep perpindahan ruh (tanasukh al-arwah) dari
satu jasad kepada jasad yang lain,apabila sesorang melakukan kejahatan
maka pada kebangkitan lain ruh mereka akan menjelma dalam keadaan yang
menghinakan, jika mereka melakukan kebaikan maka ruh tersebut akan
menjelma dalam keadaan yang mulia dan dihormati.
Kerana itulah golongan ini menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar akan
dibangkitkan pada dekatnya Kiamat dalam rupa keldai dan baghal dan
imam-imam mereka akan menjadi pengembala serta memukul-hinakan Abu Bakar
dan Umar ketika itu dalam keadaan keldai dan baghal.
Mereka sampai kepada batas ketaasuban dan kelampauan sehingga
mengatakan Saidina Ali bin Abi Thalib dan imam-imam mereka sebagai
Tuhan. Samada Tuhan hulul (menjelma masuk) dalam badan mereka atau mereka bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan.
Walaupun mereka mendakwa bahawa pegangan mereka daripada agama Islam
namun jumhur ulama’ berpendapat mereka telah terkeluar daripada acuan
Islam.
Syiah Ghulah ini terbahagi kepada Saba’iah, Bayaniah, Mughiriah,
Mansuriah, Ghurabiah, Khattabiah, Janahiah, Hululiah, Syari’iah,
Numairiah.
GERAKAN KEBATINAN [15]
Banyak daripada kumpulan dan agen parasit daripada luar yang ingin
merosakkan Islam. Mereka mula menyerang agama Islam dengan mencipta
beberapa ideologi berbentuk harakah batiniah (gerakan kebatinan)
lalu diserap masuk kedalam Islam dengan menjadikan cinta kepada Ahli
Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang menjadikan persoalan
falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan kebebasan mutlak
terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan fahaman kebatinan
ini.
Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah (الباطنية) kerana mereka berkata :
“Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”[16]
Mereka menggunakan kaedah takwil[17]sebagai manhaj utama menyebarkan fahaman ini.
Sebagai contoh :
“Sesiapa yang mengetahui makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya”. Ini diambil daripada Firman Allahdalam Surah al-Hijr, ayat 99 berbunyi :“Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin.”
Mereka bergerak samada dalam keadaan jelas atau tersembunyi dalam
mana-mana kelompok. Antara gerakan mereka yang dapat dikenal pasti oleh
para ulama iaitu gerakan Yazidiah, Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah, Baha’iah, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal.
Pengasas awalnya adalah Maimun bin al-Ahwazi[18], Muhammad bin Hussin (al-Dandan)[19] bersama satu kumpulan yang dinamakan al-Jarabijah[20]yang
pernah berkumpul sekali dalam penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat
mengasaskan gerakan kebatinan. Selepas bebas daripada penjara, mereka
mula menyebarkan fahaman dan doktrin-doktrin tersebut yang diceduk
daripada Islam, Majusi, Yahudi, Nasrani, Mesir Kuno, Parsi, Yunani,
Anamisma dan Buddha.
Gerakan mereka ini terlebih bahaya daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan
Dahriah kerana mereka bergerak dengan menyalurkan doktrin mereka secara
halus dan dengan penggunaan nama Islam sebagai tipu muslihat.
Modus operandi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa ada beberapa peringkat dalam meniupkan ruh tipu daya mereka :
1. Al-Tafarras : Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya
2. Al-Ta’nis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Ta’liq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Ta’sis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8. Al-Khulu’ wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam

daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya kepada gugurnya keimanan kepada Allah.
FAHAMAN NUSAIRIAH (النصيرية) (GERAKAN KEBATINAN)
Salah satu daripada ideologi sesat yang dicipta untuk memesongkan
ajaran Islam yang tulen. Mereka adalah pengikut kepada Muhammad bin
Nusair al-Basri al-Namiri.[21]
Selepas kematian Hassan al-Askari, Muhammad bin Nusair menyatakan
bahawa Hassan al-Askari ada menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad
al-Mahdi) didalam sebuah bilik bawah tanah.
Tujuannya adalah mendapatkan nama dengan mengutip zakat daripada orang
ramai sebagai pengeluaran zakat untuk disalurkan kepada anak Hassan yang
tersembunyi itu.
Dia menggunakan hujjah البابية dengan
menggelarkan dirinya sebagai PINTU atau sebagai orang tengah untuk
menyampaikan sesuatu pemberitaan dan menyampaikan sesuatu hajat yang
diinginkan oleh masyarakat. Kerana hasratnya ingin menjadi penguasa
dengan menggunakan Imam yang Ghaib tersebut, dia akhirnya menggelarkan
dirinyasebagai Tuhan.
Kelompok ini juga
dinamakan dengan Namiriah, Alawiyun,Hattabun dan lain-lain. Tersebarnya
Nusairiah hari ini disekitar pinggir Syria, kepulauan kecil, Lubnan,
Iraq dan lain-lain.
Imam ibn Kathir penah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini
menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam
keseluruhannya. Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan
dibina kilang-kilang dan kedai penjualan arak.[22]
Antara aqidah mereka adalah [23] :
1. Menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan kerana Allah taala telah hulul (menjelma
masuk) ke dalam jasad Saidina Ali, bahkan mereka juga beranggapan
bahawa Ali sudah wujud sebelum bumi dan langit belum dicipta.
2. Mereka berpegang dengan konsep ketuhanan Trinity (3 dalam 1)
sebagaimana Kristian. Kristian beranggapan adanya Tuhan Bapa, Tuhan
Anak, Ruhul Quds (Jibril).
Bagi Nusairiah, mereka beranggapan bahawa adanya tiga gabungan daripada المعنى (Saidina Ali) sebagai Yang Paling Agung dan Berkuasa, الإسم (Rasulullah s.a.w.) sebagai hijab Nurani dan الباب (Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan kepada hijab Nurani.
2. Menganggap bahawa imam Hassan al-Askari sebagai Nabi yang diutuskan
Tuhan. Bahkan mengetahui akan setiap perkara-perkara yang ghaib dan
terzahir mukjizat disisinya[24].
Begitulah juga yang berlaku kepada Syeikh-syeikh mereka yang Tuhan
hanya khususkan kepada mereka dengan mengetahui setiap maksud batin
(tersirat) daripada al-Quran dan Hadith.
Mereka tidak memakai-guna ayat al-Quran secara zahir dan mengubah makna
tersebut kepada makna yang tidak layak untuk ditakwilkan.
3. Berpegang dengan konsep Karma sebagaiman agama Buddha yang akan ada
perpindahan ruh serta pembalasan amalan dimuka dunia. Ketika itu
berpindahnya ruh kepada jasad-jasad manusia lain sebagai balasan baik
ataupun buruk. Bahkan ada juga ruh yang berpindah ke jisim-jisim
tumbuhan dan haiwan-haiwan.
4. Mengecam bagi sesiapa yang mencela dan menghina Abdul Rahman bin
Maljam (pembunuh Saidina Ali) kerana beranggapan telah melakukan
kebaikan. Mereka beanggapan, telah menjelma sepenuhnya ruh Allah
daripada العالم اللاهوت (alam ketuhanan) kepada العالم الناسوت (alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang berlaku dikalangan sahabat Nabi ketika itu.
5. Beriman bahawa Saidina Ali mencipta Rasulullah s.a.w. lalu
Rasulullah mencipta Salman al-Farisi, lalu Salman mencipta 5 orang yang
lain iaitu :
- al-Miqdad bin Aswad :
mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir mereka
- Abu Dzar al-Ghifari :
- Abu Dzar al-Ghifari :
menjadi pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang dilangit
- Abdullah bin Rawahah:
- Abdullah bin Rawahah:
penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi manusia
- Uthman bin Maz’un:
- Uthman bin Maz’un:
mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
- Qinbar bin Kadan :
- Qinbar bin Kadan :
sebagai peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan
6. Beranggapan Saidina Ali tidak mati tetapi naik ke langit lalu
bersemayam di bulan, matahari, awan dan lain-lain.Kerana itulah mereka
menyembah benda-benda tersebut kerana Ali ada disana.
7. Tidak mengiktiraf pensyariatan Haji kerana pada pandangan mereka,
menunaikan Haji ke Mekah merupakan perbuatan kufur dan melakukan
penyembahan berhala (dinisbahkan kepada Kaabah).
8. Tidak solat Jumaat, tidak bersuci dengan wudhu’, mengangkat janabah (hadas
besar) sebelum menunaikan solat lima waktu. Solat lima waktu mereka
tidak perlu berwudu’ dan tidak ada sujud kerana ianya termasuk dalam
rukun Rukuk dalam solat.Solat mereka berbeda dengan rakaat yang
diamalkan oleh Sunni.
9. Tidak mengiktiraf pensyariatan zakat tetapi mereka mengeluarkan wang
saku mereka (untuk menggantikan zakat) dengan memberi cukai kepada
Syeikh-syeikh mereka.
10. Melakukan upacara-upacara kemenyan dan membakar wangi-wangian
ketika melakukan upacara sebagaimana yang dilakukan Kristian dan Buddha.
11. Puasa hanyalah menahan diri daripada isteri-isteri mereka sepanjang bulan Ramadhan.
Begitula reality sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan kebatinan
yang bergerak dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara
tersembunyi.
Namun apa yang kita dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara dikuasai oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan kelompok Syiah Imamiah Isna 'Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahama Syiah Imamiah Isna 'Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah di bumi Syria yang mulia.
Mungkin disana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali al-Sobuni serta para ulama' yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan wajib menentang kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa kebarangkalian besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar tenteranya Hizbullah untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap kelompok Sunni.
Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam di Iran secararevolusioner ada agenda yang tersendiri. Bahkan beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah sebuah "kebangkitan Islam" النهضة الإسلامية di akhir zaman.
Wallahu a'lam
Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM
[1] Kamus Lisanul Arab karangan ibn Manzur
[2] Kitab al-Milal wal Nihal karangan Imam al-Syahrastani : m/s 146
[3]Khawarij adalah firqah yang
pertama keluar daripada Islam pada tahun 36 Hijrah selepas peristiwa
peperangan Siffin antara Saidina Ali bin Abi Thalib dengan Saidina
Mu’awiah.
[4]Peristiwa
ini terjadi pada 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala, Iraq. Setiap tahun
mereka akan mengadakan perayaan bagi memperingati kematiannya dengan
memukul-mukul anggota tubuh dengan benda tajam.
[5]Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi Yaman. Dikenali ketika itu dengan panggilan Ibn Sauda’.
[6] Kitab Mujmal ‘Aqaiedul Syiah karangan Syeikh Mamduh al-Harabi : ms 12
[7] Kitab al-Farqu bainal Firaq karangan Syeikh Abdul Qahir al-Baghdadi : m/s 25
[8]Disisi pendapat jumhur ulama’ mengatakan mereka dikalangan yang mu’tadil.
[9] Kitab Mujmal Aqa’ied al-Syiah karangan Syeikh Mamduh al-Harabi : m/s 173
[10]Akan disebut pegangan Syiah Ghulah dihadapan nanti.
[11] Kitab Al-Syiah bainal I’tidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 51
[12]Maksum : Allah
taala menjaga seseorang yang mukallaf (Nabi-nabi dan malaikat) daripada
melakukan dosa dan mustahil akan berlaku perbuatan dosa tersebut. Rujuk
:Tuhfatul Murid ‘ala Jauharah Tauhid karangan Syeikh Ibrahim Baijuri m/s 315 .
[13]Lahir
pada 256 Hirah. Pengikut Imamiah percaya beliau tidak mati dan akan
diturun menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman menolong Nabi Isa menegakkan
kalimah Allah taala.
[14]Beliau
lahir pada tahun 80 Hijrah dan syahid pada 122 Hijrah.Beliau seorang
yang soleh, cerdik, kuat ingatan, berani, amanah, pakar dalam
agama.Mempunyai sebuah kitab al-Majmu’ al-Kabir fil Fiqh wal Hadith.
[15]Kitab Mausu’ah al-Muyassarah fil Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Mu’asarah (WAMY)
[16] Kitab al-Syiah bainal I’tidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 191
[17]Takwilyang
dimaksudkan adalah mengubah setiap makna asal daripada lafaz-lafaz
Al-Quran dan Hadith dengan makna yang tidak sah dan tidak sesuai
ditanggung akan maknanya.
[18]Dr. Anwar Hamid Isa menyebut beliau adalah seorang pemeluk agama Majusi. Dia pernah berkata :“Sesungguhnya Sang Pencipta telah menciptakan seorang manusia, lalu mereka berdua bergandingan bahu menjadi pentadbir alam”.Ini
samalah dengan aqidah yang dipegang Majusi bahawa Azdan (Tuhan Cahaya)
telah menciptakan Ahraman (Tuhan Kegelapan) lalu bergandingan mentadbir
alam sejagat.
[19]Dalam kitab al-Fahrasat ibn Nadim ada
menyatakan bahawa beliau adalah seorang lelaki yang mempunyai
keintelektualan tinggi (ahli falsafah), sangat mahir dalam bidang ilmu
astronomi dan amat memusuhi Daulah Islamiah ketika itu.
[20]Disebut
oleh Imam Abdul Qahir al-Baghdadi, mereka adalah satu kumpulan yang
beragama Majusi. Mereka cuba menyelewengkan intipati ajaran Islam dengan
menta’wilkan Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. supaya selari dengan agama
mereka melalui cara kebatinan.
[21]Beliau wafat pada tahun 270 Hijrah ketika zaman Imam Hassan al-Askari (imam ke-11 Syiah).
[22]Kitab al-Bidayah wal Nihayah karangan Imam ibn Kathir : jilid 14 m/s 73
[23] Kitab al-Syiah bainal Mu’tadil wal Ghuluw karangan Dr. Muhammad Anwar Hamid isa : m/s 243
[24]Kitab al-Harakat al-Batinah fil Islam karangan Dr. Mustafa Ghalib : m/s 289
Tiada ulasan:
Catat Ulasan