'Saya telah berusaha, kini doa dan berserah'
Muhammad Faizal, | 24 Jul 2013 |
BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof hari ini membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Che Long yang mengundi di saluran dua tiba di Pusat Pengundian pada jam 7.54 pagi dengan diiringi oleh pimpinan PAS peringkat pusat dan juga negeri.
Che Long yang merupakan individu pertama mengundi di sekolah sebaik sahaja Pusat Pengundian dibuka pada jam 8 pagi.
Jelasnya ketika ditemui, walaupun tempoh kempen PRK sudah berlangsung selama 12 hari berakhir tepat jam 12 tengah malam semalam, namun perasaan gementar itu tetap ada apatah lagi beliau mengundi sebagai seorang calon.
"Syukur saya sudah pun menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi, memang sedikit gementar kerana sebelum ini saya mengundi sebagai orang biasa tapi kali ini tidak kerana saya mengundi sebagai calon," jelasnya.
Menurutnya lagi, sepanjang tempoh berkempen yang berakhir semalam, beliau amat berpuashati dengan respon yang diberikan oleh penduduk di Dun Kuala Besut.
"Sepanjang kempen yang berakhir semalam, saya amat berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh pengundi.
"Saya telah berusaha sebaik yang mungkin untuk bertemu seramai mungkin pengundi dan selebihnya saya berserah kepada Allah.
"Saya yakin melihat kepada sambutan PAS mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kerusi Dun Kuala Besut, walau macam mana sekali pun kita kena berserah kepada Allah," sambung beliau lagi.
Isteri beliau, Che Zabiyah Muhammad juga mengundi di tempat yang sama.
Che Long dan isterinya sempat bertemu dengan pengundi dan juga akan mengunjungi ke semua pusat pengundi bagi bertemu pengundi-pengundi.
Sehingga jam 9 pagi, jumlah yang keluar mengundi amat mengalakkan bagi semua saluran, kebanyakkan pengundi mengambil peluang untuk mengundi di awal pagi bagi mengelakkan cuaca panas di sebelah petang.
Suasana harmoni ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong dalam mereka meraih undi walaupun kedudukan mereka hanya bersebelahan.
Suasana harmoni, perayu pamer sikap profesional
Hazayani Zakaria dan Salmiyah Harun, | 24 Jul 2013 |
(Perayu undi dari Muslimat PAS dan wanita Umno hanya berdiri sebelah menyebelah)
BESUT: Puasa dengan cuaca panas terik tidak menghalang pengundi keluar membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut.
Jentera PAS dan BN turut meneruskan tugas merayu undi pada saat akhir dengan berdiri di sepanjang jalan berhampiran pusat-pusat mengundi.
Tinjauan Harakahdaily di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri kira-kira jam 10 pagi mendapati warga emas dan golongan pertengahan mendominasi pusat pengundian.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan sibuk membawa warga emas dari pintu masuk sekolah ke pusat pembuang undi menggunakan kerusi roda.
Suasana di luar sekolah pula terkawal walaupun perayu undi kedua-dua parti sibuk menarik perhatian orang ramai dengan pelbagai cara.
Apa yang menarik kali ini, jentera kedua-dua parti tidak ada masalah berdiri dalam jarak yang dekat.
Malah ada muslimat PAS meminta Puteri Umno merakamkan gambar mereka dan sebaliknya juga berlaku.
Pendek kata, suasana harmoni dengan kedua-dua parti mempromosikan calon masing-masing.
Polis trafik mengawal keadaan lalu-lintas afar tidak berlaku kesesakan.
Unit Peti Undi (UPU) Bukit Puteri merupakan antara peti undi yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan sebelum ini.
Bagaimanapun, keadaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu iaitu tempat calon PAS membuang undi agak riuh dengan perang mulut kedua-dua jentera parti yang berdiri di bahu jalan.
(Warga Tionghua turut merayu undi memegang poster calon PAS, Che Long)
(Muslimat PAS berdiri sepanjang jalan merayu undi untuk Che Long)
Mangsa ISA jadi Menteri Dalam Negeri
Subky Latif, | 24 Jul 2013 |
Mat Sabu itu orang politik. Orang politik boleh jadi mangsa tahanan politik hari ini dan boleh jadi menteri yang memerintah polis yang menahannya menahan orang lain pula esoknya.
Apapun Mat Sabu hanya pernah ditahan polis di bawah ISA sekurang-kurangnya dua kali tetapi belum dapat jadi menteri yang ada kuasa untuk menahan orang lain.
Yang ada seperti yang Mat Sabu kata itu ialah Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, jawatan yang Mat Sabu ingin sangat kalau dia berkuasa.
Ingat tidak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis selepas dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu. Masa Anwar ditahan itu Datuk Zahid melepaskan dirinya keluar negeri. Bila dia pulang, dia ditahan polis di bawah ISA bersama beberapa orang lagi termasuk Menteri Besar Perak sekarang.
Tidak diketahui apa polis buat terhadapnya semasa dia ditahan untuk siasatan itu? Tetapi layanan yang diterimanya dipercayai tidak sama dengan penahanan yang dikenakan kepada Ibrahim Ali, Tajuddin Abdul Rahman dan Fahmi Ibrahim semasa Operasi Lallang dulu. Mereka ditahan bagi menunjukkan penyokong kerajaan iaitu Umno yang ekstrimis pun ditahan juga. Rasanya mereka tidak kena apa yang tahanan ISA lain kena. Selepas beberapa minggu ketiga-tiga pemimpin Pemuda Umno dibebaskan.
Zahid walaupun Ketua Pemuda Umno masa dia ditahan di bawah ISA itu tidak dikira orang yang kerajaan percaya pada itu. Bukan orang Dr Mahathir percaya.
Maka layanan tentu tidak sama dengan Ibrahim Ali dan Tajuddin terima. Tidak diketahui apa yang dibuat polis terhadapnya. Tetapi ada orang kena tahan bersamanya masa itu merasa terhina kerana dia ditelanjangkan yang boleh dilihat oleh sesiapa yang ada di situ.
Adakah Zahid disuruh lucut pakaiannya oleh polis seperti orang itu alami? Kalau orang itu alami hal itu, maka tentulah yang lain-lain termasuk Zahid kena buang baju dan seluar juga. Tentulah dijadikan sama macam bayi yang baru lahir tanpa seurat benang pun ditubuhnya.
Kalau bayi telanjang bulat elok rupanya dan tak geli dilihat. Kalau Zahid jadi macam itu, tak tahulah huduhnya. Siapalah yang sanggup melihatnya?
Kita tidak tahu apa yang terjadi padanya. Kita hanya bayang bahawa mangsa ISA boleh jadi macam-macam di hadapan polis.
Semua penyokong Anwar yang ditahan masa itu dibebaskan tanpa syarat tidak lama kemudian.
Dan kira-kira 15 tahun kemudian, lepas PRU 13 Zahid ditukarkan daripada Menteri Pertahanan menjadi Menteri Dalam Negeri. Kalau ISA ada lagi, maka Zahid berkuasa mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk menahan dan membebaskan seseorang di bawah ISA.
Moga-moga dia dapat mengendalikan kementeriannya dengan adil dan saksama sesuai dengan pengalamannya yang sekejap jadi mangsa ISA dan betapa pahitnya menjadi orang terkurung.
Kita tidak tahu apakah Zahid dapat jumpa polis yang menahannya dulu dan bersembang dengan polis-polis yang melayannya semasa kena tahan dulu. Pertemuan itu bukan untuk buat apa-apa tetapi sekadar mengenang secara sanntai hal-hal yang sama-sama mereka alami dulu.
Itulah politik. Dulu polis perintah dia. Sekarang dia pula perintah polis. Polis boleh buat apa-apa kepadanya semasa dia kena ISA dulu, dan dia sekarang boleh suruh polis yang melayannya dulu buat apa-apa pula.
Air mata Anak-Anak Palestin
Kemilau Publika, | 24 Jul 2013 |
Air mata Anak-Anak Palestin
oleh Zainudin Hashim
Harga: RM20.00/RM23.00
ISBN:978-967-361-089-1
Tarikh Terbit: Ogos 2013
Jumlah Muka Surat: 282
___Sinopsis_________________________________________________
Di dalam penjara Israel, kanak-kanak Palestin mengalami pelbagai bentuk penyeksaan dan kekerasan termasuklah gangguan seksual, perkosaan, dipaksa minum air mendidih, dipukul dengan kabel elekrik, dilumpuhkan kaki mereka serta banyak lagi seksaan keji yang tidak berperikemanusiaan. Rejim Israel memang sengaja menangkap kanak-kanak Palestin untuk merosakkan masa depan mereka.
Kanak-kanak Palestin telah diperkenalkan dengan huruf A untuk Apple (buah epal), huruf B untuk Ball (bola) dan huruf F untuk Flower (bunga). Namun, kini ianya ditukar, A menjadi Apache (helikopter tempur pembunuh), huruf B menjadi Blood (darah), huruf C menjadi kata Coffin (keranda), huruf D menjadi Destruction (kehancuran), huruf F menjadi kata Fear (takut) Flee (berlarian) dan Fire (api).
Buku ini cuba memaparkan kisah menyayat hati mengenai penderitaan fizikal dan psikologi kanak-kanak Palestin. Tujuannya ialah untuk sama-sama kita merasai penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak Palestin, agar tumbuh rasa simpati terhadap saudara seiman dan seagama. Juga supaya kita dapat mensyukuri kurniaan dan nikmat Allah yang memberikan kita kehidupan bebas dan merdeka, tanpa ada penindasan.
Penderitaan kanak-kanak Palestin juga adalah penderitaan orang Islam di seluruh penjuru dunia. Butir-butir air mata mereka juga adalah titisan air mata umat Islam di muka bumi ini.
“Belum disebut beriman, manusia yang tidak mencintai sesama orang Islam, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” [HR Imam Tarmizi no. 3625]
Info lanjut sila layari http://www.kemilau.net.my/
Ikhwan: Jadilah manusia dibunuh, bukan membunuh
Abdul Malik, | 24 Jul 2013 |
(Puluhan
samseng upahan mengejar dan membelasah seorang penyokong Morsi yang
mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah semalam)
MESIR: Selain penyokong Mursi di dataran Nahdhah, Giza yang diserang menjelang Subuh semalam, terdapat perarakan penyokong Mursi dalam perjalanan pulang ke dataran Raba'ah, mereka juga diserang oleh pegawai tinggi polis ketika melalui Balai Polis Qism Awwal, Madinah Nasr.
Perarakan ini baru pulang dari perkumpulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Ketika melalui balai polis berkenaan menuju ke dataran Raba'ah, mereka dikejutkan dengan tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh pegawai polis yang menyebabkan beberapa orang cedera dan terdapat peserta himpunan yang ditangkap.
Satu lagi lokasi himpunan utama penyokong Mursi di dataran Nahdhah, Giza turut diserang oleh polis dengan bantuan militia samseng dan kumpulan "Black Block" yang menyebabkan dua orang telah terkorban. Beberapa buah kenderaan milik penyokong Mursi juga turut dibakar.
(Lelaki dengan pistol di tangan dipercayai perusuh upahan polis Mesir mengheret salah seorang penyokong Morsi)
Meskipun perarakan dan himpunan mereka aman tanpa membawa senjata, tetapi mereka tetap berhadapan provokasi dari pihak keselamatan terutama polis. Apakah tujuan mereka?
Matlamat mereka hanya satu iaitu bagi memberikan tekanan kepada penyokong Mursi khasnya Ikhwan Muslimin. Mereka mengharapkan tindakan provokasi mereka ini akan menyebabkan Ikhwan melenting dan mengisytiharkan jihad lalu mengangkat senjata. Perangkap ini bagi mengenakan tindakan yang lebih agresif kepada Ikhwan dan ketika itu lebih ramai rakyat yang akan dibunuh.
Kerana itu, Ikhwan bijak dan tidak mudah diperangkap. Awal-awal lagi mereka memperkenalkan slogan "Jadilah hamba Allah yang dibunuh, bukan hamba Allah yang membunuh."
Che Long memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.
BESUT: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long tiba di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Beliau yang ditemani isteri, Che Zabiah Mohamad bersalaman dengan para pengundi dan petugas SPR yang telah berada di situ.
Che Long seterusnya memasuki tempat mengundi sebaik ia dibuka jam 8.00 pagi dan rupakan orang pertama membuang undi menerusi saluran 2.
Sementara itu, jalan utama di Kuala Besut mengalami kesesakan agak teruk pagi ini.
Dengan cuaca pagi ini yang cerah membolehkan para pengundi keluar awal terutama dari kalangan kaum wanita.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
Che Long menyantuni pengundi warga emas di SK Kampung Baharu.
Che Zabiah (tengah) bermesra dengan pengundi wanita di SK Kampung Baharu.
SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum meninggal dunia awal pagi tadi.
Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Menurut Zed Zaidi, arwah meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati.
“Arwah meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.
“Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur, “ katanya.
Umi Kalsom, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).
Allahyarham Umi, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita” di seluruh Singapura dan Malaya.
Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.
Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.
Sementara itu, dipetik menerusi Mstar Online, anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.
"Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.

Che Long tiba di pusat mengundi jam 7.30 pagi
Harakahdaily, | 24 Jul 2013 |
Che Long memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.
BESUT: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long tiba di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Beliau yang ditemani isteri, Che Zabiah Mohamad bersalaman dengan para pengundi dan petugas SPR yang telah berada di situ.
Che Long seterusnya memasuki tempat mengundi sebaik ia dibuka jam 8.00 pagi dan rupakan orang pertama membuang undi menerusi saluran 2.
Sementara itu, jalan utama di Kuala Besut mengalami kesesakan agak teruk pagi ini.
Dengan cuaca pagi ini yang cerah membolehkan para pengundi keluar awal terutama dari kalangan kaum wanita.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
Che Long menyantuni pengundi warga emas di SK Kampung Baharu.
Che Zabiah (tengah) bermesra dengan pengundi wanita di SK Kampung Baharu.
Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia
Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Menurut Zed Zaidi, arwah meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati.
“Arwah meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.
“Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur, “ katanya.
Umi Kalsom, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).
Allahyarham Umi, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita” di seluruh Singapura dan Malaya.
Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.
Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.
Sementara itu, dipetik menerusi Mstar Online, anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.
"Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan