Ahad, 28 Julai 2013

ADAKAH KES2 JENAYAH DAH MENJADI GAWAT

SPRM siasat satu lagi kes mirip NFC?
2:34PM Jul 28 2013
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam kes yang mirip kepada skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Kes ini melibatkan satu projek pembekal makanan yang tidak menjadi, sedangkan dana lebih RM30 juta telah dikeluarkan.

NONEKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kanan)
mengesahkan perkara itu sedang disiasat tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Bagaimanapun, Abu Kassim tidak menafikan siasatan ini merupakan rentetan daripada satu kes yang menarik perhatian orang ramai sebelum ini.

Difahamkan bahawa SPRM sedang menyiasat pihak pengurusan anak syarikat tersebut kerana disyaki telah menipu GLC tersebut dan pihak bank.

Pada tahun 2011, laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahaw projek NFC yang diberikan dana RM250 juta untuk menyediakan bekalan daging lembu berakhir dengan masalah.

Sejak tahun lepas, SPRM telah menyiasat dan mendakwa beberapa tokoh korporat terkemuka, termasuk bekas ketua pegawai eksekutif  Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality, Datuk Tan Han Kook dan bekas ketua pegawai  operasinya, Ching Siew Cheong.
Bekas IGP kait tembakan di Jempol dengan pendedahan Sanjeevan
8:43AM Jul 28 2013
Percubaan membunuh pengerusi NGO anti-jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan mungkin ada  kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menulis dalan Twitter, beliau berharap pihak polis akan melakukan siasatan menyeluruh untuk mengesan suspeknya kerana Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman ekoran pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti sindiket jenayah dan aktiviti haram.

NONEMenurut akhbar TheStar, Sanjeevan ditembak pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam di Jempol, Negeri Sembilan.

Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil tetapi kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah.
Astro Awani melaporkan bahawa Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu di simpang berhampiran Taman Cempaka.

Menurut laporan itu lagi, Sanajeevan sedang merokok dan menurunkan cermin kereta apabila dua lelaki bermotosikal merah datang dari belakang.

Pemboncengnya, menurut laporan itu, kemudian mengeluarkan pistol dan menemba Sanjeevan. Dia cedera di dada kanannya tetapi tak pasti berapa banyak tembakan dilepaskan.
Sanjeevan mendapat perhatian umum akhir tahun lepas apabila beliau menganjurkan siri sidang akhbar bersama dengan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan.

Antara lain, Musa mendakwa terdapat pegawai polis berpangkat tinggi yang ada kaitan dengan sindiket jenayah.

Berikutan ini, Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman bunuh dan telah diserang di Kuala Lumpur pada bulan April.
IGP janji siasatan terperinci kes pengerusi MyWatch ditembak
1:30PM Jul 28 2013
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berjanji untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kes pengerusi NGO MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak semalam.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata percubaan membunuh Sanjeevan mungkin ada hubungan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai kaitan anggota polis dengan sindiket jenayah.

Melaui Twitter pagi ini, Khalid berkata beliau memberi jaminan kepada keluarga dan orang ramai bahawa siasatan akan dijalankan secara terperinci dan akan mengkaji semua aspek termasuk mereka dakwaan Sanjeevan itu.
Dalam tweet yang lain, Khalid juga memberi jaminan bahawa Bukit Aman akan memantau siasatan tersebut dan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah akan "mengawasi sendiri" siasatan tersebut.

Menurut akhbar TheStar, Sanjeevan ditembak pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam di Jempol, Negeri Sembilan.

Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil tetapi kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah.
Astro Awani melaporkan bahawa Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu, di simpang berhampiran Taman Cempaka.
Menurut laporan itu lagi, Sanajeevan sedang merokok dan menurunkan cermin depan kereta apabila dua lelaki bermotosikal merah datang dari belakang.

Pemboncengnya, menurut laporan itu, kemudian mengeluarkan pistol dan menemba Sanjeevan. Dia cedera di dada kanannya tetapi tak pasti berapa banyak tembakan dilepaskan.
Sanjeevan mendapat perhatian umum akhir tahun lepas apabila beliau menganjurkan siri sidang akhbar bersama dengan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan.

Antara lain, Musa mendakwa terdapat pegawai polis berpangkat tinggi yang ada kaitan dengan sindiket jenayah.

Berikutan ini, Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman bunuh dan telah diserang di Kuala Lumpur pada bulan April.
Jakim pantau gerakan Syiah dengan kerjasama jabatan agama negeri
1:24PM Jul 28 2013
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih memantau pergerakan Syiah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri memandangkan jumlah pengikut fahaman itu berbeza mengikut negeri.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata setakat ini tiada bilangan spesifik pengikut fahaman itu memandangkan jumlahnya meningkat setiap hari.
  
"Jabatan Agama Islam Negeri juga menjalankan pemantauan bagi membantu kita (Jakim) mengesan kelompok mana yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas di Kota Bharu malam tadi.
  
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan fahaman Syiah di negara ini tanpa mengira status atau fahaman politik mereka.
  
Jamil Khir dilaporkan berkata apabila bercakap tentang Syiah, anggotanya amat sukar dikesan kerana golongan itu selalunya menyembunyikan identiti dan sering berbohong bagi mengelakkan diri mereka dikesan menganuti fahaman itu.

Sementara itu, di majlis itu, 36 orang Asli telah diIslamkan dengan mengucap dua kalimah syahadah.
  
Othman berkata Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf bagi seluruh negara.

"Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan bagi membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan pengurusan saudara muslim serta kebajikan mereka, " katanya,
   
Beliau berkata Jakim sedang merancang untuk membangunkan satu sistem yang dinamakan e-Mualaf bagi mengumpulkan semua maklumat berkaitan saudara muslim dalam satu capaian mudah untuk diakses.
  
Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Pengerusi Islamik Outreach Kelantan Datuk Dr Abdul Razak Kechik.

- Bernama
JAWI nafi akan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula
9:12PM Jul 27 2013
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
  
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
  
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di ibunegara hari ini.
  
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
  
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa JAWI berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
  
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
  
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
  
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
    
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan.

- Bernama
Isu kantin, NUTP minta guru bertindak profesional

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa para guru bertindak secara profesional dalam menangani murid sebuah sekolah rendah yang ibu bapa yang terlibat dalam mendedahkan penggunaan bilik persalinan sebagai kantin.

"Guru-guru yang berkaitan perlu bertindak secara profesional. Jika mereka bertindak secara profesional, maka semua ini tidak akan berlaku," kata Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Lok mengulas Guneswari Kelly yang berkata anak perempuannya menjadi sasaran guru-guru selepas dia mendedahkan isu kantin di SK Seri Pristana di Sungai Buloh.

NONEGuneswari, pada 23 Julai, memuat-naik  gambar-gambar kantin sementara di dalam bilik persalinan, dengan mendakwa murid bukan Islam makan di situ dalam bulan Ramadan.

Bagaimanapun, pihak sekolah itu berkata bilik persalinan itu telah digunakan sebagai sebuah kantin sementara sejak Mac, dengan murid dari semua kaum makan di situ.

Kantin di situ, yang dikatakan sedang diubahsuai, telah dibuka semula, selepas Kementerian Pelajaran campur tangan dalam perkara itu.

Sejak kejadian itu telah dibangkitkan, Guneswari dan guru besar sekolah tersebut, Mohamad Nasir Mohd Nor telah menerima ugutan bunuh dan ugutan culik.
Broker Scorpene: Altantuya tak pernah terlibat dalam perjanjian
1:33PM Jul 27 2013
 Arkitek  perjanjian Scorpene, Jasbir Singh Chahl dilaporkan berkata bahawa wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbuu tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal
selam tersebut atau pernah terlibat dalam kontrak berkenaan.

Dalam satu temu bual di New Straits Times hari ini, Jasbir berkata apa juga hubungan Altantuya dengan penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, seorang tokoh utama dalam perjanjian itu, adalah perkara peribadi.

Altantuya, yang dikatakan menjadi jurubahasa Perancis kepada Abdul Razak, ditemui mati ditembak dan diletupkan pada Oktober 2006 dengan bahan letupan C4 di Shah Alam.

Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, yang ditugas sebagai pengawal peribadi Timbalan Perdana Menteri itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Wanita itu didakwa telah mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran AS$500,000 daripada hasil perjanjian Scorpene. Abdul Razak, seorang yang rapat dengan Najib, telah dibebaskan daripada terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Jasbir berhujah bahawa rekod pihak berkuasa Perancis menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah masuk ke Perancis antara tahun 1999 dan 2006.

"Ini bukan saya yang kata, anda faham. Ini adalah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa berkenaan di Perancis," Jasbir dipetik berkata.

Katanya lagi, beliau juga tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan hanya mendapat tahu tentang Altantuya selepas membaca tentang kematian wanita itu dalam akhbar.

Beliau juga menafikan bahawa RM452 juta yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd hasil daripada perjanjian itu, adalah rasuah.

Jasbir berkata pembayaran itu adalah untuk pelbagai perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat itu, yang antara lain termasuk pengurusan projek dan perkhidmatan integrasi dan penyelarasan kerja-kerja untuk memastikan ia memenuhi jangkaan kerajaan Malaysia.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd dan KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak.

Suaram telah memfailkan kes di Perancis terhadap syarikat Perancis, DCNS atas dakwaan rasuah dan siasatan masih berterusan di Paris.

Tiada ulasan: