Cuepacs: Bonus Aidilfitri satu keperluan
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kadar bonus raya yang dicadangkan kongres pada 9 Julai lalu adalah berpatutan dan hanya melibatkan kenaikan setengah bulan sahaja berbanding yang diberikan kerajaan pada tahun lepas.
“Tahun lepas kerajaan sudah beri dua bulan bonus, jadi kami harap tahun ini dapat diberikan sedikit kenaikan kepada penjawat awam memandangkan harga barangan keperluan semakin naik, sekali gus dapat meringankan beban mereka khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan golongan pesara.
“Hal itu bukan saja berita gembira buat penjawat awam ini bahkan akan beri sedikit keceriaan kepada peniaga di luar sana yang kita dapati kurang dapat sambutan penjawat awam yang masih menunggu bayaran bonus itu,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubunginya, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang mengatakan kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.
Omar berharap kerajaan dapat merealisasikan pemberian bonus Aidilfitri itu sepuluh hari atau seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya, bulan depan.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peniaga barangan keperluan hari raya supaya tidak mengambil kesempatan jika penjawat awam bila penjawat awam diberikan bonus raya nanti.
Sebaliknya golongan peniaga patut berterima kasih kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka melariskan barangan jualan mereka yang kini masih suram daripada pengunjung baik di pasaraya mahupun bazar Ramadan.
Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Penjarakan orang hina agama Islam
Presidennya, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, sudah terlalu banyak kes orang menghina Islam secara terbuka terutamanya di internet, namun kerana tiada tindakan tegas akhirnya ia diulangi individu lain.
“Kami cadangkan hukuman penjara ini diberikan mengikut tahap penghinaan seperti menghina Nabi Muhammad SAW hendaklah dihukum penjara dengan lebih lama iaitu lebih daripada enam bulan.
“Jika mengambil contoh di negara Arab seperti Mesir, mereka menjatuhkan hukuman mati kepada rakyat mereka yang menghina Rasulullah dan ini menjelaskan, menghina Islam dan rasul adalah satu jenayah berat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan perlu memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa kebebasan bersuara di negara ini ada batasnya terutama melibatkan agama.
Katanya, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan misalnya dalam konteks menimbulkan kebencian seperti menghina agama.
“Penjelasan secara berterusan perlu diberikan supaya isu menghina agama tidak berlaku lagi di masa depan, jika tidak, agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi negara seperti tidak bermaruah lagi.
“Selain memberi kefahaman kerajaan seharusnya memberi pengajaran untuk generasi akan datang dengan menguatkuasakan undang-undang dan bukannya dengan hanya menerima permohonan maaf,” katanya.
Harga siling ayam diumum 1 Ogos
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (PPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Salleh berkata, harga siling bagi ayam akan diumumkan pada pelancaran skim tawaran harga pada 1 Ogos ini.
“Buat masa ini, harga ayam ditentukan oleh pembekal dan peniaga, selepas tarikh itu, mereka tidak lagi boleh meletak harga melebihi harga siling. Peniaga tidak patuh dikenakan tindakan,” katanya.
Menurutnya, sebelum tarikh itu, harga ayam dijual berdasarkan kepada harga pasaran dan peniaga bebas meletakkan harga bersesuaian mengikut permintaan dan penawaran ayam.
“Pengguna jangan keliru, harga siling untuk ayam hanya dibuat ketika musim perayaan. Ia berbeza dengan harga siling barangan kawalan seperti minyak masak, tepung dan gula,” katanya.
Mohd Sakri berkata, penguatkuasaan tetap berjalan namun fokus diberi kepada tanda harga dan harga mengelirukan di semua pasar seluruh Kedah.
“Sejak 6 Julai lalu, sembilan peniaga barangan basah dikenakan kompaun kerana gagal pamer tanda harga dan meletakkan tanda harga mengelirukan,” katanya.
Mohd Sakri berkata, pihaknya turut pantau tanda harga di setiap bazar Ramadan di negeri ini dan nasihat awal diberikan sebelum mengenakan kompaun.
Hina agama: Orang muda mahu kerajaan bertegas
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan mesti bertindak segera membendung perkara itu kerana membahayakan kestabilan dan perpaduan negara.
"Perlu ada tindakan melalui hukuman sekatan. Ini adalah kesan negatif langit terbuka yang wajib dikawal," katanya.
Selain itu, kata Nik Abduh, mereka yang terbabit juga perlu diberi pendidikan moral yang sempurna untuk insaf.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula berkata, agenda perpaduan nasional yang diusahakan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melihat semua aspek secara mendalam yang berkaitan dengan pemahaman dan menghormati adat, budaya dan agama.
"Menghormati dan memahami agama yang ada di Malaysia perlu didedahkan di peringkat awal. Jika tidak, mereka akan mempersendakannya seperti yang dibuat pasangan itu," kata Ahli Parlimen Kepala Batas itu.
Exco Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin berkata, kerajaan tidak harus berlembut dan defensif dalam menangani individu yang hina agama lain kerana perbuatan itu sangat merbahaya.
"Ini bukan pertama kali dan boleh berlaku lagi jika kerajaan ambil mudah," katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengimplementasikan undang-undang yang ada dan jangan ambil mudah selepas mereka yang terbabit minta maaf.
"Orang bukan Islam dengan mudah mempermainkan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.
Syahrin berkata, tanpa tindakan tegas, dibimbangi akan mencetuskan kemarahan umat Islam yang mungkin akan bertindak luar jangkaan.
Isteri Orang Ditemui Berpelukan Dalam Keadaan Bogel
Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.
Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.
Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.
“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.
“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya - Informasi Dot My
‘Saya mengaku tak puasa’
“Maaf tuan, saya mengaku tak puasa. Saya bawa lori, saya tak larat sebab itulah saya tidak berpuasa hari ini (semalam),” kata pemandu berkenaan yang ditahan Jaij dalam Operasi Mengesan Kaki Ponteng Puasa semalam.
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, operasi yang dilakukan itu menumpukan kawasan perindustrian dan kilang di daerah ini.
Turut diberi tumpuan adalah pemandu lori yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan di mana segelintirnya memberi alasan untuk berehat, tetapi sebaliknya menikmati juadah yang mereka beli di siang hari.
“Dalam operasi kali ini, pemandu lori berkenaan dengan tanpa segan silu merokok di khalayak awam sambil membersihkan bahagian hadapan kenderaan yang dipandunya.
“Kami memerhatikan sahaja pemadu lori berkenaan dari jauh sebelum menyerbunya. Dia agak terkejut dengan kehadiran kami kerana tidak menyedari gerak-gerinya diperhatikan.
“Sebaik ditahan, pemandu berkenaan memberikan pelbagai alasan termasuklah terlalu letih dan memandu dengan jarak yang agak jauh dari Johor Bahru,” katanya kepada Sinar Harian semalam
Menurut Saiful, operasi berkenaan akan dilakukan secara berterusan dengan menumpukan beberapa lagi kawasan industri selain membuat pemantauan di beberapa kawasan di mana orang ramai membuat aduan sebagai ‘port’ ponteng puasa.
Katanya, tidak ketinggalan beberapa restoran dan juga kedai makan yang didakwa sebagai tempat untuk mereka yang tidak berpuasa melepaskan hajat mereka itu.
“Bagi mereka yang ditahan kerana tidak berpuasa, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.
“Jika didapati bersalah, mereka yang ditahan ini akan dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM1,000 dan juga boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya
Terkedu 'diberi salam'
Empat daripada jumlah keseluruhan yang ditahan dalam Operasi Mengesan Kaki Ponteng Puasa itu adalah kakitangan kerajaan yang dicekup berhampiran Dataran Penggaram, di sini.
Mereka kelihatan terkedu dan tergamam apabila disapa anggota dan pegawai penguatkuasa ketika sedang menikmati hidangan dibeli.
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, dalam operasi yang dilakukan bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu telah berjaya menahan 10 individu hasil risikan di beberapa port ponteng puasa.
Menurutnya, kaki ponteng berkenaan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri, namun perbuatan mereka yang makan, minum dan merokok di khalayak awam tetap merupakan satu kesalahan.
“Selain itu, pihak kami juga berjaya mengesan beberapa kawasan yang dijadikan tempat untuk pekerja kilang dan industri makan dan minum.
“Kesempatan waktu rehat ini digunakan oleh pekerja itu untuk makan dan minum tanpa menghiraukan orang sekeliling seterusnya tidak menghormati bulan Ramadan.
“Ada di antara mereka yang cuba melarikan diri setelah melihat kami dan ada yang terus menikmati makanan yang mereka beli tanpa rasa bersalah” katanya, di sini, semalam.
Saiful Ariffin berkata, kesemua 10 lelaki terbabit diberikan notis untuk hadir siasatan di pejabat Jaij Batu Pahat sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
"Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 15 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor iaitu kerana tidak menghormati Ramadan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
“Dalam operasi ini juga beberapa kedai makanan segera turut dipantau kerana terdapat aduan bahawa orang Islam dibenarkan makan di premis berkenaan.
“Operasi mengesan kaki ponteng puasa akan diteruskan bagi memantau aktiviti tersebut di seluruh daerah sama ada mengikut aduan orang ramai atau risikan Jaij sendiri,” katanya.
Isteri ditangkap khalwat
Ketika ditahan kira-kira jam 1.20 pagi oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang, anak kedua wanita terbabit yang berusia lingkungan dua tahun turut berada di rumah berkenaan.
Pada awalnya, pasangan itu cuba menyembunyikan hubungan mereka tetapi akhirnya mengaku mereka adalah pasangan kekasih selepas disoal siasat oleh pihak penguat kuasa.
Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa dalam proses bercerai dengan suaminya selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Tetapi kami sudah berpisah sejak dua tahun lalu kerana tiada persefahaman dan sehingga kini, saya tidak tahu di mana suami berada.
“Ini menyebabkan proses perceraian kami tertangguh begitu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa agama datang memeriksa rumah berkenaan.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar panjang membuka pintu.
“Pihak penguat kuasa hanya menunggu kurang lima minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.
“Selain lelaki yang membuka pintu, pemeriksaan lanjut menemui dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dalam rumah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, wanita berusia 21 tahun yang merupakan adik kepada lelaki terlibat turut ditahan kerana bersubahat.
“Pasangan ini kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Lampias nafsu dalam kereta
Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.
Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.
"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.
"Walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun tindakan sebegini mampu mengundang pelbagai kegiatan jenayah yang lain," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, pihaknya turut menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak berpelesiran di sekitar kawasan Taman Tasek Kulim dan tempat terselindung terutama pada waktu lewat malam.
Katanya, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan ini akan menyebabkan berlakunya kes lain seperti disamun oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.
“Polis akan menahan sesiapa sahaja untuk pemeriksaan sekiranya berada dalam keadaan mencurigakan. Ini adalah untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak diancam oleh mana-mana pihak.
"Tindakan duduk di dalam kereta berdua-duaan di tempat terselindung boleh mendatangkan pelbagai masalah. Mereka boleh disamun dan kemungkinan terlibat dalam jenayah rogol. Saya menyarankan supaya mereka pergi ke kawasan yang cerah dan mempunyai orang supaya senang meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.
Pengakuan terbuka terima gadis terlanjur
Mariam, bukan nama sebenar, 47, adalah ibu saudara kepada Mira, 20, (bukan nama sebenar) iaitu gadis terjerat cinta teman lelaki yang diperlakukan kejam hingga melahirkan anak tidak sah taraf 19 November lalu.
“Saya menjaganya seperti anak sendiri bersama adik-beradiknya yang lain sebaik mereka keluar dari rumah ibunya (kakak saya) selepas kematian ayah di Perak.
“Biarpun Mira pernah guriskan hati dengan mengatakan saya menderanya sehingga bertindak keluar rumah, namun sempena sambutan Maulidur Rasul ini, saya harap ia membuka lebaran demi kebaikan bersama.
“Saya memahami anak gadis sepertinya yang inginkan kebebasan dan kasih sayang apatah lagi datang dari keluarga yang berpecah,” katanya.
Menurut Mariam, Mira anak ketiga dari lima beradik itu sememangnya bermasalah sejak kecil dan mula hilang arah apabila kematian bapanya ketika berusia 9 tahun.
Dia dipulangkan kepada ibunya yang telah bercerai beberapa tahun sebelum itu.
“Setelah sekian lama dijaga bapanya, kemungkinan tidak ada keserasian bersama ibunya penyebab Mira dan adik-beradik lain memilih untuk tinggal bersama saya, bagaimanapun ia hanya mampu bertahan selama setahun.
“Kami tinggal di rumah yang kecil bersama lima anak saya dan semua mereka berikan tunjuk ajar sebaiknya.
“Namun gelodak perasaan remaja, Mira lari dari rumah dan kemudiannya saya dimaklumkan dia melahirkan seorang bayi. Dia kini ditempatkan di rumah perlindungan dan akan dibebaskan tidak lama lagi,” katanya.
Mariam turut akui memahami perasaan ibu Mira, Hamidah (bukan nama sebenar) yang cuba untuk mendidik anaknya dengan membelanjakan wang simpanan untuk menghantar Mira melanjutkan pelajaran.
“Sebagai ibu, dia sudah lakukan terbaik dan kemungkinan serik akan sikap anak-anak yang telah lama terpisah.
“Saya boleh terima Mira dan anaknya, jika dia benarbenar berubah,” katanya.
Sementara itu, Hamidah turut mengakui belum bersedia memaafkan anaknya namun tidak keberatan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku sebelum ini.
Kisah Mira didera teman lelaki yang memaksa dirinya menggugurkan kandungan dengan menelan pil serta diugut menjual bayi mereka mendapat perhatian ahli keluarga.
“Apabila saya enggan melayan nafsu seksnya, saya akan dipukul, disepak, diterajang, diseret hingga mengakibatkan tubuh badan saya lebam dan berdarah.
“Saya dikurung di rumah ibu bapa (teman lelaki) selama beberapa bulan, biarpun beberapa kali cuba meloloskan diri namun tidak berjaya dan akhirnya diusir ketika sarat mengandung 9 bulan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan