ERTI SOLAT
Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum)
KEDUDUKAN SOLAT DALAM ISLAM
Solat dalam islam adalah menepati kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadat yang lain . Ia merupakan tiang agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengannya. Dalam hal ini Rasulullah r bersabda :
رأس الامر الاسلام ، وعموده
الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.
“Pokok
urusan ialah islam , sedangkan tiangnya ialah
solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”
Disamping
itu solat juga merupakan tiang agama dari semua
amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah
satu amalan yang pertama sekali dihisab . sebagaimana
hadis Rasulullah r
:
أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ
يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ
صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ
سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني)
TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG SOLAT
Kawasan perkuburan.
Gereja dan Candi/Biara.
Tempat-tempat pembuangan kotoran binatang.
Tempat penyembelihan binatang .
Tengah-tengah jalanraya.
Tempat perteduhan binatang .
Tempat pemandian umum.
Atas atap kaabah.
SYARAT-SYARAT SOLAT
- Beragama Islam
- Baligh
- Suci dari hadas
- Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
- Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecualai muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
- Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
- Menghadap kearah kiblat
- Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.
- Niat
- Takbiratul Ihram
- Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
- Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
- Rukuk dengan toma`ninah.
- I`tidal dengan toma`ninah
- Sujud dua kali dengan toma`ninah
- Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
- Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
- Membaca tasyahud akhir
- Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
- Membaca salam yang pertama
- Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.
- Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
- Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
- Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian
- Terbuka auratnya
- Makan minum walaupun hanya sedikit
- Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
- Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan
- Membelakangi kiblat
- Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
- Tertawa terbahak-bahak
- Mendahului imamnya.
- Murtad ( terkeluar dari agama islam).
BERDIRI TEGAK MENGADAP KE ARAH KIBLAT
Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram .
Misalnya solat yang akan di kerjakan subuh , maka niatnya itu solat subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram). Begitulah seterusnya .
NIAT
Lafaz-lafaz
niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut
:
i)
Niat solat subuh
أُصَلِّى
فَرْضَ
الْصُبْحِ
رَكْعَتَيْنِ
أَدَاءً
مَأْمُوْمًا /
إِمَامًا
ِللهِ
تَعَالىَ
“Sahaja
aku sembahyang
fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam
) kerana Allah Taala.”
ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى
فَرْضَ
الْظُهْرِ
أَرْبَعَ
رَكْعَاتٍ
أَدَاءً
مَأْمُوْمًا /
إِمَامًا
ِللهِ
تَعَالىَ
“Sahaja
aku sembahyang
fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana
Allah Taala,
Allahu akbar.”
Allahu akbar.”
iii)
Niat Solat Asar
أُصَلِّى
فَرْضَ الْعَصْرِ
أَرْبَعَ
رَكْعَاتٍ
أَدَاءً
مَأْمُوْمًا
/ إِمَامًا
ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja
aku sembahyang
fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam)
kerana Allah Taala.”
iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى
فَرْضَ الْمَغْرِبِ
ثَلاَثَ
رَكْعَاتٍ
أَدَاءً
مَأْمُوْمًا
/ إِمَامًا
ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja
aku sembahyang
fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam)
kerana Allah taala,
Allah Akbar.”
Allah Akbar.”
v)
Niat Solat Isya`
أُصَلِّى
فَرْضَ الْعِشَاءِ
أَرْبَعَ
رَكْعَاتٍ
أَدَاءً
مَأْمُوْمًا
/ إِمَامًا
ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja
aku sembahyang
fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana
Allah taala ,
Allah Akbar”.
Allah Akbar”.
TAKBIRATUL
IHRAM
Selepas kita berdiri
tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah
kita sekarang melakukan takbir, yakni dengan mengangkat kedua
tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak
rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan
dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil
mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang
disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan
hati . Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya
tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm
gambarajah).
Takbir permulaan ini di namakan TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir untuk perpindahan dari satu gerakan ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat sujud).
Takbir permulaan ini di namakan TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir untuk perpindahan dari satu gerakan ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat sujud).
TANGAN
BERSEDAKAP
Selepas kita melakukan
takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan,
iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri,
antara pergelangan tangan kiri . Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan).
BACAAN
DOA IFTITAH
اَلله
أَكََْبَر
كَبِيْرًا
وَالحَمْدُلِلَّهِ
كَثِيْرًا
وَسُبْحَانَ
الله بُكْرَةً
وَأَصِيْلاً
. إِنِّي وَجَّهْتُ
وَجْهِيَ
لِلَّذِيْ
فَطَرَ السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضَ
حَنِيْفًا
مُسْلِمًا
وَمَا أَنَا
مِنَ المُشْرِكِيْن
. إِنَّ صَلاَتِي
وَنُسُكِيْ
وَمَحْيَايَ
وَمَمَاتِي
لِلَّهِ
رَبِّ العَالَمِيْن
لاَ شَرِيْكَ
لَهُ وَبِذَلِكَ
أُمِرْتُ
وَأَنَا
مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah
maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji
bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci
Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya
aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan
langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah
diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan
musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku ,
hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam
. Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah
dan kau ini adalah golongan orang Islam.”MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Selepas membaca doa Iftitah diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah, iaitu :
بِسْمِ
اللّهِ
الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ
( 1 )
الْحَمْدُ
للّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ
( 2 ) الرَّحْمنِ
الرَّحِيمِ
( 3 )
مَلِكِ
يَوْمِ
الدِّينِ
( 4 )
إِيَّاكَ
نَعْبُدُ
وإِيَّاكَ
نَسْتَعِينُ
( 5 )
اهدِنَا
الصِّرَاطَ
المُستَقِيمَ
( 6 )
صِرَاطَ
الَّذِينَ
أَنعَمتَ
عَلَيهِمْ
غَيرِ المَغضُوبِ
عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّينَ
( 7 )
|
MEMBACA
SURAH-SURAH YANG PENDEK
Selepas membaca surah al-fatihah, di teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang . Adapun surah –surah yang dibaca sesudah al-fatihah itu ialah antara lain :
|
I'TIDAL
Sesudah
selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal
iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat
kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari
terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya
membaca TASMI’ iaitu
سَمِعَ
اللهُ لِمَنْ
حَمِدَه
Ketika
berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan
ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca :
رَبَّنَا
وَلَكَ
الْحَمْدُ
SUJUD
Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal : ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.
Hendakhlah
membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali
tasbih yang berikut :
سُبْحَانَ رَبِّيَ
اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
DUDUK
ANTARA 2 SUJUD
Setelah
sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan
takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian
terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan
duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk
yang lain lagi.
Ketika
duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di
atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut
seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud
ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak
kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan
ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki
mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).
Ketika
duduk seperti ini kita membaca :-
رَبِ
ّاِغْفِرْلِيِِْ
وَارْحَمْنِيْ
وَارْفَعْنِيْ
وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
“Ya
Allah ! ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku
, dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku
dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku
petunjuk dan sejahterakanlah aku dan berilah
keampunan padaku..” وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
SUJUD KEDUA
Setelah kita duduk antara dua sujud , kita sujud yang kedua kalinya seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “ALLAHUAKBAR” membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama.
Sampai pada sujud kedua ini , kita telah mendapat satu rakaat .
Jadi yang disebut satu rakaat ini terdiri dari :
- Berdiri dengan tangan bersedekap di dada.
- Rukuk.
- I'tidal
- Sujud
- Duduk di antara dua sujud, dan
- Sujud Kedua
DUDUK TASYAHHUD AWAL
Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaatnya tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini telapak kaki kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan.
Disebut
tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada
dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat
kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU,
yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis
, iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.
التَّحِيَّاتُ
الْمُبَارَكَاتُ
الصَّلَوَاتُ
الطَّيِّبَاتُ
ِللهِ ،
السَّلاَمُ
عَلَيْكَ
أَيُّهَا
النَّبِيُّ
وَرَحْمَةُ
اللهِ
وَبَرَكاَتُهُ
السَّلاَمُ
عَلَيْنَا
وَعَلَى
عِبَادِ
اللهِ
الصَّالِحِيْنَ
. أَشْهَدُ
أَنْ لاَ
إِلَهَ
إِلاَّ الله
وَأَشْهَدُ
أَنَّ
مُحَمَّدًا
رَسُوْلُ
الله.
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّد
TASYAHHUD AKHIR
Tasyahhud
akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan)
. Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat
yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat
ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak
dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.
Ketika
duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan
di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah
kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan .
Adapun
bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti
berikut :
التَّحِيَّاتُ
الْمُبَارَكَاتُ
الصَّلَوَاتُ
الطَّيِّبَاتُ
ِللهِ ،
السَّلاَمُ
عَلَيْكَ
أَيُّهَا
النَّبِيُّ
وَرَحْمَةُ
اللهِ
وَبَرَكاَتُهُ
السَّلاَمُ
عَلَيْنَا
وَعَلَى
عِبَادِ
اللهِ
الصَّالِحِيْنَ
. أَشْهَدُ
أَنْ لاَ
إِلَهَ
إِلاَّ الله
وَأَشْهَدُ
أَنَّ
مُحَمَّدًا
رَسُوْلُ
الله.
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّد
وعلى آلِ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّد
كَمَا
صَلَّبْتَ
عَلَى
سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
وَبَارِكْ
عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدَنَا
مُحَمَّدٍ
كَمَا
بَارَكْتَ
عَلَى
سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
فِيْ
الْعَالَمِيْنَ
إِنَّكَ
حَمِيْدٌ
مَجِيْد
Selepas itu disambung
dengan membaca doa di bawah ini:
اَلْلَّهُمَّ
إِنِّيْ
أَعُوْذُبِكَ
مِنْ عَذَابِ
جَهَنَّمَ
وَمِنْ
عَذَابِ
القَبْرِ
وَمِنْ
فِتْنَةِ
المَحْيَا
وَالمَمَاتِ
وَمِنْ شَرِّ
فِتْنَةِ
المَسِيْحِ
الدَجَّالِ.
يَا
مُقَلِّبَ
الْقُلُوْبِ
ثَبِّتْ
قُلُوْبَنَا
عَلَى
دِيْنِكَ
وَعَلَى
طَاعَتِكَ .
SALAM
Setelah selesai membaca
tahiyyat akhir, kemudian kita memberi salam ,
iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga
ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang
sambil mengucapkan kata salam, iaitu :
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ
الله
Selanjutnya di susuli
dengan salam kedua iaitu menoleh ke kiri, sehingga
pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari arah
belakang sampai mengucapkan salam:
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ
الله
DOA
QUNUT
Sekiranya kita melakukan
solat SUBUH maka ianya disunatkan membaca
doa qunut selepas bangkit dari ruku` pada rakaat
yang kedua.
اللَّهُمَّ
اهْدِنِي
فِيْمَنْ
هَدَيْتَ
، وَعَاْفِنِي
فِيْمَنْ
عَافَيْتَ
، وَتَوَلَّنِيْ
فِيْمَنْ
تَوَلَّيْتَ
، وَبَارِكْ
لِي فِيْمَا
أَعْطَيْتَ
، وَقِنِي
شَرَّ مَا
قَضَيْتَ
، فَإِنَّكَ
تَقْضِيْ
وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ
، فَإِنَّهُ
لاَ يَذِلُّ
مَنْ وَالَيْتَ
، وَلاَ يَعِزُّ
مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ
رَبَّناَ
وَتعَالَيْتَ
, فَلَكَ الْحَمْدُ
وَلَكَ الشُّكْرُ
عَلَى مَا
قَضَيْتَ
, فَنَسْتَغْفِرُكَ
وَنَتُوْبُ
إِلَيْكَ
, وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan