Jumaat, 26 Julai 2013

MALAS JADI KOTOR SATU HAL...BAGAIMANA JIKA MALAS SOLAT...MALAS NAK TAAT PERINTAH ALLAH NI JUGA AKAN MEMPUNYAI KESAN...SUDAH TENTU MUSIBAH.

Lebih 8 tahun jadi MB kini baru sedar
Posted on Thursday, July 25 @ 17:45:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Baru tahu sektor pelancongan di Negeri Sembilan ini tak terurus?

Dah 3 penggal jadi Menteri Besar sejak lebih 8 tahun yang lalu pergi melancong mana? Walau apa pun “Better late than never”.

3 jam yang mengejutkan MB
25 Julai 2013


Tempoh tiga jam yang diambil Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika meluangkan masa bersama ahli keluarga pada hujung minggu lalu ke beberapa kawasan termasuk destinasi pelancongan berakhir dengan kejutan.

Apa tidaknya, dalam tempoh tersebut Mohamad nyata kesal apabila lokasi persinggahannya tidak seperti yang dijangka terutamanya selepas menyaksikan kemudahan awam yang tidak terurus, tandas rosak, rumput tidak dipotong malah akar dilihat melilit tiang elektrik dan telekomunikasi.

"Kenapa tidak diurus. Ada yang panggil kawasan peranginan tetapi tidak seperti yang disebut. Rumput tepi jalan panjang, tiang elektrik dan telefon diselaputi akar sampai menjalar naik ke wayar," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Kata Mohamad, beliau turut singgah di kawasan tandas awam yang langsung tidak boleh diguna pakai.

"Pintunya rosak dan memang tidak boleh digunakan orang ramai. Kenapa tidak diselenggarakan. Kalau kita tidak ada kemudahan baharu, tidak semestinya kemudahan lama tidak boleh diuruskan," ujarnya.

"Saya cukup kesal kerana perkara ini patut dilihat oleh pegawai daerah mahupun ketua jabatan. Ini pun perlukan pemerhatian daripada Menteri Besar. Takkanlah sampai Menteri Besar turun melihat, kemudian membangkitkannya, baru hendak bertindak," tegasnya.

"Saya baru pergi dua tempat dan belum tempat lain lagi. Dalam masa tiga jam bawa anak-anak berjalan di kawasan pelancongan, saya amat kecewa. Tidak ada apa yang hendak saya banggakan dalam soal ini," katanya.

utusan.com.my
"


 [SEDIH] Status Facebook Terakhir Bakal Guru: Petanda Sebelum Ajal
Posted on Friday, July 26 @ 01:22:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hijabulcrewz

"

Sila klik pada gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas. Berita kemalangan maut seorang bakal guru, Safwan Shaari yang menuntut di sebuah institusi perguruan di utara tanah air telah hangat menggemparkan alam maya.

Lebih menyentuh perasaan apabila, diberitahu bahawa status facebooknya yang terakhir seolah-olah beliau sudah mengetahui petanda ajalnya semakin dekat. Kemalangan maut yang berlaku di Jalan Raya Grik ini membabitkan kereta mangsa dan sebuah lori trelar. Arwah dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Buit-buit puitis yang beliau nukilkan di facebooknya sudah cukup untuk menginsafkan kita yang masih lagi diberi peluang pinjaman oleh Allah untuk beribadat serta bertaubat kepada-Nya. Kematiannya dalam bulan ramadhan, pada hari khamis, dalam keadaan berpuasa & dalam perjalanan pulang untuk menatap kedua ibu bapanya. InsyaAllah, syurga menanti beliau. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amien.

Lagi sambungan artikel di: http://hijabulcrewz.blogspot.com"


 Adakah semakin ramai rakyat Malaysia yang pengotor dan pemalas?
Posted on Friday, July 26 @ 15:17:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: rozmal

"

Penyakit kencing tikus meningkat kepada 3,695 kes tahun 2012
26 Julai 2013 - Bilangan kes penyakit kencing tikus atau leptospirosis menunjukkan peningkatan daripada 1,976 kes pada tahun 2010 kepada 3,695 kes pada tahun 2012.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong yang bertanyakan bilang kes penyakit kencing tikus yang dikesan di negara ini serta langkah-langkah menangani kejadian penyakit berkenaan.




 Realisasikan Kelab Roket sebagai alternatif bermain mercun
Posted on Friday, July 26 @ 15:16:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: rozmal

"
Sekiranya Kelab Roket dapat direalisasikan di peringkat sekolah, mungkin ianya akan dapat mendidik para pelajar langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil apabila mengendalikan bahan mudah bakar disamping dapat menyalurkan daya kreativiti mereka ke arah yang bermanafaat seperti mencipta roket angkasa lepas, mini satelit dan sebagainya.


'Saintis cilik' terima 14 jahitan
26 Julai 2013

KOTA BHARU - Tindakan seorang 'saintis cilik' tidak bertauliah yang cuba membuat bunga api sendiri mengundang padah apabila bahan uji kajinya itu tiba-tiba meletup mengakibatkan muka, badan dan kakinya cedera.

Kejadian pukul 4 petang kelmarin di Kampung Padang Embun, Tendong, Pasir Mas berlaku apabila pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Mohd. Nor Hakim Mohd. Nawi, 11, cuba memanaskan botol yang diisi belerang dan pasir menggunakan surat khabar sebelum botol itu meletup menyebabkan serpihan kaca mengenainya.


 Bunuh diri di bulan Ramadan? Kenapa ini berlaku?
Posted on Friday, July 26 @ 15:16:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: rozmal

"Ketika kita membicarakan begitu banyak ajaran sesat di Malaysia, kita terlepas pandang di Malaysia terdapat 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan 20 peratus penduduk negara ini hadapi masalah kesihatan mental.

Suami cemburu ditemui mati tergantung
26 Julai 2013

JELI - Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin.

Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka.

Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti.


 Berhati-hati memandu di kawasan sunyi
Posted on Friday, July 26 @ 15:14:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"
Anggota Polis Lepas Tembakan Cuba Disamun
26 Julai 2013 BENTONG: Seorang anggota polis melepaskan tembakan setelah beliau dan anak perempuannya cuba disamun dua lelaki bersenjata parang di simpang Lurah Bilut di sini petang Khamis.


Dalam kejadian 4.10 petang itu, kereta yang dinaiki bersama anak perempuannya berusia 17 tahun dihalang dua suspek terbabit.

Anggota yang bertugas di Balai Polis Lurah Bilut itu, Kpl Awang Man Jaya, 40-an, sedang memandu kereta Proton Iswara dari Bandar Bentong untuk pulang ke rumahnya di Berek Polis Lurah Bilut.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor, tiba di simpang Lurah Bilut, Mempaga, kereta yang dipandu anggota polis itu secara tiba-tiba dihalang sebuah kereta Mercedez Benz.

"Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang kemudiannya bertindak mengacu parang ke arah anak mangsa, namun mangsa bertindak melepaskan tembakan pistolnya ke arah suspek," katanya kepada Bernama di sini Khamis.




 Semakin kreatif dan bertransformasi penjenayah di Malaysia
Posted on Friday, July 26 @ 15:14:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"
Empat lelaki bersenjata guna lori simen rompak kedai emas
26 Julai 2013 . Empat lelaki bersenjatakan pistol menjadikan lori simen sebagai 'alat' untuk mengaburi perbuatan mereka merompak sebuah kedai emas di Jalan PJS 2/16A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam.


 
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, tiga daripada lelaki itu melarikan tujuh dulang emas bernilai kira-kira RM300,000 daripada rak pameran.

Beliau berkata, rompakan itu yang mengambil masa beberapa minit, tidak disedari orang ramai kerana perompak meletakkan lori simen di hadapan kedai emas itu.

Arjunaidi berkata, dua penjenayah itu dapat melarikan diri menggunakan motosikal manakala dua lagi menaiki lori simen itu.


 Laporan polis atas talian, Pejabat Agama bila lagi?
Posted on Friday, July 26 @ 15:14:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"
PDRM akan mengadakan laporan secara atas talian untuk kemudahan orangramai. Pejabat Agama Islam negeri-negeri bila pula nak mulakan sistem laporan atau aduan atas talian atau kaunseling atas talian untuk kemudahan umat Islam yang dibelenggu pelbagai masalah dari segi akidah, kes khalwat, kesempitan hidup, ajaran sesat dan sebagainya?


Buat laporan polis atas talian mulai September
26 Julai 2013
 
Seremban: Laporan polis secara atas talian (online) melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis dijangka mula dilaksanakan akhir September ini. Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata ini diikuti pelaksanaan sistem semakan laporan polis secara online di seluruh negara menjelang akhir tahun.


 Melaka bakal kesunyiian......
Posted on Friday, July 26 @ 15:13:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tokpepijat



Sekonyong-konyong Ketua Menteri  Melaka Idris Haron mengikut jejak langkah mantan KM Ali Rustam membuat tindakan yang primitif dan mundur.



 Jika dahulu sebelum Ali Rustam tewas dalam PRU 13, beliau keluarkan larangan kepada kakitangan kerajaan negeri supaya tidak ada program kerajaan negeri melawat Kelantan. Larangan itu berkuatkuasa sebaik sahaja Ali menjawat jawatan Ketua Menteri.

Kini penggantinya Idris pula ikut langkahnya yang "bodoh dan jumud".

Setelah "menyerang" DAP melalui Jonker Walk kini Idris menghalakan pistol airnya kearah saudara seagamanya dari Syria,Palestin dan Mesir.

Alasan Idris bahawa imam-imam datang ke Malaysia sebulan untuk solat Tarawih kerana lari dari negara mereka adalah tidak munasabah.

Mereka datang kerana diundang dan dijemput. Kedatangan mereka juga atas jemputan rakyat Malaysia yang ingin mendengar dari mulut mereka sendiri tentang penderitaan rakyat di sana.

NGO Malaysia yang prihatin menjemput mereka untuk mengutip sumbangan .Bukan mereka datang untuk meminta-minta.

Mereka dijemput bukan mengada-ngada untuk datang.

Mengapa KM Idri begitu "benci dan juak" dengan mereka? Adakah kerana baru mendapat pingat dari Kelab Zionis, Lion Club tanda terima kasih hingga sanggup "menghalau" saudara seagama ?

Adakah Idris mahu "menghalau" mereka kerana imam dan penceramah ini tidak boleh memberikan undi sepertimana warga Nepal,Bangladesh dan Mynmar?

Elok tahun depan, Idris ke Palestin sampaikan ceramah tentang kebaikan UMNO dan menjadi imam tarawih di Masjid Gaza.

Tentulah Idris dengan bangganya berceramah kepada penduduk Gaza betapa Melaka sekarang maju dan makmur dengan bertambahnya pusat hiburan,kedai judi dan kedai arak berselerak di Melaka.

Melaka bakal kesunyian suara-suara Sang Imam Hafiz dari Palestin,Syria dan Mesir dan bakal riuh rendah suara nyanyian mabuk dari Kelab Malam dan Kelab Dangdut seluruh Melaka.

Barangkali ini impian Idris sepanjang jadi KM !

Melaka bakal kesunyiian...... "

 Isu Bertanding Ratu Cantik....Larangan Yang Berpilih
Posted on Friday, July 26 @ 15:12:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: Iqbal

"Isu ini sudah beberapa hari berlalu. Namun bahangnya masih terasa. Pelbagai komentar baik yang pro mahu pun yang kontra masih berterbangan di ruang maya. Yang pro kepada hukuman lebih suka kepada terjahan yang keras dan mengkritik tentang kejahilan sicalon peserta. Dipihak yang pro @ simpati kepada calon tentunya mempersoalkan larangan itu.
Sebagai orang Islam kita memahami akan perintah ALLAH tentang aurat. Malah memperlihatkan rambut wanita itu juga adalah dilarang dalam Islam. Tetapi aurat (rambut) wanita dimalaysia kelihatan seolah-olah tidak dihiraukan. Ini kerana pembesar2 wanita dan isteri-isteri pembesar sendiri anti kepada larangan menutup aurat rambut. Seandainya mereka ini semuanya mematuhi perintah agama ,tentunya tidak sukar untuk kita mentarbiahkan orang-orang awam.
kalau dah rambut tak bioleh ditunjukkan kepada khalayak, apatah lagi anggota lain dari leher sampai kekaki. Kalau lihat rambut sudah boleh membangkit nafsu dan syahwat apatah lagi kita kita memandang leher...dada....apa tah lagi bahagian diantara dua paha. Sesungguhnya  anggota wanita keseluruhannya adalah untuk para suami. Orang lain tak boleh berkongsi memandangnya.
Memang tepat larangan itu dikuatkuasakan. Sepatutnya dari dulu dikuatkuasakan.
Namun larangan ini jelas berpilih-pilih. Pertandingan ratu cantik dapat kita bayangkan keadaan pakaian para pesertanya. 
Bagamana pula peserta wanita Islam dalam acara gimnastik ? Rasanya pakaian mereka jauh memberahikan. Gerakan-gerakan mereka TIDAK SYAK LAGI membangkitkan syahwat siapa yang melihatnya. Apa tidak gerakan-gerakan mereka ada yang terkangkang luas....ada yang terkoyak lebar...dada menonjol kedepan....alat sulit antara dua kelangkang depan dilihat dengan jelas bentuknya. 
MANA DIA FATWA MELARANG PENYERTAAN GADIS ISLAM DALAM ACARA INI ?
ATAS NAMA SUKAN KAH MAKA MUFTI2 KEJAMKAN MATA MEREKA?

Tiada ulasan: