‘Kalau rakyat Besut minta sungai pasti lulus’
Muhammad Faizal, | 20 Jul 2013 |
Tuan Ibrahim dalam kempen ceramahnya juga mempertikaikan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih lagi mengamalkan budaya lama dengan menyogok pelbagai projek pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.
"BN kalau setiap kali pilihanraya semua jenis projek mereka janjikan, kalau rakyat Kuala Besut minta kerajaan buat sungai pun akan lulus.
"Tapi sekadar lulus la buat tu belum tentu, ini lah yang berlaku dan BN masih lagi mempermainkan penduduk di sini dengan janji kosong.
"Sampai bila BN hendak menipu rakyat, permainkan perasaan rakyat dengan janji pilihanraya yang belum pasti ditunaikan," jelasnya pada ceramah di Kampung Baharu berhampiran Kem Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Menurut beliau lagi, rakyat perlu sedar dengan janji-janji pilihanraya yang dikatakan oleh BN.
Katanya, BN hanya inginkan undi sedangkan janji pembangunan itu belum pasti akan dilaksanakan jika mereka memenangi pilihanraya.
"Janji nak bina flat di Pulau Perhentian untuk rakyat sebanyak 200 unit dengan nilai RM33 juta.
"Harga seunit lebih kurang RM600 ribu, siapa nak beli rumah semahal itu, rakyat akan terus terpinggir dan yang mendapat untuk adalah kroni Umno yang dapat projek, akhirnya flat tersebut jadi hotel," sambungnya lagi.
Beliau menggesa agar rakyat membuat perubahan baru bagi memastikan hak mereka terpelihara dan tidak mahu rakyat di Pulau Perhentian terus terpinggir kerana pembangunan yang tidak dirancang dengan sempurna.
Menurutnya lagi, di Terengganu terdapat pelbagai projek yang mempunyai nilai berjuta-juta ringgit, namun terlalu banyak penyelewengan dalam projek tersebut tetapi perkara itu tidak dapat dihalang kerana tiada pihak yang berani untuk menegurnya.
"Siapa berani nak tegur Menteri Besar dalam projek yang penuh dengan kepincangan serta penyelewengan.
"Tetapi jika rakyat memilih PAS pada 24 Julai nanti, perkara ini akan dapat diatasi kerana keseimbangan kerusi yang menyebabkan kerajaan perlu akur kepada teguran atau bantahan dari PAS," kata beliau lagi.
Pengundian PRK Dun Kuala Besut akan berlangsung pada 24 Julai nanti, manakala pengundian awal pula pada hari ini, 20 Julai di Kem TUDM.
PAS tidak melihat masalah pelajari Titas
Harakahdaily, | 20 Jul 2013 |
Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim berkata Titas yang sudah bertahun dilaksanakan di IPTA tidak pernah menjadi polemik di kalangan bukan Islam kerana ia bukanlah subjek pendidikan agama Islam sebagaimana yang digembar-gemburkan atau satu usaha terselindung bagi mengislamkan pelajar bukan Islam.
“PAS tidak melihat sebarang masalah dalam mempelajari Titas. Apa yang diajar melibatkan semua tamadun Asia, sama ada tamadun India, China dan tamadun negara-negara rantau Asia. Semua sejarah tamadun samada Islam, Hindu atau Budha yang merupakan kejayaan sejarah Tamadun lampau perlu diperkenalkan, bagi membentuk kefahaman sebenar terhadap tamadun dan budaya tersebut,” katanya.
Mengetahui asal-usul tamadun-tamadun, ujar Tuan Ibrahim, boleh membantu mengurangkan jurang perbezaan antara masyarakat berbilang agama yang ‘sering dimanipulasikan sehingga timbul prasangka sesuatu agama adalah satu ancaman kepada agama lain’.
Katanya lagi, Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama dan budaya perlu dibina kefahaman yang betul terhadap aspek budaya dan tamadun agama dan negara.
“PAS menolak sebarang usaha untuk mendorongnya ke arah nilai yang negatif. Negara rantau ini pernah diperintah dengan pelbagai bentuk tamadun, dan rakyat dari pelbagai agama dan budaya dapat hidup dengan harmoni adalah catatan sejarah yang sangat berharga, yang perlu diketengahkan kepada generasi kini,” tegasnya.
Kalau kerajaan telah berjaya laksanakan di IPTA, maka PAS yakin ianya perlu dilaksanakan di IPTS agar nilai murni yang berjaya diserap dalam subjek ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar, tambah beliau.
“Bahkan, tindakan kementerian yang tidak mewajibkan lulus subjek ini telah dianggap satu usaha toleransi akademik yang tinggi,” kata Tuan Ibrahim.
Bagi pihak yang bimbang dan menolak Titas menjadi subjek wajib kerana kandungan Titas yang disyaki mereka diubah untuk tujuan politik tertentu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata PAS berjanji akan memastikan ‘sebarang usaha untuk menyeleweng silibus Titas dengan fakta sejarah yang palsu untuk tujuan politik, jika wujud, akan ditentang habis-habisan’.
Tok Guru Nik Aziz ajak calon BN sokong PAS
Aslani M, | 20 Jul 2013 |
BESUT: Kesesakan agak ketara. Jalan utama dari pangkalan TUDM di Gong Kedak menghala ke Bukit Puteri sesak seketika. Kenderaan terpaksa bergerak perlahan-lahan. Ramai yang melalui kawasan itu menjadi aneh.
Waktu itu orang ramai berpusu-pusu di tepi jalan, tidak jauh dari Masjid TUDM. Keadaan sesak tambah ketara selepas jam 12 malam. Kenderaan terpaksa merayap seperti semut, terutamanya yang menghala ke Kuala Besut.
Rupa-rupanya orang ramai menghadiri ceramah perdana disampaikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadapan Surau Haji Husain orang ramai menyendak mengisi setiap ruang pentas utama.
Di sebelahnya megah kelihatan Masjid TUDM dengan limpahan cahaya hanya dipisahkan dengan pagar tinggi.
Gerai-gerai jualan mengisi ruang di sepanjang lorong menghala ke Surah Haji Husain dengan pelbagai aneka produk, makanan dan minuman disediakan.
Anggota-anggota tentera yang mendiami kuanters bertingkat bersebelahan masjid mungkin dapat meneliti setiap isu dilontar bekas pegawai kanan tentera, Kol (B) Nazari Mokhtar. Hadir sama bekas pegawai kanan TUDM, Mejar (B) Yusoff Ali dan anggota Kerabat Rangkaian Kebajikan Bekas Anggota Tentera (Kerabat).
Pangkalan TUDM itu menyumbang kira-kira 1,200 pengundi pos yang akan mengundi awal esok.
Namun Nazari dan Yusoff yakin pengundi kalangan anggota TUDM lebih bersifat terbuka kerana mampu menilai dengan hati terbuka setiap isu yang berlaku.
“Anggota tentera semasa berkhidmat memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan. Namun selepas mereka berpencen ramai terpaksa hidup dalam keadaan susah.
“Ada yang terpaksa bekerja sebagai jaga, memandu kereta sewa, memotong rumput dan pelbagai lagi bagi menyara kehidupan keluarga. Sedangkan semasa berkhidmat mereka menyumbang bagi mengisi dana Tabung Lembaga Angkatan Tentera,” kata Nazari pada ceramah tersebut.
Menurutnya pada 2010 aset dalam tabung berkenaan bernilai RM59.3 bilion.
Nazari juga meluahkan rasa kesal apabila kerajaan gagal mematuhi ketetapan Peraturan Majlis Angkatan Tentera 1973 yang mengkehendaki kerajaan menganugerahkan tanah seluas 2.5 ekar kepada anggota tentera selepas mereka bersara.
“Perintah dalam Majlis Angkatan Tentera diluluskan parlimen dan ditandatangani Yang di-Pertuan Agong, namun malangnya kerajaan tidak melaksanakan arahan itu.
“Hanya kerajaan di era pemerintahan lampau yang menganugerahkan tanah di Felda Sungai Koyan 1,2 dan 3 kepada bekas-bekas anggota tentera. Sedangkan tanah yang dibangunkan Felda terdapat kira-kira 800,000 ekar di seluruh negara,” tambahnya.
Menurutnya setidak-tidaknya sebahagian daripada jumlah keluasan itu boleh menempatkan kira-kira 40,000 bekas anggota tentera di tanah berkenaan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula melahirkan rasa hairan apa salah PAS dan Pakatan Rakyat sehingga dinafikan hak untuk bercakap di media milik kerajaan.
“Sepanjang saya menjadi Menteri Besar Kelantan tidak pernah diberi ruang oleh RTM untuk bercakap. Malah hendak hadir pada program di sekolah milik Jabatan Pelajaran pun tidak dibenarkan,” katanya.
Oleh itu bagi membetulkan semula keadaan itu, beliau mengajak calon BN Dun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman turut memberi sokongan kepada calon PAS.
1Negara 1Harga: Akujanji BN PRU13 tinggal janji
Khairil Abdul Rahim, | 20 Jul 2013 |
TEMERLOH: Kerajaan diminta meneliti semula dan memberi komitmen penuh melunaskan 17 akujanji BN yang diikrarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebulan menjelang pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.
Antara lain, Najib membentangkan manifesto BN itu berjanji untuk ‘menangani kos sara hidup’ untuk rakyat di samping memperkenalkan ‘Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas’.
Malangnya, janji-janji tersebut masih jauh daripada ditepati sekali gus terus memeritkan hidup rakyat terutama yang bergantung hidup dengan hasil komoditi pertanian.
Seorang pekebun kecil, Ahmad Mohd Yaman, 62, berkata harga getah pada masa ini hanya sekitar RM2.50 sekilogram dan harga tersebut tidak naik sejak hampir setahun.
“Dengan harga serendah itu sudah tentulah sangat memeritkan kehidupan pekebun kecil seperti kami yang bergantung sumber pendapatan dengan kebun getah. Apa lagi bagi yang memotong getah orang lain atau perdua.
“Ini disebabkan harga barangan keperluan harian yang melonjak naik sejak selepas PRU dulu, apatah lagi menjelang musim perayaan ini.
“Jika keadaan berterusan begini dan kerajaan tidak berbuat sesuatu, pendapatan kami akan terus merosot dan kami akan mengalami kesulitan untuk meneruskan kehidupan,” keluhnya.
Tambah Ahmad, belaiu percaya antara sebab orang kampung seperti beliau dan warga Felda yang rata-rata orang Melayu, mengundi BN pada PRU dulu ialah janji untuk membela nasib mereka dengan menangani kos sara hidup.
“Jika kerajaan benar-benar mendahulukan rakyat apa salahnya diwujudkan subsidi harga kepada pekebun atau paling tidak menurunkan harga barang keperluan. Sebab jika tidak kebanyakan pekebun akan terjerumus ke lembah kemiskinan kerana harga barang keperluan telah melambung sejak sekian lama dan tidak pernah turun”, katanya.
Selain daripada pekebun-pekebun kecil getah yang berada dalam kesulitan, pekebun yang bergantung dengan tanaman sawit juga turut terjejas teruk.
Seorang lepasan siswazah yang memilih kerjaya sebagai pengusaha sawit, Yusof Harun, 34, berkata harga setan sawit pada masa ini sekitar RM450 dan tidak naik sejak kira-kira setahun. (Gambar atas)
Katanya dengan kos baja, racun, pengangkutan yang meningkat pada masa ini, seorang pekebun sepertinya hanya beroleh pendapatan sekitar RM100 sebulan bagi se tan hasil sawit setelah ditolak kos buruh.
“Itulah sebabnya sekarang ini kerjaya dalam bidang pertanian tidak mendapat sambutan di kalangan belia kerana tidak menjamin masa depan. Saya pernah dengar dulu dasar kerajaan yang menggalakkan pertanian sebagai suatu perniagaan, tetapi kerajaan sendiri kurang komitmen,” ujarnya.
Bagi Yusof, harga yang sesuai untuk se tan sawit sekarang ialah sekitar RM600 hingga RM800 berdasarkan kos input pertanian yang tinggi, barulah petani boleh menarik nafas lega sedikit.
Yusof mahu kerajaan melihat permasalahan ini dengan serius apatah lagi sudah termaktub dalam Manifesto BN. Kerana jika terus dibiarkan kadar pengangguran boleh meningkat terutama di tanah-tanah rancangan Felda dan di kampung-kampung.
“Bila pengangguran meningkat dibimbangi gejala sosial seperti kecurian akan terus menjadi-jadi. Sebab itu saya katakan perkara ini serius dan kerajaan tidak sepatutnya terus menonton dan membiarkan suasana ini dalam keadaan berpeluk tubuh,” katanya.
Boleh Percaya ke?? Polis tubuh pasukan khas tangani isu pengundi hantu
Posted on Friday, July 19 @ 20:32:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Sumber Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan pasukan khas bagi menangani isu 'pengundi hantu' serta penahanan bas penyokong sekiranya berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pada 24 Julai.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, meskipun belum ada insiden sedemikian dilaporkan, namun pihaknya bersedia menangani isu tersebut melalui pasukan khas berkenaan.
"Kita ada pasukan khas yang akan menangani isu tersebut dan jika insiden seperti itu berlaku tindakan segera akan dikenakan," katanya dalam sidang media di Kuala Besut hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata polis bersedia menambah jumlah anggota polis sepanjang proses PRK itu berlangsung, namun ia bergantung kepada keperluan.
"Kita mempunyai kekuatan anggota yang cukup dan bersedia hadapi apa jua yang bakal berlaku dalam pilihan raya ini dan jika tidak mencukupi kita akan tambah bagi melicinkan proses pilihan raya.
"Lazimnya, pada hari pengundian akan berlaku kekecohan dan ketegangan namun kita mempunyai strategi tersendiri untuk menangani ketegangan itu dan akan memastikan proses pengundian berjalan lancar," katanya.
Salleh berkata, sejak hari penamaan calon sehingga kini, penugasan pihak polis berada di tahap terbaik dan terkawal dan berharap ia terus berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Dalam pada itu, katanya polis turut menyiasat tiga laporan sepanjang kempen berlangsung melibatkan kes bakar bendera, ceramah tanpa permit dan laporan yang dibuat Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berhubung kenyataan yang didakwa berbaur hasutan.
Beliau turut mengingatkan penyokong parti yang bertanding agar tidak menimbulkan provokasi sepanjang proses PRK berlangsung dan memohon permit untuk menganjurkan ceramah.
"Orang ramai yang ingin keluar mengundi tidak perlu bimbang untuk menunaikan tanggunjawab itu dan jika terdapat masalah mahupun ancaman, segera hubungi polis untuk diambil tindakan," katanya.
- Bernama
Tok Guru Nik Aziz dilarang solat di Masjid TUDM
Posted on Friday, July 19 @ 20:29:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Sumber HD
BESUT: Hasrat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian.
Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.
Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.
Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan.
Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.
Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.
“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi ceramah di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.
Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid tersebut biar pun pada ada persetujuan diberi.
Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak diadakan majlis berbuka puasa setiap hari sehingga sekarang.
Mereka juga melahirkan rasa hairan sedangkan sebelum ini tidak pernah diadakan majlis berbuka secara besar-besaran setiap hari di kem berkenaan, yang turut terbuka kepada penduduk tempatan.
Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM.
Isu Tabaruk Rambut Rasulullah Dan Baju Rasulullah
Posted on Friday, July 19 @ 20:24:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: kamal_hasan
"Riwayat lain ketika dikatakan pada Ubaidah ra bahwa kami memiliki rambut Rasul saw, maka ia berkata: “Kalau aku memiliki sehelai rambut beliau saw, maka itu lebih berharga bagiku dari dunia dan segala isinya” (Shahih Bukhari hadits no.168). demikianlah mulianya sehelai rambut Nabi saw dimata sahabat, lebih agung dari dunia dan segala isinya.
Para
sahabat seakan akan hampir saling berkelahi saat berdesakan berebutan
air bekas wudhunya Rasulullah saw (Shahih Bukhari Hadits no. 186),
Allah
swt menjelaskan bahwa ketika Ya’qub as dalam keadaan buta, lalu
dilemparkanlah ke wajahnya pakaian Yusuf as, maka iapun melihat,
sebagaimana Allah menceritakannya dalam firman Nya SWT :
“(Berkata
Yusuf as pada kakak kakaknya) PERGILAH KALIAN DENGAN BAJUKU INI, LALU
LEMPARKAN KEWAJAH AYAHKU, MAKA IA AKAN SEMBUH DARI BUTANYA” (QS Yusuf
93), dan pula ayat : “MAKA KETIKA DATANG PADANYA KABAR GEMBIRA ITU, DAN
DILEMPARKAN PADA WAJAHNYA (pakaian Yusuf as) MAKA IA (Ya’qub as) SEMBUH
DARI KEBUTAANNYA” (QS Yusuf 96).
Ini
merupakan dalil Alqur’an, bahwa benda/pakaian orang orang shalih dapat
menjadi perantara kesembuhan dengan izin Allah tentunya, kita bertanya
mengapa Allah sebutkan ayat sedemikian jelasnya?, apa perlunya
menyebutkan sorban yusuf dengan ucapannya : “PERGILAH KALIAN DENGAN
BAJUKU INI, LALU LEMPARKAN KEWAJAH AYAHKU, MAKA IA AKAN SEMBUH DARI
BUTANYA” .
Untuk
apa disebutkan masalah baju yang dilemparkan kewajah ayahnya?, agar
kita memahami bahwa Allah SWT memuliakan benda benda yang pernah
bersentuhan dengan tubuh hamba hamba Nya yang shalih. kita akan lihat
dalil dalil lainnya.
Setelah
Rasul saw wafat maka Asma binti Abubakar shiddiq ra menjadikan baju
beliau saw sebagai pengobatan, bila ada yang sakit maka ia mencelupkan
baju Rasul saw itu di air lalu air itu diminumkan pada yang sakit
(shahih Muslim hadits no.2069).
Rasul
saw sendiri menjadikan air liur orang mukmin sebagai berkah untuk
pengobatan, sebagaimana sabda beliau : “Dengan Nama Allah atas tanah
bumi kami, demi air liur sebagian dari kami, sembuhlah yang sakit pada
kami, dengan izin tuhan kami” (shahih Bukhari hadits no.5413), ucapan
beliau saw : “demi air liur sebagian dari kami” menunjukkan bahwa air
liur orang mukmin dapat menyembuhkan penyakit, dengan izin Allah swt
tentunya, sebagaimana dokter pun dapat menyembuhkan, namun dengan izin
Allah pula tentunya, hadits ini menjelaskan bahwa rasul saw bertabarruk
dengan air liur mukminin bahkan tanah bumi, menunjukkan bahwa pada
hakikatnya seluruh ala mini membawa keberkahan dari Allah swt.
Senario 16-16 untungkan rakyat Terengganu
Posted on Friday, July 19 @ 20:19:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh SH
SHAH ALAM - Pas mendakwa senario 16:16 yang bakal tercipta pada pilihan raya kecil (PRK) di kerusi Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini sebagai peluang untuk membentuk kerajaan negeri yang lebih berimbang.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya keputusan PRK itu berpihak kepada Pas, peranan PR dalam Dun Terengganu akan menjadi lebih besar dalam menentukan dasar dan hala tuju negeri.
"Jika senario itu berlaku, Pas boleh memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus.
"16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat di Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden BN dan Umno akan tergugat jika BN tewas mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Dalam pada itu, beliau yang dipetik berkata Pas mampu menyekat ketidakadilan dan penganiayaan yang dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terhadap kawasan Dun yang tidak berpihak kepada BN.
"Sebelum ini Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pernah berkata kerajaannya tidak memberikan peruntukan perumahan kepada kawasan yang BN tewas.
"Para penyokong BN di Kuala Besut juga disarankan memberikan undi kepada calon Pas supaya Ahmad Said tidak turut menganiaya para penyokong BN yang menyokong mereka di kawasan Dun yang dimenangi pembangkang," katanya.
Malah katanya, tindakan BN yang menyerang teori 16:16 dengan menggambarkan akan wujud sebuah kerajaan tergantung dan tidak stabil sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat walhal perkara itu hanyalah persepsi negatif sahaja.

(R4) Nasihat Untuk Peguam (2) Pendedahan Yang Terpaksa Dilakukan
Posted on Friday, July 19 @ 18:22:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: hishamahmad
"Di Malaysia, antara tugas yang memberi pulangan yang baik dan lumayan ialah memberikan perkhidmatan kepada pihak bank atau institusi kewangan. Ini kerana Bank dan institusi ini menawarkan produk-produk pinjaman yang pelbagai jenis bernilai hingga berjutaan ringgit.
Tugas 1. Berkaitan pinjaman-pinjaman konvensional. Tugasan yang menjadi isu ini ialah melibatkan pinjaman-pinjaman konvensional iaitu hanya terdapat di perbankan konvensional iaitu bukan perbankan Islam/syariah. Institusi seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat, RHB Islamic Bank, Al Rajhi Banking & Investment Corpn (M) Berhad, EONCAP Islamic Bank, CIMB Islamic Bank, Affin Islamic Bank, AmIslamic Bank Berhad adalah antara 100% bank-bank Islam, bermakna tiada produk Riba ditawarkan.
Sebagaimana lawan kepada bank-bank Islam ini ialah apa yang disebut bank-bank konvensional iaitu lazimnya tiada penggunaan perkataan Islam, Syariah, Muamalat atau perkataan seperti ke’arab’an. Di Malaysia, perbankan konvensional ada juga menyediakan produk syariah (bukan Riba).
Oleh itu, penentuannya bukanlah bank mana atau bank apa, tetapi produk apa yang anda langgan? Jika ia pinjaman konvensional ia adalah Riba. Produk konvensional ini lazimnya merujuk kepada pelbagai jenis pinjaman di bank-bank dan insitutusi kewangan konvensional.
Tak kisahlah apa nama pinjaman yang berikan dan untuk apa tujuan ia diberikan, lazimnya terdapat peruntukan faedah dan kesannya seseorang akan membayar lebih daripada apa yang dipinjamnya.
Tugas peguam adalah termasuklah :
Sebagai saksi formal dan penting dalam suatu dokumentasi perjanjian pinjaman Riba.
Peguam menjadi saksi kepada peminjam dan saksi kepada wakil kuasa pihak bank
Menandatangani perjanjian pinjaman sebagai saksi peguam dan saksi kepada penyempurnaan perjanjian.
Peguam juga adalah orang yang merangka atau menyediakan perjanjian pinjaman dan jika ia perjanjian standard, peguam tetap mempunyai tangggungjawab memastikan kesahan terma-terma perjanjian tersebut di sisi undang-undang. Merangka, mendraf sehingga menghasilkan perjanjian pinjaman adalah lazimnya dalam kes-kes pinjaman besar atau bagi kes-kes pinjaman yang tidak dipakai dokumen standard dan sebagainya. Disinilah kemahiran guaman seseorang peguam lebih diperlukan untuk menjadikan perjanjian dihasilkan kuat dan selamat bagi lazimnya kepentingan pemberi pinjam.
Peguam juga akan memberikan penerangan dan penjelasan maksud terma-terma pada perjanjian pinjaman itu khususnya kepada peminjam.
Peguam juga memastikan segala dokumen dan syarat bagi pinjaman disempurnakan dan dalam keadaan teratur (tiada kesalahan). Urusan-urusan sampingan telah dibuat seperti mengstemkan, menghantar untuk penilaian dan sehinggalah didaftarkan pindahmilik dan lain-lain prosedur dipenuhi seperti semak status kebankrapan, semakan tanah, semakan syarikat, surat menyurat dan jika ada cagaran, maka pastikan gadaian sempurna didaftarkan dan lain-lain.
Tugas peguam daripada menerima arahan sehingga memberi nasihat kepada bank agar wang pinjaman dapat dikeluarkan oleh bank kepada peminjamNasihat atau sebenarnya pemberitahuan ini ialah melalui surat bertulis memaklumkan kepada pihak pemberi pinjam (bank) bahawa segala dokumen berkaitan kes pinjaman tersebut adalah teratur dan adalah selamat untuk pihak bank mengeluarkan wang pinjaman untuk diberikan kepada peminjam atau bagi manfaat peminjam Nasihat peguam ini sebenarnya diberi dengan harga tinggi iaitu akujanji untuk menggantirugi bank/pemberi pinjam jika berlaku kecuaian atau kesalahan pada pihak peguam yang menyebabkan kerugian kepada pihak bank
Tidak dinafikan inilah fungsi penting peguam iaitu untuk pastikan dokumen perjanjian pinjaman Riba, jaminan pinjaman Riba dan kepentingan bank Riba terpelihara, terjamin dan selamat. Kekalkan akujanji dan nasihat undang-undang (berjaminan insuran berjuta ringgit). Atas nasihat itu bank Riba melepaskan wang pinjaman Riba kepada peminjam Riba.
Tanpa nasihat peguam ini, pastilah wang pinjaman Riba tidak akan dilepaskan. Alangkah hebatnya profesion peguam! Daripadanya, peminjam akan membayar wang upahan dipanggil ’legal fees’ atas perkhidmatan profesionalnya. Itulah antara kepentingan tugas peguam. Itulah peraturan yang ditetapkan. Itulah amalan biasa perbankan dan sistem undang-undang kita
Tugas 2:-
Tugasan Tuntutan Undang-Undang. Satu lagi bentuk kerja peguam membabitkan unsur Riba tapi bukan melibatkan penyediaan dokumen pinjaman ialah tuntutan undang-undang. Tugasan tuntutan sivil yang banyak dilakukan ialah mewakili institusi perbankan dan kewangan, syarikat-syarikat, pertubuhan-pertubuhan dan sebagainya. Tuntutan oleh pihak bank kepada peminjam atau pelanggan adalah melibatkan keingkaran pada pelbagai jenis pinjaman atau kemudahan sama ada bergadaian (bercagar) atau tidak.
Apabila berlaku keingkaran peminjam dalam pembayaran balik berlakulah kemungkiran pada perjanjian pinjaman Riba. Maka pihak peguam akan diberi arahan tugasan untuk mengambil tindakan undang-undang bermula dengan notis, saman di mahkamah atau lelongan hartanah yang digadai. Isu Riba dalam tugasan ini adalah berbeza.
Tuntutan dibuat kerana sama ada berlaku tunggakan ansuran hutang atau tuntutan keseluruhan jumlah yang terhutang. Jumlah tuntutan adalah termasuk jumlah prinsipal dan jumlah faedah yang dipersetujui. Pengenaan faedah ini kadangkala dalam bentuk formula seperti 2.5% setahun, 2.5% atas Kadar Asas Berian Pinjaman (Base Lending Rate-BLR). Sebagai contohnya penghakiman diberikan mahkamah iaitu pada jumlah RM20,000-00 setakat 10/7/2008 dengan faedah pada kadar 10% dari tarikh 11/7/2008 sehingga tarikh penghakiman dan faedah 8% dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh.
Dalam bahasa mudah, wang yang dituntut oleh pihak bank adalah lebih daripada apa yang dipinjamkan dan kadangkala lebihan yang dituntut masih tidak dapat lagi ditentukan jumlahnya secara pasti selagi tarikh penyelesaian penuh masih tidak dapat ditetapkan.
Atas arahan bank, peguam menandatangani notis tuntutan atau saman sebagai peguam bagi firma dan mewakili bank di mana tuntutan adalah atas jumlah terhutang meliputi jumlah prinsipal (pokok) dan faedah. Atas arahan bank juga, di mahkamah, peguam terpaksa menuntut penghakiman atas jumlah prinsipal dan faedah. Atas persetujuan peminjam dalam perjanjian, maka mahkamah membenarkan tuntutan faedah walaupun kadarnya mungkin lebih tinggi daripada faedah 8% faedah yang mahkamah berkuasa memberikan. Namun semua faedah ini adalah dibenarkan dan ditetapkan di bawah undang-undang. Begitulah dalam prosiding kuatkuasa penghakiman. Adalah untuk menuntut keseluruhan jumlah terhutang (wang prinsipal dan faedah terakru padanya) yang berakhir sama ada peminjam dapat membayar balik wang terhutang tersebut atau sebahagian daripadanya dan atau dihukum dengan bankrupsi atau sebagainya.
Begitulah kedudukan peguam muslim dalam dunia kepeguaman yang mencabar. Mereka dibentuk jika tidak sepenuhnya sudah tentu sebahagian besarnya, melalui didikan sivil yang berteraskan “English Common Law”.
Mereka kemudiannya beramal guaman dalam dunia perundangan sivil di mahkamah yang mentadbir perundangan sivil. Mereka juga bergerak secara bersama dengan begitu ramai peguam bukan muslim. Jika dunia perbankan (kewangan) telah menerima dengan baik pengaruh syariah dalam sistemnya, perundangan kita masih kekal teguh dengan ‘roh’ sivilnya.
Kesimpulan Pahit:- Justeru, terlalu sukar untuk dinafikan atau sebenarnya suatu kebenaran yang terpaksa diakui bahawa terdapat unsur Riba yang jelas, langsung dan menguntungkan pada bidang tugas dan kerja peguam muslim di atas.
Seandainya benarlah begitu atau sememang inilah hakikat sebenar, maka melihatkan kepada nas-nas dan authoriti sahih mengenai dosa besar Riba dan kedahsyatan balasan dan kesudahannya, semestinya peguam-peguam muslim memberi pertimbangan dan semakan semula sedalam-dalamnya, demi untuk kebaikan khususnya kepada diri mereka sendiri.
Lalu apakah kesudahannya?
Bersambung .... (tulisan ini mengambil sedikit masa kerana perlu dipinda, edit untuk disesuaikan bagi paparan Tranungkite, siapa ingin membaca tulisan lengkap boleh rujuk blog dari masa ke semasa atau lebih baik dibeli sahaja buku tulisan seorang peguam sivil dan syarie bertajuk ‘Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba’ terbitan Galeri Ilmu Buku ini berbeza daripada buku riba yang lain kerana terdapat bicara khusus melibatkan aspek realiti seperi isu riba di mahkamah, kes mahkamah berkaitan riba, Fatwa Pakar Luar negara, Fatwa (Mufti) Johor, Bicara khusus kerjaya-kerjaya seperti peguam, perbankan dan sebagainya, Isu Darurat dan ketidakberdosaan riba? dan banyak lagi. Bagi buku motivasi meninggal riba, anda boleh baca buku “Dosa Perang Dengan Allah” terbitan Kemilau Publika oleh penulis yang sama. (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)

http://hisham-ahmad.blogspot.com/
LONDON - BRITAIN. Cuaca panas di Britain didakwa meragut kira-kira 760
nyawa dalam tempoh sembilan hari antara 6 dan 15 Julai lalu.
Dipetik Press TV, kajian menunjukkan cuaca panas terik itu turut menyebabkan kematian mengejut antara 540 dan 760 penduduk di negara tersebut.
Ketua Perlindungan Kesihatan Awam,Profesor Virginia Murray berkata, keadaan itu mencetuskan kebimbangan kerana ia meningkatkan risiko kematian.
Angka kematian mungkin meningkat kerana suhu dijangka meningkat sekali ganda iaitu 35 darjah Celsius sehingga minggu depan.
Difahamkan, cuaca panas melampau boleh menyebabkan strok haba, sekali gus mengakibatkan kerosakan otak dan kematian. -
Ratusan maut kerana cuaca panas

Bayi Bermata Satu Telah Lahir Di Israel | Petanda Besar Kiamat?
Posted on Friday, July 19 @ 18:27:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Laman CikguCyber
Oleh QUE ACHMAD
Bayi BERMATA SATU Telah Lahir Di Israel | PETANDA BESAR KIAMAT? | Adakah ini DAJJAL? Suatu masa dahulu, kita digemparkan dengan bayi lahir bermata satu, yang disebut-sebutkan sebagai dajjal di Israel. Tetapi adakah benar yang lahir itu dajjal?? Adakah kita pasti bayi itu dajjal?

Telah
lahir bayi bermata satu di Israel diantara orang Yahudi yang
disebut-sebut sebagai DAJJAL. Dajjal adalah seorang muda yang berkulit
merah, pendek, berambut keriting, dahinya lebar, pundaknya bidang,
matanya yang sebelah kanan buta, dan matanya ini tidak menonjol keluar
juga tidak tenggelam, seolah-oleh buah anggur yang masak (tak bercahaya)
dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Di
antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa’, ra’ secara
terpisah, atau tulisan “kafir” secara bersambung / berangkai, yang dapat
dibaca oleh setiap muslim yang boleh menulis mahupun yang tidak boleh
menulis. Dan di antara tandanya lagi ialah mandul, tidak punya anak.
Disebutkan bahwa dajjal memiliki dua mata, matanya yang sebelah kanan buta. Jadi bukan satu. Bayi ini bukanlah dajjal seperti yang diperkatakan banyak orang.
Bayi
tersebut dilahirkan dengan hanya memiliki satu mata dan tanpa hidung.
Kakitangan perubatan yang membantunya lahir percaya bahawa keadaan bayi
itu disebabkan oleh ubat eksperimen anti kanser. Penyebab lain ditulis
dalam laporan hospital itu adalah boleh juga merupakan hasil dari
kelainan kromosom. Bayi perempuan itu didiagnosis mengalami kelainan
kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia. Dia dilahirkan dengan satu
mata di tengah kepala bahagian depan, tidak memiliki hidung, dan otaknya
berkumpul dalam satu belahan saja. Dengan segala kelainan ini, sungguh
suatu mukjizat jika bayi perempuan ini boleh bertahan hidup. Bayi malang
ini akhirnya meninggal beberapa hari kemudian.
Mengenai
dajjal sendiri, dia memang sudah ada, hanya kemunculannya mendekati
kiamat. Dia hidup lama sekali. Umurnya sekitar ratusan tahun. Kepada
semua saudara Islamku, marilah kita perkuatkan iman dan kepercayaan kita
kepada Allah swt agar kita kembali ke jalan-Nya. Kadang kala kita alpa
serta lalai. Jadi ingatlah yang akan menolong kita di hari akhir nanti,
yakni di hari penghakiman hanya Allah.
Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya. Pasti ada hikmah disebaliknya. Apa-apa pun,kita hendaklah kembali kepada Allah yang satu.
Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya. Pasti ada hikmah disebaliknya. Apa-apa pun,kita hendaklah kembali kepada Allah yang satu.
Gadis 14 Tahun Jual ‘Tubuh’ Kerana Blackberry
Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, Johor, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.
“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal. -WB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan