Black505: Pertuduhan bermotif politik - Loke
Hazayani Zakaria, | 18 Jul 2013 |
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban diminta hadir ke IPD Dang Wangi semalam bagi memberi keterangan sebagai saksi berhubung himpunan tersebut namun terus diberikan saman keran dituduh melanggar Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman.
Beliau dituduh tidak mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi mengadakan himpunan Black 505 seperti diminta Ketua Polis Darah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.
Loke turut menghadapi pertuduhan pilihan kerana gagal mengemukakan notis 10 hari sebelum himpunan Black 505 dibuat.
Sehubungan itu, Loke diminta hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Julai ini bagi menjawab pertuduhan ke atasnya.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Loke bagaimanapun menyifatkan pertuduhan itu bermotif politik.
"Dalam masa sehari saya disiasat dan kemudian diberikan pertuduhan. Sedangkan pada hari itu semua orang berhimpun secara aman dan tidak ada insiden buruk berlaku," katanya.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan menyifatkan pertuduhan itu sebagai langkah mundur pentadbiran BN.
“Pendakwaan yang dibuat menunjukkan komitmen kerajaan untuk memberi hak berhimpun tidak bermakna seperti dijanjikan Perdana Menteri sebelum ini.
“Kerajaan BN cakap tentang reconciliation (perpaduan nasional). Tetapi tindakannya bertentangan dengan apa yang dituturkan,” kata beliau pada sidang media yang sama.
Kenapa pengundi Kuala Besut mesti pilih PAS
Dr Azman Ibrahim, | 18 Jul 2013 |
Dengan memilih PAS, kedudukan bilangan kerusi di Dun Terengganu akan menjadi seimbang 16:16 antara PR dan BN.
Sekalipun tampuk pentadbiran negeri tidak akan bertukar dengan munculnya angka 16:16 sebagaimana yang dicanangkan kepimpinan Umno, kedudukan genting bagi Umno/BN ini dengan sendirinya akan menjadi faktor pendesak semulajadi untuk BN menunaikan janji-janjinya yang ditabur sepanjang kempen.
Kita memaklumi ‘ketulusan’ Umno berkhidmat kepada rakyat adalah demi kelangsungan kuasa dan undi, projek-projek yang telah diletakkan batu asas sepanjang kempan PRK walaupun dikatakan perancangannya telah lama, cuma ‘kebetulan’ berlakunya kematian wakil rakyat, hakikatnya adalah ‘perletakan batu asas pancing undi’.
Perlaksanaannya? Belum tentu! Kalahnya BN dalam PRK Kuala Besut ini akan memberi kekuatan jaminan untuk rakyat Kuala Besut melihat tegak ‘sengoti’ Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dan Rumah Pangsa Mampu Milik Tok Saboh sebagaimana dijanjikan, jika hal sebaliknya, menangnya BN akan menjadikan mereka selesa, lena tidur dan persetankan dengan segala janji-janji yang telah ditabur. Semaklah rekod-rekod perlaksanaan janji BN dalam beberapa siri PRK sebelum ini.
Mudah kata, undi PAS di Kuala Besut, rakyat tak akan rugi apa-apa.
Tentunya ada yang tak bersetuju dengan pandangan di atas, sebaliknya berpendapat dengan 16:16, Kuala Besut akan mencatat sejarah baru! PR akan memerintah Terengganu.
Nah! Ini pastinya lebih baik sebab ianya akan memberikan peluang kepada PR Terengganu melaksanakan janji-janji manifesto yang telah dibentangkan kepada rakyat.
Siapa yang tidak mahu masalah tanah diselesaikan, pinjaman Yayasan Terengganu dimansuhkan, bonus tahunan untuk warga emas yang tidak berpencen, cuti bergaji penuh 30 hari untuk kakitangan awam yang kematian suami, 17,000 peluang pekerjaan, pengecualian cukai pintu rumah kediaman, dasar merakyatkan ekonomi, bekalan air percuma bagi 20 meter padu dan beberapa lagi janji manifesto PAS Terengganu yang terhalang perlaksanaannya disebabkan angka 15:17.
Seluruh pencinta keadilan dan kesaksamaan akan menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para pengundi Kuala Besut apabila anda menjadi perintis kepada perubahan ini.
Undilah PAS kerana terbukti BN gagal mengubah taraf hidup rakyat Kuala Besut.
Dengan bajet tahunan Terengganu yang mencecah angka RM2 bilion, satu jumlah bajet yang tertinggi antara negeri-negeri di semenanjung, tetapi rata-rata rakyat Terengganu secara amnya dan Kuala Besut fokusnya masih dihimpit kemiskinan dan kemiskinan tegar khusunya rakyat di sekitar daerah mengundi Seberang Barat Luar dan Tok Saboh di Kuala Besut.
Masalah kemiskinan ini tidak akan selesai hanya dengan hanya perletakkan batu asas projek dan pengagihan anak ayam.
Tambah mendukacitakan apabila MB memberi respon sinis terhadap isu kemiskinan ini dengan menuduh bahawa rumah-rumah buruk milik rakyat miskin adalah rumah orang PAS!
Tidak timbul sebenarnya isu orang PAS atau Umno bila kita membincangkan berkenaan sosio-ekonomi rakyat apatah lagi seorang MB yang sepatutnya menjadi MB bagi rakyat dan negeri Terengganu, bukan MB untuk orang-orang Umno sahaja.
Isunya bagaimana kekayaan negeri boleh dimanfaatkan secara optimum supaya status negeri Terengganu sebagai negeri dengan bilangan rakyat miskin tegar yang kedua tertinggi di Malaysia mampu diubah.
Dengan makna lain bagaimana sumber kekayaan ini boleh dinikmati oleh keseluruhan rakyat secara adil dan telus.
Calon PAS, Che Long mempunyai rekod kebersamaannya dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya.
Walaupun dicanangkan oleh tukang-tukang kempen BN calon PAS tak berpendidikan tinggi, beberapa kelebihan dan ‘aset’ semula jadi beliau perlu dipertimbangkan dengan adil oleh pengundi.
Berlatarbelakangkan seorang kontraktor kelas A serta usahawan setor kayu yang berjaya, seorang yang beragama dan terus tekun mendalami ilmu agama, Che Long dikenali sebagai insan dermawan yang suka membantu masyarakat.
Kekayaan anugerah Ilahi kepadanya menerusi kejayaan usahaniaga tidak dihabiskan untuk diri dan keluarganya semata-mata.
Hampir tidak ada program parti di sekitar Besut yang tidak menerima sumbangan Che Long.
Jumlah masjid dan surau yang menerima sumbangan beliau juga sangat banyak. Belum lagi termasuk sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain.
Beliau lahir di Kuala Besut, membesar di Kuala Besut, bersekolah di Kuala Besut atau istilah orang tempatan, sentiasa ‘bertumah’ di kampung sepanjang masa.
Suka duka, susah senang, jatuh bangun masyarakat Kuala Besut adalah sebahagian dari kehidupan Che Long…

Mat Maslan kata Malaysia ke-8 petrol paling murah, bukti ini sebaliknya
http://www.ekeleh.com, | 18 Jul 2013 |
Oleh elleh pada 17 Jul, 2013
Apa kata kalau kita lihat fakta di bawah, Petrol prices around the world, July 2013
KUALA LUMPUR:
Mohamed Hanipa Maidin [PAS-Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan
adakah SPRM telah menyiasat pendedahan Nielsen Media Research bahawa
Barisan Nasional dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan RM73
juta hanya untuk pengiklanan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang
lalu.
Beliau mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini seperti di bawah.
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah hasil siasatan oleh pihak Kementerian pada tahun 2009 tentang keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan dan siapakah pihak yang bertanggungjawab atas tragedi keruntuhan tersebut.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Teknologi MARA di Kuala Lipis setelah ia dipindahkan ke Raub.
Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan rancangan untuk mewujudkan 1Care, suatu skim caruman kesihatan.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan sikap rasmi Kerajaan dalam isu menangani konflik agama di negara ini.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menyediakan peluang pemasaran dengan kos rendah bagi para petani.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana Kementerian menjustifikasikan pemberian kelulusan lebuh raya-lebuh raya baru sebelum PRU-13 yang bakal dilaksanakan secara model pengswastaan (bertol) seperti Lebuh Raya Pantai Barat dan East Valley Expressway yang konsesinya memerlukan pinjaman sokongan Kerajaan (government soft loan) yang bernilai ratusan juta ringgit dengan kadar faedah yang rendah dari pinjaman komersial.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan senarai syarikat pembekal dakwat kekal kepada SPR semasa Pilihan raya Umum Ke-13 lalu.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan Pusat bercadang membenarkan kerajaan-kerajaan negeri melantik Penasihat Undang-Undang Negeri tersendiri bagi mengelakkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) terutama apabila berlakunya sesuatu tuntutan Mahkamah antara Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan atau sebaliknya.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem biometrik di dalam pengesahan pendatang asing dan apakah tindakan pihak Kerajaan untuk mengawal peningkatan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan perancangan Kementerian untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan bagi nelayan di Getting, Tumpat.
Dr.Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan adakah langkah-langkah yang telah diambil selama ini untuk mengatasi masalah miskin tegar di negara ini telah mencapai sasarannya, dan jika belum dicapai apakah tindakan susulan untuk mencapainya.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan status pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam serta berapakah nilai kontraknya dan jumlah bilik darjahnya.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan status semasa Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sebagai mercu tanda komitmen Kerajaan terhadap pelaksanaan konsep Kerjasama Selatan-Selatan, peruntukan yang telah digunakan dan impak pelaksanaan program ini di negara-negara membangun yang terlibat.
SHAH ALAM – Nama Mohamed Salleh Mohamed Alli tiba-tiba jadi tumpuan
apabila dikaitkan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat dua
hari lalu sebagai pemilik syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd
yang membekalkan dakwat kontroversi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) untuk digunakan pada PRU13, Mei lalu.
Rafizi juga mendakwa Mohamed Salleh turut terlibat membekalkan topi, kemeja-T untuk digunakan petugas SPR.
Berpandukan maklumat yang dinyatakan Rafizi termasuk nombor kad pengenalan lelaki itu, Sinar Harian cuba menjejak Mohamed Salleh dengan tujuan bertemu dan mendapatkan reaksinya susulan dakwaan itu.
Daripada pencarian itu, didapati Mohamed Salleh Mohamed Alli adalah nama ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang beralamat di Seksyen 9, di sini.
Syarikat itu bagaimanapun bukanlah Integrated Challenger (M) Sdn Bhd yang disebut Rafizi.
Juga tidak dapat dipastikan sama ada persamaan nama itu hanya kebetulan, ataupun sememangnya Mohamed Salleh adalah empunya kepada kedua-dua syarikat, dan mungkin juga banyak syarikat lain - lumrah bagi kebanyakan ahli perniagaan yang berjaya pada masa ini.
Menariknya, setelah anggota pasukan penyiasat kami turun ke lokasi syarikat itu di Seksyen 9, didapati alamatnya sama dengan alamat yang disebut Rafizi dalam Dewan Rakyat kelmarin.
Kebetulan yang kedua!
Namun tidak ada pula papan tanda nama Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di premis itu. Malah di seluruh kawasan itu pun tidak ada.
Kami menghubungi syarikat berkenaan menerusi telefon berpandukan maklumat yang diperolehi.
Wanita yang menjawab panggilan itu menafikan pihaknya yang membekalkan dakwat kekal kepada SPR sebaliknya memberitahu, mereka hanya pembekal alat tulis.
Dia juga enggan memberitahu nama syarikat, malah namanya sendiri. Namun katanya sejak kelmarin (selepas Rafizi mendedahkan maklumat mengenai Integrated Challenger di Parlimen), mereka dihujani ratusan panggilan telefon yang bertanya mengenai syarikat itu.
Selepas memberitahu hal berkenaan, dia terus meletak telefon. Di pintu masuk premis yang alamatnya 'kebetulan' sama dengan alamat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd itu, kami cuba bercakap dengan pihak di dalam menerusi interkom. Seorang wanita menjawab.
Sinar Harian: Selamat pagi, boleh kami bertanya, adakah ini syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd?
Wanita: Selamat pagi, untuk apa ye encik?
Sinar Harian: Kami datang mahu berjumpa dengan Mohamed Salleh Mohamed Alli, beliau ada di syarikat sekarang?
Wanita: Saya minta maaf encik, Encik Mohamed Salleh tiada di pejabat sekarang, dia ‘outstation’.
Sinar Harian: Kalau dia tak ada, boleh ke kami berjumpa dengan sesiapa dari pejabat dia?
Wanita: Tidak boleh encik, sekarang tiada seorang pun pihak atasan yang ada di pejabat.
Sinar Harian: Bila kami boleh datang semula ke pejabat?
Wanita: Saya pun tidak tahu...(padamkan interkom)
Cubaan kami untuk hubungi kakitangan wanita itu semula tidak berjaya kerana di pintu masuk itu mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Ketika kami masih menunggu di pekarangan syarikat tersebut, seorang lelaki kelihatan baru keluar dari pintu pejabat berkenaan.
Lelaki ini bertanya kepada kami apa tujuan kami menunggu di kawasan itu, dan kami memberitahu mahu berjumpa dengan pemilik syarikat Integrated Challenger.
Katanya, di lot kedai tersebut, terdapat banyak syarikat lain yang menyewa bilik dan syarikat Integrated Challenger mungkin menyewa sebahagian daripada pejabat di situ dan ia tiada kena mengena langsung dengan pihaknya.
Setelah mendapati harapan untuk bersemuka dengan Mohamed Salleh yang sebagaimana didakwa Rafizi mempunyai hubungan rapat dengan individu tertentu dalam SPR semakin tipis, kami pun meninggalkan lokasi pejabat syarikat berkenaan dengan janji kepada diri sendiri, kami akan datang lagi setelah cubaan pertama ini gagal.
JOHOR BAHRU – Vivian Lee, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi
menghina Islam dalam Facebook bersama pasangannya, Alvin Tan dikatakan
berasal dari Desa Jaya, di sini.
Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu.
Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni. Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan.
Terdapat beberapa helai pakaian dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar.
Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci.
Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu.
Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya.
Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung.
Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog.
SEPANG - Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz, 34, yang dipercayai dilarikan
sekumpulan warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya
dibawa pulang ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.
Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya.
“Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam.
“Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya,” katanya.
Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya.
Nur Idayu mengucapkan terima kasih kepada pihak membantunya. - Bernama
Hari
ini Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia adalah
negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada
rakyatnya. Katanya harga murah kerana pemberian subsidi yang besar oleh
kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.
“Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor
lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya,”
katanya.Apa kata kalau kita lihat fakta di bawah, Petrol prices around the world, July 2013
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PRU13: Adakah SPRM siasat kos iklan BN RM73 juta?
Harakahdaily, | 18 Jul 2013 |
Beliau mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini seperti di bawah.
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah hasil siasatan oleh pihak Kementerian pada tahun 2009 tentang keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan dan siapakah pihak yang bertanggungjawab atas tragedi keruntuhan tersebut.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Teknologi MARA di Kuala Lipis setelah ia dipindahkan ke Raub.
Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan rancangan untuk mewujudkan 1Care, suatu skim caruman kesihatan.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan sikap rasmi Kerajaan dalam isu menangani konflik agama di negara ini.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menyediakan peluang pemasaran dengan kos rendah bagi para petani.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana Kementerian menjustifikasikan pemberian kelulusan lebuh raya-lebuh raya baru sebelum PRU-13 yang bakal dilaksanakan secara model pengswastaan (bertol) seperti Lebuh Raya Pantai Barat dan East Valley Expressway yang konsesinya memerlukan pinjaman sokongan Kerajaan (government soft loan) yang bernilai ratusan juta ringgit dengan kadar faedah yang rendah dari pinjaman komersial.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan senarai syarikat pembekal dakwat kekal kepada SPR semasa Pilihan raya Umum Ke-13 lalu.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan Pusat bercadang membenarkan kerajaan-kerajaan negeri melantik Penasihat Undang-Undang Negeri tersendiri bagi mengelakkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) terutama apabila berlakunya sesuatu tuntutan Mahkamah antara Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan atau sebaliknya.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem biometrik di dalam pengesahan pendatang asing dan apakah tindakan pihak Kerajaan untuk mengawal peningkatan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan perancangan Kementerian untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan bagi nelayan di Getting, Tumpat.
Dr.Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan adakah langkah-langkah yang telah diambil selama ini untuk mengatasi masalah miskin tegar di negara ini telah mencapai sasarannya, dan jika belum dicapai apakah tindakan susulan untuk mencapainya.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan status pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam serta berapakah nilai kontraknya dan jumlah bilik darjahnya.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan status semasa Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sebagai mercu tanda komitmen Kerajaan terhadap pelaksanaan konsep Kerjasama Selatan-Selatan, peruntukan yang telah digunakan dan impak pelaksanaan program ini di negara-negara membangun yang terlibat.
Menjejak tauke dakwat kekal
Rafizi juga mendakwa Mohamed Salleh turut terlibat membekalkan topi, kemeja-T untuk digunakan petugas SPR.
Berpandukan maklumat yang dinyatakan Rafizi termasuk nombor kad pengenalan lelaki itu, Sinar Harian cuba menjejak Mohamed Salleh dengan tujuan bertemu dan mendapatkan reaksinya susulan dakwaan itu.
Daripada pencarian itu, didapati Mohamed Salleh Mohamed Alli adalah nama ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang beralamat di Seksyen 9, di sini.
Syarikat itu bagaimanapun bukanlah Integrated Challenger (M) Sdn Bhd yang disebut Rafizi.
Juga tidak dapat dipastikan sama ada persamaan nama itu hanya kebetulan, ataupun sememangnya Mohamed Salleh adalah empunya kepada kedua-dua syarikat, dan mungkin juga banyak syarikat lain - lumrah bagi kebanyakan ahli perniagaan yang berjaya pada masa ini.
Menariknya, setelah anggota pasukan penyiasat kami turun ke lokasi syarikat itu di Seksyen 9, didapati alamatnya sama dengan alamat yang disebut Rafizi dalam Dewan Rakyat kelmarin.
Kebetulan yang kedua!
Namun tidak ada pula papan tanda nama Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di premis itu. Malah di seluruh kawasan itu pun tidak ada.
Kami menghubungi syarikat berkenaan menerusi telefon berpandukan maklumat yang diperolehi.
Wanita yang menjawab panggilan itu menafikan pihaknya yang membekalkan dakwat kekal kepada SPR sebaliknya memberitahu, mereka hanya pembekal alat tulis.
Dia juga enggan memberitahu nama syarikat, malah namanya sendiri. Namun katanya sejak kelmarin (selepas Rafizi mendedahkan maklumat mengenai Integrated Challenger di Parlimen), mereka dihujani ratusan panggilan telefon yang bertanya mengenai syarikat itu.
Selepas memberitahu hal berkenaan, dia terus meletak telefon. Di pintu masuk premis yang alamatnya 'kebetulan' sama dengan alamat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd itu, kami cuba bercakap dengan pihak di dalam menerusi interkom. Seorang wanita menjawab.
Sinar Harian: Selamat pagi, boleh kami bertanya, adakah ini syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd?
Wanita: Selamat pagi, untuk apa ye encik?
Sinar Harian: Kami datang mahu berjumpa dengan Mohamed Salleh Mohamed Alli, beliau ada di syarikat sekarang?
Wanita: Saya minta maaf encik, Encik Mohamed Salleh tiada di pejabat sekarang, dia ‘outstation’.
Sinar Harian: Kalau dia tak ada, boleh ke kami berjumpa dengan sesiapa dari pejabat dia?
Wanita: Tidak boleh encik, sekarang tiada seorang pun pihak atasan yang ada di pejabat.
Sinar Harian: Bila kami boleh datang semula ke pejabat?
Wanita: Saya pun tidak tahu...(padamkan interkom)
Cubaan kami untuk hubungi kakitangan wanita itu semula tidak berjaya kerana di pintu masuk itu mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Ketika kami masih menunggu di pekarangan syarikat tersebut, seorang lelaki kelihatan baru keluar dari pintu pejabat berkenaan.
Lelaki ini bertanya kepada kami apa tujuan kami menunggu di kawasan itu, dan kami memberitahu mahu berjumpa dengan pemilik syarikat Integrated Challenger.
Katanya, di lot kedai tersebut, terdapat banyak syarikat lain yang menyewa bilik dan syarikat Integrated Challenger mungkin menyewa sebahagian daripada pejabat di situ dan ia tiada kena mengena langsung dengan pihaknya.
Setelah mendapati harapan untuk bersemuka dengan Mohamed Salleh yang sebagaimana didakwa Rafizi mempunyai hubungan rapat dengan individu tertentu dalam SPR semakin tipis, kami pun meninggalkan lokasi pejabat syarikat berkenaan dengan janji kepada diri sendiri, kami akan datang lagi setelah cubaan pertama ini gagal.
Ibu bapa Vivian 'menghilang'
Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu.
Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni. Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan.
Terdapat beberapa helai pakaian dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar.
Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci.
Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu.
Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya.
Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung.
Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog.
Wanita dilarikan ke Indonesia dibawa pulang
Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.
Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya.
“Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam.
“Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya,” katanya.
Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya.
Nur Idayu mengucapkan terima kasih kepada pihak membantunya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan