7 Strategi Syaitan Menyesatkan Manusia
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah menyatakan terdapat tujuh strategi syaitan untuk menyesatkan manusia ke lembah nista yang akan mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT..
Strategi tersebut adalah seperti berikut :
PERTAMA : Syaitan menawarkan kekufuran.
KEDUA: Syaitan menawarkan segala hal yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
KETIGA: Syaitan menawarkan dosa-dosa kecil.
KEEMPAT: Syaitan menawarkan hal-hal yang melalaikan sehingga manusia terlalai dengan sifat-sifat yang wajib.
KELIMA: Syaitan menawarkan dosa besar seperti syirik,rasuah,zina,derhaka pada orang tua,fitnah,minum arak dan dosa besar yang lain.
KEENAM: Syaitan menawarkan ibadat yang dianggap utama sehingga ibadat yang lain lebih utama sampai dilupakan.
KETUJUH: Syaitan membawa bala tentera yang terdiri daripada jin dan pengikut manusia yang lainnya.
Fakta Tentang Iblis
Fakta Pertama:
Tahukah anda bahawa Iblis laknatullahi ‘alaih sejak di dalam Syurga telah membuat kajian tentang Adam a.s?.Dan dia telah pun tahu apa kelemahan manusia sebelum jasad Adam ditiupkan roh lagi…
Dalil:
Disebutkan di dalam hadis sohih Muslim : “Apabila Allah telah membentuk penciptaan Adam dalam Syurga,kemudian meninggalkannya untuk suatu tempoh masa yang dikehendakinya..Iblis lalu datang mengelilingi jasad Adam untuk mengetahui keadaanya..Apabila Iblis melihatnya berongga,dia mengetahui bahawa Allah telah mencipta satu makhluk yang tidak mampu mengusai diri….
Maksud “makhluk yg tidak mampu mengusai diri” : Manusia tidak mampu menahan godaan..Bila bernafsu mudah hilang kawalan..bila marah mudah tenggelam punca…
Fakta kedua:
Logik juga teori yang menyatakan pusat pemerintahan Iblis adalah di segi tiga Bermuda :
Dalil:
Disebutkan di dalam sohih Muslim : ‘Arash singgah sana (pusat pemerintahan) Iblis berada dilautan..Maka dia mengutus pasukan(syaitan) utk memfitnah (merosakan) manusia..Syaitan yang paling dekat kedudukanya dengan iblis(dpt pangkat besar) ialah yg paling banyak kejahatanya….
Fakta ketiga:
Iblis di dunia tidak mahu mati tetapi di akhirat nanti minta disegerakan mati:
Dalil:
Pemintaan Iblis setelah dilaknat Allah :
قالَ رَبِّ فَأَنظِرنى إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
قالَ فَإِنَّكَ مِنَ المُنظَرينَ
Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu,maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh; (Sad[38:79-80]).
Pemintaan Iblis ketika diseksa dalam neraka dengan dahsyat :
وَإِذا أُلقوا مِنها مَكانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنينَ دَعَوا هُنالِكَ ثُبورًا
Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu,dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) (al-Furqan[25:13]).
* Menurut Hadith riwayat Imam Ahmad & Tafsir Tabari ahli neraka yang meraung meminta segera dimatikan ini adalah Iblis & pengikutnya…
Pesanan:Tingkatkanlah ketakwaan kita kepada Allah agar dengan takwa itu boleh menjadi benteng yang kukuh dari godaan dan kejahatan Iblis bersama bala tenteranya..Jangan jadi Syaitan Manusia yang sama meraung di dalam Neraka bersama Iblis laknatullah..
Kenal Pasti Siapakah Musuh-Musuh Iblis
Musuh-Musuh Iblis itu ada 15 orang :
1. Rasulullah S.A.W
2. Pemerintah yang ADIL
3. Orang kaya yang merendah diri
4. Peniaga yang jujur (benar)
5. Orang alim yang khusyuk
6. Orang mukmin yang suka menasihati
7. Orang mukmin yang murah hati (belas kasih)
8. Orang yang bertaubat dan tetap pada taubatnya
9. Orang yang menjauhkan dari segala yang HARAM
10. Orang yang tetap berwudhuk
11. Orang mukmin yang banyak sedekah
12. Orang mukmin yang baik akhlaknya
13. Orang mukmin yang berjasa pada manusia
15. Orang yang selalu sembahyang Tahajud.
Hadis Tentang Menguap
Nabi bersabda ertinya: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.”
-HR At-Tirmizi-
إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل
Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya.Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka..-HR Muslim-
Dan sabda Nabi saw ertinya:
Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap.Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.
Sihir Dalam Masyarakat Melayu
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
Jenis-Jenis Sihir:
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’farandan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
Cara Mengatasi Gejala Sihir
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Saka ( Keturunan )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
Sumber: Rawatan Islam Tapediri65
Misteri Saka
Apa itu saka?
Saka ialah sejenis jin yang mendampingi manusia akibat kontrak yang berlaku di antara nenek moyang(munusia) dengan jin untuk mendapatkan kecantikan atau perlindungan atau pertolongan atau kekuatan dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Tanda-Tanda Orang Yang Mewarisi Saka:
1.Sering bermimpi menyusukan bayi(mendukung atau melihat juga petanda yang sama)
2.Sering mimpi rumah lama
3.Mimpi dikelilingi kanak-kanak
4.Mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia
5.Boleh melihat makhluk halus
6.Boleh mengurut\bidan secara tradisional tanpa perlu belajar(salasilah keturunan ada yang pandai mengurut)
7.Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang
8.Sering ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur
9.Rumah tangga sering bermasalah(berbalah dalam perkara yang kecil\anak-anak terlalu degil)
10.Berdebar-debar tanpa sebab
11.Sakit-sakit pada sendi,pinggang dan buku lali
12.Pengsan bila menziarahi orang meninggal dunia
13.Mendakwa tahu sesuatu perkara yang belum terjadi
14.Sering Sakit(bila jumpa Doktor, Doktor kata anda tidak sakit apa-apa)Biasanya dalam kes begini kalau tidak kerana saka..bermakna anda telah disihir
15.Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
16.Selalu bermimpi berada di awangan
17.Sering mimpi dikejar binatang atau dipatuk ular(kemungkinan juga disihir)
Saka Boleh Berpindah Dari Tuannya Kepada Orang Lain Dengan Cara:
1.Anak atau cucu yang rapat dengan Tuan saka
2.Menyimpan\memiliki barang-barang lama seperti keris dan cincin milik Tuan saka yang telah meninggal dunia
3.Menerima ilmu dari Tuan saka dengan dperturunkan jampi-jampi tertentu yang perlu diamalkan oleh si penerima ilmu..Bisanya untuk kekuatan atau kecantikan..Bila si penerima ilmu mula mengamalkan jampi-jampi tersebut maka saka telah pun berpindah Tuan sama ada dia tahu atau tidak tahu..suka atau tidak suka Saka telah pun mendampinginya..
Kesan Saka:
1.Mendapat Penyakit Fizikal
2.Menyebabkan terkena sakit mental
3.Menyebabkan pergaduhan suami isteri
4.Menyebabkan manusia tidak bekerja
5.Menyebabkan manusia melakukan aktiviti-aktiviti yang bercanggah
dengan Islam..
7.Mengganggu anak-anak dan keturunan
8.Anak-anak jadi degil
9.Seorang yang baik\lembut\penyabar jadi panas baran
Jika Anda Telah Mewarisi Saka..Apa yang anda perlu lakukan?
-Anda perlu segera berjumpa dengan pengamal-pengamal perubatan Islam yang bertauliah
P\S:Jangan sesekali berjumpa Bomoh\Dukun\Pawang
-Dekatkan diri dengan Allah dengan melaksanakan ibadat-ibadat wajib dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud,membaca al-Quran dan berzikir
-Amalkan doa-doa berikut selepas solat subuh dan maghrib(sebaiknya setiap waktu solat):-
1.Doa Nabi Yunus
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHOOLIMIIN.”
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau.Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”(surah al anbiya’ ayat 87)
Amalkan 5\7 kali selepas solat
2.Isti’azah
ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
“A’uzubillahi minasy syaitonir rajiim”
Amalkan 100 kali selepas solat
3.al Mukminun ayat 115-118
-Sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda jangan berputus asa..Teruskan berusaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah..
Kaedah Mengesan Jin (SCAN)
1.Fatihah 1x
2.Selawat Nabi 3x
3.Niat & berdoa minta Allah bagi petunjuk
4.Baca Ayatul Kursi 33x
Tanda Gangguan Jin:
1.Hati berdebar-debar
2.Lupa bacaan..tersasul… terhenti secara mendadak
3.Anda pening,mengantuk..rasa nak pengsan
4.Rasa mual & nak muntah
5.sakit perut secara tiba-tiba
6.Terasa pergerakan didalam badan
7.Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
8.Jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu
9.Mendapat bayangan binatang berbisa,arwah yang telah meninggal @ sesuatu yang pelik
10.Nampak bebola kecil (putih/hitam@merah) di depan anda
11.Rasa seperti hendak bersilat@ tangan kaki macam hendak bergerak sendiri
12.Rasa seram terlampau @ merasa ada orang memandang
13.kaki anda tidak dapat digerakkan@ diangkat
Sumber:Perubatan Islam As-Syifa Al-Ikhlas
Bicara Rawatan Islam Ustaz Faizal Mualij
Bicara Rawatan Islam 1 : “Jika sakit perut makanlah madu lebah”
“Berikutan seorang kanak kanak berusia 13 tahun sudah terlantar 3 hari kerana mengalami sakit perut dan sering muntah serta cirit birit… kebetulan saya datang menziarahi keluarga mereka di Johor Bahru… kata ayahnya, sudah 3 hari tidak ke sekolah dan telah mendapatkan rawatan di klinik namun kata doktor kemungkinan anaknya mengalami keracunan makanan… anaknya seperti tidak bermaya dan tiada selera makan… saya hanya meminta ayahnya madu lebah… kebetulan mereka ada menyimpan ‘madu lebah tualang’… saya sediakan segelas air minuman, dan campurkan madu lebah 2 sudu… kemudian saya larutkan… sebelum minum, saya membacakan surah AL FATEHAH sebanyak 3x dan memohon pada ALLAH mudah mudahan anak itu sembuh… dan setelah 15 minit ALLAH telah sembuhkan anak itu selepas minum madu lebah itu tadi…BIIZNILLAH”
Bicara Rawatan Islam 2 : “Datang seorang pemuda dengan kakinya yang bengkak dari paras lutut hingga hujung kakinya..setelah diruqyah terjadi perbualan dengan jin…
Saya:”Apa urusan kamu dalam badan orang ini?”
Jin:”Dia sepak aku sewaktu aku nak pergi masjid,aku duduk lah kat kakinya..”
Rupa-rupanya pesakit ini sedang bermain bola waktu maghrib di padang bola,jadi selepas bermain tiba tiba kakinya bengkak dan semalaman tidak dapat tidur.. Namun Allah sembuhkannya selepas sahaja dirawat..
Pengajaran kepada pemain bola sepak Janganlah sampai waktu maghrib pun belum sudah lagi”
Bicara Rawatan Islam 3 : Seorang perempuan berambut panjang dan warna perang,memakai seluar “jeans” ketat serta memakai baju lengan pendek datang ke pusat rawatan..
“Saya datang untuk mendapatkan rawatan Islam.”..Senyum je lah namun saya kata padanya.”betul ker?”..,alahai kesian kan dengan mereka,dengan wajahnya pucat, mata kemerahan berair,mengambarkan beliau benar benar sakit..,sebenarnya Allah telah membuka ruang dalam hatinya untuk menjadikan seseorang menjadi baik.. Jadi saya buatlah seperti biasa,menyuruhnya ambil wudhuk dan memakai telekung, apabila menjalani proses Ruqyah tiada tindak balas apa pun..Akhirnya saya menyuruhnya pulang dengan berbekalkan air ruqyah dan menyuruh melakukan solat taubat,5 waktu jangan tinggal,dan menutup aurat..Dia akur dan selepas 3 hari saya merawatnya semula dan ternyata ada tindakbalasnya dengan izin Allah dan beliau sembuh selepas 2 kali dirawat..Akhirnya beliau istiqomah menjaga aurat dan ibadah..Biiznillah”
Bicara Rawatan Islam 4 : “Buat rawatan ke atas seorang nenek berusia 80an dan keadaan fizikalnya masih kukuh dan rajin buat amal..Masalah beliau sering bermimpi lelaki yang dikenali dan sering mengalami gangguan semasa tidurnya..Yang jadi celaru dia sangkakan orang itu menyihirnya..Namun saya kata tidak..Lalu semasa proses rawatan keluarlah dari mulutnya dalam keadaan kerasukan..
“Aku sayang dia,aku dah kahwin dengan dia,hari hari aku tidur dengan dia.” Istighfar panjang saya..Rupa-rupanya jin kalau suka manusia tak kira umur.. Betullah ada pepatah menyatakan “cinta tak mengenal usia” huhuhu (spesis JIN ASYIK)”
Bicara Rawatan Islam 5 : “Khas untuk perawat,sekiranya suami sakit tetapi apabila diruqyah tak jadi apa apa..jangan lupa ruqyah isterinya..begitu juga apabila berlaku sebaliknya..si isteri sakit jika tiada apa apa jangan lupa ruqyah suaminya pula..kerana di dalamnya ada penawar”
Bicara Rawatan Islam 6 : “SIHIR CINTA”
“Tujuan untuk memiliki dari hasutan nafsu sehingga mencapai alam perkahwinan.. Begitulah pasangan suami isteri ini rahsianya terbongkar apabila punca masalah yang dihadapi mereka adalah bermula dengan masalah anak pertama yang baru lahir tidak berhenti menanggis pada waktu tengah malam..Saya hanya merawat ibu kepada bayi berkenaan dan akhirnya cerita lain pulak yang timbul iaitu hasil perbuatan si suami terhadap si isteri sebelum bernikah..Namun selepas rawatan dianjurkan sembahyang taubat dan melakukan amalan kebajikan..Dari kisah ini mungkin ramai lagi diluar sana yang menggunakan ilmu seperti ilmu pengasih atau pelbagai minyak untuk memikat mangsanya kononnya kerja mereka tidak diketahui namun sesungguhnya Allah itu lebih Mengetahui dari apa yang kamu kerjakan..Biiznillah”
Bicara Rawatan Islam 8 : “Sudut kajian mengenai sihir yang pernah saya lalui pengalaman ini iaitu merawat si mangsa sihir dan si penghantar sihir (rangkaian yang sama)..Situasinya pada mulanya si mangsa sihir ini disihir atas asbab menyakiti hari orang lain..Soal selidik dari hati ke hati..Si mangsa ini mempunyai duit dan harta yang banyak..(dalam hatinya ada sifat riak dan sombong)..Satu hari beliau membeli kenderaan baru dan suka menunjuk-nunjuk pada jirannya..Atas asbab itu perangainya tidak disukai oleh jirannya sehingga ada yang menyebabkan irihati dan akhirnya berhasad dengki..Timbullah pula cerita dia sakit,secara ringkas dia disihir..Si mangsa sihir ini melalui perubatan Islam dan akhirnya dari amalan kebajikan yang dianjurkan kepadanya akhirnya dia menjadi insan soleh..Atas asbab itu telah sempurnalah amalannya dan sentiasa istiqomah,dengan izin Allah dia disembuhkan..Rangkaian sihir itu tidak berakhir,rupa rupanya sihir ini kembali kepada si penghantarnya (jiran) yang pernah menuntut dari seorang dukun..Setelah lama berubat dengan gurunya tiada kesembuhan sehingga berabis wang ringgit akhirnya Allah mengerakkan hatinya supaya mencari rawatan Islam..Namun melalui rawatan,beliau sembuh tapi tidak sepenuhnya oleh kerana ada sebab sebab tertentu..Inilah satu ikhtibar pada kita mereka ini ada persamaan iaitu Allah membayar kifarah mereka atas sebab mereka sendiri..Namun si mangsa sihir tadi hanya bermasalah pada hatinya (mempunyai sifat mazmumah) ia hanya bermasalah dengan Allah sahaja namun setelah dia bertaubat,Allah terima taubatnya tetapi si penghantar ada masalah pada hati dan masalah pada manusia..Jadi sedikit kesembuhan itu mungkin atas masalah dia telah mensyirikkan Allah namun dia bertaubat,tetapi selebihnya yang masih ada, perlu dirinya memohon maaf pada manusia yang dihantar sihir itu..wallahu a’lam..Dengan bicara secara ringkas ini mudah-mudahan memberikan manfaat pada kita semua iaitu musibah atau bala’ itu datang atas asbab manusia itu sendiri.. dan gangguan serta rawatan hanya jalan cerita yang Allah telah tentukan… Biiznillah”
Doa Jika Terkena Rasukan
1. Bismillah hir rahman nir rahim
2. Salammun qaulam mir rabbir rahim – 3X
3. Wam taa zul yau ma aiyuhal mujrimun,alam aq had ilaikum yaa bani adama ‘ala taqbudu syaitan,innahu lakum aduu un mubinn – 3X
4. Haa zihi jahannam – 2X
5. Haa zihi jahannamatul lati qun tum tuu adun – 1X
Terjemahan Ayat :
1. Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
3. dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang Yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini,hai
orang-orang Yang berdosa,(dari bercampur gaul Dengan orang-orang Yang beriman).
4. Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan
menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!
5. Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam,Yang kamu selalu diancam
memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
Sumber:Perubatan Islam SYIFA AL-IKHLAS
Jin Asyik
Pernah dengar tak gangguan jin asyik?
Jin asyik ialah jin yang jatuh cinta dengan manusia..Bila jin sudah jatuh cinta dia akan selalu bersama dengan orang itu lebih-lebih lagi waktu orang tu sedang tidur diwaktu petang dan malam..Kadang-kadang ada juga jin asyik yang tinggal di dalam tubuh orang yang dia cinta tu..yelah dah sayang sangat macam manusia bercinta lah asyik nak bersama je macam belangkas..Menurut perawat-perawat islam jin asyik adalah antara gangguan jin yang paling bahaya,susah dan ganas..Cuba cinta kita terhalang mesti kita memberontakkan..macam tu la juga dengan jin..Gangguan jin asyik ni bukan hanya berlaku kepada orngg bujang,tapi yang dah berkahwin juga tidak terkecuali.Mangsa biasanya perempuan,tapi lelaki pun ada ada juga yang kena.Teringat pula dahulu kawan saya pernah kene raba ketika sedang tidur..hehehe
Jangan tak tahu Jin juga bernafsu dengan manusia tau..Sebab itu dalam feqh ada dibincangkan hukum manusia berkahwin dengan jin.Kalau kita rujuk kepada perawat-perawat islam banyak kes jin merogol menusia..
Antara Faktor-Faktor Terkena Jin asyik:
1.Tidur Di Waktu Petang
Pernah tak bila anda bangun tidur ada kesan gigitan dipeha?
Siapa yang gigit?
kes begini banyak belaku ke atas wanita dan biasanya terjadi bila tidur waktu petang.
Bagi anda yang kerap digigit ketika tidur lakukan dua perkara ini:
Pertama:Jangan tidur selepas asar
Kedua:Rawat diri anda agar tidak lagi terkena gigitan ketika tidur.
Cara merawat:
1.sediakan air sebaldi
2.perah limau 3 biji
3.Baca al fatihah 7 kali dan hembus ke dalam air
4.Ratakan air tersebut ke seluruh badan
2.Suka Mandi Di Waktu Maghrib
Waktu maghrib adalah waktu Jin sedang berkeliaran..Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin,dan waktu pagi kita adalah waktu senja jin..Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya!
Bilik air bukankah tempat yang disukai syaitan(jin kafir)..Sebab itulah elakkanlah dari mandi pada waktu senja.
3.Bertelanjang ketika berseorangan di rumah atau ketika mandi
Bila jin ternampak anda bertelanjang jin akan suka..macam orang jugalah..Bila sekali dia dah tengok dan suka,dia akan datang lagi tengok waktu anda berbogel.Oleh itu bila mandi pakailah kain basahan.
“sesungguhnye ia(jin)dan pengikut-pengikutnye melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka”
(surah Al-A’raf QS 7:27)
4.Bila nak tanggal pakaian dan nak masuk bilir air bacalah isti’azah atau basmalah dahulu
Nabi s.a.w bersabda:
” ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم. إذا دخل أحدهم الخلاء قول: بسم الله “
Penutup antara mata-mata jin dan aurat anak Adam apabila salah seorang dari mereka memasuki bilik air ialah perkataan”bismillah”
(Sahih Al-Jami’ As-Shaghir 1/675)
Ketika nak bersetubuh dengan isteri baca dahulu doa yang pernah Nabi ajarkan,jangan main masuk je..kesan tak baca doa tersebut jin boleh “syok” dengan isteri anda dan jika Allah rezekikan anda mendapat anak hasil dari persetubuahan kemungkinan anak anda nanti akan bermasalah.Perangai macam syaitan..Na’uzubilli min zalik..Semoga Allah merezekikan kita zuriat-zuriat yang soleh dan solehah..
6.Selalu tidur berseorangan.Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah.
Bagi yang bujang terutamanya wanita kalau boleh usahakanlah untuk tinggal dengan kawan-kawan..jangan menyewa seorang..
Antara Kesan Gangguan Jin Asyik
-Boleh menyebabkan berat jodoh..Sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta..Ada saja halangan untuk berkahwin..Dipinang orang tapi selalu tak jadi,semua ini disebabkan jin asyik berusaha menghalang perkahwinan atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil..
-kerap memarahi dan membenci pasangan
-Kerap mimpi bersetubuh
-Kerap mimpi melahirkan anak
-Selalu bercakap seorang-seorang
-Sering terdapat kesan gigitan di peha terutamanya tidur diwaktu petang(lepas asar)
Benteng Diri Dari Gangguan Jin Asyik
1.Amalkan ayat 21 surah ar-Rum
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.2.Amalkan doa penggerak :
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Gangguan Pada Bayi
Gangguan Pada Bayi:
Pernah tak anak anda menangis di waktu senja atau tengah malam?
Faktor Bayi Menangis:
1.Masalah kesihatan(perut kembung)
2.Lapar\Haus(nak susu)
3.Gangguan Makhluk halus(jin)
Tanda-tanda bayi anda menangis bukan kerana faktor kesihatan atau lapar tapi kerana gangguan seperti berikut:
1.Matanya melilau melihat sekeliling
2.Menangis yang tiada air mata
3.Menangis seolah seperti dicubit(nada tangisan semakin tinggi)
4.Riyak wajah bayi seperti dalam ketakutan
5.Tidur di selang seli dengan tangisan
6.Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari(contoh bayi anda bila masuk sahaja waktu magrib mesti menagis sebelum itu dan diwaktu tengah malam tak menangis,dan ini berlaku setiap hari atau bayi anda tidur lena tapi bila sampai waktu tengah malam dia mesti terjaga dan menangis)
7.Waktu senja pintu atau tingkap rumah tak tutup dan ahli keluarga anda keluar masuk rumah
Apa yang patut anda lakukan?
1.Bertenang dan bersabar..Jangan panik dan jangan marah-marah
2.Baca ayatul Qursi 3x dan tiup dari ubun-ubun bayi sampai kakinya
3.Baca ayat 9 dari surah yasin 1x:
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
“Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat”
Berhenti pada kalimah sadda(سَدًّ)dan doa dalam hati agar bayi anda terhijab dari melihat jin\syaitan dan bayi anda didinding dengan pendinding yang kukuh supaya tidak boleh disentuh oleh jin..Kemudian sambung baca dan berhenti sekali lagi pada kalimah sadda(سَدًّ)dan doa lagi dalam hati seperti tadi,kemudian habiskan bacaan dan tiup pada ubun-ubun bayi..
PERINGATAN:
-Jadikan ayat2 di atas sebagai amalan harian(bila dah berlaku baru nk baca biasanya tak jadi)
-JANGAN SESEKALI BERJUMPA BOMOH(bila jumpa bomoh biasanya bomoh akan bagi benang hitam dipakaikan ditangan bayi)
Benang hitam itu termasuk tangkal yang diharamkan dalam islam kerana SYIRIK..
Kisah Ulama Dan Jin
Setelah diberi pilihan sama ada mahu keluar atau dipukul dengan terompah imam Ahmad..
Kata Jin yang merasuk gundik Khalifah al Mutawakil itu: “Baiklah aku akan keluar..Kalaulah imam Ahmad perintahkan aku keluar dari Baghdad sekali pun aku akan taat…
Kerana dia(imam Ahmad)seorang yangg taatkan Allah dan
SIAPA YANG TAATKAN ALLAH NESCAYA IA DAPAT MENUNDUKKAN SEGALA-GALANYA….”
Teringat pula kisah ini…
Seorang wanita hamil kerasukan kerana diganggu jin Bidan kampung…
Kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Kelantan…
Tujaan jin Bidan mengganggu wanita itu adalah kerana nak mendapatkan bayi sulong dari wanita tersebut..
Suami wanita tersebut menghubungai bapa mertuanya yang merupakan seorang Ulama soleh yang sangat terkenal di Malaysia..
Bila bapa wanita tersebut sampai sahaja di rumahnya..
Kata jin yang sedang merasuk dalam badan wanita tu..
“KALAU AKU TAHU DIA NI ANAK ENGKAU..AKU TAK KAN KACAU DIA”
Pastu bapa wanita itu pun kasi “sekolah” lah sama itu jin…:))
Bapa wanita itu ialah Prof Tuan Guru Dato Dr Haron Din…hehehe
Betapa powernyee roh dan aura Ulama kita….
Ingat apa kata Jin yang merasuk hamba Khalifah al Mutawakil tentang Imam Ahmad Bin Hanbal..
“SIAPA YANG TAATKAN ALLAH NESCAYA IA DAPAT MENUNDUKKAN SEGALA-GALANYA”
Mari kita pertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..
والعياذ بالله
Tiada ulasan:
Catat Ulasan