Mendekatkan anak ke masjid
Ustaz Abulfaruq Ayip Syafruddin, | 24 Jul 2013 |
“Sesungguhnya saya hendak tunaikan solat. Saya menginginkan solat itu berlangsung lama. Lantas saya mendengar seorang anak menangis, maka saya pun lantas meringkaskan solat saya itu. Khuatir (tangis anak itu) itu membuat galau sang ibu.” (HR. Al-Bukhari)
Hadis di atas menggambarkan betapa Rasulullah SAW merupakan seorang yang penyayang. Sosok yang begitu peduli dan peka dengan lingkungan yang berkembang di sekitarnya. Baginda merupakan sosok yang tidak mengutamakan kepentingannya sendiri. Walau keinginannya yang kuat untuk berlama-lama menunaikan solat, namun saat mendengar seorang anak menangis, beliau merubah keinginannya tersebut. Beliau meringkas solatnya kerana bimbang ibu dari anak itu gelisah tidak menentu. Begitu, penuh lembut, sarat rahmah, sangat peduli dan tidak ingin menyusahkan orang lain, itulah antara keperibadian Rasulullah SAW yang terakam melalui hadis di atas.
Melalui hadis itu pula, terkandung pelajaran bahawa ada orang tua yang mengajak anaknya ke masjid. Tindakan mengajak anak ke masjid tentu saja bukan merupakan larangan. Barangkali ada orang beranggapan, mengajak anak ke masjid hanya akan membuat kacau di masjid. Dengan kekacauan yang ditimbulkan anak, akan menjadikan tidak khusyuknya dalam beribadah. Apakah dengan alasan keinginan khusyuk beribadah lantas melarang anak ke masjid? Tentu, alasan ini perlu dikaji kembali. Memang benar beribadah memerlukan kekhusyukan, ketenangan dan tidak diiringi kekacauan. Namun, bukankah tidak sampai harus mencegah anak dari ke masjid?
Bagaimanapun, anak memiliki hak untuk dekat dan mengenal masjid. Menanamkan pada jiwa anak cinta kepada masjid sebagai tempat ibadah yang mulia harus dilakukan seawal mungkin. Dalam hal ini, sistem pengelolaan dan pengaturan oleh pengurus masjid wajar bekerja sama dengan ibu bapa, harus ada tolak ansur sebaik mungkin. Sehingga, anak tersebut tidak menjadi korban lantaran keinginan beribadah yang khusyuk dan tenang. Dengan susunan yang betul (baris anak-anak di belakang) yang baik, insya-Allah kekhusyukan dan ketenangan beribadah tercapai dan anak pun tidak mesti harus dilarang mendekat ke masjid.
Menanamkan pada diri anak suka mengunjungi masjid merupakan tanggungjawab ibu bapa. Masjid adalah tempat yang mulia, sebuah tempat yang sangat kondusif dalam menumbuhkan kecintaan anak kepada Allah Ta’ala, menanamkan nilai-nilai sosial, kebersamaan, dan tasamuh. Dari masjid, kehidupan beragama pada diri anak disuburkan. Sebuah penanaman moral tingkat tertinggi boleh dirintis dari masjid. Masjid memberi keteduhan bagi hati nan gersang.
Dekatkan anak-anak kita dengan masjid. Biarkan jiwanya tumbuh dan tergantung kepada masjid. Sungguh, sebuah kenyataan yang tidak menyeronokkan hati kala masjid banyak dibangun namun tidak dimakmurkan kaum muslimin. Akhirnya, masjid menjadi bangunan tidak bermakna. Apalagi anak-anak, orang tua pun enggan melangkahkan kakinya ke masjid. Sebuah kenyataan di beberapa tempat yang harus diubah tentunya. Semoga dari masjid lahir generasi muslim yang hebat dan mampu menghadapi kehidupan zaman yang semakin terdorong hawa nafsu.
http://www.salafy.or.id/
Zakat Fitrah dan Ramadhan
Raja Nurul Ain Binti Raja Yacob, |
Maksud Zakat Fitrah
Zakat dari sudut bahasa ialah tumbuh dan bertambah. Harta yang dibayar sebagai zakat, ia sebenarnya menumbuh dan menambahkan lagi harta yang dimiliki oleh pembayar tersebut. Fitrah dari sudut bahasa ialah terbelah. Ada pun dari sudut syari‘at, maka Zakat Fitrah ialah harta yang wajib dibayar pada penghujung bulan Ramadhan. Demikian penerangan ringkas daripada kamus-kamus bahasa Arab dan kitab-kitab fiqh. Zakat fitrah juga dikenali dengan nama-nama lain, iaitu sedekah fitrah, zakat Ramadhan, zakat puasa, sedekah puasa dan sedekah Ramadhan.
Dalil Zakat Fitrah
‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍعَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّوالذَّكَرِ وَالأُنْثَىوَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanakkanak atau dewasa. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hukum Zakat Fitrah
Jumhur ilmuan berpendapat bahawa hukum zakat fitrah ialah wajib. Zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kirasama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba.
Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:
1. Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”
2. Manakala Mazhab Qadim (lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari Raya Pertama.”
3. Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah dari kalangan umat Islam.”
4. Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri. Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.
5. Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:
أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِوَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ.
Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, daripada orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.”
Waktu membayar zakat fitrah
Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan.
Sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Sabda Rasulullah SAW.:-
“من أداها قبل الصلاة فهي ذكاة مقبولة ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات."
Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa).” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Kadarnya
Secupak daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.
Raja Nurul Ain Binti Raja Yacob masih merupakan pelajar tahun akhir sebuah IPTA

Warga Kuala Besut, nantikan limpahan pembangunan
Dr Azman Ibrahim, | 24 Jul 2013 |
Pertama sekali tahniah kepada warga Kuala Besut atas pilihan anda semua. Nyata dan jelas sekali BN masih di hati pengundi Kuala Besut.
Pada PRK Kuala Besut hari ini, calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long mendapat 5,696 undi sementara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi.
Walaupun rata-rata pengundi yang sempat saya temui sepanjang tempoh kempen mengakui ketinggian budi, keluhuran peribadi calon PAS, tetapi… saya nukilkan beberapa dialog yang dilalui sendiri sepanjang 12 hari kempen PRK Kuala Besut dengan masyarakat setempat.
“Mok cik ni jak zaman ritu lagi pakoh dacing, lagu mano pun mok cik dok leh tukar, hok awe royat tu comey blako doh, tapi nak wat guano, mok cik dok leh pakoh hok lain dari dacing..”
“Calon Pas ni kito kenal, ore baik, jjuruh, suko tolong ore. Tapi gak ambo dok tukar dengan dacing walau mari malaikat pun…”
“kawe ni ore susah, mmikir setakat nak makan anok beranok loo jah! Sapo hok buleh wi pitih, hok tu kawe undi..”
“Mintak maaf laa awe weehh… anok-anok ambo sekoloh ramai lagi, kan keno tarik bantuan, dok berasap laa dapur ambo…”
Apa yang cuba saya nukilkan di atas adalah sedikit gambaran cara berfikir warga Kuala Besut. Ternyata slogan ‘16:16 Terengganu Baru’ sedikit pun tak berbekas di hati pengundi yang digambarkan hasilnya dengan peningkatan majoriti kemenangan BN.
Ternyata orang Kuala Besut bukanlah idealis dan boleh dipengaruhi dengan isu-isu walaupun apa yang kita bawa adalah isu setempat yang mampu dipandang dan ‘dikelih’ oleh mata kasar.
Mereka lebih memikirkan survival hidup hari ini, esok dan seterusnya… ‘nok wat make loo’ ikut istilah orang Besut. Mungkinkah idea-idea yang kita sepanjang kempen bawa tak mampu dihadam dengan baik oleh mereka?
Seorang teman seperjuangan menitipkan mesej, “bersabarlah wahai para pejuang. Kita bukan berlawan dengan Umno/BN, tetapi kita berhadapan dengan gerombolan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dengan segala macam machinery, money and media. ‘Habih tea’ ikut istilah orang Besut.
Saya mengakui kebenaran kata-kata sahabat ini. Apakah kemenangan dengan cara ini bermaruah? Aaah! Persetankan istilah maruah dan integriti. Dengan wang dan kuasa, segalanya mungkin.
Nyata dengan janji pembangunan yang tak pernah dilihat oleh mata, orang Kuala Besut akan memahat sejarah mencipta tamadun! Muara Sungai Besut akan bertukar menjadi gerbang pelancongan antarabangsa dengan peruntukan RM250 juta.
Empangan baru Pengkalan Nangka RM35 juta. Sekolah Menengah Alor Peroi, rumah pangsa mampu milik Tok Saboh serta pelbagai lagi projek pembangunan.
Diharap selepas ini Lebuhraya Pantai Timur akan disambungkan terus ke Kuala Besut. Peruntukan hampir RM400 juta untuk sebuah Dun sekecil Kuala Besut dengan hanya lebih 17 ribu pengundi adalah suatu limpahan yang hebat.
Tahniah sekali lagi warga Kuala Besut. Diharap tempiasnya akan mengalir sedikit sebanyak ke Jabi dan tentunya warga Pasir Puteh yang bersepadan juga berminat untuk tumpang sekaki.
Seorang teman di Besut sempat melahirkan ‘kebimbangannya’ “Lagu tu punyo janji, ambo bimbe kawasan lain pun turut buat semayang hajat, mintok tok wokil dia mati awal…” saya hanya mampu tersenyum. Selamat menempuh baki 15 hari lagi dari bulan Ramadhan al Mubarak.
Himpunan kutuk rampasan kuasa Mesir 26 Julai
Harakahdaily, | 24 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Ummat bersama Rakyat Mesir mengutuk rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi 26 Julai ini.
“Himpunan ini dianjurkan bersama antara DPPM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.
Himpunan itu, katanya akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di lokasi berhampiran.
Kenyatan beliau seterusnya.
Himpunan Solidariti ini akan dipimpin oleh Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua DPPM, Ustaz Nik Mohamad Abduh (timbalan), Dr Raja Ahamd Al Hiss (naib) dan lain-lain lagi. Selain mereka, turut akan hadir adalah pemimpin-pemimpin tertinggi NGO.
Himpunan ini bertujuan menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad Morsi yang digulingkan secara kudeta oleh tentera negara tersebut.
Ia juga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan biadap tenter Mesir melakukan rampasan kuasa dengan bertindak kasar terhadap penunjuk perasaan.
Dilaporkan beratus umat Islam menemui syahid akibat ditembak dengan peluru hidup oleh rejim tentera Mesir ketika mereka mengadakan bantahan.
Sesungguhnya mesej jelas yang ingin disampaikan adalah umat Islam di Malaysia bahkan rakyat seluruhnya menolak tindakan biadap anti demokrasi yang dijalankan oleh rejim tentera Mesir.
Kerajaan kudeta Mesir mesti berdamai dan berundur dengan segera dengan kepemimpinan negara tersebut dipulangkan kembali ke pangkuan Presiden Dr Mohammad Morsi yang sah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya di negara itu.
Rakyat Malaysia juga menolak campurtangan secara langsung atau tidak langsung dari kerajaan Ameriksa Syarikat, Israel, Arab Saudi dan lain-lain negara dalam konflik di Mesir. Sebarang campurtangan akan mengeruhkan keadaan dan boleh menyebabkan krisis ini menjadi semakin parah.
Himpunan Solidariti sejuta ummah ini diadakan bersempena dengan semarak Ramadhan, ketika umat Islam menyambut hari Nuzul Qur’an pada 17 Ramadhan, mengenang kembali peristiwa penurunan Al-Qur’an.
Ia menjadi simbolik pemangkin semangat umat Islam berkorban dan berjihad bagi mengembalikan izzah umat Islam yang tercalar.
Umat Islam menangisi kesyahidan sejumlah aktivis dan pemimpin ikhwan yang terkorban dalam aksi luar kemanusiaan yang dilakukan oleh junta tentera Mesir.
DPPM mengharapkan seluruh umat Islam yang prihatin akan turun hadir berhimpun bagi menyatakan sokongan dan bantahan ini dan dijangkakan jutaan umat Islam seluruh dunia akan turut berhimpun bagi melaungkan slogan dan kalimah yang sama.
Hanya Allah yang membantu dan memenangkan umat Islam.
Suspek ke-4 kematian dalam tahanan dakwa tak bersalah
VIDEO l 1.55 minEKSKLUSIF Inspektor S Hare Krishnan, suspek keempat kematian dalam tahanan - N Dhamendran - mendakwa tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes tersebut untuk "melindungi pihak-pihak tertentu."
Ini didedahkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Hare Krishnan pada 1 Jun - sembilan hari selepas kematian Dhamendran pada 21 Mei 21, dan dua minggu sebelum inspektor polis itu menyembunyikan diri.
Laporan tersebut, yang diperolehi oleh Malaysiakini, mendakwa bahawa Hare Krishnan tidak pun berada di lokap di Dang Wangi pada hari Darmendran meninggal dunia.
Dhamendran (kanan), 31, ditemui mati di dalam lokap polis 10 hari selepas dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api.
Polis pada mulanya mendakwa bahawa dia telah meninggal dunia akibat kesukaran bernafas. Bagaimanapun, bedah siasat mendapati dia mengalami 52 kecederaan, termasuk dikokot di telinganya.
Dalam laporan polis, Hare Krishnan mendakwa telah menerima arahan dari pegawai atasannya pada 21 Mei untuk "melepaskan dan menangkap semula" Darmendran semasa dia sedang makan tengah hari di sebuah restoran di Cheras selepas menemui seorang mangsa kes tembak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Inspektor itu berkata dia kemudiannya mengarahkan anggota bawahannya untuk berbuat demikian, tetapi kemudian mendapati penangkapan semula Dhamendran telah dilakukan dengan menggunakan pengenalannya (Hare Krishnan) tanpa persetujuannya.
Dia mendakwa bahawa pegawai membuat laporan penangkapan itu menggunakan ID PRS miliknya tanpa kebenarannya.
Dia juga mendakwa dalam laporan itu yang menyatakan bahawa dia terus pulang ke rumah selepas makan tengah hari kerana dia perlu membuat satu lagi serbuan pada malam hari itu.
Dia telah diberitahu tentang kematian Dhamendran pada jam 4.30 petang hari tersebut.
Hare Krishnan mendakwa bahawa terdapat juga arahan untuk memasukkan namanya dalam diari lokap, sesuatu yang juga didakwanya dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenarannya.
Dia mendakwa bahawa semua catatan tentang dirinya dalam diari lokap adalah tidak benar dan telah dilakukan untuk mengaitkan dirinya dan melindungi pihak-pihak tertentu.
Polis mengesahkan laporan
Menurut Hare Krishnan, dia tidak pernah "menyentuh atau memukul" Dharmendran pada hari itu, dan mendakwa dia tahu siapa yang "memukulnya dan siapa yang berada di sana dan siapa yang tahu tentang hal itu".
Dia mendakwa hanya mendapat tahu tentang arahan soal siasat (ke atas Dhamendran) apabila dia tiba di pejabat padajam 5.45 petang hari yang sama.
Laporan Hare Krishnan dibuat di balai polis Brickfields pada pukul 7 malam pada 1 Jun.
Walaupun laporan itu dibuat di bawah balai polis Dang Wangi, ia sebaliknya disiasat oleh balai polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi KiniTV, polis mengesahkan mengenai laporan Hare Krishnan itu.
Bagaimanapun, KiniTV diberitahu bahawa pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk menyiasat laporan itu bekerja untuk Unit D9, yang secara kebetulan unit yang sama di mana Hare Krishnan bertugas.
Hare Krishnan kini menyembunyikan diri, dan polis mengeluarkan gambarnya Selasa lalu dalam usaha bagi mendapatkan bantuan orang ramai untuk mengesannya.
Pihak polis telah mendakwa bahawa dia gagal datang bertugas sejak 15 Jun.
Tiga suspek lain - anggota polis Jaffri Jaafar, 44; Mohd Nahar Abd Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32 - telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Dhamendran pada 5 Jun.
[Baca berita penuh]
1. Kes Dhamendran: Polis dedah identiti suspek keempat
2. Suspek ke-4 kes Dhamendran masih diburu
6. Tiga anggota polis dituduh bunuh Dhamendran
Syukur Malaysia aman, tidak ada peperangan
http://kerabubersuara.blogspot.com, | 22 Jul 2013 |
Assalamualaikum! Syukur Malaysia Aman, Tidak Ada Peperangan!
July 22, 2013
Polis rampas 5 senjata api
Kota Bharu: Polis Kelantan berjaya merampas lima pucuk senjata api, termasuk pistol dan rifel M16 dalam usaha membanteras jenayah kekerasan menggunakan senjata berbahaya itu sejak Januari lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kejayaan itu adalah satu pencapaian membanggakan sekali gus membuktikan pihak polis sentiasa komited menjalankan tugas mencegah jenayah.
Baca lagi
Gambar Anwar Ibrahim tersebar lagi... saksikan!
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 20 Jul 2013 |
Apabila Najib dan Rosmah telah diberitakan pada sekitar November
tahun lalu berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan Haji maka
gegak gempitalah isu ini dimainkan oleh pencacai-pencacai UMNO baik di
Blog mahupun FaceBook.
Kononnya bagi mereka tindakan Najib dan Rosmah itu adalah bukti betapa luhur dan sucinya hati Najib sebagai seorang pemimpin, kononnya lagi bagi mereka ini sebagai bukti bahawa disebalik berita-berita yang disampaikan oleh berbagai media alternatif tentang keburukan dan salah laku Najib, beliau masih berani ke Mekah.
Maka dengan itu mereka mula menyindir Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim, kononnya kata mereka Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah.
Antara tohmahan yang dilemparkan ialah: "Bilalah agaknya Anwar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?"
Itulah.. bila mereka hanya berkiblatkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai bahan bacaan, bukan sahaja mereka malah ramai yang tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim telah berangkat ke Kota Suci Makkah untuk menunaikan Umrah sebanyak dua kali.. sila baca di ( SINI )
Bagaimanapun tiada sebarang rakaman gambar yang dapat memuaskan hati macai-macai UMNO..
Aku pernah meminta rakaman gambar beliau di Mekah tapi Anwar kata dia tak ada gambar di Mekah tu untuk menyokong hujjah..
Tapi bagi kali yang ke tiga beliau ke Umrah ini.. (dah selesai jumaat lalu).. ada gambar membuktikannya..

[GAMBAR] Kahwin Abby Abadi Dan Suami Barunya Farhan Yang Awesome!!
Kaki Sembang, | 22 Jul 2013 |
Barakallah lakuma,wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fie khair. Tahniah diucapkan ke atas Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan atas pernikahan beliau baru-baru ini di Thailand dengan jejaka bernama Farhan atau nama penuhnya Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang berusia 24 tahun jauh lebih muda darinya.
Klik untuk baca penuh.
Ingatkan Umno BN dah terlupa program standard PRK
http://cenangau.blogspot.com, | 22 Jul 2013 |
Ingatkan Umno BN dah terlupa dengan program standard depa sempena PRK..
Atau pun mungkin Umno BN dah sedar kut yang program menipu kata ada
orang PAS masuk Umno ni tak menguntungkan Umno BN, pasainya kalau
menipu atau berlakon memang kompom orang tempatan lebih maklum yang
tentunya merugikan Umno BN.
Utusan melaporkan:
BESUT 21 Julai - Kira-kira 200 penyokong Pas dari sekitar Kuala Besut dekat sini mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).
Mereka merupakan pemimpin serta anggota Jemaah Al-Ehsan Islamiah Malaysia gabungan Kuala Besut-Kelantan yang diketuai Zakaria Salleh, 58.
Kesemua mereka berjanji untuk memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Ab. Rahman, sekali gus memastikan BN mengekalkan kuasa bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rabu ini. - Utusan.
Aku yakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang pelik dengan PRK Kuala Besut ni yang takdak majlis ahli dan penyokong PAS masuk Umno. Memang tak pernah terjadi dalam sejarah kut PRK takdak program macam tu.
Betul atau tak betul memang ada ahli dan penyokong PAS berpaling sokong Umno tu cerita lain dan memang Umno BN pun tak boleh nafikan yang sebelum ni memang ada yang cuma berlakon kononnya sebagai ahli PAS sebelum istihar masuk Umno.
Akhirnya semalam, tradisi tu berulang di PRK Kuala Besut, walaupun agak lambat tapi kira ok la, masih ada penyokong PAS yang sanggup berpaling arah.
Cuma yang aku mushkilnya pasai apa kali ni Utusan gunakan tajuk "200 penyokong Pas Kuala Besut isytihar sokong Barisan Nasional" tak macam selalu, selalunya ahli dan penyokong PAS masuk Umno. Takkan kut takdak Ahli PAS Besut yang berjaya Umno 'beli' untuk masuk Umno.
Malah Utusan juga melaporkan:
Zakaria yang secara rasmi pernah sekejap menyertai Pas pada Mei lalu berkata, beliau menolak Anwar kerana pemimpin PKR itu seorang pendendam dan gila kuasa. - Ibid.Tak pasti pulak aku apa makna "secara rasmi pernah sekejap menyertai Pas", satru ayat yang mengundang seribu persoalan.
Kalau betul takdak ahli PAS Besut yang masuk Umno untuk PRK kali ni kira hebat la PAS Besut berbanding kawasan-kawasan lain yang ada PRK sebelum-sebelum ni.
Atau pun mungkin Umno BN dah sedar kut yang program menipu kata ada orang PAS masuk Umno ni tak menguntungkan Umno BN, pasainya kalau yang masuk tu 'orang hebat' tentu orang tempatan yang juga pengundi lebih kenal dan kalau menipu atau berlakon memang kompom lebih merugikan Umno BN dari segi persepsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan