Rabu, 17 Julai 2013

NAMA KUIH ...BADAK BERENDAM....TAHI ITIK....AMPAM BALIK@PULANG

Bak Kut Teh Halal di Karnival Makanan 1Malaysia
Posted on Wednesday, July 17 @ 05:35:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Bagaimana pula dengan Hot Dog, Hamburger, BabiQ, Tahi Itik?

KUALA LUMPUR - Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

"Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengenalan bak kut teh halal kepada para pengunjung Karnival Makanan Malaysia 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Antara ramuan yang digunakan termasuklah ayam, makanan laut dan sayur-sayuran bagi menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Marriot, Zaffar Abdul Samad, ketiga-tiga hidangan itu dijamin 100 peratus halal dari segi ramuan dan bahan-bahan.

utusan.com.my"


 BONGKAR!!! Siapa Pembekal Dakwat Kekal Yang Tak Kekal?
Posted on Wednesday, July 17 @ 05:26:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: matuse68

"Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. Hari ini sekali lagi Rafizi Ramli membongkarkan isu penyelewengan, kali ini mengenai isu pembekal dakwat kekal yang tak kekal.

Perbahasan sebentar tadi saya telah maklumkan kepada Parlimen bahawa individu yang didakwa mendapat kontrak membekalkan dakwat kekal adalah Mohamed Salleh Mohamed Ali 671112-66-5021.



INTEGRATED CHALLENGER (M) SDN. BHD.
Address: No. 44A & 44B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Sek 9, Shah Alam, Selangor, 40100
Phone number: +60 (0)3 7957-1333

Terkejut dakwat tidak kekal? Dia adalah kenalan rapat kepada pimpinan tertinggi SPR.

Info terkini layari: IniKalilah..."


 Tugas baru Bomba Malaysia.
Posted on Tuesday, July 16 @ 19:04:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: tokpepijat

"

Tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat :
i) Padamkan kebakaran di seluruh negara.
ii) Tangkap ular dan bakar sarang lebah dan tebuan di seluruh negara.
iii) Mengendalikan kemalangan di seluruh negara.
iv) Mencari mangsa lemas air di seluruh negara.

 dan tugas tambahan terkini :

Bina semula rumah terbakar dalam masa 10 hari di Kuala Besut sahaja.

Tugas baru Bomba Malaysia.

 AWAS : Makhluk Asing turun di ............?
Posted on Tuesday, July 16 @ 17:16:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Jangan fikir Santa Claus wujud 25 Disember sahaja
Jangan fikir Santa Claus ada musim salji sahaja
Jangan fikir Santa Claus turun di New York,London,Born dan Seoul sahaja
Jangan fikir Santa Claus bawa hadiah untuk kanak-kanak sahaja


Segalanya Malaysia Boleh!!

Pelik tapi Ajaib
Kini Santa Claus
ada di bulan puasa
ada di musim hujan
ada di Kuala Besut
dan bawa hadiah besar-besar....
projek rumah, projek ayam dan "pitih bapok-bapok" sebesar bot-bot nelayan.

Sekali pandang macam Santa Claus
Dua kali pandang macam Dajal !!

AWAS : Makhluk Asing turun di ............?"


 Bacalah. Kenali Wira Islam Salahudin Al Ayubi
Posted on Tuesday, July 16 @ 17:12:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: mr_zaxx

"Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu | Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia (LINK). Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam...

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

Hurm..

Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..

Bila??

Suatu Masa Dulu…..

“”"”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”"”

kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?

Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin….

Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.

Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.

Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..

Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..

Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku

Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.

Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..

Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..

Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.

Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan


27 Safar, 589H

Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22)

Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

“Memang Benar”

Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:

“Sekarang aku datang semula ke sini.”

Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu,

1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata

” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”

Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam

Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?

astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…

Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..

Aku menggelengkan kepala…

mungkin ini generasi Salahuddin Al-Ayubi??
hurm..
generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~

kisahbest.my"


 eResipi : Lompat Tikam
Posted on Tuesday, July 16 @ 14:00:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog eresipi.com

Lompat Tikam

Jom masak!! - Huraian Resipi

Kalau terasa nak buat, nak makan lebih berselera, jom buat lompat tikam leleh!!



BAHAN-BAHAN

Kuih

- 300g tepung beras,diayak

- 150g tepung gandum, diayak

- 1.1l air

- 250ml air kapur jernih, diperah daripada 5 helai daun pandan yang ditumbuk halus-halus dan diramas dengan 250ml air

Air gula

- 220g gula perang

- 44og gula pasir

- 750ml air

Kuah santan

- 600ml santan pekat, diperah daripada 1 biji kelapa parut bersama 550ml air

- 50ml air

- ½ sudu teh garam

CARA-CARA

Cara memasak kuih

1. Semua bahan kuih dibancuh dalam periuk dan kacau di atas api sederhana.

2. Setelah bancuhan menjadi agak pekat dan berkilat, tuang ke dalam bekas atau acuan berukuran 20x20cm yang telah disejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

3. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Cara memasak air gula

1. Semua bahan air gula dibancuh dalam periuk dan masak di atas api sederhana hingga pekat.

2. Tapis ke dalam mangkuk dan ketepikan.

Cara memasak kuih santan

1. Semua bahan kuah dimasukkan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga masak dan mendidih.

2. Setelah masak, ketepikan dahulu.

Cara menghidang

1. Letakkan kepingan kuih yang telah dipotong ke dalam mangkuk-mangkuk kecil.

2. Tuang kuah santan ke atas kuih dan tambah dengan air gula.

Resipi yang dipopularkan Chef Ismail, kredit untuk Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumber: eresipi.com


 Mereka tetap suci dan "maksum" !
Posted on Tuesday, July 16 @ 14:04:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tokpepijat

"Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.

"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi," katanya.

Buat sekian halnya,SPR di bawah Aziz dan Wan Ahmad "tetap suci lagi murni" dari segala kesilapan dan kecuaian yang memungkinkan mereka berdua boleh pegang jawatan dalam SPR hingga ke penghabisan umur.

Selepas syarikat dakwat di"kambing hitamkan" SPR, kini tiba giliran POS Malaysia pula jadi mangsa SPR.

Walaupun dalam jumlah undi yang kecil menyebabkan undi tidak dapat dikira,ianya menunjukkan betapa "cekap dan hebat"nya SPR mengendalikan Pilihanraya Umum !

Dapat bujet RM400 juta dari kerajaan untuk urus PRU 13, tetapi SPR mengendali PRU bertaraf dunia ketiga.

Elok selepas ini Kerajaan serah kepada JKKK untuk mengendalikan PRU.

Mereka tetap suci dan "maksum" !"



 GEMPAR!!! Setiausaha Parlimen Australia Dikecam Pasal Al Quran
Posted on Tuesday, July 16 @ 11:42:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: matuse68

"SETIAUSAHA PARLIMEN AUSTRALIA, ED HUSIC Dikecam kerana bersumpah menggunakan Al Quran sewaktu perlantikan beliau.

Menteri Muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur kerajaan Australia, diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.

“Saya adalah saya,” kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Kevin Rudd pada hari Isnin.

“Jelas Saya tidak akan bersumpah menggunakan kitab Injil ” Ujarnya.

“Tapi saya juga berfikir bahwa anda pasti akan memiliki, dari waktu ke waktu, di sekeliling anda ada orang-orang yang ekstrim, ada orang-orang ekstrim di dalam agamanya dan ada orang-orang yang ekstrim di luar itu dan mereka akan selalu mencari cara-cara untuk mempengaruhi orang lain. ” katanya.

Husic, yang berasal dari Bosnia, adalah Muslim pertama yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Australia. Beberapa jam setelah ia mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce, di halaman Facebooknya, beliau telah menerima ratusan komen-komen dari mereka yang marah dan tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menggunakan Al-Quran, dan bukan Kitab Injil seperti kebiasaanya yang digunakan untuk mengangkat sumpah.

[Baca seterusnya...]"

 

Tiada ulasan: