Mangsa trauma, tidak lagi sentuh mercun
Namun, Zaidah berkata, Mohd Shafiq tetap mahu mendekati kanak-kanak yang bermain mercun.
“Kadang-kala ada juga dia pergi ke tempat rakannya bermain mercun berhampiran rumah dan cepat-cepat melarikan diri sebaik mercun yang dicucuh itu meletup kepada takut kejadian sama berulang,” katanya.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi 5 Ogos tahun lalu, Mohd Shafiq hampir putus jari tengah dan jadi manis apabila mercun bola yang dipegangnya dicucuh seorang rakan dan meletup di tangan.
Berikutan kejadian itu, kakaknya, Nor Ayuni Ramlee, 17, yang terdengar bunyi letupan mercun dan disusuli jeritan kuat Mohd Shafiq sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Mohd Shafiq dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) dan bersyukur dua jarinya hanya cedera.
Zaidah berkata, anak kelapan daripada sembilan beradik itu sebelum kejadian, gemar bermain mercun terutama pada musim perayaan hingga duit raya dihabiskan untuk tujuan itu.
Katanya, beliau sendiri kerap melarangnya, tetapi Mohd Shafiq berdegil.
“Aidilfitri tidak lama lagi, saya rasa tenang apabila Mohd Shafiq dan tiga lagi anak tidak bermain mercun kerana bimbang bahaya,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shafiq mengakui masih takut bermain mercun kerana tangan masih sakit selepas kejadian mercun bola meletup di tangannya tahun lalu.
Aiman serik main mercun
Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, kini telah dibenarkan pulang setelah mendapat rawatan selama tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Bagaimanapun dia masih perlu melakukan rawatan susulan bagi mengelak sebarang jangkitan kuman di bahagian mukanya.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka mercun buatan itu akan meletup ketika dia ingin mengeluarkan serbuk belerang di dalam meriam paip itu.
“Saya memang tak sangka, bila saya masukkan kayu untuk keluarkan belerang, meriam itu terus meletup,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Bersatu, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Kebajikan Umno Baling, Noor Azman Ramli; wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Haslina Hambali dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Taman Bersatu, Zoawe Ahmad
Katanya, dia tidak membuat meriam paip itu, tetapi sekadar ingin bermain bersama rakan-rakannya.
“Orang lain yang buat, saya tak tahu macam mana depa buat, tapi kawan saya cakap, depa ambil besi terpakai untuk buat meriam itu.
“Saya pun cubalah main, tapi tak sangka akan jadi begini,” katanya.
Sementara itu ayahnya, Jamsari Ismail, 37, berkata, doktor mengesahkan kebakaran itu hanya di bahagian kulit muka anaknya.
“Bahagian mata tak ada masalah, mungkin masa kejadian, dia (anak) sempat tutup mata, kalau tidak mungkin lagi teruk.
“Bagaimanapun, rawatan susulan perlu dibuat, 18 Julai ini kena berjumpa doktor pakar untuk periksa kecederaan lain pula,” katanya.
Mohd Aiman yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Putera itu kini mendapat cuti selama 18 Julai dan kemungkinan akan disambung sekiranya perlu menjalani rawatan doktor.
Jamsari berkata, dia bersyukur kerana anaknya itu telah dibenarkan pulang dan berada dalam keadaan stabil.
Kerani jual mercun, bunga api dari rumah dicekup
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun itu didapati menjual mercun dan bunga api dari rumahnya sejak kira-kira seminggu lalu menggunakan telefon bimbit.
“Suspek ditahan pada Sabtu lalu dan kita turut merampas 15 jenis mercun yang disorokkan di dalam bilik stor rumahnya.
“Nilai rampasan kira-kira RM10,000 dan dianggarkan dapat dijual dengan keuntungan tiga kali ganda sehingga RM30,000.
“Suspek didapati beroperasi menjual mercun dan bunga api tanpa lesen dan bergiat aktif menjual dari rumah kira-kira seminggu lalu untuk pasaran penduduk tempatan,” katanya dalam sidang media, semalam.
Dalam pada itu katanya, hasil pemeriksaan mendapati suspek mendapat bekalan dari orang tengah melalui pasaran gelap dan polis sedang giat mengesan pihak yang terbabit dalam sindiket itu.
Noor Hashim berkata, suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Diberkas edar mercun di masjid
Wanita terbabit yang berusia lingkungan 40an bersama seorang anak gadisnya, 19, ditahan polis ketika sedang menunggu pelanggan di pekarangan Masjid Sungai Udang kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.
Pemeriksaan lanjut polis menemui sejumlah mercun pelbagai jenis dalam kereta pelbagai guna jenis Toyota Alza dinaiki tiga suspek tersebut.
Siasatan awal polis mendapati dua beranak yang difahamkan berasal dari Dungun itu bersama seorang lagi suspek lelaki dipercayai menyewa kereta berkenaan untuk mengambil bekalan mercun di kota Bharu, Kelantan.
Suspek yang baru tiba dari Kota Bharu ketika ditahan dipercayai sedang menunggu kehadiran pelanggan untuk mengambil bekalan mercun di pekarangan Masjid Sungai Udang.
Bagaimanapun polis yang mendapat maklumat berkaitan aktiviti pengedaran mercun yang didalangi warga tempatan itu mengadakan serbuan ke lokasi tersebut dan berjaya menahan tiga suspek disyaki.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor memaklumkan, kesemua mercun yang dirampas bernilai kira-kira RM5,000 dan ia dipercayai untuk dijual pada Ramadan menjelang Aidilfitri nanti.
“Suspek kini disiasat mengikut seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara," katanya.
Menurutnya, tangkapan tersebut merupakan kali pertama pada musim Aidilfitri kali ini dan pihaknya akan meneruskan lagi operasi membanteras penjualan mercun haram di sekitar daerah Dungun.
3 sekawan cuba seludup mercun gagal
Abdul Muin Muizz Abd Aziz, 21; Mohd Ridwan Razali, 25, dan Ridhzwan Yahya @ Kamarudian, 25, dijatuhi hukuman denda RM2,500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Jika gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan, hukuman penjara tiga bulan akan dikenakan.
Kesemua keputusan itu dibuat majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas mereka mengaku bersalah pada 22 Julai lalu, lebih kurang jam 7.35 malam, di Jalan Kampung Pulau Duyong Besar, di sini, telah didapati di bawah kawalan bahan letupan iaitu pelbagai jenis mercun.
Mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala kesemua mereka tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota polis Marin telah menahan sebuah kereta jenis Proton Saga 1.3, berwarna putih dinaiki tiga lelaki yang didapati dalam keadaan mencurigakan.
Hasil risikan dan pemeriksaan polis menjumpai 60 bungkusan mercun bola; sembilan kotak mercun mancis dan lima kotak mercun Happy Boom yang disorokkan di dalam but kereta.
Kerani jual mercun, bunga api dari rumah dicekup
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun itu didapati menjual mercun dan bunga api dari rumahnya sejak kira-kira seminggu lalu menggunakan telefon bimbit.
“Suspek ditahan pada Sabtu lalu dan kita turut merampas 15 jenis mercun yang disorokkan di dalam bilik stor rumahnya.
“Nilai rampasan kira-kira RM10,000 dan dianggarkan dapat dijual dengan keuntungan tiga kali ganda sehingga RM30,000.
“Suspek didapati beroperasi menjual mercun dan bunga api tanpa lesen dan bergiat aktif menjual dari rumah kira-kira seminggu lalu untuk pasaran penduduk tempatan,” katanya dalam sidang media, semalam.
Dalam pada itu katanya, hasil pemeriksaan mendapati suspek mendapat bekalan dari orang tengah melalui pasaran gelap dan polis sedang giat mengesan pihak yang terbabit dalam sindiket itu.
Noor Hashim berkata, suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Mercun, bunga api dirampas
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar, Asisten Superitendan Nordin Osman berkata, serbuan kira-kira jam 8 pagi itu merupakan hasil risikan dan maklumat orang awam.
Menurutnya, rumah yang disewa daripada penduduk kampung itu dijadikan sebagai stor atau tempat penyimpanan mercun dan bunga api sejak beberapa hari lalu.
“Kita terpaksa memecah masuk dan pemeriksaan dalam rumah mendapati mercun dan bunga api itu diletakkan dalam kotak besar di bahagian tengah rumah.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemui 12 jenis mercun dan bunga api termasuk daripada jenis Bola Merdeka dan AP Boom disimpan di situ.
"Semua 262 bungkus kecil itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di Pengkalan Gerakan Marin Wilayah 2 Muar, dekat sini semalam.
Nordin berkata, rampasan itu merupakan yang pertama bagi Ramadan kali ini dan suspek didapati mengubah modus operandi masing-masing dengan menyimpan barangan larangan itu di rumah sewa.
“Sebelum ini kita dapati ia lebih tertumpu kepada kegiatan menyimpan di tapak semaian atau nurseri.
“Kita percaya semua mercun dan bunga api itu mahu dijual kepada peruncit di sekitar Parit Jawa hingga ke Semerah, Batu Pahat.
"Kita juga menemui resit pembelian yang mencatatkan transaksi bernilai lebih RM6,000,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang tangkapan terhadap suspek dilakukan dan pihaknya masih menyiasat pemilik sebenar rumah berkenaan berserta penyewanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun berserta denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Hanya mercun, bukan bom
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin berkata, pihaknya ada menerima dua laporan mengenai kejadian itu dan sedang menjalankan di kedua-dua tempat kejadian.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan namun polis sudah mengenal pasti bahawa letupan itu adalah berpunca daripada mercun yang dibaling bukannya bom.
"Kita percaya ia ada hubung kait dengan upacara keagamaan kaum Cina apabila ada pihak tidak bertanggungjawab melontar mercun ke rumah penduduk berdekatan.
"Laporan dibuat berikutan terdapat kesan terbakar di pintu kedua-dua rumah setinggan dan flat itu. Kejadian berlaku awal pagi tadi (semalam) dan kes sedang disiasat," katanya kepada media selepas merasmikan Program Kepolisan Berprofil Tinggi di Perumahan SP Setia di sini hari ini.
Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Dalam perkembangan lain, Hatta berkata, sekumpulan penyamun warga Indonesia yang aktif di sekitar Sungai Ara dengan menyasarkan rumah di tepi hutan dan bukit sebagai sasaran sudah menukar lokasi mereka berikutan polis melakukan pengawasan penuh di kawasan berkenaan.
Menurutnya, sejak tiga kes dilaporkan di kawasan berkenaan, polis mengawasi setiap malam bermula jam 12 tengah malam sehingga subuh bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.
"Selepas melakukan pengawasan di kawasan yang dikenalpasti, kita dapati tiada kes dilaporkan selepas itu. Bagaimanapun, mereka didapati menukar lokasi mereka ke Batu Feringghi dan bulan lalu, kita terima satu laporan daripada penduduk berhubung kes rumah mereka dipecah masuk," katanya.
Menurutnya, kumpulan itu tidak membawa senjata sebaliknya menggunakan senjata yang diletakkan di luar rumah yang mereka sasarkan.
"Mereka memakai topeng ketika melakukan kegiatan itu namun tidak bersenjata. Mereka guna apa saja senjata yang diletakkan di bahagian luar rumah.
"Oang ramai jangan sesekali meletakkan pisau, cangkul atau senjata tajam lain di luar rumah kerana ia akan menyenangkan penjenayah melakukan kekerasan ketika rumah dipecah masuk," katanya.
Terdahulu, polis menjalankan satu operasi khas bagi mengesan sekumpulan penyamun warga Indonesia yang aktif memecah masuk rumah penduduk sekitar kawasan Sungai Ara.
Kumpulan yang masih aktif dan terdiri daripada tiga hingga empat orang itu melakukan pelbagai taktik licik untuk menyamun yang menyasarkan rumah di pinggir bukit dan berhampiran hutan sebagai sasaran. Polis melancarkan Ops Rantau Khas bagi menjejaki kesemua penyamun itu yang aktif sejak bulan lalu.
Amaran kepada penjual mercun
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad berkata, pihak polis akan bertindak tegas bagi membanteras kegiatan jual beli mercun di daerah itu.
Tambah beliau, sehingga kini pihaknya tidak pernah mengeluarkan permit kebenaran bagi menjual mercun di daerah berkenaan.
“Penjualan mercun memang tidak dibenarkan sama sekali. Jika serbuan dilakukan, semua mercun yang dijual akan dirampas.
“Jika mereka terbukti bersalah, kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya lagi, pihak polis juga akan mengambil tindakan kepada mereka yang bermain meriam buluh di sekitar Kuala Kangsar.
Menurutnya, setiap tahun anggotanya akan melakukan operasi membanteras kegiatan mercun di daerah tersebut.
“Saya nasihatkan kepada ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka dan menghalang mereka membeli atau bermain mercun.
“Ia bukan sahaja budaya yang tidak baik malah boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka yang bermain mercun itu sendiri,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Gaffar mengesahkan suspek kes rogol melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) telah diberkas dan kini sedang ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan akan mengambil masa kerana kita memerlukan laporan penuh berhubung kes ini. Kita masih lagi menunggu laporan perubatan.
“Sekiranya laporan penuh sudah kita dapat, kita akan mulakan penyiasatan dengan lebih menyeluruh,” jelasnya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang gadis yang merupakan seorang pelajar IPT di Kuala Kangsar dirogol dalam sebuah rumah kosong selepas keluar bersiar-siar dengan suspek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan