Sabtu, 27 Julai 2013

FIKIR2KAN....ISLAM TIDAK JADI PANDUAN HIDUP....DARI ATAS HINGGA KEBAWAH....SEKARANG AMBIK KAU

Suami ditemui mati tergantung di ruang tamu

tergantungJELI – Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin.
Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka.
Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, sebelum kejadian, pasangan itu telah bertengkar sebaik wanita itu pulang dari satu majlis di Kampung Gemang dekat sini. -Kosmo

Suami Curang Kantoi Depan Isteri

separuhAMPANG  – Seorang isteri yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak terkejut apabila melihat suami separuh bogel bersama seorang perempuan warga Vietnam di atas katil biliknya.
Cheang Keng Siuk,31, berkata,dia tergamam dan terkejut apabila melihat suaminya sedang tidur bersama dengan perempuan lain dalam bilik tidurnya baru-baru ini.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku semasa dia pulang ke rumah untuk mengambil pakaian kerana tinggal di rumah emaknya apabila masih dalam tempoh berpantang melahirkan anak yang baru berusia 12 hari.
“Pada hari kejadian, saya dikejutkan dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku di rumah saya dan saya sempat merakam gambar mereka berdua dalam keadaan separuh bogel.
“Bagaimanapun, tindakan saya disedari oleh perempuan tersebut yang terus mengejutkan suami tetapi saya sempat keluar dari rumah dan menyelamatkan diri apabila cuba dikejar oleh suami” katanya kepada Sinar Harian pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Dun Teratai, semalam.
Keng Siuk berkata, dia berasa perkahwinannya tidak boleh diselamatkan lagi dan ingin berpisah dengan suaminya kerana hubungan mereka sudah tiada masa depan lagi.
Katanya lagi, dia sudah putus asa dan mahu berpisah serta menuntut nafkah yang setimpal bagi perbelanjaan dua anaknya setelah berhenti kerja apabila dipaksa oleh suami sebelum ini.
“Suami saya juga tidak mahu bersama dengan saya lagi dan mahu memberi duit nafkah sebanyak RM500 tetapi saya tidak bersetuju dengan jumlah tersebut,” katanya.
Sementara itu, Adun Teratai, Tiew Way Keng berkata, sebelum ini, kedua-dua pihak tersebut telah berjumpa dengannya dan berbincang berhubung masa depan perkahwinan mereka.
Katanya, isu di sini adalah campur tangan oleh pihak ketiga iaitu perempuan warga asing dalam rumah tangga pasangan ini dan kedua-duanya mahu berpisah setelah tiada kepercayaan lagi antara satu sama lain.
“Bagaimanapun, saya menasihati pasangan ini supaya bertenang dan tidak mengambil keputusan terburu-buru kerana mereka mempunyai anak yang kecil,” katanya.
Way Keng berkata lagi, dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan pusat supaya menggariskan satu panduan atau undang-undang berhubung isu sosial yang semakin berleluasa terutamanya kehadiran warga asing ke negara ini. – Sh

Mayat wanita ditemui dengan kesan tikaman di dalam rumah

kesanKOTA KINABALU - Seorang wanita tempatan ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian belakangnya di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Donald Kampung Likas di sini Khamis.
Mangsa yang dikenali sebagai Jusilina Rizal berumur 21 tahun dipercayai telah dibunuh antara pukul 2 hingga 4 pagi.
Berikutan kesan tikaman itu, usus mangsa telah terkeluar dan suspek dipercayai dikenali oleh mangsa.
Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mangsa mengenali suspek dan tinggal bersama dalam rumah tersebut.
“Pisau berukuran 10 inci yang di percayai digunakan untuk membunuh mangsa turut di temui di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Katanya pihak polis masih memburu suspek yang di percayai berumur dalam lingkungan 30-an dan motif pembunuhan masih disiasat.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
Sementara itu, seorang lelaki tempatan telah ditemui mati di salah sebuah hotel di kampung air di sini, Khamis.
Mangsa yang dikenali sebagai Leow Teck Peng berumur 60 tahun dipercayai mengalami sesak nafas dan disahkan mati di tempat kejadian.
Menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang selepas beberapa jam mangsa mendaftar di hotel tersebut.Jauteh mengesahkan kejadian itu, dan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -mStar

Kesian!!! Pelajar Tingkatan 5 Dirogol Bergilir-Gilir
p/s : gambar hiasan

KOTA BHARU – Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini.

Baca lagi > http://bit.ly/13jKeOL
Like · · · 52 minutes ago

Ngeri, Kepala Pelatih Dibaham Buaya

videoBANGKOK – Seorang pelatih buaya di Bangkok nyaris maut apabila seekor buaya yang terlibat dalam satu persembahan bertindak membaham kepala pelatih tersebut sebelum menghempasnya beberapa kali ke tanah, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Insiden yang menakutkan itu berlaku apabila buaya terbabit bertindak merapatkan rahang mulutnya sebaik sahaja pelatih taman buaya berkenaan meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya tersebut.
Aksi berbahaya dengan meletakkan kepala di dalam mulut buaya adalah sebahagian daripada salah satu acara tarikan pelancong di Thailand.
Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakamkan oleh para penonton di Taman Buaya Samut Prakan, Bangkok.
Para penonton yang berada di tempat kejadian menjerit ketika reptilia tersebut membaham kepala pelatih taman berkenaan.
Menurut laporan akhbar tempatan, pelatih taman buaya yang berusia 27 tahun itu berjaya meloloskan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.
Sebelum itu, buaya tersebut telah menghempaskan badan pelatih buaya berkenaan beberapa kali sebelum melepaskannya.
Beberapa akhbar tempatan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di taman tersebut. – Kosmo


Mardziah Bidin shared Haryati Hashim 0fficial Page's photo.
--> Bidaah Orang Melayu


AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.



Penyokong Mursi dibedil menjelang sahur
Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur.

Insiden itu juga menyebabkan 300 yang lain turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.

Laporan Ikhwanonline menyebut, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.

Penyokong yang menjadi mangsa adalah mereka yang berada di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat.

Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun.

Semalam, himpunan aman besar-besaran yang digelar "Jumaat Furqan" oleh penyokong Mohamed Mursi berlangsung usai solat Jumaat.

Lautan manusia itu kemudiannya sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tentera Mesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka, awal pagi tadi.
Bahana cemburu, tikam isteri sampai mati
Bahana cemburu, tikam isteri sampai mati
Anggota polis membawa mayat mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
BATU GAJAH – Kerana dikuasai perasaan cemburu, seorang suami hilang pertimbangan sehingga sanggup menikam isterinya dengan sebilah pisau pemotong sayur selepas pertengkaran yang berlaku di tingkat 1 sebuah rumah kedai, di Jalan Pasar di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Than Dar, 25 merupakan pelarian warga Indonesia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), dijumpai pada kira-kira jam 11.20 malam di biliknya, dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan satu kesan tikaman.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif memaklumkan, hasil bedah siasat mendapati mangsa ditikam dari bahagian belakang badan sehingga menembusi paru-paru kanan yang menjadi punca kematian.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah kerana cemburu berikutan suspek yang merupakan warga Myanmar berusia 20 tahun mengesyaki mangsa mempunyai hubu- ngan sulit dengan lelaki lain.

"Pasangan itu berkahwin dua tahun lalu dan mendiami sebuah bilik di rumah berkenaan bersama adik suami serta dia rakannya yang tinggal di bilik berasingan.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, berlaku pertengkaran hebat antara pasangan berkenaan dan selepas itu suspek dilihat meninggalkan mangsa dengan membawa bersama anak lelaki mereka yang berusia dua tahun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Shaharon Anuar berkata, kecekapan polis membolehkan suspek, aduk suspek serta dua rakannya berjaya ditahan kira-kira empat jam selepas kejadian di tiga lokasi berasingan sekitar Batu Gajah.

Katanya, suspek ditahan di Happy Garden dan anaknya yang dibawa bersama akan ditempatkan di bawah pemerhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Polis berjaya selesaikan kes berkenaan dalam masa enam jam dan kesemua yang tangkap, ditahan selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh," katanya.

Sementara itu jiran mangsa, S Sagunalan, 42 berkata, anaknya yang berusia 16 tahun ternampak suspek melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa bersama anaknya.

"Boleh dikatakan pasangan itu bertengkar setiap malam. Kadang kala sampai jam 2 atau 3 pagi.

"Namun kejadian kali ini memang mengejutkan. Pasangan itu terutama mangsa yang bekerja sebagai pembantu di kedai runcit berhampiran memang baik dengan jiran-jiran," katanya.
Langgar, belasah jiran hingga mati kerana cemburu
Manoharan
Manoharan
KUALA TERENGGANU - Angkara cemburu buta, seorang penganggur melanggar sebelum membelasah jirannya, seorang warga emas, hingga koma dan mati empat hari kemudian.

Semuanya disebabkan penganggur berusia 47 tahun itu mengesyaki jirannya itu menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi, di Kampung Pasir Minal, Kemaman, 25 Jun lalu.

Bagaimanapun, selepas empat hari menerima rawatan, mangsa, 61, yang cedera parah di kepala, disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tragis itu disedari anak saudara mangsa yang berusia 22 tahun, yang ketika itu sedang tidur di rumahnya.

“Anak saudara mangsa dikejutkan dengan suara jeritan daripada mangsa yang meminta tolong sebelum bergegas turun dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

“Ketika itu, anak saudaranya melihat mangsa sedang dikejar oleh suspek dengan motosikal sebelum dilanggar,” katanya kepada media, semalam.

Menurut Manoharan, semasa terlantar kesakitan, mangsa, seorang penjual sayur, dibelasah dengan topi keledar sehingga koma akibat cedera parah di kepala.

“Terkejut dengan situasi itu, anak saudara mangsa terus memanggil isteri mangsa sebelum menghantar mangsa ke Hospital Dungun dengan kereta.

“Akibat kecederaan parah, mangsa dihantar mendapatkan rawatan susulan di HSNZ dan menerima rawatan di ICU. Dia meninggal jam 11 malam 28 Jun lalu,” katanya.

Manoharan berkata, selepas menerima laporan jam 6.40 pagi, polis ke lokasi kejadian dan merampas motosikal dan topi keledar yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.

“Terdapat kesan terbakar di hadapan motosikal tersebut, dipercayai perbuatan individu atau kumpulan yang marah dengan tindakan suspek terhadap mangsa,” katanya.

Manoharan berkata, suspek melarikan diri tetapi ditangkap di stesen bas Hentian Putra, Kuala Lumpur, bersama rakannya yang berusia 40 tahun kira-kira jam 7 petang 28 Jun lalu.

“Suspek yang juga positif dadah jenis methamphetamine kini direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Siasatan awal mendapati mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di otak, yang mana ia sudah tidak berfungsi dan sepanjang menerima rawatan, mangsa hanya bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Didakwa rogol dalam semak
Didakwa rogol dalam semak
Mohd Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, semalam atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun lapan bulan.
AYER KEROH - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol gadis bawah umur di dalam semak, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Saiful Mohd Shah, 20, dari Taman Krubong Utama membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Azahaniz Teh Azman Teh.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Saiful didapati merogol seorang gadis berusia 14 tahun lapan bulan di kawasan semak, Kampung Krubong antara jam enam dan tujuh petang pada 21 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Samun nenek dalam surau
Samun nenek dalam surau
Ramlah melakonkan semula kejadian samun yang menimpanya ketika berseorangan membaca al-Quran.
MARANG – Seorang warga emas berumur 71 tahun menjadi mangsa terbaru kes samun dalam kejadian di Surau Kampung Gong Nangka, dekat sini.

Mangsa, Ramlah Ismail, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dia baru sahaja selesai menunaikan solat Zuhur.

"Saya kemudiannya membaca al-Quran seorang diri di ruang solat wanita sebelum didatangi seorang lelaki, lagaknya seperti mahu bersolat.

“Bagaimanapun, lelaki yang berada di ruang solat lelaki itu tiba-tiba menjengah ke tirai solat wanita, lalu meluru ke arah makcik dengan mengacukan senjata tajam dipercayai sebilah pisau sebelum mengambil rantai leher dari arah belakang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut nenek kepada 18 cucu ini, lelaki terbabit mengarahkannya berdiri dan jangan membuat bising sebelum menanggalkan gelang tangannya pula.

"Selepas penjenayah melarikan diri, makcik yang ketakutan terus berlari keluar menuju ke rumah yang terletak beberapa meter dari surau untuk meminta bantuan.

“Ini kejadian kali pertama menimpa makcik sejak tinggal di kampung ini. Kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000 dan makcik telah membuat laporan polis di Balai Polis Marang,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu dan bersyukur kerana penjenayah terbabit tidak mencederakannya.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah mengambil keterangan daripada mangsa dan suspek kini giat diburu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan menggunakan senjata berbahaya.

Tiada ulasan: