Sabtu, 20 Julai 2013

TERAWIH TETAP SOLAT SUNAT...JANGAN BERATKAN SUNAT TERAWIH ATAU LEBIHKAN TERAWIH HINGGA ABAIKAN FARDU ATAU LAGI TERUK TINGGALKAN FARDHU....LEBIH2 LAGI TIADA LAGI RAMADAN

16:16 paling menguntungkan rakyat Terengganu

., 19 Jul 2013
Apakah pengundi Kuala Besut akan menjadi sebahagian dari pengukir sejarah politik negara untuk mencipta sidang Dun 16:16, di mana kerajaan dan pembangkang menyamai kekuatan yang pertama, akan hanya terjawab pada 24 Julai nanti.  Ketentuan bagi mencipta rekod sejarah terletak kepada mereka setelah semua pihak kini giat menggembleng tenaga bagi mendapatkan sokongan dari para pengundi.

Pelbagai komentar dibuat oleh kedua-dua pihak berhubung senario tersebut. BN menyerang teori 16:16 dengan menggambarkan akan wujud sebuah kerajaan tergantung yang tidak stabil.

Bahkan, lebih tragis bila mana Khairy Jamaluddin pula menggambarkan senario ini sebagai berita malang bagi Perdana Menteri Najib Tun Razak, walaupun pengarah pilihanraya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini antara komentar paling aneh.

Namun, PAS berpandangan bahawa senario 16:16 ini sebagai pembentukan sebuah kerajaan yang sangat berimbang di mana peranan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Dewan Negeri lebih besar dan bertanggungjawab membolehkannya memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus.

PAS juga boleh menyekat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said daripada menganiayai kawasan-kawasan Dun yang tidak berpihak pada pembangkang. Sebelum ini, MB pernah berkata kerajaannya tidak memberikan peruntukan perumahan kepada kawasan yang BN tewas.

Jika pengundi Kuala Besut menjadikan kedudukan Dun 16:16 pada 24 Julai ini, perkara ini boleh dielakkan. Para penyokong BN di Kuala Besut juga disarankan memberikan undi kepada calon PAS supaya Ahmad Said tidak turut menganiaya para penyokong BN yang menyokong mereka di kawasan Dun yang dimenangi pembangkang.

Seperti yang disebut Pengarah PRK Datuk Husam Musa di Kuala Besut, situasi 16:16 bukanlah satu senario yang boleh menyebabkan pertukaran kerajaan atau pemerintah di Terengganu.

Bahkan, Umno akan terus menerajui kerajaan kerana perlantikan MB dan Speaker telah dibuat, dan Dewan Negeri telah dibentuk. 16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat di Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, mencari punca kepada pelbagai peristiwa bumbung bangunan runtuh, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

Rakyat Terengganu adalah pihak yang untung jikalau PAS memenangi PRK Kuala Besut 24 Julai ini. Kepada para pengundi Kuala Besut, ayuh jangan lepaskan peluang keemasan ini demi kesejahteraan rakyat Terengganu keseluruhannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
19 Julai 2013

Guru mati ditembak perlu perhatian kerajaan

Salmiyah Harun, 19 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Insiden guru mati ditembak mutakhir ini semakin membimbangkan seolah-olah nyawa mereka tiada nilai dan terlalu murah sehingga guru boleh ditembak ketika masih berada di sekitar kawasan sekolah.

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman (gambar) mengesa Kementerian Pendidikan mengambil perhatian serius atas kejadian seperti ini dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

"Kita tidak mahu suatu hari nanti murid pula mati ditembak di bilik darjah ketika guru mengajar jika isu ini tidak diambil perhatian serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia," tegasnya.

Katanya yang turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skim insurans sebagaimana yang diperuntukan kepada setiap pelajar untuk semua guru di samping bantuan kepada mana-mana ahli keluarga mangsa yang ditimpa musibah seperti ini.

Sebelum ini, katanya guru tidak dilindungi oleh sebarang skim insurans ketika membawa pelajar menyertai aktiviti ko-kurikululm atau pertandingan mewakili sekolah di peringkat negeri atau daerah.

Akibatnya, kata beliau sekiranya berlaku kemalangan terhadap guru dan pelajar, dan berlaku kematian terhadap pelajar maka ibu bapa pelajar boleh menyaman guru sedangkan guru ini tidak bersalah kerana kenderaan lain yang melanggar mereka.

"Isu kebajikan guru seperti ini perlu diambil perhatian segera terutama apabila berlaku kejadian di mana guru pula mati ditembak ketika pergi dan balik bertugas.

"Suatu mekanisme penyelesaian bagi menjaga kebajikan guru perlu diberi perhatian sewajarnya di saat warga pendidik dan ibu bapa serta pelajar berasa tidak selamat walaupun berada di bangunan sekolah," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam, K. Shanmugam, 45, memandu dari rumahnya di Taman Bidara dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang, mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Kurang dua minggu sebelum ini seorang guru penolong kanan juga mati ditembak di Bachok, Kelantan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.

Empat hari sebelum kejadian itu, seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan juga cedera di bahagian leher juga selepas terkena tembakan daripada mereka yang tidak dikenali.

Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Justeru Normala berharap insiden ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar keprihatinan dari aspek kebajikan dan soal keselamatan guru dan pelajar adalah suatu perkara yang penting dan tidak boleh dipandang remeh jika mahu meletakkan dunia pendidikan dipandang  mulia di persada pendidikan negara.

Krisis berterusan di Mesir

Dr Mujahid Yusof Rawa, 19 Jul 2013
Tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa krisis di Mesir akan berakhir dalam jangka masa yang pendek. Seperti yang dijangkakan sejak dari awal lagi Mesir tidak akan mencapai kata sepakat mudah kerana beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada proses demokrasi serta faktor dinamika politik dalaman, walaupun langkah awal ke arah proses pendemokrasian itu sudahpun bermula.

Artikel saya sebelum ini tentang Mesir, khususnya di bawah tajuk ‘Tahrir Square Sekali Lagi‘ telah mengandaikan beberapa perkara antara lainnya ialah antik (saki baki) Mubarak masih berkuasa termasuklah tentera, keraguan politikal Islam menguasai keadaan dan isu referendum tentang perlembagaan. Krisis akan terus menghantui Mesir jika isu sebenar belum dapat digarap dengan dengan tuntas. Isu yang terpenting selepas revolusi rakyat ialah pemulihan ekonomi dan rekonsialisasi nasional bagi membuka jalan kepada suasana stabil di Mesir.

Kuasa Tentera

Faktor utama ialah penguasaan tentera yang hingga kini masih lagi berkuasa. Revolusi 25 Januari 2011 terbentuk dengan hasrat menggulingkan Mubarak melalui sokongan tentera yang berpihak kepada rakyat. Walaupun pada zahirnya rakyat dilihat berjaya melaksanakan tugas ini namun hakikatnya kuasa tentera yang menentukan siapa yang naik dan siapa yang turun.

Malah ada teori yang mengandaikan tentera melihat Mubarak perlu ditukar dan mereka melihat orang baru diperlukan. Apabila tentera melihat Morsi tidak banyak membantu penguasaan mereka kerana Morsi mahu mengurangkan penguasaan tentera yang mempunyai kepentingan yang banyak maka tiba giliran untuk menggulingkan Morsi pula. Ini dibuktikan dengan berita di Le Monde dan International Herald Tribune masing-masing pada tarikh 5 dan 6 Julai 2013  yang memberitahu tentang keputusan untuk menurunkan Presiden Morsi melalui perbualan antara Jeneral al Sisi dan Morsi.

Morsi enggan tunduk dan tentera terpaksa menimbulkan berbagai masalah yang menekan rakyat seperti kekurangan gasoline dan masalah bekalan makanan sehingga rakyat bangkit. Tentera hanya perlu campur tangan setelah isyarat dari rakyat disampaikan dan ia seoalah-olah dilihat sebagai kehendak rakyat dan Morsi pun digulingkan. Hakikatnya ialah tentera masih memerintah Mesir melalui topeng awam.

Keperluan Strategik Tentera

Terlalu ramai pihak yang berkepentingan terjejas dengan kejatuhan Mubarak. Pertama ialah tentera dan kerana itu kejatuhan Mubarak hanyalah merupakan ‘changing of guard’ kepada generasi baru jeneral-jeneral yang lahir di atas dulang emas. Kepentingan 40% penguasaan ekonomi Mesir dan bantuan tahunan US 1.5 Bilion yang disalurkan terus kepada tentera sukar untuk dilepaskan oleh kuasa tentera.

Amerika pula memerlukan tentera untuk melaksanakan dasar mesra dengan Israel. Kemenangan Morsi tidak banyak membantu memelihara kepentingan ini. Memastikan tentera terus berkuasa di Mesir adalah keperluan strategik utama kuasa besar di rantau ini. Amerika dilihat berhati-hati untuk tidak menyebut bahawa apa yang berlaku di Mesir ialah sebuah kudeta kerana ini bertentangan dengan dasar demokratik Amerika dalam menentukan pemimpin negara, mereka menggunakan istilah ‘regim change’ bagi menggambarkan apa yang berlaku walaupun sebenarnya penggulingan Morsi yang tidak demokratik itu memenuhi kehendak strategik Amerika.

Politikal Islam Teruji

Penglibatan politikal Islam dalam proses demokrasi bukanlah baru di dunia Arab dan Islam. Sebelum ini, Algeria menyaksikan kemenangan FIS (Front Islamic Salvation) kemudian dirompak kemenangan rakyat itu melalui penglibatan tentera lalu mengheret Algeria kepada peperangan saudara yang panjang. Kemenangan Parti Refah di Turki yang digulingkan setahun kemudian juga mengisyaratkan bahawa penglibatan politikal Islam sentiasa dicurigai.

Dalam semua keadaan penglibatan dan kemenangan Politikal Islam yang kemudiannya digulingkan muncul dalam suasana kerangka negara yang terlalu kuat sekularnya. Kemunculan Morsi dilihat sebagai siri penglibatan politikal Islam yang sentiasa diragui apatah lagi Ikhwanul Muslimin (IM) yang diwakili oleh Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) pimpinan Morsi dilihat sebagai ibu kepada segala gerakan Islam sedunia.

Morsi atau IM Yang Berkuasa?
Tanggapan bahawa IM berada dibelakang untuk mempengaruhi keputusan Presiden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Struktur IM yang mempunyai kuasa syura yang kuat sering dilihat sebagai bayangan yang menentukan keputusan Morsi. Seperkara lagi ialah kemenangan Morsi dilihat tidak mewakili hasrat semua segmen dalam masyarakat Mesir yang rencam itu.

Malah ada dakwaan yang mengatakan pembentukan perlembagaan baru Mesir yang menimbulkan kocakan awal tempoh hari tidak melibatkan pelbagai pihak dan ia dilakukan secara tergesa-gesa dengan mengunakan kuasa dekri Presiden yang turut dianggap sebagai penyalahan guna kuasa Presiden. Dakwaan tiada kesepakatan nasional untuk menentukan perlembagaan negara juga telah menimbulkan bangkangan terhadap kepimpinan Morsi.

Kesemua tindakan Morsi yang yang dipertikaikan tidak boleh dipandang ringan dengan hanya teori konspirasi. Apa yang lebih pantas untuk diambil kira ialah sejauh manakah pemikiran politik IM dalam membawa dasar keterangkuman (inclusiveness) dan menyediakan wahana mewujudkan rekonsialisasi nasional bagi membentuk masadepan Mesir yang lebih mewakilis semua pihak. Tapak pemulihan ekonomi juga gagal digarap oleh Morsi yang dilihat lebih sibuk menjenamakan semula IM yang selama ini bergerak secara bawah tanah.

Ikhwan Akan Bangkit

Ikhwan sepanjang sejarahnya telah membuktikan bahawa ia sebuah organisasi yang mampu hidup dalam semua situasi dan keadaan. Ini memandangkan bahawa ia mempunyai rangkaian yang kukuh dari semua segmen masyarakat termasuklah di kalangan tentera sendiri. Rahsia keupayaan Ikhwan ini ialah kerana mereka mengambil ideologi mereka dari akar umbi Islam itu sendiri. Sukar untuk mereka didiamkan apatah lagi menghapuskan mereka. Mereka akan terus menggunakan legitimasi Morsi yang dilantik secara sah sebagai slogan penentangan Ikhwan.

Hujah ini akan mendapat simpati dari berbagai pihak dan tanggapan revolusi dikhianati akan mengukuhkan lagi simpati orang ramai terhadap ikhwan malah ia akan mengumpulkan kekuatan baru para simpatian.

Anti-Amerika dan Keganasan

Selain itu sentimen anti-Amerika akan terus meningkat dan tanggapan Amerika menjadi dalang tidak dapat dielakkan lagi. Ini amat bahaya kerana di kalangan kelompok Islami ada yang agak radikal dan mungkin kepentingan Amerika akan terus terjejas dan tentera akan ditanggap bersengkongkol dengan kuasa besar untuk menghancurkan kehendak rakyat.

Alasan ini akan memberi laluan percuma kepada kebangkitan radikal dan militan Islam. Keupayaan kumpulan radikal Al Gamaah Al Islamiyah yang terkenal dengan keganasan di Mesir berkemungkinan akan bangkit semula malah pengalaman Algeria awal 80an mungkin akan berulang di Mesir. Lebih buruk ialah implikasi kudeta di Mesir akan menyuburkan lagi keganasan merentasi sempadan walaupun dunia memerangi habis-habisan unsur-unsur keganasan.

Guru dikata cenderung Pakatan Rakyat diugut

Aslani M, 19 Jul 2013
BESUT: Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional  (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).

Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.

Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.

“Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan.

“Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa,” katanya ketika ditemui di sini. 

Menurutnya juga ada guru yang sebelum ini diketahui ramai menyokong kuat Umno di kampungnya juga dipanggil kerana didakwa kelihatan calon Pakatan Rakyat datang ke rumahnya.

Sedangkan kata beliau calon terbabit  adalah anggota keluarga guru terbabit.

Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di  seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.

Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu.



BESUT: Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional  (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).

Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.

Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.

“Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan.

“Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa,” katanya ketika ditemui di sini. 

Menurutnya juga ada guru yang sebelum ini diketahui ramai menyokong kuat Umno di kampungnya juga dipanggil kerana didakwa kelihatan calon Pakatan Rakyat datang ke rumahnya.

Sedangkan kata beliau calon terbabit  adalah anggota keluarga guru terbabit.

Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di  seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.

Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu.

Che Long mudah tersentuh dengan kemiskinan

Harakahdaily, 19 Jul 2013
BESUT: Antara sikap calon PAS Kuala Besut, Che Long yang menjadi buat mulut orang di sini adalah sikapnya yang suka menolong orang miskin.

Seorang kenalan rapatnya,Nazmi Ghazali (gambar) berkata, Che Long memang mudah tersentuh bila melihat orang miskin.

Menurut beliau, sifat ini mungkin kerana dia pernah hidup susah satu ketika dahulu lebih-lebih lagi selepas kematian ayahnya pada usia beliau 22 tahun.

Che Long juga pernah bekerja di ladang tembakau sebelum mengikut bapa saudaranya berkerja di stor kayu.

"Dia memang suka menolong. Kalau orang miskin nak buat rumah, Che Long bagi kayu, kadang-kadang bagi diskaun, ambik dulu bayar kemudian bila dah ada duit.

"Sikap ini semua orang tahu. Nama Che Long ini besar pada orang miskin di sini malah juga di Kelantan," katanya.

Sementara itu, mengulas sikap Che Long yang dilihat 'low profile' beliau berkata sememangnya calon PAS itu selesa berperwatakan begitu biarpun kini sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Menurut Nazmi, perwatakan Che Long yang begitulah yang telah menjadikan beliau disenangi rakyat dan mudah mesra dengan penduduk di sini.

Selain itu, Che Long juga dikenali oleh penduduk di sini sebagai orang masjid kerana sikapnya yang sentiasa ke masjid untuk bersolat jemaah.

Che Long juga ujarnya pernah menjawat jawatan bilal di sebuah masjid ketika bapanya menjadi imam masjid.

"Tapi dia tak ambik elaun yang dibayar kepada dia. Dia lebih suka duit itu diberikan kepada orang miskin," kata Nazmi lagi.

Beliau turut menyifatkan, pemilihan Che Long sebagai calon PAS pada PRK Kuala Besut ini sebagai tepat, sesuai dengan sikap Che Long yang prihatin dengan nasib rakyat miskin.

Sehubungan itu, beliau turut mengharap pengundi Kuala Besut memilih Che Long pada PRK kali ini yang sudah terbukti kemampuannya membela rakyat.

Banyakkan amalan sepuluh hari terakhir Ramadhan

Nasrudin Hassan, 19 Jul 2013

Hadith:
Daripada Aisyah r.a. katanya: Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya. Riwayat: al-Bukhari dan Muslim


Huraian Hadith:

1. Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.

2. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.

3. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentisa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Tiada ulasan: