Khamis, 18 Julai 2013

KEMANA WANG ANDA HABISKAN... 'Solatlah kamu dimana azan dilaungkan'…

PRU13: Adakah SPRM siasat kos iklan BN RM73 juta?

Harakahdaily, 18 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Mohamed Hanipa Maidin [PAS-Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan adakah SPRM telah menyiasat pendedahan Nielsen Media Research bahawa Barisan Nasional dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan RM73 juta hanya untuk pengiklanan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Beliau mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini seperti di bawah.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah hasil siasatan oleh pihak Kementerian pada tahun 2009 tentang keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan dan siapakah pihak yang bertanggungjawab atas tragedi keruntuhan tersebut.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Teknologi MARA di Kuala Lipis setelah ia dipindahkan ke Raub.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan rancangan untuk mewujudkan 1Care, suatu skim caruman kesihatan.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan sikap rasmi Kerajaan dalam isu menangani konflik agama di negara ini.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menyediakan peluang pemasaran dengan kos rendah bagi para petani.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana Kementerian menjustifikasikan pemberian kelulusan lebuh raya-lebuh raya baru sebelum PRU-13 yang bakal dilaksanakan secara model pengswastaan (bertol) seperti Lebuh Raya Pantai Barat dan East Valley Expressway yang konsesinya memerlukan pinjaman sokongan Kerajaan (government soft loan) yang bernilai ratusan juta ringgit dengan kadar faedah yang rendah dari pinjaman komersial.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan senarai syarikat pembekal dakwat kekal kepada SPR semasa Pilihan raya Umum Ke-13 lalu.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan Pusat bercadang membenarkan kerajaan-kerajaan negeri melantik Penasihat Undang-Undang Negeri tersendiri bagi mengelakkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) terutama apabila berlakunya sesuatu tuntutan Mahkamah antara Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan atau sebaliknya.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem biometrik di dalam pengesahan pendatang asing dan apakah tindakan pihak Kerajaan untuk mengawal peningkatan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan perancangan Kementerian untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan bagi nelayan di Getting, Tumpat.

Dr.Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan adakah langkah-langkah yang telah diambil selama ini untuk mengatasi masalah miskin tegar di negara ini telah mencapai sasarannya, dan jika belum dicapai apakah tindakan susulan untuk mencapainya.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan status pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam serta berapakah nilai kontraknya dan jumlah bilik darjahnya.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan status semasa Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sebagai mercu tanda komitmen Kerajaan terhadap pelaksanaan konsep Kerjasama Selatan-Selatan, peruntukan yang telah digunakan dan impak pelaksanaan program ini di negara-negara membangun yang terlibat.

Masha Allah… Masjid Bergerak

by Abu Nafis
masjid bergerak
Projek masjid bergerak di arab Saudi ini tujuannya adalah untuk mengajak orang ramai mendirikan solat secara berjemaah di tempat-tempat yang tidak ada masjid dan air seperti di padang pasir

Keluasan masjid bergerak ini boleh menampung seramai 300 orang dan akan diluaskan lagi pada masa hadapan sehingga boleh menampung seramai 1000 orang (menurut satu laman web arab)

Projek  masjid bergerak ini menyediakan kelengkapan-kelengkapan  dan kemudahan untuk solat seperti paip,air untuk wuduk,sejadah,speker,mikrofon,Imam dan Bilal (muazzin)
Tempat solat muslimat juga disediakan dengan membuat penghalang dari dilihat oleh lelaki…
lori masjid

Lori yang dijadikan masjid bergerak
Gammbaran Belakang masjid bergerak
Tonton Video masjid bergerak…

 

Solatlah kamu dimana azan dilaungkan…

Masjid-Masjid Di Dunia

by Abu Nafis
masjid

1.Masjid Abu el-Abbas el-Mursi
Terletaknya di di Iskandariah, Mesir..Masjid ini diberi nama Abu el-Abbas el-Mursi kerana ia dibina di atas kubur wali sufi abad 13,Ahmed Abu’l-Abbas al-Mursi (digelar sebagai al-Mursi Abu’l ‘Abbas)..Masjid ini dibina pada tahun 1775.
Masjid kazan 1
2
2.Masjid Kazan

Masjid ini telah dibina pada tahun 2005 di Rusia..ketika dibina ia merupakan masjid terbesar di Rusia..
1
2
3
3.Masjid Biru
masjid ini berada di Istanbul Turki dan dibangun oleh Sultan Ahmed I(1603 – 1617)dari Dinasti usthmaniyah yang memerintah Turki pada abad ke-14.Masjid ini mulai dibangun pada tahun 1609,oleh arkitek terkenal pada zaman itu,iaitu Mehmed Aga.Pada tahun 1616,masjid ini selesai dibangun.
1
2
3

4.Masjid Sheikh Zayed

Masjid ini terletak di Abu Dhabi,ibu negara Emiriah Arab Bersatu.Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan,pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana.Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007..
1
2

5.Masjid Besar Sultan Qaboos

Masjid ini berada di Muskat Oman.Dirasmikan oleh Sultan Qaboos pada tahun 2001 dan sempat mendapat rekod dunia sebagai masjid dengan karpet buatan tangan terbesar di dunia..
1
2
3
6.Masjid Niujie

Masjid Niujie terletak di daerah Niujie,perkampungan muslim di Beijing..Masjid ini merupakan masjid terbesar di Beijing dan tertua di China.

1

2
3
4
7.Masjid Amru bin Ash
Masjid Amru bin Ash terletak di Kaherah,Ibukota Mesir.Merupakan masjid tertua di seluruh benua Afrika.Dibangun oleh sahabat Nabi Nabi s.a.w bernama Amru bin Ash pada tahun 641 Masehi bertepatan dengan tahun ke 21 Hijirah tak lama setelah penaklukan Mesir..
Masjid tolon8.Masjid Ibn Toulun
Merupaka masjid ke tiga yang dibangun setelah Masjid Amr bin Ash dan masjid Askar di Mesir.Salah satu masjid tertua di Mesir ini adalah satu-satunya bangunan masjid yang masih dalam bentuk aslinya.Peletakan batu pertama masjid ini pada tahun 876 Masihi kemudian selesai dibangun pada tahun 879 Masihi,oleh Gubenor Abbassid Mesir Ahmad Ibn Toulun. Masjid ini dibangun di atas sebuah bukit kecil yang dinamakan jabal Yashkur..
masjid-al-azhar-mesir9.Masjid Al-Azhar
Masjid ini di dibangunkan pada tahun 970 Masehi pada zaman pemerintahan Fatimiyah.. Merupakan masjid pertama di kota Kaherah,Mesir..
1
2
10.Masjid King Fahd
Masjid ini terletak di ibukota Argentina,Buenos Aires.Merupakan Masjid terbesar di Amerika Latin..
chechnya-mosque
chechnya-mosque-1
chechnya-mosque-2
11.Masjid Ahmad Kadyrov
Dikatakan masjid ini adalah masjid terbesar di Eropah..Terletak di Grozny,Chechnya.Masjid Ahmad Kadyrov boleh memuatkan 10,000 jemaah pada sesuatu masa.

Masjid Terbesar Di Algeria

by Abu Nafis
Masjid ini dibina oleh kumpulan KSP Juergen Engel seni bina Jerman dan merupakan masjid ketiga terbesar du dunia selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al nabawi di Madinah.pic1

Yang menariknya masjid ini bukan sahaja besar bahkan menara masjid ini adalah menara masjid yang paling tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih dari 200 meter.pic1 pic2pic2pic4

Masjid ini mengandungi ruang solat utama yang boleh memuatkan sehingga 36000 orang jemaah.Di dalam masjid ini juga disediakan perpustakaan yang boleh memuatkan seramai 2000 orang pengunjung,Dewan pengajian al Quran,dewan persidangan,pusat-pusat kebudayaan dan media,taman-taman serta tempat parking kereta bawah tanah yang boleh menampung sebanyak 3000 buah kereta..

Solatlah kamu dimana azan dilaungkan…
 

Hutan Di Padang Pasir

by Minda Kini
Hutan Di Bawah Padang Pasir
Subhanallah… dahsyat sumgguh ciptaanya.
Sungguh hebat ciptaan tuhan, Allah S.W.T boleh lakukan apa sahaja di luar pemikiran logik akal kita. Di Negara Maghribi terdapat sebuah hutan yang mana hutan itu lain dari kebiasaannya kerana ia berada di bawah tanah tengah padang pasir. Cuba kita bayang kan di bawah tanah hutan yang penuh dalam kegelapan, boleh kah tumbuhan hutan hidup tanpa sinaran cahaya, seperti mana hutan yang kebiasaan kita lihat, Mungkin ada penduduk sebab pohon-pohon di hutan bawah tanah ini subur seperti biasa di luar.
Para saintis ‘Non- Muslim’ dari Amerika Syrikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman). Ramai pengkaji talah mengkaji dan mendapat hidayah dengan pengkajian mereka dan terus memeluk agama islam.
hutan dalam tanah

Salah satu tanda Kiamat adalah bahawa “Tanah Orang Arab” sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa …
pohom padang pasir
Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
“Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai”.
Diriwayatkan oleh Muslim (157)

Matahari Ciptaan Bonzani

by Abu Nafis
Itali
Di Itali,ada sebuah kampung yang menarik pelancong kerana keunikannya. Bayangkan saja, kampung yang ada di dalam lembah ini mempunyai matahari sendiri.
Viganella adalah sebuah kampung yang terletak di dasar lembah yang berada di Piedmont, Wilayah Verbano-Cusio-Ossola,Itali.
Hampir sepanjang tahun,perkampungan ini tidak pernah disinari oleh matahari seperti kawasan-kawasan lain di dunia.Pada saat musim sejuk datangIdea cemerlang muncul dari kepala Giacomo Bonzani, arkitek yang cuba membuatkan matahari untuk Viganella. Awalnya, banyak kalangan yang membatah idea sang arkitek kerana dinilai mustahil. Namun, Giacomo telah memuktikannya dengan mewujudkan semua yang ada di kepalanya itu.,masyarakat Viganella akan merasakan sejuk yang luar biasa.
SINAR MATAHARI BUATAN
Seorang arkitek  bernama Giacomo Bonzani cuba untuk mencipta matahari ciptaanya buat penduduk Viganella.Walaupun pada awalnya ramai yang membatah idea beliau kerana dinilai mustahil.Namun,Giacomo telah berjaya memuktikannya dengan mewujudkan semua yang ada di fikirannya.
Bonzani berjaya mencipta cermin raksasa yang boleh memantulkan cahaya matahari ke arah perkampungan yang ada di dasar lembah.Cermin raksasa ini kemudian digelar oleh masyarakat Viganella sebagai matahari buatan.
cermin raksasa
Cermin tersebut dikendalikan oleh perisian komputer agar dapat mengesan di mana sumber matahari dan boleh memantulkannya secara automatik ke arah perkampungan Viganella.
Selain berfungsi menyinari desa,ternyata matahari buatan itu juga sudah menjadi destinasi pelancongan.Tetamu yang datang tidak hanya dari Itali saja,bahkan ada juga yang datang dari luar negara.Lembah ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik lengkap dengan udaranya yang sejuk.Masyarakat Viganella juga sangat mesra dengan para pengunjung yang berkunjung
.pantulan cahaya

Tiada ulasan: