Tentera musnahkan 3 terowong hubungkan Mesir-Gaza
Harakahdaily, | 16 Jul 2013 |
(Antara terowong bawah tanag Mesir-Gaza yang didakwa telah dimusnahkan)
MESIR: Sekurang-kurangnya tiga terowong bawah tanah yang menghubungkan Mesir dan Gaza dilaporkan dimusnahkan oleh tentera sejak rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi hampir dua minggu lalu.
Menurut agensi berita Anadolu, tentera tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini, namun ianya telah disahkan oleh seorang pegawai keselamatan di Rafah.
"Lebih terowong akan dimusnahkan untuk menghentikan ancaman penyeludupan yang semakin meningkat," kata pegawai itu.
Terowong bawah tanah merupakan laluan komersil utama anatara Gaza dengan Mesir yang digunakan untuk membawa bahan makanan, bahan api dan bahan binaan ke Gaza.
Ianya juga adalah talian hayat untuk rakyat Palestin yang tinggal di Gaza, yang telah berada di bawah sekatan Israel sejak 2006.
Pembekal dakwat kekal rapat dengan bos SPR - Rafizi
Anis Nazri, | 16 Jul 2013 |
Malah, dakwa Rafizi, syarikat tersebut juga dikatakan sering mendapat perolehan daripada kerajaan, termasuk dari Kementerian Pertahanan.
Rafizi turut mendedahkan satu nama berserta nombor kad pengenalan yang didakwa sebagai individu yang mendapat projek membekalkan dakwat tersebut.
Menurut Rafizi, individu tersebut yang memegang kad pengenalan asal Singapura memiliki tiga syarikat yang dikawalnya.
"Dalam masa sama, ada dua syarikat beliau yang masuk melalui rundingan terus dengan menggunakan nama pekerjanya, salah seorang adalah keraninya (nama seorang individu) yang juga merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat yang dikawal," tegas Rafizi ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan, di Dewan Rakyat, petang ini.
Pengarah Strategi PKR itu turut mempersoalkan tindakan yang dikenakan terhadap 'pakar runding terus' tersebut memandangkan dakwat kekal yang dibekalkan itu tidak kekal sebagaimana yang dimaklumkan.
Beliau turut meminta menteri berkaitan untuk menyatakan status terkini siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang pembelian dakwat kekal tersebut.
Dalam pada itu, Rafizi menegaskan menjadi satu kesalahan apabila perolehan secara runding terus diberikan kepada individu atau syarikat yang sama, yang mana masih banyak lagi syarikat lain yang boleh membekalkan peralatan yang serupa.
"Runding terus itu salah jika banyak lagi syarikat lain yang turut boleh membekalkan peralatan yang serupa, kecuali pada keadaan tertentu," tegas beliau.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican cuba menyatakan tiada salahnya pemberian kontrak runding terus itu diberikan.
PAS syor guna kaedah efektif atasi hakisan pantai
Hazayani Zakaria, | 16 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyelesaikan masalah hakisan pantai di Pantai Timur dengan menggunakan kaedah yang lebih efektif walaupun kos lebih tinggi.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kaedah penambakan batu di kawasan pantai yang mengalami hakisan iaitu Pantai Tok Jembal dan Pantai Teluk Ketapang di Kuala Terenganu dilihat tidak menyelesaikan masalah walaupun menelan kos RM81 juta.
Beliau juga berkata, kaedah penambakan batu menghilangkan keaslian pantai yang merupakan tumpuan orang rama termasuk pelancong dari luar negara.
Sebaliknya katanya, kaedah penambakan pasir lebih berkesan seperti yang dilakukan di Pantai Miami, Australia.
"Sejauh mana kerajaan serius menangani isu ini kerana ia melibatkan hakisan pantai yang menjadi tumpuan ramai.
"Penggunaan tambak batu sebagai cara menangani hakisan menyebabkan pantai pelancongan tiada nilai, hilang keaslian pantai, contoh pantai yang menggunakan kaedah ini ialah Pantai Teluk Ketapang yang bersebelahan lapangan terbang Kuala Terengganu.
"Ada penyelesaian mudah dan murah seperti yang dilakukan negara besar seperti Pantai Miami di Australia yang menggunakan pasir untuk mengatasi hakisan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar atas)
Katanya lagi, walaupun kos menggunakan pasir lebih tinggi namun ia memberikan penyelesaian jangka panjang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Marzuk Shaary berkata, kawalan hakisan di Thailand lebih baik berbanding di Malaysia.
Katanya, hakisan di Sungai Golok Kelantan sangat membimbangkan terutamanya ketika banir besar pada musim tengkujuh.
"Pada musim tengkujuh sangat menggusarkan kerana banjir menyebabkan hakisan melanda Kelantan dan menyebabkan kerosakan awam dan harta benda.
"Nampak kerajaan tak serius menangani hal ini kerana mengikut kajian, tebatan banjir atau struktur kawalan banjir tidak mengambil kira faktor yang merupakan 85 peratus punca hakisan," katanya.
Terdahulu, beliau dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.
Pemimpin Umno SMS suruh undi calon PAS
Muhammad Faizal, | 16 Jul 2013 |
Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, arahan itu datangnya dari pemimpin Umno sendiri yang menyebarkannya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.
Menurut Mohamad, kandungan SMS itu antara lain memberitahu ianya bagi mengubah pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran kononnya telah melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji.
"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.
"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.
Sehubungan itu beliau berkata, jika pemimpin Umno pun mahu orang Umno undi calon PAS, apatah lagi rakyat biasa lebih-lebih lagi wajar untuk berbuat demikian.
Beliau juga menegaskan, rakyat Terengganu rata-ratanya bersedia untuk membuat perubahan apabila terdapat peningkatan kerusi pada PRU13 sebanyak 15 kerusi berbanding pada PRU12 yang hanya 8 kerusi sahaja.
Malah katanya penerimaan paling ketara adalah melibatkan pengundi di bandar dan juga kawasan pinggir bandar apabila Pakatan Rakyat menguasai sepenuhnya kerusi yang dipertandingkan pada PRU13.
"Rakyat bandar dan pinggir bandar dan lama berubah, jadi dengan PRK kali ini harap pengundi di kawasan Kuala Besut buat perubahan, kita kena sama-sama dengan penduduk bandar untuk berubah.
"Saya pasti Terengganu akan menjadi milik Pakatan Rakyat sebelum PRU14 apabila kerusi Dun Kuala Besut milik kita dan dua petisyen turut memihak kepada kita," ucapnya sambil disorak oleh penyokong yang hadir.
AES: Syarikat dapat RM13.55j, kerajaan RM3.4j
Hazayani Zakaria, | 16 Jul 2013 |
Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan.
Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di lokasi-lokasi berikut:
1. KM 375.9, Lebuhraya PLUS-Slim River (Arah ke Utara)
2. KM 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan (Aran ke Bagan Datoh)
3. KM 91, Jalan Ipoh-Butterworth (Arah ke Selatan)
4. KM 26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg. Kerdah)
5. KM 85.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
6. KM 204.6, Lebuhraya PLUS-Taiping (Arah ke Utara)
7. Jalan Pasir Putih, Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
8. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
9. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian Sentul)
10. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
11. KM 301.6 Lebuhraya PLUS -Kajang (Arah ke Utara)
12. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
13. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
14. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
PENGERUSI SPR NAIK ANGIN SATU BADAN BILA DIKAITKAN DENGAN PEMBEKAL DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL OLEH RAFIZI RAMLI!!!!
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat
kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan
beliau mahupun timbalannya.
“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan
puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk
Wan Ahmad (Wan Omar.
“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak
mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider,
petang ini.
Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan
Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah 'rakan rapat' pemimpin
tertinggi SPR.
Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.
Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan
secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn
Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,
EDISI MELETOP C4!!!!!...RAFIZI KASI DEDAH PEMBEKAL DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL SEORANG YANG CUKUP RAPAT DENGAN PEMIMPIN TERTINGGI SPR!!!!!!
JENG..JENG..JENGGGGGG..
Rafizi dedah pembekal dakwat kekal ‘rakan rapat’ SPR
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat
kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah "rakan
rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa
kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus."Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).
"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.
Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.
"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.
"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.
"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.
Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.
"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.
Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal. 1
Mohd Hanif Md Sultan and Sabre Mohd shared Blackout 505. Suara Rakyat Suara Keramat's photo.
PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.
Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).
Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.
Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.
Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.
Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?
Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?
Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?
Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.
Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:
i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.
ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.
iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.
iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.
v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.
vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.
Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.
Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini...
- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan