Rabu, 31 Julai 2013

DISKRIMINASI BUKAN AJARAN ISLAM

Benarkah negara kita aman seperti diperkatakan?

Aspan Alias, 30 Jul 2013
Benarkah negara ini negara yang aman? Benarkah yang rakyat negara kita bukan seperti setengah negara di Afrika dan banyak negara lain yang setiap rakyat bebas kesana kemari dengan selamat? Jika benar negara kita sebuah negara yang selamat untuk bergerak bebas kenapa setiap hari dan minggu kita mendengar tembakan dan pembunuhan berlaku terhadap manusia dan ia berlaku di mana-mana.

Yang terbaru ialah percubaan membunuh Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan yang berlaku di Bahau. Sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kastam DiRaja Malaysia, Shaharuddin juga di tembak di persimpangan jalan di Putrajaya. Bunuh membunuh sudah menjadi begitu lumrah dan ia disyaki berlaku kerana pihak yang berkuasa terutamanya pihak penguasa seperti Polis dan lain-lain terlibat dengan kegiatan jenayah besar atau melindungi penjenayah kerana ada unsur rasuah yang tidak terkawal.

Apakah benar negara kita negara selamat? Ini persoalan yang sangat penting yang sehingga hari ini tidak ada pihak yang dapat diyakini yang kita semua berada dalam sebuah negara yang boleh di kategorikan sebagai negara yang aman..

Sanjeevan dikatakan menjadi mangsa penjenayah apabila beliau memberi isyarat yang beliau akan membongkar sindiket kegiatan dadah yang mungkin melibatkan pihak Polis. Jika ianya benar tidak sepatutnya menteri bertanggungjawab awal-awal lagi menafikan yang pihak Polis terlibat dengan kejadian ini. Elok dilakukan penyiasatan dahulu.

Pembunuhan ke atas Timbalan Ketua Pengarah Kastam DiRaja Malaysia dahulu juga disyaki ada kaitan dengan tugas beliau sebagai seorang penguatkuasa kerajaan yang tinggi dengan kuasa yang tinggi berada di tangan beliau. Jika kita lihat dan pandang betul-betul mereka yang menjadi mangsa pembunuhan atau cubaan membunuh itu melibatkan orang yang berada dalam jabatan dan tugasan yang melibatkan perniagaan.

Selain dari itu di mana-mana berlaku jenayah yang menakutkan rakyat negara ini. Beberapa minggu yang lepas tidak jauh dari rumah saya berlaku usaha untuk membunuh seorang Dr di mana sekumpulan yang bersenjatakan parang telah menetak Dr Pakar Wanita itu sehingga putus empat jarinya serta hampir memutuskan lengannya.

Kalau disenaraikan perlakuan jenayah seperti ini ia amat menakutkan kerana terlalu banyak jenayah yang melibatkan nyawa manusia berlaku seperti ia perkara biasa sahaja. Kita hanya mendengar pembunuhan-pembunuhan seperti ini hanya berlaku di Columbia dan beberapa negara di Selatan Amerika sahaja. Saya percaya lebih ramai lagi manusia mati dibunuh penjenayah dari kematian anggota tentera yang berperang dengan musuh negara di hutan belantara dan persempadanan negara.

Setiap waktu dan masa kita membaca yang pembunuhan berlaku di mana-mana. Banyak di antara pembunuhan ini berlaku yang berkaitan dengan perniagaan dan wang ringgit. Itu jenayah kolar biru. Bagaimana pula dengan jenayah kolar putih?

Mendengar pemimpin itu rasuah di sana sini sudah menjadi pendengaran yang biasa. Itu pun jenayah yang tidak kurang bahayanya dari jenayah pembunuhan nyawa manusia. Jenayah berkolar putih ini amat merbahaya kepada rakyat negara dan jika ini tidak dapat dikawal ia akan menjadikan negara kita tidak aman lagi. Rasuah yang tidak henti-henti dilakukan ini akan membawa banyak mudaratnya kepada rakyat dan negara, kerana jenayah berkolar putih ini berlaku dalam skala yang besar dan akhirnya ia pernah melibatkan pembunuhan kepada manusia yang melakukan jenayah rasuah ini.

Jenayah-jenayah tidak kira ia berkolar putih atau berkolar biru adalah sama. Tidak ada bezanya penjenayah seperti Botak Chin dahulu dengan perasuah dan peragut harta awam yang banyak itu. Kita perlu menganggap sesiapa yang melakukan rasuah itu sebagai peragut atau penyamun dan perompak itu sama sahaja tarafnya dengan Botak Chin yang sangat terkenal dengan keganasannya merompak di akhir tujuh puluhan dahulu.

Semuanya ini melibatkan keselamatan awam. Malangnya kita tidak mahu memberikan pengiktirafan yang penyamun dan perompak kolar putih itu sama kategorinya dengan penyamun berkolar biru itu.

Jika benar percubaan pembunuhan terhadap Sanjeevan ini adalah kerana ada pihak yang tidak senang dengan tindakannya untuk membongkar sindiket dadah yang melibatkan pihak Polis ia adalah satu kejadian yang sangat menakutkan rakyat ramai. Yang mengesyaki tentang penglibatan Polis dalam isu ini adalah bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan sendiri dan ini bukan perkara yang mudah untuk diselesaikan jika apa yang beliau syaki itu adalah benar.

Ramai merasakan kehidupan mereka tidak lagi aman dan tenteram kerana kita telah mendengar yang pihak yang sepatutnya melindungi orang ramai sendiri sudah dipersoalkan kejujuran mereka memikul tanggungjawab melindungi rakyat itu. Jika Polis tidak boleh dipercayai, mahkamah tidak boleh diyakini serta pemimpin pula tidak boleh berlaku adil dan bersih ia amat menakutkan rakyat. Jika yang ditugaskan melindungi negara itu sendiri terlibat dengan jenayah yang mereka patut mencegahnya, maka tiada lagilah rakyat yang dahagakan keamanan itu tempat untuk berlindung.

Jika semuanya terlibat maka tidak akan ada pihak yang boleh melakukan apa-apa untuk menjaga kesejahteraan negara. Jika kita mengakui perkara-perkara yang berlaku ini melibatkan pihak penguat kuasa undang-undang, maka kita sekarang seolah-olah berada dalam sebuah negara yang tidak aman keseluruhannya.

Kadangkala ada kecederungan untuk mempercayai yang negara kita seolah-olah berada di dalam darurat. Darurat dari pemikiran dan darurat dalam segala-galanya. Harta benda rakyat tidak selamat, kesejahteraan rakyat tidak terjamin dan keselamatan negara sendiri pun belum pasti dapat dilindungi.

Jika semua pihak lebih mementingkan kedudukan dan kekayaan diri dan keluarga sendiri maka tidaklah lagi sempurna kehidupan dalam sebuah negara yang dikatakan sudah merdeka dan aman damai ini.

Lebih teruk lagi ada kumpulan yang hanya mementingkan bangsa dan warna kulitnya sendiri sahaja dengan menyanyikan lagu lama yang mengelirukan orang ramai. Tajuk lagu yang saya maksudkan itu ialah ‘multiracialism’.

Sampai bila kita tidak akan aman… - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Kerahsiaan TPPA mengancam rakyat

M Hafizuddin Muhamed Noor, 30 Jul 2013

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dijadualkan akan ditandatangani pada bulan Oktober 2013 ini. Pada 15 hingga 24 Julai baru-baru ini, rundingan yang memasuki pusingan ke-18 itu telah disertai oleh 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Jepun yang baru sahaja menyertai TPP baru-baru ini. Malaysia telah menjadi tuan rumah dalam pusingan ke-18 ini yang telah diadakan di Sabah.

Dalam isu TPPA ini, tidak ramai yang mampu untuk menyatakan persetujuan terhadap rundingan tersebut seperti Dr Sufian Jusoh daripada UKM. Menurut beliau daya tahan perjanjian TPP dalam perdagangan dan industri sangat penting, peluang-peluang yang meningkat bagi pelaburan langsung asing, daya saingan yang lebih tinggi dan kebolehan membina perniagaan dan kapasiti teknikal mampu memberi lonjakan dalam ekonomi Malaysia. Malaysia juga akan menikmati tarif yang lebih rendah atau kadar sifar bagi barangan dan akses pasaran bagi perkhidmatan.

Saya tertarik dengan pendedahan yang dibuat oleh Prof Mohammad Agus Yusoff tentang perjanjian TPP ini. Teks perjanjian yang bakal dimaterai oleh negara-negara TPPA ini akan dirahsiakan selama 4 tahun. Contohnya, jika perjanjian ini ditandatangani pada Oktober 2013, maka isi kandungan perjanjian ini akan diketahui dan mampu disebarkan seawal November 2017 akan datang. Ia mengundang ketidakpuasan hati banyak pihak apabila perjanjian yang akan dipersetujui oleh kerajaan adalah berkenaan masa depan rakyat sedangkan perjanjian ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Kebanyakan rakyat yang berasa terancam dengan isu TPPA ini sangat bimbang terhadap kedudukan syarikat bumiputera dalam industri farmaseutikal. Kini ia bersaing sengit dengan syarikat milik kerajaan (GLC). Lebih parah lagi apabila perjanjian TPP ditandatangani, syarikat farmaseutikal tempatan yang mengeluarkan ubat generic dikhuatiri tidak lagi mampu bersaing di pasaran. Akibatnya, harga ubat akan menjadi mahal dan membebankan rakyat.

Dengan rundingan TPPA ini juga, pelabur dan syarikat asing boleh untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia ke tribunal antarabangsa Investor-State Dispute Settlement (ISDS) sehingga ke tahap mengenakan sekatan ekonomi kepada kita sekiranya mereka terhalang untuk berdagang atau terpaksa menanggung kerugian dengan sebab ketidakselarasan undang-undang di peringkat kerajaan Malaysia, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.

Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama kita menilai kebimbangan pada dua aspek sepertimana yang diutarakan oleh Pakar Ekonomi Islam PAS, Ustaz Zaharudin Muhammad:

1.Jika kita negara pengguna, produktiviti di dalam negara kita akan terjejas akibat tidak mampu bersaing dengan barangan import yang dibawa masuk oleh kuasa-kuasa ekonomi luar. Akibatnya, pengeluar tempatan akan mati.

2.Jika kita boleh mengeksport barangan kita, maka permintaan modal oleh korporat-korporat yang seramai sekitar 1 peratus rakyat akan semakin bertambah. Bagi memenuhi permintaan golongan 1 peratus ini, cukai-cukai dan hasilan negara akan semakin ditompokkan kepada golongan ini. Kesannya, golongan 99 peratus rakyat akan terbeban dengan kenaikan kepelbagaian cukai termasuk yang terbaru ialah dikenakan GST. Jika kerajaan takut rakyat bangkit akibat dikenakan cukai pelbagai, maka hasilan negara seperti Petronas mungkin akan dialihkan salurannya banyak kepada golongan 1 peratus ini.

Dua kelemahan besar yang mesti menjadi cakna umum dalam proses rundingan perjanjian TPP ini adalah;

1.Tidak Telus
Negara-negara TPP tidak mengeluarkan atau menerbitkan sebarang teks dan hitam putih rundingan perjanjian kepada umum. Sehingga kini, sumber yang digunakan untuk mengetahui isi kandungan TPPA hanyalah daripada draf cadangan Amerika Syarikat yang telah bocor pada Februari 2012.

2.Tidak Mengambil Pandangan Awam
Perjanjian TPP ini bukan semata-mata terhad kepada perniagaan dan tariff, bahkan ia adalah satu perkara yang melibatkan polisi dan undang-undang yang akan memberi kesan sepenuhnya kepada para pengguna, syarikat teknologi dan juga pembekal. Maka, rakyat berhak dibawa langsung dalam perbincangan rundingan TPPA untuk membawa satu keputusan yang sepakat.

Justeru, saya mendesak kerajaan supaya mendedahkan kandungan rundingan dan menangguhkan dahulu perjanjian TPP tersebut. Saya juga berharap kempen kesedaran dan penerangan dipertingkat di setiap lapangan masyarakat. Insya-Allah INFO akan menganjurkan wacana khas TPPA yang bertajuk ‘Kesan & Ancaman Kepada Ekonomi Negara Dan Ummah’ yang akan diadakan pada 3 Ogos ini.

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Pengarah
Institut Pemikiran Fadzil Noor (INFO)

Kami sekeluarga bertambah bimbang - ayah Sanjeevan

Harakahdaily, 30 Jul 2013
KUALA LUMPUR: “Saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih dan terperanjat dengan apa yang berlaku kepada Sanjeevan,” kata Ramakrishnan Perianan, bapa Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan (gambar).

Katanya, kenyataan-kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan mengenai anaknya itu membuatkan beliau sekeluarga bertambah bimbang dan kurang tenang.

“Saya dengan ini meminta supaya pihak media yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan anak saya Sanjeevan untuk terus menghubungi saya atau kakak beliau, Cik Maygala Ramakrishnan dan tidak menerusi mana-mana pihak lain,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam, sebagaimana di bawah.

Dalam tempoh beberapa jam yang lalu saya mendapati adanya kenyataan-kenyataan berhubung keadaan anak saya Sri Sanjeevan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak dan individu tertentu kepada pihak media.

Walaubagaimanapun, ada di antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tersebut didapati tidak tepat dan mengelirukan.

Saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih dan terperanjat dengan apa yang berlaku kepada Sanjeevan dan kenyataan-kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan ini membuatkan kami sekeluarga bertambah bimbang dan kurang tenang.

Saya dengan ini meminta supaya pihak media yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan anak saya Sanjeevan untuk terus menghubungi saya atau kakak beliau, Cik Maygala Ramakrishnan dan tidak menerusi mana-mana pihak lain.

Saya juga meminta supaya pihak-pihak dan individu-individu yang tidak berkenaan untuk berhenti dari mengeluarkan apa jua kenyataan-kenyataan kepada media tentang keadaan Sanjeevan tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu.

Pada masa ini, anak saya sedang menerima rawatan di Hospital Serdang selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban petang tadi. Keadaan beliau, seperti yang dimaklumkan oleh pihak Hospital Serdang kepada kami sebentar tadi adalah walaupun kritikal, tetapi lebih stabil.

Saya juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan doktor-doktor, pakar-pakar dan kakitangan perubatan di Hospital Jempol, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Serdang yang telah dan sedang bertungkus lumus berusaha untuk menyelamatkan anak saya Sanjeevan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi kawalan keselamatan penuh terhadap Sanjeevan sementara dia dirawat di hospital sekarang ini.

Saya dan keluarga turut menghargai ucapan simpati dan kata-kata sokongan dari keseluruhan rakyat Malaysia serta doa mereka untuk Sanjeevan.

Sekian, terima kasih.

Iftar: Harakah santuni pemandu teksi, warga kota

Arif Atan, 30 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Akhbar pilihan rakyat, Harakah terus mengorak langkah menyantuni warga Kuala Lumpur sempena Ramadan penuh keberkatan ini, khususnya masuk fasa keduanya.

Mulanya, 17 Julai, hampir 350 pek nasi arab diagihkan sekitar Chow Kit, diikuti petang Sabtu lalu, 11 Ramadan, lebih kurang 400 bungkusan nasi arab kambing dan ayam, beserta kurma dan air mineral disasarkan kepada segmen lebih khusus, antaranya pemandu teksi dan bas.

Di stesen monorail  Titiwangsa, tidak jauh dari pejabat Harakah, jam 5.40 petang, 20 pemandu menerima pek makanan, termasuk akhbar Harakah, daripada Pembantu Khas Ketua Pengarang, Khairul Hartimi Tajudin.

Di sekitar Hentian Puduraya pula, kumpulan sukarelawan Harakah, diketuai Presiden Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah), yang juga Pengurus Pemasaran, Ahmad
Faisal Tawang,  mengedarkan sejumlah 150 pek.

Agihan diutamakan kepada gelandangan, pengemis dan pengunjung terminal bas popular di ibu kota itu.

Sementara itu, di hentian bas dan teksi, berdekatan kompleks beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama, lebih 20 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah sudi berkerjasama.

Diketuai Penyelaras Negeri SAMM Wilayah, Azmir Mustapha, 29, operasi tertumpu kepada pemandu teksi serta pemandu bas dan konduktor yang menuju ke arah Jalan Raja Laut.

Menurut Azmir, pihaknya sebelum itu baru sahaja mengadakan program bersahur bersama gelandangan.

"Ada 100 bungkusan makanan kita bekalkan. Kami juga sumbangkan 10 kampit beras dengan makanan keperluan dapur untuk golongan miskin di sebuah kampung di Sungai Buloh, Selangor," katanya.

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang juga Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) turut serta, selain wakil mahasiswa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, reformis,  Norazimah Mohamad dan Gang Kotak, selain dua aktivis KAMI, Ali Bukhari Amir dan Rayusa.

Seperti program pertama pada 17 Julai, pek nasi arab disumbangkan oleh KAMI.

Juadah berbuka puasa itu turut diagihkan kepada pasukan polis IPD Dang Wangi, kira-kira 200 meter dari Sogo.

Sebenarnya, ada di antara sukarelawan itu pernah ditahan seketika di IPD Dang Wangi, ekoran siri himpunan rakyat di ibu negara.

Cakna Ramadan Harakah itu juga sempat menyantuni penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), amil dari Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan pengawal keselamatan.

Penguatkuasa DBKL, Hafiz Herman, 23, berkata, usaha Harakah patut terus diadakan pada masa-masa akan datang.

"Kami di sini ada tujuh pondok operasi sekitar Jalan Masjid India," jelasnya.

Sementara itu, Abd Basar Abd Hasin, 25, berkata, lazimnya orang ramai mengeluarkan zakat pada amil yang bertugas di sekitar kompleks beli-belah di saat-saat akhir.

"Sekarang masih terlalu awal. Lazimnya, minggu terakhir Ramadan baru sibuk," ujarnya sambil tersenyum.

Bagi pengawal keselamatan Sogo, Wan Ismail Wan Husin, 65, Ramadan ini tahun terakhir beliau bertugas sebelum pulang ke kampung.

Beliau menghargai sumbangan Harakah itu sambil menyeru kerajaan menguatkuasakan dasar gaji minimum RM900.

"Kerja guard ini berdepan bahaya. Kerja 12 jam. Patut benar kerajaan pelihara kebajikan kami," katanya.

Operasi tamat kira-kira jam 7 petang,  dengan sesi bergambar kenangan.

"Alhamdulillah, dengan sokongan SAMM, Bakkah, KAMI dan rakan-rakan sekerja di Harakah, program Cakna Ramadan berjalan lancar. Jutaan terima kasih kepada mereka yang ringan tulang, dan tidak dulupakan khusus buat para penyumbang," kata Ahmad Lutfi, lega dan gembira.

Pada hari sama, hampir 100 pek nasi arab turut diserahkan kepada wakil mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), di kediaman Ahmad Lutfi, Taman Bukit Ampang untuk diagihkan kepada sebahagian pelajar yang menginap di asrama.

Sesiapa yang berminat untuk menaja iftar dan sumbangan Aidilfitri boleh menyalurkan terus kepada akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399.

Negeri ditadbir PAS jadi mangsa diskriminasi

Aslani M | Foto Zamani Mohd Zain, 30 Jul 2013

KOTA BHARU: Berbeza layanan diterima Kelantan berbanding negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat apabila terus menjadi mangsa politik dendam Umno dan BN.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan BN dilihat lebih menekan negeri-negeri yang ditadbir PAS berbanding parti lain.

“Kita melihat amalan itu dilakukan kerana ada hubung kait dengan Islam. Kerajaan yang ditadbir PAS terus didiskriminasi, sedangkan negeri-negeri lain di bawah Pakatan mengalami situasi sedikit berbeza.

“Projek lebuh raya di Kelantan sepatutnya sudah lama dibuat, namun di Pulau Pinang biar pun ditadbir DAP namun jambatan Pulau Pinang kedua tetap diteruskan,” katanya pada ceramah Badar Qubra di Qaryah Ramadan malam tadi.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Dr Ramli Mamat dan Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus.

Orang ramai memenuhi ruang dalam khemah berhawa dingin, manakala sebahagian lagi terpaksa menunai solat di ruang luar.

Qaryah Ramadan dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menjadi tumpuan ramai sejak 1 Ramadan lalu.

Solat tarawih diimamkan qari jemputan dari  Mesir iaitu Sheikh Ahmad Tamim Ahmed Almaraghi dan Sheikh Hisham Abd Bari Rajih.

Ustaz Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, Kelantan dihentam dari segenap penjuru sejak 1990 sehingga sekarang.

Menurutnya juga apabila Islam dapat ditegakkan, bangsa dan negara akan lebih selamat.
Cadangan Harussani akan 'musnahkan' perlembagaan
6:41PM Jul 30 2013  
Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengecualikan orang Islam daripada hak sama rata untuk membesarkan anak-anak dengan didikan agamanya seperti dicadangkan mufti Perak Harussani Zakaria didakwa akan memberikan kesan buruk.

malaysian consultative council of buddhism, christianity, hinduism, sikhism and taoism mccbchstMajlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMABKHST) berkata, pindaan itu juga boleh "memusnahkan" asas-asas perlembagaan.

"Ia juga mengubah ciri-ciri perlembagaan secara asasnya, perlembagaan yang dirangka secara teliti oleh pihak yang merangkanya... selepas rundingan dengan semua pihak berkepentingan," katanya presidennya Jagir Singh dalam kenyataannya hari ini.

Harussani pada 26 Julai lalu dilaporkan berkata, Perkara 3, 5 dan 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seorang ibu mempunyai hak sama rata membesarkan anak-anak dengan didikan agamanya perlu dipinda dengan memberikan pengecualian kepada Islam.

Katanya, undang-undang Islam terpakai di negara ini kerana Islam agama rasmi Persekutuan sedangkan agama-agama lain hanya boleh diamalkan.

"Dalam Perlembagaan sekarang, Islam cuma sebagai amalan sahaja tetapi tidak dari segi undang-undang kerana tidak dilaksanakan. Itu yang susah. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, maka gugur, itu jadi kacau.

"Peruntukan itu (bab agama anak) patut dipinda atau ditambah dengan dikecualikan orang Islam," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.

NONEBeliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh sehari sebelum itu yang membatalkan pengislaman tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi (kiri), 38, yang didaftarkan oleh suaminya, Muhammad Ridzuan Abdullah, 44, seorang mualaf berketurunan India, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan Perakuan Memeluk Islam ke atas Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, terbatal dan tidak sah.

Swee Seng berkata, pengislaman itu tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira Gandhi dan anak-anaknya.

Sementara itu, mengulas kenyataan yang disifatkannya sebagai mengejut itu, Jagir berkata, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara sementara undang-undang Islam hanya digunakan dalam kes yang terhad.
Kementerian siasat kenyataan 'balik China, India'
6:08PM Jul 30 2013  
Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.

Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan.

NONE"Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu.

Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".

Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.

Enggan layan panggilan telefon
Sebelum ini, naib presiden Gerakan A Kohilan Pillay menggesa pengetua itu dipecat jika siasatan mendedahkan dia benar-benar mengeluarkan kenyataan itu.

Katanya, kenyataan itu, jika benar, merupakan simptom "perkauman terang-terangan" di kalangan penjawat awam dan guru-guru, yang berbahaya jika dibiarkan tanpa disemak.

Insiden terbaru itu muncul selepas kontroversi "kantin bilik persalinan" di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana.

Kakitangan SMK Alam Megah memberitahu Malaysiakini, pengetua itu tidak akan melayan soalan pemberita.

"(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.

Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian
Pemuda PAS: Haram juga lelaki sertai bina badan
4:02PM Jul 30 2013  
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta agar pihak berkuasa majlis agama Islam turut bertindak ke atas golongan lelaki yang menyertai pertandingan bina badan.
Ketua penerangannya, Yusapiza Yaacob berkata, tindakan berkenaan perlu diperluas agar meliputi pertandingan bina badan kerana ia turut melibatkan aurat lelaki untuk pertandingan.

"Pertandingan bina badan tidak jauh bezanya dengan pertandingan ratu cantik ini. Kedua-duanya memakai pakaian yang jelas membuka aurat dan ditayangkan di khalayak ramai.

"Pertandingan bina badan mengenakan syarat hanya memakai seluar dalam sahaja untuk bertanding. Apakah berlakunya kes pilih kasih dalam kedua-dua pertandingan ini?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berpendapat, Islam tidak melarang penganutnya menyertai pertandingan selagi ia menepati syarak.

Oleh yang demikian, majlis agama dan mufti perlu tegas dan tidak prejudis dalam melaksanakan tuntutan syariat, kata Yusapiza.

"Sekiranya tidak diatasi dengan bijak,  DPPWP percaya, kelak berlaku lagi polemik pertandingan ratu cantik ini sepertimana selepas tahun 1997," katanya.
Kenyataan itu timbul susulan siasatan oleh Jabatan Agam Islam Wilayah Persekutuan ke atas empat orang wanita peserta Miss Malaysia World 2013 yang didakwa mempertikaikan keputusan fatwa berhubung penyertaan pertandingan tersebut.

Empat jelitawan berkenaan menghadapi hukuman denda tidak melebihi 3,000 atau penjara oleh Mahkamah Syariah, selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: