BN kekal kerusi, majoriti 4,000 tersasar
Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.
Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof
LANGSUNG10.15pm: Pengurus pilihan raya kecil DUN Kuala Besut A Rahim Jusoh mengumumkan Tengku Zaihan sebagai ADUN Kuala Besut.
BN - 8,288 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi
Ia menunjukkan bahawa BN hanya berjaya menambah 158 undi berbanding majoriti dalam pilihan raya umum 5 Mei.
10pm: Kumpulan penyokong BN bersorak sebaik calon parti itu, Tengku Zaihan tiba ke pusat penjumlahan undi.
Tengku Zaihan diiringi barisan pemimpin parti tersebut - Tan Sri MuhyiddinYassin, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Maslan.
9.02pm: AJK pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu sedar bahawa BN mendahului dalam pilihan raya umum lagi dengan majoriti 2,434 undi.
Namun, BN hanya berjaya meraih tambahan kira-kira 200 undi walau mengumumkan peruntukan RM477 juta semasa kempen tersebut, katanya.
"Kami berpuas hati dan reda, meskipun disogokkan dengan begitu hebat dan juga mereka mengharapkan menang 4,000 undi, tetapi kami berjaya mengagalkan mereka," kata Dzulkefly.
"Kami tahu sukar (untuk capai) menang tapi tidak mustahil dan kami menerima kekalahan. Kami melancar serangan bersungguh-sungguh namun pelbagai sebab (kekalahan) ini," katanya.
Tambahnya, PAS juga tidak melihat bahawa strategi mereka untuk membentuk jumlah kerusi yang sama banyak di DUN Terengganu itu merupakan satu kesilapan.
"Kami tidak menganggap agenda 16:16 satu yang silap, kerana kami telah menjelaskan sejelas-jelasnya, cuma ada rakyat yang faham dan percaya, tetapi tidak boleh memberi undi. Jika dihitung dengan sogokan, menakut-nakutkan dan sebagainya.
"Kami juga berdepan dengan pengundian (pada hari bekerja), menyebabkan pengundi luar dan penyokong kami tidak dapat balik," katanya.
8.30pm: ANALISIS - PAS membuka gelanggang dengan menimbulkan isu besar termasuk isu tanah dan juga strategi untuk mencapai jumlah kerusi sama banyak dengan BN - 16:16.
PAS kemudiannya berubah arah dengan menganjurkan program seperti karnival mesra rakyat, cabutan bertuah dan juga pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal.
Pertambahan jumlah majoriti undi BN yang tidak begitu signifikan itu juga menunujukkan bahawa PAS masih dapat mengekalkan pengaruh dari penyokongnya walau tewas.
8.25pm: Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada parti atas kemenangan di DUN Kuala Besut.
"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walau jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang kesemua pusat daerah mengundi.
"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.
8pm: Sumber PAS menyebut, BN mendahului dengan hampir 2,600 undi.
BN pada awal kempen mensasarkan untuk meraih sehingga 4,000 undi majoriti.
PAS - 5,283 undi
BN - 7,882 undi
Majoriti - 2,599 undi
Rosak - 93 undi
Kuala Lumpur wajar gazet 17 Ramadhan cuti umum
Anis Nazri, | 24 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Batu menggesa kerajaan mengisytiharkan hari Nuzul Quran sebagai hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur.
Yang Dipertua PAS kawasan tersebut, Ishak Surin berkata hari Nuzul Quran yang jatuh pada setiap 17 Ramadhan itu perlu diperingati dan dirayakan bagi menyatakan kegembiraan dan kesyukuran kita di atas rahmat Allah.
"Tanggal 17 Ramadan yang telah disepakati sebahagian besar ulama sebagai hari mula turunnya al-Quran kepada junjungan besar Muhammad SAW melalui malaikat jibril amatlah perlu diperingati dan dirayakan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Namun, malangnya kata beliau pihak Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur yang menjadi pusat petadbiran negara sepatutnya menjadi contoh dan mendahului, tetapi sama sekali tidak prihatin dan ketinggalan.
Beliau beranggapan keadaan itu tidak sahaja menyedihkan bahkan amat mengaibkan, di saat kebanyakan negeri di Malaysia telah mengisytiharkan tanggal 17 Ramadan sebagai hari cuti umum.
Bagaimanapun, Ishak berkata masih belum terlewat wlaupun agak terlambat untuk pihak kerajaan persekutuan membetulkan kelalaian yang berlaku.
Justeru, katanya PAS Batu menuntut agar kerajaan persekutuan mengisytiharkan tanggal 17 Ramadan sebagai hari cuti umum bagi warga kerja Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur.
"Hakikatnya, ini kali ketiga PAS Batu menuntut agar kerajaan mengisytiharkan hari Nuzul Quran sebagai cuti umum, namun masih tidak berubah.
"Sekiranya kerajaan persekutuan bersedia membuat pengisytiharan tersebut, kami sememangnya berterima kasih atas keprihatinan tersebut," tegas beliau.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan masyarakat bersama-sama untuk ke Istana Negara atas tujuan itu sekiranya kerajaan masih tidak mengendahkan tuntutan tersebut.

Ke mana hilangnya remaja Pulau Perhentian?
Salmiyah Harun, | 24 Jul 2013 |
PULAU PERHENTIAN: Merentasi Laut China Selatan, menuju ke sebuah pulau yang cukup terkenal dengan pantai dan airnya biru kejernihan. Sesekali bot dilambung ombak sesekali terasa percikan air ke muka, juga tempuhan angin seolah-olah 'menampar' muka penulis.
40 minit berada di atas bot terasa baru 10 minit, akhirnya penulis tiba di jeti Pulau Perhentian Kecil, dari jauh kelihatan deretan rumah kampung milik lebih 1,000 penghuni.
Jeti konkrit yang menyambut bot penambang cukup teguh tidak lagi jelas dek dihalang oleh poster-poster parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil 24 Julai ini.
Jam 9.00 pagi, suasana di sini agak sunyi mungkin kerana bulan puasa pada anggapan penulis, tapi menurut penduduk di sini memang suasana di waktu pagi agak sunyi.
Menjejaki lorong-lorong kecil di celah-celah rumah penduduk, penulis merasakan hubungan mereka cukup akrab. Jarak antara rumah ke rumah begitu rapat sehinggakan percakapan jiran sebelah boleh dengar satu persatu.
"Bakpo tu? Bila tengah hari jah, cucu nangis. Panas tu," sapa seorang makcik dengan loghat Kelantan kepada jirannya di hadapan yang sedang memujuk cucunya yang menangis.
"Tok tahulah, puah pujuk doh ni. Tok sir berhenti nangis," balas jiran makcik itu, menarik penulis menjenguk-jenguk melihat gerangan siapa yang bercakap.
Betapa dekat, mereka boleh sampuk menyampuk masing-masing di antara mereka.
Jam 5.00 petang kelihatan kanak-kanak dalam usia empat hingga 12 tahun mula keluar perlahan-lahan menuju ke pantai untuk bermain-main sesama mereka.
Di situ, kelihatan pondok kecil dan sebuah bot usang yang tersadai menjadi barang mainan mereka memenuhi masa petang yang terluang.
Kebetulan, di saat itu mereka mungkin bertuah kerana ada yang sudi menyantuninya. Satu kumpulan anak muda dari PAS Ameerah Muslimat sudi mengatur aktiviti kanak-kanak ini, kumpulan ini sudah tiba di pulau seawal pagi untuk memenuhi ruang masa senggang kanak-kanak di sini.
Pelbagai aktiviti yang disediakan buat lebih 30 orang kanak-kanak ini, gunting rambut serta bertindik diberikan secara percuma kepada mereka sebelum mengadakan acara sukaneka.
Penulis terpanggil untuk menghampiri sekumpulan kanak-kanak yang hampir sebaya kesemuanya sedang leka bermain mercun yang kemudian dilemparkan ke dalam laut menenggelamkan suara kegembiraan kanak-kanak lain yang bermain.
Tiba-tiba tidak disangka, datang seorang budak mungkin darjah empat terus menyapa penulis "sedap dok suara sayo nyayi tadi, suaro sayo tu,".
Penulis terus tergamam, kerana tidak pernah bersua apatah lagi berbual dengan budak itu. Sikap peramah yang ditunjukkannya yang memakai baju jersi itu membuatkan penulis kagum.
Lalu penulis terus memuji beliau "suara awok meme best, boleh masuk idola kecil la, hok dale tv tuh," lalu budak lelaki itu tersenyum malu.
Tidak sampai 10 minit penulis duduk bersama-sama lebih 10 kanak-kanak berusia sembilan ke 12 tahun itu, hubungan kami bertambah mesra bagaikan mak dengan anak, kakak dengan adik.
Sambil melayan karenah anak-anak pulau ini, tidak semena-mena mereka menunjukan telefon samsung yang penuh dengan klip video yang dirakam oleh mereka.
Klip video menunjukkan mereka sedang 'miming' lagu 'Aku Anak Jalanan' yang sedang popular di Indonesia. Terhibur melihat kreatifnya mereka itu. Bukan setakat itu, video yang dilakonkan semula oleh anak-anak ini dari sedutan filem 'KL Gangster'.
Ternyata, anak-anak pulau ini ruang mereka cukup terhad seperti disisihkan, kerana hanya aktiviti seperti ini sahaja yang mampu dirasai mereka. Bila petang, mereka bermain berkejar-kejar sesama mereka. Tidak ada taman permainan, puas berlari-lari, melompat-lompat lalu terjun ke laut pula. Begitulah permainan mereka sehingga malam menjelma.
Penulis turut tercari-cari di manakah lagi generasi belia remaja di Pulau Perhentian ini, hendak kata mereka bermain futsal, tidak ternampak pun gelanggang futsal di sini. Di manakah mereka?
Mesir cuba diheret ke kancah lebih parah
Nasaie Ismail, | 24 Jul 2013 |
Ketika ini dua penyokong Dr Mursi maut ditembak di Jalan Solah Salim
sebelum waktu sahur sebentar tadi. Hari ini sudah 27 hari penyokong
Presiden pilihan rakyat itu berkubu di Dataran Rubu'ah dan Dataran An
Nahdah di Kaherah. Melihatkan persiapan mereka menampakkan mereka sedia
untuk duduk di dataran tersebut sehingga dua ke tiga bulan lamanya.
Sebuah hospital sementara didirikan bagi merawat mangsa-mangsa tembakan.
Ribuan khemah didirikan sepanjang jalan empat persimpangan di Rubu'ah
tersebut. Manakala sesekali ada sebahagian penyokong Mursi berarak di
merata tempat seperti ke Dataran Ramsis, Jalan Solah Salim dan lain-lain
kawasan. Kumpulan ini biasanya diganggu dengan serangan dan tembakan.
Manakala keadaan di Rubu'ah masih selamat.
Ikhwan Muslimin bersama kumpulan Islam lain termasuk Dakwah Salafi dan Jemaah Islamiah Mesir memilih jalan damai melalui himpunan-himpunan mereka sehingga dikembalikan Presiden pilihan rakyat Dr Muhammad Mursi ke tempat asalnya. Walaupun sudah ratusan penyokong mereka dibunuh dan ribuan lagi tercedera, mereka tidak membalas dengan jalan kekerasan dan kekal di Dataran Rubu'ah sehingga ke saat ini. Tekanan yang mereka berikan menyebabkan kerajaan baru hasil rampasan yang didirikan dan juga pihak tentera tidak berada di laluan yang selesa. Sehingga ke hari ini sudah beberapa kali usaha cuba dibuat untuk mengajak Ikhwan kembali berunding dengan mereka, bahkan menawarkan beberapa jawatan menteri kabinet kepada Ikhwan. Menandakan mereka tertekan.
Manakala dipihak Tamarrud kumpulan yang menganjurkan Himpunan 30 Jun untuk menggulingkan Mursi berpecah. Malah sebilangan mereka mengistiharkan bersama penyokong Mursi. Ini kerana bukan semua penyokong Tamarrud itu penyokong bekas Presiden Mubarak. Sebahagian besar mereka hanya mahu menjatuhkan Mursi sahaja dan bukan mencabut demokrasi serta kebebasan media. Malangnya kabinet baru yang dibentuk dipenuhi orang Mubarak. Perdana Menteri yang dilantik membuat kenyataan akan mengundi Jamal Mubarak anak kepada Hosni Mubarak jika berlaku pilihanraya Presiden. Manakala pendedahan hubungan Muhammad Barda'ie sebagai Timbalan Presiden kerajaan perampas ini dengan Israel mendatangkan kemarahan rakyat. Hal inilah yang menyebabkan Tamarrud berpecah. Cubaan mereka untuk menganjurkan himpunan lagi di Dataran Tahrir gagal sebanyak dua kali dengan kehadiran yang sangat minima setelah berminggu Tahrir kosong daripada penyokong.
Apatah lagi rakyat yang merasa tertipu menyokong Tamarrud sebelum ini amat marah apabila isu yang mereka bangkitkan seperti masalah letrik dan petrol yang kerap terganggu tiba-tiba segera selesai sejurus Mursi dijatuhkan. Menandakan wujudnya sebotaj dikalangan penggerak Tamarrud juga kroni bekas Presiden Mubarak. Selama ini rakyat percaya masalah letrik dan petrol ini benar-benar datang daripada Mursi. Masakan dalam tempoh sehari sahaja masalah ini selesai. Sehingga ke hari ini hanya lima kerajaan luar termasuk Israel, Saudi dan UAE sahaja yang secara terang mengiktiraf kerajaan haram ini. Negara lain ada yang menolak mengiktiraf dan banyaknya menanti dan lihat sahaja. Ada yang menyangka sejurus Mursi digulingkan, situasi akan menjadi seperti zaman Mubarak dan sebelumnya. Rakyat akan didiamkan dan gerakan penyokong Mursi akan segera beransur padam selepas beberapa pimpinan utamanya ditangkap. Ternyata telahan itu silap. Pasca 25 Januari 2011 ketakutan rakyat Mesir sudah hilang. Hari ini di rumah-rumah, kedai dan kenderaan penyokong Mursi secara terang-terangan meletakkan tanda sokongan berbentuk gambar atau tulisan. Slogan-slogan menolak Abdul Fatah Sisi Jeneral Tentera dipaparkan secara terbuka. Akhbar Hurriah Wal Adalah yang diharamkan tetap dicetak dan dijual di jalanan. Rakyat tidak takut lagi menyuarakan bantahan. Menandakan untuk kembali ke zaman Mubarak dan sebelumnya yang penuh kegelapan tidak lagi berlaku. Ia juga petanda kerajaan perampas yang dibina tidak akan selesa. Sebab itu berkali keli mereka memujuk Ikhwan untuk berunding.
Apabila rakyat mula menyuarakan kemungkinan Mursi di penjara, semalam Naib Am, Ketua Hakim Besar Mesir keluarkan kenyataan Mursi tidak di penjara tetapi disimpan di rumah yang tidak dimaklumkan lokasinya. Dengan kehadiran rakyat yang sangat besar khususnya setiap hari Isnin dan Jumaat di dataran-dataran seluruh Mesir, ia akan memberi tekanan yang kuat supaya Mursi dikembalikan ke tampuk kerajaan sebagai Presiden yang sah. InsyaAllah jika hal ini berlarutan Mesir akan kembali ditadbir oleh Presiden pilihan rakyat.
Walaubagaimanapun kebimbangan tetap berlaku. Kuasa-kuasa barat dibantu agen-agen mereka di negara Arab terus memainkan peranan untuk mengheret Mesir ke kancah lebih parah. Nama seperti Putera Sultan bin Bandar, bekas Duta Saudi di Amerika yang terkenal dengan skandal Play Boy merupakan antara perancang di sebalik rampasan kuasa yang berlaku. Sebagaimana individu yang sama yang memainkan peranan di Syria menaja kumpulan-kumpulan bersenjata dikala rakyat Syria pada awalnya bangkit secara aman di jalan-jalan raya untuk menjatuhkan Basyar Asaad yang zalim. Namun dibalas dengan peluru hidup dan berkahir dengan peperangan yang memusnahkan negara dan sukar untuk dibina dalam masa yang singkat.
Begitulah halnya dengan Mesir. Setelah rancangan merampas kuasa dilihat tidak berjaya sepenuhnya dan masih tergugat, mereka merancang untuk mengheret Mesir ke kancah lebih parah. Dikala Ikhwan dan Pakatan kumpulan Islam berbagai aliran menolak jalan kekerasan, terdapat satu kumpulan yang ditaja kuasa besar melalui permainan Putera Sultan bin Bandar dengan cuba diberikan bantuan senjata supaya mengangkat senjata yang akan berakhir dengan perang yang memusnahkan. Mereka juga mengheret penyokong Mursi untuk masuk ke kancah ini. Namun kebijaksanaan rakan-rakan kita di sini insyaAllah boleh mengelakkan hal ini terjadi. Kerana bagi mereka jika tidak dapat kekuasaan di Mesir lebih baik Mesir musnah dengan peperangan daripada ditadbir oleh Ikhwan. Sama-sama kita berdoa pada Allah moga perancangan mereka gagal dan Mesir kembali damai dibawah Presiden pilihan rakyat.
Madinah An Nasr, Cairo.

Kakitangan S'gor dapat bonus raya sebulan gaji
Harakahdaily, | 24 Jul 2013 |
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus tersebut.
Ianya melibatkan pembayaran kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan dan bayaran itu akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.
"Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan tersebut, beliau berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.
"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," katanya.
Beratur ambil duit selepas mengundi?
Harakahdaily, | 24 Jul 2013 |
(Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.)
KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian.
Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi.
(Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".)
Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit.
"Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau.
Laungan "pilih Che Long" di sepanjang jalan
Muhammad Faizal, | 24 Jul 2013 |
(Che Long turut menyantuni perayu undi yang tidak berganjak biarpun cuaca panas terik)
BESUT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kuala Besut bagi memilih wakil yang boleh membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun)
Lapan pusat pengundian yang dibuka seawal jam 8 pagi tadi terus mendapat sambutan penduduk setempat untuk menunaikan tanggungjawab dalam menentukan wakil mereka nanti.
Pusat pengundian tersebut adalah Pulau Perhentian, Seberang Barat, Kampung Nail, Seberang Barat Luar, Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Baru dan Bukit Puteri.
Tinjau Harakahdaily di dua pusat pengundian di Kampung Nangka dan Tok Saboh mendapati suasana agak aman tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Cuaca yang agak panas tidak mematahkan semangat penyokong untuk terus berada di kawasan ditetapkan untuk tujuan merayu undi.
Walaupun penyokong parti berada dalam kedudukan berdekatan, namun mereka mampu menunjukkan sikap profesional dalam meraih undi tanpa menyinggung mana-mana pihak.
Laungan 'Pilih Che Long', 'Undi Bulan (PAS) serta takbir sentiasa kedengaran dari penyokong PAS sebagai merayu undi dari penduduk setempat.
Endot @ Azlan Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long yang berkunjung ke Pusat Pengundian Tok Saboh di Sekolah Kebangsaan Alor Peroi berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini.
Beliau mengharapkan penduduk mengambil peluang untuk keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan dari cuaca yang panas serta hujan pada sebelah petang.
"Saya berpuas hati dengan sambutan penduduk yang keluar mengundi setakat ini, kebanyakan mereka mengambil peluang untuk keluar awal, maklumlah bulan Ramadhan.
"Kepada yang belum mengundi tu harap boleh keluar awal sebab kita tidak tahu petang ini hujan atau tidak, apa yang pasti tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi," katanya
Jelasnya lagi, enam pusat pengundian telah beliau lawati dan beliau akan ke pusat pengundian yang terakhir iaitu di Bukit Puteri.
Setakat jam 11 pagi, seramai 7,356 orang (44.49 peratus) sudah keluar mengundi. Jika dicampur undi awal, jumlah keseluruhannya 8,268 (46.76 peratus).
Jumlah pengundi berdaftar bagi PRK Dun Kuala Besut ini adalah seramai 17,713 orang.
'Saya telah berusaha, kini doa dan berserah'
Muhammad Faizal, | 24 Jul 2013 |
BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof hari ini membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Che Long yang mengundi di saluran dua tiba di Pusat Pengundian pada jam 7.54 pagi dengan diiringi oleh pimpinan PAS peringkat pusat dan juga negeri.
Che Long yang merupakan individu pertama mengundi di sekolah sebaik sahaja Pusat Pengundian dibuka pada jam 8 pagi.
Jelasnya ketika ditemui, walaupun tempoh kempen PRK sudah berlangsung selama 12 hari berakhir tepat jam 12 tengah malam semalam, namun perasaan gementar itu tetap ada apatah lagi beliau mengundi sebagai seorang calon.
"Syukur saya sudah pun menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi, memang sedikit gementar kerana sebelum ini saya mengundi sebagai orang biasa tapi kali ini tidak kerana saya mengundi sebagai calon," jelasnya.
Menurutnya lagi, sepanjang tempoh berkempen yang berakhir semalam, beliau amat berpuashati dengan respon yang diberikan oleh penduduk di Dun Kuala Besut.
"Sepanjang kempen yang berakhir semalam, saya amat berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh pengundi.
"Saya telah berusaha sebaik yang mungkin untuk bertemu seramai mungkin pengundi dan selebihnya saya berserah kepada Allah.
"Saya yakin melihat kepada sambutan PAS mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kerusi Dun Kuala Besut, walau macam mana sekali pun kita kena berserah kepada Allah," sambung beliau lagi.
Isteri beliau, Che Zabiyah Muhammad juga mengundi di tempat yang sama.
Che Long dan isterinya sempat bertemu dengan pengundi dan juga akan mengunjungi ke semua pusat pengundi bagi bertemu pengundi-pengundi.
Sehingga jam 9 pagi, jumlah yang keluar mengundi amat mengalakkan bagi semua saluran, kebanyakkan pengundi mengambil peluang untuk mengundi di awal pagi bagi mengelakkan cuaca panas di sebelah petang.
Suasana harmoni ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong dalam mereka meraih undi walaupun kedudukan mereka hanya bersebelahan.
Ustaz Hadi ada rekod selesai isu tanah terbaik - Husam
Harakahdaily, | 24 Jul 2013 |
KUALA BESUT: Pengarah pilihan raya PAS Kuala Besut, Datuk Husam Husam menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meninggalkan track rekord tersendiri dalam menyelesaikan isu tanah di negeri ini.
(Husam ketika memberikan ucapan kepada petugas dan penyokong PAS malam tadi)
Kata Husam, Ustaz Abdul Hadi ketika menjadi Menteri Besar Terengganu berjaya menyelesaikan pembahagian geran tanah yang tidak pernah berjaya dibuat oleh pemimpin Umno sebelum ini.
"Kita bukan dongeng, kita bukan sekadar nak buat janji, tetapi track rekord Presiden PAS semasa menjadi menteri besar adalah menyelesaikan pemilikan tanah," kata Husam dalam ucapannya kepada petugas PAS dan pengundi di Kuala Besut malam tadi.
Semasa pentadbiran PAS dari 1999 hingga 2004, kerajaan negeri Terengganu telah memberi lebih 60,000 geran hak milik tanah kepada rakyat di negeri itu.
Ia adalah satu rekod yang pernah dicapai oleh sebuah kerajaan untuk satu penggal di negeri itu.
Berdasarkan track rekod itu, menurut Husam, PAS menjangka akan menyelesaikan isu pemilikan tanah di Besut jika berjaya menang dalam pilihan raya ini dan mencapai kedudukan 16:16 dalam Dewan Undangan Negeri Terenggan.
"Tanah-tanah di Kuala Besut ini kita akan agih-agihkan. Kita menjangkakan dalam masa 10 tahun, semua penduduk Terengganu, orang-orang muda yang berumah tangga akan mempunyai tanah dan rumah," kata Husam penuh keyakinan.
Beliau yakin, semua ini boleh dilakukan di bawah konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS.
Husam juga yakin, kerajaan negeri Terengganu dapat menghapuskan semua kemiskinan di negeri dalam masa setahun.
Ia dilakukan dengan cara menambahkan pendapatan kepada 100,000 keluarga miskin yang ada di Terengganu sehingga ia melepasi paras kemiskinan iaitu RM720 sebulan.
"Kita boleh melakukan perkara ini dengan cara kerajaan menambahkan pendapatan mereka. Jika pendapatan mereka RM400, kerajaan perlu tambah RM320. Jika pendapatan mereka RM500, kerajaan perlu tambah RM220 sahaja.
"Anggaran kita RM30 juta sahaja sebulan diperlukan untuk mengatasi masalah kemiskinan di Terengganu," kata Husam.
Ia mampu dilakukan kerana kerajaan Terengganu adalah paling kaya di semenanjung Malaysia iaitu mempunyai pendapatan dari hasil royalti minyak sebanyak RM1.8 bilion wang setahun.
Tetapi penduduknya, kata Husam, adalah yang paling miskin di Semenanjung Malaysia iaitu selepas Sabah kalau dikira seluruh negara.
"Pemimpin Terengganu patut rasa malu. Mat Said (Menteri Besar) patut rasa malu. Bukan hendak menghina tetapi kita rasa sedih, kalau kita pergi ke tepi-tepi pantai ada lagi orang Melayu, anak jati Terengganu duduk dalam rumah yang sangat dhaif," kata Husam kesal.
Suasana harmoni, perayu pamer sikap profesional
Hazayani Zakaria dan Salmiyah Harun, | 24 Jul 2013 |
(Perayu undi dari Muslimat PAS dan wanita Umno hanya berdiri sebelah menyebelah)
BESUT: Puasa dengan cuaca panas terik tidak menghalang pengundi keluar membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut.
Jentera PAS dan BN turut meneruskan tugas merayu undi pada saat akhir dengan berdiri di sepanjang jalan berhampiran pusat-pusat mengundi.
Tinjauan Harakahdaily di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri kira-kira jam 10 pagi mendapati warga emas dan golongan pertengahan mendominasi pusat pengundian.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan sibuk membawa warga emas dari pintu masuk sekolah ke pusat pembuang undi menggunakan kerusi roda.
Suasana di luar sekolah pula terkawal walaupun perayu undi kedua-dua parti sibuk menarik perhatian orang ramai dengan pelbagai cara.
Apa yang menarik kali ini, jentera kedua-dua parti tidak ada masalah berdiri dalam jarak yang dekat.
Malah ada muslimat PAS meminta Puteri Umno merakamkan gambar mereka dan sebaliknya juga berlaku.
Pendek kata, suasana harmoni dengan kedua-dua parti mempromosikan calon masing-masing.
Polis trafik mengawal keadaan lalu-lintas afar tidak berlaku kesesakan.
Unit Peti Undi (UPU) Bukit Puteri merupakan antara peti undi yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan sebelum ini.
Bagaimanapun, keadaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu iaitu tempat calon PAS membuang undi agak riuh dengan perang mulut kedua-dua jentera parti yang berdiri di bahu jalan.
(Warga Tionghua turut merayu undi memegang poster calon PAS, Che Long)
(Muslimat PAS berdiri sepanjang jalan merayu undi untuk Che Long)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan