Pencuri sempat makan laici
Akibat kejadian itu, Rahayu yang mengusahakan kedai makan sejak tiga tahun lalu mengalami kerugian kira-kira RM3,000.
Rahayu berkata, selepas itu, dia terus memeriksa keadaan dalam kedai dan mendapati sebuah televisyen 42 inci serta dua speaker lesap selain tin buah laici yang ada kesan dibuka dipercayai dimakan pencuri terbabit.
Menurutnya, dia bersyukur hanya beberapa barangan sahaja yang hilang dan perkakasan memasaknya yang lain termasuk tong gas tidak dilarikan pencuri.
"Saya memang tidak menyimpan sebarang benda berharga di kedai. Namun, televisyen berskrin rata itu dan speaker memang kemudahan yang disediakan di dalam kedai.
“Hanya kawasan di bahagian televisyen sahaja yang bersepah dan saya syak pencuri juga sempat menghabiskan laici dalam tin yang terbuka sedikit,” katanya.
Katanya, jika diikutkan dalam masa sebulan ini, sudah dua hingga tiga kes membabitkan jenayah yang berlaku di kawasan berkenaan dan dia sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan menjadi mangsa.
“Bagaimanapun, pencuri berkenaan berjaya juga mengumpil pintu gril belakang dengan membuka dua cermin tingkap berhampiran," katanya.
Trauma diacu pisau
Anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui masih trauma selepas berdepan seorang perompak bertopeng yang menceroboh masuk rumahnya di Jalan Kenanga, Batu Burok, di sini, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, tindakan berani Roshidawati yang masih mampu menjerit meminta bantuan walaupun berdepan maut selepas diacukan pisau berjaya mematahkan hasrat perompak tersebut untuk menggeledah rumahnya.
Menceritakan kejadian itu, Roshidawati berkata, semasa kejadian, dia tidur berseorangan di rumah, sementara ibunya, Zabidah Ibrahim, 50, di tempat kerja di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), di sini.
Zabidah bekerja sebagai tukang masak di asrama sekolah tersebut.
Roshidawati berkata, biasanya hanya dia dan ibunya di rumah sejak kematian arwah ayah, manakala dua adiknya telah berkahwin dan tinggal di rumah masing-masing.
“Kebetulan, semalam (kelmarin), ibu terpaksa bekerja, jadi saya tinggal di rumah bersendirian. Biasanya ibu akan pulang selepas subuh.
"Saya tersedar daripada tidur secara tiba-tiba sebelum ternampak seorang lelaki menutup muka dengan baju seolah-olah memakai topeng sedang berdiri di birai katil sambil memegang sebilah pisau," katanya, semalam.
Menurutnya, dia pada mulanya menyangka sekadar mimpi tetapi menyedari dalam bahaya apabila penjenayah yang kurus dan tinggi itu mengacukan pisau ke arah mukanya tanpa berkata apa-apa,
“Saya sendiri tidak tahu di mana kekuatan dan keberanian timbul kerana secara spontan saya menjerit sekuat hati meminta bantuan saudara-mara yang tinggal berhampiran.
"Mungkin terkejut dengan jeritan saya, perompak tersebut lari lintang pukang keluar dari rumah melalui pintu belakang dan hanya sempat menyambar dua telefon bimbit diletakkan di atas katil," katanya.
Roshidawati berkata, kemungkinan juga perompak telah berada di rumahnya lama berikutan terdapat kesan barang digeledah dan tabung duit syiling yang diletakkan di atas rak di dalam bilik dicungkil, cuma tidak sempat diambil.
Sementara itu, ibunya, Zabidah berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi anaknya, kira-kira jam 3.30 pagi.
"Walaupun terpaksa menanggung kerugian hampir RM1,000 selepas kehilangan dua telefon bimbit, salah satu baru dibeli beberapa hari lalu, namun saya tetap bersyukur kerana anak perempuan selamat dan tidak diapa-apakan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.
Lesap dalam 15 saat
KUALA LANGAT - Dalam masa tidak sampai 15 saat, pemilik sebuah stesen
minyak kerugian RM8,300 selepas premisnya di Batu 7, Sijangkang dirompak
sekumpulan penjenayah, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pemilik stesen minyak itu bersama dua pekerjanya sedang bersiap untuk menamatkan operasi sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal.
Salah seorang suspek mengacukan parang ke arah pemilik stesen minyak dan merampas bungkusan plastik mengandungi wang hasil jualan berjumlah RM8,300 sebelum melarikan diri ke arah Klang.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, stesen minyak itu sudah dua kali dirompak sebelum ini dipercayai dilakukan kumpulan sama.
“Kumpulan ini menjadikan stesen minyak di tempat yang sunyi sebagai sasaran rompakan," katanya
Beliau berkata, siasatan awal ke atas salah sebuah motosikal Honda EX5 yang dinaiki suspek mendapati cukai jalan motosikal itu sudah tamat tempoh dan nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.
“Saya menasihatkan pemilik stesen minyak supaya memasang CCTV di premis mereka bagi memudahkan pihak polis membuat pengecaman," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata.
KOTA BHARU - Dua lelaki warga Indonesia tidak mengaku salah di Mahkamah
Seksyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata
dalam kejadian di Machang, empat tahun lalu.
Tuduhan terhadap Aziz Jamal, 50, dan Samsuddin Bachom, 53, dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Mereka didakwa merompak seutas rantai tangan, seutas rantai kaki, tiga pasang subang, empat utas rantai leher, empat cincin emas, enam telefon bimbit, 'hard disk' serta jam tangan milik Eng Kiat pada jam 4.30 pagi, 2 September 2009.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pada prosiding semalam, kedua-duanya bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan memohon kes mereka dirujuk kepada kedutaan Indonesia bagi mendapatkan khidmat peguam.
Hakim Mohd Yusuff Yunus kemudian menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf.
KARAK - Seorang pemilik kedai motosikal bersama dua pekerja dan seorang
pelanggan dicederakan akibat dikelar dan diketuk dengan parang dalam
kejadian samun, kira-kira jam 3.15 petang, kelmarin, dekat sini.
Dalam kejadian itu, pemilik kedai motosikal berusia 64 tahun cedera parah di bahagian leher, manakala tiga yang lain cedera ringan di bahagian leher, kepala dan dada.
Pekerja yang cedera, Chong Meng Foo, 23, berkata, ketika kejadian, dia dan seorang pelanggan sedang berbual-bual di bahagian kaunter manakala pemilik kedai berada di dalam bilik.
Menurutnya, tiba-tiba datang dua lelaki masuk ke dalam kedai, namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mereka adalah pelanggan.
Perompak pegang leher pelanggan
“Pada masa itu, saya ingat mereka ingin beli motosikal, tetapi sangkaan saya meleset apabila salah seorang daripada mereka memegang leher pelanggan.
“Saya cuba melarikan diri ke belakang kedai namun dikejar oleh perompak terbabit dan mereka minta saya mengumpulkan semua wang,” katanya.
Meng Foo berkata, perompak itu juga minta dia membuka pintu besi dan dalam masa sama, mereka sempat mencederakan pemilik kedai.
Katanya, dia tidak dapat membuka peti besi memandangkan tidak menjumpai kunci sesuai menyebabkan perompak itu berang lalu mencederakan bahagian lehernya dengan parang.
“Selepas itu, perompak turut menggunakan belakang parang untuk mengetuk kepala pelanggan,” katanya.
'Bos jerit perompak'
Seorang lagi pekerja yang merupakan seorang mekanik, Mah Man Keong, 46, berkata, setiap hari kira-kira jam 3.30 petang mereka (pekerja) akan keluar minum petang.
Katanya, dia yang berada di bengkel bersebelahan kedai motosikal itu datang untuk bertemu pemilik kedai.
“Semasa saya melangkah masuk ke dalam kedai, bos menjerit perkataan ‘perompak’.
“Pada masa itu, saya lari ke bengkel ambil alat pemadam api dan terus kejar perompak,” katanya.
Man Keong berkata, ketika itu dia lihat dua lelaki sedang melarikan diri dan salah seorang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z yang diambil dari dalam kedai.
Katanya, semasa cuba mengejar perompak itu, salah seorang daripada perompak sempat menghalakan parang hingga mengenai bahagian dadanya.
“Saya kemudian berlari ke jalan besar dan menjerit kepada orang awam supaya membantu,” katanya.
Motosikal berjaya dijumpai
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, dalam kejadian itu, kerugian yang dilaporkan kira-kira RM3,000 membabitkan wang tunai, manakala motosikal dijumpai semula kerana tidak sempat dilarikan jauh akibat kehabisan minyak.
“Dua suspek juga dipercayai cedera akibat dibelasah orang awam, tetap berjaya melarikan diri menggunakan motosikal jenis Honda berwarna biru.
“Sehingga kini, polis masih giat mencari dan mengesan dua suspek yang terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 dan 379 A Kanun Keseksaan,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, keadaan pemilik kedai stabil dan dihantar keluarga menerima rawatan di hospital swasta di Kuala Lumpur selepas menerima rawatan di Hospital Bentong selepas kejadian.
TAIPING – Seorang pengusaha ladang ternakan ayam bernasib baik apabila
tindakannya lewat tiba ke ladang menyebabkan dia terselamat daripada
dicederakan lapan individu yang dipercayai ingin merompak.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, 28 Jun lalu, mangsa Kenny Ng, 40-an berkata, ketika kejadian, ladang ternakannya di Sungai Mati, Matang hanya dijaga dua pekerja warga Nepal.
Menurutnya, lapan individu berkenaan dipercayai bertindak mengikat dua pekerjanya yang sedang makan.
“Mereka kemudian menggeledah kawasan berkenaan bagi mencari barangan bernilai tidak cukup dengan itu mereka ugut dan pukul pekerja saya menyebabkan mereka cedera di badan dan tangan,” katanya.
Difahamkan, kesemua penjenayah berkenaan bertindak menunggu pengusaha ladang sehingga jam 10 pagi, kononnya untuk mendapatkan habuan lebih besar.
Namun, taktik itu tidak menjadi apabila Kenny datang agak lewat berbanding hari biasa.
Kenny berkata, dia hanya mengetahui insiden berkenaan sebaik dihubungi salah seorang pekerjanya yang berjaya membuka ikatan di tangan.
“Saya kemudian membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan awal, kumpulan itu berjaya larikan dua televisyen, dua telefon bimbit dan wang tunai dengan kerugian dianggarkan RM5,000,” katanya.
Difahamkan, insiden berkenaan bukan pertama kali berlaku apabila bulan lalu, seorang lelaki datang ke ladang itu dengan tujuan meminta wang perlindungan.
“Namun saya enggan bagi, saya rasa kejadian rompak ini ada kaitan dengan kes meminta bayaran wang perlindungan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan kejadian, namun menyatakan bahawa mangsa tidak memaklumkan berkaitan kes meminta wang perlindungan.
KUALA LUMPUR - Sembilan suspek yang dipercayai terlibat dengan beberapa
kumpulan samun bersenjatakan parang diberkas dalam beberapa siri
tangkapan di sekitar Cheras sejak 8 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, modus operandi beberapa kumpulan itu adalah dengan menyamun pada waktu malam di sekitar daerah ini.
Katanya, dalam serbuan pertama di kawasan parkir Flat Sri Pakar Jalan Sungai Besi, di sini, pada jam 4.35 petang, 8 Julai lalu, seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas dalam sebuah kereta Toyota Harrier warna putih.
Mohan Singh berkata, dalam serbuan berasingan pada keesokan hari, seorang lelaki berusia 27 tahun ditangkap di dalam sebuah kereta Proton Perdana warna hitam, di Taman Connaught, di sini, pada jam 2.15 pagi.
Dalam serbuan ketiga, dua lelaki termasuk seorang daripadanya anggota polis yang ditahan tugas diberkas di hadapan sebuah institusi pengajian tinggi di Jalan Sultan Abdul Aziz, 15 Julai lalu.
“Kedua-dua suspek berusia 33 tahun itu dipercayai terlibat kes samun satu keluarga warga Myanmar di Kampung Cheras Baru, pada hari sama,” katanya.
Mohan Singh berkata, dalam serbuan berasingan di Taman Connaught, Khamis lalu, pihaknya memberkas empat lelaki berusia 19 hingga 50 tahun.
“Kesemua suspek itu menaiki sebuah kereta Proton Wira, hasil pemeriksaan, kami menjumpai tiga bilah parang, sebatang besi dan satu gunting yang disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta itu,”
katanya.
Menurutnya, tangkapan terbaru pada Jumaat lalu, polis memberkas seorang lelaki berusia lingkungan 22 tahun ketika suspek cuba menyamun pelanggan yang sedang minum di sebuah kafe di Taman Seri Bahtera.
IPOH - "Saya sempat melihat kelibat dua pencuri yang melarikan diri
apabila menyedari gerak geri mereka diperhatikan oleh saya dan rakan,"
kata pemilik kedai kek, Loo Hong Seng, 31 ketika menceritakan kejadian
pecah masuk tiga kedai di Jalan Bercham Desa Kenchana, di sini, semalam.
Suspek dipercayai melakukan jenayah itu antara jam 1 hingga 5 pagi serta memecah masuk sebuah restoran dan kedai menjual alat tulis tetapi gagal memasuki sebuah kedai foto.
Hong Seng memaklumkan, suspek sempat memecahkan mangga kunci di pintu hadapan premis ituketika gerak geri mereka disedari pemilik kedai kek berhampiran.
"Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 4.30 pagi ketika saya baru sampai di kedai untuk membuat kek. Kedua-dua lelaki itu memecahkan mangga kunci sebuah kedai gambar.
"Saya dan rakan yang melihat tindakan itu menyergah mereka. Selepas disergah mereka larikan diri dan kami segera menghubungi Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk bantuan," katanya.
Tambah Hong Seng, kedua-dua suspek gagal ditemui walaupun anggota Rela berusaha mencari.
Pecah tabung kebajikan
Bagi pemilik restoran yang dipecah masuk, Lim Ah Khei, 64 berkata, penjenayah terbabit hanya sempat memecahkan tabung kebajikan dalam premis perniagaannya.
Jelasnya, dia tidak tahu berapa jumlah wang yang terkumpul dalam tabung berkenaan itu kerana telah dua bulan tidak melihat isinya.
Manakala pemilik kedai foto, Ng Chin Heng, 47 berkata, dia bernasib baik kerana kedua-dua suspek tidak sempat memecah masuk ke dalam premisnya dan hanya sempat dipecahkan mangga kunci.
Katanya, kejadian kali ini merupakan kali kedua dialami sejak 18 tahun berniaga di kawasan itu.
"Kedai saya pernah dipecah masuk kira-kira dua tahun lalu namun tidak alami kerugian. Saya terkejut bila mendapat tahu tiga kedai berhampiran turut dipecah masuk dengan kaedah sama," katanya.
Minta polis perhebat rondaan
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bercham, Tan Swee Kong meminta polis memperhebatkan rondaan cegah jenayah di kawasan yang disifatkan panas oleh peniaga dan penduduk.
Menurutnya, kawasan itu sering menjadi sasaran kumpulan penjenayah terutama pada lewat malam dan awal pagi.
"Perniaga perlu melaporkan kejadian kepada polis walaupun hanya melibatkan kejadian kecil, supaya memudahkan polis menjalankan siasatan dan menangkap penjenayah," katanya.
Restoran dirompak
Dalam kejadian berasingan, sebuah restoran yang terletak di kawasan sama dirompak tiga lelaki, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 6.15 pagi dan pemilik restoran dipercayai baru membuka premis perniagaannya ketika itu.
Menurut beliau, pemilik premis berkenaan telah didatangi tiga lelaki memakai topi keledar 'full face' yang kemudiannya mengambil minuman tanpa membayar.
"Salah seorang daripada suspek terbabit telah mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengambil wang RM150 dari kaunter bayaran.
"Mangsa bernasib baik kerana tidak alami kecederaan dalam kejadian itu dan telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Bercham," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Ditanya mengenai kejadain pecah masuk melibatkan tiga kedai awal pagi semalam, Chang Keong menjelaskan setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis daripada mangsa.
KOTA BHARU - Sebuah kedai syarikat telekomunikasi Red Tone di Jalan
Mahmood di sini, mengalami kerugian RM20,000 selepas dipecah masuk,
semalam.
Kejadian hanya disedari penolong pengurus cawangan berkenaan, Nik Mohd Nasri Nik Him, kira-kira jam 7.30 pagi selepas masuk ke dalam pejabat bangunan berkenaan untuk memulakan operasi perniagaan.
“Terkejut saya melihat pintu belakang pejabat diumpil dan beberapa komputer riba turut dilarikan selain selain telefon bimbit, kad prabayar, wang tunai dan beberapa barangan berharga yang lain.
“Ini merupakan kejadian pertama sepanjang syarikat ini beroperasi sejak sembilan bulan lalu di kawasan ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Nik Mohd Nasri berkata, beliau mengakui ketiadaan kamera litar tertutup (CCTV) termasuk pengawal keselamatan menyebabkan pencuri mudah menjadikan bangunan berkenaan sebagai sasaran utama.
“Buat masa ini kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu. Kami hanya mengesyaki kegiatan itu dilakukan pada tengah malam atau awal pagi memandangkan ketika itu kawasan terbabit sunyi dan gelap,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
KLUANG - Polis daerah ini berhasil mematahkan kegiatan sekumpulan
penyamun aktif di kawasan Renggam dan Simpang Renggam di sini, yang
didalangi 11 warga asing, 30 Jun lalu.
Kumpulan berkenaan yang dianggotai lapan lelaki dan tiga wanita diberkas pasukan khas polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kluang kira-kira jam 10.50 pagi di sebuah rumah di Kampung Nambi, Simpang Renggam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, semua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun dan warga asing yang bekerja di sekitar kawasan Simpang Renggam.
Menurutnya, polis berjaya merampas pelbagai jenis jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan hasil samun yang dirampas lebih kurang RM6,000.
“Kumpulan ini mensasarkan rumah yang terletak di kawasan pedalaman dan berhampiran kebun atau ladang sawit bagi memudahkan mereka menyamun.
“Selain itu, kawasan perumahan yang jauh dan sunyi turut menjadi pilihan mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, semalam.
Abdul Majid berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 61(c) Akta Imigresen berikutan mereka semua adalah warga asing.
Beliau berkata, penangkapan 11 warga asing itu juga secara tidak langsung telah berjaya menyelesaikan sembilan kes samun di sekitar daerah ini.
Tambahnya, orang awam yang mahu meninggalkan rumah dalam jangka masa lama dinasihatkan memasang lampu di luar kediaman dalam usaha mengelakkan menjadi mangsa samun.
“Orang ramai juga perlu sentiasa mengingati nombor hotline IPD Kluang di talian 07-7766822 bagi memudahkan mereka menghubungi polis jika berlaku kejadian tak diingini,” katanya.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pemilik stesen minyak itu bersama dua pekerjanya sedang bersiap untuk menamatkan operasi sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal.
Salah seorang suspek mengacukan parang ke arah pemilik stesen minyak dan merampas bungkusan plastik mengandungi wang hasil jualan berjumlah RM8,300 sebelum melarikan diri ke arah Klang.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, stesen minyak itu sudah dua kali dirompak sebelum ini dipercayai dilakukan kumpulan sama.
“Kumpulan ini menjadikan stesen minyak di tempat yang sunyi sebagai sasaran rompakan," katanya
Beliau berkata, siasatan awal ke atas salah sebuah motosikal Honda EX5 yang dinaiki suspek mendapati cukai jalan motosikal itu sudah tamat tempoh dan nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.
“Saya menasihatkan pemilik stesen minyak supaya memasang CCTV di premis mereka bagi memudahkan pihak polis membuat pengecaman," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata.
Rompakan bersenjata
Tuduhan terhadap Aziz Jamal, 50, dan Samsuddin Bachom, 53, dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Mereka didakwa merompak seutas rantai tangan, seutas rantai kaki, tiga pasang subang, empat utas rantai leher, empat cincin emas, enam telefon bimbit, 'hard disk' serta jam tangan milik Eng Kiat pada jam 4.30 pagi, 2 September 2009.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pada prosiding semalam, kedua-duanya bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan memohon kes mereka dirujuk kepada kedutaan Indonesia bagi mendapatkan khidmat peguam.
Hakim Mohd Yusuff Yunus kemudian menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf.
Perompak disangka pembeli
Dalam kejadian itu, pemilik kedai motosikal berusia 64 tahun cedera parah di bahagian leher, manakala tiga yang lain cedera ringan di bahagian leher, kepala dan dada.
Pekerja yang cedera, Chong Meng Foo, 23, berkata, ketika kejadian, dia dan seorang pelanggan sedang berbual-bual di bahagian kaunter manakala pemilik kedai berada di dalam bilik.
Menurutnya, tiba-tiba datang dua lelaki masuk ke dalam kedai, namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mereka adalah pelanggan.
Perompak pegang leher pelanggan
“Pada masa itu, saya ingat mereka ingin beli motosikal, tetapi sangkaan saya meleset apabila salah seorang daripada mereka memegang leher pelanggan.
“Saya cuba melarikan diri ke belakang kedai namun dikejar oleh perompak terbabit dan mereka minta saya mengumpulkan semua wang,” katanya.
Meng Foo berkata, perompak itu juga minta dia membuka pintu besi dan dalam masa sama, mereka sempat mencederakan pemilik kedai.
Katanya, dia tidak dapat membuka peti besi memandangkan tidak menjumpai kunci sesuai menyebabkan perompak itu berang lalu mencederakan bahagian lehernya dengan parang.
“Selepas itu, perompak turut menggunakan belakang parang untuk mengetuk kepala pelanggan,” katanya.
'Bos jerit perompak'
Seorang lagi pekerja yang merupakan seorang mekanik, Mah Man Keong, 46, berkata, setiap hari kira-kira jam 3.30 petang mereka (pekerja) akan keluar minum petang.
Katanya, dia yang berada di bengkel bersebelahan kedai motosikal itu datang untuk bertemu pemilik kedai.
“Semasa saya melangkah masuk ke dalam kedai, bos menjerit perkataan ‘perompak’.
“Pada masa itu, saya lari ke bengkel ambil alat pemadam api dan terus kejar perompak,” katanya.
Man Keong berkata, ketika itu dia lihat dua lelaki sedang melarikan diri dan salah seorang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z yang diambil dari dalam kedai.
Katanya, semasa cuba mengejar perompak itu, salah seorang daripada perompak sempat menghalakan parang hingga mengenai bahagian dadanya.
“Saya kemudian berlari ke jalan besar dan menjerit kepada orang awam supaya membantu,” katanya.
Motosikal berjaya dijumpai
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, dalam kejadian itu, kerugian yang dilaporkan kira-kira RM3,000 membabitkan wang tunai, manakala motosikal dijumpai semula kerana tidak sempat dilarikan jauh akibat kehabisan minyak.
“Dua suspek juga dipercayai cedera akibat dibelasah orang awam, tetap berjaya melarikan diri menggunakan motosikal jenis Honda berwarna biru.
“Sehingga kini, polis masih giat mencari dan mengesan dua suspek yang terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 dan 379 A Kanun Keseksaan,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, keadaan pemilik kedai stabil dan dihantar keluarga menerima rawatan di hospital swasta di Kuala Lumpur selepas menerima rawatan di Hospital Bentong selepas kejadian.
Rompak ladang ternak ayam
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, 28 Jun lalu, mangsa Kenny Ng, 40-an berkata, ketika kejadian, ladang ternakannya di Sungai Mati, Matang hanya dijaga dua pekerja warga Nepal.
Menurutnya, lapan individu berkenaan dipercayai bertindak mengikat dua pekerjanya yang sedang makan.
“Mereka kemudian menggeledah kawasan berkenaan bagi mencari barangan bernilai tidak cukup dengan itu mereka ugut dan pukul pekerja saya menyebabkan mereka cedera di badan dan tangan,” katanya.
Difahamkan, kesemua penjenayah berkenaan bertindak menunggu pengusaha ladang sehingga jam 10 pagi, kononnya untuk mendapatkan habuan lebih besar.
Namun, taktik itu tidak menjadi apabila Kenny datang agak lewat berbanding hari biasa.
Kenny berkata, dia hanya mengetahui insiden berkenaan sebaik dihubungi salah seorang pekerjanya yang berjaya membuka ikatan di tangan.
“Saya kemudian membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan awal, kumpulan itu berjaya larikan dua televisyen, dua telefon bimbit dan wang tunai dengan kerugian dianggarkan RM5,000,” katanya.
Difahamkan, insiden berkenaan bukan pertama kali berlaku apabila bulan lalu, seorang lelaki datang ke ladang itu dengan tujuan meminta wang perlindungan.
“Namun saya enggan bagi, saya rasa kejadian rompak ini ada kaitan dengan kes meminta bayaran wang perlindungan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan kejadian, namun menyatakan bahawa mangsa tidak memaklumkan berkaitan kes meminta wang perlindungan.
Sembilan suspek samun berparang diberkas
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, modus operandi beberapa kumpulan itu adalah dengan menyamun pada waktu malam di sekitar daerah ini.
Katanya, dalam serbuan pertama di kawasan parkir Flat Sri Pakar Jalan Sungai Besi, di sini, pada jam 4.35 petang, 8 Julai lalu, seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas dalam sebuah kereta Toyota Harrier warna putih.
Mohan Singh berkata, dalam serbuan berasingan pada keesokan hari, seorang lelaki berusia 27 tahun ditangkap di dalam sebuah kereta Proton Perdana warna hitam, di Taman Connaught, di sini, pada jam 2.15 pagi.
Dalam serbuan ketiga, dua lelaki termasuk seorang daripadanya anggota polis yang ditahan tugas diberkas di hadapan sebuah institusi pengajian tinggi di Jalan Sultan Abdul Aziz, 15 Julai lalu.
“Kedua-dua suspek berusia 33 tahun itu dipercayai terlibat kes samun satu keluarga warga Myanmar di Kampung Cheras Baru, pada hari sama,” katanya.
Mohan Singh berkata, dalam serbuan berasingan di Taman Connaught, Khamis lalu, pihaknya memberkas empat lelaki berusia 19 hingga 50 tahun.
“Kesemua suspek itu menaiki sebuah kereta Proton Wira, hasil pemeriksaan, kami menjumpai tiga bilah parang, sebatang besi dan satu gunting yang disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta itu,”
katanya.
Menurutnya, tangkapan terbaru pada Jumaat lalu, polis memberkas seorang lelaki berusia lingkungan 22 tahun ketika suspek cuba menyamun pelanggan yang sedang minum di sebuah kafe di Taman Seri Bahtera.
4 kejadian dalam satu malam
Suspek dipercayai melakukan jenayah itu antara jam 1 hingga 5 pagi serta memecah masuk sebuah restoran dan kedai menjual alat tulis tetapi gagal memasuki sebuah kedai foto.
Hong Seng memaklumkan, suspek sempat memecahkan mangga kunci di pintu hadapan premis ituketika gerak geri mereka disedari pemilik kedai kek berhampiran.
"Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 4.30 pagi ketika saya baru sampai di kedai untuk membuat kek. Kedua-dua lelaki itu memecahkan mangga kunci sebuah kedai gambar.
"Saya dan rakan yang melihat tindakan itu menyergah mereka. Selepas disergah mereka larikan diri dan kami segera menghubungi Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk bantuan," katanya.
Tambah Hong Seng, kedua-dua suspek gagal ditemui walaupun anggota Rela berusaha mencari.
Pecah tabung kebajikan
Bagi pemilik restoran yang dipecah masuk, Lim Ah Khei, 64 berkata, penjenayah terbabit hanya sempat memecahkan tabung kebajikan dalam premis perniagaannya.
Jelasnya, dia tidak tahu berapa jumlah wang yang terkumpul dalam tabung berkenaan itu kerana telah dua bulan tidak melihat isinya.
Manakala pemilik kedai foto, Ng Chin Heng, 47 berkata, dia bernasib baik kerana kedua-dua suspek tidak sempat memecah masuk ke dalam premisnya dan hanya sempat dipecahkan mangga kunci.
Katanya, kejadian kali ini merupakan kali kedua dialami sejak 18 tahun berniaga di kawasan itu.
"Kedai saya pernah dipecah masuk kira-kira dua tahun lalu namun tidak alami kerugian. Saya terkejut bila mendapat tahu tiga kedai berhampiran turut dipecah masuk dengan kaedah sama," katanya.
Minta polis perhebat rondaan
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bercham, Tan Swee Kong meminta polis memperhebatkan rondaan cegah jenayah di kawasan yang disifatkan panas oleh peniaga dan penduduk.
Menurutnya, kawasan itu sering menjadi sasaran kumpulan penjenayah terutama pada lewat malam dan awal pagi.
"Perniaga perlu melaporkan kejadian kepada polis walaupun hanya melibatkan kejadian kecil, supaya memudahkan polis menjalankan siasatan dan menangkap penjenayah," katanya.
Restoran dirompak
Dalam kejadian berasingan, sebuah restoran yang terletak di kawasan sama dirompak tiga lelaki, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 6.15 pagi dan pemilik restoran dipercayai baru membuka premis perniagaannya ketika itu.
Menurut beliau, pemilik premis berkenaan telah didatangi tiga lelaki memakai topi keledar 'full face' yang kemudiannya mengambil minuman tanpa membayar.
"Salah seorang daripada suspek terbabit telah mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengambil wang RM150 dari kaunter bayaran.
"Mangsa bernasib baik kerana tidak alami kecederaan dalam kejadian itu dan telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Bercham," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Ditanya mengenai kejadain pecah masuk melibatkan tiga kedai awal pagi semalam, Chang Keong menjelaskan setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis daripada mangsa.
Samun kedai telekomunikasi
Kejadian hanya disedari penolong pengurus cawangan berkenaan, Nik Mohd Nasri Nik Him, kira-kira jam 7.30 pagi selepas masuk ke dalam pejabat bangunan berkenaan untuk memulakan operasi perniagaan.
“Terkejut saya melihat pintu belakang pejabat diumpil dan beberapa komputer riba turut dilarikan selain selain telefon bimbit, kad prabayar, wang tunai dan beberapa barangan berharga yang lain.
“Ini merupakan kejadian pertama sepanjang syarikat ini beroperasi sejak sembilan bulan lalu di kawasan ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Nik Mohd Nasri berkata, beliau mengakui ketiadaan kamera litar tertutup (CCTV) termasuk pengawal keselamatan menyebabkan pencuri mudah menjadikan bangunan berkenaan sebagai sasaran utama.
“Buat masa ini kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu. Kami hanya mengesyaki kegiatan itu dilakukan pada tengah malam atau awal pagi memandangkan ketika itu kawasan terbabit sunyi dan gelap,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
11 warga asing ditahan
Kumpulan berkenaan yang dianggotai lapan lelaki dan tiga wanita diberkas pasukan khas polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kluang kira-kira jam 10.50 pagi di sebuah rumah di Kampung Nambi, Simpang Renggam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, semua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun dan warga asing yang bekerja di sekitar kawasan Simpang Renggam.
Menurutnya, polis berjaya merampas pelbagai jenis jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan hasil samun yang dirampas lebih kurang RM6,000.
“Kumpulan ini mensasarkan rumah yang terletak di kawasan pedalaman dan berhampiran kebun atau ladang sawit bagi memudahkan mereka menyamun.
“Selain itu, kawasan perumahan yang jauh dan sunyi turut menjadi pilihan mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, semalam.
Abdul Majid berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 61(c) Akta Imigresen berikutan mereka semua adalah warga asing.
Beliau berkata, penangkapan 11 warga asing itu juga secara tidak langsung telah berjaya menyelesaikan sembilan kes samun di sekitar daerah ini.
Tambahnya, orang awam yang mahu meninggalkan rumah dalam jangka masa lama dinasihatkan memasang lampu di luar kediaman dalam usaha mengelakkan menjadi mangsa samun.
“Orang ramai juga perlu sentiasa mengingati nombor hotline IPD Kluang di talian 07-7766822 bagi memudahkan mereka menghubungi polis jika berlaku kejadian tak diingini,” katanya.
Padah miliki barangan curi
KOTA BHARU - Seorang pembuat piza menerima padah, apabila dihukum
penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana
memiliki barangan curi berupa beg tangan, dompet, telefon bimbit dan
kad-kad milik seorang pakar ortopedik hospital.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Wan Azman Mohd. Zahar, 30, setelah dia mengaku bersalah.
Wan Azman didakwa memiliki harta curi iaitu seutas beg tangan Mulberry, sebuah telefon bimbit Samsung S3, dompet, peranti storan (thumbdrive), kesemuanya milik pakar perubatan ortopedik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Dr. Surianty Shafei, 34, di rumah tertuduh di Kampung Sri Cemerlang pada pukul 7 pagi, 20 Jun lalu.
Selain itu, tertuduh juga memiliki kad-kad bank, lesen memandu, pas kerja dan cop milik Dr. Surianty.
Kesemua harta curi yang merupakan kepunyaan doktor tersebut bernilai RM5,000.
Wan Azman didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Ke seksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pen dakwa Raya Nurliyana Md. Zukri.
Sebelum ini, rumah mangsa di Kampung Tanjong Mas, Panji, di sini telah dipecah masuk perompak antara 14 hingga 15 Jun lalu yang melarikan kesemua barangan tersebut.
KULIM - Tiga lelaki berusia antara 20 hingga 25 tahun dipercayai
terlibat dalam kegiatan jenayah samun di sekitar Kulim ditahan di Bukit
Mertajam, kelmarin.
Hasil siasatan, polis dari bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mendapati suspek turut menyimpan sebuah motosikal curi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, maklumat itu kemudiannya dimaklumkan kepada Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), IPD Kulim dan serbuan dilakukan kira-kira jam 4.30 petang diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad di sebuah rumah di Jalan Bukit Kecil, Juru.
“Serbuan dilakukan dengan kerjasama dan maklumat diberikan suspek. Apabila tiba di lokasi, suspek membawa kami ke bahagian belakang rumahnya di mana sebuah motosikal ditemui.
"Dari pemeriksaan dijalankan, kami mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Taman Seroja pada 17 Jun 2013," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, suspek menyatakan, motosikal itu dicuri bagi membolehkan mereka mengambil alat gantian motosikal dan dimasukkan ke motosikal miliknya.
"Bagaimanapun suspek tidak berjaya berbuat demikian setelah ditahan polis. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini polis giat menahan semua suspek terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.
"Bagi memastikan kadar indeks jenayah kecurian motosikal berkurangan, usaha menahan semua suspek terlibat dalam kegiatan ini giat dijalankan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
PENDANG – Seorang peniaga cedera di jari dan leher selain mengalami
kerugian kira-kira RM10,000 selepas barang kemasnya disamun seorang
lelaki bersenjatakan parang dekat Kampung Jelai di sini baru-baru ini.
Suraya Mahmud, 42, berkata, kejadian berkenaan berlaku pada jam 5 petang ketika dia berada di kedai runcitnya.
Menurutnya, seorang lelaki tidak dikenali berusia dalam lingkungan 20an berpura-pura masuk ke kedainya untuk membeli daun rokok manakala seorang lagi rakannya menunggu di dalam kereta Proton Wira berwarna kelabu.
“Walaupun kereta terbabit berhenti betul-betul di depan pintu masuk kedai saya, saya tak mengesyaki apa-apa.
“Lelaki itu masuk dan memberitahu ingin membeli daun rokok, jadi saya suruh dia ambil sendiri di rak berdekatan kaunter bayaran, sebab selalunya pelanggan akan ambil sendiri saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Selepas lelaki itu mengambil seikat daun rokok, dia dengan tiba-tiba meletakkan parang di bahagian leher dan mengarahkannya menanggalkan dua rantai tangan emas di tangannya.
“Pada mulanya saya tidak sedar dia letakkan parang di leher, jadi saya jerit tiga kali minta tolong, ketika itu baru saya terasa sakit di leher, dia tekan kuat dengan parang.
“Saya pun buka rantai tangan perlahan-lahan kerana berharap sangat ada pelanggan masuk ketika itu. Namun, lelaki berkenaan mengacukan pula parangnya ke bahagian perut saya lalu merentap rantai tangan saya,” katanya.
Suraya berkata, lelaki itu terus beredar dengan kereta berkenaan menuju ke arah Pendang.
Kejadian berlaku dengan pantas dan lelaki itu tidak sempat mengambil wang dari laci kaunter.
“Saya mensyaki penyamun itu datang beberapa kali sebelum menyamun kerana beberapa minit sebelum kejadian kereta terbabit ada berhenti di tepi kedai namun ketika itu ada ramai pelanggan menyebabkan mereka beredar.
“Ketika kejadian tiada sesiapa di kedai, ahli keluarga saya ketika itu keluar membeli juadah berbuka puasa. Saya tidak sangka kejadian ini akan berlaku sepanjang 12 tahun berniaga,” katanya.
Katanya, dua gelang yang disamun itu adalah gelang kesayangannya dan dia telah pun membuat laporan polis.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Wan Azman Mohd. Zahar, 30, setelah dia mengaku bersalah.
Wan Azman didakwa memiliki harta curi iaitu seutas beg tangan Mulberry, sebuah telefon bimbit Samsung S3, dompet, peranti storan (thumbdrive), kesemuanya milik pakar perubatan ortopedik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Dr. Surianty Shafei, 34, di rumah tertuduh di Kampung Sri Cemerlang pada pukul 7 pagi, 20 Jun lalu.
Selain itu, tertuduh juga memiliki kad-kad bank, lesen memandu, pas kerja dan cop milik Dr. Surianty.
Kesemua harta curi yang merupakan kepunyaan doktor tersebut bernilai RM5,000.
Wan Azman didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Ke seksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pen dakwa Raya Nurliyana Md. Zukri.
Sebelum ini, rumah mangsa di Kampung Tanjong Mas, Panji, di sini telah dipecah masuk perompak antara 14 hingga 15 Jun lalu yang melarikan kesemua barangan tersebut.
Suspek samun pecah rahsia
Hasil siasatan, polis dari bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mendapati suspek turut menyimpan sebuah motosikal curi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, maklumat itu kemudiannya dimaklumkan kepada Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), IPD Kulim dan serbuan dilakukan kira-kira jam 4.30 petang diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad di sebuah rumah di Jalan Bukit Kecil, Juru.
“Serbuan dilakukan dengan kerjasama dan maklumat diberikan suspek. Apabila tiba di lokasi, suspek membawa kami ke bahagian belakang rumahnya di mana sebuah motosikal ditemui.
"Dari pemeriksaan dijalankan, kami mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Taman Seroja pada 17 Jun 2013," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, suspek menyatakan, motosikal itu dicuri bagi membolehkan mereka mengambil alat gantian motosikal dan dimasukkan ke motosikal miliknya.
"Bagaimanapun suspek tidak berjaya berbuat demikian setelah ditahan polis. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini polis giat menahan semua suspek terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.
"Bagi memastikan kadar indeks jenayah kecurian motosikal berkurangan, usaha menahan semua suspek terlibat dalam kegiatan ini giat dijalankan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Pura-pura beli daun rokok
Suraya Mahmud, 42, berkata, kejadian berkenaan berlaku pada jam 5 petang ketika dia berada di kedai runcitnya.
Menurutnya, seorang lelaki tidak dikenali berusia dalam lingkungan 20an berpura-pura masuk ke kedainya untuk membeli daun rokok manakala seorang lagi rakannya menunggu di dalam kereta Proton Wira berwarna kelabu.
“Walaupun kereta terbabit berhenti betul-betul di depan pintu masuk kedai saya, saya tak mengesyaki apa-apa.
“Lelaki itu masuk dan memberitahu ingin membeli daun rokok, jadi saya suruh dia ambil sendiri di rak berdekatan kaunter bayaran, sebab selalunya pelanggan akan ambil sendiri saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Selepas lelaki itu mengambil seikat daun rokok, dia dengan tiba-tiba meletakkan parang di bahagian leher dan mengarahkannya menanggalkan dua rantai tangan emas di tangannya.
“Pada mulanya saya tidak sedar dia letakkan parang di leher, jadi saya jerit tiga kali minta tolong, ketika itu baru saya terasa sakit di leher, dia tekan kuat dengan parang.
“Saya pun buka rantai tangan perlahan-lahan kerana berharap sangat ada pelanggan masuk ketika itu. Namun, lelaki berkenaan mengacukan pula parangnya ke bahagian perut saya lalu merentap rantai tangan saya,” katanya.
Suraya berkata, lelaki itu terus beredar dengan kereta berkenaan menuju ke arah Pendang.
Kejadian berlaku dengan pantas dan lelaki itu tidak sempat mengambil wang dari laci kaunter.
“Saya mensyaki penyamun itu datang beberapa kali sebelum menyamun kerana beberapa minit sebelum kejadian kereta terbabit ada berhenti di tepi kedai namun ketika itu ada ramai pelanggan menyebabkan mereka beredar.
“Ketika kejadian tiada sesiapa di kedai, ahli keluarga saya ketika itu keluar membeli juadah berbuka puasa. Saya tidak sangka kejadian ini akan berlaku sepanjang 12 tahun berniaga,” katanya.
Katanya, dua gelang yang disamun itu adalah gelang kesayangannya dan dia telah pun membuat laporan polis.
Enam penyewa rumah disamun
KUANTAN - Seramai enam penghuni sebuah rumah di Lorong Haji Ahmad di
sini disamun empat lelaki bersenjatakan parang pagi semalam.
Penghuninya turut diikat dalam kejadian 7.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, perompak yang memakai topeng itu memecah masuk rumah sewa berkenaan dan kemudiannya bertindak mengikat kesemua mangsa sebelum menggeledah rumah itu mencari barang berharga.
"Mereka kemudiannya melarikan jam, barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,000," katanya.
PUCHONG – Rondaan kerap di sekitar kawasan oleh Kejiranan Rukun
Tetangga (KRT) Taman Sri Puchong berjaya membanteras kegiatan ugut dan
samun tiga bersaudara yang sebelum ini berlaku.
Ketua Polis Balai Puchong Jaya, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin berkata, tiada lagi aduan diterima polis berhubung jenayah berkenaan selepas kejiranan terbabit kerap melakukan rondaan.
"Kerjasama penduduk dalam pencegahan membantu mengurangkan kes jenayah di kawasan itu.
“Kes pecah rumah dan ragut yang dilaporkan di kawasan perumahan itu juga menunjukkan penurunan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sekatan jalan raya bersama KRT Taman Sri Puchong di sini, awal pagi semalam.
Turut serta dalam operasi terbabit, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias yang bersama-sama bersahur dengan ahli KRT dan anggota polis yang bertugas.
Difahamkan, kes ugut dan samun dipercayai dilakukan tiga bersaudara di Taman Perindustrian Puchong dekat sini, membimbangkan, terutama dalam kalangan pengusaha kawasan perindustrian di kawasan terbabit.
Modus operandi jenayah itu dilakukan seorang lelaki menunggang motosikal bersama seorang wanita dan anak kecil.
Suspek dikatakan akan mendakwa kononnya kenderaan mangsa melanggar anaknya sebelum mengugut dan meminta wang pampasan.
Sekiranya mangsa menafikan tuduhan dan enggan memberi wang yang diminta, secara tiba-tiba akan datang tiga lelaki lain di lokasi kejadian mendakwa mangsa bersalah serta memaksa memberi wang diminta suspek.
Sementara itu Pengerusi KRT Taman Sri Puchong, Suparyatnoh Samuthi berkata, selepas penubuhan KRT terbabit, jenayah di kawasan itu didapati berkurangan.
"Jika adapun, hanya membabitkan jenayah ugutan kepada warga asing yang bekerja di kawasan kilang berhampiran.
“Tapi masalahnya, apabila diugut dan dipaksa menyerahkan wang, pekerja asing ini tidak mahu membuat laporan kepada polis,” katanya.
JOHOR BAHRU – Sebuah mesin ATM berjaya dilarikan sekumpulan perompak
dalam kejadian jam 1 pagi, di Desa Cemerlang, di sini, semalam.
Rompakan yang menggunakan kenderaan jenis Hilux sebagai jentera pengangkut dipercayai telah dirancang rapi kerana kelibat kenderaan itu dikesan kakitangan bank tersebut beberapa hari sebelum kejadian.
Seorang kakitangan bank yang enggan dikenali mendakwa beberapa kali ternampak kenderaan itu di kawasan tersebut.
Modus operandi kumpulan tersebut ialah memandu kenderaan terbabit menuju ke pintu masuk bank berkenaan yang kemudiannya bertindak merantai mesin ATM lalu memecut laju.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan menubuhkan satu unit khas bagi menyiasat kes tersebut.
“Kami akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis terbabit bagi menjalankan siasatan,” katanya, di sini, semalam.
Zainuddin percaya kejadian itu turut mempunyai kaitan dengan cubaan membawa lari mesin ATM di Taman Daya, Rabu lalu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jumlah wang dalam mesin ATM masih belum diketahui dan akan disiasat.
Penghuninya turut diikat dalam kejadian 7.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, perompak yang memakai topeng itu memecah masuk rumah sewa berkenaan dan kemudiannya bertindak mengikat kesemua mangsa sebelum menggeledah rumah itu mencari barang berharga.
"Mereka kemudiannya melarikan jam, barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,000," katanya.
Kekang kegiatan 3 bersaudara
Ketua Polis Balai Puchong Jaya, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin berkata, tiada lagi aduan diterima polis berhubung jenayah berkenaan selepas kejiranan terbabit kerap melakukan rondaan.
"Kerjasama penduduk dalam pencegahan membantu mengurangkan kes jenayah di kawasan itu.
“Kes pecah rumah dan ragut yang dilaporkan di kawasan perumahan itu juga menunjukkan penurunan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sekatan jalan raya bersama KRT Taman Sri Puchong di sini, awal pagi semalam.
Turut serta dalam operasi terbabit, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias yang bersama-sama bersahur dengan ahli KRT dan anggota polis yang bertugas.
Difahamkan, kes ugut dan samun dipercayai dilakukan tiga bersaudara di Taman Perindustrian Puchong dekat sini, membimbangkan, terutama dalam kalangan pengusaha kawasan perindustrian di kawasan terbabit.
Modus operandi jenayah itu dilakukan seorang lelaki menunggang motosikal bersama seorang wanita dan anak kecil.
Suspek dikatakan akan mendakwa kononnya kenderaan mangsa melanggar anaknya sebelum mengugut dan meminta wang pampasan.
Sekiranya mangsa menafikan tuduhan dan enggan memberi wang yang diminta, secara tiba-tiba akan datang tiga lelaki lain di lokasi kejadian mendakwa mangsa bersalah serta memaksa memberi wang diminta suspek.
Sementara itu Pengerusi KRT Taman Sri Puchong, Suparyatnoh Samuthi berkata, selepas penubuhan KRT terbabit, jenayah di kawasan itu didapati berkurangan.
"Jika adapun, hanya membabitkan jenayah ugutan kepada warga asing yang bekerja di kawasan kilang berhampiran.
“Tapi masalahnya, apabila diugut dan dipaksa menyerahkan wang, pekerja asing ini tidak mahu membuat laporan kepada polis,” katanya.
Mesin ATM dilarikan
Rompakan yang menggunakan kenderaan jenis Hilux sebagai jentera pengangkut dipercayai telah dirancang rapi kerana kelibat kenderaan itu dikesan kakitangan bank tersebut beberapa hari sebelum kejadian.
Seorang kakitangan bank yang enggan dikenali mendakwa beberapa kali ternampak kenderaan itu di kawasan tersebut.
Modus operandi kumpulan tersebut ialah memandu kenderaan terbabit menuju ke pintu masuk bank berkenaan yang kemudiannya bertindak merantai mesin ATM lalu memecut laju.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan menubuhkan satu unit khas bagi menyiasat kes tersebut.
“Kami akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis terbabit bagi menjalankan siasatan,” katanya, di sini, semalam.
Zainuddin percaya kejadian itu turut mempunyai kaitan dengan cubaan membawa lari mesin ATM di Taman Daya, Rabu lalu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jumlah wang dalam mesin ATM masih belum diketahui dan akan disiasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan