Kehabisan diesel berlaku di mana-mana
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
(Diesel habis di stesen minyak di lebuhraya Kesas - gambar Syamsuddin Ghazali)
KUALA LUMPUR: Fenomena kehabisan bekalan diesel di stesen-stesen minyak rupanya berlaku di merata tempat di seluruh negara.
Ia berlaku sejak Sabtu lepas lagi apabila ia dikesan oleh pembaca Harakahdaily.
Malam tadi, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.
Seorang pembaca Harakahdaily, Syamsuddin Ghazali pula melaporkan, pada Sabtu 27 Julai, beliau telah melalui lebuhraya Kesas pada sebelah malam dari Subang ke Klang.
Sepanjang laluan ada 4 atau 5 stesyen minyak yang beliau singgah semuanya kehabisan diesel.
"Keesokan pagi masalah yang sama masih berlaku dan saya terpaksa melalui laluan biasa untuk mendapatkan bekalan diesel," tulis pembaca berkenaan kepada Harakahdaily.
Di petrol stesen sekitar Jalan Pahang Barat juga menaikkan tanda 'Harap maaf, diesel habis'.
Mereka mendakwa, bekalan diesel telah dihabis di pam mereka sejak Jumaat 26 Julai lagi.
Sehubungan itu, semua pihak meminta pihak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai masalah ini.
Ketika krisis, asrama Johor di Mesir arah pelajar keluar
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
JOHOR BAHRU:
Dalam keadaan negara Mesir sedang menghadapi kemelut politik akibat
rampasan kuasa tentera Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Johor
dikejutkan apabila pihak pengurusan asrama pelajar Johor Rabaah, Mesir
mengarahkan para pelajar asrama keluar daripada rumah Johor tersebut.
(Surat pekeliling dari Kedutaan Malaysia, Jabatan Pelajar Johor)
Antara alasan asrama pelajar Johor bangunan Waqaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Mesir diarah untuk dikosongkan adalah disebabkan proses membaik pulih serta penempatan pelajar baharu yang diuar-uarkan akan tiba pada pertengahan September ini.
Demikian kata YDP Ilmam Johor, Mohamad Hairi Hamzah dalam satu kenyataannya hari ini.
Ilmam Johor menggesa pihak pegawai asrama Johor di Mesir termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil tindakan terhadap isu ini.
"Ini kerana Ilmam Johor merasakan bahawa keadaan getir pada waktu ini menjadikan mahasiswa Johor di Mesir menghadapi situasi sukar mencari penginapan dan rumah sewa di dalam keadaan politik Mesir yang tidak menentu ini," katanya.
Ilmam Johor juga membantah alasan yang digunakan untuk menempatkan pelajar baharu yang akan tiba ke Mesir pada bulan September ini sedangkan terdapat banyak lagi ruang kosong yang boleh menempatkan mahasiswa di asrama tersebut.
Gesaan ini dilakukan dengan tegas bagi memastikan keselamatan mahasiswa Johor di Mesir dijaga kerana asrama tersebut terletak hanya 300 meter sahaja jarak daripada kawasan perhimpunan di kawasan Rabaah tempat pertembungan di antara penyokong Dr Mursi dan tentera yang sedang kemuncak berlaku pada waktu ini.
Pihak Pengurusan Asrama Pelajar Johor di Mesir harus memandang perkara ini dengan serius kerana dentuman tembakan dapat didengari daripada jarak dekat serta mahasiswa perlu berada di dalam kawasan asrama dan menyulitkan urusan mahasiswa terpaksa keluar mencari rumah baharu di dalam kawasan sekitar.
Ilmam berpandangan mahasiswa tidak boleh diarahkan keluar sehingga pertelingkahan politik Mesir ini berakhir.
KUALA LUMPUR:
Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan
akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul
akibat penggunaan Internet diselar PAS hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menyifatkan cadangan penyelesaian bagaikan orang sakit batuk diberi ubat sakit perut.
Sebelum kerajaan mencadangkan untuk mengawal internet, kata Tuan Ibrahim, kerajaan harus mencermin diri apakah tindakan dwi standard mereka yang menyebabkan warga internet sering terkeliru dengan tindakan kerajaan dalam sesuatu perkara.
“Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara. Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN,” katanya.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata sikap dwi-standard kerajaan juga ketara di dalam soal sensitiviti antara kaum.
“Kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain,” katanya.
Dari sudut media, Tuan Ibrahim berkata pihak kerajaan dilihat bertindak dwi standard dan tidak telus apabila tidak membenarkan sebarang peluang untuk berita negatif mengenai kerajaan mahupun berita positif mengenai pihak pembangkang disiarkan.
“Ini mendorong rakyat kepada penggunaan internet yang tinggi untuk menyebarkan maklumat yang lebih adil dan saksama.
"Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet,” tegas beliau.
Bagi beliau, internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat berlaku.
“Dalam Islam, keadilan adalah perkara paling asas dituntut pada pemerintah. Kegagalan bertindak adil adalah punca rakyat bertambah keliru bukan kerana keberkesanan internet untuk menyebarkan maklumat. Menyalahkan internet tapi bukan tindakan kerajaan sendiri adalah perkara yang paling dangkal.
"Rakyat perlu dididik menggunakan internet secara bertanggungjawab dan bukannya dengan mengawal akses internet,” tambah beliau lagi.
Ketika Imam Al Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya, lalu beliau bertanya;
“Apa yang paling hampir dengan kita di dunia ini?”. Ada murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan kaum kerabat. Semua itu benar kata Imam Ghazali tetapi yang paling hampir dengan kita adalah “mati” (Ali Imran : 185) kerana janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti mati.
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Pertanyaan kedua Iman Ghazali. Ada yang menjawab negara China, matahari, bulan, dan bintang-bintang. Benar kata Imam Ghazali, lalu Iman Ghazali menjelaskan yang paling jauh adalah “masa Lalu” kerana walau apapun kenderaan kita, kita tetap tak boleh kembali ke masa lalu. Jagailah hari-hari kita.
“Apa yang paling besar di dunia ini?”, Iman Ghazali bertanya lagi. Ada yang menjawab matahari, gunung dan bumi. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Namun yang paling besar di dunia ini adalah “nafsu”(Al A’Raf : 179). Hati-hati dengan nafsu besar diri kita, agar jangan terjerumus ke neraka.
“Apa yang paling berat di dunia ini?”, pertanyaan seterusnya dari Iman Ghazali. Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Benar, kata Imam Ghazali tetapi yang paling berat adalah “memegang amanah” (Al Ahzab : 72). Semua makhluk lain tidak berkesanggupan ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Manusia tetap menyanggupi permintaan Allah SWT untuk memegang amanah. Namun terlampau ramai yang cuai memegang amanah berat pada diri masing-masing sehingga boleh terjerumus ke neraka.
“Apa yang paling ringan di dunia ini?”, pertanyaan kelima Imam Ghazali. Ada yang menjawab angin, debu, kapas dan daun-daun. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara kesibukan kita, mudah untuk kita meninggalkan solat.
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”, pertanyaan terakhir Imam Ghazali. Serentak murid-murinya menjawab, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Ini kerana melalui lidah, mudah bagi manusia melukakan saudaranya sendiri.
http://www.myannur.com
(Aktivis anak muda ketika mereka dalam lokap selepas ditahan kerana berdemonstrasi depan Parlimen)
KUALA LUMPUR: 33 aktivis anak muda yang membuat perhimpunan di perkarangan Parlimen akan didakwa di mahkamah Jalan Duta hari ini.
Mereka didakwa selepas berdemontsrasi termasuk aksi tidur di jalan raya pada 24 Jun 2013 bagi menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13.
Seorang lagi rakan mereka, Azhar Achil, akan didakwa di mahkamah Klang ekoran perhimpunan di Sabak Bernam dalam salah satu aksi #Blackout #SuaraRakyat505.
Azhar adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor.
Beliau didakwa menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505.
(Surat pekeliling dari Kedutaan Malaysia, Jabatan Pelajar Johor)
Antara alasan asrama pelajar Johor bangunan Waqaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Mesir diarah untuk dikosongkan adalah disebabkan proses membaik pulih serta penempatan pelajar baharu yang diuar-uarkan akan tiba pada pertengahan September ini.
Demikian kata YDP Ilmam Johor, Mohamad Hairi Hamzah dalam satu kenyataannya hari ini.
Ilmam Johor menggesa pihak pegawai asrama Johor di Mesir termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil tindakan terhadap isu ini.
"Ini kerana Ilmam Johor merasakan bahawa keadaan getir pada waktu ini menjadikan mahasiswa Johor di Mesir menghadapi situasi sukar mencari penginapan dan rumah sewa di dalam keadaan politik Mesir yang tidak menentu ini," katanya.
Ilmam Johor juga membantah alasan yang digunakan untuk menempatkan pelajar baharu yang akan tiba ke Mesir pada bulan September ini sedangkan terdapat banyak lagi ruang kosong yang boleh menempatkan mahasiswa di asrama tersebut.
Gesaan ini dilakukan dengan tegas bagi memastikan keselamatan mahasiswa Johor di Mesir dijaga kerana asrama tersebut terletak hanya 300 meter sahaja jarak daripada kawasan perhimpunan di kawasan Rabaah tempat pertembungan di antara penyokong Dr Mursi dan tentera yang sedang kemuncak berlaku pada waktu ini.
Pihak Pengurusan Asrama Pelajar Johor di Mesir harus memandang perkara ini dengan serius kerana dentuman tembakan dapat didengari daripada jarak dekat serta mahasiswa perlu berada di dalam kawasan asrama dan menyulitkan urusan mahasiswa terpaksa keluar mencari rumah baharu di dalam kawasan sekitar.
Ilmam berpandangan mahasiswa tidak boleh diarahkan keluar sehingga pertelingkahan politik Mesir ini berakhir.
Kawal internet: Bagai batuk diberi ubat sakit perut
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menyifatkan cadangan penyelesaian bagaikan orang sakit batuk diberi ubat sakit perut.
Sebelum kerajaan mencadangkan untuk mengawal internet, kata Tuan Ibrahim, kerajaan harus mencermin diri apakah tindakan dwi standard mereka yang menyebabkan warga internet sering terkeliru dengan tindakan kerajaan dalam sesuatu perkara.
“Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara. Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN,” katanya.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata sikap dwi-standard kerajaan juga ketara di dalam soal sensitiviti antara kaum.
“Kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain,” katanya.
Dari sudut media, Tuan Ibrahim berkata pihak kerajaan dilihat bertindak dwi standard dan tidak telus apabila tidak membenarkan sebarang peluang untuk berita negatif mengenai kerajaan mahupun berita positif mengenai pihak pembangkang disiarkan.
“Ini mendorong rakyat kepada penggunaan internet yang tinggi untuk menyebarkan maklumat yang lebih adil dan saksama.
"Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet,” tegas beliau.
Bagi beliau, internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat berlaku.
“Dalam Islam, keadilan adalah perkara paling asas dituntut pada pemerintah. Kegagalan bertindak adil adalah punca rakyat bertambah keliru bukan kerana keberkesanan internet untuk menyebarkan maklumat. Menyalahkan internet tapi bukan tindakan kerajaan sendiri adalah perkara yang paling dangkal.
"Rakyat perlu dididik menggunakan internet secara bertanggungjawab dan bukannya dengan mengawal akses internet,” tambah beliau lagi.
6 soalan Iman Ghazali kepada muridnya
Myannur, | 29 Jul 2013 |
“Apa yang paling hampir dengan kita di dunia ini?”. Ada murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan kaum kerabat. Semua itu benar kata Imam Ghazali tetapi yang paling hampir dengan kita adalah “mati” (Ali Imran : 185) kerana janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti mati.
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Pertanyaan kedua Iman Ghazali. Ada yang menjawab negara China, matahari, bulan, dan bintang-bintang. Benar kata Imam Ghazali, lalu Iman Ghazali menjelaskan yang paling jauh adalah “masa Lalu” kerana walau apapun kenderaan kita, kita tetap tak boleh kembali ke masa lalu. Jagailah hari-hari kita.
“Apa yang paling besar di dunia ini?”, Iman Ghazali bertanya lagi. Ada yang menjawab matahari, gunung dan bumi. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Namun yang paling besar di dunia ini adalah “nafsu”(Al A’Raf : 179). Hati-hati dengan nafsu besar diri kita, agar jangan terjerumus ke neraka.
“Apa yang paling berat di dunia ini?”, pertanyaan seterusnya dari Iman Ghazali. Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Benar, kata Imam Ghazali tetapi yang paling berat adalah “memegang amanah” (Al Ahzab : 72). Semua makhluk lain tidak berkesanggupan ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Manusia tetap menyanggupi permintaan Allah SWT untuk memegang amanah. Namun terlampau ramai yang cuai memegang amanah berat pada diri masing-masing sehingga boleh terjerumus ke neraka.
“Apa yang paling ringan di dunia ini?”, pertanyaan kelima Imam Ghazali. Ada yang menjawab angin, debu, kapas dan daun-daun. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara kesibukan kita, mudah untuk kita meninggalkan solat.
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”, pertanyaan terakhir Imam Ghazali. Serentak murid-murinya menjawab, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Ini kerana melalui lidah, mudah bagi manusia melukakan saudaranya sendiri.
http://www.myannur.com
34 didakwa kerana anjur Blackout 505
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
(Aktivis anak muda ketika mereka dalam lokap selepas ditahan kerana berdemonstrasi depan Parlimen)
KUALA LUMPUR: 33 aktivis anak muda yang membuat perhimpunan di perkarangan Parlimen akan didakwa di mahkamah Jalan Duta hari ini.
Mereka didakwa selepas berdemontsrasi termasuk aksi tidur di jalan raya pada 24 Jun 2013 bagi menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13.
Seorang lagi rakan mereka, Azhar Achil, akan didakwa di mahkamah Klang ekoran perhimpunan di Sabak Bernam dalam salah satu aksi #Blackout #SuaraRakyat505.
Azhar adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor.
Beliau didakwa menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan