Ahad, 28 Julai 2013

MENYEMBAH ALLAH SWT ADALAH WAJI BAGI SEKIAN MANUSIA SERTA MAHKLUK

Itulah Dia Tuhanku

Tuan Ibrahim Tuan Man, 27 Jul 2013
Tazkirah pagi...
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99

Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

Akhirnya Umno jadi parti yang tidak berkepimpinan

Harakahdaily, 27 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Perpaduan di antara kaum mula terencat pembinaannya apabila kepimpinan parti-parti seperti Umno dan MCA serta MIC mula menjadi lemah kerana berbagai sebab yang mereka hadapi.

“Umno menggunakan isu perkauman sebagai senjata untuk menakutkan orang Melayu untuik bersama-sama bersatu dengan bangsa bukan Melayu,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, pimpinan yang kian hari kian lemah itu terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan orang Melayu bersatu di bawahnya.

Ini, ujarnya adalah disebabkan orang Melayu semakin hari semakin menjauhi Umno kerana masalah dan isu besar yang dihadapi Umno itu sendiri.

Baginya, Umno sudah ketandusan kepimpinan di setiap peringkat kerana mereka yang menjadi pemimpin datangnya dari mereka yang tidak berkepimpinan dan tidak dihormati oleh orang ramai.

Menurutnya lagi, apabila Umno dirasuk oleh penyakit politik wang, maka hanya mereka yang sanggup membeli dan membayar sokongan dari ahli-ahlinya yang lahapkan wang ringgit untuk menjadi pemimpin.

“Akhirnya Umno menjadi parti yang tidak berkepimpinan kerana yang berkepimpinan telah diketepikan kerana tidak bermain dengan politik wang itu,” tulis beliau selanjutnya.
Baca di sini

Apa yang kau dah buat ni Guan Eng?

http://greenboc.blogspot.com, 27 Jul 2013

Guan Eng bergambar bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima insentif Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh.
Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh

GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, semalam.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. -SH

DAP arah peguam kaji saman ROS dan The Star

Harakahdaily, 27 Jul 2013
KUALA LUMPUR: DAP telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang  ke atas Ketua Pengarah Pendaftaran, Datuk Abdul Rahman Othman dan akhbar The Star ekoran dakwaan ahli DAP sedang berusaha menubuhkan parti baru.

Ini berikutan kenyataan Abdul Rahman, Pendaftar Pertubuhan  (ROS) tidak akan melayan permohohan ahli DAP untuk mendaftarkan parti baru.

"Ini adalah dakwaan palsu kerana tidak pernah berbangkit isu ini di kalangan pemimpin DAP dalam atau luar dari mesyuarat Jawatankuasa Eksekutuf Pusat (CEC)," kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

DAP, kata Lim, kesal kerana Abdul Rahman membuat kenyataan ini di bulan puasa.

Bagi beliau, ROS telah membenarkan dirinya digunakan oleh Umno selepas Umno gagal mengalahkannya dalam pilihan raya dengan cara membatalkan pendaftaran DAP secara haram.

Bagi Lim, Abdul Rahman membuat keputusan awal sebelum menyelesaikan siasatan ke atas DAP sebagaimana yang dijanjikan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang sebelum ini.

Perkasa-Mirac, satu lagi muslihat politik perkauman

Harakahdaily, 27 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) adalah satu lagi usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan strategi halus untuk mencapai agenda politik perkauman yang sudah sebati dengan Perkasa.

“Adalah sungguh memalukan apabila terdapat juga NGO-NGO yang sanggup menggadai maruah mahu menjalin hubungan dengan Perkasa ini,” ujar Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Katanya dalam satu kenyataan, mereka telah melupakan segala kerja-kerja kotor Perkasa dengan menghina dan memalukan kaum-kaum yang lain selama ini.

Beliau berkata, Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia sebagai satu kumpulan ekstrimis dan menjadi alat Umno untuk permainan perkauman yang kotor.

Katanya, banyak isu kontroversial telah ditimbulkan oleh Perkasa yang telah menggugat perpaduan kaum di negara ini.

“Kumpulan ini sengaja menimbulkan perasaan marah dan salah faham di antara kaum supaya Umno mendapat memperolehi manfaat daripada isu tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pemimpin-pemimpin utama Perkasa seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin adalah watak-watak pelampau yang sentiasa menyuntik racun perkauman di dalam minda rakyat Malaysia.

Mereka, ujarnya tidak pernah memikirkan atau mempunyai agenda perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara kita.

Timbalan Pengerusi DAP Perak itu menambah, segala gelagat atau tingkah laku mereka itu adalah bertujuan menghancurkan perpaduan rakyat untuk kepentingan politik Umno.

Katanya, kenyataan-kenyataan Zulkifli Noordin yang menghina orang-orang India dan agama Hindu masih lagi dalam ingatan rakyat Malaysia.

Tambahnya, pendirian Perkasa yang mahu mengekalkan novel Interlok yang menghina kaum India dan Cina juga tidak dilupakan lagi.

Tambahan pula, ujar beliau Perkasa juga membela akhbar Utusan Melayu yang terang-terang mengkritik kaum Cina dengan ungkapan 'Apa lagi Cina mahu' sebaik sahaja selepas PRU13.

Tiba-tiba, kata Sivakumar Perkasa mahu mengubah watak antagonisnya dengan mendapatkan sokongan bukan Melayu.

“Pelik dengan strategi Perkasa yang kini mahu mengadakan hubungan baik dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu semata-mata untuk membuktikan bahawa ia bukanlah satu organisasi rasis,” katanya.

Bunuh hampir setiap hari

Subky Latif, 27 Jul 2013
Dalam akhbar hampir setiap hari ada kejadian mati yang dipercayai dibunuh. Ia selain dari  mati kemalangan jalan raya, lemas di laut/sungai dan mati biasa kerana sakit dan tiba  ajal.

Ada berita mati kena tembak, ditetak dan lain-lain kejadian bunuh yang terjadi setiap hari. Dan banyak juga kejadian mayat ditemui di belukar, di parit dan sungai yang sudah reput atau sesudah beberapa hari mati.

Sebelum ini ragut diberitakan setiap hari. Ada juga mati gara-gara ragut itu. Sekarang seolah-olah berita mati dibunuh menggantikan berita ragut.

Mati dibunuh itu adalah puncak daripada pelbagai jenayah seperti pecah rumah, rompak, curi motokar/motosikal, tipu bank, rogol, culik dan macam-macam lagi.

Walaupun berjalan malam bersendirian atau berdua, biasanya selamat, tetapi ia tidaklah dikira selesa.

Agaknya ini yang menyebabkan Perdana Menter Najib hampir sebulan lalu menyebut, menghadapi jenayah adalah satu penjuangan. Tiada perkembangan lagi tentang perjuangan itu.

Menghadapi jenayah itu  amat penting, Jangan negara kita sampai kepada peringkat berapa jenayah sehari dan berapa jenayah  sejam. Tidak dihitung berapa bunuh dan rompak sebulan atau seminggu. Janganlah jenayah itu hendak ditangani itu tak termasuk rasuah baik pada skala kecil dan besar yang jadi budaya dalam kerajaan.

Jenayah yang menjadi-jadi itu bukan sekadar oleh penjenayah biasa, malah ada jenayah membabitkan nama personaliti besar seperti Ketua Polis Negara memukul Anwar Ibrahim yang matanya ditutup dan tangan  terikat, ada yang dikaitkan dengan meletupkan mayat orang asing iaitu Altantuya serta penipuan menteri dalam pembelian kapal selam untuk pertahanan negara.

Sebelum Abdllah Badawi jadi Perdana Menteri beliau mengadakan seminar pegawai-pegawai di Sarawak yang dihadiri sama bekas TPM Tun Musa Hitam yang temanya bagi memerangi rasuah sebagai satu perjuangan. Bukan saja perjuangan itu tidak mengurangkan rasuah besar dalam kerajaan Sarawak, bahkan rasuah pembelian persenjataan pertahanan oleh operator utama kementerian berlaku semasa pentadbirannya.

Sekarang PM Najib timbul dengan menghadapi jenayah sebagai satu perjuangan. Menjadikannya perjuangan adalah betul, moga-moga ia tidak mengulangi perjuangan memerangi jenayah oleh pentadbiran sebelumnya.

Kita tidak  tahu apa langkah-langkah hendak diambil dalam kempen itu? Kita tidak tahu. Yang kita tahu ialah jenayah sudah sampai kepada hitungan hari  dan jam, bukan lagi bulan dan minggu.

Tidakkah jenayah yang naik mendadak itu berkembang selepas timbulnya isu pelaksanaan hudud? Hudud itu dijanjikan Allah sebagai pembenteras jenayah yang hakiki. Tetapi hudud bukan saja ditolak oleh semua Perdana Menteri sejak Dr Mahathir, malah telah menjadi bahan  gurauan setengah pembesar Islam.

Tiada undang-undang yang berkesan membendung jenayah selain daripada hudud, dan lain undang-undang ciptaan manusia boleh menyelesaikan jenayah. Maka menolak penyelesaian melalui hudud adalah untuk mencabar mencabar kesahihan ketentuan Allah itu. Kerajaan tolak hudud, kesannya jenayah meningkat mendadak.

Tiada siapa dapat memberi nasihat kepada PM Najib betapa pejuangan menghadapi jenayah tak sampai ke mana kalau tidak guna hudud. Inilah gunanya beberapa ulama muda yang masuk Umno dapat memberitahu Najib, jenayah tidak dapat bendung tanpa hudud.

Sebelum  Karpal Singh percaya, Najib dan Dr Mahathir kena percaya dulu.

PAS kutuk serangan, angka kematian terus meningkat

Harakahdaily, 27 Jul 2013

(Antara jenazah penyokong Morsi yang terkorban diserang menjelang sahur di hadapan Universiti Al-Azhar pagi tadi)

KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir yang menggunakan kekerasan serta bedilan peluru hidup ke arah penyokong Morsi yang mengakibatkan ratusan lagi terkorban dalam insiden terbaru malam tadi.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, semua pihak tidak boleh membenarkan pembantaian terhadap rakyat seperti itu, apatah lagi insiden malam tadi bukan kali pertama dilakukan tentera sejak merampas kuasa.

"Rakyat Mesir behimpun secara aman, dan itu adalah hak mereka untuk menyatakan suara mereka.

"Tindakan menembak rakyat ini merupakan satu kekejaman yang telah dilakukan tentera dibawah telunjuk jeneral Al-Sisi, dan dunia tidak wajar berdiam diri sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan terbaru, angka kematian dilaporkan telah meningkat dan sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi terbunuh diserang pihak polis dan tentera Mesir dengan peluru hidup dalam dua insiden berasingan malam tadi.

Insiden pertama berlaku di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah dimana tujuh orang dilapor terbunuh dalam serangan itu.

Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata.

Dalam kejadian itu,seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya.

Insiden kedua berlaku menjelang waktu sahur pagi tadi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat.

Penyokong Morsi yang berkumpul di sini diserang oleh pasukan penembak tepat dari atas bangunan Universiti Al-Azhar selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Lebih 100 malah ada yang mengatakan 200 orang telah terkorban termasuk lebih ribuan lagi cedera.

Dalam pada itu, Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat mendesak kerajaan Malaysia segera menyatakan pendirian dalam isu ini.

"Kita mintak kerajaan Malaysia melalui kementerian luar untuk mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak tentera dan kerajaan sementara ini terhadap rakyat mereka sendiri," katanya.

Muhasabah Kuala Besut: Survival PAS di luar bandar

Muhammad Hafiz Mansor, 27 Jul 2013
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan menewaskan calon PAS, Azlan Yusof dengan majoriti 2,952 undi.

Para pemimpin dan pendukung PAS perlu bermuhasabah, menilai semula gerak kerja, mencari di mana titik kekuatan dan kelemahan yang masih ada dan memperbaikinya demi kelansungan perjuangan Islam terutamanya di kawasan luar bandar.

Beberapa perkara yang saya cuba coretkan sebagai suatu muhasabah dan penilaian bersama mengenai survival parti Islam di kawasan luar bandar:

1. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian oleh PAS ialah memeriahkan majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau di sana sepertimana meriahnya majlis-majlis ilmu di kawasan bandar kerana ilmu Islamlah asas kekuatan kepada PAS. Inilah yang juga dibimbangi Umno BN sejak sekian lama.

Mesej Islam perlu disampaikan kepada masyarakat luar bandar, bukan hanya ketika musim pilihanraya. Kita harus mengubah pola pemikiran masyarakat supaya tidak menghala ke aspek kebendaan semata-mata.

Sirah Rasulullah SAW ketika berdakwah kepada musyrikin Mekah memberikan pengajaran yang penting kepada PAS, iaitu mengembalikan urusan dan tumpuan hidup manusia kepada sifat uluhiyyah dan rububiyyah Allah SWT bukan kepada sifat materialistik kebendaan.

PAS tidak selamanya mampu melawan 'material' yang dimiliki oleh Umno BN. Maka, jalan yang ada ialah ubah 'mindset' mereka.

2. Apabila PAS berkempen dengan memburuk-burukkan Umno BN sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada PAS malah sebaliknya memberikan kredit yang besar kepada Umno BN. Keadaan ini berlaku kerana mereka menerima bantuan langsung dari Umno BN setiap bulan (ada yang setiap tahun) walaupun pada jumlah yang tidak setimpal dengan apa yang mereka sepatutnya dapat.

Bantuan ini menyebabkan mereka merasa terhutang budi pada Umno BN. Inilah 'batu keras' yang sukar dipecahkan PAS. Masyarakat luar bandar tidak memahami bahasa politik Umno BN yang hanya untuk memerangkap mereka supaya kekal di bawah telunjuknya.

Gunakan 'air' untuk membentuk batu yang keras. Yakinkan mereka tentang apa yang PAS perjuangkan. Itu sudah memadai dan lebih berkesan.

3. Jentera mahasiswa dilihat lebih strategik untuk 'penetrate' masuk ke rumah-rumah Umno BN. Program-program seperti baktisiswa dan anak angkat adalah merupakan program-program yang sepatutnya dilaksanakan dengan lebih kerap di kawasan luar bandar.

Jika kita perhatikan sepintas lalu kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre yang mendapati 77.2% pengundinya lebih melihat soal parti calon yang bertanding berbanding keperibadian calon itu sendiri. Sebab itu tidak mustahil Che Long kalah meskipun lebih dikenali di sana.

Oleh yang demikian, PAS tidak hanya boleh bergantung harap kepada ceramah-ceramah politik semata-mata sebagai proses penerangan isu semasa. Ianya kurang berkesan untuk menarik minat mereka yang menyokong Umno BN. Tugasan ini perlu dipikul oleh mahasiswa. Mahasiswa berperanan menjadi agen penerangan secara tidak langsung melalui program-program bersama masyarakat luar bandar.

Secara kesimpulannya, perjalanan PAS dalam mendekati masyarakat luar bandar masih panjang namun tidak mustahil sinar Islam akan sampai suatu hari nanti dengan syarat PAS terus istiqamah bekerja, tidak hanya musim pilihanraya, mendekati dan memberi penerangan kepada masyarakat luar bandar.

Semoga Allah SWT istiqamahkan kita atas jalan perjuangan ini, insya Allah.

Sekadar pandangan.

Penulis ialah Pengarah Operasi Institut Pemikiran Almarhum Fadzil Noor (INFO)

Tokoh muda menggalas cabaran

Nasrudin Hassan, 28 Jul 2013
Mendepani cabaran untuk menguasai pasaran gerak kerja Amal Islami menuju PRU14 sekali gus menongkah arus pasca PRU13 memerlukan gandingan mantap tokoh  veteran yang berpengalaman dengan tokoh muda yang bertenaga dan memiliki visi jelas buat perjuangan Islam yang suci dokongan Parti Islam Se-Malaysia [PAS]. Tanpa menafikan ketokohan, kehebatan dan keperluan tenaga tokoh veteran, masa depan jamaah memerlukan tokoh muda lebih ramai diberi laluan untuk mengambil posisi penting dalam kepimpinan.

Perkara paling asas ialah warisan dan proses peralihan kepimpinan jamaah. Ia perlu dilihat serius oleh semua peringkat organ jamaah Islam ini. Tanpa prejudis, jangan sampai laluan kepimpinan "tersumbat" gara-gara tokoh veteran ‘enggan’ atau ‘lengah’ memberi laluan kepada tokoh muda. Saya tidak menafikan bahawa perjuangan ini tidak dilihat serta tidak diukur dengan usia. Berjuang mestilah sampai ke mati dan saya tidak pernah mempersoalkan kedudukan ini.

Namun, apa yang saya bangkitkan ini ialah mengenai posisi kepimpinan. Laluan mesti diberikan secara terancang dan penuh strategik bersulamkan ukhuwwah islamiyyah yang tinggi. Justeru menjadi adab berjamaah secara tradisi, tokoh muda ‘segan silu’ menapak ke hadapan selama mana tokoh veteran masih ‘bertahan’ di posisinya.

‘Laluan sistematik’ perlu diberikan kepada tokoh muda pula beraksi menabur jasa kepada jamaah ini. Inilah langkah terbaik buat jamaah berbanding menerima pakai konsep ‘kepimpinan mesti direbut’ dan tokoh muda mesti bersaing atau bergelut untuk mendapatkannya.

Erti kata lain, tokoh muda mesti menjatuhkan tokoh veteran terlebih dahulu untuk mendapatkan posisi itu. Konsep sebegini agak asing malah negatif bagi jamaah Islam justeru kepimpinan adalah amanah untuk digalas bukan ghanimah untuk diperas. Saya melihat kepada dua aspek:

Pertama: Keperluan semasa yang mendesak

Gandingan Hikmatus Syuyukh wa Hamaasatusy Syabab atau "Kebijaksanaan Veteran dan Semangat Pemuda" perlu menjadi satu gandingan mantap kepimpinan jamaah di era ini. Suatu era yang dilihat penampilan dan dominasi anak muda menguasai ‘pasaran terbuka’.

Bermula dari iklim politik, saingan ekonomi, gentian siber sehingga landskap sosial semuanya dikuasai anak muda. Lantaran itu tanpa syak, sebagai sebuah jamaah islam yang kontemporari sifat pergerakannya mesti menerima realiti ini dan mempraktiskannya dalam penstrukturan organisasi yang membabitkan penyusunan saf kepimpinan dan potfolio serta menampilkan imej segar dan kaya dengan variasi kepimpinan unik sepadan cabaran zaman.

Kedua: Transisi kepimpinan yang terancang

Kepimpinan mesti dirancang tanpa memperkecilkan bakat dan anugerah dimiliki individu yang lahir dari masa ke semasa untuk mengisi kerusi kepimpinan jamaah.

Secara prinsip, kepimpinan mesti dirancang kesinambungannya sekaligus bertujuan memelihara masa depan jamaah supaya pergerakannya terus dipimpin oleh saf kepimpinan berwibawa dan memiliki karisma tahap tertinggi yang dimiliki jamaah.

Jangan biarkan tenaga mampu dan upaya ‘dijeruk’ dalam jamaah tanpa meletakkannya di tempat yang sesuai dan wajar. Sikap mementingkan diri dan agenda sendiri selayaknya dilebur musnahkan, sebaliknya agenda perjuangan Islam mesti didokong dan pendukungnya yang layak dan wajar memimpin jamaah Islam ini.

Saya sengaja tidak menyenaraikan tokoh muda yang dimaksudkan kerana tidak mahu ia disalah erti dan dipolemikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua pihak boleh bersikap positif dan melihat kewujudan tokoh muda berkaliber di kawasan jua negeri masing-masing untuk diberi ruang dan peluang dalam line up kepimpinan jamaah. Jangan tunggu mereka "tua dan luntur tenaga" untuk diberi tempat tanpa menolak bahawa muda yang gelojoh dan tidak matang juga tidak layak membarisi saf kepimpinan jamaah.

Justeru, saya tegaskan di awal artikel ini mengenai ‘laluan strategik’ dan ‘laluan sistematik’, bukan ‘laluan bebas tol’ yang boleh bolos dan lolos tanpa meneliti standard atau piawaian kepimpinan layak untuk memimpin jamaah islam yang bergerak di pentas politik tanahair ini.

Sungguhpun begitu, tokoh muda sewajarnya perform dengan amanah perjuangan. Jangan harap untuk ditatang penuh sebaliknya peragakan keupayaan dan kemampuan dalam batas adab dan akhlak berjamaah. Tempat terhad dan kekosongan terbatas sedang senarai layak agak ramai. Tentu sahaja yang terbaik akan mendapat perhatian dan dipermudahkan urusan untuk ditempatkan pada ketika dan ruang yang sesuai.

Tiada ulasan: