Selasa, 30 Julai 2013

PATUHI HUKUM2 ALLAH...LAKSANAKAN UNDANG2 ALLAH SWT...INSYAALAH AMAN DAN BERAKAH

Mesir: Dunia Islam tunggu pendirian Malaysia

Harakahdaily, 30 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Selepas pembunuhan beramai-ramai yang berlaku hujung minggu lepas, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman patut menasihati kerajaan untuk menyemak semula pendirian kerajaan terhadap Mesir.

“DAP membidas tindakan angkatan tentera Mesir yang bertindak membunuh beratusan penyokong bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi,” ujar Setiausaha Antarabangsa, V Sivakumar dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dalam kenyataan media bersama, semalam.

Jumlah kematian dari pertempuran di Cairo dilaporkan mencecah 120 pada hari Ahad.

Lebih daripada 200 penyokong Muslim Brotherhood sudah dibunuh sejak Presiden Morsi digullingkan dalam rampasan kuasa (coup) pada 3 Julai. Dalam insiden terbaru hujung minggu lepas, ramai dilaporkan telah ditembak di bahagian kepala atau tubuh.

Menurut mereka, keadaan genting ini memerlukan perhatian dan tindakan dari dunia. Sebagai pemimpin dunia yang bertanggungjawab, kerajaan Malaysia mesti menyemak semula pendirian kerajaan terhadap Mesir.

Setakat ini, kata mereka Kementrian Luar telah mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam ‘hal ehwal dalaman’ negara Mesir.

Namun bagi mereka, dasar ‘tidak menjaga tepi kain orang’ ini sudah ketinggalan zaman, terutama dalam keadaan sedemikian di mana dunia Muslim menunggu Malaysia menyatakan pendiriannya.

“Jika Malaysia tidak bersuara untuk kebenaran, keamanan, hak asasi manusia dan demokrasi di dunia Muslim, negara mana lagi yang akan bersuara?” tanya mereka.

Justeru, sekurang-kurangnya, mereka mengharapkan bahawa kerajaan Malaysia:

1) Membidas dengan terbuka rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan Presiden Morsi yang telah dipilih secara demokratik

2) Membidas pembunuhan penyokong Presiden Morsi.


Pas Bagan Parit Sulong and Pas Dun Tepoh shared Buletin Pas Marang's photo.
Mustaffa Kemal At-Tarturk dan Abdel Fatah Al-Sisi
Kedua-duanya adalah berketurunan Yahudi..

Perlantikan mereka sebagai pemimpin tertinggi negara adalah hasil dari perangcangan Yahudi Laknatullah...

Mustaffa Kemal At-Tarturk adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme, iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera.

Abdel Fatah Al-Sisi adalah anak kepada seorang wanita Mesir. Ibunya adalah wanita dari keturunan Yahudi Morocco. Manakala bapa saudaranya adalah seorang anggota Pertubuhan Yahudi yang terlibat dalam projek menjajah negara Palestin pada tahun 1948.

Mustaffa Kemal At-Tarturk dijadikan sebagai Proxy Yahudi bagi mengjatuhkan Empayar Islam Othmaniah Turkey.

Abdel Fatah Al-Sisi pula menjadi Proxy Yahudi bagi mengulingkan kepimpinanan Dr. Morsi sebagai president baru Mesir

Note : Umat Islam Mudah Lupa... Umat islam tidak mahu belajar dan mengkaji kisah yang lampau kerana mereka malas membaca..

Iklan tidak sopan dalam papan iklan elektronik

SM Mohamed Idris,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak segera untuk menarik balik iklan yang dipaparkan oleh sebuah kelab malam di papan iklan elektronik yang terletak di Jalan Burma, Pulau Pinang.

Iklan di papan iklan elektronik itu memaparkan gambar wanita berpakaian yang mendedahkan tubuh mereka. Kandungan iklan itu termasuklah pengumuman persembahan oleh sebuah kumpulan muzik dan gambar ‘Hot Girls’. Pemaparan kepada awam wanita berpakaian yang  mendedahkan tubuh telah menjatuhkan martabat mereka dan gambaran stereotaip wanita.

Lebih buruk lagi kelab malam itu terletak di Lebuh Union yang merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia.

Iklan ini juga telah mencabuli Garis Panduan Penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menyatakan:
1)    Iklan bagi barangan atau perkhidmatan yang mungkin memudaratkan kepada ketenteraman awam, keselamatan, moral, mengejutkan pendapat awam, bertentangan kepada mana-mana undang-undang, menjejaskan kepentingan awam dan kepentingan negara adalah tidak dibenarkan;
2)    Iklan mengandungi sensitiviti agama, menjatuhkan maruah budaya atau cara hidup oleh perbezaan kaum dan mengancam nilai dan norma masyarakat Malaysia;
3)    Bagi gambar yang tidak berniat untuk mengiklankan pakaian dalam, hanya gambar di samping kolam dan pantai dibenarkan selagi gambar itu tidak mengghairahkan.

Menurut Garis Panduan bagi Papan Iklan Luar, iklan itu gagal untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
1)    Kandungan yang memaparkan gambar wanita atau lelaki berpakaian dalam atau menunjukkan aksi tidak sopan adalah tidak dibenarkan;
2)    Temanya mestilah sesuai dengan kandungan iklan dengan perkara yang ingin diiklankan. Kandungan yang mengeksploitasikan tubuh dan muka seseorang terutama sekali wanita dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang ingin diiklankan adalah tidak dibenarkan. Begitu juga dengan elemen eksploitasi terhadap lelaki, kanak-kanak dan mereka yang kurang upaya juga tidak dibenarkan.

Kami menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya mengambil tindakan segera dengan menarik balik iklan yang telah melanggar garis panduan itu. CAP juga menggesa Kerajaan supaya menggubal peraturan yang lebih lengkap bagi mengawal industri pengiklanan dan menguatkuasakannya.


Presiden CAP

Kata mereka lagi, kegagalan untuk membuat sedemikian akan mengecewakan bukan sahaja rakyat Malaysia malahan ramai di seluruh dunia yang pernah memuji Malaysia yang memainkan peranan kepimpinan dalam dunia Muslim dan dunia ketiga.

Muslimah: Antara tertutup dan terbuka

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 26 Jul 2013
Beberapa malam yang lepas, seorang pensyarah pengajian Islam dari salah sebuah Negara Teluk datang ke rumah saya. Beliau menjadi imam tarawih di tempat saya Dewan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziah. Selepas solat saya menjemputnya berbual dalam rumah saya. Ketika beliau memberitahu saya bahawa beliau mengajar pelajar-pelajar perempuan, saya bertanya apakah negaranya sudah membenarkan guru lelaki mengajar wanita secara berhadapan. Dia kata, dia mengajar menggunakan perantaraan talian komunikasi, bukan secara langsung. Saya tanya kenapa? Dia menjawab tidak wajar lelaki berhadapan dengan wanita secara langsung kerana itu membawa fitnah. Dia lalu membawa beberapa alasan dari hadis Nabi s.a.w untuk memperkukuhkan pandangan tersebut. Jam sudah agak lewat ketika itu, saya mengambil langkah enggan berhujah panjang dengan tetamu saya itu. Apa nak hairan, macam itu mazhab kebanyakan ulama di negaranya.

Di negara kita pula sehari dua ini ada yang tidak puas hati dengan fatwa larangan wanita muslimah menyertai pertandingan ratu cantik. Ada yang membantah kerana kononnya fatwa itu tidak demokratik dan menghalang hak wanita. Hal ini dibangkit dan disokong oleh kumpulan ‘liberal tegar’ yang seperti biasa – sekalipun mungkin tidak mengaku - menjadikan Barat sebagai asas dalam penentuan hal ini. Apabila kita sebut Barat, kita maksudkan pegangan awam yang menguasai cara fikir penentuan polisi di Barat. Kita tidak maksudkan agama Kristian.

Inilah masalah yang menghimpit pemikiran yang sederhana dan adil tentang wanita dalam Dunia Islam. Satu pihak yang begitu sempit tentang wanita sehingga menfardukan budaya setempat yang diberikan lebel agama ke atas wanita seperti yang berlaku di Pakistan dan beberapa negara Arab. Di satu pihak lagi, golongan yang menuntut agar tafsiran agama diselaraskan dengan kehendak semasa di Barat.

Wanita Zaman Nabi


Dalam hadis yang banyak, pergaulan antara lelaki dan wanita di zaman Nabi SAW berlaku secara normal tetapi terhormat. Tidak jumud seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Sebab itu sahabiyat atau wanita muslimah pada zaman Nabi SAW terlibat membantu Nabi SAW dan tentera Islam dalam peperangan. Mereka mengubati tentera yang cedera dan sebagainya. Bahkan ada yang terlibat langsung dengan peperangan. Umpamanya, semasa Peperangan Hunain, Umm Sulaim membawa khanjar (pisau belati) untuk menikam sesiapa yang menghampirinya. Dalam hadis Muslim, suaminya iaitu Abu Talhah berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah! Ini Ummu Sulain, bersamanya khanjar”. Lalu Rasulullah berkata kepada Ummu Sulaim, “Khanjar apakah ini?”. Ummu Sulaim menjawab, “Aku bawa, jika ada musyrikin (musuh) yang menghampiriku nescaya aku belah perutnya dengan ini”.

Begitu juga Umm Haram, apabila dia telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Tentera yang pertama dikalangan umatku yang berperang di laut wajiblah bagi mereka itu di syurga.” Kata Umm Haram: “Wahai Rasulullah SAW! Adakah aku termasuk dikalangan mereka?” Jawab Baginda: “Ya!” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Tentara yang pertama dikalangan umatku yang memerangi bandar Qaysar (Caesara) diampunkan dosa mereka.” Aku (Umm Haram) berkata: “Adakah aku dikalangan mereka, wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Tidak!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sejarah mencatatkan, bahawa peperangan umat Nabi SAW yang pertama di laut ialah peperangan Cyprus. Umm Haram telah menyertainya dan panglima tentera Islam dalam peperangan tersebut ialah Mu’awiyah ibn Abi Sufyan. Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina ‘Uthman ibn ‘Affan. Mu’awiyah yang menjadi amir ketika itu, turut serta ke medan peperangan bersama dengan isterinya (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/223, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)

Wanita juga terlibat menghidangkan makanan kepada lelaki semasa majlis perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari, masa majlis walimah Abu Usaid al-Sa’idi, isteri beliau yang merupakan pengantin baru melayan hidangan untuk tetamu lelaki, termasuk Rasulullah SAW.

Terdapat juga riwayat di mana Rasulullah dan para sahabat pernah nampak isteri al-Zubair ibn al-‘Awwam iaitu Asma bin Abi Bakr yang sedang membawa benih tamar, lalu baginda menjemputnya untuk naik tunggangan baginda. Dalam riwayat al-Bukhari, Asma berkata: “Nabi s.a.w mendudukkan unta untuk aku menaikinya. Aku malu terhadap Nabi dan teringatkan pula sifat cemburu kamu (al-Zubair)”.

Terlalu banyak riwayat yang menunjukkan pergaulan secara terhormat berlaku antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi SAW dengan keizinan baginda dan bahkan penglibatan baginda sendiri kadang-kala.

Sopan

Pun begitu, hubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan yang mesti dikawal. Menutup aurat salah satu darinya. Pakaian menutup aurat bukan sahaja disuruh oleh Islam bahkan dalam semua agama yang ada hubung kait dengan wahyu serta kenabian seperti Yahudi dan Kristian, sentiasa menganggap menutup kepala dan jasad secara sopan seperti yang dipakai oleh nun dalam Kristian adalah tuntutan. Persamaan itu tidak pelik. Puasa juga Allah tegaskan (maksudnya)

“Seperti mana diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu”.(Surah al-Baqarah, ayat 183).

Persamaan bukan menunjukkan pengaruh yang salah seperti yang didakwa oleh kelompok anti-tudung kepala.

Dalam al-Quran Allah berfirman, maksudnya:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab : ayat 59).

Maka, asas dalam fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak membangkit nafsu lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya.

Juga firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 3, maksudnya:

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sementara kalangan ulama seperti Abu Hanifah memasukkan pergelangan kaki antara yang boleh didedahkan. Dalam bahasa sekarang, tidak wajib memakai stokin. Kedua; ayat di atas menyatakan “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup.

Inilah pakaian yang syarak tetapkan. Wanita muslimah patut mengetahui identiti mereka seperti yang disebut dalam ayat surah al-Ahzab tadi: ‘cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu’. Pakaian mempunyai nilai yang tersendiri dalam kehidupan masyarakat manusia.

Double Standard

Cuma mungkin ada yang keliru dengan fatwa yang dikeluarkan kerana hanya mengkhususkan pertandingan ratu cantik sedangkan ada lagi acara lain yang lebih terdedah seperti renang dan olahraga lain. Mengapa pula tiada fatwa yang menghalang mereka? Jawapan mungkin kerana olahraga-olahraga itu mendapat sokongan kerajaan-kerajaan yang berkuasa. Jika difatwa, mungkin tidak panjang ajal kontrak yang mengeluarkannya. Ataupun, seperti mazhab ulama muda sebuah pertubuhan politik, jika kesalahan kerajaan kita jangan bising, diam-diam bisik di telinga menteri sudahlah. Orang lain, mereka bising habis-habisan. Ataupun, seperti kata tetamu Arab saya yang keras tentang wanita itu, ‘para ulama hari ini ramai yang bacul’. Saya rasa saya boleh bersetuju dengannya dalam bab itu.

Sukan olahraga yang ada boleh disertai jika penontonnya hanya wanita. Walaupun ada khilaf ulama tentang kadar aurat sesama wanita, namun jika diambil pendapat yang lebih luas maka ruang boleh diberikan kepada mereka. Ataupun, mereka mengenakan suit yang tidak bercanggah dengan syarak. Maka, lelaki boleh melihat acara tersebut. Sekali lagi, walaupun ada pendapat yang sempit, kita memilih pendapat yang sederhana yang lebih memberi kemudahan dalam masa yang sama tidak lari dari nas-nas agama. Namun, tidaklah longgar sehingga melondehkan nas seperti golongan ‘liberal tegar’.

http://drmaza.com
Kes Dhamendran: Suspek keempat didakwa

 Insp S Hare Krishnan hari ini menjadi pegawai polis keempat yang didakwa di mahkamah berhubung kes kematian dalam tahanan N Dhamendran.

Hare Krishnan, 40, didakwa mengikut Seksyen 302 dan 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya sabut kesalahan.
Judge Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan agar kes disebut semula selepas laporan bedah siasat Dhamendran diperolehi, dijangka pada 2 Ogos.
Tertuduh diwakili peguam S Kavita dan N Kalyana Sundaram.

Hare Krishnan semalam menyerah diri kepada polis pagi semalam.
Tindakan keterlaluan di Mesir dikecam
11:11AM Jul 30 2013
Pemuda Umno mengecam tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian dalam konflik di Mesir.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu juga bimbang dengan perkembangan terkini di negara itu yang dilihat semakin buruk.

"Dalam hal ini kita harap Mesir dapat mencari jalan terbaik untuk mencapai damai," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran program 'Rehlah Al-Ramadan' anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan di Semerbok, dekat Rembau malam tadi.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan diminta mengulas mengenai konflik politik di Mesir yang kini bertambah buruk apabila sekurang-kurangnya 120 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi terbunuh dalam pertempuran dengan polis pada Sabtu lepas.

- Bernama
Pemecah rumah & sekolah agama tumpas
11:21AM Jul 30 2013
Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan sekolah termasuk sekolah agama di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata suspek berusia antara 20 dan 30 tahun itu diberkas polis peronda di Taman Rebana, Sungai Bakap di Nibong Tebal awal pagi Khamis lepas.

"Curiga melihat dua motosikal dinaiki tiga lelaki ditunggang dengan laju di awal pagi, anggota polis yang membuat rondaan bertindak mengejar mereka sebelum dapat memintas sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki manakala rakan mereka berjaya melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki berkenaan adalah kumpulan pecah rumah dan polis turut menemui beberapa peralatan mencurigakan selain senjata tajam, sarung tangan dan topeng muka," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Polis Bersama Komuniti SPS, di Nibong Tebal malam tadi.

Shafien berkata hasil soal siasat, dua suspek berkenaan mengaku sedang membuat perancangan untuk melakukan pecah sekolah di sekitar Nibong Tebal.

"Mereka juga mengaku terbabit dalam memecah masuk sebuah sekolah agama sebelum itu dan mencuri sebuah komputer riba dan wang tunai sebanyak RM200," katanya.

Menurut Shafien seorang lagi suspek yang sebelum itu berjaya lolos, menyerah diri kepada polis beberapa jam kemudian.

Mereka kini direman dan polis sedang siasat untuk mengenal pasti sama ada mereka ada terbabit dalam beberapa kejadian jenayah pecah rumah atau bangunan lain sebelum ini," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, 28 balu dan anak yatim anggota polis di daerah SPS menerima bantuan sempena Aidilfitri. Turut menerima sumbangan itu ialah bekas Special Constabel (SC), Bedah Mohamad, 94.

- Bernama
'Polis perlu selesaikan segera kes tembak VIP'

Kejadiaan pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat semakin berleluasa terutama melibatkan mangsa golongan berprofil tinggi harus diberi perhatian serius oleh polis.
Semalam, dua kes tembak dilaporkan – satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam – menyebabkan seorang maut dan dua cedera. Yang terbunuh dalam kejadian semalam ialah Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Satu lagi kejadian dilaporkan di Ipoh, Perak malam tadi menyebabkan seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Kuala Lumpur pada 10.15 malam.

Khuatir dengan trend itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata kepada Bernama kejadian seperti itu memberi gambaran yang kurang elok terhadap tahap keselamatan di negara ini.

Tambahan pula kes pembunuhan golongan berprofil tinggi sering dikaitkan dengan dakwaan wujudnya pembunuh upahan tetapi tiada pembunuh upahan yang ditangkap atau didakwa setakat ini (pada tahun ini), kata Akhbar.

"Penguatkuasa perlu menyiasat dan menyelesaikan dengan segera kes-kes tembak yang melibatkan individu berprofil tinggi," katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas aktivis anti-jenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April. 

Sehubungan itu, Akhbar mengesyorkan pihak berkuasa meningkatkan usaha membanteras penyeludupan senjata api yang menyumbang kepada peningkatan kes pembunuhan termasuk kononnya oleh pembunuh upahan.  

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pasukannya telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk dari negara jiran dan tidak mendedahkan jumlah rampasan senjata.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas sejak kejadian  kes pembunuh upahan menggunakan senjata api semakin berleluasa.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor mencatat peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, ibu negara dan Kelantan.

Selain kes tembak yang disebut di atas, terdapat kejadian tembakan melibatkan orang awam lain, antaranya:
  • 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.
  • 8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.
  • 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.
  • 11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.
  • 11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
  • 7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.

Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media.

- Bernama


Benarkah negara kita negara aman seperti diperkatakan?

Benarkah negara ini negara yang aman? Benarkah yang rakyat negara kita bukan seperti setengah negara di Afrika dan banyak negara lain yang setiap rakyat bebas kesana kemari dengan selamat? Jika benar negara kita sebuah negara yang selamat untuk bergerak bebas kenapa setiap hari dan minggu kita mendengar tembakan dan pembunuhan berlaku terhadap manusia dan ia berlaku dimana-mana.
Yang terbaru ialah percubaan membunuh Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan yang berlaku di Bahau. Sebelum ini Timbaan Ketua Pengarah Kastam Di Raja Malaysia, Shaharuddin juga di tembak di persimpangan jalan di Putrajaya. Bunuh membunuh sudah menjadi begitu lumrah dan ia di syaki berlaku kerana pihak yang berkuasa terutamanya pihak penguasa seperti Polis dan lain-lain terlibat dengan kegiatan jenayah besar atau melindungi penjenayah kerana ada unsur rasuah yang tidak terkawal.
Apakah benar negara kita negara selamat? Ini persoalan yang sangat penting yang sehingga hari ini tidak ada pihak yang dapat diyakini yang kita semua berada dalam sebuah negara yang boleh di kategorikan sebagai negara yang aman..
Sanjeevan dikatakan menjadi mangsa penjenayah apabila beliau memberi isyarat yang beliau akan membongkar sindiket kegiatan dadah yang mungkin melibatkan pihak Polis. Jika ianya benar tidak sepatutnya Menteri bertanggungjawab awal-awal lagi menafikan yang pihak Polis terlibat dengan kejadian ini. Elok di lakukan penyiasatan dahulu.
Pembunuhan keatas Timbalan Ketua Pengarah Kastam diRaja Malaysia dahulu juga disyaki ada kaitan dengan tugas beliau sebagai seorang penguatkuasa kerajaan yang tinggi dengan kuasa yang tinggi berada ditangan beliau. Jika kita lihat dan pandang betul-betul mereka yang menjadi mangsa pembunuhan atau cubaan membunuh itu melibatkan orang yang berada dalam jabatan dan tugasan yang melibatkan perniagaan.
Selain dari itu dimana-mana berlaku jenayah yang menakutkan rakyat negara ini. Beberapa minggu yang lepas tidak jauh dari rumah saya berlaku usaha untuk membunuh seorang Dr dimana sekumpulan yang bersenjatakan parang telah menetak Dr Pakar Wanita itu sehingga putus empat jarinya serta hampir memutuskan lengannya.
Kalau disenaraikan perlakuan jenayah seperti ini ia amat menakutkan kerana terlalu banyak jenayah yang melibatkan nyawa manusia berlaku seperti ia perkara biasa sahaja. Kita hanya mendengar pembunuhan-pembunuhan seperti ini hanya berlaku di Columbia dan beberapa negara di Selatan Amerika sahaja. Saya percaya lebih ramai lagi manusia mati dibunuh penjenayah dari kematian anggota tentera yang berperang dengan musuh negara dihutan belantara dan persempadanan negara.
Setiap waktu dan masa kita membaca yang pembunuhan berlaku dimana-mana. Banyak diantara pembunuhan ini berlaku yang berkaitan dengan perniagaan dan wang ringgit. Itu jenayah kolar biru. Bagaimana pula dengan jenayah kolar putih?
Mendengar pemimpin itu rasuah disana sini sudah menjadi pendengaran yang biasa. Itu pun jenayah yang tidak kurang bahayanya dari jenayah pembunuhan nyawa manusia. Jenayah berkolar putih ini amat merbahaya kepada rakyat negara dan jika ini tidak dapat dikawal ia akan menjadikan negara kita tidak aman lagi. Rasuah yang tidak henti-henti dilakukan ini akan membawa banyak mudaratnya kepada rakyat dan negara, kerana jenayah berkolar putih ini berlaku dalam skala yang besar dan akhirnya ia pernah melibatkan pembunuhan kepada manusia yang melakukan jenayah rasuah ini.
Jenayah-jenayah tidak kira ia berkolar putih atau berkolar biru adalah sama. Tidak ada bezanya penjenayah seperti Botak Chin dahulu dengan perasuah dan peragut harta awam yang banyak itu. Kita perlu menganggap sesiapa yang melakukan rasuah itu sebagai peragut atau penyamun  dan perompak itu sama sahaja tarafnya dengan Botak Chin yang sangat terkenal dengan keganasannya merompak diakhir tujuh puluhan dahulu.
Semuanya ini melibatkan keselamatan awam. Malangnya kita tidak mahu memberikan pengiktirafan yang penyamun dan perompak kolar putih itu sama kategorinya dengan penyamun berkolar biru itu.
Jika benar percubaan pembunuhan terhadap Sanjeevan ini adalah kerana ada pihak yang tidak senang dengan tindakannya untuk membongkar sindiket dadah yang melibatkan pihak Polis ia adalah satu kejadian yang sangat menakutkan rakyat ramai. Yang mengesaki tentang penglibatan Polis dalam isu ini adalah bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan sendiri dan ini bukan perkara yang mudah untuk diselesaikan jika apa yang beliau syaki itu adalah benar.
Ramai merasakan kehidupan mereka tidak lagi aman dan tenteram kerana kita telah mendengar yang pihak yang sepatutnya melindungi orang ramai sendiri sudah dipersoalkan kejujuran mereka memikul tanggungjawab melindungi rakyat itu. Jika Polis tidak boleh dipercayai, Mahkamah tidak boleh diyakini serta pemimpin pula tidak boleh berlaku adil dan bersih ia amat menakutkan rakyat. Jika yang ditugaskan melindungi negara itu sendiri terlibat dengan jenayah yang mereka patut mencegahnya, maka tiada lagilah rakyat yang dahagakan keamanan itu tempat untuk berlindung.
Jika semuanya terlibat maka tidak akan ada pihak yang boleh melakukan apa-apa untuk menjaga kesejahteraan negara. Jika kita mengakui perkara-perkara yang berlaku ini melibatkan pihak penguat kuasa undang-undang, maka kita sekarang seolah-olah berada dalam sebuah negara yang tidak aman keseluruhannya.
Kadangkala ada kecederungan untuk mempercayai yang negara kita seolah-olah berada di dalam darurat. Darurat dari pemikiran dan darurat dalam segala-galanya. Harta benda rakyat tidak selamat, kesejahteraan rakyat tidak terjamin dan keselamatan negara sendiri pun belum pasti dapat dilindungi.
Jika semua pihak lebih mementingkan kedudukan dan kekayaan diri dan keluarga sendiri maka tidaklah lagi sempurna kehidupan dalam sebuah negara yang dikatakan sudah merdeka dan aman damai ini.
Lebih teruk lagi ada kumpulan yang hanya mementingkan bangsa dan warna kulitnya sendiri sahaja dengan menyanyikan lagu lama yang mengelirukan orang ramai. Tajuk lagu yang saya maksudkan itu ialah ‘multiracialism’.
Sampai bila kita tidak akan aman…

Tiada ulasan: