Sabtu, 27 Julai 2013

JANGAN KITA BUAT PERKARA2 YANG ALLAH SWT LARANG...KITA JANGAN CABAR KEKUASAAN ALLAH SWT

Akibat Mabuk Makan Mercun Sehingga Terburai Mulut

by Hasnul Hadi Ahmad on November 13, 2011

Seorang pemuda yang terlampau mabuk akibat minum Arak berlebihan telah membuat keputusan untuk menyalakan mercun dan memakannya, selepas itu mercun tersebut meletup didalam mulutnya, letupan tersebut mengakibatkan sehingga terburai mulutnya.
“Oleh disebabkan itulah Islam melarang umatnya meminum Arak”.
Makan Mercun Sehingga Terburai Mulut (Gambar)
Pengharaman Arak
ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda:
“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit” (riwayat Muslim).
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)
Allah SWT Melaknat Sepuluh Golongan Yang Terlibat Dengan Arak
” Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1. orang yang memerah arak
2. orang yang diminta arak diperah untuknya
3. orang yang meminumnya
4. orang yang membawanya
5. orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. orang yang menjual arak
8. orang yang mendapat hasil daripada arak
9. orang yang membeli arak
10. orang yang meminta dibelikan arak untuknya “
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Huraian Hadith
i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat
Arak Merosakkan Akal Manusia
Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith
1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)
Azab Bagi Golongan Yang Terlibat Dengan Arak
Diantara hadith-hadith mengenai azab peminum arak:
Didalam Hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul khabal” mereka bertanya : “ wahai Rasulullah, apakah Thinatil khabal itu ? beliau menjawab : keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka”.
(HR Muslim)
Ibnu Abbas meriwayatkan,Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa meninggal (Mati) sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala” (HR Ath Thabrani, 12/45, Shahihul Jami’ : 6525)
Rasulullah SAW bersabda;
“Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, niscaya Allah Ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah.Yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur.”
(HR.Imam Ahmad)
Wallahu’alam….
Oleh:  HasnulHadiAhmad.Com

Akibat Berzina

by Hasnul Hadi Ahmad on January 14, 2012
ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.
19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.
Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.
Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.
2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
Bertaubat
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)
“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)
Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
Wallahu’alam….

Rahsia Besar Di Sebalik Hukum Sebat Penzina

by Hasnul Hadi Ahmad on February 15, 2012
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(Surah An-Nur: 2)
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT SAINTIFIK
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Imuniti Dan Hikmah Pelaksanaan Hukum Sebat Keatas Penzina (Hukum Hudud)
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak melaksanakan hukum yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT ISLAM
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
Pandangan Ulama’ Tafsir
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”
Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”
Maka dirikanlah hukum Allah ini keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hukum Allah ini secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:
“Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran”.
Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
Hukuman Bagi Mereka Yang Melakukan Penzinaan
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini. – Dr. Jamnul Azhar
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” – Surat Al-’Isrā’: 32
Wallahualam….
hasnulhadiahmad.com

Pramugari Koma Di Tanah Suci

by Hasnul Hadi Ahmad on January 27, 2012

Kisah benar ini telah diceritakan oleh seorang pengurus jemaah haji dan umrah, ketika peristiwa itu umur beliau dalam lingkungan 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kebetulan ketika itu beliau balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Beliau menetap di Mekah sejak 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarganya semua menetap di Mekah, kecuali beliau seorang saja yang mana sebelum ini tinggal dengan neneknya di Perak. Walaupun di usia yang muda ketika itu, beliau ditugaskan oleh bapanya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan beliau adalah anak sulung dalam keluarganya.
Sama-samalah kita hayati kisah ini untuk renungan bersama.
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tetapi tanpa sebarang sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa Puan menangis?”
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, “Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang puan pergi haji ini?”
“Yalah…saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
“Ustaz…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
“Betul ke puan?” tanya saya, terkejut.
“Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik.”
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
“Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.”
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Ustaz…saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar. Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tidak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri sahaja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tetapi…saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat… saya taubat Nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Puan…yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.”
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Ustaz. Saya takut…saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat.” Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa.”
“Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah…”
“Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya. Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…” Itu dah terlambat.
Firman Allah yang bermaksud:
“Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” (Asy-Syuura 42:18)
Wallahu’alam….

Kisah Jenazah Seorang Pelacur

by Hasnul Hadi Ahmad on September 15, 2012
Gambar Ular Terkam Mayat
“DIAlah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang kembali kepada ALLAH”  (Surah al-Mukmin, ayat 13.)
Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.
“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.

Meracun Diri Tanpa Disedari

by Hasnul Hadi Ahmad on April 23, 2012

Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.
Dari manakah arsenik yang datang?
Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.
Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.
Profesor itu berkata: ‘simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!’
Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?
Profesor itu menjelaskan: ‘arsenik dihasilkan dalam perut si mati.’ Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.
Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama makan udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ‘, itulah yang mendatangkan masalah!
Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.
Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.
Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.
Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C ‘.
Wallahu’alam….
Kiriman: Jauza

Tiada ulasan: