Jangan buang botol racun dalam saliran - SAM
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa kesal sikap pesawah di Kedah yang membuang bekas racun termasuk beg baja ke dalam saliran dan sungai-sungai di kawasan sawah di negeri itu.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, tindakan tersebut bukan saja mencemarkan sistem saliran dan sumber air di situ malah turut mengancam pembiakan ikan air tawar di kawasan berkenaan.
“Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati terdapat banyak botol-botol racun dan beg plastik baja terapung di permukaan air di beberapa saliran dan sungai di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) serta luar Mada,” ujarnya dalam satu kenyataan. (Gambar atas)
Katanya, selain jenama racun keluaran tempatan terdapat juga racun yang diharamkan penggunaannya di negara ini digunakan oleh para pesawah terbabit.
Menurutnya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan penggunaan racun di kalangan pesawah di kawasan Mada dan luar Mada di negeri itu begitu aktif dan ketara berikutan berlakunya ancaman makhluk perosak yang serius seperti tikus, siput gondang dan juga pembiakan rumput sambau.
Keadaan itu, ujarnya amat membimbangkan SAM kerana amalan tersebut gagal dikawal dengan berkesan oleh pihak berkenaan.
Menurut beliau, masalah pencemaran air di kawasan sawah di situ menjadi lebih serius apabila terdapat juga pihak yang menggunakan bahan toksik itu bagi membunuh rumpai untuk membersihkan saliran dan sungai di negeri itu.
Katanya, sisa rumput yang mati mendap menyebabkan saliran dan sungai menjadi cetek, manakala tebingnya pula runtuh dan mengalami hakisan.
Keadaan itu, katanya lama kelamaan boleh mencetuskan ancaman banjir.
Sehubungan itu, katanya SAM menggesa pihak Mada, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengawal masalah itu dari berterusan.
“SAM percaya jika keadaan ini dibiarkan bukan saja alam sekitar akan terjejas dengan lebih teruk lagi pada masa akan datang tetapi juga kesihatan pesawah akan terancam, ikan air tawar yang menjadi sumber pendapatan dan sumber protein penduduk luar bandar akan pupus serta ancaman banjir yang lebih buruk mungkin berlaku,” katanya lagi.
Salam Idulfitri 1434H
Maaf Zahir Batin, | 29 Jul 2013 |
Makluman: Harakahdaily
memberi peluang kepada warga Malaysia yang menuntut, bertugas dan
menetap di luar negara untuk menyampaikan ucapan sempena Ramadhan dan
Idulfitri 1434H kepada kaum keluarga dan sahabat handai di negara ini.
Foto beserta nama, alamat dan ucapan boleh dihantar ke e-mel
editorharakahdaily@gmail.com.
Assalamualaikum
Selamat hari raya aidilftri, maaf zahir dan batin kami ucapkan kepada semua sanak saudara dan handai taulan yang berada di Johor dan Pahang, jangan dilupa kepada kami yang berada di perantauan. demi tugas kami terpaksa beraya di perantauan....
Dari kami: Khaidir Hashim dan Azharrudin Othman, Daewoo Shipyard And Marine Engineering, Geoje Island, Korea.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin diucapkan kepada suami tercinta, Dr Momen Zaky ElSayed Elsherbiny, Abah, Mama, Tok Ayah, adik-adik, sanak-saudara yang dikasihi serta sahabat handai di Machang, Kelantan serta di seluruh Malaysia. Doakan kejayaan Anis di sini - insha Allah. Semoga Ramadan dan Aidilfitri kali ini diberkati oleh Allah swt. King's College Dental Institute, London
Assalamualaikum, saya, Balqis Che An, pelajar sarjana Medical Genetics dari University of Glasgow Scotland UK ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri buat ayahanda dan bonda tercinta (Che An bin Taharim dan Manida Dade), abg Hadi, kak Oni, Enah, Amar, Alia dan Adilaa yang berada di Ipoh, Perak, sanak saudara serta sahabat handai yang mengenali diri saya. Tidak lupa juga kepada bekas guru dan pensyarah di UIA Kuantan Pahang, UIA Matric, Sek.Men.Al-Hidayah, dan Sek.Ren.Al-Hidayah Ipoh. Maaf zahir dan batin.
Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga kami yang berada di Terengganu, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali kami sekeluarga, Maaf Zahir dan Batin. Daripada kami sekeluarga, Brisbane, Australia. (Tengku Syaaree, Umi Syafinaz & Tengku Nurin Damia)
Buat seluruh keluarga kami di kampung halaman serta seluruh warga UiTM. Tidak lupa buat sahabat handai yang mengenali kami. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin atas kesalahan lalu. Doakan kesejahteraan dan kejayaan kami di perantau ini. Daripada Abdul Hadi Abdul Razak (Victoria University, Melbourne), Mazurina Mohd Ali (RMIT, Melbourne), Nur Alia Alia Irdina, Nur Afia Insyira, Ahmad Arif Irfan dan Ahmad Alif Ilhan.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada keluarga saya di Taman Permata (mama, abah, aiman, adi, afi dan kak ida), sanak saudara saya, guru guru yang telah mengajar saya serta rakan rakan. Minta halal makan minum dan hutang piutang. Minta ampun salah dan silap. Selamat Hari Raya !
Daripada: Nur Aliah Fatin Mohd Nizam Ong (Third Year Chemical Engineering University of New South Wales, Australia)
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan menyelesaikan segera
krisis bekalan minyak diesel di beberapa negeri berikutan banyak aduan
daripada pengguna jalan raya bahawa bekalan minyak diesel habis di
stesen-stesen minyak.
“Keadaan ini sudah berlarutan beberapa hari lamanya dan ia menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya pemandu-pemandu lori,” ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.
Lebih dari itu, ujarnya krisis bekalan minyak diesel bukan hanya berlaku di Semenanjung, malah ia juga berlaku di Sabah dan Sarawak.
Jika ini berlarutan, kata beliau ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi ketika negara berada di ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Katanya, apa yang dibimbangkan adalah harga-harga barang terutama makanan akan meningkat mendadak atas faktor tersebut.
“DPPM merasa kesal kerana kerajaan khususnya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak menyelesaikan permasalahan ini dengan segera,” katanya.
Sehingga hari ini, katanya tiada kenyataan rasmi dibuat ataupun tindakan diambil bagi memastikan masalah itu diselesaikan.
“Apakah kerajaan tidak prihatin dengan penderitaan dan kesusahan rakyat berhadapan dengan kemelut ini?” tanya beliau.
Justeru, beliau mempersoalkan di mana slogan ‘rakyat didahulukan’ apabila kerajaan masih diam membisu membiarkan kekalutan ini berlaku di banyak tempat?
Katanya, apa yang diketahui krisis diesel tidak meruncing di peringkat antarabangsa, justeru sepatutnya ia tidak menjadi suatu masalah kepada negara membekalkannya mengikut keperluan pasaran semasa.
“Apakah krisis ini dicipta dengan usaha terancang bagi memberi laluan agar harga diesel dinaikkan terutama di musim-musim perayaan seperti ini?
“Mungkinkah harga diesel akan dinaikkan dalam masa terdekat?” tanya beliau lagi.
Justeru, kata beliau DPPM mendesak suatu penjelasan diberikan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung isu ini.
Katanya lagi, kerajaan perlu proaktif dengan melihat senario yang berlaku, dan sebelum krisis ini menjadi parah, seharusnya kerajaan bertindak cepat bagi menyelesaikannya.
“DPPM sendiri akan menjadi pemantau dalam isu ini bagi memastikan kerajaan benar-benar serius mengambil tindakan bagi menyelesaikan kekurangan diesel dalam masa segera,” katanya.
Dengan mandat baharu melalui PRU ke 13 daripada rakyat, ujar beliau inilah masanya kerajaan berkorban dan berbakti kepada rakyat sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Menurutnya, hanya kerajaan yang amanah, prihatin, cekap mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dengan tangkas.
Rakyat juga, ujar beliau tidak mahu menerima alasan harga diesel dinaikkan walau apa keadaan sekalipun.
Pendahuluan:
Nuzul al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan al-Qur’an). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan al-Quran.
Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.
Nuzul al-Qur’an bermaksud penurunan al-Qur’an. Ia terbahagi kepada dua tahap utama:
Pertama: Nuzul al-Qur’an dari Lauh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus.
Kedua: Nuzul al-Qur’an dari Bait al-Izzah di langit dunia kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Berhubung isu Nuzul Al-Qur’an yang dibincangkan ini, apakah maksud penurunan (Nuzul)? adakah ia bermaksud Nuzul Al-Qur’an pada tahap pertama atau pada tahap kedua?
Jika kita mengumpulkan pendapat para ulama Islam dalam isu ini kita akan memperolehi pelbagai pendapat dan huraian.
Pendapat Pertama:
Pendapat yang agak masyhur memilih tanggal 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul al-Qur’an. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama sirah. Antara ulama sirah yang kuat berpegang kepada pendapat ini ialah Syaikh al-Khudhari dalam karyanya; Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah. Pendapat ini merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan) wahyu kepada Rasulullah SAW bermula pada hari Isnin, 17 Ramadhan (dan dikatakan pada 24 Ramadhan). Riwayat ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, maksudnya:
Al-Waqidi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Ja’far al-Baqir bahawa dia berkata: Permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan, dan dikatakan juga pada 24 Ramadhan.
Ada suatu hal yang agak menarik dalam kita membincangkan pendapat yang menyatakan 17 Ramadhan sebagai tanggal Nuzul Al-Qur’an. Setelah saya meneliti kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” (Bermulanya Penurunan Al-Qur’an), terdapat semacam satu kekeliruan apabila Ibn Hisyam ada membuat catatan berikut, maksudnya:
Ibn Ishaq berkata: Rasulullah SAW mula diturunkan wahyu kepadanya pada bulan Ramadhan. Allah Azza Wajalla berfirman (maksudnya): Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Qur’an sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan kepada petunjuk itu, juga sebagai pembeza (antara yang haq dan yang batil). Dan Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam al-Qadr …Dan Allah berfirman maksudnya: Sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, hari pertembungan dua kumpulan… Itulah (yang dimaksudkan) pertemuan (peperangan) Rasulullah SAW dengan golongan musyrikin di Badr. Berkata Ibn Ishaq: Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bertemu (memerangi) golongan musyrikin pada hari Juma’at, pagi 17 Ramadhan.
Jika diperhatikan dan dihalusi, kenyataan di atas semacam mengaitkan elemen ‘al-furqan’ yang terdapat dalam al-Qur’an (pada ayat 185, Surah al-Baqarah) dengan ‘yaum al-furqan’ (hari al-Furqan, pada ayat 41, Surah al-Anfal) yang merujuk kepada hari Peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadhan. Oleh sebab perkara ini disebut di bawah tajuk “Ibtida’ Tanzil al-Qur’an”, berkemungkinan ada pihak yang memahami bahawa Nuzul Al-Qur’an juga berlaku pada tarikh yang sama.
Pendapat Kedua: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 7 Ramadhan.
Pendapat Ketiga: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 18 Ramadhan.
Pendapat kedua dan ketiga ini dinyatakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab sirahnya.
Pendapat Keempat:
Syaikh Safiyy al-Rahman sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama lain. Menurut beliau, Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 21 Ramadhan. Antara alasan yang dikemukakan seperti berikut:
1.Semua ulama sirah atau majoriti kalangan mereka sepakat mengatakan bahawa Nabi SAW dibangkitkan pada hari Isnin berdasarkan hadis Abu Qatadah RA dalam Sahih Muslim dan lain-lain.
2.Hari Isnin pada tahun Nabi SAW dibangkitkan jatuh sama ada pada hari 7 Ramadhan, 14 Ramadhan, 21 Ramadhan dan 28 Ramadhan. Hadis yang sahih ada menyebut bahawa malam al-Qadr tidak berlaku melainkan pada malam-malam ganjil, sepuluh malam terakhir Ramadhan.
3.Setelah dibuat perbandingan antara firman Allah dalam ayat 1 Surah Al-Qadr dan riwayat Abu Qatadah tentang penentuan hari Isnin sebagai hari Nabi SAW dibangkitkan serta dipadankan dengan perhitungan taqwim yang tepat bilakah sebenarnya jatuh hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kebangkitan Nabi SAW, jelaslah bahawa baginda dibangkitkan pada malam 21 Ramadhan.
Pendapat Kelima:
Pendapat seterusnya, Nuzul al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadis berikut, maksud:
Berkata Imam Ahmad: Abu Sa’id Maula Bani Hashim memberitakan kepada saya, katanya: ‘Imran Abu al-‘Awwam memberitakan daripada Qatadah daripada Abi al-Malih daripada Wathilah bin Al-Asqa’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Suhuf Nabi Ibrahim AS diturunkan pada malam pertama Ramadhan, Taurat pula diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan. Dan Allah menurunkan al-Furqan (Al-Qur’an) pada 24 Ramadhan.
Hadis di atas dihukumkan hasan oleh Syaikh al-Albani, manakala Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadis ini sebagai sahih.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, hadis di atas bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 185 dan firman-Nya Surah al-Qadr ayat 1.
Kata beliau, berkemungkinan Lailah al-Qadr berlaku pada tahun kebangkitan Nabi SAW pada malam tanggal 24 Ramadhan yakni al-Qur’an diturunkan secara sekaligus ke langit dunia dan pada masa yang sama (24 Ramadhan) wahyu pertama diturunkan, iaitu surah Iqra:
Al-Tabari juga ada menyebut satu riwayat dengan sanadnya menerusi Sa’id Bin Jubair daripada Ibn Abbas RA katanya: Al-Qur’an diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ia ditempatkan di Bait al-‘Izzah.
Al-Qurtubi pula menyebut hadith Wathilah bin al-Asqa’ di atas dan menyatakan bahawa hadis tersebut merupakan dalil atau hujah terhadap pendapat Hasan al-Basri yang menegaskan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.
Al-Hafiz Ibn Kathir juga ada membawa hadis Wathilah ini dalam mentafsirkan maksud ayat 185, Surah al-Baqarah, kemudian beliau menyatakan bahawa Ibn Mardawaih ada meriwayatkan hadis daripada Jabir Bin ‘Abdullah RA seumpama hadith Wathilah dengan sedikit perbezaan pada matan hadith berkenaan.] Beliau juga ada menyebut hadis ini dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan menyatakan bahawa berdasarkan hadis Wathilah ini, sebahagian ulama dari kalangan para sahabat dan tabi’in berpendapat bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.
Turut menyebut hadis Wathilah ,Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di mana beliau mengambil hadis ini bagi menjelaskan Nuzul al-Qur’an berlaku pada tanggal 24 bulan Ramadhan.
Kesimpulan yang dapat dibuat setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas berhubung tanggal Nuzul Al-Qur’an seperti berikut:
1.Pendapat yang menyebut Nuzul al-Qur’an jatuh pada 17 Ramadhan bersandarkan riwayat al-Waqidi. Menurut ulama al-Jarh wa al-Ta’dil, al-Waqidi (m. 207 H), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami seorang perawi yang sangat lemah (matruk) dan tidak diterima riwayatnya. Pendapat ini juga ditolak oleh Syaikh al-Zarqani kerana ia bercanggah dengan pendapat yang masyhur lagi sahih.
2.Pendapat Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri yang menyatakan Nuzul al-Qur’an jatuh pada tanggal 21 Ramadhan merupakan cetusan ijtihad beliau semata-mata berdasarkan penelitian beliau terhadap hadis Abu Qatadah dan perkiraan taqwim yang dipegangi beliau dengan mengambil kira malam ganjil untuk Malam al-Qadr. Malam al-Qadr boleh berlaku pada malam-malam genap dan juga boleh berlaku pada malam-malam ganjil di 10 hari terakhir Ramadhan.
3.Pendapat yang menyebut bahawa Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan adalah kuat. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i.Pendapat ini bersandarkan hadis marfu’ yang sahih dan diperakui oleh tokoh-tokoh dalam bidang hadis. Sebagaimana yang termaklum, apa jua permasalahan dalam Agama Islam perlu dirujuk kepada nas al-Qur’an dan hadis. Dalam hal ini, hadis Wathilah Bin al-Asqa’ adalah rujukan utama dalam menentukan bilakah berlakunya Nuzul al-Qur’an.
ii. Matan hadis dengan jelas menyebut bahawa al-Qur’an diturunkan pada 24 Ramadhan.
iii.Maksud atau mafhum hadis diterima pakai oleh ulama muktabar dari kalangan ahli hadis dan para mufassirin dan dijadikan hujah bagi menetapkan tanggal 24 Ramadhan sebagai tarikh tepat bagi Nuzul al-Qur’an. Rujuk kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Qurtubi dan al-Hafiz Ibn Kathir.
Penutup:
Kepelbagaian pandangan para ulama dalam membincangkan tarikh Nuzul al-Quran membuktikan keprihatinan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap al-Qur’an al-Karim. Setiap pendapat ada sandaran hujah yang dipegangi. Ruang untuk perbincangan masih terbuka asalkan hati bertekad mencari kebenaran. Dan perbezaan pendapat dalam hal sebegini janganlah sampai membawa kepada pertelingkahan yang boleh meruntuhkan ummah.
* Maqalah ini telah diedit semula oleh penulis (Dr Abu Zaid) pada bulan Ramadhan 1432H
http://abuanasmadani.blogspot.com
PETALING JAYA:
Keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat atas alasan teknikal
disifatkan sebagai tidak munasabah.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak masuk akal hakim-hakim menggunakan alasan teknikal dan menolak fakta kes yang dikemukakan.
"Hakim tolak atas alasan teknikal yang kecil. Contoh petisyen yang kita kemukakan di Machang dan Selising ditolak kerana tidak difailkan oleh orang yang tidak terlibat.
"Alasan ini paling tidak munasabah kerana mana-mana kes pun peguam yang failkan kes. Fakta-fakta yang kita kemukakan terus diabaikan, sepatutnya beri ruang untu dibicarakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, hari ini.
Beliau juga berkata, alasan tersebut hanyalah untuk menggagalkan usaha Pakatan memfailkan petisyen bagi membantah keputusan PRU13.
"Ini hanya muslihat untuk menggagalkan usaha Pakatan kemukakan petisyen," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.
Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Kedua-duanya yang kalah kepada calon BN dalam pilihan raya umum lalu, diperintah membayar kos iaitu Abdul Halim RM10,000 dan Muhammad Baktiar RM30,000 kepada lawan mereka, pegawai pengurus piihan raya dan SPR.
Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Manakala lawan calon PKR bagi Parlimen Batu, Tian Chua, calon dari BN Dr Dominic Lau, yang ditolak petisyennya, diperintahkan membayar RM50,000 kepada Tian, selepas peguam calon PKR bertegas mengenainya dalam prosiding mahkamah.
SHAH ALAM:
Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu melakukan bantahan
secara agresif berhubung kenaikan harga barang sehingga kerajaan BN
terpaksa tunduk dengan tekanan rakyat, tegas AJK PAS Pusat, Mazlan
Aliman.
Menurut beliau, pimpinan politik dan NGO tidak boleh lagi menyalurkan bantahan melalui kenyataan media sebab kerajaan BN sudah lali dan mereka tidak akan melayan langsung bantahan tersebut.
"Cara agresif saja yang sesuai mengajar kerajaan BN yang pekak. Mungkin boleh diambil tindakan mahkamah, kita boleh saman kerajaan kerana menaikkan harga barangan sesuka hati selepas pilihan raya umum," katanya.
Beliau mengambil contoh tindakan rakyat di Taiwan yang berani membuat bantahan agresif sehingga kerajaan terpaksa tunduk dengan tekanan rakyat.
Sepatutnya kata beliau, rakyat di Malaysia sudah boleh melakukan bantahan secara agresif sebab kerajaan BN selama ini tidak mendengar keluahan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barang.
Ekoran ketiadaan minyak diesel di beberapa negeri katanya, bila tidak ada bekalan di pasaran persepsi masyarakat mengatakan harga bekalan akan naik.
Sudah tentu tambah beliau ada sandiwara antara pihak kerajaan BN dengan pembekal dan waktu yang paling sesuai untuk naikkan harga barang menjelang perayaan.
"Nak naikkan sebelum pilihan raya, BN berdepan dengan risiko bantahan rakyat melalui undi. Sebab itu bila kenaikan harga barang dilakukan lepas pilihan raya, BN akan pekak bedak dengan apa sahaja protes rakyat sebab mereka sudah dapat mandat lima tahun memerintah," tegasnya.
Beliau berkata, apabila negara menghadapi masalah ekonomi maka rakyat yang terpaksa menanggung segala bebanan.
"Kenapa pimpinan BN tidak mencontohi negara Eropah, Taiwan, Amerika yang tidak bergantung dengan cukai daripada rakyat untuk memulihkan ekonomi negara," tegasnya.
Tambah beliau mana pakar-pakar ekonomi kenapa tidak gunakan kepakaran mereka untuk memulihkan ekonomi negara bukan dengan menekan kehidupan rakyat.
Beliau menegaskan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan BN merupakan pendekatan yang terlalu mundur dan kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang jauh lebih baik daripada kerajaan Pusat.
"Contoh, Selangor mampu memberi bonus sebulan kepada penjawat awam berbanding kerajaan Pusat hanya RM500 sahaja. Jika kita perintah negeri boleh berjaya daripada Pusat ini membuktikan kelemahan pimpinan BN yang tidak mampu memimpin negara," tegasnya.
Assalamualaikum
Selamat hari raya aidilftri, maaf zahir dan batin kami ucapkan kepada semua sanak saudara dan handai taulan yang berada di Johor dan Pahang, jangan dilupa kepada kami yang berada di perantauan. demi tugas kami terpaksa beraya di perantauan....
Dari kami: Khaidir Hashim dan Azharrudin Othman, Daewoo Shipyard And Marine Engineering, Geoje Island, Korea.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin diucapkan kepada suami tercinta, Dr Momen Zaky ElSayed Elsherbiny, Abah, Mama, Tok Ayah, adik-adik, sanak-saudara yang dikasihi serta sahabat handai di Machang, Kelantan serta di seluruh Malaysia. Doakan kejayaan Anis di sini - insha Allah. Semoga Ramadan dan Aidilfitri kali ini diberkati oleh Allah swt. King's College Dental Institute, London
Assalamualaikum, saya, Balqis Che An, pelajar sarjana Medical Genetics dari University of Glasgow Scotland UK ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri buat ayahanda dan bonda tercinta (Che An bin Taharim dan Manida Dade), abg Hadi, kak Oni, Enah, Amar, Alia dan Adilaa yang berada di Ipoh, Perak, sanak saudara serta sahabat handai yang mengenali diri saya. Tidak lupa juga kepada bekas guru dan pensyarah di UIA Kuantan Pahang, UIA Matric, Sek.Men.Al-Hidayah, dan Sek.Ren.Al-Hidayah Ipoh. Maaf zahir dan batin.
Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga kami yang berada di Terengganu, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali kami sekeluarga, Maaf Zahir dan Batin. Daripada kami sekeluarga, Brisbane, Australia. (Tengku Syaaree, Umi Syafinaz & Tengku Nurin Damia)
Buat seluruh keluarga kami di kampung halaman serta seluruh warga UiTM. Tidak lupa buat sahabat handai yang mengenali kami. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin atas kesalahan lalu. Doakan kesejahteraan dan kejayaan kami di perantau ini. Daripada Abdul Hadi Abdul Razak (Victoria University, Melbourne), Mazurina Mohd Ali (RMIT, Melbourne), Nur Alia Alia Irdina, Nur Afia Insyira, Ahmad Arif Irfan dan Ahmad Alif Ilhan.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada keluarga saya di Taman Permata (mama, abah, aiman, adi, afi dan kak ida), sanak saudara saya, guru guru yang telah mengajar saya serta rakan rakan. Minta halal makan minum dan hutang piutang. Minta ampun salah dan silap. Selamat Hari Raya !
Daripada: Nur Aliah Fatin Mohd Nizam Ong (Third Year Chemical Engineering University of New South Wales, Australia)
Adakah diesel habis dirancang untuk naik harga?
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
“Keadaan ini sudah berlarutan beberapa hari lamanya dan ia menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya pemandu-pemandu lori,” ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.
Lebih dari itu, ujarnya krisis bekalan minyak diesel bukan hanya berlaku di Semenanjung, malah ia juga berlaku di Sabah dan Sarawak.
Jika ini berlarutan, kata beliau ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi ketika negara berada di ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Katanya, apa yang dibimbangkan adalah harga-harga barang terutama makanan akan meningkat mendadak atas faktor tersebut.
“DPPM merasa kesal kerana kerajaan khususnya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak menyelesaikan permasalahan ini dengan segera,” katanya.
Sehingga hari ini, katanya tiada kenyataan rasmi dibuat ataupun tindakan diambil bagi memastikan masalah itu diselesaikan.
“Apakah kerajaan tidak prihatin dengan penderitaan dan kesusahan rakyat berhadapan dengan kemelut ini?” tanya beliau.
Justeru, beliau mempersoalkan di mana slogan ‘rakyat didahulukan’ apabila kerajaan masih diam membisu membiarkan kekalutan ini berlaku di banyak tempat?
Katanya, apa yang diketahui krisis diesel tidak meruncing di peringkat antarabangsa, justeru sepatutnya ia tidak menjadi suatu masalah kepada negara membekalkannya mengikut keperluan pasaran semasa.
“Apakah krisis ini dicipta dengan usaha terancang bagi memberi laluan agar harga diesel dinaikkan terutama di musim-musim perayaan seperti ini?
“Mungkinkah harga diesel akan dinaikkan dalam masa terdekat?” tanya beliau lagi.
Justeru, kata beliau DPPM mendesak suatu penjelasan diberikan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung isu ini.
Katanya lagi, kerajaan perlu proaktif dengan melihat senario yang berlaku, dan sebelum krisis ini menjadi parah, seharusnya kerajaan bertindak cepat bagi menyelesaikannya.
“DPPM sendiri akan menjadi pemantau dalam isu ini bagi memastikan kerajaan benar-benar serius mengambil tindakan bagi menyelesaikan kekurangan diesel dalam masa segera,” katanya.
Dengan mandat baharu melalui PRU ke 13 daripada rakyat, ujar beliau inilah masanya kerajaan berkorban dan berbakti kepada rakyat sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Menurutnya, hanya kerajaan yang amanah, prihatin, cekap mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dengan tangkas.
Rakyat juga, ujar beliau tidak mahu menerima alasan harga diesel dinaikkan walau apa keadaan sekalipun.
Tarikh nuzul al-Qur’an: Suatu perbincangan
Dr Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari, | 29 Jul 2013 |
Nuzul al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan al-Qur’an). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan al-Quran.
Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.
Nuzul al-Qur’an bermaksud penurunan al-Qur’an. Ia terbahagi kepada dua tahap utama:
Pertama: Nuzul al-Qur’an dari Lauh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus.
Kedua: Nuzul al-Qur’an dari Bait al-Izzah di langit dunia kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Berhubung isu Nuzul Al-Qur’an yang dibincangkan ini, apakah maksud penurunan (Nuzul)? adakah ia bermaksud Nuzul Al-Qur’an pada tahap pertama atau pada tahap kedua?
Jika kita mengumpulkan pendapat para ulama Islam dalam isu ini kita akan memperolehi pelbagai pendapat dan huraian.
Pendapat Pertama:
Pendapat yang agak masyhur memilih tanggal 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul al-Qur’an. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama sirah. Antara ulama sirah yang kuat berpegang kepada pendapat ini ialah Syaikh al-Khudhari dalam karyanya; Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah. Pendapat ini merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan) wahyu kepada Rasulullah SAW bermula pada hari Isnin, 17 Ramadhan (dan dikatakan pada 24 Ramadhan). Riwayat ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, maksudnya:
Al-Waqidi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Ja’far al-Baqir bahawa dia berkata: Permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan, dan dikatakan juga pada 24 Ramadhan.
Ada suatu hal yang agak menarik dalam kita membincangkan pendapat yang menyatakan 17 Ramadhan sebagai tanggal Nuzul Al-Qur’an. Setelah saya meneliti kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” (Bermulanya Penurunan Al-Qur’an), terdapat semacam satu kekeliruan apabila Ibn Hisyam ada membuat catatan berikut, maksudnya:
Ibn Ishaq berkata: Rasulullah SAW mula diturunkan wahyu kepadanya pada bulan Ramadhan. Allah Azza Wajalla berfirman (maksudnya): Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Qur’an sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan kepada petunjuk itu, juga sebagai pembeza (antara yang haq dan yang batil). Dan Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam al-Qadr …Dan Allah berfirman maksudnya: Sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, hari pertembungan dua kumpulan… Itulah (yang dimaksudkan) pertemuan (peperangan) Rasulullah SAW dengan golongan musyrikin di Badr. Berkata Ibn Ishaq: Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bertemu (memerangi) golongan musyrikin pada hari Juma’at, pagi 17 Ramadhan.
Jika diperhatikan dan dihalusi, kenyataan di atas semacam mengaitkan elemen ‘al-furqan’ yang terdapat dalam al-Qur’an (pada ayat 185, Surah al-Baqarah) dengan ‘yaum al-furqan’ (hari al-Furqan, pada ayat 41, Surah al-Anfal) yang merujuk kepada hari Peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadhan. Oleh sebab perkara ini disebut di bawah tajuk “Ibtida’ Tanzil al-Qur’an”, berkemungkinan ada pihak yang memahami bahawa Nuzul Al-Qur’an juga berlaku pada tarikh yang sama.
Pendapat Kedua: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 7 Ramadhan.
Pendapat Ketiga: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 18 Ramadhan.
Pendapat kedua dan ketiga ini dinyatakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab sirahnya.
Pendapat Keempat:
Syaikh Safiyy al-Rahman sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama lain. Menurut beliau, Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 21 Ramadhan. Antara alasan yang dikemukakan seperti berikut:
1.Semua ulama sirah atau majoriti kalangan mereka sepakat mengatakan bahawa Nabi SAW dibangkitkan pada hari Isnin berdasarkan hadis Abu Qatadah RA dalam Sahih Muslim dan lain-lain.
2.Hari Isnin pada tahun Nabi SAW dibangkitkan jatuh sama ada pada hari 7 Ramadhan, 14 Ramadhan, 21 Ramadhan dan 28 Ramadhan. Hadis yang sahih ada menyebut bahawa malam al-Qadr tidak berlaku melainkan pada malam-malam ganjil, sepuluh malam terakhir Ramadhan.
3.Setelah dibuat perbandingan antara firman Allah dalam ayat 1 Surah Al-Qadr dan riwayat Abu Qatadah tentang penentuan hari Isnin sebagai hari Nabi SAW dibangkitkan serta dipadankan dengan perhitungan taqwim yang tepat bilakah sebenarnya jatuh hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kebangkitan Nabi SAW, jelaslah bahawa baginda dibangkitkan pada malam 21 Ramadhan.
Pendapat Kelima:
Pendapat seterusnya, Nuzul al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadis berikut, maksud:
Berkata Imam Ahmad: Abu Sa’id Maula Bani Hashim memberitakan kepada saya, katanya: ‘Imran Abu al-‘Awwam memberitakan daripada Qatadah daripada Abi al-Malih daripada Wathilah bin Al-Asqa’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Suhuf Nabi Ibrahim AS diturunkan pada malam pertama Ramadhan, Taurat pula diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan. Dan Allah menurunkan al-Furqan (Al-Qur’an) pada 24 Ramadhan.
Hadis di atas dihukumkan hasan oleh Syaikh al-Albani, manakala Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadis ini sebagai sahih.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, hadis di atas bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 185 dan firman-Nya Surah al-Qadr ayat 1.
Kata beliau, berkemungkinan Lailah al-Qadr berlaku pada tahun kebangkitan Nabi SAW pada malam tanggal 24 Ramadhan yakni al-Qur’an diturunkan secara sekaligus ke langit dunia dan pada masa yang sama (24 Ramadhan) wahyu pertama diturunkan, iaitu surah Iqra:
Al-Tabari juga ada menyebut satu riwayat dengan sanadnya menerusi Sa’id Bin Jubair daripada Ibn Abbas RA katanya: Al-Qur’an diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ia ditempatkan di Bait al-‘Izzah.
Al-Qurtubi pula menyebut hadith Wathilah bin al-Asqa’ di atas dan menyatakan bahawa hadis tersebut merupakan dalil atau hujah terhadap pendapat Hasan al-Basri yang menegaskan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.
Al-Hafiz Ibn Kathir juga ada membawa hadis Wathilah ini dalam mentafsirkan maksud ayat 185, Surah al-Baqarah, kemudian beliau menyatakan bahawa Ibn Mardawaih ada meriwayatkan hadis daripada Jabir Bin ‘Abdullah RA seumpama hadith Wathilah dengan sedikit perbezaan pada matan hadith berkenaan.] Beliau juga ada menyebut hadis ini dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan menyatakan bahawa berdasarkan hadis Wathilah ini, sebahagian ulama dari kalangan para sahabat dan tabi’in berpendapat bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.
Turut menyebut hadis Wathilah ,Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di mana beliau mengambil hadis ini bagi menjelaskan Nuzul al-Qur’an berlaku pada tanggal 24 bulan Ramadhan.
Kesimpulan yang dapat dibuat setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas berhubung tanggal Nuzul Al-Qur’an seperti berikut:
1.Pendapat yang menyebut Nuzul al-Qur’an jatuh pada 17 Ramadhan bersandarkan riwayat al-Waqidi. Menurut ulama al-Jarh wa al-Ta’dil, al-Waqidi (m. 207 H), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami seorang perawi yang sangat lemah (matruk) dan tidak diterima riwayatnya. Pendapat ini juga ditolak oleh Syaikh al-Zarqani kerana ia bercanggah dengan pendapat yang masyhur lagi sahih.
2.Pendapat Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri yang menyatakan Nuzul al-Qur’an jatuh pada tanggal 21 Ramadhan merupakan cetusan ijtihad beliau semata-mata berdasarkan penelitian beliau terhadap hadis Abu Qatadah dan perkiraan taqwim yang dipegangi beliau dengan mengambil kira malam ganjil untuk Malam al-Qadr. Malam al-Qadr boleh berlaku pada malam-malam genap dan juga boleh berlaku pada malam-malam ganjil di 10 hari terakhir Ramadhan.
3.Pendapat yang menyebut bahawa Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan adalah kuat. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i.Pendapat ini bersandarkan hadis marfu’ yang sahih dan diperakui oleh tokoh-tokoh dalam bidang hadis. Sebagaimana yang termaklum, apa jua permasalahan dalam Agama Islam perlu dirujuk kepada nas al-Qur’an dan hadis. Dalam hal ini, hadis Wathilah Bin al-Asqa’ adalah rujukan utama dalam menentukan bilakah berlakunya Nuzul al-Qur’an.
ii. Matan hadis dengan jelas menyebut bahawa al-Qur’an diturunkan pada 24 Ramadhan.
iii.Maksud atau mafhum hadis diterima pakai oleh ulama muktabar dari kalangan ahli hadis dan para mufassirin dan dijadikan hujah bagi menetapkan tanggal 24 Ramadhan sebagai tarikh tepat bagi Nuzul al-Qur’an. Rujuk kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Qurtubi dan al-Hafiz Ibn Kathir.
Penutup:
Kepelbagaian pandangan para ulama dalam membincangkan tarikh Nuzul al-Quran membuktikan keprihatinan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap al-Qur’an al-Karim. Setiap pendapat ada sandaran hujah yang dipegangi. Ruang untuk perbincangan masih terbuka asalkan hati bertekad mencari kebenaran. Dan perbezaan pendapat dalam hal sebegini janganlah sampai membawa kepada pertelingkahan yang boleh meruntuhkan ummah.
* Maqalah ini telah diedit semula oleh penulis (Dr Abu Zaid) pada bulan Ramadhan 1432H
http://abuanasmadani.blogspot.com
Alasan tolak petisyen PRU tidak munasabah - Anwar
Hazayani Zakaria, | 29 Jul 2013 |
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak masuk akal hakim-hakim menggunakan alasan teknikal dan menolak fakta kes yang dikemukakan.
"Hakim tolak atas alasan teknikal yang kecil. Contoh petisyen yang kita kemukakan di Machang dan Selising ditolak kerana tidak difailkan oleh orang yang tidak terlibat.
"Alasan ini paling tidak munasabah kerana mana-mana kes pun peguam yang failkan kes. Fakta-fakta yang kita kemukakan terus diabaikan, sepatutnya beri ruang untu dibicarakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, hari ini.
Beliau juga berkata, alasan tersebut hanyalah untuk menggagalkan usaha Pakatan memfailkan petisyen bagi membantah keputusan PRU13.
"Ini hanya muslihat untuk menggagalkan usaha Pakatan kemukakan petisyen," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.
Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Kedua-duanya yang kalah kepada calon BN dalam pilihan raya umum lalu, diperintah membayar kos iaitu Abdul Halim RM10,000 dan Muhammad Baktiar RM30,000 kepada lawan mereka, pegawai pengurus piihan raya dan SPR.
Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Manakala lawan calon PKR bagi Parlimen Batu, Tian Chua, calon dari BN Dr Dominic Lau, yang ditolak petisyennya, diperintahkan membayar RM50,000 kepada Tian, selepas peguam calon PKR bertegas mengenainya dalam prosiding mahkamah.
Harga barang: Bantahan agresif ajar kerajaan BN
Saidah Hairan, | 29 Jul 2013 |
Menurut beliau, pimpinan politik dan NGO tidak boleh lagi menyalurkan bantahan melalui kenyataan media sebab kerajaan BN sudah lali dan mereka tidak akan melayan langsung bantahan tersebut.
"Cara agresif saja yang sesuai mengajar kerajaan BN yang pekak. Mungkin boleh diambil tindakan mahkamah, kita boleh saman kerajaan kerana menaikkan harga barangan sesuka hati selepas pilihan raya umum," katanya.
Beliau mengambil contoh tindakan rakyat di Taiwan yang berani membuat bantahan agresif sehingga kerajaan terpaksa tunduk dengan tekanan rakyat.
Sepatutnya kata beliau, rakyat di Malaysia sudah boleh melakukan bantahan secara agresif sebab kerajaan BN selama ini tidak mendengar keluahan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barang.
Ekoran ketiadaan minyak diesel di beberapa negeri katanya, bila tidak ada bekalan di pasaran persepsi masyarakat mengatakan harga bekalan akan naik.
Sudah tentu tambah beliau ada sandiwara antara pihak kerajaan BN dengan pembekal dan waktu yang paling sesuai untuk naikkan harga barang menjelang perayaan.
"Nak naikkan sebelum pilihan raya, BN berdepan dengan risiko bantahan rakyat melalui undi. Sebab itu bila kenaikan harga barang dilakukan lepas pilihan raya, BN akan pekak bedak dengan apa sahaja protes rakyat sebab mereka sudah dapat mandat lima tahun memerintah," tegasnya.
Beliau berkata, apabila negara menghadapi masalah ekonomi maka rakyat yang terpaksa menanggung segala bebanan.
"Kenapa pimpinan BN tidak mencontohi negara Eropah, Taiwan, Amerika yang tidak bergantung dengan cukai daripada rakyat untuk memulihkan ekonomi negara," tegasnya.
Tambah beliau mana pakar-pakar ekonomi kenapa tidak gunakan kepakaran mereka untuk memulihkan ekonomi negara bukan dengan menekan kehidupan rakyat.
Beliau menegaskan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan BN merupakan pendekatan yang terlalu mundur dan kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang jauh lebih baik daripada kerajaan Pusat.
"Contoh, Selangor mampu memberi bonus sebulan kepada penjawat awam berbanding kerajaan Pusat hanya RM500 sahaja. Jika kita perintah negeri boleh berjaya daripada Pusat ini membuktikan kelemahan pimpinan BN yang tidak mampu memimpin negara," tegasnya.
Tiada yang berani, Umno kekalkan status quo - Kadir
Anis Nazri, | 29 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pemilihan Umno kali ini dijangka masih mengekalkan status qou bagi
jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu, biarpun pemilihan kali
ini diuar-uarkan sebagai demokratik dan terbuka, tegas bekas Ketua
Editor NST, Datuk A. Kadir Jasin melalui blognya.
Menurut A. Kadir, disebabkan tiada watak-watak seperti Harun Idris, Sulaiman Palestin dan Hang Tuah Arshad yang pernah menawarkan diri bertanding menentang jawatan itu, pemilihan kali ini dilihat akan berlaku pengekalan status qou terhadap dua jawatan tertinggi parti itu.
"Oleh sebab tidak ada lagi watak-watak seperti Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad dalam Umno, maka kita bolehlah membuat andaian yang menjelang 7 September ini, Mohd Najib Abdul Razak akan 'disahkan' sekali lagi sebagai Presiden Umno dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden," kata beliau.
Mulai tahun ini, pemilihan Umno akan berjalan secara langsung melalui mesyuarat agung peringkat bahagian di seluruh negara. Lebih 150,000 perwakilan mesyuarat setiap bahagian layak mengundi untuk semua jawatan kepimpinan utamanya.
Pelbagai pihak dalam Umno mencadangkan agar jawatan tertinggi parti itu dikekalkan namun sehingga kini Muhyiddin masih belum memberikan kata putusnya.
Tinjauan yang dibuat oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) pula mendapati Muhyidin lebih popular dari Najib dalam Umno.
Isteri beliau pula, Puan Sri Norainee Abdul Rahman jauh lebih popular dari isteri Najib, Datin Sri Rosmah mansor.
Bagi Kadir, dalam tulisannya menyebut ketiga-tiga bekas tokoh Umno, Sulaiman Palesin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad sebagai pejuang dan idealis yang berani menawarkan diri untuk bertanding dan turut mempersoalkan adakah sesiapa dalam Umno seperti ketiga-tiga ini menjelang tarikh tersebut.
Menurut Kadir lagi, Sulaiman Palestin membuat kejutan besar dengan bertanding melawan Pemangku Presiden Umno, Tun Hussein Onn dalam pemilihan tahun 1978 dan berjaya mendapat 250 undi berbanding 898 yang dimenangi Hussien walaupun dianggap calon 'outsider'.
Dua tahun kemudian, pada 1980, giliran Datuk Harun membuat kejutan apabila bertanding dari Penjara Pudu bagi menentang anak saudaranya, Ketua Pemuda Umno ketika itu, Suhaimi Kamaruddin. Turut bertanding adalah ahli perniagaan Hang Tuah yang lulus dari Universiti Nanyang, Singapura.
Persoalannya, adakah bagi pemilihan Umno kali ini, akan ada 'pewaris' ketiga-tiga pejuang ini, sementelah mereka boleh mendaftarkan nama mereka di ibu pejabat Umno negeri masing-masing.
Ia berbeza dengan konsep pemilihan sebelum ini yang mana mereka dicalonkan oleh cawangan dan seterusnya peringkat kawasan, sebelum disahkan layak bertanding dan boleh meneruskan hasrat bertanding atau menolaknya.
Mungkinkah pada pemilihan kali ini juga akan menyaksikan kedua-dua jawatan penting, presiden dan timbalannya akan dicabar oleh mana-mana pihak, selain jawatan naib presiden yang bakal mempunyai banyak persaingan?
Bagi jawatan Naib Presiden, sudah tentu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussien akan mempertahankan jawatan tersebut.
Manakala, bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Azalina Othman sudah awal-awal lagi menyatakan hasratnya untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan kali ini.
Apapun, pemilihan Umno kali ini lebih dinanti-nanti untuk memperlihatkan bagaimana konsep pemilihan yang dikatakan demokratik dan terbuka itu benar-benar demokratik dan terbuka.
KUALA LUMPUR:
PKR menuntut supaya pihak polis meningkatkan kawalan keselamatan
pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan
dipertingkatkan.
Ketua Umumm PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya berkata, PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang dua hari lepas.
Ekoran itu, polis menubuhkan pasukan penyiasat berprofil tinggi bagi menyiasat kes itu. Percubaan Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Kekerapan kes-kes bunuh secara tembakan ala mafia kebelakangan ini yang antara lain menjadikan penjawat awam sebagai mangsa.
Sebelum ini turut mengorbankan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim, yang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya tiga bulan lalu.
"Merujuk kepada kes Sanjeevan, kami difahamkan bahawa beliau sebelum ini turut menerima ancaman pada 11 April 2013 apabila diserang oleh empat lelaki bersenjatakan parang di basemen aras bawah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dan beberapa minggu lalu diekori oleh beberapa lelaki yang mencurigakan di Terminal LCC, Sepang.
"Insiden tembakan yang melibatkan beliau dua hari lalu turut berlaku beberapa jam selepas beliau memuatnaik tulisan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau menerima ugutan tembak dipercayai dari anggota polis," kata Anwar.
PKR tidak menolak bahawa insiden yang menimpa Sanjeevan seperti yang telah dinyatakan oleh mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mungkin memiliki kaitan langsung dengan hasrat beliau untuk mendedahkan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.
Sehubungan dengan itu, PKR menyambut baik tindakan pantas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kes ini.
PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
KUALA LUMPUR:
DAP menentang keras langkah BN untuk menyekat penggunaan internet yang
dilihat sebagai cubaan mengekang kebebasan maklumat demi mengekalkan
kuasa.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.
Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.
“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah,” katanya dipetik Roketkini.
Ini, ujarnya jelas menunjukkan BN tidak memahami kemahuan rakyat yang sentiasa menginginkan kebenaran, kebebasan dan pencarian ilmu tanpa ditapis oleh propaganda, perkauman dan ideologi pelampau.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan, menyifatkan langkah ke arah menyekat internet dan media sosial oleh BN itu tiada bezanya daripada kerajaan yang bercorak diktator autokratik.
Menurutnya, BN melihat internet sebagai satu ancaman kerana kebebasan dan kebenaran dalam internet membenarkan pembohongan, benci dan takut akan cepat terdedah.
“Sebagai contoh, BN sebelum ini memfitnah dengan mendakwa anak lelaki saya mencabul rakan perempuan sekelasnya, namun pembohongan berniat jahat itu berjaya didedahkan melalui internet, kita dapati beliau adalah juara catur Hong Kong yang tidak pernah ke Pulau Pinang, tidak pernah bertemu dengan saya atau anak saya.
“Adakah ini sebenarnya yang menakutkan BN, takut pembohongan, kebencian dan rasuah mereka didedahkan dengan kebebasan internet?” ujarnya.

Tingkatkan keselamatan pengerusi MyWatch di hospital

Sekat internet: Tiada beza dengan kerajaan diktator

Tiada ulasan:
Catat Ulasan