Muhyiddin lebih popular dari Najib, isterinya lagi popular
Harakahdaily, | 23 Jul 2013 |
“Malah isteri Muhyiddin (Hajjah) Norainee (Abd Rahman) lebih popular daripada (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.
Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.
“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.
Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad.
“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.
Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib.
Blogger pro-Mahathir dan bekas editor NST A Kadir Jasin menulis pada hari Ahad yang lalu bahawa Umno hanya akan berubah sekiranya mereka tewas di Kuala Besut.
“Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam,” tulis Kadir.
Kadir turut berkata BN mungkin kalah di Kuala Besut sebagaimana ia tewas di Kuala Terengganu selepas pilihanraya 2008.
“Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.
"BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Media menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.
"Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434,” tambah beliau.
Sumber Umno menyatakan bahawa Kadir sememangnya berharap agar Muhyiddin akan mencabar Najib sebagaimana beliau.
“Kadir dalam tulisannya menulis Muhyiddin 'tidak berminat' mencabar Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM sebenarnya sedikit tersasar. Muhyiddin cuma sedikit terkilan apabila Mahathir berkata tiada dalam Umno yang layak menggantikan Najib. Tapi Daim telah memberikan keyakinan semula padanya kerana kuat melobi jawatan presiden dipertandingkan.
"Bagi Muhyiddin, sekiranya Tan Sri membaca ini, tolong bertanding untuk selamatkan Umno daripada terus reput. Kami perlu kepimpinan yang baru. Kami hendakkan juga Puan Sri Noraini menggantikan tempat Rosmah. Semua ahli Umno kini hanya menunggu isyarat daripada Tan Sri. Asalkan Tan Sri bagi signal, kita semua akan bersatu di belakang Tan Sri untuk memaksa Najib mengundur diri daripada tewas di tangan Tan Sri,” rayu sumber Umno itu sebelum menamatkan perbualan.
Sahabat kurniaan Allah
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, | 23 Jul 2013 |
Jangan sesekali engkau mencari nahas dengan sahabat-sahabatmu dengan sikap suka membandingmu. Jika engkau sayang pada persahabatan dengan sahabatmu, jangan sesekali kamu menyoal 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa.’
Jika engkau inginkan sahabatmu kekal sebagai sahabatmu, jangan sesekali kamu mengungkit perkara yang lepas-lepas tatkala kamu marah dan tersinggung untuk beberapa saat itu.
Untuk menjaga persahabatan, wahai anakku, elakkan dari menuduh dan berkata-kata buruk tatkala kamu diracun oleh mainan minda dan sangka buruk pada sahabatmu tanpa usul periksa.
Wahai anakku,
Untuk mudah menerima sahabatmu sepenuhnya, kamu ingatlah selalu pada waktu-waktu gembiramu bersamanya apabila berdepan dengan perbezaan pendapat.
Untuk pastikan hubungan itu berkekalan, jangan sesekali engkau memperbesarkan kesilapan sahabatmu dan memperkecilkan usaha sahabatmu. Jangan biarkan egomu merasakan diri betul dan sahabatmu sentiasa silap kerana kamu cuma seorang insan yang penuh dosa dan mudah berbuat silap.
Wahai anakku,
Untuk mengelakkan sengketa dengan sahabatmu, janganlah engkau terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat bersamanya. Walaupun kamu lebih tua daripada sahabatmu, jangan sesekali merasakan diri engkau lebih pandai dan besar daripadanya ketika bersahabat. Engkau tidak tahu mungkin umur kamu lebih pendek daripada sahabatmu yang lebih muda daripada kamu.
Wahai anakku,
Aku sedar nasihat aku ini bukan mudah untuk dilaksanakan. Aku juga berdepan dengan masalah ini sepanjang hidupku, namun aku selalu mengingatkan diri sahabat adalah kurniaan Allah. Dan dengan itu, aku hargainya selagi dia ada. Bilamu berasa marah, cuba bayangkan besok hari terakhirmu di dunia ini, apakah berbaloi perkara yang kamu marahkan pada dia yang bergelar sahabat?
Jaga hati sahabatmu, wahai anakku, kerana pengkhianatan tidak mungkin datang daripada musuhmu.
Senyum.
Che Long mengundi 8 pagi di SK Kampung Baharu
Salmiyah Harun, | 23 Jul 2013 |
Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat berkata, untuk kempen pusingan akhir pada hari ini Che Long akan bertemu seberapa banyak pengundi di sini.
Katanya, sebaik Che Long membuang undi awal pagi esok beliau akan hadir di setiap unit peti undi iaitu lapan peti yang berakhir di unit peti undi Bukit Puteri.
Lapan peti undi itu termasuklah, Tok Saboh, Bukit Puteri, kampung Baharu, Pulau Perhentian, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat dan Sebarang Barat Luar.
Selain bertemu mata, katanya Che Long turut mengajak kenalan untuk mengundinya esok hari melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook dan menelefon.
"Kita mengharapkan keajaiban yang ada pada Che Long, sama ada orang tua atau muda ambil kesempatan undi Che Long,"katanya.
Hari ini juga Che Long akan ke Pulau Perhentian buat kali ke dua dan akan tertumpu kepada pengundi-pengundi terpilih sahaja.
"Saya mewakili calon merayu seluruh penduduk Kuala Besut untuk memberi undi kepada Che Long yang rata-rata dikenali penduduk di sini," katanya dalam sidang media di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut hari ini.
Zakat: Sebar sms palsu burukkan PAS
Salmiyah Harun, | 23 Jul 2013 |
Perkara itu turut terkena kepada Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) apabila beliau dikatakan menyebarkan sistem pesanan ringkas (sms) berkaitan janji pengagihan zakat menyebabkan 15 warga emas datang ke rumahnya malam tadi.
Beliau tidak menafikan sms itu adalah dari nombor telefon bimbitnya bagaimana nombor itu telah diklon oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memburuk-burukan calon PAS.
"Saya terkejut melihat kedatangan mereka di perkarangan rumah saya yang datang meminta bantuan zakat berdasarkan sms yang diterima. SMS tertera nama saya sebagai wakil calon," katanya dalam
Ratu cantik: Renang dan gimnastik bagaimana?
Hambali Akram, |
Saya bersetuju tindakan dikenakan terhadap mereka. Namun, pada masa yang sama saya menyeru para mufti dan agamawan khususnya yang mempunyai kuasa dalam kerajaan agar tidak terlepas pandang bidang lain iaitu renang dan gimnastik.
Umum mengetahui kedua-dua bidang itu turut membabitkan penyertaan wanita Islam. Namun sehingga kini tiada teguran keras seperti yang dikenakan terhadap peserta ratu cantik Islam. Apakah para mufti dan agamawan kerajaan beranggapan pendedahan aurat dalam kedua-dua jenis sukan itu tidaklah seteruk pertandingan ratu cantik?
Pada pandangan saya, dalam keadaan hari ini, ketiga-tiganya – pertandingan ratu cantik, renang dan gimnastik hendaklah dilarang daripada disertai oleh wanita Islam. Hal ini kerana, kesemuanya dengan jelas bertentangan dengan hukum hakam agama.
Para mufti dan agamawan kerajaan hendaklah bertegas dalam ketiga-tiga isu ini tanpa pengecualian. Hal ini kerana dibimbangi akan timbul salah faham bahawa wanita Islam hanya dilarang menyertai pertandingan ratu cantik sedangkan tiada teguran bagi renang dan gimnastik.
Bagi saya tanggungjawab utama ini terletak di bahu para mufti dan agamawan kerajaan kerana merekalah yang mempunyai kuasa mencegah pada ketika ini. Semoga mereka tegas dan berani mempertahankan kesucian Islam.
Kuala Besut, undi Che Long demi Islam!
Mohammad Faizal Che Yusof, | 23 Jul 2013 |
Jangan kita ambil mudah dengan mengatakan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Jika kita meletakkan hal dasar atau disebut Groom Norms oleh ahli juris perundangan moden, PAS telah menjadikan Islam sebagai asas kepada perjuangannya sedang Umno meletakkan bangsa sebagai asas.
Bagi PAS, bangsa Melayu akan selamat dan sejahtera apabila Islam itu diutamakan dan itulah yang tiada dalam perjuangan Umno.
Isu yang ingin saya nukilkan tidak lain tidak bukan ialah persoalan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan Islam. Apakah Umno selama ini mampu meletakkan negara atau lebih khususnya negeri Terengganu sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan nilai-nilai Islam?
Dengan mengetahui pentafsiran dan penegasan yang dibuat oleh badan yang berbidangkuasa dan berkelayakkan, cukup untuk menjadi jawapan kepada persoalan sama ada pimpinan kerajaan telah lari atau bercakap benar.
Allah telah mentakdirkan selari dengan firmannya bahawa kebenaran dan kebatilan itu tidak mungkin bercampur. Kedua-duanya telah jelas untuk kita memilihnya. Begitu jugalah dalam mencari jawapan kepada isu yang dikemukakan ini.
Dalam satu kes Mahkamah Persekutuan (sebelum 1995 Mahkamah Agong), LINA JOY lwn MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN LAIN-LAIN [2007] 4 MLJ 585, Mahkamah Persekutuan yang dipaneli oleh AHMAD FAIRUZ KETUA HAKIM NEGARA, RICHARD MALANJUM HB (SABAH & SARAWAK) DAN ALAUDDIN HMP, telah menyentuh satu kes berkaitan pentafsiran Islam dalam perlembagaan Persekutuan iaitu CHE OMAR BIN CHE SOH v. Pendakwa Raya, [1988] 2 MLJ 55.
Dalam sidang lima orang hakim Mahkamah Agong pada ketika itu, Ketua Hakim SALLEH ABAS, WAN SULEIMAN, SEAH, HASHIM YEOP A SANI & SYED AGIL BARAKBAH telah membuat satu keputusan berkaitan kedudukan Islam dalam undang-undang Negara.
Mahkamah Agong telah menjelaskan persoalan sama ada Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bersifat kerohanian dan keagamaan sahaja atau bersifat menyeluruh sebagaimana Islam itu sendiri?
Telah diperakui oleh mahkamah sememangnya Islam adalah satu cara hidup yang mana ajarannya merangkumi setiap aspek kehidupan. Islam bukanlah suatu dogma agama semata-mata yang hanya terhad kepada perkara-perkara ibadat dan kerohanian.
Kesimpulan dari hujah dan sejarah yang disingkap, Mahkamah Agong telah memutuskan Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah Islam sebagaimana yang difahami. Islam dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah menjadikan hukum Islam yang bersifat menyeluruh itu terpakai dalam Negara ini. Bahkan Malaysia hingga ke hari ini adalah kekal dengan status Negara Sekular iaitu negara yang bukan berteras kepada agama.
Salleh Abas yang pada ketika itu Ketua Hakim Negara telah menegaskan bahawa sentimen peribadinya yang bersetuju dengan hujah pembelaan tidak boleh mengubah hakikat status undang-undang sekular negara hari ini. Berdasarkan apa yang diungkapkan oleh Mahkamah Agong, kini terpulang kepada dewan perundangan dan ahli politiklah yang bertanggungjawab sepenuhnya jika status undang-undang sedia ada ingin diubah.
Nah, pengundi Kuala Besut kini sekali lagi dipertanggungjawab memilih dan melantik ahli-ahli politik yang menduduki dewan perundangan. Biarpun PRK Kuala Besut hanya di peringkat negeri, kemenangan PAS tentunya akan menyuntik kekuatan tersendiri buat PAS bagi mengutarakan dasar-dasar Islam untuk diterima oleh seluruh masyarakat pada masa hadapan.
Haruslah diinsafi tanpa berbuat sesuatu yang terbaik, kitalah yang bertanggungjawab terhadap sekularnya negara pada hari ini. Kitalah yang bertanggungjawab menjadikan Islam sekadar agama pinggiran di sisi undang-undang hari ini.
Saya akui tanggungjawab yang dipikul oleh PAS bukannya kecil. Namun kita berpegang kepada janji Allah kepada hambanya bahawa Dia akan menolong hambanya yang menolong menegakkan agamanya. Maka tiada alasan lain selain seluruh umat Islam di Kuala Besut berfikir dan berikhtiar untuk meletakkan Islam pada tempatnya dengan memberi undi solid kepada Che Long.
Pertandingan ratu cantik wajar diharamkan terus
Syed Abdullah Syed Osman , |
Apa-apa juga pertandingan yang melibatkan kecantikan pada wanita Islam tidak seharusnya diadakan walaupun menonjolkan wanita memakai pakaian tutup aurat tetapi masih dipamerkan di hadapan penonton dengan gaya jalan yang seksi diatas pentas. Islam meletakkan wanitanya mempunyai darjat yang tinggi dan sifat-sifat kewanitaan muslimin yang tahu menjaga maruah dan kedudukannya.
Jangan kembalikan umat islam ini kezaman jahiliah yang memperalatkan wanita sebagai hiburan mereka dengan cara mendedahkan kesemua paras rupa dan kecantikan untuk menjamu selera dihadapan lelaki yang bukan muhrim. Sebagai umat Islam, peganglah apa yang digariskan oleh agama supaya tidak terkeluar dari landasannya.
Jangan peralatkan wanita-wanita cantik yang beragama Islam untuk tujuan pengiklanan, tarikan jualan atau dikenakan syarat supaya tidak bertudung dan memakai skirt singkat dan lengan pendek untuk berkerja. Begitu juga, haramkan wanita Islam bertanding didalam sukan renang termasuk sukan bertaraf antarabangsanya yang terpaksa memakai bikini yang sangat tidak sesuai dengan adat resam dan apatah lagi didalam agama Islam itu sendiri.
Kalau sudah haram itu tetap haram jangan cuba hendak menghalalkannya pula. Di sini para alim ulama yang berkenaan bertanggungjawab secara langsung pada agama. Jangan hanya pilih perkara tertentu sahaja tetapi tutup sebelah mata dengan perkara yang lain yang terang-terang haram disisi agama.
Mahkamah P’raya tolak 5 petisyen di Kelantan
Aslani M, | 23 Jul 2013 |
Dun Air Lanas, Kok Lanas dan parlimen Ketereh dimenangi BN, manakala Dun Mengkebang dan Manek Urai pula kekal di tangan PAS.
Sebelum itu pada prosiding Dun Air Lanas yang dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan 47 undi, hakim tidak menyifatkan rasuah dilakukan agen calon BN memandangkan agen tidak dilantik secara bertulis.
Pada perbicaraan minggu lepas, peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi menjelaskan segala butiran lengkap mengenai kejadian rasuah disediakan.
Katanya, butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan petisyen tersebut.
Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Hakim menolak setiap petisyen peringkat dengan kos RM30,000 perlu dibayar pempetisyen kepada responden pertama. Manakala parlimen Ketereh pula ditolak dengan kos RM40,000.
Pada pilihan raya umum lalu Dun Dun Kok Lanas dimenangi Datuk Mohd Alwi Che Ahmad BN dengan majoriti 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri Annuar Musa (BN) - 974 undi.
Manakala Dun Mengkebang dimenangi Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 1,072 undi) dan Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 1,633 undi).
Pada petisyen tersebut Hisham turut dibantu peguam Abdul Rashid Yah dan empat lagi peguam. Manakala responden pertama diketuai Dato’ Mohd Hafarizam Harun disertai Ilias Mohd Noor dan Nor Azli Ahmed.
Pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya diwakili peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria.
Berikutan perkembangan itu petisyen di Kelantan hanya tinggal membabitkan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat. Pada 5 Mei lalu kesemua kerusi tersebut dimenangi PAS.
Pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat sebelum ini ditetapkan pada 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos hadapan. Manakala bagi Dun Gaal pula pada 1 hingga 5 September.
Petisyen parlimen Machang ditolak pada prosiding sebelum ini.
sidang media di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut di Kampung Baharu.
Katanya setelah disemak sms yang dihantar kepada 50 nombor telefon pemanggil dengan menggunakan nombor telefonnya sebagai penghantar maklumat.
Beliau tidak menolak, tindakan ini adalah perancangan jahat kepada pihak-pihak yang terdesak untuk mempengaruhi pengundi dan menimbulkan provokasi kepada calon.
"Selain untuk mewujudkan kemarahan di kalangan masyarakat kepada PAS dan calon kita," katanya.
Bagaimanapun Wan Azhar telah membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) membuat penyiasatan kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan sms itu.
Namun, katanya setelah diberi penjelasan kepada warga emas terbabit akhirnya mereka turut bersimpati dengan PAS yang terus difitnah.
TPPA: Kedaulatan negara tergugat kerana kecuaian rundingan kerajaan?
., | 22 Jul 2013 |
2. Bagi sebuah kerajaan yang gah mengumumkan ketibaan era pentadbiran inklusif dan berakhirnya zaman “government knows best”, rundingan TPPA ini adalah manifestasi sikap gopoh dan tidak cermat kerajaan yang terus menerus membelakangkan penyertaan rakyat di dalam amalan pentadbiran.
3. Kegopohan kerajaan bersandarkan kepada alasan bahawa TPPA boleh melonjakkan pendapatan negara ke tahap yang lebih tinggi. Berpandukan
kepada kajian dari sebuah think tank ekonomi berpangkalan di Washington, Malaysia diunjur untuk mencatatkan penambahan tahunan sebanyak USD 40 billion dalam hasil eksport, USD 25 billion penambahan tahunan dalam pendapatan kasar, akses kepada ekonomi AS yang bernilai USD 15 trillion serta pasaran perolehan kerajaan yang bernilai USD 500 billion setahun.
4. Namun demikian, mengambilkira falsafah yang digunapakai kerajaan di dalam perlaksanaan ETP, kami percaya faedah pendapatan tinggi ini hanya akan dirasai oleh kumpulan pemodal dan elit-borjois manakala golongan marhaen terbanyak akan terus terpinggir sepertimana yang
berlaku sekarang.
5. Selagi mana faktor-faktor keadilan ekonomi tidak mendapat keutamaan, TPPA akan terus menjarakkan pendapatan sebenar dikalangan kelompok ekonomi masyarakat. Kajian awal beberapa NGO profesional turut mendedahkan perlaksanaan TPPA kelak akan memberi impak secara langsung terhadap kenaikan mendadak kos yang mesti ditanggung oleh pengguna di dalam sektor kesihatan, ICT dan perkhidmatan.
6. Sekiranya butiran TPPA didedahkan, kami percaya lebih banyak impak negatif terhadap isu-isu kepenggunaan diluar dari dua sektor ini akan dapat dikesan. Situasi inilah yang ingin dielakkan oleh kerajaan yang mahu rakyat
hanya menurut tanpa bantahan bagi membolehkan kerajaan menyegerakan pemuktamadan rundingan. Keadaan ini akan mengizinkan segelintir kumpulan pelobi mengejar keuntungan segera di samping membolehkan pemerintah mengukuhkan imej dan legitimasinya pada kaca mata Washington pasca PRU ke-13.
7. TPPA adalah adalah agenda yang boleh mengancam kedaulatan Negara secara “by design”. Pihak konglomerat Multinational Corporations (MNC) bebas melabur dan berniaga di pasaran tempatan dan pihak kerajaan tidak dibenarkan melindungi perusahaan tempatan kerana ini dilihat sebagai ‘kezaliman’ kepada MNC. Bahkan pihak MNC boleh menyaman pihak kerajaan sekiranya tindakan kerajaan dilihat ‘mengancam’ pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat mega tersebut.
8. Nah, apa yang akan berlaku kepada perusahan kecil dan sederhana (PKS) tempatan? Apakah selepas ini kerajaan perlu menjadi pak turut MNC kerana bimbang disaman dan sekiranya disaman berapa juta atau bilionkah yang terpaksa dibayar kepada pihak MNC tersebut? Inilah agenda halus yang diungkapkan oleh sesetengah pemikir sebagai agenda mewujudkan
America’s Pacific!
9. Sepatutnya kerajaan mempelbagaikan penyertaan meliputi pakar-pakar segenap bidang dengan perwakilan dari anggota-anggota parlimen dan kumpulan-kumpulan berkepentingan. Malah kepelbagaian ini sepatutnya diterapkan sehingga kepada jawatankuasa perunding antarabangsa dan bukannya dimonopoli oleh birokrat MITI dan kerajaan semata-mata.
10. Sekiranya kerajaan boleh menganjurkan perundingan nasional dengan menjemput kumpulan-kumpulan masyarakat madani untuk turut serta merangka bajet tahunan, kenapakah tiada pendekatan yang sama digunakan untuk TPPA?
11. Apakah yang begitu ingin dirahsiakan kerajaan? Berdasarkan kepada perkembangan ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendirian rundingan mestilah ditangguhkan sehinggalah kerajaan memperincikan butiran TPPA ini untuk penilaian awam dan membuka penyertaan di dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengemudi rundingan.
12. Draf akhir TPPA ini pula mesti dibahaskan secara terbuka dengan muktamad akhir penerimaan atau penolakannya dihakimkan oleh rakyat sendiri menerusi satu referendum bebas.
13. Bagi pihak DPPM insyaallah, melalui INFO [Institut Pemikiran Fadhil Noor] yang ditubuh bawah Lajnah Penerangan DPPM akan menganjurkan wacana bersiri mengenai TPPA : Kesan dan Ancaman kepada ekonomi negara dan ummah.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
Mengharapkan eksperimen baru politik 16:16
Ahmad Lutfi Othman, | 23 Jul 2013 |
Selain bermacam-macam projek segera dicurahkan, ditambah dengan pelbagai janji dan tawaran, kempen merayu undi BN sudah pasti berlegar rancak dengan rasuah politik. Bukankah Terengganu mempelopori bantuan tunai melalui wang ehsan dalam usaha menggulingkan kerajaan PAS selepas 1999, lama sebelum BR1M dan segala insentif lain dikemukakan Najib Razak?
Prestasi Pakatan Rakyat, khususnya PAS di Terengganu dalam PRU13 cukup mengejutkan. Ketika rata-rata penganalisis dan pemerhati politik tidak meletakkan harapan tinggi BN mungkin tumbang -- malah secara sinikal ada pihak meramalkan sekiranya BN kalah di Putrajaya sekalipun, ia tetap sukar digugat di Terengganu -- pencapaiannya dianggap luar jangkaan dan tidak terduga.
Justeru, bagi PAS, Terengganu masih merupakan antara kubu terkuatnya, sekali gus menepis tohmahan bahawa Parti Islam itu hanya boleh menang dengan bantuan dan sokongan masyarakat Tionghua. PAS tetap menjadi pilihan orang Melayu.
Saya yakin episod gelap kekalahan mengejut 2004 tidak lagi menganggu langkah PAS Terengganu untuk terus mendekati gelodak rasa rakyat, menyantuni masyarakat terpinggir dan akhirnya kembali menaungi pemerintahan negeri, insya-Allah.
Sememangnya kali ini pengundi Kuala Besut begitu istimewa dan bertuah sekali. Eksperimen politik 24 Julai nanti tidak pernah dilalui oleh pemilih di kawasan lain. Tiba-tiba saja mereka diangkat menjadi penentu -- bukan saja memutuskan siapa wakil rakyat baru, malah mampu menukar kerajaan baru -- di bulan Ramadan pula, menjelang Syawal yang selalunya dihiasi dengan, duit raya, tawaran bonus dan seumpamanya! Pengundi Kuala Besut berupaya mengukir sejarah tersendiri dalam landskap politik dunia sebenarnya.
Situasi impian 16:16 wajar direalisasikan, antara lainnya, demi kepentingan dan manfaat rakyat Terengganu sendiri. Keadaan genting seumpama itu tidak semestinya menjerumuskan negeri ke dalam perangkap yang memudaratkan, apatah lagi suasana huru-hara, malah sebaliknya ia boleh mendorong kerajaan BN untuk mengangkat martabat rakyatnya yang rata-rata masih terkepung dengan kemiskinan.
Suasana "seri" dapat memaksa kerajaan BN agar lebih berhemat dan cermat, terutama dalam mengurus-tadbir khazanah kekayaan negeri dan dapat menamatkan babak luka "negeri dan pemimpin kaya, tapi rakyat terus papa". Tanpa peralihan kerajaan, tapi dalam situasi 16:16, rakyat akan mendapat banyak manfaat dan kelebihan.
Fungsi "semak dan imbang" dapat berjalan secara cukup berkesan, malah lebih penting anggota kerajaan dan pembangkang akan diuji permuafakatan mereka dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat agar dapat berkerjasama dan bertolak ansur, jauh mengatasi kepentingan politik kepartaian.
Naib Presiden PAS, Husam Musa, yang juga Pengarah PRK, dilaporkan berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan. "Cumanya nanti BN tidaklah boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya.
Fenomena runtuh -- bermula dengan stadium, dan terkini masjid -- yang menjadi-jadi di Terengganu adalah manifestasi kepincangan ketara kerajaan negeri, yang sarat dengan elemen rasuah serta salahguna kuasa, dan situasi 16:16 boleh membantu Terengganu menganjak kepada kedudukan yang lebih baik.
Bagaimanapun, peranan strategik itu tidak mudah dilakukan pengundi Kuala Besut. Umpan, rayuan, sogokan dan rasuah bertindan-tindih. Dari jauh, jika meneliti halaman akhbar dan siaran berita TV, seperti selalunya, seolah-olah yang bertanding hanyalah calon BN. Sesekali keluar berita calon PAS, Che Long; itu pun hanya sisi-sisi gelap saja yang disiarkan.
Eksploitasi jentera, kemudahan dan sumber kerajaan untuk diperkakaskan semahunya oleh BN dalam kempen seolah-olah bukan lagi satu isu besar. Begitu juga manipulasi media. SPR seolah-olah harimau tiada taring dan SPRM pula hilang kata-kata melihat penyalahgunaan kuasa dan rasuah mega. Bagi saya korupsi terbesar ialah usaha membeli undi dalam pilihan raya sepertimana yang lazim dilakukan BN.
Oleh itu, tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak, di Besut, yang dilaporkan menghalang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di masjid TUDM itu tidaklah memeranjatkan. Semuanya mungkin gara-gara kebimbangan Tok Guru boleh mempengaruhi kecenderungan mengundi.
Pilihan raya adil dan bebas bukan berlegar sekitar kontroversi riuh-rendah dakwat kekal yang mudah tanggal itu. Banyak lagi persoalan asas dalam sistem demokrasi yang terus dipersendakan, dan jarang-jarang diberi perhatian serius, termasuk oleh pihak yang menjadi mangsa; sepertimana Black505 yang sudah dilipat sejarah!
Secara peribadi, melangkah ke fasa kedua Ramadan, saya masih terkesan dengan insiden rampasan kuasa tentera di Mesir, yang menggulingkan presiden yang dilantik secara demokratik, Dr Mohamed Morsi. Saya sempat mewawancara Prof Dr Redzuan Othman di kediamannya, Ahad lalu, dan ulasannya cukup menarik untuk dikongsi bersama.
Sepatah katanya, apa yang berlaku di Mesir bukannya revolusi, tetapi hanya peralihan kuasa daripada Hosni Mubarak kepada Morsi, sedangkan institusi lainnya, seperti tentera, polis, hakim, kakitangan awam, media dan lain-lain, tetap tidak terusik.
"Ikhwan Muslimin yang ditindas dahsyat sejak 1952 dan baru bergerak bebas pada 2011, harus mampu bertahan di jalan-jalan raya, dengan kehadiran 2, 3 juta penyokong. Jika mereka undur datau berpecah, habis ... tentera akan bertindak lebih zalim, dengan skrip yang sama seperti 60 tahun lalu," katanya.
Orang kata macam-macam apabila pembekal dirahsiakan
Subky Latif, | 23 Jul 2013 |
SPR terus merahsiakan pembekalnya dan Shahidan pula berkeras memberitahu Parlimen tidak akan mendedahkan pembekal itu.
Yang biasa dirahsiakan oleh kerajaan ialah sesuatu yang mengancam keselamatan negara atau yang mengaibkan yang boleh mendatangkan fitnah.
Pembekal dakwat dan segala alat yang diperlukan oleh SPR yang buat secara telus tidak perlu dirahsiakan.
Malah jika berlaku penipuan dalam pembekalan itu SPR boleh bertindak menyaman pembekal kerana gagal membekal dakwat yang dikehendaki.
Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusuf dalam satu wawancaranya kepada media menyebut betapa perkara yang amat mengecewakan dia dalam perkhidmatannya ialah dakwat yang dibekalkan kepada SPR tidak memenuhi apa yang dikehendaki.
Mengapa perkara yang mengecewakannya itu dipendamkan saja? Dakwat tipu itu bukan untuk kegunaan persendirian pemimpin-pemimpin SPR. Ia adalah untuk kegunaan orang ramai dan orang ramai perlu berpuas hati dengan apa yang dibekalkan, dan ia tidak memuaskan hati semua orang, maka orang perlu tahu mengapa dan kerja siapa?
Perdana Menteri Dr Mahathir pernah pecat CEO TNB, Tan Sri Ani Arope serta merta kerana kegagalan teknik yang memutuskan bekalan tenaga beberapa jam hampir di seluruh Semenanjung, mengapa pembekal dakwat tipu itu tidak boleh dikenakan tindakan?
Pengerusi SPR boleh diamkan saja kiranya bahan binaan tipu digunakan untuk rumahnya. Tetapi perkara yang melibatkan orang ramai, dia tidak boleh diamkan.
Mengapa dia tidak mahu bertindak dan tidak mahu mendedahkan pembekalnya? Seolah-olah ada benda yang hendak disorokkan.
Apabila tidak didedahkan maka ia menyebabkan orang membuat spekulasi dan menyangka itu dan ini.
Mula-mula SPR kata, petugas tidak goncang bekas dakwat itu. Lepas itu timbul pula alasan bahawa campuran bahan dalam dakwat itu tidak boleh berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit kepada pengguna. Ada pun keterangan bukan semua dakwat itu tipu. Ada yang kekal. Tetapi sehingga ini SPR tidak menunjuk jari siapa dan orang dari mana yang menggunakan dakwat yang betul.
SPR tidak pula membuktikan orang Mesir, India, Pakistan dan lain-lain yang menggunakan dakwat kekal telah mengidap penyakit bahaya gara-gara menggunakan dakwat kekal itu.
Kerana SPR bukan sekadar enggan bertindak dan enggan mendedahkan pembekal menyebabkan sudah menyangka pemimpin SPR ada hubungan baik dengan pembekal dan mereka mngkin ada kepentingan.
Mengapa ia hendak dirahsiakan sangat jika SPR telus dalam urusan pembekalan itu? Oleh menyangka yang bukan-bukan. Orang kata ia oleh kroni Perdana Menteri atau isteri Perdana Menteri dan ada kepentingan.
Pernah dikatakan, orang politik pernah menawarkan sesuatu kepada Raja bagi mengambil hati Raja. Apakah kemungkinan orang-orang bergelar terlibat dalam membekalkannya, justeru ia dirahsiakan sangat.
Tuntutan sudah dibuat di Parllimen supaya pembekal itu didedahkan. Menteri dengan ranggi memaklumkan tidak akan sekali-kali sedia mendedahkan pembekalnya.
Jelaslah pengendaliannya tidak telus. Kerana itulah orang bising. Dan jangan salahkan orang bising dan membuat berbagai-bagai andaian daripada sikap tidak telus itu. Tidak telus adalah seburuk-buruk laku bagi mana-mana kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan