Jangan tempah songkok dari tukang kasut
Harakahdaily, | 17 Jul 2013 |
Bagi penulis politik, Aspan Alias, Umno memberikan tanggungjawab untuk menjayakan satu-satu matlamat kepada mereka yang tidak faham tentang matlamat yang diberikan kepada mereka.
“Jika diberikan tempat yang tinggi untuk menjaga harga barang makanan seperti harga ayam misalnya, harga ayam akan menjadi lebih tinggi lagi,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Berikut adalah tulisan beliau.
Sahabat rapat saya pernah memberitahu rakan-rakan, kalau hendak menempah songkok, tempahlah dari orang yang mahir membuat songkok. Jangan menempah songkok dari pembuat kasut, nanti songkok akan rupa kasut. Di sebaliknya jangan menempah kasut dari pembuat songkok kerana kasut kita akan diperbuat dari bahan-bahan untuk membuat songkok dan kasut itu tidak akan tahan lama.
Maksud kata-katanya itu ialah jika diberikan satu tanggungjawab kepada orang yang tidak ahli, maka tanggungjawab itu tidak akan terlaksana dengan baik seperti yang sepatutnya. Itulah sebabnya jika diberikan amanah kepada orang yang rasuah maka amanah itu akan dilalaikan kerana orang rasuah hanya pandai dan berfikir bagaimana hendak mendapatkan wang dan harta secara rasuah.
UMNO mempunyai kecenderungan besar untuk melakukan kesilapan ini kerana UMNO tidak serius dalam apa yang dilaungkannya. UMNO memberikan tanggungjawab untuk menjayakan satu-satu matlamat kepada mereka yang tidak faham tentang matlamat yang diberikan kepada mereka. Jika diberikan tempat yang tinggi untuk menjaga harga barang makanan seperti harga ayam misalnya, harga ayam akan menjadi lebih tinggi lagi.
Apabila tidak berjaya menjaga dan mengawal harga ayam itu, dia akan menuding jari kepada pengguna dan meminta pengguna supaya tidak makan ayam. “Tukar menu” katanya dengan tidak bertanggungjawab.
Dalam hal kepimpinan sesebuah negara mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ialah mereka yang mempunyai sifat ‘magnanimity’ yang tinggi. Perdana Menteri tidak boleh melantik sesiapa yang hanya pandai ‘menggeli pundi-pundi’nya sahaja. Siapa yang membuatkan dia sedap yang itulah yang dipilihnya. Selalunya sesiapa yang pandai mengampu itu adalah mereka yang tidak mempunyai kepandaian.
Orang yang tidak mempunyai kepandaian akan mengampu dan membodek lebih dari mereka yang mempunyai kepimpinan dan pandai melakukan dan melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Kalau seseorang itu orang yang pandai ia tidak perlu mengampu dan ‘menggeli pundi-pundi’ Perdana Menteri sahaja. Mereka mengampu kerana hendak menutupi kelemahan mereka sendiri.
Bagi seorang pemimpin utama yang mempunyai kuasa melantik pula, nilai samada dia seorang yang betul cemerlang juga bergantung kepada ketahanannya untuk menolak pengampu-pengampu itu. Jika dia seorang yang betul-betul mempunyai kredibiliti yang benar, beliau akan dengan sendirinya tahu yang mengampu beliau itu adalah orang yang tidak pandai melaksanakan tanggungjawab jika diberikan tugas. Tetapi jika beliau tidak tahu yang pengampu-pengampu itu tidak akan membantu beliau untuk melaksanakan dasar yang digubal beliau akan melantik mereka untuk menyertai kabinet misalnya.
Tetapi oleh kerana kelemahan pucuk pimpinan maka beliau telah melantik mereka-mereka yang pandai berlakun di hadapan beliau dan mengampu sepanjang masa. Jika PM Najib benar-benar seorang yang serius untuk melaksanakan janji-janjinya untuk memajukan negara, beliau sepatutnya melantik mereka yang berwibawa untuk diberikan apa-apa tanggungjawab terhadap kepentingan negara.
Tetapi hakikatnya PM Najib adalah seorang yang lemah, sehinggakan apa yang dirancang yang besar-besar untuk negara telah tidak diyakini rakyat apabila melihat tukang kasut diberikan tanggungjawab untuk membuat songkok dan tukang songkok diberikan tugas untuk membuat kasut seperti yang saya sebutkan tadi.
Mahu tidak mahu kita wajib mengakui hakikat ini. Bagimana kita hendak menolak hakikat ini jika sebuah agensi kerajaan yang sangat penting kepada rakyat seperti Tabung Haji diberikan kepada Azeeez Rahim misalnya. Bagaimana rakyat hendak menambah keyakinan terhadap Najib jika Azeeez Rahim dijadikan orang penting untuk melaksanakan dasar yang digubal kerajaan itu? Bagaimana kita meminta serigala untuk menjaga kambing belaan kita?
Kita bukan cemburu kepada Azeeez itu tetapi kita memandangnya dari sikap dan kredibiliti orang yang melantiknya. Azeeez tidak perlu dipersalahkan tetapi orang yang melantik beliau itulah yang salah. Hanya yang kita tahu, keputusan beliau (Najib) melantik Azeeez Rahim itu sudah cukup untuk menilai setara mana kewibawaan kepimpinan Najib itu sendiri?
Itulah sebabnya UMNO sudah hilang banyak keyakinan dari rakyat dan juga di kalangan ahli-ahlinya sendiri. PM Najib seolah-olah sudah tidak tahu lagi mengenali buah bacang dan buah epal. Tidak kenal beza di antara beruk dengan kera. Tidak kenal perbezaan di antara kerbau dengan lembu, jauh sekali untuk menentukan berbezaan di antara rasa daging lembu dan kerbau.
Najib tidak kenal diantara orang baik dengan pemimpin baik. Najib benar-benar seorang pembawa dalil hari hendak kiamat. Yang baik dikatanya buruk dan yang buruk dianggapnya baik. Jika beliau sudah tidak tahu yang mana satu hitam dan yang mana satu putih maka tidak hairan jika rakyat dan ahli-ahli UMNO merasa keliru kesemuanya.
Kalau ada pun sedikit peluang untuk UMNO dan BN itu kekal, ia adalah disebabkan kelemahan pihak ‘alternative’ pula. Jika kedua-dua pihak mempunyai kelemahan yang nyata maka kelebihan UMNO itu hanyalah diatas pengaruh ‘incumbency’ yang ada kepada mereka sahaja.
Ada parti-parti dipihak pembangkang pun mempunyai isu yang tidak sejalan dan selari dengan apa yang mereka laungkan. Di situ sahajalah ada sedikit peluang untuk UMNO kekal dengan kelebihan kerusi yang kecil dari pembangkang dalam PRU yang akan datang.
Isu itu mungkin boleh kita sebut dan bahaskan apabila sampai masa dan ketikanya nanti.
Jadikan 16:16 kenyataan, baru tahu apa terjadi
Shahbudin Husin, | 17 Jul 2013 |
Pilihanraya
kecil DUN Kuala Besut mula membahang panas kempennya. Tidak saja panas
dengan isu tempatan dan pembangunan segera yang didatangkan ke kawasan
itu, malah isu-isu peribadi turut mula mengambil tempatnya. Tidak
dipedulikan sama ada bulan Ramadan atau tidak, kempen pilihanraya tetap
sama rentak dan iramanya selagi matlamatnya ialah untuk mencari
kemenangan.
Di Kuala Besut ini, tidak saja BN yang mula menggunakan kelemahan peribadi dan keluarga calon lawan sebagai bahan kempen, sebaliknya Pas juga turut mengguna kelemahan dan sisi tidak baik calon BN untuk mencari kemenangan. Hakikatnya, kedua-dua pihak lebih kurang sama dalam strategi kempennya.
Tetapi yang paling menarik ialah berkenaan dengan kedudukan kerusi di DUN Terengganu jika Pas berjaya memenangi pilihanraya kecil ini. Dalam pilihanraya lalu BN memenangi 17 kerusi manakala PR menang 15 dan dalam pilihanraya kecil ini Pas berusaha untuk memenanginya bagi menjadikan kedudukan 16-16.
Kedudukan jumlah kerusi seri tidak pernah berlaku sebelum ini di mana-mana negeri. Ramai yang ingin tahu apa akan berlaku selepas itu. Apakah Menteri Besar akan bertukar? Apakah Sultan Terengganu boleh menentukan siapa Menteri Besar pilihan baginda? Atau adakah kedudukan DUN Terengganu akan tergantung? Mungkinkah pilihanraya negeri akan diadakan untuk mencari pemenang sebenar?
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku bila kedudukan menjadi 16-16 tetapi sehingga ini tiada siapa yang pasti apa keadaannya yang sebenar. Sementara Pas menjadikan 16-16 Terengganu Baru sebagai antara bahan kempennya, BN pula nampaknya sangat berusaha keras untuk memastikan Kuala Besut ini kekal di tangan mereka dan kedudukan kekal 17-15.
Pas melalui Naib Presidennya, Sallahuddin Ayub menaruh keyakinan bahawa kedudukan Menteri Besar akan bertukar tangan dan memihak kepada mereka jika kedudukan menjadi 16-16. Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai perkara itu, cuma memberi jaminan jika kerusi Menteri Besar berjaya diperolehi banyak permasalahan tanah di negeri itu akan diselesaikan.
Tetapi bagi Idris Jusoh, Ketua UMNO Besut dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Kuala Besut pula mempunyai tafsiran lain. Beliau berkata, jika kedudukan 16-16, kerusi Menteri Besar akan kekal di tangan BN kerana kelebihan undi Speaker yang memihak kepada mereka. Namun hujah itu ditentang oleh Dr Zulkifli Ahmad dari Pas yang menyatakan undi Speaker tidak boleh dipakai dalam penentuan kedudukan Menteri Besar.
Ahmad Maslan pula meminta pengundi Kuala Besut supaya terus memilih BN bagi mengelakkan DUN Terengganu menjadi tergantung dan membawa kepada ketidakstabilan politik di negeri itu.
SPR yang menguruskan perjalanan pilihanraya juga tiada jawapan jika kedudukan menjadi 16-16. Pengerusinya, Aziz Yusof dilaporkan berkata, jika kedudukan menjadi seri, ia bukan lagi tanggungjawab mereka menentukan apa yang berlaku selepas itu.
Najib dan Muhyiddin pula tidak memberi ulasan setakat ini jika kedudukan menjadi 16-16 itu. Muhyiddin yang menjadi Pengarah pilihanraya kecil ini hanya mahukan kemenangan dan seolah-olah tidak mahu memikirkan mengenai kedudukan 16-16 itu. Walaupun pemimpin UMNO yang lain banyak yang bercakap mengenainya tetapi tiada yang sekata. Pandangan mereka berbeza-beza dan ini menunjukkan mereka bercakap ikut sedap mulut saja tanpa memahami tafsiran sebenar mengenai undang-undang dan Perlembagaan.
Apa pun, sehingga ini tafsiran mengenai kedudukan 16-16 ini adalah lebih mengikut kepentingan parti masing-masing. Pas mentafsirkan dengan menjuruskannya kepada keadaan yang mungkin memihak kepada mereka, begitu juga dengan BN lebih memberi tafsiran yang turut menyebelahi mereka.
Hakikatnya tiada siapa yang jelas dan pasti mengenai apa yang bakal berlaku jika kedudukan DUN menjadi seri. Tiada rujukan yang boleh diguna kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Sama ada ia terpulang kepada kuasa Sultan Terengganu atau tafsiran undang-undang dan Perlembagaan akan dibuat oleh Peguam Negara atau Perdana Menteri mempunyai kuasa memberi nasihat kepada Sultan atau pelbagai kemungkinan lain, semuanya tiada kepastian.
Semuanya masih kabur dan tidak jelas. Tetapi yang jelas dan pastinya PAS sangat mahukan kedudukan 16-16 itu menjadi kenyataan manakala UMNO dan BN pula jelas dan pasti tidak mahu kedudukan seri itu berlaku.
Tanpa ada niat untuk menyebelahi mana-mana pihak tetapi sekadar untuk menguji sistem demokrasi dan menambah kematangan dalam berpolitik di negara ini, ada baiknya jika kedudukan 16-16 ini dijadikan kenyataan. Hanya setelah itu barulah kita tahu apa sebenarnya yang berlaku supaya ia boleh menjadi rujukan di lain-lain masa.
Ia juga akan memberi ruang untuk undang-undang dan Perlembagaan diberi tafsiran yang lebih jelas dan ini merupakan sesuatu yang amat berguna untuk generasi akan datang. Sama ada selepas kedudukan 16-16 itu, Sultan mempunyai kuasa memilih Menteri Besar, Menteri Besar sedia ada akan kekal atau perlu pilihanraya negeri atau sebagainya, semuanya akan terjawab dengan sendirinya.
Dalam hal ini pengundi Kuala Besut pada 24 Julai ini sebenarnya mempunyai peranan yang jauh lebih besar daripada sekadar mengundi untuk memilih seorang ADUN saja. Mereka mampu memberi sumbangan besar kepada rakyat dan negara dari segi kematangan berpolitik dan pengamalan sistem demokrasi dan Raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini. - http://shahbudindotcom.blogspot.com

Himpunan bantah TPPA, serah memo ke Miti 19 Julai
Harakahdaily, | 17 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Perjanjian
Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) bukan satu perjanjian yang adil dan juga
bukan bebas tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan
keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengenepikan
kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosio-ekonomi.
“Intipati cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal menetapkan undang-undang dan peraturan,” ujar jurucakap Badan Bertindak Bantah TPPA, Azlan Awang dalam satu kenyataan.
Berikut ialah kenyataan bersama Badan Bertindak Bantah TPPA.
Ketika rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) berlangsung sekali lagi secara tertutup, kami Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia mengeluarkan kenyataan bersama ini untuk menyatakan pendirian kami dan ingin menarik perhatian rakyat terhadap isu–isu berikut:
Kedaulatan nasional dan ruang polisi negara-negara TPPA
Pelbagai bab dalam perjanjian TPPA ini menghadkan ruang untuk kerajaan menggubal polisi-polisi demi kepentingan masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada. Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS) dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (ISDS) adalah antara cara bagaimana TPPA menganugerahkan kuasa kepada syarikat antarabangsa (MNCs) untuk mereka mengenepikan dan meredah sistem perundangan negara dengan mereka boleh menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal timbang-tara antarabangsa.
Akses terhadap ubat-ubatan
Amerika Syarikat telah mencadangakan peraturan yang mana jika diterima akan memudahkan syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi memperoleh tempoh paten ubatan yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kesukaran atau kelewatan akses terhadap ubatan generic mampu milik seperti ubatan untuk kanser, HIV dan ubatan penting yang lain serta menaikkan harga ubat-ubatan.
Akses terhadap ilmu pengetahuan
Seperti mana langkah-langkah perlindungan harta intelek TPPA akan menyebabkan ubatan dan rawatan menjadi lebih mahal kepada rakyat, aktiviti pembelajaran dan penyelidikan negara-negara TPPA juga boleh terjejas dengan peningkatan kos apabila undang-undang hakcipta menjadi lebih ketat termasuklah hak-hak digital yang dikongsi bersama seperti Internet.
Perlindungan terhadap alam
Negara-negara TPPA didesak untuk bersetuju terhadap polisi yang menjurus kearah pro-industri, kawalan perundangan alam sekitar secara peribadi (self-regulated), kesukaran perpindahan teknologi mesra alam and langkah-langkah perlindungan pelaburan yang mendedahkan Malaysia kepada ancaman korporat terhadap polisi-polisi alam sekitar seperti mana yang telah dihadapi oleh negara-negara lain.
Hak-hak pekerja
Terdapat cadangan untuk menafikan langkah kerajaan memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap pekerja (seperti gaji minima dan piawaian kesihatan dan keselamatan) yang sedang dilaksanakan dan melarang arahan untuk perlaksanaan latihan dan syarat-syarat pengambilan pekerja oleh syarikat luar.
Industri kecil dan sederhana
Tindakan TPPA untuk mewujudkan pasaran bebas dan merendahakan tariff akan menyebabkan semua sektor yang berkaitan kehilangan pekerjaan secara mendadak. Ini menyebabkan penurunan gaji dan meningkatkan jurang ekonomi kaya – miskin. Penurunan tariff akan memberi kesan besar kepada 300,000 petani dari negeri-negeri utara , mereka akan terpaksa berhadapan dengan persaingan yang tidak saksama dengan pengeksport produk pertanian dari negara-negara TPPA seperti AS, Kanada dan Jepun - yang tidak akan mengurangkan susidi kepada petani mereka. Malaysia akan mengalami nasib buruk seperti Mexico melalui North American Free Trade Agreement dengan AS yang menyaksikan kehilangan sebanyak tiga juta daripada sepuluh juta pekerjaan dalam bidang pertanian.
Perjanjian TPP ini jelas memihak kepada aspirasi tamak komersial sejumlah kecil syarikat multinasional (MNCs) yang akan mendapat manfaat maksimum tanpa mengambil peduli kebimbangan masyarakat dan rakyat jelata di 12 negara TPPA terhadap kebajikan dan masa depan rakyat yang terancam.
TPPA bukan satu perjanjian yang adil dan juga bukan bebas tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengenepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosio-ekonomi. Intipati cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal menetapkan undang-undang dan peraturan.
Kami, Badan Bertindak Bantah TPPA dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah: 1. Analisis kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) dan kajian perbandingan faedah (comparative advantage study) dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
2. Teks perjanjian dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
3. Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA.
4. Sebuah referendum dibuat untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.
Persidangan kali ke-18 perwakilan negara-negara TPPA sedang berlangsung di Sabah, di No. 1 Sutera Harbor Boulevard, Kota Kinabalu. Wakil daripada 12 negara Asia sedang berunding dengan delegasi Amerika 15 – 25 Julai 2013. Kami menuntut sikap telus kerajaan dan kami mahu kebimbangan rakyat dibawa masuk ke dalam persidangan atau batalkan sahaja perjanjian ini.
Kami Badan Bertindak Bantah TPPA (Bantah TPPA) menyeru rakyat Malaysia untuk berkumpul secara aman pada 19 Julai 2013 dalam himpunan bantah TPPA di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat jam 2.15 petang sebelum bersama bergerak ke Kementerian Perdangangan Dalam Negeri (MITI) untuk menyerahkan memorandum bantahan.
KUALA LUMPUR:
Menteri Belia Dan Sukan diminta menyatakan apakah perkembangan Dasar
Sukan Negara 2009 khususnya dalam mencapai kecemerlangan peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [PAS-Pasir Mas] mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain sebagaimana di bawah.
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan adakah kajian E.I.A (Penilaian Impak Alam Sekitar) dijalankan untuk kerja-kerja penambakan tanah yang sedang dilaksanakan (Jun 2013) di Sungai Terengganu di muara Kuala Terengganu di belakang Kampung Cina.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah anggota Polis Diraja Malaysia.
Dr. Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah Kerajaan boleh memastikan tahap 'Denggi Sifar' dapat dicapai di kalangan rakyat di negara ini.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan aduan pekerja terhadap majikan yang mengamalkan amalan khidmat kontrak yang dilihat menindas pekerja.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh Kementerian kepada usahawan tani luar bandar dan apakah ia mematuhi syariah.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berapakah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal serta namakan syarikat pembekal dakwat kekal berkenaan.
Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) bilakah Kerajaan akan menubuhkan sebuah Kementerian khusus untuk Petroleum dan Mineral Negara bagi mengekang kuasa yang terlalu luas diberikan kepada YAB Perdana Menteri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144); dan
(b) adakah peruntukan dalam Akta 144 masih relevan dengan persekitaran ekonomi dan ekosistem dunia perniagaan antarabangsa masa kini.
Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan kesan daripada peruntukan geran penanaman semula kelapa sawit berhasil rendah yang telah diberikan kepada pekebun kecil sejak 3 tahun kebelakangan ini.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan benteng tebatan banjir di Tebing Sungai Golok (sebelah Malaysia) di Rantau Panjang bagi mengelakkan bencana banjir yang saban tahun melanda negara ini, khususnya di negeri Kelantan.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) status semasa program pelarian UNHCR dan jumlah pelarian terlibat dalam negara ini; dan
(b) program jangka pendek dan panjang yang telah dilakukan oleh Kerajaan dan NGO dalam mengatasi masalah ekonomi dan sosial kumpulan pelarian ini.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan Kementerian untuk mengatasi pelanggaran undang-undang dan peraturan apabila pembinaan pagar haram di sekeliling kebanyakan kawasan perumahan awam menjadi berleluasa akibat kejadian jenayah yang semakin meningkat.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kesihatan menyatakan tentang keperluan logistik yang tidak mencukupi di hospital daerah dan kemudahan untuk perkhidmatan kesihatan yang melibatkan kawasan pedalaman seperti kawasan orang asli.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapakah purata jumlah penerbangan dan penumpang setiap hari yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah justifikasi Majlis Perundingan Gaji Negara menetapkan perintah gaji minimum sebanyak RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala RM800 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian berdasarkan laporan kajian yang dikeluarkan oleh IKRAM pada tahun 2009 terhadap sekolah-sekolah di daerah Dungun.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan apakah sikap Kerajaan Persekutuan terhadap pembelian dakwat kekal yang jelas tidak kekal dan memaklumkan siapa pembekal dan berapakah kosnya.
Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah
dilaksanakan dan untuk mengetahui tahap keberkesanan sistem ini pelajar
tingkatan 2 pada tahun ini tidak akan lagi mengambil peperiksaan
Penilaian Menegah Rendah (PMR) pada tahun hadapan. Sama ada ibu bapa
sedar atau tidak dengan perkara ini saya kurang pasti. Yang pastinya,
tiada PMR lagi pada tahun 2014.
Adakah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ada menerangkan dan menghebahkan kepada ibu bapa tentang perkara ini.? Saya tahu ibu bapa ada dimaklumkan tentang SPPBS ini semasa taklimat murid baru, tetapi berapa peratus ibu bapa yang mengambil cakna dan faham terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar? Sebabnya sehingga kini masih ada lagi ibu bapa yang masih tidak sedar dan tahu secara terperinci perlaksanaan sistem ini. Sepatutnya makluman dan hebahan perubahan sistem ini dibuat bukan setakat di sekolah malah perlu juga dibuat melalui iklan di media cetak mahupun media elektronik. Saya amat yakin dan percaya bahawa ramai ibu bapa yang tidak mengetahui kaedah perlaksanaan sistem ini. Sistem penyampaian maklumat harus dipertingkatkan untuk memastikan semua maklumat sampai kepada golongan sasar.
Saya agak kuatir dan was-was dengan tahap ketelusan, integriti dan kebolehpercayaan sistem SPPBS ini. Yang saya ketahui penilaian ini dilakukan oleh guru-guru yang mengajar murid masing-masing. Setakat yang saya ketahui, standard soalan ujian yang dilaksanakan oleh semua sekolah bergantung kepada guru yang mengajar mereka. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab soalan semasa dibuat ujian, pelajar ini akan dibenarkan mengulangi semula soalan bab yang diuji berulang kali sehingga pelajar tersebut dapat menguasai bab yang diuji. Maka terdapat kemungkinan akan wujudnya ”manipulasi” oleh sekolah-sekolah yang mempunyai rekod yang kurang baik untuk meningkatkan prestasi murid-murid mereka. Janganlah nanti kita terkejut bila pencapaian sekolah harian lagi tinggi dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mahupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) disebabkan perlaksanaan SPPBS ini.
Sistem SPPBS ini diwujudkan pada masa tersebut adalah bagi menutup isu yang menyatakan sistem pendidikan Malaysia hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sepatutnya pelbagai kaedah boleh dilaksakan, sebagai contohnya dengan melihat sistem pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di mana mereka menjalankan sistem peperiksaan dan kerja kursus. Dalam kerja kursus mahasiswa diberikan markah oleh pensyarah melalui tugasan, kuiz, ujian berkala dan sebagainya bergantung kepada IPT. Peperiksaan akhir semester tetap dilaksanakan dan biasanya mewakili 60 peratus-70 peratus daripada markah keseluruhan bergantung kepada subjek dan IPT masing-masing. Dalam SPPBS tiada peperiksaan untuk pelajar tingkatan 3 dan 100 peratus dinilai berasaskan sekolah.
Saya merasakan sistem ini terdapat banyak kelemahan dan memerlukan kajian yang lebih terperinci, janganlah hanya ”indah khabar dari rupa” disebabkan untuk transformasi pendidikan langkah ini dibuat secara tergesa-gesa. Saya amat percaya dan yakin sekiranya dibuat soal-selidik dalam kalangan guru persoalan yang diutarakan oleh saya ini ada benarnya. Saya juga amat percaya masih ada lagi pelaksana dasar ini iaitu guru masih lagi ada yang kabur dan kurang jelas tentang perlaksanaan sistem ini. Ini belum lagi mengambilkira sistem online yang masih lagi bermasalah hingga kini. Usahlah menafikan kebenaran semata-mata untuk ”menjaga kerusi” masing-masing.
Sebagai contohnya, sekiranya ada pelajar yang dimanipulasikan keputusan ini berjaya memasuki SBP mahupun MRSM di tingkatan 4, apa yang akan terjadi kepada generasi ini bila menghadapi SPM? Akhirnya negera yang akan rugi disebabkan kesilapan kita sendiri sekiranya kita tidak melihat balik kepada komen-komen dan ulasan-ulasan yang diutarakan oleh warga pendidik mahupun masyarakat.
Tidak
salah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut diadakan dalam bulan puasa. Sama
juga tiada salahnya dibuat lepas puasa. Ia boleh diadakan bulan puasa
dan ia juga ada masa bagi mengadakannya selepas puasa.
Kalau ia tidak salah diadakan dalam bulan puasa atau bukan dalam bulan puasa, mengapa tidak diadakan selepas puasa?
Pilihan Raya Kecil Kuala Besut itu bermula 12 Julai ini, hari penamaan calonnya dan mengundi pada 24 Julai.
Bulan Ramadhan adalah bulan ibadat. Walaupun ibadat itu kewajipan sepanjang tahun tetapi tumpuan digandakan dalam bulan al-Mubarak itu. Maka seboleh-bolehnya ahli ibadat mahu menumpukan masa sebulan itu dengan ibadat yang boleh merapatkan silaturrahim sekalian umat Islam. Puasa itu adalah bagi meningkatkan taqwa semua orang.
Tetapi pilihan raya adalah ibadat bagi setengah orang iaitu yang taqwanya memang kuat yang solatnya untuk taqwa, ibadatnya untuk taqwa, hidupnya untuk taqwa dan matinya demi taqwa. Bagi yang menerima agamanya sebagai addin maka Pilihan Raya Kecil itu adalah ibadat yang dapat mengukuhkan taqwanya.
Jika orang Islam di zaman Rasulullah boleh berperang dalam bulan puasa, tidak terganggu semua ibadatnya, bahkan perang dalam bulan puasa itu meningkatkan taqwa para mujahidin itu, maka Pilihan Raya Kecil yang diadakan dalam bulan puasa tidaklah berperang yang banyak kali berlaku dan hidup baginda.
Perang tidak ditentukan masanya. Walaupun pada Arab dulu ada bulan tertentu cuti berperang, tetapi perang yang disertai Nabi tidak dapat ditentukan masanya. Apabila perang itu sudah berada di ambang, maka tidak kira bulan puasa atau sebaliknya mereka mesti berperang.
Jika ia dalam bulan puasa, maka tiada pilihan bagi orang Islam terpaksa berperang sambil puasa.
Tetapi PRK Kuala Besut boleh diadakan semasa puasa dan selepas puasa. Tiada fikahnya mengatakan ia lebih afdal bulan puasa atau kurang pahalanya bulan Syawal nanti.
Adakah kerana ia diadakan dalam bulan ibadat maka tiada penipuan oleh SPR diadakan masa itu? Kerana rasuah politik itu adalah satu jenayah dan berdosa, maka tiada rasuah berterangan oleh BN?
Adakah rasuah pilihan raya itu berdosa pada politik saja dan tidak berdosa pada syarak? Kalau BN dan SPR mengira begitu, maka ia adalah fahaman sekular, PRK tidak jadi sebahagian dari ibadat. Apabila ia tidak ibadat, maka ibadat puasa boleh diganggu oleh kegiatan PRK.
Rasanya tiada fatwa tentang pilihan raya itu ibadat. Jika ia bukan ibadat maka tumpuan ibadat sudah terganggu. Jika ia bukan ibadat, maka tidak dapat dibandingkan langsung PRK itu dengan perang di zaman Nabi SAW. Jika ia tidak dikira ibadat, maka mengadakannya dalam bulan puasa boleh dikira mahu mengganggu ibadat orang PAS.
Tetapi pada PAS yang dalam ikrar iftitah solatnya semua kegiatan hidup selepas dilahirkan hingga matinya adalah ibadat, maka penyartaan adalah ibadat. Sekalipun kegiatan PRK itu mengganggunya melakukan lain-lain ibadat biasa dalam bulan itu, maka tiada ibadatnya walaupun tidak dapat banyak bertadarus, bertahajud dan lain-lain ibadat siang dan malam, tetapi ia diisi dengan PRK yang dilakukan sebagai ibadat.
Apapun kempen tidaklah banyak dapat merapatkan silaturrahim sesama umat Islam yang terllibat dalam PRK itu, maka boleh dikatakan tidak banyak bijaknya SPR mengadakannya dalam bulan puasa kerana Ramadhan itu orang Islam BN terpaksa bertempur dengan orang Islam PAS.
Bertempur antara keduanya memang tidak dapat dielak, maka mengapa SPR dedahkan masing-masing dengan pertempuran dalam bulan yang mubarak itu? Mengapa tidak dibuat di luar bulan itu?
KUALA LUMPUR:
Negara hari ini amnya dan rakyat keseluruhan khasnya tidak memerlukan
‘ahli parlimen kedai kopi’ ke arah memacu negara mencapai standard dan
piawaian negara maju.
Demikian pandangan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan sebagai respons kepada kekecohan yang tercetus di Dewan Rakyat semalam.
Berikut adalah tulisan beliau.
Parlimen adalah sidang para wakil rakyat yang dipilih melalui mandat rakyat teramai dalam pilihanraya. Ertinya mereka adalah figure terpilih seramai 222 orang mewakili rakyat seluruh negara. Sama ada mereka mewakili Barisan Nasional [ 133 ] ataupun Pakatan Rakyat [ 89 ].
Kini wakil-wakil rakyat ini sedang bersidang dan bermesyuarat sejak 24 Jun 2013 yang lalu.
Mesyuarat pertama adalah untuk membahaskan Titah Diraja, Rang Undang-Undang dan Bajet Tambahan serta menjawab lisan soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen.
Masa sidang masih berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum ia berakhir pada Khamis ini bersamaan 18 Julai 2013 bagi Mesyuarat Pertama pada Penggal Pertama.
Suasana sidang hari ini sangat mendukacitakan saya. Apabila terdapat Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan atau ungkapan yang sering disebut oleh Yang Dipertua Dewan sebagai ‘kalimah unparliamentary’.
Mungkin kerana saya junior di Parlimen ini tetapi ia tetap menjadi satu kesalahan yang tidak wajar diungkap oleh ahli parlimen atau seorang yang bergelar pemimpin.
Contohnya semalam MP Kinabatangan beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang saya anggap keterlaluan apabila melemparkan sangkaan jahat kononnya pasangan Alvin dan Vivian yang menghina Islam adalah tajaan DAP.
Lebih tidak beradab apabila beliau menyebut dengan nada yang tinggi perkataan ‘kafir laknat’ kepada seorang ahli parlimen yang lain meskipun ahli parlimen itu adalah seorang non muslim.
Saya menyaksikan situasi ini dengan penuh kesal. Usahkan saya, kelihatan Yang Dipertua Dewan juga sukar untuk mententeramkan mereka.
Berhujah menggunakan bahasa kesat dan nada suara memekik terlolong tanpa memperduli amaran Yang Dipertua supaya masing-masing duduk dan menumpukan kepada topik perbahasan.
Suasana parlimen semalam, kalaupun tidak menyerupai ‘pasar borong’ , tidak keterlaluan kalau saya katakan ianya tidak ubah seperti kedai kopi.
Selayaknya ahli-ahli parlimen sebegini mempertingkatkan disiplin diri, berbahas berasaskan hujah , fakta dan figur, bukan emosi yang tidak menentu disulam pula sangkaan jahat antara satu sama lain.
Memekik terlolong meningkah antara satu sama lain. Ia tidak menyelesaikan masaalah dan tidak membantu ahli parlimen membuat keputusan dengan baik.
Saya harap ia tidak dicontohi oleh ahli-ahli parlimen baru. Ia adalah sempadan yang wajar dihindari.
Senior sayugianya menunjuk contoh yang baik kepada ahli parlimen yang junior. Lebih penting untuk diinsafi betapa mereka sedang ditonton oleh rakyat bahkan sedang diperhatikan oleh dunia. Kualiti ahli parlimen ini masih rendah.
Justeru itu, negara perlukan perubahan besar untuk melahirkan ahli parlimen bertaraf dunia.
Sungguh saya sebut di sini bahawa negara hari ini amnya dan rakyat keseluruhan khasnya tidak memerlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’ ke arah memacu negara mencapai standard dan piawaian negara maju.
“Intipati cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal menetapkan undang-undang dan peraturan,” ujar jurucakap Badan Bertindak Bantah TPPA, Azlan Awang dalam satu kenyataan.
Berikut ialah kenyataan bersama Badan Bertindak Bantah TPPA.
Ketika rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) berlangsung sekali lagi secara tertutup, kami Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia mengeluarkan kenyataan bersama ini untuk menyatakan pendirian kami dan ingin menarik perhatian rakyat terhadap isu–isu berikut:
Kedaulatan nasional dan ruang polisi negara-negara TPPA
Pelbagai bab dalam perjanjian TPPA ini menghadkan ruang untuk kerajaan menggubal polisi-polisi demi kepentingan masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada. Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS) dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (ISDS) adalah antara cara bagaimana TPPA menganugerahkan kuasa kepada syarikat antarabangsa (MNCs) untuk mereka mengenepikan dan meredah sistem perundangan negara dengan mereka boleh menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal timbang-tara antarabangsa.
Akses terhadap ubat-ubatan
Amerika Syarikat telah mencadangakan peraturan yang mana jika diterima akan memudahkan syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi memperoleh tempoh paten ubatan yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kesukaran atau kelewatan akses terhadap ubatan generic mampu milik seperti ubatan untuk kanser, HIV dan ubatan penting yang lain serta menaikkan harga ubat-ubatan.
Akses terhadap ilmu pengetahuan
Seperti mana langkah-langkah perlindungan harta intelek TPPA akan menyebabkan ubatan dan rawatan menjadi lebih mahal kepada rakyat, aktiviti pembelajaran dan penyelidikan negara-negara TPPA juga boleh terjejas dengan peningkatan kos apabila undang-undang hakcipta menjadi lebih ketat termasuklah hak-hak digital yang dikongsi bersama seperti Internet.
Perlindungan terhadap alam
Negara-negara TPPA didesak untuk bersetuju terhadap polisi yang menjurus kearah pro-industri, kawalan perundangan alam sekitar secara peribadi (self-regulated), kesukaran perpindahan teknologi mesra alam and langkah-langkah perlindungan pelaburan yang mendedahkan Malaysia kepada ancaman korporat terhadap polisi-polisi alam sekitar seperti mana yang telah dihadapi oleh negara-negara lain.
Hak-hak pekerja
Terdapat cadangan untuk menafikan langkah kerajaan memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap pekerja (seperti gaji minima dan piawaian kesihatan dan keselamatan) yang sedang dilaksanakan dan melarang arahan untuk perlaksanaan latihan dan syarat-syarat pengambilan pekerja oleh syarikat luar.
Industri kecil dan sederhana
Tindakan TPPA untuk mewujudkan pasaran bebas dan merendahakan tariff akan menyebabkan semua sektor yang berkaitan kehilangan pekerjaan secara mendadak. Ini menyebabkan penurunan gaji dan meningkatkan jurang ekonomi kaya – miskin. Penurunan tariff akan memberi kesan besar kepada 300,000 petani dari negeri-negeri utara , mereka akan terpaksa berhadapan dengan persaingan yang tidak saksama dengan pengeksport produk pertanian dari negara-negara TPPA seperti AS, Kanada dan Jepun - yang tidak akan mengurangkan susidi kepada petani mereka. Malaysia akan mengalami nasib buruk seperti Mexico melalui North American Free Trade Agreement dengan AS yang menyaksikan kehilangan sebanyak tiga juta daripada sepuluh juta pekerjaan dalam bidang pertanian.
Perjanjian TPP ini jelas memihak kepada aspirasi tamak komersial sejumlah kecil syarikat multinasional (MNCs) yang akan mendapat manfaat maksimum tanpa mengambil peduli kebimbangan masyarakat dan rakyat jelata di 12 negara TPPA terhadap kebajikan dan masa depan rakyat yang terancam.
TPPA bukan satu perjanjian yang adil dan juga bukan bebas tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengenepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosio-ekonomi. Intipati cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal menetapkan undang-undang dan peraturan.
Kami, Badan Bertindak Bantah TPPA dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah: 1. Analisis kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) dan kajian perbandingan faedah (comparative advantage study) dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
2. Teks perjanjian dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
3. Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA.
4. Sebuah referendum dibuat untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.
Persidangan kali ke-18 perwakilan negara-negara TPPA sedang berlangsung di Sabah, di No. 1 Sutera Harbor Boulevard, Kota Kinabalu. Wakil daripada 12 negara Asia sedang berunding dengan delegasi Amerika 15 – 25 Julai 2013. Kami menuntut sikap telus kerajaan dan kami mahu kebimbangan rakyat dibawa masuk ke dalam persidangan atau batalkan sahaja perjanjian ini.
Kami Badan Bertindak Bantah TPPA (Bantah TPPA) menyeru rakyat Malaysia untuk berkumpul secara aman pada 19 Julai 2013 dalam himpunan bantah TPPA di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat jam 2.15 petang sebelum bersama bergerak ke Kementerian Perdangangan Dalam Negeri (MITI) untuk menyerahkan memorandum bantahan.
Apa perkembangan Dasar Sukan Negara 2009
Harakahdaily, | 17 Jul 2013 |
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [PAS-Pasir Mas] mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain sebagaimana di bawah.
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan adakah kajian E.I.A (Penilaian Impak Alam Sekitar) dijalankan untuk kerja-kerja penambakan tanah yang sedang dilaksanakan (Jun 2013) di Sungai Terengganu di muara Kuala Terengganu di belakang Kampung Cina.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah anggota Polis Diraja Malaysia.
Dr. Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah Kerajaan boleh memastikan tahap 'Denggi Sifar' dapat dicapai di kalangan rakyat di negara ini.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan aduan pekerja terhadap majikan yang mengamalkan amalan khidmat kontrak yang dilihat menindas pekerja.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh Kementerian kepada usahawan tani luar bandar dan apakah ia mematuhi syariah.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berapakah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal serta namakan syarikat pembekal dakwat kekal berkenaan.
Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) bilakah Kerajaan akan menubuhkan sebuah Kementerian khusus untuk Petroleum dan Mineral Negara bagi mengekang kuasa yang terlalu luas diberikan kepada YAB Perdana Menteri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144); dan
(b) adakah peruntukan dalam Akta 144 masih relevan dengan persekitaran ekonomi dan ekosistem dunia perniagaan antarabangsa masa kini.
Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan kesan daripada peruntukan geran penanaman semula kelapa sawit berhasil rendah yang telah diberikan kepada pekebun kecil sejak 3 tahun kebelakangan ini.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan benteng tebatan banjir di Tebing Sungai Golok (sebelah Malaysia) di Rantau Panjang bagi mengelakkan bencana banjir yang saban tahun melanda negara ini, khususnya di negeri Kelantan.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) status semasa program pelarian UNHCR dan jumlah pelarian terlibat dalam negara ini; dan
(b) program jangka pendek dan panjang yang telah dilakukan oleh Kerajaan dan NGO dalam mengatasi masalah ekonomi dan sosial kumpulan pelarian ini.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan Kementerian untuk mengatasi pelanggaran undang-undang dan peraturan apabila pembinaan pagar haram di sekeliling kebanyakan kawasan perumahan awam menjadi berleluasa akibat kejadian jenayah yang semakin meningkat.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kesihatan menyatakan tentang keperluan logistik yang tidak mencukupi di hospital daerah dan kemudahan untuk perkhidmatan kesihatan yang melibatkan kawasan pedalaman seperti kawasan orang asli.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapakah purata jumlah penerbangan dan penumpang setiap hari yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah justifikasi Majlis Perundingan Gaji Negara menetapkan perintah gaji minimum sebanyak RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala RM800 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian berdasarkan laporan kajian yang dikeluarkan oleh IKRAM pada tahun 2009 terhadap sekolah-sekolah di daerah Dungun.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan apakah sikap Kerajaan Persekutuan terhadap pembelian dakwat kekal yang jelas tidak kekal dan memaklumkan siapa pembekal dan berapakah kosnya.
Khuatir ketelusan SPPBS
Mohamad Zamzuarie Bin Mohamad Noor, |
Adakah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ada menerangkan dan menghebahkan kepada ibu bapa tentang perkara ini.? Saya tahu ibu bapa ada dimaklumkan tentang SPPBS ini semasa taklimat murid baru, tetapi berapa peratus ibu bapa yang mengambil cakna dan faham terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar? Sebabnya sehingga kini masih ada lagi ibu bapa yang masih tidak sedar dan tahu secara terperinci perlaksanaan sistem ini. Sepatutnya makluman dan hebahan perubahan sistem ini dibuat bukan setakat di sekolah malah perlu juga dibuat melalui iklan di media cetak mahupun media elektronik. Saya amat yakin dan percaya bahawa ramai ibu bapa yang tidak mengetahui kaedah perlaksanaan sistem ini. Sistem penyampaian maklumat harus dipertingkatkan untuk memastikan semua maklumat sampai kepada golongan sasar.
Saya agak kuatir dan was-was dengan tahap ketelusan, integriti dan kebolehpercayaan sistem SPPBS ini. Yang saya ketahui penilaian ini dilakukan oleh guru-guru yang mengajar murid masing-masing. Setakat yang saya ketahui, standard soalan ujian yang dilaksanakan oleh semua sekolah bergantung kepada guru yang mengajar mereka. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab soalan semasa dibuat ujian, pelajar ini akan dibenarkan mengulangi semula soalan bab yang diuji berulang kali sehingga pelajar tersebut dapat menguasai bab yang diuji. Maka terdapat kemungkinan akan wujudnya ”manipulasi” oleh sekolah-sekolah yang mempunyai rekod yang kurang baik untuk meningkatkan prestasi murid-murid mereka. Janganlah nanti kita terkejut bila pencapaian sekolah harian lagi tinggi dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mahupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) disebabkan perlaksanaan SPPBS ini.
Sistem SPPBS ini diwujudkan pada masa tersebut adalah bagi menutup isu yang menyatakan sistem pendidikan Malaysia hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sepatutnya pelbagai kaedah boleh dilaksakan, sebagai contohnya dengan melihat sistem pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di mana mereka menjalankan sistem peperiksaan dan kerja kursus. Dalam kerja kursus mahasiswa diberikan markah oleh pensyarah melalui tugasan, kuiz, ujian berkala dan sebagainya bergantung kepada IPT. Peperiksaan akhir semester tetap dilaksanakan dan biasanya mewakili 60 peratus-70 peratus daripada markah keseluruhan bergantung kepada subjek dan IPT masing-masing. Dalam SPPBS tiada peperiksaan untuk pelajar tingkatan 3 dan 100 peratus dinilai berasaskan sekolah.
Saya merasakan sistem ini terdapat banyak kelemahan dan memerlukan kajian yang lebih terperinci, janganlah hanya ”indah khabar dari rupa” disebabkan untuk transformasi pendidikan langkah ini dibuat secara tergesa-gesa. Saya amat percaya dan yakin sekiranya dibuat soal-selidik dalam kalangan guru persoalan yang diutarakan oleh saya ini ada benarnya. Saya juga amat percaya masih ada lagi pelaksana dasar ini iaitu guru masih lagi ada yang kabur dan kurang jelas tentang perlaksanaan sistem ini. Ini belum lagi mengambilkira sistem online yang masih lagi bermasalah hingga kini. Usahlah menafikan kebenaran semata-mata untuk ”menjaga kerusi” masing-masing.
Sebagai contohnya, sekiranya ada pelajar yang dimanipulasikan keputusan ini berjaya memasuki SBP mahupun MRSM di tingkatan 4, apa yang akan terjadi kepada generasi ini bila menghadapi SPM? Akhirnya negera yang akan rugi disebabkan kesilapan kita sendiri sekiranya kita tidak melihat balik kepada komen-komen dan ulasan-ulasan yang diutarakan oleh warga pendidik mahupun masyarakat.
Tak salah PRK bulan puasa
Subky Latif, | 17 Jul 2013 |
Kalau ia tidak salah diadakan dalam bulan puasa atau bukan dalam bulan puasa, mengapa tidak diadakan selepas puasa?
Pilihan Raya Kecil Kuala Besut itu bermula 12 Julai ini, hari penamaan calonnya dan mengundi pada 24 Julai.
Bulan Ramadhan adalah bulan ibadat. Walaupun ibadat itu kewajipan sepanjang tahun tetapi tumpuan digandakan dalam bulan al-Mubarak itu. Maka seboleh-bolehnya ahli ibadat mahu menumpukan masa sebulan itu dengan ibadat yang boleh merapatkan silaturrahim sekalian umat Islam. Puasa itu adalah bagi meningkatkan taqwa semua orang.
Tetapi pilihan raya adalah ibadat bagi setengah orang iaitu yang taqwanya memang kuat yang solatnya untuk taqwa, ibadatnya untuk taqwa, hidupnya untuk taqwa dan matinya demi taqwa. Bagi yang menerima agamanya sebagai addin maka Pilihan Raya Kecil itu adalah ibadat yang dapat mengukuhkan taqwanya.
Jika orang Islam di zaman Rasulullah boleh berperang dalam bulan puasa, tidak terganggu semua ibadatnya, bahkan perang dalam bulan puasa itu meningkatkan taqwa para mujahidin itu, maka Pilihan Raya Kecil yang diadakan dalam bulan puasa tidaklah berperang yang banyak kali berlaku dan hidup baginda.
Perang tidak ditentukan masanya. Walaupun pada Arab dulu ada bulan tertentu cuti berperang, tetapi perang yang disertai Nabi tidak dapat ditentukan masanya. Apabila perang itu sudah berada di ambang, maka tidak kira bulan puasa atau sebaliknya mereka mesti berperang.
Jika ia dalam bulan puasa, maka tiada pilihan bagi orang Islam terpaksa berperang sambil puasa.
Tetapi PRK Kuala Besut boleh diadakan semasa puasa dan selepas puasa. Tiada fikahnya mengatakan ia lebih afdal bulan puasa atau kurang pahalanya bulan Syawal nanti.
Adakah kerana ia diadakan dalam bulan ibadat maka tiada penipuan oleh SPR diadakan masa itu? Kerana rasuah politik itu adalah satu jenayah dan berdosa, maka tiada rasuah berterangan oleh BN?
Adakah rasuah pilihan raya itu berdosa pada politik saja dan tidak berdosa pada syarak? Kalau BN dan SPR mengira begitu, maka ia adalah fahaman sekular, PRK tidak jadi sebahagian dari ibadat. Apabila ia tidak ibadat, maka ibadat puasa boleh diganggu oleh kegiatan PRK.
Rasanya tiada fatwa tentang pilihan raya itu ibadat. Jika ia bukan ibadat maka tumpuan ibadat sudah terganggu. Jika ia bukan ibadat, maka tidak dapat dibandingkan langsung PRK itu dengan perang di zaman Nabi SAW. Jika ia tidak dikira ibadat, maka mengadakannya dalam bulan puasa boleh dikira mahu mengganggu ibadat orang PAS.
Tetapi pada PAS yang dalam ikrar iftitah solatnya semua kegiatan hidup selepas dilahirkan hingga matinya adalah ibadat, maka penyartaan adalah ibadat. Sekalipun kegiatan PRK itu mengganggunya melakukan lain-lain ibadat biasa dalam bulan itu, maka tiada ibadatnya walaupun tidak dapat banyak bertadarus, bertahajud dan lain-lain ibadat siang dan malam, tetapi ia diisi dengan PRK yang dilakukan sebagai ibadat.
Apapun kempen tidaklah banyak dapat merapatkan silaturrahim sesama umat Islam yang terllibat dalam PRK itu, maka boleh dikatakan tidak banyak bijaknya SPR mengadakannya dalam bulan puasa kerana Ramadhan itu orang Islam BN terpaksa bertempur dengan orang Islam PAS.
Bertempur antara keduanya memang tidak dapat dielak, maka mengapa SPR dedahkan masing-masing dengan pertempuran dalam bulan yang mubarak itu? Mengapa tidak dibuat di luar bulan itu?
Parlimen bukan kedai kopi - Nasrudin
Harakahdaily, | 17 Jul 2013 |
Demikian pandangan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan sebagai respons kepada kekecohan yang tercetus di Dewan Rakyat semalam.
Berikut adalah tulisan beliau.
Parlimen adalah sidang para wakil rakyat yang dipilih melalui mandat rakyat teramai dalam pilihanraya. Ertinya mereka adalah figure terpilih seramai 222 orang mewakili rakyat seluruh negara. Sama ada mereka mewakili Barisan Nasional [ 133 ] ataupun Pakatan Rakyat [ 89 ].
Kini wakil-wakil rakyat ini sedang bersidang dan bermesyuarat sejak 24 Jun 2013 yang lalu.
Mesyuarat pertama adalah untuk membahaskan Titah Diraja, Rang Undang-Undang dan Bajet Tambahan serta menjawab lisan soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen.
Masa sidang masih berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum ia berakhir pada Khamis ini bersamaan 18 Julai 2013 bagi Mesyuarat Pertama pada Penggal Pertama.
Suasana sidang hari ini sangat mendukacitakan saya. Apabila terdapat Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan atau ungkapan yang sering disebut oleh Yang Dipertua Dewan sebagai ‘kalimah unparliamentary’.
Mungkin kerana saya junior di Parlimen ini tetapi ia tetap menjadi satu kesalahan yang tidak wajar diungkap oleh ahli parlimen atau seorang yang bergelar pemimpin.
Contohnya semalam MP Kinabatangan beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang saya anggap keterlaluan apabila melemparkan sangkaan jahat kononnya pasangan Alvin dan Vivian yang menghina Islam adalah tajaan DAP.
Lebih tidak beradab apabila beliau menyebut dengan nada yang tinggi perkataan ‘kafir laknat’ kepada seorang ahli parlimen yang lain meskipun ahli parlimen itu adalah seorang non muslim.
Saya menyaksikan situasi ini dengan penuh kesal. Usahkan saya, kelihatan Yang Dipertua Dewan juga sukar untuk mententeramkan mereka.
Berhujah menggunakan bahasa kesat dan nada suara memekik terlolong tanpa memperduli amaran Yang Dipertua supaya masing-masing duduk dan menumpukan kepada topik perbahasan.
Suasana parlimen semalam, kalaupun tidak menyerupai ‘pasar borong’ , tidak keterlaluan kalau saya katakan ianya tidak ubah seperti kedai kopi.
Selayaknya ahli-ahli parlimen sebegini mempertingkatkan disiplin diri, berbahas berasaskan hujah , fakta dan figur, bukan emosi yang tidak menentu disulam pula sangkaan jahat antara satu sama lain.
Memekik terlolong meningkah antara satu sama lain. Ia tidak menyelesaikan masaalah dan tidak membantu ahli parlimen membuat keputusan dengan baik.
Saya harap ia tidak dicontohi oleh ahli-ahli parlimen baru. Ia adalah sempadan yang wajar dihindari.
Senior sayugianya menunjuk contoh yang baik kepada ahli parlimen yang junior. Lebih penting untuk diinsafi betapa mereka sedang ditonton oleh rakyat bahkan sedang diperhatikan oleh dunia. Kualiti ahli parlimen ini masih rendah.
Justeru itu, negara perlukan perubahan besar untuk melahirkan ahli parlimen bertaraf dunia.
Sungguh saya sebut di sini bahawa negara hari ini amnya dan rakyat keseluruhan khasnya tidak memerlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’ ke arah memacu negara mencapai standard dan piawaian negara maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan