Posted on Tuesday, July 30 @ 10:14:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: laniismaa
"Hari ini kita dikejutkan sekali lagi dengan kejadian ala mafia di Malaysia. Kejadian tembak mati terkini apabila Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur 1.30 petang tadi. Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, mati serta merta di tempat kejadian. Isteri beliau menerima kecederaan di lengan.
Anak pengasas bank itu, Ahmad Najadi terkejut dengan pembunuhan bapanya. Dia terkejut apabila kejadian itu berlaku lebih-lebih lagi ia dilakukan pada waktu siang di Kuala Lumpur, katanya kepada Bernama.
Dia juga berkata, ironinya adalah Hussain Ahmad dibunuh di Malaysia, negara yang amat disayanginya dan dianggap sebagai tanah tumpah darah beliau selama lebih empat dekad.
Beliau hanya mampu menggesa pihak berkuasa menahan pembunuh bapanya dan mengheret ke muka pengadilan.
Yang pasti, polis juga mempunyai pelbagai alasan selepas ini. -eResipi
Baca juga :Lagi Nora Danish bersama anak menteri yang suka bersedekah!!
Zahid Hamidi akui indeks jenayah di New York lebih rendah?
Posted on Monday, July 29 @ 17:53:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"Nampaknya Malaysia terpaksa belajar dari Amerika Syarikat cara untuk menangani jenayah yang semakin menjadi-jadi.
Apakah kenyataan Zahid Hamidi di bawah secara tidak langsung mengakui indeks jenayah di Kuala Lumpur lebih tinggi dari kotaraya metropolitan New York?
Malaysia Kukuh Kerjasama Dengan AS Untuk Kurangkan Indeks Jenayah
29 Julai 2013
PUTRAJAYA: Malaysia akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan dan mengurangkan indeks jenayah di negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak aspek yang boleh dipelajari dari AS terutama dari segi latihan.
"Jenayah yang berlaku sekarang adalah berkenaan jenayah indeks yang telah berjaya dikurangkan terutamanya oleh Jabatan Polis New York (NYPD).
"Inilah yang kami cuba pelajari kerana New York pada suatu ketika merupakan satu tempat yang mempunyai indeks jenayah tinggi tetapi dapat dikurangkan melalui beberapa tindakan drastik oleh NYPD," katanya.
mstar.com.my"
Usha buruk nama baik Hadi Awang
Posted on Tuesday, July 30 @ 10:16:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: anaabdullah
"
Walaupun
ada orang kata Melayu muda lupa, tetapi penulis tak pernah lupa dengan
kata kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama dahulu bersabit dengan
jawatan yang di sandang hingga sekarang ini.
Mungkin
ada sesetengah sudah lupa, tetapi penulis tetap tak lupa dengan kata
presiden PAS yang mengambarkan betapa tawaduknya beliau apabila ada
pihak yang suba buruk dan hendak menjatuhkannya sebagai presiden parti.
Memang
jawatan presiden parti PAS tidak pernah dicabar setakat hari ini.
Perlembagaan parti Islam semalaysia ini tidak pernah menghalang mana
individu untuk turut mencabar jawatan tersebut menerusi usul kawasan
kawasan di seluruh negara.
Lainlah Jawatan timbalan presiden yang telah dicabar setiap kali muktamar di adakan dua tahun sekali sebagai tahunan pilihan jawatankuasa parti sepertimana yang telah dibenarkan perlembagaan.
Lainlah Jawatan timbalan presiden yang telah dicabar setiap kali muktamar di adakan dua tahun sekali sebagai tahunan pilihan jawatankuasa parti sepertimana yang telah dibenarkan perlembagaan.
Penulis tak ada niat untuk pergi
jauh apabila bercakap pasal ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Abdul
Hadi Awang sebagai presiden PAS pada muktamar yang akan diadakan pada
Novembr 2013 ini.
Penulis masih belum lupa
kata kata yang keluar dari mulut presiden sendiri yang berbunyi:
“sesiapa sahaja boleh ambil alih jawatan presiden parti ”.Bermakna
beliau tidak kisah dengan jawatan yang di sandangnya.
Ini
menunjukkan “lampu hijau” sudah lama nyala dan tidak akan mati mati
asalkan ada orang yang lebih layak untuk menjadi presiden parti. Tidak
timbul jawatan itu hak milik Haji Abdul Hadi Awang.
Atau dengan kata lain bukan atas kehendak beliau jawatan itu disandang sehingga hari ini.Dia adalah hak para perwakilan.
Oleh itu sangat tidak patut mengatakan PAS hak mertua dan menantu yang telah dilabelkan oleh pihak tertentu dua tiga hari ini.
Dengan
itu, maka tiada sebarang halangan untuk ahli PAS tukar presiden jika
ada orang lain yang lebih layak berbanding presiden sekarang. Sangat
tidak wajar ada pihak berusaha hendak menjatuhkannya melalui isu yang
dimainkan.
Bukan setakat cuba untuk
menjatuhkannya, malahan semacam ada pihak yang cuba memburuk buruk nama
baik Haji Hadi Awang yang amat tidak patut boleh berlaku dalam parti
yang memperjuangkan Islam.
Pada penulis,
alasan parti pas hak milik mertua dan menantu yang jelas boleh
mengambarkan haji Hadi seorang yang pelahat dengan jawatan yang
disandang dan buruk perangainya sepanjang menyandang jawatan tersebut,
sedangkan tuan punya badan sudah nyatakan sesiapa saja boleh ambil alih
jawatan itu.
Maka sangat molek kawasan kawasan
yang bermesyuarat mencalonkan seseorang yang difikirkan layak mengganti
jawatan presiden pada muktamar yang akan berlangsung pada November ini.
Seingat
penulis Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ini pernah menolak pelantikan
menteri besar Terengganu sebaik PAS menang besar dalam PRU 10
(1999-2004).
Beliau tak mahu dilantik sebagai menteri besar Terengganu, tetapi PAS pusat yang mahu beliau sandang jawatan tersebut.
Demikian
juga dengan jawatan presiden PAS yang boleh ditukar selama dua tahun
sekali. Tiada halangan untuk sessiapa mencabar jawatan itu.
Bukan
setakat itu sahaja, malah beliau pernah berkata dan bersedia berundur
jika ada orang lebih layak untuk melayari kapal PAS yang sedang belayar
dilautan yang penuh dengan gelora itu.
Guan Eng: ancam sekat internet, cubaan jahat BN kekalkan kuasa
Posted on Monday, July 29 @ 13:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Roketkini
GEORGE TOWN, 29 JULAI: DAP menentang keras langkah BN untuk menyekat penggunaan internet yang dilihat sebagai cubaan mengekang kebebasan maklumat demi mengekalkan kuasa.
Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.
Beliau menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.
“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah.
“Ini jelas menunjukkan BN tidak memahami kemahuan rakyat yang sentiasa menginginkan kebenaran, kebebasan dan pencarian ilmu tanpa ditapis oleh propaganda, perkauman dan ideologi pelampau,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan, menyifatkan langkah ke arah menyekat internet dan media sosial oleh BN itu tiada bezanya daripada kerajaan yang bercorak diktator autokratik.
“BN melihat internet sebagai satu ancaman kerana kebebasan dan kebenaran dalam internet membenarkan pembohongan, benci dan takut akan cepat terdedah.
“Sebagai contoh, BN sebelum ini memfitnah dengan mendakwa anak lelaki saya mencabul rakan perempuan sekelasnya, namun pembohongan berniat jahat itu berjaya didedahkan melalui internet, kita dapati beliau adalah juara catur Hong Kong yang tidak pernah ke Pulau Pinang, tidak pernah bertemu dengan saya atau anak saya.
“Adakah ini sebenarnya yang menakutkan BN?, takut pembohongan, kebencian dan rasuah mereka didedahkan dengan kebebasan internet?,” ujarnya.
-Roketkini.com
Posted on Monday, July 29 @ 13:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Roketkini
GEORGE TOWN, 29 JULAI: DAP menentang keras langkah BN untuk menyekat penggunaan internet yang dilihat sebagai cubaan mengekang kebebasan maklumat demi mengekalkan kuasa.
Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.
Beliau menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.
“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah.
“Ini jelas menunjukkan BN tidak memahami kemahuan rakyat yang sentiasa menginginkan kebenaran, kebebasan dan pencarian ilmu tanpa ditapis oleh propaganda, perkauman dan ideologi pelampau,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan, menyifatkan langkah ke arah menyekat internet dan media sosial oleh BN itu tiada bezanya daripada kerajaan yang bercorak diktator autokratik.
“BN melihat internet sebagai satu ancaman kerana kebebasan dan kebenaran dalam internet membenarkan pembohongan, benci dan takut akan cepat terdedah.
“Sebagai contoh, BN sebelum ini memfitnah dengan mendakwa anak lelaki saya mencabul rakan perempuan sekelasnya, namun pembohongan berniat jahat itu berjaya didedahkan melalui internet, kita dapati beliau adalah juara catur Hong Kong yang tidak pernah ke Pulau Pinang, tidak pernah bertemu dengan saya atau anak saya.
“Adakah ini sebenarnya yang menakutkan BN?, takut pembohongan, kebencian dan rasuah mereka didedahkan dengan kebebasan internet?,” ujarnya.
-Roketkini.com
Jenayah: PAS gesa panggil sidang khas parlimen
Abdul Aziz Mustafa, | 31 Jul 2013 |
"Satu sidang khas Parlimen mesti dipanggil segera sebelum Hari Raya.
"Bagaimana rakyat hendak pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri sedangkan bukan sahaja keselamatan harta tidak terjamin malah keselamatan nyawa pun tidak terjamin.
"Jaminan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) bahawa pihak polis akan mempertingkatkan penguatkuasaan keselamatan tidak mampu lagi meredakan kebimbangan rakyat kerana polis kelihatan sudah hilang kawalan," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu merasa amat bimbang kerana keadaan keselamatan negara kini seolah-olah ditentukan oleh penjenayah.
"Seolah-olah penjenayah yang menentukan bila mereka hendak mengganas dan bila mereka hendak berehat sebentar dari melakukan keganasan," katanya.
Mahfuz juga mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa pihaknya akan mempertingkatkan keselamatan sedangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri seolah-olah mengaku kalah apabila berkata, polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.
Zahid berkata, polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini memandangkan mereka menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan.
"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.
Mahfuz menyifatkan kenyataan Zahid itu menambahkan lagi kebimbangan rakyat dan menguatkan lagi alasan supaya dipanggil segera sidang khas Parlimen bagi membahaskan berleluasanya jenayah itu.
"Jika sidang khas Parlimen itu diadakan, PAS akan memanggil pakar-pakar keselamatan yang terdiri bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera bagi memberikan cadangan dan pandangan.
"Cadangan dan pandangan mereka itu akan dibawa oleh ahli-ahli Parlimen PAS untuk dibahaskan jika sidang khas itu dipanggil," katanya.
Mahfuz menegaskan, kerajaan tidak boleh berlengah-lengah lagi ketika kadar jenayah berat naik begitu mendadak dan membimbangkan sedangkan tidak sampai sebulan lalu media pro-kerajaan membantah malah mempersendakan dakwaan sebuah laman web bahawa Kuala Lumpur adalah bandaraya keenam paling berbahaya di dunia.
"Tetapi dengan berleluasanya pembunuhan menggunakan senjata api, dakwaan laman web itu perlu diberi perhatian serius," katanya.
Pertengahan Jun lalu, laman web 10awesome.com mendakwa Kuala Lumpur) dikatakan salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia di mana kadar jenayah meningkat sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Rakyat kini semakin cemas dengan berlakunya beberapa kes melibatkan senjata api dalam masa beberapa hari sahaja.
Isnin lalu, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
Selain dua kes berprofil tinggi itu, satu lagi kes tembak dilaporkan semalam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menyebabkan seorang cedera dan pada Ahad malam pula seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh.
Wakil EU tidak dedah isi pertemuan dengan Morsi
Harakahdaily, | 31 Jul 2013 |
MESIR: Ketua Dasar Asing Kesatuan Eropah (EU) Cathrine Ashton yang bertemu dengan Dr Mohammed Morsi semalam mendakwa beliau tidak mengenali di mana tempat presiden yang digulingkan tentera itu disembunyikan.
Beliau juga berkata, Morsi tidak dikunjungi oleh mana-mana wakil dan beliau juga gagal dihubungi oleh keluarga selain mereka tidak tahu di mana Morsi disembunyikan.
Ashton memberitahu media dalam sidang akhbar bersama Naib Presiden sementara Dr.Mohammed El-Baradei, semalam.
Beliau yang tiba di Mesir dua hari lalu mengadakan pertemuan dan perbincangan secara langsung selama dua jam dengan Morsi semalam.
Beliau juga menyifatkan pertemuan dua jamnya dengan Mursi sebagai "mesra, terbuka dan sangat jujur".
Walau bagaimanapun Ashton berkata, beliau "tidak dapat menyingkap secara terperinci" sambil mendakwa kesihatan Presiden Mursi berada dalam keadaan baik.
Beliau juga berkata, Mursi mempunyai akses kepada televisyen dan akhbar serta dimaklumkan berhubung keadaan dalam negara.
"Saya tidak tahu di mana dia berada, tetapi saya nampak kemudahan yang dia ada," katanya.
GEMPAR!!!!.. PENGETUA INI BUKAN SAJA SURUH PELAJAR CINA DAN INDIA BALIK KE NEGERI CHINA DAN INDIA TETAPI MINTA PELAJAR MELAYU BALIK KE INDONESIA!!!!!!
Difaham sebentar tadi, dalam suatu pertemuan dengan pemimpin MIC Pengetua Sek Men Keb Alam Megah, Shah Alam, Pengetua berkenaan mengaku ada mengeluarkan kata-kata sedemikian tetapi beliau juga ada berkata para penuntut Melayu supaya balik ke Indonesia.
Pn.Hjh.Miss Yati Bt Dani merupakan anak jati Selangor yang dilahirkan pada 7 Februari 1954 dan kini berusia 59 tahun merupakan anak keempat daripada sepuluh orang adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan.
Memulakan kerjaya guru sebagai guru penolong di SMK Teluk Datok, Banting (1980-1983). Berpindah ke SMK Meru, Klang dengan jawatan yang sama (1984-1989). Seterusnya ke SMK Sekyen 16, Shah Alam (1989-1990).
Berpindah ke SMK Seksyen 18, Shah Alam dengan jawatan yang sama (1991-1997). Beliau mula memegang jawatan GKMP Sains dan Matematik di SMK Raja Mahadi, Klang (1997-1998) dan seterusnya memegang jawatan Penolong Kanan Akademik di SMK Seksyen 16, Shah Alam (1998-2001).
Kerjaya sebagai pengetua pula bermula di SMK Tropikana, PJ (2001-2005). Beliau kemudiannya di tempatkan semula di SMK Seksyen 18, Shah Alam (2005-2007) selama dua tahun dan akhirnya di SMK Alam Megah, Shah Alam hinggalah kini (2007-2014).
Beliau kini adalah penyandang jawatan Pengetua Cemerlang DG52. Sepanjang berkhidmat, beliau telah menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali (2000 dan 2010) dan anugerah Pengetua Cemerlang DG52 (2009).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan