Isnin, 29 Julai 2013

FASA RAMADAN SEMAKIN BERAKHIR...JANGAN SURAU KEMBALI LENGGANG...IMAN MULA TIPIS...TAK DE LAGI CERITA 1000 BULAN

Apa khabar fasa akhir Ramadan?
Posted on Monday, July 29 @ 20:49:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Mulanya saya tidak berhasrat mengisi kolum Catatan Hujung ini. Keuzuran memang membataskan.  Tetapi, letih dan penat pada bulan Ramadan sebenarnya satu kenikmatan, sekurang-kurangnya menyuntik rasa kebersamaan dengan golongan tidak bernasib baik, yang sering lapar dan dihimpit kesusahan, 'kan?

Teringat pada hari-hari awal Ramadan ini, sebaik balik dari sekolah, anak bongsu saya dengan wajah ceria bercerita: "Hari ini Nurin tak rasa lapar pun, macam tak puasa saja, kat sekolah tadi main seperti biasa."

Saya sekadar membalas: "Alhamdulillah, Nurin dapat berpuasa dengan baik, tahniah, tapi ayah lebih suka kalau kita rasa lapar apabila berpuasa, dengan itu kita akan mudah ingat nasib orang lain yang selalu susah, yang tak cukup makan, sentiasa kerja berat untuk cari rezeki."  Sukar dipastikan apakah Nurin dapat menangkap mesej yang saya cuba sampaikan.

Namun begitu, sekadar melakar nota kecil ini, dengan azam cuba mengambil iktibar, diharapkan ada manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Keputusan PRK Kuala Besut tidaklah memeranjatkan. Malah, saya mengira mungkin majoriti kemenangan BN jauh lebih besar, mendekati sasaran Idris Jusoh. Difahamkan, mood pengundi dan penduduk setempat masih belum dirangsang secukupnya bagi mencetuskan perubahan, apatah lagi curahan projek dan janji-janji pembangunan ditabur.

Seperti lazimnya, walaupun sudah disebut berulang kali - tentang manipulasi media dan eksploitasi kemudahan kerajaan - tetapi begitulah taraf dan mutu demokrasi di Malaysia, masih dalam liga paling bawah. Manakala tafsiran rasuah politik disempitkan, ya, dengan tujuan untuk menghalalkan "jenayah" berterusan BN.

Namun, saya dan pastinya lebih ramai lagi tentu lebih terkesan dengan madrasah Ramadan yang dilalui. Ketika catatan ini dirakam, puasa sudah melepasi hari ke-17. Cuti Nuzul Quran. Balik dari pejabat tadi, walaupun jam menghampiri watku Jumaat, jalan raya sekitar Kuala Lumpur sesak teruk. Khabarnya, memang begitulah setiap tahun apabila warga Selangor menyerbu ibu kota membuat persiapan terakhir Aidilfitri pada hari cuti 17 Ramadan.

Lazimnya, mendekati fasa terakhir Ramadan, meskipun menjanjikan seribu satu tawaran dan anugerah hebat Ilahi, masyarakat Islam kerap terleka dan terabai. Masya-Allah, apakah kita begitu sombong dan tidak terusik nurani dengan bulan penuh keberkatan  yang semakin ditinggalkan ini.

Kita sentiasa diperingatkan bahawa setiap Muslim yang baik cukup berat hati untuk meninggalkan Ramadan, dengan iktibar mungkin tidak ketemu lagi tahun hadapan. Daripada kita menangis kesedihan pada malam Aidilfitri, lebih baik, dengan sisa berbaki 10 hari-hari akhir ini, kita melakukan muhasabah dan koreksi diri lebih awal.

Pokoknya, masih ada kesempatan dan ruang seluasnya untuk tulus mengabdikan diri kepada Allah, dengan meningkatkan amalan soleh, berzikir, bertaubat, beriktikaf, bersedekah, memberi makan orang fakir, menyantuni anak yatim, bangun menghidupkan malam, bertadarus, bertarawikh dan solat sunat yang lain, juga mengehadkan atau tidak menyibukkan diri dengan aktiviti keduniaan yang tidak pernah berakhir itu.

Cubalah kita semak aktiviti sepanjang hampir 20 hari berpuasa. Mungkin semasa meninggalkan Syaaban, ada tekad dan azam membara untuk menjadikan Ramadan kali ini jauh berbeda (dan cemerlang) daripada sebelumnya, tetapi sehingga kini masih jauh daripada sasarannya.

Seorang rakan dari Johor Bahru sering mengingatkan melalui SMS: "Dah berapa juzuk al-Quran? Agaknya dapat khatam tiga kali tahun ini?" Sahabat yang lain pula kerap bertanyakan agenda menolong fakir dan keluarga tahanan ISA. Beliau ringan tulang mengumpulkan sumbangan untuk meringankan bebanan orang lain.

"Kebahagiaan adalah berkongsi nikmat dengan lebih ramai orang, walaupun yang tidak dikenali, apatah lagi dengan keluarga rapat. Saudara elok salurkan juga derma ini kepada para demonstran penyokong Morsi di Mesir, terutama untuk juadah berbuka dan sahur mereka," cadangnya berkali-kali, dan  memaksa saya bertanyakan teman-teman yang akan pulang ke Kaherah kaedah terbaik untuk menyalurkannya kepada Ikhwan Muslimin di sana.

Terkenang juga seorang rakan  yang sentiasa mengambil "cuti raya" lebih awal, iaitu sepuluh hari terakhir Ramadan, untuk beriktikaf di masjid-masjid sekitar Kelantan. Dia - yang tidak pernah kalut untuk mencari tiket balik kampung sejak zaman kampus lagi - mengingatkan tentang cadangan saya sendiri, 20 tahun lalu, agar cuti raya digantikan dengan cuti akhir Ramadan.

"Sedih aku tengok, ramai antara kita yang berpusu-pusu balik kampung, tersangkut di perhentian bas atau terperangkap di jalan raya, atau bersesak-sesak di stesen keretapi, selain sibuk membeli-belah keperluan raya dengan tawaran harga murah, pada malam-malam akhir Ramadan, yang menjanjikan Lailaitulqadar, yang lebih baik daripada 1,000 bulan," pernah sekali dia meluahkan. 


 Zahid Hamidi akui indeks jenayah di New York lebih rendah?
Posted on Monday, July 29 @ 17:53:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"Nampaknya Malaysia terpaksa belajar dari Amerika Syarikat cara untuk menangani jenayah yang semakin menjadi-jadi.

Apakah kenyataan Zahid Hamidi di bawah secara tidak langsung mengakui indeks jenayah di Kuala Lumpur lebih tinggi dari kotaraya metropolitan New York?

Malaysia Kukuh Kerjasama Dengan AS Untuk Kurangkan Indeks Jenayah
29 Julai 2013

PUTRAJAYA: Malaysia akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan dan mengurangkan indeks jenayah di negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak aspek yang boleh dipelajari dari AS terutama dari segi latihan.

"Jenayah yang berlaku sekarang adalah berkenaan jenayah indeks yang telah berjaya dikurangkan terutamanya oleh Jabatan Polis New York (NYPD).

"Inilah yang kami cuba pelajari kerana New York pada suatu ketika merupakan satu tempat yang mempunyai indeks jenayah tinggi tetapi dapat dikurangkan melalui beberapa tindakan drastik oleh NYPD," katanya.

mstar.com.my"


 Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Pada 7 Ogos
Posted on Monday, July 29 @ 22:12:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini.
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada Isnin, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini.Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak A-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.
Tempat lain pula ialah di Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - BERNAMA

 Guan Eng: ancam sekat internet, cubaan jahat BN kekalkan kuasa
Posted on Monday, July 29 @ 13:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Roketkini

GEORGE TOWN, 29 JULAI: DAP menentang keras langkah BN untuk menyekat penggunaan internet yang dilihat sebagai cubaan mengekang kebebasan maklumat demi mengekalkan kuasa.

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.

Beliau menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.

“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah.

“Ini jelas menunjukkan BN tidak memahami kemahuan rakyat yang sentiasa menginginkan kebenaran, kebebasan dan pencarian ilmu tanpa ditapis oleh propaganda, perkauman dan ideologi pelampau,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan, menyifatkan langkah ke arah menyekat internet dan media sosial oleh BN itu tiada bezanya daripada kerajaan yang bercorak diktator autokratik.

“BN melihat internet sebagai satu ancaman kerana kebebasan dan kebenaran dalam internet membenarkan pembohongan, benci dan takut akan cepat terdedah.

“Sebagai contoh, BN sebelum ini memfitnah dengan mendakwa anak lelaki saya mencabul rakan perempuan sekelasnya, namun pembohongan berniat jahat itu berjaya didedahkan melalui internet, kita dapati beliau adalah juara catur Hong Kong yang tidak pernah ke Pulau Pinang, tidak pernah bertemu dengan saya atau anak saya.

“Adakah ini sebenarnya yang menakutkan BN?, takut pembohongan, kebencian dan rasuah mereka didedahkan dengan kebebasan internet?,” ujarnya.

-Roketkini.com


 Senarai Kes Tembakan Sepanjang Tahun Ini - Polis, Kami Takut!
Posted on Monday, July 29 @ 13:39:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Amenoworld

Baca berita tadi beb. Ada satu lagi kes tembakan. Kali neh mangsa tembakan ada yang mati. Yang kena tembak 3 orang. 2 disahkan parah. Lepak2 kat kedai makan jek pun kena tembak. Kejadian berlaku di Ipoh.

Di tembak depan rumah, ditembak selepas menunaikan solat, ditembak selepas parking bas, di tembak selepas keluar lif, di tembak selepas beli tosai, di tembak semasa bawa kenderaan, di tembak semasa berhenti kat traffic light merah, di tembak semasa melepak kat kedai makan.

Ini antara sebab2 tembakan misteri yang tatau apa punca nya. Namun polis menyifatkan kes2 tersebut berkaitan dengan dadah.

Budak umur empat tahun pun kena tembak beb.

Itu tak masuk lagi kes jenayah2 tembakan akibat samun. Nak menyamun satu hal, menyamun sampai nak membunuh orang pula tue. Gila kejam.

Ada satu kes tembakan berpunca dari isu remeh temeh je. Pemandu lori taknak bagi jalan pada kereta, sekali pemandu kereta pergi tembak pemandu lori tersebut.

Gila betul. Sanggup nak bunuh orang pasal hal2 gini?

Memang kita sebagai rakyat berhak rasa tak selamat. Ia bukan satu bilangan yang kecil untuk kita remehkan.

Persoalan2 yang bermain di minda kita ;

1. Betapa mudahnya senjata api diperolehi.

2. 'Pekerjaan Pembunuh Upahan' semakin berkembang pesat di Malaysia.

3. Malaysia semakin terdedah kepada jenayah bunuh yang lebih serius.

4. Penjenayah semakin ganas dan tidak berperikemanusiaan.

5. Penjenayah berani mencabar polis secara terbuka dan langsung tak rasa takut.

6. Jenayah melibatkan dadah semakin meruncing di negara neh sehingga ada yang tergamak membunuh orang bagi melindungi diri sendiri.

Kita tak tuduh. Tetapi ada spekulasi juga. Kejadian tembakan yang berlaku ke atas pengerusi MYWATCH baru2 neh ada kaitan dengan pendedahan yang akan dibuat olehnya mengenai salah laku dan jenayah yang melibatkan anggota POLIS.. bahkan kes2 tersebut ada juga dikaitkan dengan DADAH..

Sejujurnya sebagai rakyat di negara neh aku rasa takut dan rasa tak selamat.. penjenayah semakin berani melawan dan semakin berani mencabar penguatkuasa.. kenapa ini berlaku? Tindakan yang keras tidak cukup jika pengawasan kita lemah.. yang paling penting dalam isu soal keselamatan negara ialah kita kena tingkatkan tahap keselamatan dalam negara sebelum kita sembang kencang bab undang2 yang tegas..

Penjenayah tak lut bab undang2 yang tegas sebab dorang sentiasa ingat dorang takan ditangkap.. sebab tue kita kena fikirkan bab pengawasan.. apa agaknya tindakan yang mampu kita buat agar ;

1. Penjenayah rasa susah nak melakukan jenayah di negara ini..

2. Penjenayah rasa teragak2 nak melakukan jenayah...

3. Penjenayah takut nak melakukan jenayah secara terbuka disebabkan faktor pengawasan yang menyeluruh..

Sekarang neh kita rewind balik kes tembakan yang berlaku sepanjang tahun neh oke. Dari Jan sampai Julai. Belum masuk hujung tahun lagi.. fikir2kanla sendiri.. apakah yang dikatakan selamat itu benar2 selamat dalam erti kata sebenar.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-di-balakong-polis-tahan-penyelenggara-lif-1.145043

http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-arah-polis-berkas-segera-penjenayah-tembak-mati-tkp-kastam-1.154465

http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-buru-4-lelaki-kes-tetak-ikat-dan-tembak-1.164871

http://www.sinarharian.com.my/5-kes-tembak-di-kelantan-ada-kaitan-kumpulan-dadah-1.179943

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tahan-seorang-lelaki-bantu-siasatan-kes-tembak-1.47708

http://www.sinarharian.com.my/kes-tembak-3-beradik-antara-7-ditahan-1.37550

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kes-tembak-polis-minta-lelaki-serah-diri-1.161801

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-cari-lelaki-bantu-siasatan-1.157629

http://www.sinarharian.com.my/semasa/suspek-kes-tembak-guru-mungkin-pembunuh-upahan-1.180660

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130719/je_01/Lagi-guru-mati-ditembak-dalam-kereta

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-minta-saksi-bantu-siasatan-1.179635

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suspek-tembak-peraih-ikan-dikenal-pasti-1.163979

http://www.sinarharian.com.my/lelaki-cedera-parah-kena-tembak-1.164731

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/nekad-tembak-tuan-rumah-1.128099

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/budak-kena-tembak-1.182017

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/ditembak-selepas-balik-bersenam-1.186586

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pemandu-lori-peladang-ditembak-1.187327

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/lelaki-ditemui-maut-kesan-tembakan-di-kepala-1.184775

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/peniaga-kosmetik-cedera-ditembak-1.184705

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guru-cedera-ditembak-1.179043

http://www.sinarharian.com.my/mangsa-tembak-meninggal-1.177033

http://www.sinarharian.com.my/tembak-perut-selepas-samun-1.171458

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/mangsa-tembak-stabil-1.161107

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/nyaris-maut-kena-tembak-1.156004

http://www.sinarharian.com.my/semasa/peniaga-runcit-anak-ditembak-1.182938

http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-maut-ditembak-selepas-beli-tosai-1.179277

http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemandu-bas-sekolah-cedera-ditembak-1.167030

http://www.idhamlim.com/2013/07/lelaki-ditembak-mati-dua-parah-ketika.html

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-mywatch-ditembak-berada-dalam-keadaan-kritikal

amenoworld.blogspot.com

Tiada ulasan: