Posted on Wednesday, July 31 @ 01:07:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns
"
Adakah
punca jenayah semakin meningkat sekarang ini berpunca dari kekurangan
bilangan anggota polis dan kekurangan peralatan? Zahid Hamidi nak
salahkan apa pula atau siapa pula selepas ini? Kenyataan dari seorang
menteri sebegini hanya menambahkan lagi kerisauan rakyat. Ini bermakna
selagi nisbah polis dan rakyat belum 1:35, maka selagi itu jenayah sukar
dikawal. Berapa pula nisbah polis dan rakyat tahun 70an, 80an dulu?
30
Julai 2013 - Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian
pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa
sejak kebelakangan ini.
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya
semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi
kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.
"Sebagai
contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk
35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700
penduduk untuk sesuatu kawasan,” katanya.
pg=bt_17.htm
500 demo bantah pindah kampus KUIN
Posted on Tuesday, July 30 @ 15:48:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sumber Harakahdaily
(Pelajar, ibu bapa, kakitangan dan penduduk kampung demo bantah perpindahan KUIN dari Kuala Ketil)
KUALA KETIL:
500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu
gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang
semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.Posted on Tuesday, July 30 @ 15:48:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sumber Harakahdaily
(Pelajar, ibu bapa, kakitangan dan penduduk kampung demo bantah perpindahan KUIN dari Kuala Ketil)
Ini berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.
(Pelajar, ibu bapa dan penduduk Kuala Ketil membantah perpindahan KUIN dari sini)
KUIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.
Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.
Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.
Kampus ini mula digunakan awal tahun ini dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.
Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.
Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.
(Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang dibina ketika ustaz Azizan menjadi MB Kedah)
Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).
Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.
Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.
Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.
Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.
Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.
Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.
(Seorang bekas pekerja KUIN berucap dalam perhimpunan itu)
Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.
Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa.
Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.
Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi.
Desak Siasatan Menyeluruh Cubaan Bunuh Pengerusi MYWATCH
Posted on Tuesday, July 30 @ 15:31:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Khairul Faizi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak siasatan menyeluruh dibuat mengenai satu percubaan bunuh terhadap pengerusi NGO anti Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan. Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa percubaan bunuh terhadap R Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.
DPPM menganggap kenyataan Tan Sri Musa Hassan itu sebagai sesuatu yang serius. Jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna ada beberapa pihak yang ‘merasa panas' dengan pendedahan R Sri Sanjeevan sehingga tergamak mengambil pembunuh upahan menembak beliau. Soalnya, siapakah yang berusaha membunuh beliau dan sipakah pula dalang yang mengarahkan beliau dibunuh?
Pendedahan beliau dan jenayah yang berlaku ke atasnya pastinya menggemparkan negara. Cubaan bunuh ke atas beliau menunjukkan bahawa ada beberapa kes besar yang boleh memeranjatkan melibatkan individu atau pihak tertentu cuba untuk dilenyapkan. Mungkin beliau memiliki rahsia besar yang perlu disingkapkan bagi pengetahuan umum.
Individu berprofil tinggi seperti R Sri Sanjeevan sepatutnya dilindungi daripada sebarang cubaan jenayah terhadapnya. Beliau menghadapi risiko dibunuh ekoran keberaniannya mendedahkan bahawa pegawai polis sendiri terlibat dengan jenayah. Keberanian beliau wajar dicontohi dan seharusnya banyak pihak lain sanggup ke tengah dalam menegakkan kebenaran tanpa mempedulikan risiko yang bakal diambil.
Akhirnya, DPPM mengharapkan penjenayah terbabit segera ditangkap untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Kejadian ke atas R Sri Sanjeevan menunjukkan jenayah membunuh menggunakan senjata api adalah sesuatu yang serius dan Malaysia sudah tidak boleh dianggap selamat bagi warganya.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Kesihatan Pemandu Faktor Keselamatan Penumpang Bas Ekspress
Posted on Tuesday, July 30 @ 15:29:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Riduan Mohd Nor
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang baik langkah kerajaan untuk mewajibkan semua pemandu bas ekspres menjalani pemeriksaan kesihatan, termasuk saringan air kencing sebelum memulakan perjalanan mereka pada musim Aidilfitri ini. Kerajaan juga akan memeriksa latar belakang semua pemandu bas eskpres bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai rekod bersih dibenar membawa bas sepanjang musim perayaan ini.
DPPM menganggap langkah ketat kerajaan terhadap pemandu bas ekspres adalah bagi memastikan punca dan faktor kemalangan dapat dicegah semaksima mungkin. Apa yang diharapkan agar hanya pemandu yang benar-benar cergas, sihat serta bebas dari pengaruh alkohol dan dadah sahaja dibenarkan memandu bas di musim perayaan seperti ini. Ia bagi mengelakkan kemalangan jalan raya terutama yang melibatkan bas ekspres dapat dikurangkan pada tahun ini.
Pemandu bas ekspres adalah penentu selamat atau tidaknya penumpang yang mereka bawa. Nyawa penumpang berada di tangan pemandu, sekiranya pemandu cuai atau memandu dalam pengaruh alkohol atau dadah, tiada jaminan penumpang akan berada dalam keadaan selamat. Sebaliknya jika pemandu sentiasa berada dalam keadaan sihat, keselamatan penumpang akan lebih terjamin.
Selain itu, DPPM mengharapkan agar pemandu bas ekspres agar mengikut segala peraturan yang ditetapkan. Antaranya adalah dengan memandu pada tahap kelajuan yang dibenarkan. Pemandu bas tidak harus mengejar waktu dengan memandu bas terlalu laju sehingga mambahayakan keselamatan penumpang. Faktor kelajuan selalunya menjadi sebab bas hilang kawalan dan menyumbang kepada kemalangan.
Adalah dinasihatkan juga agar pemandu tidak memandu bas dalam keadaan mengantuk. Faktor keletihan dan kepenatan kerana berjaga malam atau terlalu lama memandu boleh menjejaskan pemanduan. Oleh itu, pemandu diharapkan agar sentiasa memastikan mereka memandu dalam keadaan cergas, sihat, tenang dan sentiasa peka dan awasi jalan yang dilaluinya.
DPPM mengharapkan kadar kemalangan tahun ini akan menurun atau tidak berlaku langsung. Kesemua pihak bergembira pulang berhari raya ke kampung halaman masing bertemu dan menanti insan tersayang dalam keadaan selamat dan sihat.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Hussain Ahmad Najadi sokong kebangkitan Arab Spring?
Posted on Tuesday, July 30 @ 15:26:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Temuramah
akhbar The Star pada 7 Mei 2013 dengan Hussain Ahmad Najadi , Pengasas
Arab Malaysia Bank yang dibunuh mendedahkan bahawa Hussain adalah
merupakan seorang pada usia mudanya seorang yang sering mengadakan
demonstrasi terhadap pemerintah.
Beliau telah dipenjarakan kerana mempersoalkan hutang seorang menteri yang sudah tertunggak selama sembilan tahun. Beliau juga secara tidak langsung menyokong kebangkitan Arab Spring. Apakah motif pembunuhan beliau yang sebenarnya?

By sharing his life, he hopes to create more understanding between Malaysia and the Arab world.
Tuesday May 7, 2013
It
is the story of Hussain Najadi, a Bahrain-born commoner who founded the
Arab Malaysian Development Bank – yes, the bank with the camel mascot! –
in 1975.
Hussain was born in 1938 in Bahrain’s capital, Manama.
As
Ahmad’s only child, Hussain displayed the same rebellious streak and,
in his youth, joined the increasing number of people agitating for more
personal freedom and liberties in then Britain-ruled Bahrain, resulting
in repeated detentions.
After
being caught leading several demonstrations, he was told to leave the
country when he was 18 years old (in 1956), and he opted to go to
Germany, where his training and career in business began.
And
then, at the height of his professional success, the boy who came from
nothing to gain so much was thrown into jail. He had had the temerity to
ask that a loan, nine years overdue, be paid back – the problem was,
the loan had been made to very senior Bahraini minister.
Knowing
the political situation in Bahrain – it had gained independence from
the British in 1971 but remains a strongly controlled Constitutional
monarchy – why did Najadi make his demand?
Perhaps
it had something do with his formative years when, unlike his peers, he
was a voracious reader, and he had the good fortune of reading not just
capitalist tomes, but also works by socialists and communists and other
characters that are considered radical for capitalist-leaning Bahrain.
“My dad did say that one day, those books are going to get me into trouble. And he was right,” Najadi says with a laugh.
By
a stroke of luck, he was able to obtain an Iranian passport and fled as
soon as he was let out of jail. Until today, Najadi remains persona non
grata in his homeland and cannot re-enter Bahrain.
He
does not shy away from talking at length about the rise of citizen
movements like the Arab Spring demanding more democratic space in the
Middle East.
“Bahrain
is in turmoil now, and it is also running out of oil. It has had the
same prime minister for the last 42 years. In a way, you could say that
the Arab Spring started from Bahrain, and spread onwards from there,
though the tsunami has yet to reach its conclusion.”
While Najadi’s life has centred on finance, The Sea And The Hills is not about making money.
“I
have a zero ROI (return on investment) target for this book, which is
purely about fostering better understanding between countries and
civilisations. Malaysians still misunderstand the Arab world, and
whatever they know about it usually comes from Hollywood movies and
other Western perspectives of the Middle East.”
Najadi Tokoh Kewangan Tersohor Dengan Gaya Hidup Ringkas, Sederhana
Selasa Julai 30, 2013
PETALING
JAYA: Hussain Ahmad Najadi pernah tinggal di sebuah banglo mewah di
Jalan Ampang, tetapi bertukar angin dan berpindah ke sebuah kondominium
yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari pejabatnya di Menara
Haw Par.
"Pada
usia saya, saya berasa lebih selamat tinggal di sana," katanya kepada
The Star dalam satu temu bual pada 2 April untuk mempromosikan
autobiografinya, The Sea and The Hills.
Dalam
temu bual yang diadakan di pejabatnya yang serba ringkas dan sederhana,
Najadi juga mendedahkan buku seterusnya akan bertajuk Decline of the
West: The Enemy Within.
"Ia
akan bercerita tentang bagaimana Barat jatuh melalui kemerosotan,
seperti cara empayar Rome hancur, melalui kepuasan diri mereka sendiri,"
katanya.
Ratu Cantik ; Bagaimana Halnya Dengan Bina Badan?
Posted on Tuesday, July 30 @ 15:25:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Yusapiza Yaakob
Posted on Tuesday, July 30 @ 15:25:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Yusapiza Yaakob
Dewan
Pemuda PAS WP (DPPWP) menyambut baik langkah kerajaan menghalang
wanita Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik
baru-baru ini. Bahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menegaskan bahawa penyertaan wanita
Muslim dalam pertandingan ratu cantik diharamkan Majlis Fatwa
Kebangsaan walaupun mereka tidak memperagakan baju mandi harus dipuji.
Ianya
jelas menunjukkan bahawa fatwa adalah sesuatu yang bukan boleh dibuat
main dan ianya dikeluarkan untuk menjaga maslahah dan kepentingan umat
Islam itu sendiri.
Isu
penyertaan orang Islam dalam pertandingan ratu cantik ini sekali lagi
menjadi polemik selepas kontroversi yang melanda pada tahun 1997 yang
menyaksikan pemecatan bekas mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak
Baharom.
Namun
di sebalik polemik isu penyertaan ratu cantik ini, pihak berkuasa
Majlis Agama Islam seharusnya melihat penguatkuasaan dalam sudut yang
lebih besar lagi dalam negara kita. Syariat mewajibkan seseorang muslim
yang telah akil baligh untuk menutup auratnya dari pandangan orang yang
bukan muhrimnya. Aurat bagi seorang perempuan Islam adalah semua
tubuhnya kecuali muka dan tapak tangannya manakala bagi seorang lelaki
Islam adalah di antara pusat dan lututnya.
Apa
yang menjadi persoalan kini ialah bagaimana pula dengan pertandingan
bina badan yang rata-ratanya disertai oleh kaum lelaki? Pertandingan
bina badan tidak jauh bezanya dengan pertandingan ratu cantik ini.
Kedua-duanya memakai pakaian yang jelas membuka aurat dan ditayangkan di
khalayak ramai. Pertandingan bina badan mengenakan syarat hanya
memakai seluar dalam sahaja untuk bertanding.
Apakah
berlakunya kes 'double standard' dalam kedua-dua pertandingan ini?
Semua pihak memandang sepi apabila berita mengenai seorang lelaki muslim
di negara ini memenangi pertandingan bina badan di peringkat
antarabangsa tetapi lain pula situasinya apabila seorang perempuan
muslim memasuki pertandingan ratu cantik. Walhal kedua-duanya adalah
sama haram!
Pengharaman
pendedahan aurat bagi pihak perempuan adalah sama dengan pengharaman
pendedahan aurat bagi pihak lelaki. Apatah lagi ianya untuk tatapan umum
dan dipertandingkan. Janganlah kita meletakkan batasan aurat itu
kepada pihak perempuan semata-mata. Pihak berkuasa Majlis Agama Islam,
para mufti dan yang sewaktu dengannya seharusnya bersikap tegas dalam
melaksanakan tuntutan syariat tanpa sebarang prejudis.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang
sentiasa menegakkan keadilan lagi menjadi saksi (yang menerangkan
kebenaran) kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu
bapa dan kaum kerabat kamu; baik orang kaya atau miskin kerana Allah
lebih dekat kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa
nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu
memutar-belitkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” -
Surah An-Nisa' ayat 135.
Islam
tidak melarang umatnya memasuki mana-mana pertandingan asalkan ianya
menepati apa yang digariskan oleh syarak. Sekiranya tidak diatasi dengan
bijak, DPPWP percaya kelak berlaku lagi polemik pertandingan ratu
cantik ini sepertimana kini selepas tahun 1997.
YUSAPIZA YAACOB
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS WP
Perunding TPPA Pinggirkan Suara Rakyat Malaysia
Posted on Tuesday, July 30 @ 15:21:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Dr Awisul Islah bin Ghazali
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Beliau menyuarakan betapa ianya rahsia sehingga perjumpaan yang dibuat dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya menjadi perbualan kosong sedangkan MITI mewarwarkan bahawa mereka telah bersepakat. Wakil MTEM juga dengan jelas menyatakan ketidakyakinan mereka kepada wakil Malaysia ke perundingan tersebut. Pendedahan secara telus tidak dinyatakan oleh pihak kerajaan.
.........
Website:http://drghazalihasbullah.blogspot.com/
Email:drghazali@pas.org.my
Posted on Tuesday, July 30 @ 15:21:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Dr Awisul Islah bin Ghazali
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
1.
Umum mengetahui bahawa perbincangan PERJANJIAN TRANS-PACIFIC
(Trans-pacific Partnership Agreement-- TPPA) yang telah dan bakal
berlangsung sekitar Oktober nanti menjadi suatu rahsia yang menimbulkan
pelbagai persepsi yang mencurigakan. Ianya didedahkan melalui pelbagai
media samada media cetak mahupun media maya. Terbaru, pendedahan yang
dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu
(MTEM) Mohd Nizam Mahshar melalui siaran RTM1, yang tidak berpuas hati
dengan tindakan kerajaan dalam isu TPPA ini.
Beliau menyuarakan betapa ianya rahsia sehingga perjumpaan yang dibuat dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya menjadi perbualan kosong sedangkan MITI mewarwarkan bahawa mereka telah bersepakat. Wakil MTEM juga dengan jelas menyatakan ketidakyakinan mereka kepada wakil Malaysia ke perundingan tersebut. Pendedahan secara telus tidak dinyatakan oleh pihak kerajaan.
2.
Telahan dan jangkaan kami, terutama berkenaan bidang perubatan, kos
ubat yang bakal dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar berpusat di
Amerika akan meningkat berganda-ganda. Melalui TPPA ini tempoh hak cipta
paten sesuatu ubat mungkin mencecah 50 ke 120 tahun. Justeru
membolehkan kos ubat dimanipulasi dan kos penjualannya mencanak naik.
Kesannya adalah rakyat terpaksa membayar kos yang meningkat tersebut.
Peningkatan kos ini akan menganiaya pesakit secara khusus dan rakyat
negara ini secara umumnya. Pengubatan terpilih akan berlaku kerana
sesetengah pesakit tidak dapat menanggung pertambahan kos tersebut.
3.
Sebagai sebuah NGO berteraskan kesihatan, kami kesal dan sedih jika
sekiranya terdapat dikalangan rakyat yang tidak mendapat rawatan yang
terbaik akibat daripada ketidakmampuan menyara kos perubatan. Perkara
sebegini akan semakin parah jika pelan transformasi kerajaan yang akan
dilaksanakan bagi mewajibkan insuran kesihatan menjadi kenyataan.
4.
Perjanjian TPPA ini juga tidak selari dengan saranan International
Labour Office Geneva melalui tulisan Health Insurance in Developing
Countries pada 1991 supaya kerajaan bertekad mengawal harga kos
perubatan jika ingin memperkenalkan insuran kesihatan. Kerahsiaan yang
dicurigai ini bakal merugikan rakyat dan negara.
5.
Marilah kita pelajari dari sejarah kesultanan Melayu yang dijajah
hasil dari adanya orang Melayu yang berpakat secara senyap dengan
British dalam mencampuri urusan istana. Apakah kita masih belum sedar?
Sedarlah juga, kerahsiaan yang dicurigai ini merupakan agenda Amerika
dalam era Neocolonialisasi. Ia tidak lain dan tidak bukan, adalah
agenda besar memberi sokongan kepada Israel dan Zionis. Janganlah
kerana keuntungan beberapa golongan elitis negara, kita gadaikan
seluruh rakyat Malaysia.
6.
Oleh yang demikian, PAPISMA mendesak supaya kandungan perjanjian
didedahkan kepada umum. Jika MITI dan kerajaan masih berkeras dan
berahsia, kita mohon pihak Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan keputusan
menghentikan perbincangan tersebut.
Dr Awisul Islah bin Ghazali
PRESIDEN PAPISMA
PRESIDEN PAPISMA
.........
Website:http://drghazalihasbullah.blogspot.com/
Email:drghazali@pas.org.my
Orang UMNO pun bercakap pasal Syiah
Posted on Tuesday, July 30 @ 10:19:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: TinBuruk
"Balik daripada tarawih saya ditumpangi oleh Azwan anak Pak Ali, tokey warung.
"Jam masih pukul 10.30 malam, apa kata kita perkena sedikit makanan?" tanya saya kepada Azwan. Dia sekadar menggaguk sahaja. Azwan seorang yang pendiam, tak banyak cakap macam ayahnya juga.
Pak Ali bila masuk sahaja bulan ramadan dia terus tutup warung, kerja hanya 11 bulan. Hidupnya tak susah mana malah saya lihat macam agak mewah juga
Saya menuju luar kampung dan singgah satu kedai makan yang ramai dikunjungi budak muda kerana kedai ada ada layar yang dipasang dengan projektor LCD. Kalau musim bola tak payah datang dan ada kerusi nak duduk.
Keluar daripada kereta, terus disapa oleh Pengerusi JKKK, Mazlan dia terus mencuit memanggil saya duduk dengan mereka. Hanya Bidin orang kanan Mazlan sahaja ada sebelah. Nak tak nak saya mengalah dan duduk kerana dia orang pun belum ambil 'order' lagi. Mungkin baru sampai macam saya.
Saya order mee ratna lama tak perkena semenjak puasa ni.
Mazlan ni educated sikit, tak macam JKKK yang disebut-sebut oleh Ustaz Azhar dalam kuliah-kuliahnya.
"PAS keluar kenyataan rasmi macam nak bersih nama Mat Sabu aje!" Mazlan mula membuka cerita.
"Kenyataan apa?" saya buat tak tahu
"Tuan Ibrahim Tuan Man kata tak ada Syiah dalam PAS, takkan tak tahu?" Mazlan menambah.
"Baca dalam Harakah ke?" Tanya saya saja nak perkenakan si Mazlan ni.
"Tak boleh baca ke" Mazlan tanya balas.
"Tak adalah, akhbar tu buat ahli sahaja. Tak boleh jual di luar nanti ada orang busuk hati akan rampas takut nanti terpengaruh" saya mula menyindir. Si Bidin hanya tersengih.
"Mat Sabu kena nafi sendiri, tak payah nak minta orang lain bela. Tuan punya badan tak bersungguh-sungguh bela diri. Kalau dia bukan anuti Syiah dia kena nafi bukan sahaja dengan mulut tapi perbuatannya" Mazlan memberikan hujah.
"Semenjak bila yang kena tuduh kena buktikan?" aku bertanya
"Kena bukti dia tak bersalah" Bidin mencelah
"Setahu saya Mat Sabu sudah menafikannya, takkan nak suruh Mat Sabu buat sumpah laknat, junjung al Quran di masjid" saya menyindir lagi.

Saya
agak pelik sekarang ni banyak tuduhan tersebar dalam internet
seolah-olah mereka tak takut akan peringatan Allah dan menjadi lagi
pelik yang kena tuduh pula terpaksa membukti dia tak bersalah sedangkan
orang yang membuat tuduhan begitu senang melempar tuduhannya. Kita
bercakap mengenai Islam tetapi kita membelakangi apa yang Islam ajar
kita.
Sebelum ini ada kawan saya pernah menghubungi saya minta saya menulis pasal pengaruh Syiah dalam PAS. Saya tanya dia siapa? Dia kata Mat Sabu. Saya kata ada bukti ke, jangan mudah kita mengkafirkan orang ini tuduhan berat dalam Islam (sebab ada yang anggap semua Syiah itu kafir).
Dia kata "ada".
Saya tanya lagi lihat sendiri atau dengar sendiri daripada mulut Mat Sabu?
Dia kata tak lihat sendiri tapi dengar daripada "maklumat yang sahih".
Maklumat sahih, sumber dalaman, daripada kepimpinan sendiri ini adalah ayat-ayat yang selalu saya dengar bila orang berhujah dan menulis dalam internet. Kebanyakkan mereka ini pembohong yang menempah 'bala' di akhirat nanti. Saya tak nafi ada maklumat yang betul tapi ramai menulis sekadar "penyedap" sahaja.
Saya tanya lagi kawan saya ada melihat sendiri amalan syiah yang dilakukan? Dia kata tidak, tapi pernah lihat semasa Mat Sabu nak solat ada tisu ditangannya.
Saya tergelak! Bukan apa saya pernah lihat Ustaz Hussin Awang bawa tisu satu kotak semasa nak solat. Dia bukan Syiah yang nak taqiah sorok batu dalam tisu. Dia selsema teruk. Saya pun kalau selsema tertinggal tisu solat tak khusyu' bayangkan hingus akan menitis (jika selsema sudah tahap akhir air hingusan akan keluar sendiri dalam bentuk cecair seperti air dan menitis tanpa disedari)
Dulu awal 80an selepas Revolusi Iran, ramai pimpinan PAS sambung belajar dan ada yang memilih untuk belajar di Iran kerana percuma, termasuk Mat Sabu.
Jika nak belajar sendiri sangat sukar, bayangkan kalau nak sambung master di luar negara misalnya kalau tak ada biasiswa kita terpaksa menghabiskan duit RM40-50 ribu.

Bila
belajar di Iran, satu sikap tak baiknya ialah bila masuk tahun kedua
dia orang mula untuk mengubah pelajar-pelajar Malaysia menganut fahaman
Syiah. Ini saya dengar sendiri daripada mulut Mat Sabu. Mat Sabu
memang ada hubungan 'spesial' dengan Iran. Kalau orang sebut Mat Sabu
mendapat bantuan dan sumber kewangan daripada Iran, yang tak menolak
kemungkinan ini.
Bila belajar di sana memang kita tak lari daripada cara dan gaya orang-orang "Syiah". Misalnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz belajar di India, cara dia berhujah pun bagi sesetengah yang mahir tahu di mana dia belajar. Sama juga dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Mereka juga mendapat sumbangan daripada negara-negara luar Misalnya India dan Arab Saudi. Orang PAS masa tu papa dan miskin tak seperti sekarang kalau nak belajar terpaksa bergolak gadai!
Jadi tak hairanlah kalau ada orang kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau Tuan Guru Haji Abdul Hadi wahabi.
Dulu bila pelajar balik daripada London mereka terpengaruh dengan "IRC" dan mereka yang balik daripada Mesir sebahagiannya terpengaruh dengan gerakan "Alami" sedangkan semuanya adalah Ikhwanul Muslimin. Aliran pemikiran sebenarnya tidak lari dipengaruhi oleh tempat di mana kita belajar dan tinggal.
Contoh paling mudah ialah aliran pemikiran mazhab. Bagaimana mazhab Shafie, Hanafi, Hambali dan Maliki semuanya dipengaruhi oleh tempat tinggal mereka dalam berhujah dan mengumukan fakta.
Ada juga yang berhujah kata Mat Sabu adalah Syiah dengan memberikan satu klip video ceramah yang mana Mat Sabu menyebut kehebatan Hassan Nasrallah dan dia kata sehingga isterinya nak peluk Hassan Nasrallah. (link)
Kalau kita kenal Mat Sabu, kita ikuti ceramah-ceramahnya saya rasa kita akan faham setiap perkataan keluar daripada mulut Mat Sabu.
Dulu saya pernah ikut geng penerangan PAS membuat rakaman ceramah. Ceramah Mat Sabu adalah yang paling top. Jadi kita follow Mat Sabu. Isu pada masa itu adalah isu Melayu masuk Kristian.

Pada
satu ceramah Mat Sabu sebut 5 000 orang Melayu masuk Kristian.
Kemudian esoknya Mat Sabu ceramah lagi di daerah sebelahnya Mat Sabu
sebut 8 000 orang Melayu masuk Kristian, hadiri bertakbir Allahu
Akhbar!! Saya berpendapat yang mendengar ceramah itu juga terdapat
orang-orang yang dengar ceramah pada malam semalam kerana tempat itu
terlalu dekat walaupun daerahnya berbeza, tak sampai 20 km.
Kita juga kena faham pengaruh internet, misalnya video Tun Mahathir yang mengatakan dia sengaja mengheret Anwar Ibrahim ke penjara, yang ditonton lebih daripada 1 juta orang (link). Berapa orang yang bermatian-matian kata video itu benar sedangkan itu cakap sinis Tun Mahathir yang dikerat dan dimuatkan dalam video klip. Perbuatan ini adalah membalas sikap TV pada masa itu suka mengerat dan mengedit cakap-cakap pimpinan PAS untuk mengabur penonton.
Sama juga isu Rosmah menabung semenjak kecil, berapa orang yang percaya sedangkan itu adalah editan daripada muka depan Utusan Malaysia. (link)
Saya kesian melihat bagaimana penulis tersahor, mengulas isu Rosmah menabung dari segi logik dan tak logik dengan kiraan simpanan kalau menabung daripada bayi sehingga umor Rosmah sekarang, sedangkan maklumat yang diambil itu sebenarnya adalah tidak benar sama sekali.
Bila kita bicara perkara ini ada orang PAS akan marah kepada saya, dia kata saya bela UMNO. Ini bukan soal bela atau tidak tapi kita bercakap soal fakta dan maklumat.
Kalau tak ada bukti, tak payahlah kita menuduh biarlah Mat Sabu dengan Allah, melainkan Mat Sabu sudah merosakkan jamaah sehingga PAS sudah tidak dipercayai lagi. Tapi kalau setakat nak jatuhkannya dalam pemilihan di Muktamar nanti, rasa tak payah kita buat kerja yang akhir merosakkan kita.
TinBuruk
http://tin-buruk.blogspot.com/

Solat jemaah boleh cegah kes jenayah yang berluasa
Posted on Tuesday, July 30 @ 10:17:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"Seorang penceramah pernah menceritakan bagaimana di taman perumahan beliau di Nilai, sebelum ini banyak kes pecah rumah. Makin dibuat rondaan dan kawalan, makin menjadi-jadi kes pecah rumah.
Langkah terakhir sekali ialah mereka memakmurkan surau di taman perumahan tersebut dengan solat jemaah, kuliah ilmu dan ceramah. Dengan takdir Allah kes pecah rumah di kawasan tersebut berkurangan dengan drastik sekali.

“Dan dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar” (29:45)
800 penduduk bimbang keluar rumah
30 Julai 2013
Bangi:
Kejadian 28 kes pecah rumah di kawasan perumahan Seksyen 6 Bandar Bukit
Mahkota di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta dalam tempoh enam
bulan ini menyebabkan 800 pemilik rumah di kawasan itu berada dalam
ketakutan.
Pengerusi
Persatuan Penduduk Mahkota 6 Mat Jim Wahab berkata, keselamatan
penduduk kini terancam sehingga menyebabkan penduduk berasa bimbang
untuk meninggalkan rumah ketika bekerja selain rasa risau keselamatan
isteri dan anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah.
“Bagi
mengekang kejadian ini terus berlaku, kami menubuhkan skim rondaan
secara sukarela yang menjalankan kawalan bermula jam 12 tengah malam
hingga 5 pagi.
“Selain
itu, kami turut menempatkan empat pengawal keselamatan yang bertugas 24
jam di setiap zon. Namun, usaha ini masih lagi mengancam keselamatan
penduduk,” katanya ketika ditemui semalam.
Sehubungan itu, pihaknya bercadang membina pagar mengelilingi kawasan itu yang dijangka dimulakan November ini.
“Ahli
jawatankuasa penduduk bersetuju untuk membiayai kos pembinaan sebanyak
RM400,000 yang akan dikutip daripada 800 pemilik rumah. Setiap rumah
perlu membayar RM700 dan diharap mereka dapat memberi komitmen supaya
keselamatan dan keselesaan mereka lebih terjamin,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan