Temui ajal dalam kereta
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Ang Chu Hak, 64, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandu bersendirian terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.
Saksi kejadian, Yap Kooi Kiong, 43, berkata, dia melihat kereta dipandu mangsa terbabas ke dalam longkang.
Menurutnya, dia segera membantu namun mangsa tidak dapat dikeluarkan dari kereta memandangkan pintu tempat duduk pemandu tidak boleh dibuka berikutan kedudukannya yang berada di dalam longkang.
"Saya hanya boleh memastikan mangsa terus sedar dan bernafas sehingga bantuan kecemasan tiba.
"Dalam masa sama, polis peronda yang melalui kawasan kemalangan segera memberikan bantuan dan pasukan bomba dihubungi bagi mengeluarkan mangsa," katanya.
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan kemudian dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Warga emas terkejut jumpa seikat wang
Lelaki warga emas itu yang enggan dikenali berkata, dia menemui wang terbabit ketika menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.
Menurutnya, pada awalnya, dia terpandang satu bungkusan kertas di tepi jalan, namun tidak menghiraukannya.
“Ketika dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan yang sama dan masa itu terdetik rasa hati untuk memberhentikan motosikal.
“Saya terkejut apabila melihat sejumlah besar duit bersama beberapa nota yang saya percaya ia adalah rekod urus niaga pemiliknya, saya terus mengambilnya dan berbincang dengan rakan,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil keputusan menyimpan wang berkenaan dan menyerahkan kepada Sinar Harian untuk menghebahkan perkara itu kepada umum.
Katanya, pihak yang mahu menuntut mesti menyatakan dengan tepat jumlah wang itu sebelum berjumpanya di Kampung Bangau Parit.
Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh seminggu ini supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor Irwan Sapawi untuk dibawa berjumpa lelaki yang menemui wang tersebut.
Warga emas lari lintang-pukang
TANJUNG PIANDANG – Seorang warga emas lari lintang-pukang meninggalkan
meja jualan yang dipenuhi filem cakera padat digital (DVD) sebaik
melihat kehadiran anggota penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri di kaki
lima hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Nam Hua di sini, kelmarin.
Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak, Zaki Mohamed berkata, suspek yang berusia 60- an itu menjual DVD dengan menyasarkan penduduk sekitar termasuk pelajar sekolah sebagai pelanggan.
“Suspek berjaya melarikan diri, namun kita merampas sejumlah 4,135 keping DVD pelbagai filem yang tiada Perakuan B. Kesemua rampasan bernilai RM28,945,.
“Suspek menjual DVD berkenaan pada harga sekitar RM5 hingga RM20 seunit,” katanya di sini, semalam.
REMBAU – Hasrat seorang warga emas untuk membeli sepasang baju raya
tidak kesampaian apabila dia diragut seorang penjenayah sewaktu dalam
perjalanan ke perhentian bas di Kampung Senama Masjid, dekat sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa, Nabibah Kulup, 72, mahu ke pekan untuk mengambil ubat darah tinggi di Klinik Kesihatan Rembau.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, dia dihampiri seorang lelaki bermotosikal memakai topi keledar ketika melalui laluan bersemak.
"Pada mulanya lelaki itu bertanyakan arah jalan, tapi tiba-tiba dia merentap beg tangan yang saya kepit pada ketiak. Saya cuba rampas semula beg tangan itu tapi terbantut apabila terlihat pisau di poket seluar penjenayah terbabit," katanya.
Nabibah berkata, dia segera mendapatkan bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Rembau.
Berikutan kejadian itu, dia kehilangan wang sebanyak RM300, selain kad bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kad pengenalan, buku akaun Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
KOTA BHARU - Seorang warga emas, nyaris cedera ditimpa pokok kelapa
dalam kejadian ribut di Kampung Peradung, Binjai, di sini, petang Khamis
lalu.
Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Mail Abdul Rahman, 82, sedang berehat di pangkin rumahnya sambil duduk di atas sofa.
“Pada mulanya saya melihat pokok kepala itu bergoyang kuat dan angin bertiup kencang berserta hujan yang lebat.
“Tiba-tiba sebuah pokok terbabit yang tingginya lebih 40 kaki tumbang di hadapan mata yang turut meranapkan sebahagian kawasan dapur,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mail berkata, kejadian terbabit merupakan peristiwa pertama yang menyebabkan pokok yang berusia lebih 10 tahun yang berada hanya 10 meter dari pokok kelapa yang tumbang.
“Mujurlah tidak tumbang di kawasan saya duduk, kalau tidak saya tak tahulah apa nasib saya. Apa pun saya amat bersyukur masih selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Menurut Mail, sudah lebih 70 tahun dia tinggal di kawasan itu namun peristiwa terbabit amat menakutkan.
Sementara itu anak bongsu mangsa, Mohamad Mail, 44 berkata, ketika kejadian dia bersama isterinya, Wan Norhayati Wan Hamid, 43 yang tinggal berdekatan sedang menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
“Apabila kami terdengar bunyi dentuman kuat, saya terus bergegas ke luar rumah. Alangkah terkejutnya saya melihat pokok kelapa tumbang betul-betul di kawasan dapur rumah ayah saya, namun mujurlah ayah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Jabatan Kemajuan Kampung dan Persekutuan (PJKKP) kawasan itu, Alias Ismail berkata, beliau kini sedang mengusahakan bantuan segera kepada mangsa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
“Insya-ALLAH, Mail akan terima bantuan kecemasan melalui wang ihsan dengan segera melalui JPP bagi membantu meringankan beban yang ditanggungnya,” katanya.
KUANTAN – Hanya dalam masa beberapa saat sahaja, seorang warga emas,
Yen Sau Kin, 73 kehilangan seutas rantai emas yang diterima sebagai
hadiah perkahwinannya 50 tahun lalu dalam satu kejadian ragut di Taman
Peninsular, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berjalan kaki seorang diri di kawasan taman perumahan selepas pulang dari sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.
Sau Kin berkata, dia tidak perasan dua lelaki bermotosikal mengekorinya dan apabila sudah tersedar ia sudah terlambat.
“Saya ke kedai berhampiran untuk membeli biskut dan kemudian berjalan seorang diri pulang ke rumah dan tidak sedar dua lelaki sedang memerhati dan mengekori dari arah belakang serta meragut rantai leher yang saya pakai.
“Apabila saya menoleh ke belakang, dua lelaki yang menunggang motosikal berkenaan sudah terlalu hampir dengan saya dan pemboncengnya pantas meragut rantai di leher saya dalam sekelip mata," katanya.
Katanya, rantai yang dipakai itu dihadiahkan salah seorang bapa saudara sebagai hadiah perkahwinan 50 tahun lalu,” katanya.
Katanya, dia masih trauma dengan kejadian itu dan turut mengalami kecederaan ringan di bahagian leher akibat rentapan kuat peragut.
“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.
Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak, Zaki Mohamed berkata, suspek yang berusia 60- an itu menjual DVD dengan menyasarkan penduduk sekitar termasuk pelajar sekolah sebagai pelanggan.
“Suspek berjaya melarikan diri, namun kita merampas sejumlah 4,135 keping DVD pelbagai filem yang tiada Perakuan B. Kesemua rampasan bernilai RM28,945,.
“Suspek menjual DVD berkenaan pada harga sekitar RM5 hingga RM20 seunit,” katanya di sini, semalam.
Tergamak ragut warga emas
Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa, Nabibah Kulup, 72, mahu ke pekan untuk mengambil ubat darah tinggi di Klinik Kesihatan Rembau.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, dia dihampiri seorang lelaki bermotosikal memakai topi keledar ketika melalui laluan bersemak.
"Pada mulanya lelaki itu bertanyakan arah jalan, tapi tiba-tiba dia merentap beg tangan yang saya kepit pada ketiak. Saya cuba rampas semula beg tangan itu tapi terbantut apabila terlihat pisau di poket seluar penjenayah terbabit," katanya.
Nabibah berkata, dia segera mendapatkan bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Rembau.
Berikutan kejadian itu, dia kehilangan wang sebanyak RM300, selain kad bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kad pengenalan, buku akaun Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Warga emas nyaris cedera dihempap pokok kelapa
Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Mail Abdul Rahman, 82, sedang berehat di pangkin rumahnya sambil duduk di atas sofa.
“Pada mulanya saya melihat pokok kepala itu bergoyang kuat dan angin bertiup kencang berserta hujan yang lebat.
“Tiba-tiba sebuah pokok terbabit yang tingginya lebih 40 kaki tumbang di hadapan mata yang turut meranapkan sebahagian kawasan dapur,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mail berkata, kejadian terbabit merupakan peristiwa pertama yang menyebabkan pokok yang berusia lebih 10 tahun yang berada hanya 10 meter dari pokok kelapa yang tumbang.
“Mujurlah tidak tumbang di kawasan saya duduk, kalau tidak saya tak tahulah apa nasib saya. Apa pun saya amat bersyukur masih selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Menurut Mail, sudah lebih 70 tahun dia tinggal di kawasan itu namun peristiwa terbabit amat menakutkan.
Sementara itu anak bongsu mangsa, Mohamad Mail, 44 berkata, ketika kejadian dia bersama isterinya, Wan Norhayati Wan Hamid, 43 yang tinggal berdekatan sedang menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
“Apabila kami terdengar bunyi dentuman kuat, saya terus bergegas ke luar rumah. Alangkah terkejutnya saya melihat pokok kelapa tumbang betul-betul di kawasan dapur rumah ayah saya, namun mujurlah ayah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Jabatan Kemajuan Kampung dan Persekutuan (PJKKP) kawasan itu, Alias Ismail berkata, beliau kini sedang mengusahakan bantuan segera kepada mangsa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
“Insya-ALLAH, Mail akan terima bantuan kecemasan melalui wang ihsan dengan segera melalui JPP bagi membantu meringankan beban yang ditanggungnya,” katanya.
Warga emas kena ragut
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berjalan kaki seorang diri di kawasan taman perumahan selepas pulang dari sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.
Sau Kin berkata, dia tidak perasan dua lelaki bermotosikal mengekorinya dan apabila sudah tersedar ia sudah terlambat.
“Saya ke kedai berhampiran untuk membeli biskut dan kemudian berjalan seorang diri pulang ke rumah dan tidak sedar dua lelaki sedang memerhati dan mengekori dari arah belakang serta meragut rantai leher yang saya pakai.
“Apabila saya menoleh ke belakang, dua lelaki yang menunggang motosikal berkenaan sudah terlalu hampir dengan saya dan pemboncengnya pantas meragut rantai di leher saya dalam sekelip mata," katanya.
Katanya, rantai yang dipakai itu dihadiahkan salah seorang bapa saudara sebagai hadiah perkahwinan 50 tahun lalu,” katanya.
Katanya, dia masih trauma dengan kejadian itu dan turut mengalami kecederaan ringan di bahagian leher akibat rentapan kuat peragut.
“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan