Jumaat, 26 Julai 2013

BILA KEJAHATAN MENJADI2...FIKIRKAN BAGAIMANA TAHAP KEPATUHAN KITA DENGAN HUKUM2 ALLAH SWT

Padah ponteng sekolah, 4 dicabul
BANDARAYA MELAKA - Tindakan empat remaja berusia antara 12 dan 14 tahun ponteng sekolah membawa padah apabila mereka dicabul seorang lelaki di Sungai Udang, dekat sini, kelmarin.

Suspek berusia 51 tahun itu dikatakan mengajak keempat-empat remaja berkenaan yang sedang melepak di  kawasan berhampiran, supaya masuk ke rumahnya.

Menurut sumber, ketika di dalam rumah, suspek turut membenarkan remaja berkenaan menonton televisyen sebelum memasang cakera video digital (VCD) lucah untuk ditonton.

"Suspek kemudian memanggil remaja itu seorang demi seorang ke dalam bilik, kononnya untuk berurut. Bagaimanapun, remaja terbabit mendakwa disuruh berbogel sebelum mereka dicabul," katanya di sini, semalam.

Difahamkan, remaja berkenaan yang membuat laporan polis selepas kejadian berkenaan turut dihalang dari meninggalkan rumah berkenaan sehingga waktu persekolahan tamat.

"Berikutan itu, polis telah menyerbu rumah berkenaan pada hari sama dan menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan penangkapan suspek.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut,  sebaliknya memberitahu kes masih dalam siasatan.
4 murid dakwa dicabul guru
4 murid dakwa dicabul guru
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria
BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.
Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.
Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.
Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.
Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Doktor tidak mengaku cabul
Doktor tidak mengaku cabul
Tertuduh (kiri) bersama isterinya selepas keluar dari pekarangan mahkamah, semalam.
IPOH - Seorang doktor perubatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang wanita di klinik miliknya dalam kejadian yang di Taman Bersatu, Simpang Pulai, berlaku baru-baru ini.

Tertuduh, Dr T Alagaratnam Sivarajah, 63, didakwa melakukan perbuatan tersebut di Poliklinik Simpang Pulai di sini, antara jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, 22 Mei lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memeluk, mencium mulut dan menyelak baju sehingga menampakkan pakaian dalam Farizah Yeop Dris yang berusia 50 tahun dari Lapangan Panorama Perdana.

Berikutan itu, mangsa boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang meperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-dua hukuman yang dinyatakan secara serentak jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadirah Isa memohon mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM8,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin.

Namun, peguam, K Nathan bertindak memohon pengurangan wang jaminan sebanyak RM5,000.

Menurutnya, tertuduh tinggal di Ipoh bersama keluarga serta mempunyai sebuah klinik yang diusahakan sejak 18 tahun lalu dan dia memberi jaminan anak guamnya akan hadir ke mahkamah sepanjang prosedur perbicaraan berlangsung.

Nur Syafiqah menetapkan RM8,000 wang jaminan dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Julai ini sebagai sebutan semula kes.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mangsa seorang peniaga perabot mendakwa dicabul doktor terbabit ketika berkunjung ke klinik bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja warga Bangladesh.

Difahamkan, doktor terbabit mengenali mangsa sejak 20 tahun lalu dan merupakan doktor keluarga mangsa serta sering membawa pekerja warga asing untuk menjalani pemeriksaan kesihatan memandangkan segala kemudahan terdapat di klinik berkenaan.
Cabul wanita atas motosikal
Cabul wanita atas motosikal
Tertuduh diiringi anggota polis dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka selepas dijatuhi hukuman penjara empat bulan, semalam.
AYER KEROH - Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dan mencabul seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal lain, membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Khairul Azali Abdullah, 21, dari Umbai, Jasin yang turut menunggu kelahiran cahayamata sulung dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Khairul Azali didapati mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun semasa menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika hendak masuk ke simpang Taman Mutiara
Pokok Mangga, kira-kira 11.20 pagi pada 22 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang menganggur ketika rayuan memohon hukuman ringan kerana isterinya sarat mengandung dan dijangka bersalin Jun ini.

“Isteri saya sekarang mengandung. Niat saya cuma mahu berkenalan dan nak minta nombor telefon dia sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan berkata, hukuman perlu diberikan sebagai pengajaran kerana berdasarkan fakta kes perbuatan meraba adalah kesalahan berat, selain tertuduh sedar ketika melakukan perkara tersebut.

Selepas mendengar rayua kedua-dua pihak, Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dari tarikh ditangkap pada 23 Mei lalu.

“Kalau awak nak berkenalan, kenapa tak cakap Assalamualaikum? Tapi awakkan dah kahwin, apa lagi yang awak nak?,” tanya Ida terhadap tertuduh yang hanya tunduk dan mendiamkan diri.
Mengikut fakta kes, mangsa yang keluar dari sebuah bank menaiki motosikal menghala persimpangan lampu isyarat Plaza Pandan Malim, terlihat seorang lelaki tidak dikenali mengekorinya menaiki motosikal.

Selepas melepasi persimpangan itu, mangsa melihat lelaki terbabit iaitu tertuduh masih mengekorinya.

Ketika sampai ke simpang masuk Jalan Pokok Mangga, tertuduh dikatakan meraba dari sebelah kiri mangsa sebelum berhenti sebelum tertuduh terus meraba-raba mangsa.

Mangsa yang berang kemudian turut memaki hamun tertuduh yang kemudian bertindak melarikan lari.
Pemandu teksi beri penjelasan
Pemandu teksi beri penjelasan
Abang Haji menunjukkan laporan Sinar Harian 22 Jun lalu mengenai dakwaan seorang wanita yang dikatakan dicabul oleh seorang pemandu teksi.
KUANTAN – “Akibat salah faham, ramai pemandu teksi di daerah ini mula dicurigai pelanggan masing-masing membuatkan mata pencarian kami turut terjejas,” kata seorang pemandu teksi yang mahu dikenal sebagai Abang Haji.

Abang Haji berkata, tindakan seorang wanita yang membuat laporan polis pada 22 Jun lalu mendakwa dicabul oleh seorang pemandu teksi hanyalah satu salah faham sahaja.

Menurutnya, dia tidak menyangka wanita tersebut akan membuat kenyataan media sehingga menyebabkan imej persatuan teksi di daerah ini terjejas.

“Kami pemandu teksi hanya mencari makan dengan memandu teksi dan setelah berita itu tersebar, kami seolah-olah dipandang serong oleh pelanggan.

“Setahu saya, kes salah faham tersebut telah selesai di balai polis sahaja, tetapi tidak sangka pula dia dipanjangkan hingga ke media.

“Ingin saya tegaskan di sini, pekerjaan kami sebagai pemandu teksi memerlukan komunikasi mesra bersama pelanggan, namun tidaklah sampai melampaui batas bertindak untuk mencabul pelanggan,” katanya.

Justeru, dia berharap agar isu ini tidak diperbesarkan lagi.
'Awak gemuk tapi comel'
'Awak gemuk tapi comel'
Wanda menunjukkan laporan polis dibuatnya sejurus selepas berlakunya kejadian tersebut.
KUANTAN - “Awak ni gemuk tapi comel." Itulah antara ungkapan diucapkan seorang pemandu teksi sebelum bertindak mencabul seorang penumpang wanita yang menaiki teksinya ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli-belah di bandar ini, kelmarin.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Wanda berkata, kebiasaannya dia akan duduk di bahagian belakang setiap kali menaiki kenderaan awam itu, namun disebabkan cuaca panas terik pada hari kejadian, dia memilih untuk duduk bersebelahan pemandu kerana lebih dekat dengan penghawa dingin.

Tambahan pula katanya, dia sendiri tidak sangka pemandu teksi itu akan bertindak sedemikian kerana nampak seperti seorang berpendidikan agama.

“Pada awalnya, kami hanya berbual kosong. Namun selepas itu, topik perbualan menjadi agak pelik kerana dia tiba-tiba mengatakan saya seorang wanita gemuk dan perlu jaga pemakanan.

"Perbuatan pemandu teksi itu mengundang rasa tak selesa untuk berbual lebih lanjut. Malah melalui ekor mata, saya perhatikan dia kerap menjeling pada saya," katanya.

Wanda berkata, dia hairan apabila pemandu itu berbicara mengenai topik berkenaan kerana pemandu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain.

Katanya, lebih memeranjatkan lagi apabila pemandu itu bertindak memegang tangan dan mencubit pipinya sambil mengatakan 'awak ni gemuk tapi comel' sebelum dia keluar daripada teksi tersebut.

"Selepas diperlakukan sedemikian, saya menjerit dan terus keluar daripada teksi itu lalu menelefon suami.

"Dia nampak alim, tapi saya tak sangka dia berani pegang tangan dan cubit pipi saya sambil mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, atas desakan suami, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan.

“Saya nasihatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dan seboleh-bolehnya elak menaiki teksi seorang diri. Kita juga jangan mudah percaya dengan penampilan seseorang.

"Bersongkok dan nampak baik belum tentu dia seorang yang baik dan menghormati wanita. Ambil pengajaran dengan apa yang terjadi pada diri saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.
Tukang sapu didakwa cabul
AYER KEROH - Seorang tukang sapu sampah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya berusia enam tahun, Ahad lalu.

Abd Aziz Ahmad, 42, dari Cheng bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dengan cara meraba-raba peha, menyingkap baju dan meraba peha kiri dengan niat mencabul kehormatan.

Dia didapati melakukan kesalahan itu di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini kira-kira 1.50 petang pada 12 Mei lalu dam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebat atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, M Rebecca ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM7,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh merupakan seorang duda merayu wang jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menyara dua anak dan bekerja sebagai tukang sapu dengan pendapatan yang kecil.

Ida Rahayu kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 17 Jun depan bagi lantikan peguam.
Sudah jatuh ditimpa tangga
Sudah jatuh ditimpa tangga
Suraya bimbang kehidupan anak-anaknya terjejas kerana kesempitan hidup.
ALOR GAJAH - Seorang ibu tiga anak yang baru sahaja kematian suami sembilan bulan lalu ibarat jatuh di timpa tangga apabila anak perempuannya yang sakit mental dikatakan dicabul orang dikenalinya di sebuah kampung di Lubok Cina, di sini.

Difahamkan, Suraya (bukan nama sebenar), 51, yang menghidap penyakit tiroid dan fibroid turut mengalami masalah mental sehingga keadaan itu mengganggu emosi dan kehidupannya.

Suraya berkata, anak perempuannya yang turut menghidap hiperaktif sejak lahir itu menuntut di tingkatan lima dan tinggal di rumah keluarga angkatnya sejak tiga tahun lalu.

“Selama berada di rumah keluarga angkatnya itu, anak saya pada mulanya dilayan mesra namun selepas beberapa bulan dia dilayan kasar dan diherdik dengan perkataan kesat.

“Sedih bila dapat tahu anak saya sering dipukul dengan bantal keras oleh salah seorang anak perempuan keluarga angkatnya itu menyebabkan anak saya kerap alami sakit kepala.

“Setelah saya diberitahu keadaan itu, keluarga angkatnya menafikan sekerasnya malah anak  saya ditengking kerana mendakwa sengaja membuat cerita karut,” katanya.

Suraya yang menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah bagaimanapun reda dengan keadaan itu.

Selain itu dakwanya, bapa angkat anaknya itu juga tergamak mencabul dia  yang juga seorang OKU.

“Sejak kejadian malang itu anak kedua saya semakin trauma dan kini terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya di Selangor kerana tidak yakin berdepan di khalayak ramai.

“Sehingga sekarang saya tidak tahu perkembangan kes anak saya sama ada dibuang atau diteruskan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat berhubung kejadian itu.  

Menurutnya, sejak kejadian malang itu kehidupan keluarganya mula tidak menentu tambahan pula bila penyakit fibroid (ketumbuhan dalam perut) semakin membesar.

“Nasib baik anak sulung saya, Hakim (bukan nama sebenar), 21, yang juga seorang OKU rajin cari duit belanja dapur biarpun gaji harian yang diterima kecil.

“Kos sara hidup dah meningkat, nak makan apa pun tak dapat kerana jumlah bantuan yang diterima cukup untuk biayai dua anak sekolah serta bil api dan air yang tertunggak.

“Kadang-kadang saya terpaksa beritahu dengan anak-anak tiada duit nak beli lauk dan terpaksa mengikat perut seharian, " katanya.

Sementara itu, jiran Suraya yang hanya mahu dikenali sebagai Yaakob, 52, berkata, dia bersimpati dengan kepayahan hidup dilalui keluarga ini .

“Kehidupan keluarga ini makin dihimpit kesusahan selepas kematian suami Suraya Ogos tahun lalu dan lebih menyedihkan ibu tunggal berkenaan turut menghidap kanser tulang dan fibroid.

“Apa yang kami boleh bantu cuma bawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan ulangan selain memberi serba sedikit keperluan makanan,” katanya.

Yaakob berharap ada pihak berkenaan yang prihatin dapat membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung keluarga ini.
Ikat jamin RM4,000, mengaku salah cabul
KUANTAN - Majistret, Jessica Diamiss semalam mengarahkan seorang lelaki membayar ikat jamin sebanyak RM4,000 selepas mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencabul dan ugutan jenayah.

Tertuduh, Hafizul Fakhrurazi, 20 mengaku tidak bersalah mencabul seorang wanita di sebuah rumah di Lorong Sungai Isap Perdana kira- kira jam 12.30 tengah hari, 25 April lalu.

Pegawai Pendakwa, T Murugesu sebelum itu meminta mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun, rayuan dikurangkan selepas mahkamah mendengar rayuan tertuduh yang masih menanggung seorang isteri yang sedang hamil lima bulan dan bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan bulanan sebanyak RM600.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul wanita berusia 31 tahun dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 354 kanun keseksaan

Bagi pertuduhan kedua pula, Hafizul didapati melakukan kekerasan jenayah dan boleh dihukum di bawah seksyen 506 kanun keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Majistret Kuantan menetapkan 23 Mei sebagai tarikh sebutan semula.

Tiada ulasan: