Pemuda PAS Perak diperkenan berbuka di Istana Iskandariah
Muhammad Faeez Azahar, | 29 Jul 2013 |
(Pemuda PAS Bergambar dengan Raja Puan Besar)
KUALA KANGSAR: Pemuda PAS Perak memenuhi jemputan daripada Pejabat Sultan Perak untuk hadir ke Majlis Santapan Berbuka di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim kelmarin.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh badan- badan bukan kerajaan, sektor korporat, warga media dan para jemputan khas.
Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir bersama isteri dan para pimpinan kerajaan negeri.
Rombongan Pemuda PAS Perak diketuai oleh Timbalan Ketua, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan turut disertai oleh Setiausaha Pemuda, Salman Saleh, Penolong Setiausaha, Safarizal Saleh, Bendahari, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar, dan barisan Exco, Awis Qarni, Ustaz Isran Fahmi, Zamri Ibrahim serta Ketua Pemuda PAS Tapah, Ustaz Shamsul Anuar.
(Tiga dari wakil Pemuda PAS Perak yang diketuai Raja Iskandar)
Pemuda PAS ternyata menjadi perhatian ramai apabila seragam berpakaian berbaju putih dan bersampin serta berbutang berlambang PAS.
Raja Iskandar ketika ditemui wartawan Harakahdaily yang turut diperkenan ke majlis itu berkata, Pemuda PAS melahirkan rasa sukacita dengan jemputan yang diterima itu.
Katanya, setiap tahun sejak 4 tahun lalu, Pemuda PAS telah dijemput bersama-sama ke majlis tersebut dan pihaknya tidak melepaskan peluang untuk memenuhi jemputan itu.
Dalam majlis itu, beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, Pemuda PAS dapat bermesra dan menjalinkan hubungan baik dengan para jemputan.
"Kami dilayan dan dipandang hormat oleh para jemputan yang lain dan ini adalah satu petanda positif kepada PAS yang semakin diterima, disenangi dan dihormati oleh semua pihak," jelasnya.
Majlis yang dihadiri hampir 100 orang tersebut bermula dengan majlis berbuka dan berakhir dengan minum malam selepas selesai Solat Tarawikh.
Setelah usai program, Pemuda PAS berkesempatan berbual dan bergambar bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.
Diesel habis: Nanti menteri kata jangan guna diesel?
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Hari ini berlaku fenomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.
Sehubungan itu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.
Berikut ialah kenyataan beliau selanjutnya yang ditulis jam 10.10 malam tadi ketika tersadai di stesen Shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori.
Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel.
Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.
Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahi semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.
Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di Semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.
Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.
SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh.
Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama 'berotak ayam' apabila memberi respons terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?
Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak 'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi?
Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik.
Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan.
Barat
dakwa mereka guru demokrasi dunia. Akhirnya mereka bersama autokrasi
membunuh rakyat Mesir. Mereka takut umat Islam jadi guru demokrasi
sebenar.
Demokrasi dicedok daripada sistem syura Islam demi keadilan. Apabila umat Islam kembali kepada syura, akan nyatalah kepalsuan demokrasi barat.
Di Mesir mereka cuba bunuh Islam, tetapi hakikatnya mereka sedang membunuh ajaran demokrasi mereka sendiri. Mesir baru saja cuba pulihkan demokrasi ala barat.
Dunia barat ketakutan menyaksikan demokrasi baru 'Arab Spring' yang diperkenalkan umat Islam akan lebih adil untuk seluruh rakyat, miskin dan kaya.
Apabila guru demokrasi adalah golongan kapitalis dan liberalis, maka ia hanyalah nyanyian palsu. Suara rakyat diguna demi kekuasaan golongan kaya saja.
Syura yang menjadi sumber demokrasi barat diasaskan atas taqwa. Barat ambil kulit syura dan meninggalkan isinya. Akhirnya nyatalah kepalsuan.
Samalah di negara kita. Selagi kita berdegar-degar melaung demokrasi tanpa taqwa, hakikatnya kita beri laluan buat penguasa terus menipu rakyat miskin.
Ringkasnya, pelajaran dari Mesir banyak. Allah sedang mengajar kita siapa barat, agar kita kenal siapa kita! Terus belajar menuju Allah.
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Insp Hare Krishnan menyerah diri pada jam 10.30 pagi di ibu pejabat polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pegawai polis terseut akan dituduh di mahkamah esok.
Hari Krishnan sebelum ini telah memberitahu keluarganya bahawa beliau mungkin didakwa berhubung kes kematian Dhamendran.
Polis merakam kenyataan individu berkenaan dan turut menahan individu tersebut untuk satu kes berasingan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
“Penahanan rakan Sri Sanjeevan ini tiada kena mengena dengan kes tembakan kerana ini kes berasingan.
“Sehubungan itu sama minta jangan ada pihak cuba menimbulkan spekulasi terhadap mana-mana kes sehingga mengganggu siasatan,” katanya seperti dipetik akhbar itu.
Osman juga berkata, kes tembakan yang menyebabkan pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera parah itu mungkin bermotifkan dendam.
Satu pasukan khas diketuai pengarah jabatan siasatan jenayah polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah ditugaskan untuk menjalankan siasatan, katanya.
Pasukan tersebut sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian tembakan berkenaan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh, kata Osman lagi.
“SAYA bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi
ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT,” jelas Abby mengenai
perkahwinan keduanya yang berlangsung pada 9 Julai lalu.
Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
“Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik.
“Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan,” katanya.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, turut berkongsi kebahagiaannya melayari kehidupan berumah tangga setelah lima tahun bergelar ibu tunggal.
“Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan menenangkan setelah hampir sebulan melayari kehidupan bersama Farhan,” ujarnya.
Berkongsi penerimaan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan aktor, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5, Abby berkata anak-anaknya itu kadangkala berasa
cemburu dengan Farhan yang dipanggil Abi.
“Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga.
“Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula,” katanya yang tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata selepas ini.
Akui kecewa
Ditebak dengan perjalanan karier seninya kini, Abby berkata, biarpun tidak pernah membuat pengumuman rasmi, namun dia kini terpaksa berhenti seketika daripada industri seni.
“Maaf cakap, tapi bagi saya industri seni kini tidak mengikut syariat Islam. Jadi lebih baik saya berhenti dan memberi tumpuan terhadap perniagaan dan keluarga,” jelasnya.
Sehubungan itu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.
Berikut ialah kenyataan beliau selanjutnya yang ditulis jam 10.10 malam tadi ketika tersadai di stesen Shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori.
Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel.
Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.
Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahi semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.
Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di Semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.
Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.
SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh.
Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama 'berotak ayam' apabila memberi respons terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?
Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak 'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi?
Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik.
Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan.
Barat sedang membunuh demokrasi di Mesir
., | 28 Jul 2013 |
Demokrasi dicedok daripada sistem syura Islam demi keadilan. Apabila umat Islam kembali kepada syura, akan nyatalah kepalsuan demokrasi barat.
Di Mesir mereka cuba bunuh Islam, tetapi hakikatnya mereka sedang membunuh ajaran demokrasi mereka sendiri. Mesir baru saja cuba pulihkan demokrasi ala barat.
Dunia barat ketakutan menyaksikan demokrasi baru 'Arab Spring' yang diperkenalkan umat Islam akan lebih adil untuk seluruh rakyat, miskin dan kaya.
Apabila guru demokrasi adalah golongan kapitalis dan liberalis, maka ia hanyalah nyanyian palsu. Suara rakyat diguna demi kekuasaan golongan kaya saja.
Syura yang menjadi sumber demokrasi barat diasaskan atas taqwa. Barat ambil kulit syura dan meninggalkan isinya. Akhirnya nyatalah kepalsuan.
Samalah di negara kita. Selagi kita berdegar-degar melaung demokrasi tanpa taqwa, hakikatnya kita beri laluan buat penguasa terus menipu rakyat miskin.
Ringkasnya, pelajaran dari Mesir banyak. Allah sedang mengajar kita siapa barat, agar kita kenal siapa kita! Terus belajar menuju Allah.
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pegawai polis serah diri kes kematian Dhamendran
Suspek keempat dalam kes N Dhamendran yang mati dalam tahanan polis menyerah diri pagi ini dan dijangka akan didakwa esok.Insp Hare Krishnan menyerah diri pada jam 10.30 pagi di ibu pejabat polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pegawai polis terseut akan dituduh di mahkamah esok.
Hari Krishnan sebelum ini telah memberitahu keluarganya bahawa beliau mungkin didakwa berhubung kes kematian Dhamendran.
Polis: Rakan Sanjeevan ditahan untuk kes lain
Ketua
polis negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pasukannya menyiasat
saksi yang berada bersama pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch R Sri
Sanjeevan semasa kejadian tembakan di Bahau pada Sabtu lalu.Polis merakam kenyataan individu berkenaan dan turut menahan individu tersebut untuk satu kes berasingan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
“Penahanan rakan Sri Sanjeevan ini tiada kena mengena dengan kes tembakan kerana ini kes berasingan.
“Sehubungan itu sama minta jangan ada pihak cuba menimbulkan spekulasi terhadap mana-mana kes sehingga mengganggu siasatan,” katanya seperti dipetik akhbar itu.
Osman juga berkata, kes tembakan yang menyebabkan pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera parah itu mungkin bermotifkan dendam.
Satu pasukan khas diketuai pengarah jabatan siasatan jenayah polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah ditugaskan untuk menjalankan siasatan, katanya.
Pasukan tersebut sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian tembakan berkenaan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh, kata Osman lagi.
Abby 'tak takut' bersuami muda
Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
“Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik.
“Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan,” katanya.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, turut berkongsi kebahagiaannya melayari kehidupan berumah tangga setelah lima tahun bergelar ibu tunggal.
“Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan menenangkan setelah hampir sebulan melayari kehidupan bersama Farhan,” ujarnya.
Berkongsi penerimaan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan aktor, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5, Abby berkata anak-anaknya itu kadangkala berasa
cemburu dengan Farhan yang dipanggil Abi.
“Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga.
“Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula,” katanya yang tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata selepas ini.
Akui kecewa
Ditebak dengan perjalanan karier seninya kini, Abby berkata, biarpun tidak pernah membuat pengumuman rasmi, namun dia kini terpaksa berhenti seketika daripada industri seni.
“Maaf cakap, tapi bagi saya industri seni kini tidak mengikut syariat Islam. Jadi lebih baik saya berhenti dan memberi tumpuan terhadap perniagaan dan keluarga,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan