TPPA untuk kawal negara lemah, kata Mahathir
Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mempunyai tujuan lain supaya negara
yang kuat dapat mengawal yang lebih lemah dan boleh dibandingkan dengan
penggunaan kekuatan tentera, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad."Ia satu lagi cubaan untuk menembusi pasaran negara-negara lemah supaya mereka boleh mengawal segala-galanya," Dr Mahathir memberitahu pemberita selepas ditanya sama ada Malaysia mampu berunding untuk mencapai keputusan yang menguntungkan negara ini.
"Mereka sudah pun mengawal dunia melalui kekuatan ketenteraan, sekarang mereka mahu kawal melalui kuasa ekonomi pula."
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas acara buka puasa bersama kakitangan DRB-Hicom di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi.
Rundingan pusingan ke-18 TPPA bermula kelmarin dengan sepuluh negara membincangkan terma perjanjian itu secara rahsia. Negara terlibat termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, Jepun dan Vietnam.
Pensyarah: TPPA jadikan Malaysia hamba AS
Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam bentuknya sedia ada didakwa akan
menjadikan Malaysia sebagai hamba Amerika Syarikat, melainkan Malaysia
mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu.
"Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini?
"Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?" soal pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (kanan).
Menulis di laman Facebook beliau, Agus memetik pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata" kerana "kaki dan tangan kita akan terikat".
Malah, Dr Mahathir (bawah) juga berkata, perjanjian itu akan mewujudkan keadaan tiada kawalan modal,sekali gus menyebabkan negara ini dijajah lagi, menurut Agus.
"Kita mungkin tidak bersetuju dengan Dr Mahathir dalam beberapa hal, tetapi dalam kes TPPA, kita perlu bersetuju dengan pandangan beliau bahawa TPPA adalah neokolonialisme, penjajahan bentuk baru yang perlu ditentang," katanya.
Sambil mengakui perjanjian itu boleh meningkatkan eksport negara, Agus membayangkan keadaan monopoli ubat yang mungkin berlaku sehingga rakyat Malaysia tidak mampu dan terpaksa kembali kepada perubatan tradisional dan jampi serapah.
Rundingan TPPA kini memasuki pusingan ke-16 di Sabah bermula semalam hingga 25 Julai ini sebelum dimuktamadkan pada Oktober nanti.
"Saya harap kerajaan akan mengambil keputusan yang tepat mengenai TPPA ini supaya negara kita tidak mengalami kerugian dan rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan kos hidup yang tidak perlu," katanya.

Dr M: Ini orang tak ada akal, bodoh
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan
Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh
menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.
"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," katanya.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di Shah Alam malam tadi dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah.
- Bernama
Pegawai berkenaan, Hare Krishnan Subramaniam yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur juga dikehendaki kerana tidak hadir bertugas tanpa kebenaran sejak 15 Jun.
Pengumuman itu dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menerusi satu kenyataan lewat petang tadi.
"Penama juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian dalam lokap bersangkut laporan bernombor 18468/13 di Balai Polis Jalan Tun HS Lee," katanya.
Orang ramai dengan maklumat dikehendaki menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685, talian hotline RakanCop iaitu 03-2115999 atau dengan mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 22728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Hare Krishnan merupakan individu keempat yang masih dicari pasukan tersebut.
Tiga yang lain, seorang berpangkat sarjan dan dua orang berpangkat koperal telahpun didakwa di mahkamah majistret berhubung kes kematian Dhamendran pada awal Jun lalu.
Dhamendran meninggal dunia dalam tahanan polis pada 22 Mei.
Bedah siasat mendapati ia berpunca daripada kecederaan akibat hentakan objek tumpul.
Presiden Abim, Amidi Abdul Manan berkata nilai yang dibawa dalam Titas malah boleh mengelakkan siswa bersikap seperti pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee.
"Ia (Titas) memupuk rasa hormat di kalangan pelbagai bangsa dan menghargai kepelbagaian. Tak ada sesiapa cuba menghalau sesiapa atau cuba merendah dan meremeh mana-mana kaum," katanya.
Beliau berpendapat Titas wajib dan wajar diperkenal di institusi pengajian tinggi swasata (IPTS) memandangkan matapelajaran itu telah menjadi sebahagian daripada identiti institusi pendidikan di Malaysia.
"Ia wajar dan wajib (diperkenal di IPTS) sebab mereka juga adalah rakyat dan mahasiswa (Malaysia).
"Jadi perlu ada satu identiti Malaysia dan perlu belajar perkara ini.
"Kalau tak dia akan jadi macam bekas mahasiswa National University of Singapore, Alvin dan pasangannya Vivian," katanya lagi.
Amidi juga menangkis dakwaan NGO yang menyifatkan berpendapat bahawa ketetapan yang mewajibkan pengajaran Titas kepada siswa IPTS sebagai "indoktrinasi".
Katanya, kenyataan seperti itu merupakan dakwaan liar kerana sukatan Titas menurutnya langsung tidak menjurus kepada indoktrinasi Islam.
"Jelas ini adalah simptom Islamophobia yang berakar umbi dalam kelompok terbabit.
"Mereka gagal untuk mendalami Islam dan tanpa rasa tanggungjawab melemparkan tuduhan demikian.
"Kami sarankan agar mereka membaca dan memahami sukatan Titas sebelum membuat tuduhan liar," kenyataan itu dipetik.
Titas yang mula diperkenal pada tahun 1999 adalah kursus wajib kepada semua penuntut IPTA.
Pekeliling terbaru KPT menetapkan Titas menjadi sebahagian dari enam kursus bawah Mata Pelajaran Wajib yang diselaras sebagai Mata Pelajaran Pe
ngajian Umum di peringkat ijazah di IPTS.
Pekeliling terbaru untuk mata pelajaran dengan 3 jam kredit itu berkuatkuasa pada 1 September 2013.
Pengenalan Titas sebagai mata pelajaran wajib di IPTS mencuri perhatian ramai apabila Ahli Parlimen Kampar, Ko Chung Sen mempersoalkan pelaksanaannya yang wajib di kalangan pelajar Malaysia dan mengecualikan pelajar antarabangsa.
Beliau kemudian mencadangkan agar Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran kepada siswa untuk mempelajari kursus itu atau tidak berdasarkan keperluan kursus mereka.
Cadangan beliau kemudian disokong beberapa NGO anak muda Cina dikenali dengan nama Emco yang menganggap pengenalan mata pelajaran itu sebagai satu bentuk "indoktrinasi".
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) bertanya soalan tambahan kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat tentang laporan memetik bekas naib presiden Indonesia Jussuf Kalla, yang menyebut Anwar menerima dana asing bagi perhimpunan itu.
"Saya memutuskan untuk menyaman Berita Harian kerana fitnah jahat ini. Penjelasan telah diberi oleh Jusuf di dalam media, tetapi kenapa Kementerian Dalam Negeri mengambil masa berbulan untuk selesaikan perkara ini?" kata Anwar (kanan).
Anwar berkata demikian ketika bangun selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab soalan daripada Reezal.
Selain itu, Anwar turut membacakan SMS yang diterimanya daripada Jusuf kepada Dewan Rakyat bagi menafikan laporan akhbar harian tersebut.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.
"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," katanya.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di Shah Alam malam tadi dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah.
- Bernama
Kes Dhamendran: Polis dedah identiti suspek ke-4
Polis
meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pegawainya yang
berpangkat inspektor bagi membantu siasatan kes kematian N Dhamendran
dalam lokap polis pada 21 Mei lalu.Pegawai berkenaan, Hare Krishnan Subramaniam yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur juga dikehendaki kerana tidak hadir bertugas tanpa kebenaran sejak 15 Jun.
Pengumuman itu dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menerusi satu kenyataan lewat petang tadi.
"Penama juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian dalam lokap bersangkut laporan bernombor 18468/13 di Balai Polis Jalan Tun HS Lee," katanya.
Orang ramai dengan maklumat dikehendaki menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685, talian hotline RakanCop iaitu 03-2115999 atau dengan mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 22728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Hare Krishnan merupakan individu keempat yang masih dicari pasukan tersebut.
Tiga yang lain, seorang berpangkat sarjan dan dua orang berpangkat koperal telahpun didakwa di mahkamah majistret berhubung kes kematian Dhamendran pada awal Jun lalu.
Dhamendran meninggal dunia dalam tahanan polis pada 22 Mei.
Bedah siasat mendapati ia berpunca daripada kecederaan akibat hentakan objek tumpul.
Abim: Titas elak siswa jadi seperti Alvin, Vivian
Angkatan
Belia Islam Malaysia (Abim) mempertahankan pengajaran mata pelajaran
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) di kalangan siswa yang menurutnya
mampu memupuk rasa hormat antara kaum.Presiden Abim, Amidi Abdul Manan berkata nilai yang dibawa dalam Titas malah boleh mengelakkan siswa bersikap seperti pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee.
"Ia (Titas) memupuk rasa hormat di kalangan pelbagai bangsa dan menghargai kepelbagaian. Tak ada sesiapa cuba menghalau sesiapa atau cuba merendah dan meremeh mana-mana kaum," katanya.
Beliau berpendapat Titas wajib dan wajar diperkenal di institusi pengajian tinggi swasata (IPTS) memandangkan matapelajaran itu telah menjadi sebahagian daripada identiti institusi pendidikan di Malaysia.
"Ia wajar dan wajib (diperkenal di IPTS) sebab mereka juga adalah rakyat dan mahasiswa (Malaysia).
"Jadi perlu ada satu identiti Malaysia dan perlu belajar perkara ini.
"Kalau tak dia akan jadi macam bekas mahasiswa National University of Singapore, Alvin dan pasangannya Vivian," katanya lagi.
Amidi juga menangkis dakwaan NGO yang menyifatkan berpendapat bahawa ketetapan yang mewajibkan pengajaran Titas kepada siswa IPTS sebagai "indoktrinasi".
Katanya, kenyataan seperti itu merupakan dakwaan liar kerana sukatan Titas menurutnya langsung tidak menjurus kepada indoktrinasi Islam.
"Jelas ini adalah simptom Islamophobia yang berakar umbi dalam kelompok terbabit.
"Mereka gagal untuk mendalami Islam dan tanpa rasa tanggungjawab melemparkan tuduhan demikian.
"Kami sarankan agar mereka membaca dan memahami sukatan Titas sebelum membuat tuduhan liar," kenyataan itu dipetik.
Titas yang mula diperkenal pada tahun 1999 adalah kursus wajib kepada semua penuntut IPTA.
Pekeliling terbaru KPT menetapkan Titas menjadi sebahagian dari enam kursus bawah Mata Pelajaran Wajib yang diselaras sebagai Mata Pelajaran Pe
ngajian Umum di peringkat ijazah di IPTS.
Pekeliling terbaru untuk mata pelajaran dengan 3 jam kredit itu berkuatkuasa pada 1 September 2013.
Pengenalan Titas sebagai mata pelajaran wajib di IPTS mencuri perhatian ramai apabila Ahli Parlimen Kampar, Ko Chung Sen mempersoalkan pelaksanaannya yang wajib di kalangan pelajar Malaysia dan mengecualikan pelajar antarabangsa.
Beliau kemudian mencadangkan agar Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran kepada siswa untuk mempelajari kursus itu atau tidak berdasarkan keperluan kursus mereka.
Cadangan beliau kemudian disokong beberapa NGO anak muda Cina dikenali dengan nama Emco yang menganggap pengenalan mata pelajaran itu sebagai satu bentuk "indoktrinasi".
Anwar baca SMS Jusuf Kalla dalam dewan
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menyaman
akhbar Berita Harian kerana memfitnahnya berhubung dakwaan Pakatan
Rakyat menerima wang dana asing untuk perhimpunan Black 505.Kenyataan itu dikeluarkan selepas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) bertanya soalan tambahan kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat tentang laporan memetik bekas naib presiden Indonesia Jussuf Kalla, yang menyebut Anwar menerima dana asing bagi perhimpunan itu.
"Saya memutuskan untuk menyaman Berita Harian kerana fitnah jahat ini. Penjelasan telah diberi oleh Jusuf di dalam media, tetapi kenapa Kementerian Dalam Negeri mengambil masa berbulan untuk selesaikan perkara ini?" kata Anwar (kanan).
Anwar berkata demikian ketika bangun selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab soalan daripada Reezal.
Selain itu, Anwar turut membacakan SMS yang diterimanya daripada Jusuf kepada Dewan Rakyat bagi menafikan laporan akhbar harian tersebut.
Lelaki dibogel, diconteng, ditinggal di tepi jalan
Polis
mencari saki baki kumpulan yang disyaki menahan dan melarikan seorang
penjaga kafe siber dalam satu kejadian di Taman Sri Muda, Shah Alam pada
malam tadi hari ini ditahan polis.
Empat daripada lapan individu berkenaan telahpun ditahan di lokasi berasingan di Bukit Jalil, Kampung Medan dan Ampang pagi ini, lapor Utusan Online.
Laporan itu menyebut, tindakan suspek yang melarikan penjaga kafe siber tersebut, dipercayai berhubung perbuatan menghina Islam di laman sosial.
Laporan tersebut memetik kenyataan ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob yang berkata kesemua suspek yang berusia 20-an disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik.
Polis akan mengambil keterangan penjaga kafe siber tersebut serta teman wanita lelaki berkenaan esok untuk mengenalpasti motif perbuatan kumpulan suspek itu.
Rentetan kejadian tersebut, lapor Utusan, bermula pada jam 3 pagi semalam semasa lelaki tersebut sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda.
Lelaki itu kemudiannya ditahan dan dibawa dengan sebuah kenderaan bas mini jenis Toyota ke satu kawasan hutan.
Suspek kemudiannnya meninggalkan lelaki tersebut di satu kawasan di tepi Lebuh Raya Damansara - Ulu Kelang dalam keadaan bogel dan badan lelaki itu turut diconteng, menurut Zahedi.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya untuk dibogelkan dan diconteng badannya sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Seluar, baju dan pakaian dalamnya telah dilarikan.
"Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit menemuinya pada pukul 12.30 tengah hari semalam sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju," kata Zahedi seperti dipetik Utusan.
Sementara itu, satu laporan Bernama hari ini menyebut, lelaki berkenaan Ng Mun Tatt, 24, turut dicederakan oleh suspek.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laporan tersebut berkata Ng diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan satu gambar kontroversi yang dimuatkan di Facebook oleh pasangan blogger seks Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24.
Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:
"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."
Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan