Jumaat, 19 Julai 2013

KANTOI NAK SOROK MANA

Alvin, Vivian didakwa hari ini, tak dibenar ikatjamin
5:19AM Jul 18 2013
 VIDEO | 1.54 min
dikemaskini 3.30pm Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu enerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
NONEPasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
   
Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
   
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
   
Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.
   
Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
   
Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: "Saya minta dibicarakan".
   
Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
   
"Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu.
   
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah.
   
NONEBeliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah
Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin.
   
"Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan," kata Noorin.
   
Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
   
"Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu," katanya.
   
Peguam Chong Joo Tian, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan pertuduhan yang dihadapi mereka belum dibuktikan dan bersifat pramatang.
   
Chong berkata pihak pendakwaan tidak boleh membuat spekulasi bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama kerana mereka belum didapati bersalah.
   
"Kedua-dua anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SKMM dan polis ketika siasatan dilakukan dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah selain kesalahan itu tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan," katanya.
   
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pula berhujah mahkamah perlu mengambil kira keadaan sekeliling dalam menentukan sama ada jaminan dapat diberikan atau tidak.
   
"Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita 'Google' sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius," katanya.
   
Noorin juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah kerana melibatkan satu transaksi dan saksi yang sama.
   
Bagaimanapun, Chong memohon pertuduhan kedua dibicarakan berasingan kerana pertuduhan pertama dan ketiga merupakan satu perbuatan tetapi pertuduhan kedua melibatkan penerbitan gambar-gambar lucah yang disiarkan di laman web berlainan.
   
Noorin menjelaskan Seksyen 170 membolehkan kesalahan-kesalahan jenayah dibicarakan bersama walaupun ketiga-tiganya adalah berlainan dan pihak pendakwaan akan membuktikan kesalahan itu berlaku dalam transaksi sama.
   
Hakim Murtazadi membenarkan ketiga-ketiga kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.
   
Beliau turut memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh mengemukakan alasan mengapa jaminan perlu diberikan kepada mereka.
   
Alvin berkata: "Saya mahu dijamin. Saya tidak memegang apa-apa kuasa, kedudukan, kekayaan mahupun pekerjaan dan semua barang multimedia dirampas oleh SKMM yang menjejaskan kecenderungan saya untuk memuat naik gambar dan mengakses Internet".
   
Vivian, yang merupakan guru tadika, pula berkata: "Saya juga ingin dijamin dan saya mempunyai pendapat yang sama dengan Alvin".
   
Alvin ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian di Penjara Kajang.
- Bernama
AG jelas sebab Alvin, Vivian tak dibenar ikatjamin
5:46PM Jul 18 2013
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
 
Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
 
“Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.
 
“Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak perbicaraan melalui media.
 
Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
 
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan) bersama logo Halal.
 
Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan. 
- Bernama
Husam: PM tergugat jika dakwat tak kekal

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menjangkakan bahawa isu yang akan menggugat kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ialah penggunaan dakwat kekal dan bukannya keputusan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Katanya, masyarakat umum sendiri tahu bahawa keputusan pilihan raya kecil berkenaan tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Najib.

"PM nak tergugat apa. Ini pertandingan DUN bukan parlimen...

"(Tetapi jika) SPR masih menggunakan dakwat yang sama dan masih tidak kekal, itu yang menyebabkan PM tergugat.

"Jadi saya harap, PM campur tangan, beli dakwat dua tiga botol... Setengah dozen bukan banyak pun (untuk percubaan)," katanya sambil ketawa kecil.
Husam yang juga ADUN Salor berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang menggesa pengundi muda di Kuala Besut supaya menyokong parti itu kerana kekalahan BN menurutnya akan menggugat kedudukan Najib yang juga pengerusi BN.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi berkenaan apabila kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Husam juga membangkitkan perkara itu susulan demonstrasi yang dijalankan oleh SPR hari ini untuk menunjukkan mutu dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil tersebut pada 24 Julai.
Isu dakwat berkenaan menjadi tumpuan utama apabila dakwat yang digunakan semasa pilihan raya umum 5 Julai lalu didakwa dapat ditanggalkan dengan mudah.
Demonstrasi guna dakwat, SPR jamin ia kekal

KUALA BESUT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan demonstrasi hari ini untuk membuktikan dakwaannya bahawa dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah berkualiti lebih baik daripada dakwat kontroversi yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.
Beberapa wartawan, termasuk dari Malaysiakini, mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.
Dalam satu kenyataan selepas demonstrasi itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, suruhanjaya itu mendapati jika dakwat kekal itu dibasuh, warnanya akan muncul semula pada jari.
Wartawan Malaysiakini cuba mencuci dakwat tersebut sejam selepas itu, dan mendapati kesannya masih ada walaupun dua kali dibasuh dengan sabun.

Dakwat itu juga menjadi semakin gelap selepas beberapa ketika.
Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.
Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.
Rafizi dalam sidang medianya mendakwa, syarikat yang mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR juga mempunyai kaitan dengan syarikat didakwa sebagai pembekal dakwat kekal, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, syarikat pembekal topi kepada SPR, Nash Ventures Sdn Bhd – salah satu syarikat yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ucapan di Dewan Rakyat semalam – mempunyai pertalian dengan pengarah Integrated Challenger.

"Salah seorang pengarah syarikat (Nash Venture) adalah pemegang syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembekalan dari Kementerian Pertahanan.

"Pemegang saham lain dan pengarah syarikat Allisons Corp Sdn Bhd adalah Mohamed Salleh Mohamed Alli.

"Mengikut nombor kad pengenalan, pengarah itu turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun sama dengan Mohamed Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan lama. Alamat rumah kediaman untuk pengarah itu dan Mohamed Salleh adalah sama. Besar kemungkinan mereka ada pertalian suami isteri," kata Rafizi.|

Sementara itu, Rafizi ketika diminta menjelaskan mengenai pertalian pegawai tertinggi SPR dengan syarikat pembekal dakwat kekal hanya berkata: "Saya sentiasa katakan, ia melibatkan kepimpinan SPR termasuk pengerusi dan timbalan SPR.

"...Jangan gaduh dengan saya, perkara utama ialah untuk mengesahkan nama (syarikat) itu. Kalau tak ada benda nak disembunyi terus terang sahaja," katanya lagi.

Beliau turut mendakwa, alamat perniagaan yang didaftarkan untuk ketiga-tiga syarikat tersebut juga adalah di alamat yang sama iaitu di Shah Alam. 
Terdahulu Pandikar Amin berkata MP Pandan tersebut semasa berucap pada hari Selasa lalu menyebut ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri di Dewan berkenaan.
Tindakan tersebut, menurut Pandikar Amin, melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.

Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaan tersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.

Ucapan MP di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Pandikar Amin meminta Rafizi berbuat demikian ketika memutuskan usul yang dikemukakan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) terdahulu yang mahu Rafizi dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas dakwaan tersebut.

Pandikar Amin menolak usul Reezal Merican yang mahu merujuk Rafizi ke jawatankuasa berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12).
"Pandan yakin fakta dia betul. Sebelum itu dia suruh dedah tapi tak ada dedahan di buat. Cuma Pandan, untuk beri orang sana membela, kalau Pandan berani, dia ikhlas, dia ulang di luar," katanya.

"Jadi atas sebab itu saya terpaksa mohon maaf menolak (cadangan usul) Yang Berhomat untuk merujuk Pandan pada jawatankuasa hak dan keistimewaan," kata Pandikar.
Lelaki diculik, dibogel kata tak pernah hina Islam
12:10PM Jul 18 2013
Seorang pekerja kafe siber yang diculik, dikasari dan diconteng dengan kata-kata “Saya hina Islam” di bahagian badan oleh sekumpulan lelaki menafikan bahawa beliau telah menghina apa-apa agama, apatah lagi Islam.
Ng Mun Tatt dalam satu sidang media di Klang semalam mendakwa kumpulan lelaki berkenaan menconteng kata-kata tersebut di badannya untuk mengelirukan individu yang boleh membantunya.

Ng, 21, mendakwa kumpulan lelaki tersebut memperlakukan demikian ke atasnya demikian agar beliau dilihat sebagai individu yang menghina Islam.

NONEKatanya, rentetan kejadian itu bermula pada kira-kira jam 4.30 pagi pada awal pagi Isnin lalu ketika beliau sedang minum bersama seorang gadis di sebuah restoran di Shah Alam.

Katanya, dua orang lelaki kemudan bertanya kepadanya sama ada beliau adalah “Ah Keong".

Belumpun sempat beliau menjawab, lelaki berkenaan kemudiannya mengheretnya ke dalam sebuah kereta sedan, dakwanya.

Matanya ditutup dan beliau terpaksa duduk di lantai kereta, dakwanya.

Sementara itu gadis berkenaan, 16, yang turut hadir dalam sidang media terbabit, berkata beliau melihat lelaki berkenaan masuk semula ke dalam restoran kira-kira 10 minit kemudian dengan tiga orang yang lain.

Ng pula mendakwa, beliau dipukul dan kemudiannya dibawa ke satu pangsapuri.

Katanya beliau dipukul lagi di apartmen berkenaan oleh kumpulan lelaki terbabit, yang didakwanya turut menggunakan batang kayu.

NONEBeliau seterusnya mendakwa, individu berkenaan memanggil abang iparnya dan menuntut wang tebusan berjumlah RM5,000.

Jumlah tersebut berjaya ditawarkan kepada RM3,000 dan dirundingkan untuk disalurkan melalui akaum bank Ng.

Ng mendakwa beliau kemudiannya tidak dapat mengingati nombor PIN bagi untuk urusniaga ATM apabila lelaki berkenaan cuba mendapatkan wang berkenaan.

Ng mendakwa, beliau hilang ingatan akibat satu kemalangan beberapa tahun lalu.

Drama itu berterusan apabila beliau dipukul sekali lagi, dakwa Ng, dan beliau seterusnya dibawa ke satu kawasan ladang kelapa sawit.

Ng mendakwa, lelaki berkenaan kemudiannya memaksanya menghidu gam.

NONEBeliau berjaya meloloskan diri apabila kumpulan berkenaan khayal akibat menghidu gam.

Ng mendakwa, beliau sangat kehausan sehingga terpaksa minum air longkang ketika melepaskan diri.

Drama itu berakhir apabila beliau berjaya sampai ke satu kawasan di Lebuh Raya Duta Ulu Kelang dan diselamatkan oleh seorang penunggang motosikal, dakwanya.

Dalam sidang media berkenaan, Ng juga menafikan bahawa penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - blogger seks yang kini disiasat pihak berkuasa atas dakwaan menghina Islam.
Laporan media yang memetik kenyataan ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari Selasa lalu bagaimanapun menyebut sebaliknya.

Tiada ulasan: