Perunding TPPA pinggir suara rakyat Malaysia
Harakahdaily, | 30 Jul 2013 |
“Jika Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri (Miti) dan kerajaan masih berkeras dan berahsia, kita mohon pihak Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan keputusan menghentikan perbincangan tersebut,” kata Presidennya, Dr Awisul Islah Ghazali dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Umum mengetahui bahawa perbincangan Perjanjian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement - TPPA) yang telah dan bakal berlangsung sekitar Oktober nanti menjadi suatu rahsia yang menimbulkan pelbagai persepsi yang mencurigakan. Ianya didedahkan melalui pelbagai media samada media cetak mahupun media maya. Terbaru, pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar melalui siaran RTM1, yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam isu TPPA ini. Beliau menyuarakan betapa ianya rahsia sehingga perjumpaan yang dibuat dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya menjadi perbualan kosong sedangkan MITI mewar-warkan bahawa mereka telah bersepakat. Wakil MTEM juga dengan jelas menyatakan ketidakyakinan mereka kepada wakil Malaysia ke perundingan tersebut. Pendedahan secara telus tidak dinyatakan oleh pihak kerajaan.
Telahan dan jangkaan kami, terutama berkenaan bidang perubatan, kos ubat yang bakal dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar berpusat di Amerika akan meningkat berganda-ganda. Melalui TPPA ini tempoh hak cipta paten sesuatu ubat mungkin mencecah 50 ke 120 tahun. Justeru membolehkan kos ubat dimanipulasi dan kos penjualannya mencanak naik. Kesannya adalah rakyat terpaksa membayar kos yang meningkat tersebut. Peningkatan kos ini akan menganiaya pesakit secara khusus dan rakyat negara ini secara umumnya. Pengubatan terpilih akan berlaku kerana sesetengah pesakit tidak dapat menanggung pertambahan kos tersebut.
Sebagai sebuah NGO berteraskan kesihatan, kami kesal dan sedih jika sekiranya terdapat di kalangan rakyat yang tidak mendapat rawatan yang terbaik akibat daripada ketidakmampuan menyara kos perubatan. Perkara sebegini akan semakin parah jika pelan transformasi kerajaan yang akan dilaksanakan bagi mewajibkan insuran kesihatan menjadi kenyataan.
Perjanjian TPPA ini juga tidak selari dengan saranan International Labour Office Geneva melalui tulisan Health Insurance in Developing Countries pada 1991 supaya kerajaan bertekad mengawal harga kos perubatan jika ingin memperkenalkan insuran kesihatan. Kerahsiaan yang dicurigai ini bakal merugikan rakyat dan negara.
Marilah kita pelajari dari sejarah kesultanan Melayu yang dijajah hasil dari adanya orang Melayu yang berpakat secara senyap dengan British dalam mencampuri urusan istana. Apakah kita masih belum sedar? Sedarlah juga, kerahsiaan yang dicurigai ini merupakan agenda Amerika dalam era Neocolonialisasi. Ia tidak lain dan tidak bukan, adalah agenda besar memberi sokongan kepada Israel dan Zionis. Janganlah kerana keuntungan beberapa golongan elitis negara, kita gadaikan seluruh rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) mendesak supaya kandungan perjanjian didedahkan kepada umum. Jika MITI dan kerajaan masih berkeras dan berahsia, kita mohon pihak Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan keputusan menghentikan perbincangan tersebut.
Scorpene: Suaram dakwa Jasbir bohong
Anis Nazri, | 30 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Jasbir Singh Charld tidak bercakap benar apabila membela beberapa pihak
dalam kes pembelian Scorpean, dakwa bekas Pengarah Eksekutif Suaram
(Suara Rakyat Malaysia Suaram) Cynthia Gebriel.
Suaram mendedahkan Jasbir Singh Chahl telah dipecat sebagai perunding dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis, yang kemudiannya digantikan dengan perunding pertahanan, Abdul Razak Baginda.
Malah, Jasbir juga bertindak memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak, yang kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah, dakwa Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel.
Bercakap kepada media, Cynthia mendakwa Jasbir yang juga merupakan salah seorang saksi bagi kes kontroversi itu pada awalnya dilantik sebagai perunding bagi pembelian dua kapal selam Scorpene tersebut, bagaimanapun dipecat dari meneruskan rundingan tersebut.
"Kami harap Jasbir mengambil langkah seterusnya untuk mendedahkan semua perkara yang beliau tahu mengenai perolehan pembelian Scorpene tersebut, mengapa beliau dipecat dari rundingan tersebut, kerana beliau hanya bercakap secara terpilih tentang kes itu ketika ditemubual New Straits Time (NST), baru-baru ini," tegas Cynthia (gambar) pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina, petang tadi.
Dalam pada itu, Cynthia turut mengesa Jasbir menyatakan jumlah sebenar yang diterima Terasasi Sdn. Bhd. daripada syarikat pembina kapal, DSCN dalam perundingan pembelian Scorpene tersebut, sebelum Terasasi ditutup kemudiannya.
Terasasi merupakan satu syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, di mana Jasbir merupakan salah seorang pengarahnya sebelum ditutup, dan kemudiannya dibuka semula di Hong Kong oleh Abdul Razak Baginda.
Menyentuh soal penterjemah Mongolia, Altantuya Shaarriibuu, Cynthia berkata Suaram tidak pernah mengatakan Altantuya sebagai penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene tersebut, sebaliknya mempersoalkan apakah peranan sebenar Altantuya dalam skandal tersebut.
"Persoalan yang perlu dijawab, apakah peranan sebenar Altantuya dalam perundingan pembelian kapal selam itu jika ada, dan mengapa beliau dibunuh secara kejam," tegas Cynthia lagi.
Sehubungan itu, Suaram menuntut supaya gangguan terhadap Suaram untuk mencungkil kebenaran berhubung skandal Scorpene ini dihentikan oleh mana-mana pihak dalam usaha mendapatkan maklumat bagi rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai skandal ini.
Beliau juga mengessa Jasbir menjawab soalan yang dikemukakan selain menyatakan secara keseluruhan berkaitan rundingan pembelian kapal selam tersebut , dan tidak hanya memilih kepada beberapa perkara tertentu sahaja.
Selain itu, Cynthia turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak berdiam diri berhubung skandal ini, sebaliknya memulakan siasatan dalam usaha membanteras kes rasuah berprofail tinggi.
KUALA LUMPUR:
Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
merasa kesal berikutan pelaburan RM14.49 juta oleh Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak (PKNP) bagi membina Kompleks Silveritage Galleria menjadi
projek ‘gajah putih’.
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, tujuan asal pembinan kompleks pada 1998 untuk dijadikan Pusat Budaya Utama Negeri Perak.
“Mengikut tujuan asal, kedudukannya yang strategik di mana ia terletak di jalan utama merupakan satu-satunya pusat pelancongan komersil bagi menonjolkan seni dan tradisi Perak kepada para pelancong,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, ia berubah pada 2004, apabila terminal bas digunakan di Kompleks Silveritage Galleria setelah dipindahkan dari Medan Kidd oleh kerajaan negeri ketika itu.
Kini, ujarnya terselah lagi kegagalan pembangunan di Kompleks Silveritage Galleria setelah terminal bas dipindahkan pula di Meru Raya.
“Bagi kami penyelesaian aset milik PKNP hanya bersifat pembaziran semata-mata.
“Kami mengharapkan PKNP tidak mengambil jalan mudah untuk menjual asetnya jika melalui jalan buntu di masa yang akan datang,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, katanya PAS negeri mendesak kerajaan memberikan penjelasan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bulan Ogos nanti.
Katanya lagi, apakah pelan jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan aset penting dan berstrategik tersebut tidak terlepas begitu sahaja.
“Dan kami cukup bimbang jika langkah Kerajaan Negeri Perak membenarkan usaha sama dengan lain-lain pihak yang akhirnya akan merugikan pelaburan yang selama ini dibuat terhadap pembangunan Kompleks Silveritage Galleria,” katanya.
GOMBAK: Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan hari
ini meluangkan masa hampir 45 minit meninjau rumah kedai yang terbakar
di Pinggiran Batu Caves semalam.
Kebakaran dikatakan berpunca akibat litar pintas dan kerugian ditaksirkan sebanyak RM100,000.
Salah seorang pemilik kedai, Zulkifli Mohammad berkata, kebakaran berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan disedari oleh anak beliau.
Ketika itu beliau dan isteri tiada dirumah dan empat orang anak mereka pergi ke sekolah.
Rumah di bahagian atasnya juga terbakar 100 peratus dan beliau tidak sempat menyelamatkan barang-barang di dalamnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Dalam lawatan itu, Hasbullah turut menyampaikan sumbangan segera berupa wang tunai dan juga barangan dapur dari Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.
“Kita sangat bersimpati kepada keluarga mangsa dan kita akan bantu apa yang mampu.
"Kita juga berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka menjelang AidilFitri ini” jelas beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Selangor.
KUALA LUMPUR:
Kejadian jenayah yang semakin kerap berlaku beberapa bulan ini
menunjukkan tiada jaminan bahawa rakyat berada dalam keadaan selamat,
kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Merujuk kepada kes Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati semalam dan kes tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan Sabtu lalu, Mahfuz berkata hal ini menunjukkan lemahnya kawalan keselamatan di negara ini.
"Apa jadi dengan masalah keselamatan negara kita ini? Kalau hari ini seorang lagi ditembak mati, apa jaminan keselamatan kita selepas ini?
"Saya percaya kamu semua sebagai wartawan rasa takut. Nanti kalau lapor benda-benda yang serius, akan mati ditembak di tengah jalan. Ya, ini satu benda yang serius sebab wartawan selalunya akan cari isu-isu yang panas.
"Apakah ada jaminan kepada seorang wartawan bahawa mereka ini akan selamat bila membuat laporan berita yang boleh menggugat satu-satu pihak? Seolah-olah polis sudah hilang kawalan dan tak tahu nak buat apa," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Menyentuh mengenai dakwaan terdapat anggota polis terlibat dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus mengadakan operasi besar-besaran bagi membersihkan institusi polis daripada kegiatan sedemikian.
"Laporan yang menyebut tentang adanya pihak yang terlibat dengan penjenayah ini menunjukkan kerajaan khususnya KDN tak serius menangani isu jenayah.
"Siasatan mengenai dakwaan anggota polis terlibat dalam kegiatan haram mesti didahulukan dan buat rombakan dalam institusi polis, buat siasatan menyeluruh dan ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Nampaknya
ramai pembaca tidak dapat membezakan antara sokongan kepada pimpinan
UMNO dengan sokongan terhadap idea menjuarai kepentingan orang Melayu.
Inilah masalah pokoknya. Walhal, ianya dua perkara
berbeza.Mempertahankan kepimpinan UMNO tidak sama dengan mempertahan
idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Idea atau konsep memperjuangkan
kepentingan Melayu adalah hak semua orang Melayu. Dan idea itu bukan
hak milik persendirian dan mutlak pimpinan dan ahli UMNO sahaja. Ianya
boleh disebut, suarakan dan dilaksanakan oleh semua orang Melayu.
Melayu UMNO tidaklah ada kelebihan daripada Melayu bukan-UMNO. Kebetulan mereka berada dalam UMNO yang mempunyai ahli seramai 3.4 juta di seluruh negara. Mungkin ini yang memberi perasaan angkuh kepada ahli UMNO bahawa mereka sahaja yang berhak bercakap untuk kepentingan Melayu. Jika dalam PRU13 lalu, calon-calon UMNO secara direct mendapat 3.4 juta undi secara keseluruhan, ini baru sama dengan jumlah ahlinya. Ertinya, UMNO tidak mendapat sokongan dari rakyat yang melata. Dalam PRU lalu, jumlah orang Melayu yang keluar mengundi ialah 7.3 juta. Bermakna, kita boleh bercakap bagi pihak 3.9 juta Melayu yang tidak menyokong UMNO.
Mempertahankan pimpinan UMNO adalah kerja orang UMNO. Mempertahankan kepentingan orang Melayu adalah kerja SEMUA orang Melayu. Sementara orang UMNO boleh mempertahankan kepentingan orang Melayu kerana mereka Melayu, kerja dan tanggungawab itu, bukan hak mutlak mereka.
Sebaik sahaja kita faham perbezaan antara dua perkara ini, barulah kita akan faham bahawa berjuang dan bercakap mengenai hal-hal yang penting bagi orang Melayu boleh dilakukan dari platform mana-mana sahaja dan tidak semestinya UMNO. Jika ahli UMNO merasakan bahawa UMNO merupakan platform yang terbaik, saya tidak ada masalah dengan pandangan tersebut. Saya hanya ada masaalah dengan pandangan bahawa hanya UMNO sahaja platform untuk menjuarai hal-hal yang penting untuk orang Melayu. Faktanya, UMNO mungkin boleh bercakap bagai 3.4 juta Melayu. Bagi pihak 3.9 juta Melayu yang lain bagaimana?
Dalam artikel yang terdahulu, sasaran asas ialah ialah kepimpinan UMNO, bukan parti tersebut. Proposisi saya yang asas ialah kepimpinan yang lemah yang disokong oleh barisan pimpinan yang sepemikiran dengan pemimpin yang lemah, mencederakan kepentingan orang Melayu UMNO. Ini bermakna, Najib dan mereka yang sepemikiran dengan dia, tidak baik untuk orang Melayu UMNO. Mereka akan menyebab orang Melayu menolak UMNO.
Nampaknya ada dua pendekatan mengembalikan keutamaan dan kedahuluan Melayu dalam politik negara. Pertama, golongan yang merasakan kaedahnya ialah dengan meningkatkan right wingism dalam UMNO. Guna cara agresif. UMNO mesti memilih mereka yang lebih Melayu dari orang lain. Pendekatan ini dipelopori oleh the man who can walk on water - Dr Mahathir Mohamad. Itu tesis utama Dr Mahathir dalam artikelnya mengenai dilemma Cina. Dr Mahathir menyebutkan dilemma Cina ialah menimbangkan sama ada mahu mengambil alih kuasa politik dari orang Melayu setelah memiliki kuasa ekonomi.
Dengan sebutan tersebut, orang Melayu berdepan dengan isu yang sudah dipermudahakan oleh Dr Mahathir - siapa yang berani dan lebih Melayu? Sesiapa yang mengkaji pemikiran Dr Mahathir mestilah sudah tahu bahawa cara untuk memahami Dr Mahathir ialah mencari perkara yang tidak dizahirkan oleh Mahathir. Dan dalam artikel Dilema Cina - perkara yang tidak disebut ialah kebangkitan Cina mesti diperiksa dan diimbangi oleh right wingism Melayu UMNO. Itu sahaja penyelesaiannya. Bukan cara lembik dan berkompromi sana sini seperti yang dilakukan oleh Najib.
Dengan melakukan demikian, Mahathir telah pun meletakkan terms of reference untuk pemilihan UMNO tahun ini. Mesej Mahathir ialah ahli UMNO mesti memilih tokoh UMNO yang kelihatan lebih Melayu dari yang lain. Artikel Mahathir sebetulnya suatu sindiran tajam terhadap kepimpinan Najib.
Siapa lebih Melayu dan pada masa yang sama menimbulkan rasa tenteram di kalangan orang Melayu? Jawabnya Muhyiddin. Muhyiddin lebih Melayu dari Najib. Maka Muhyiddin secara tidak lansung telah mendapat perakuan dari Mahathir. Dan Muhyiddin mempunyai sokongan dari Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang. Dan mungkin secara keseluruhan. Najib pula dilihat sebagai pemimpin yang terhegeh-hegeh meraih ehsan dari Cina dan India. Ini pendekatan yang berlawanan dengan pendekatan Mahathir. UMNO yang lemah di bawah pimpinan yang lemah akan memberi konsesi yang berlebihan kepada bangsa lain. Itu mesej Mahathir.
Mungkin orang Melayu masih tidak sedar perkara ini. Ke mana Najib mahu bawak kita? Ekonomi kita ada lah contractor – driven. Projek besar semuanya dicadangkan oleh kontraktor dan pihak kerajaan memperakuinya. Apa yang kerajaan miliki ialah kuasa perakuan dan kuasa tersebut dieksploitasi oleh ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan untuk mengkayakan diri sahaja.
Agenda kerajaan dengan demikian tidak lain dan tidak bukan adalah agenda golongan peniaga yang mahu menghimpunkan kuasa ekonomi dan kekayaan dalam tangan mereka. Apa dia ETP jika tidak lain dan tidak bukan himpunan perancangan pihak swasta yang diperakui oleh kerajaan? Dan apa pula GTP - government transformation plan selain daripada menghimpunkan kuasa membuat keputusan dalam tangan oligarki pentadbiran?
Dilema UMNO pula ialah menimbangkan sama ada mengekal atau menolak Najib yang dilihat sebagai pemimpin yang banyak berkompromi akan kepentingan Melayu. Dr Mahathir sudah pun memberi petunjuk dalam hal ini. - http://sakmongkol.blogspot.com
Suaram mendedahkan Jasbir Singh Chahl telah dipecat sebagai perunding dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis, yang kemudiannya digantikan dengan perunding pertahanan, Abdul Razak Baginda.
Malah, Jasbir juga bertindak memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak, yang kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah, dakwa Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel.
Bercakap kepada media, Cynthia mendakwa Jasbir yang juga merupakan salah seorang saksi bagi kes kontroversi itu pada awalnya dilantik sebagai perunding bagi pembelian dua kapal selam Scorpene tersebut, bagaimanapun dipecat dari meneruskan rundingan tersebut.
"Kami harap Jasbir mengambil langkah seterusnya untuk mendedahkan semua perkara yang beliau tahu mengenai perolehan pembelian Scorpene tersebut, mengapa beliau dipecat dari rundingan tersebut, kerana beliau hanya bercakap secara terpilih tentang kes itu ketika ditemubual New Straits Time (NST), baru-baru ini," tegas Cynthia (gambar) pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina, petang tadi.
Dalam pada itu, Cynthia turut mengesa Jasbir menyatakan jumlah sebenar yang diterima Terasasi Sdn. Bhd. daripada syarikat pembina kapal, DSCN dalam perundingan pembelian Scorpene tersebut, sebelum Terasasi ditutup kemudiannya.
Terasasi merupakan satu syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, di mana Jasbir merupakan salah seorang pengarahnya sebelum ditutup, dan kemudiannya dibuka semula di Hong Kong oleh Abdul Razak Baginda.
Menyentuh soal penterjemah Mongolia, Altantuya Shaarriibuu, Cynthia berkata Suaram tidak pernah mengatakan Altantuya sebagai penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene tersebut, sebaliknya mempersoalkan apakah peranan sebenar Altantuya dalam skandal tersebut.
"Persoalan yang perlu dijawab, apakah peranan sebenar Altantuya dalam perundingan pembelian kapal selam itu jika ada, dan mengapa beliau dibunuh secara kejam," tegas Cynthia lagi.
Sehubungan itu, Suaram menuntut supaya gangguan terhadap Suaram untuk mencungkil kebenaran berhubung skandal Scorpene ini dihentikan oleh mana-mana pihak dalam usaha mendapatkan maklumat bagi rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai skandal ini.
Beliau juga mengessa Jasbir menjawab soalan yang dikemukakan selain menyatakan secara keseluruhan berkaitan rundingan pembelian kapal selam tersebut , dan tidak hanya memilih kepada beberapa perkara tertentu sahaja.
Selain itu, Cynthia turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak berdiam diri berhubung skandal ini, sebaliknya memulakan siasatan dalam usaha membanteras kes rasuah berprofail tinggi.
Kompleks RM14.49 juta jadi projek gajah putih
Harakahdaily, | 30 Jul 2013 |
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, tujuan asal pembinan kompleks pada 1998 untuk dijadikan Pusat Budaya Utama Negeri Perak.
“Mengikut tujuan asal, kedudukannya yang strategik di mana ia terletak di jalan utama merupakan satu-satunya pusat pelancongan komersil bagi menonjolkan seni dan tradisi Perak kepada para pelancong,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, ia berubah pada 2004, apabila terminal bas digunakan di Kompleks Silveritage Galleria setelah dipindahkan dari Medan Kidd oleh kerajaan negeri ketika itu.
Kini, ujarnya terselah lagi kegagalan pembangunan di Kompleks Silveritage Galleria setelah terminal bas dipindahkan pula di Meru Raya.
“Bagi kami penyelesaian aset milik PKNP hanya bersifat pembaziran semata-mata.
“Kami mengharapkan PKNP tidak mengambil jalan mudah untuk menjual asetnya jika melalui jalan buntu di masa yang akan datang,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, katanya PAS negeri mendesak kerajaan memberikan penjelasan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bulan Ogos nanti.
Katanya lagi, apakah pelan jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan aset penting dan berstrategik tersebut tidak terlepas begitu sahaja.
“Dan kami cukup bimbang jika langkah Kerajaan Negeri Perak membenarkan usaha sama dengan lain-lain pihak yang akhirnya akan merugikan pelaburan yang selama ini dibuat terhadap pembangunan Kompleks Silveritage Galleria,” katanya.
Mangsa kebakaran dapat perhatian wakil rakyat
Harakahdaily, | 30 Jul 2013 |
Kebakaran dikatakan berpunca akibat litar pintas dan kerugian ditaksirkan sebanyak RM100,000.
Salah seorang pemilik kedai, Zulkifli Mohammad berkata, kebakaran berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan disedari oleh anak beliau.
Ketika itu beliau dan isteri tiada dirumah dan empat orang anak mereka pergi ke sekolah.
Rumah di bahagian atasnya juga terbakar 100 peratus dan beliau tidak sempat menyelamatkan barang-barang di dalamnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Dalam lawatan itu, Hasbullah turut menyampaikan sumbangan segera berupa wang tunai dan juga barangan dapur dari Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.
“Kita sangat bersimpati kepada keluarga mangsa dan kita akan bantu apa yang mampu.
"Kita juga berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka menjelang AidilFitri ini” jelas beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Selangor.
Kalau ditembak lagi, apa jaminan rakyat selamat
Hazayani Zakaria, | 30 Jul 2013 |
Merujuk kepada kes Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati semalam dan kes tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan Sabtu lalu, Mahfuz berkata hal ini menunjukkan lemahnya kawalan keselamatan di negara ini.
"Apa jadi dengan masalah keselamatan negara kita ini? Kalau hari ini seorang lagi ditembak mati, apa jaminan keselamatan kita selepas ini?
"Saya percaya kamu semua sebagai wartawan rasa takut. Nanti kalau lapor benda-benda yang serius, akan mati ditembak di tengah jalan. Ya, ini satu benda yang serius sebab wartawan selalunya akan cari isu-isu yang panas.
"Apakah ada jaminan kepada seorang wartawan bahawa mereka ini akan selamat bila membuat laporan berita yang boleh menggugat satu-satu pihak? Seolah-olah polis sudah hilang kawalan dan tak tahu nak buat apa," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Menyentuh mengenai dakwaan terdapat anggota polis terlibat dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus mengadakan operasi besar-besaran bagi membersihkan institusi polis daripada kegiatan sedemikian.
"Laporan yang menyebut tentang adanya pihak yang terlibat dengan penjenayah ini menunjukkan kerajaan khususnya KDN tak serius menangani isu jenayah.
"Siasatan mengenai dakwaan anggota polis terlibat dalam kegiatan haram mesti didahulukan dan buat rombakan dalam institusi polis, buat siasatan menyeluruh dan ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Apa dia dilema Umno?
Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 30 Jul 2013 |
Melayu UMNO tidaklah ada kelebihan daripada Melayu bukan-UMNO. Kebetulan mereka berada dalam UMNO yang mempunyai ahli seramai 3.4 juta di seluruh negara. Mungkin ini yang memberi perasaan angkuh kepada ahli UMNO bahawa mereka sahaja yang berhak bercakap untuk kepentingan Melayu. Jika dalam PRU13 lalu, calon-calon UMNO secara direct mendapat 3.4 juta undi secara keseluruhan, ini baru sama dengan jumlah ahlinya. Ertinya, UMNO tidak mendapat sokongan dari rakyat yang melata. Dalam PRU lalu, jumlah orang Melayu yang keluar mengundi ialah 7.3 juta. Bermakna, kita boleh bercakap bagi pihak 3.9 juta Melayu yang tidak menyokong UMNO.
Mempertahankan pimpinan UMNO adalah kerja orang UMNO. Mempertahankan kepentingan orang Melayu adalah kerja SEMUA orang Melayu. Sementara orang UMNO boleh mempertahankan kepentingan orang Melayu kerana mereka Melayu, kerja dan tanggungawab itu, bukan hak mutlak mereka.
Sebaik sahaja kita faham perbezaan antara dua perkara ini, barulah kita akan faham bahawa berjuang dan bercakap mengenai hal-hal yang penting bagi orang Melayu boleh dilakukan dari platform mana-mana sahaja dan tidak semestinya UMNO. Jika ahli UMNO merasakan bahawa UMNO merupakan platform yang terbaik, saya tidak ada masalah dengan pandangan tersebut. Saya hanya ada masaalah dengan pandangan bahawa hanya UMNO sahaja platform untuk menjuarai hal-hal yang penting untuk orang Melayu. Faktanya, UMNO mungkin boleh bercakap bagai 3.4 juta Melayu. Bagi pihak 3.9 juta Melayu yang lain bagaimana?
Dalam artikel yang terdahulu, sasaran asas ialah ialah kepimpinan UMNO, bukan parti tersebut. Proposisi saya yang asas ialah kepimpinan yang lemah yang disokong oleh barisan pimpinan yang sepemikiran dengan pemimpin yang lemah, mencederakan kepentingan orang Melayu UMNO. Ini bermakna, Najib dan mereka yang sepemikiran dengan dia, tidak baik untuk orang Melayu UMNO. Mereka akan menyebab orang Melayu menolak UMNO.
Nampaknya ada dua pendekatan mengembalikan keutamaan dan kedahuluan Melayu dalam politik negara. Pertama, golongan yang merasakan kaedahnya ialah dengan meningkatkan right wingism dalam UMNO. Guna cara agresif. UMNO mesti memilih mereka yang lebih Melayu dari orang lain. Pendekatan ini dipelopori oleh the man who can walk on water - Dr Mahathir Mohamad. Itu tesis utama Dr Mahathir dalam artikelnya mengenai dilemma Cina. Dr Mahathir menyebutkan dilemma Cina ialah menimbangkan sama ada mahu mengambil alih kuasa politik dari orang Melayu setelah memiliki kuasa ekonomi.
Dengan sebutan tersebut, orang Melayu berdepan dengan isu yang sudah dipermudahakan oleh Dr Mahathir - siapa yang berani dan lebih Melayu? Sesiapa yang mengkaji pemikiran Dr Mahathir mestilah sudah tahu bahawa cara untuk memahami Dr Mahathir ialah mencari perkara yang tidak dizahirkan oleh Mahathir. Dan dalam artikel Dilema Cina - perkara yang tidak disebut ialah kebangkitan Cina mesti diperiksa dan diimbangi oleh right wingism Melayu UMNO. Itu sahaja penyelesaiannya. Bukan cara lembik dan berkompromi sana sini seperti yang dilakukan oleh Najib.
Dengan melakukan demikian, Mahathir telah pun meletakkan terms of reference untuk pemilihan UMNO tahun ini. Mesej Mahathir ialah ahli UMNO mesti memilih tokoh UMNO yang kelihatan lebih Melayu dari yang lain. Artikel Mahathir sebetulnya suatu sindiran tajam terhadap kepimpinan Najib.
Siapa lebih Melayu dan pada masa yang sama menimbulkan rasa tenteram di kalangan orang Melayu? Jawabnya Muhyiddin. Muhyiddin lebih Melayu dari Najib. Maka Muhyiddin secara tidak lansung telah mendapat perakuan dari Mahathir. Dan Muhyiddin mempunyai sokongan dari Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang. Dan mungkin secara keseluruhan. Najib pula dilihat sebagai pemimpin yang terhegeh-hegeh meraih ehsan dari Cina dan India. Ini pendekatan yang berlawanan dengan pendekatan Mahathir. UMNO yang lemah di bawah pimpinan yang lemah akan memberi konsesi yang berlebihan kepada bangsa lain. Itu mesej Mahathir.
Mungkin orang Melayu masih tidak sedar perkara ini. Ke mana Najib mahu bawak kita? Ekonomi kita ada lah contractor – driven. Projek besar semuanya dicadangkan oleh kontraktor dan pihak kerajaan memperakuinya. Apa yang kerajaan miliki ialah kuasa perakuan dan kuasa tersebut dieksploitasi oleh ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan untuk mengkayakan diri sahaja.
Agenda kerajaan dengan demikian tidak lain dan tidak bukan adalah agenda golongan peniaga yang mahu menghimpunkan kuasa ekonomi dan kekayaan dalam tangan mereka. Apa dia ETP jika tidak lain dan tidak bukan himpunan perancangan pihak swasta yang diperakui oleh kerajaan? Dan apa pula GTP - government transformation plan selain daripada menghimpunkan kuasa membuat keputusan dalam tangan oligarki pentadbiran?
Dilema UMNO pula ialah menimbangkan sama ada mengekal atau menolak Najib yang dilihat sebagai pemimpin yang banyak berkompromi akan kepentingan Melayu. Dr Mahathir sudah pun memberi petunjuk dalam hal ini. - http://sakmongkol.blogspot.com
Suaram akan jawab kes Scorpene petang ini
Anis Nazri, | 30 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bakal merungkai segala persoalan
berkaitan kes pembelian kapal selam Scorpene yang kini dibicarakan di
mahkamah Perancis, petang ini.
NGO yang bertindak memfailkan kes tersebut di Mahkamah perancis bagi menyiasat dakwaan berlakunya salahguna kuasa dan rasuah dalam urusan pembelian Scorpene itu akan mengadakan satu sidang media di Dewan Himpunan Cina, pada jam 2 petang ini.
Demikian kata Pengarah Eksekutif Suaram, Narlini Elumalai kepada Harakahdaily.
Sidang media itu dipercayai bagi menjawab beberapa perkara baru berkaitan kes tersebut yang dilaporkan di media utama negara, baru-baru ini, seperti pendedahan arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl yang antara lain mengatakan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu.
Altantuya, yang dikatakan menjadi jurubahasa Perancis kepada Abdul Razak Baginda, yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemui mati ditembak dan diletupkan pada Oktober 2006 dengan bahan letupan C4 di Shah Alam.
Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, yang ditugas sebagai pengawal peribadi Timbalan Perdana Menteri itu telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Wanita itu didakwa telah mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran AS$500,000 daripada hasil perjanjian Scorpene.
Pada April 2012, Badan Kehakiman Perancis secara rasmi memulakan penyiasatan ke dalam perjanjian skandal kapal selam Scorpene mensasarkan kepada maklumat bahawa terdapat rasuah yang terlibat dalam penjualan kapal selam Perancis ke Malaysia.
Selepas dua tahun siasatan polis berikutan kes itu oleh Suaram, kontroversi berkaitan Scorpene akan diadili oleh dua hakim iaitu Roger Le Loire dan Tournaire Serge di Tribunal Paris Grande de Instance.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan