Posted on Sunday, July 14 @ 16:15:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"
Bilakah
semua ini akan berakhir, sedangkan saudara se Islam kita sedang
ditindas di Palestin, Syria, Mesir, Myanmar serta di negara lain yang
sedang bergolak, dilanda kemiskinan dan kebuluran. Adakah kerana
Malaysia terlalu aman?
Tiga budak cedera mercun bola meletup
14 Julai 2013
KUALA TERENGGANU - Perayaan Aidilfitri tahun ini pasti disambut suram
oleh tiga sahabat selepas mereka cedera akibat terkena mercun bola yang
meletup secara tiba-tiba kelmarin. Kejadian pada pukul 5 petang di Jalan
Kamaruddin di sini itu menyebabkan dua daripada mangsa yang dikenali
sebagai Sae-ed Alway, 13, dan Muhammad Arfan Ammar, 14, cedera parah
manakala seorang lagi, Thaqif, 12, cedera ringan dan dirawat sebagai
pesakit luar.
Gejala anak gadis hilang, adakah ia satu bala?
Posted on Sunday, July 14 @ 16:15:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"
Posted on Sunday, July 14 @ 16:15:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"
Sempena
bulan Ramadan ini sama-samalah kita berdoa agar adik Hani Syamira Alias
dikembalikan ke pangkuan ibunya Puan Darmawati Idris. Marilah kita
sama-sama berdoa, berusaha agar gejala anak gadis hilang di Malaysia ini
semakin membarah. Semoga semua pihak melipat ganda lagi usaha dakwah,
kaunseling, terutama di alam maya (internet) baik dari rakyat jelata ,
agensi kerajaan hinggalah ke pemerintah. Anak gadis ini adalah anak kita
saudara se Islam, sebangsa lagi. Semak iman kita, adakah kita sedih
mendengar berita ini atau tidak merasa apa-apa kerana sudah lali dengan
berita sebegini.
'Pulanglah segera, nak'
14 Julai 2013
REMBAU – “Tolonglah pulang segera, nak,” rayu Darmawati Idris, 53,
kepada anak ketiganya, Hani Syamira Alias, 17, yang menghilangkan diri
sejak 3 Julai lalu.
Darmawati yang
bekerja sebagai penyelia asrama salah sebuah sekolah menengah di daerah
ini terpaksa bercuti sejak Selasa lalu akibat mengalami masalah
kesihatan.
Menurutnya, dia bimbang
dan gusar apabila Hani gagal dihubungi apabila kali terakhir anaknya itu
menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada anak bongsunya, Amirul
Hakim, 16, Ahad lalu menyatakan dia tidak dapat pulang kerana kereta
milik ibu rakannya rosak.
“Anak saya
sememangnya sering menjaga saya semasa sakit dan sanggup menemani saya
semasa ditahan susulan penyakit kencing manis selama berminggu-minggu di
wad Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan Hospital Tampin tahun lalu,"
katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Kota Indah, dekat sini,
semalam.
Kepada sesiapa yang
mengetahui atau melihat Hani, boleh menghubungi talian 019-6137877 atau
memaklumkan ke mana-mana balai polis terdekat.
Assolah! Assolah! Tapi Baginda tetap diam
Posted on Sunday, July 14 @ 16:14:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: modayu
"
Kehangatan
PRK Kuala Besut menjadikan malam2 dibulan ramadhan ini tidak tenang.
Semua petugas2 PRK untuk kedua2 parti akan berkerja siang dan malam
menjayakan hala tuju mereka didunia ini. Jika dalam politik cara
Malaysia ini, pasti umpat,kutuk fitnah itu menjadi asam garam dalam
berkempen. Semuanya hanya demi sebuah kerusi buruk di dewan undangan
yang semakin nak runtuh.Posted on Sunday, July 14 @ 16:14:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: modayu
"
Tahukah kita bahawa bagaimana Baginda SAW berbuat di malam ramadhan ketika awal kemunculan islam dahulu. Tahukah kita bahawa bila dan bagaimana solat terawikh itu bermula dan apa perkiraan umat islam ketika itu melihat Baginda SAW berterawikh?
MAri kita tonton hadis Baginda SAW ini agar malam2 kita itu mendapat manfaat dan mendapat berkat agar PRK di kuala besut itu tidak menghilangkan pahala berpuasa yang kita lakukan disiangnya insyaAllah.
Biarlah kita kalah PRK didunia yang fana ini, jangan kita kalah dalam pilihanraya Maha Terperinci di akhirat sana.
Semoga bermanfaat.
Aku yang kerdil
md daud yusri alhutan melintang
subscribe my channel @ www.youtube.com/user/modayu73 for more tazkirah.
visit us at www.dadiydoo.com for more products.
Banduan Wanita Islam Dipenjara Bersama Beribu Banduan Lelaki Di Afghanistan
Posted on Sunday, July 14 @ 16:13:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: speedganu
"Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekentalan di dalam hati dan sanubari kita semua agar berpegang teguh dengan ISLAM.Orang yang lemah imannya apabila menelaah bacaan bacaan seperti ini akan berasa gerun dan takut,malah lebih malang lagi sanggup untuk tidak menghiraukan keadaan saudara mara seislam menghadapi keperitan dan penderitaan hidup yang di laluinya.
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?
Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.
Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?
kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.
Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.
Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ****h untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.
Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.
Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.
Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini.
Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya -
sumber
http://citercopy.blogspot.com/2013/07/menyayat-hati-banduan-wanita-islam.html
Mesir Kini: Asap dapur bakal kalahkan Tentera terkuat di Afrika.....
Posted on Sunday, July 14 @ 16:11:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: tokpepijat
"
Masuk seminggu kudeta Tentera Mesir,nampaknya “game”belum selesai lagi.Perangkap dan jangkaan Tentera dan intelijen jauh dari jangkaan.
Bahkan bertambah menyulitkan dan mencemaskan.Jangkaan tentera dan kuasa Barat tentulah pendokong Ikhwanul Muslimin(IM) akan mengangkat senjata,bergabung dengan Al Qaeda dan mengikut jejak FIS di Algeria tidak kesampaian.
IM memilih jalan damai.Jika IM memilih jalan seperti di Algeria 1991,tentulah simpati rakyat akan beralih daripada IM kepada tentera.IM mengambil jalan bijak dan belajar dari pengalaman FIS di Algeria.
Walaupun terpaksa bersabar dengan pembunuhan lebih 80 penyokongnya oleh tembakan tentera,simpati kini bertambah buat IM samada dari rakyat Mesir maupun dunia.
Apabila IM memilih jalan damai,tentera Mesir mula berlunak dengan IM dengan tawaran jawatan menteri dan penyertaan pilihanraya Presiden.
Walaubagaimanapun ianya sudah terlambat buat tentera.Bahkan " tuan besar" Tentera Mesir,Amerika sudah memberi arahan agar Presiden Mursi perlu dibebaskan segera oleh tentera sebelum imej tentera dan Amerika sendiri tercemar.
Kini,dataran di seluruh Mesir penuh dengan pendokong IM yang sanggup ditembak oleh tentera dalam keadaan tanpa senjata.Sanggupkah tentera bertindak kejam lagi setelah membunuh rakyatnya yang sedang solat Subuh tempoh hari?
IM juga menyeru penyokongnya agar bertarawih dan berhari raya di dataran.Bawa dapur untuk masak halwa raya.
Assyahid Hasan Albanna pernah berkata,“Kita umpama pohon,yang dilontarkan batu tetapi pohon tetap memberikan buah kepada pelontar batu....”
Dan kini rakyat bakal berikan halwa raya kepada tentera walaupin tentera telah membunuh sanak saudara mereka sendiri.
Bayangkan jika satu juta dapur berasap serentak untuk masakan raya!
Jika Tongkat Musa boleh kalahkan Firaun Raja Sejuta Tentera dan tentunya tidak mustahil asap dapur bakal tewaskan Tentera terkuat di benua Afrika dan dunia Arab.
Dan asap itulah adalah “Tentera Allah”.Yakinlah tipudaya Allah lah yang terbaik!
Mesir Kini: Asap dapur bakal kalahkan Tentera terkuat di Afrika..... "
Jari boleh batal puasa
Posted on Sunday, July 14 @ 16:10:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: anaabdullah
"
Jika
baca tajuk rencana ini secara sepintas lalu, mungkin ada orang merasa
pelik. Tapi, jika diamat amati dengan teliti ia memang lojik. Ada
kebenarannya.
Mengapa? Kerana kata ustaz ustaz
yang membicara isu puasa bulan Ramadan bahawa muntah tak sengaja tak
batal puasa, kecuali sengaja muntah.
Dengan
kata lain, jika dikorek korek atau dijolok jolok dalam tengkuk dan
muntah boleh batal puasa.Ini tidak rasa pelik kan, kerana kita biasa
dengar cakap ustaz, itu boleh batalkan puasa.
Oleh
itu awas, jangan menggunakan jari secara sembarang dalam bulan Ramadan
ini, kerana angkara jari boleh batal puasa seseorang.
Seperkara
lagi yang hendak penulis sebut dalam rencana ini, ialah ingat dan awas,
jari ketika basah berak.Kita kadang kadang lupa angkara jari kita boleh
batal puasa kita.
Mengapa tidak? Kadang kadang jari kita ketika basah berak masuk ke dalam dubur. Masuk dengan tidak sengaja tak batal puasa.
Akan
tetapi jika dimasukkan jari dengan sengaja untuk fungsi korek korek
agar lubang dubur jadi bersih dan lebih bersih boleh batalkan puasa
kita.
Ingat, jika kita masukkan jari dengan
sengaja dalam dubur kita kerana ia boleh batalkan puasa. Mungkin ada
benarnya cakap orang tua tua dulu yang larang kita mandi sungai, takut
takut air masuk ke dalam rongga, termasuk rongga telinga.
Kepada perempuan jangan sekali kali memasuk jari anda kedalam faraj anda ketika basah kencing ia boleh batak puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan