Solat terawih terakhir
Mangsa, Esah Abdullah, 63, terselamat sebaik berjaya dikeluarkan daripada keretanya yang ‘penyek’ selepas kenderaan dinaiki bersama suaminya, Mohamed Hassan, 68, berlanggar dengan sebuah lori pasir di Kilometer 15.5 Jalan Paka Al Muktfibillah Shah, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Ketika kejadian, pasangan peneroka Felda itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Al Mukhtafi Billah Shah menuju ke Ketengah Jaya.
Sampai di lokasi, kereta Proton Saga dipandu Mohamed dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori pasir dari arah Paka.
Akibatnya, kereta mangsa remuk teruk di bahagian hadapan manakala tayar hadapan lori terbabit difahamkan tercabut akibat rempuhan yang kuat dari arah bertentangan itu.
Mohamed yang berjaya dikeluarkan orang awam selepas tersepit di tempat duduk pemandu bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas cedera parah di paha dan anggota badan lain.
Menurut anak lelaki arwah, Adnan Mohamed, 30, yang ditemui ketika menuntut mayat mangsa berkata, ketika kejadian, ibu bapanya dipercayai dalam perjalanan dari ladang sawitnya di Sungai Apu ke satu lagi ladang milik mereka di Felda Ketengah Jaya.
Adnan berkata, dia mendapat tahu berita menimpa ibu dan bapanya itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang kakaknya yang tinggal di Kemaman.
Katanya, sebaik mendapat berita buruk itu, dia bergegas ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya untuk melihat keadaan ibunya, Esah yang hanya cedera ringan.
Namun sebaik sampai di situ dia dimaklumkan bapanya dikejarkan ke Hospital Dungun kerana mengalami kecederaan teruk.
“Selepas menjenguk ibu, saya terus bergegas ke Hospital Dungun untuk mengetahui nasib ayah.
"Namun sebelum sampai di hospital, saya dimaklumkan ayah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.
Mengimbas kembali kenangan bersama arwah, Adnan berkata, pada malam sebelum kejadian, sebaik selesai solat terawih, dia sempat bertemu arwah bapanya itu di rumahnya di Felda Kerteh Enam.
Kata Adnan, pada malam itu, arwah bapanya kelihatan ceria, cuma arwah dikatakan ada meluahkan hasratnya untuk melakukan ibadah korban pada hari raya haji nanti.
“Semalam adalah solat terawih terakhir baginya.
"Saya tak sangka dia akan pergi buat selama-lamanya hari ini sebab tiada sebarang perubahan ditunjukkan ketika kami bersama di rumah,” katanya.
Bagaimanapun Esah yang ditemui di Hospital Dungun tidak dapat menceritakan apa-apa berkaitan kejadian tersebut kerana masih trauma dengan tragedi itu.
Mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Felda Kerteh Enam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihak polis.
Tiga maut nahas jalan raya
Dalam kejadian di Kilometer 14 Jalan Sungai Ruan-Sungai Klau dekat Raub petang kelmarin, Lee Chong Yui, 18, dari Kampung Sungai Ruan maut di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman berkata, dalam nahas jam 6.15 petang itu, seorang guru praktikal yang juga pemandu Myvi, Faiznurhanem Ismail, 23, dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Mempaga.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, guru terbabit memotong sebuah kenderaan di hadapan dan cuba masuk semula ke laluannya.
“Mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengelak lalu melanggar kereta yang berada di laluannya.
“Keterangan pemandu Perodua Myvi sudah diambil untuk siasatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.
Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan, seorang pemuda Orang Asli, Azara Kassim, 22, yang membonceng sebuah motosikal terbunuh sementara rakannya, Rosbadri Bahari, 16, cedera parah selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah jip.
Wan Samsuddin berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 8 malam di Kilometer 340 Jalan Raub-Cheroh itu, pemandu jip, Lee Siu Poh, 76, dari Kampung Baru Cheroh dalam perjalanan dari arah Batu Talam hendak masuk ke simpang kanan.
“Tiba-tiba motosikal dinaiki dua rakan itu datang dari arah bertentangan lalu merempuh jip terbabit.
"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala,” katanya.
Di Kuantan pula, seorang pejalan kaki, Mohd Kaslan Muda, 45, maut dilanggar sebuah van di Kilometer 50 Jalan Kuantan-Kemaman, di sini, lewat malam kelmarin.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam nahas jam 12.55 tengah malam itu, van dipandu Wan Rozali Wan Abdulah, 53, dari arah Kuantan menghala ke Kemaman.
“Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu van ternampak mangsa cuba melintas jalan, namun dia gagal mengelak lalu melanggarnya.
“Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Dua sahabat maut kemalangan
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, pemandu kereta, Wan Nor Fadhiaton Wan Mohd Fauzi, 32, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Nor Azura Husin, 35, yang duduk di kerusi penumpang hadapan, meninggal di Bahagian Kecemasan Hospital Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Universiti Kolej Bestari Bandar Permaisuri, Setiu dari Kelantan.
Menurutnya, kejadian berlaku dipercayai apabila lori tangki dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu cuba memotong sebuah lori lain dari arah sama.
“Bagaimanapun pemandu lori itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki mangsa.
“Akibat pertembungan secara berdepan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit dan pemandu mati di tempat kejadian,” katanya.
Menurut beliau, Wan Nor Fadhiaton bertugas sebagai pustakawan kolej universiti berkenaan beralamat di Kampung Kok Pasir, Pasir Mas, Kelantan manakala rakan setugasnya adalah pensyarah kejururawatan di pusat pengajian sama beralamat di Kampung Teluk Baru, Guchil, Kota Bharu.
Menurutnya, mayat mangsa dan rakanya yang tersepit terpaksa dikeluarkan pasukan bomba akibat kereta yang remuk teruk.
Mayat Wan Nor Fadhiaton dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat.
Sementara itu, menurut salah seorang kakitangan universiti kolej berkenaan, kedua-dua sahabat itu berulang alik dari rumah mereka ke tempat kerja setiap hari sejak lebih enam tahun lalu.
Wan Nor Fadhiaton mempunyai dua anak termasuk seorang yang masih kecil manakala suaminya kakitangan Kolej Islam Sains (Kist) Bachok, Kelantan.
Azura pula telah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata.
Empat beradik terlibat nahas
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu kedua-dua mangsa bersama dua lagi adik-beradik mereka, Nur Arissa Farahanim, 21 dan Aliff Imran, 25 yang juga pemandu kenderaan dalam perjalanan ke tempat kerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan melibatkan sebuah bas dan dua kereta.
Menurutnya, ketika kejadian kereta dinaiki mangsa berada di lorong kanan dan berlanggar dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah susur keluar mahkamah dipercayai secara tiba-tiba mengubah laluan kiri ke kanan.
“Selepas berlanggar dengan kereta berkenaan, kereta mangsa kemudian dirempuh sebuah bas dari arah belakang.
“Kedua-dua mangsa maut bersama dua lagi adik beradik mereka yang bekerja sebagai tukang masak di Kafeteria UIA dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari rumah di Lorong Sentosa Kg Telok Mahang ke kafeteria berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.
Kata Mohd Jasmani, kedua-dua mangsa yang juga penumpang hadapan dan penumpang belakang sebelah kiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Dua lagi adik-beradik mangsa terselamat namun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
“Mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memandu secara berhemah.
“Jangan hanya pentingkan diri sendiri dan fikir untuk cepat sampai sehingga mengabaikan ciri keselamatan,” katanya.
Maut motosikal gesel kereta
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Lim Chuah Chin Fu, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 disahkan mati serta merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau menunggang motosikal bersama rakannya dalam perjalanan ke Ayer Itam sebelum bergesel dengan kereta berkenaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Georgetown di sini.
Akibat kejadian itu, mangsa hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum terpelanting kira-kira 50 meter.
Menurut sumber, pemandu kereta yang bergesel dengan motosikal mangsa dikatakan tidak memberhentikan kenderaan dan berlalu pergi.
“Ketika kejadian laluan di tempat berkenaan agak sesak berikutan di situ adalah kawasan sekolah.
“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti kenderaan yang bergesel dengan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau 10 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Polis juga ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar dapat menghubungi Pegawai Penyiasat, Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, manakala rakannya menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama.
Hajat suami tak kesampaian
Kemalangan ngeri itu berlaku sekitar jam 12.50 tengahari ketika semua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Gelang Patah.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mokhtar Khalid, 43, bersama empat wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20an iaitu Marini bernombor pasport (AR258388); Sehate (AR25799); Desi Angreani (ARAP355538) dan Santi Novita Sitepu (AS184031).
Ketua Polis daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, seorang warga tempatan dan empat warga asing itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kita percaya kenderaan tersebut dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di bahu kiri jalan menghala ke Gelang Patah.
“Siasatan di tempat kejadian pula mendapati keadaan cuaca baik dan terang.
"Keadaan jalan juga rata, bertar dan kering, sedikit berselekoh dan terdapat tiga lorong, namun tiada kekeliruan tanda jalan,” katanya kepada media ketika mengesahkan kejadian, di sini, semalam.
Noor Hashim berkata, semua jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk bedah siasat.
Sementara itu, isteri ketiga Mokhtar, Hasni Ali, 36, berkata, sekitar dua jam sebelum kejadian, suaminya sempat membalas sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya memberitahu mahu berbuka bersama keluarga.
“Saya menerima panggilan polis menyatakan suami terkemalangan dalam jam 2 petang dan tidak sangka dia telah pergi meninggalkan kami.
“Kali terakhir saya berjumpanya semalam (kelmarin) tetapi suami langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.
Tidak sempat buka puasa
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta itu berlaku di jambatan Bukit Betong kira-kira jam 7.15 malam.
Menurutnya, mangsa, Mohamad Azzim Firdaus Mohd Rodwan, 18, yang menunggang motosikal Yamaha berseorangan datang dari arah Bukit Betong menuju ke Kampung Aur Gading.
“Sampai di tempat kejadian, mangsa yang juga pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Seri Lipis di sini dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditungganginya lalu terjatuh ke laluan bertentangan.
“Dalam masa sama, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun bersama dua penumpang datang dari arah Aur Gading menuju ke Bukit Betong tidak dapat mengelak lalu melanggar mangsa bersama motosikalnya,” katanya.
Abdul Razak berkata, mangsa diseret kira-kira 12 meter dan disahkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Betong.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta berhubung pegawai penyiasat, Inspektor Johnny James Bujang di talian 09-3122222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Tak sempat balik sahur
NILAI - Hajat seorang lelaki untuk bersahur dengan keluarganya tidak
kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Batu 8, Jalan Labu - Nilai,
dekat sini, awal pagi semalam.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, Abdul Mubin Mohd Sah Peli, 28, sedang memandu kereta jenis Proton Persona seorang diri.
“Siasatan awal mendapati, semasa insiden berlaku, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Nilai menuju ke rumahnya di Labu.
“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke laluan bertentangan mengakibatkan kenderaan dipandu bertembung dengan sebuah lori treler membawa muatan kayu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, impak perlanggaran tersebut menyebabkan kereta dinaiki remuk dan pihak bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 32 tahun pula dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban berikutan mengalami kecederaan serius,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes masih dalam siasatan.
KUANTAN - Seorang pemandu nyaris maut apabila kereta dipandunya
dilanggar sebuah lori treler dari arah belakang sebelum terbabas ke
kanan jalan dan melanggar tiang elektrik di Jalan Semambu, di sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12,30 tengah hari itu, mangsa, Manickavasakam, 45, terselamat walaupun kereta jenis Proton Wira yang dipandunya remuk teruk.
Lori terbabit difahamkan turut terbabas ke kanan jalan, bagaimanapun pemandunya berjaya mengawal kenderaan itu daripada terus melanggar kereta mangsa yang terlekat di tiang elektrik.
Manickavasakam berkata, dia yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dalam perjalanan dari arah Jalan Beserah menghala ke Semambu untuk keluar makan tengah hari.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian berhampiran kawasan perumahan Andorra Peak, dia memperlahankan kenderaannya kerana kereta di hadapan berhenti untuk memasuki simpang sebelah kanan ke kawasan kediaman eksklusif itu.
“Tiba-tiba terdengar bunyi kenderaan membrek secara tiba-tiba dari arah belakang dan sejurus kemudian kereta saya bergegar sebelum menggelongsor ke tepi jalan.
“Saya sempat melihat ke belakang dan ternampak sebuah lori treler melanggar bahagian belakang kereta dan menyeretnya beberapa meter,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Manickavasakam berkata, keretanya terlekat pada bahagian bawah depan lori seketika sebelum terlepas dan ketika itu keretanya hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik.
“Lori treler terbabit turut terbabas namun pemandunya sempat mengelak daripada terus menghentam kereta saya,” katanya.
Dia berkata, walaupun keretanya remuk teruk, namun dia tetap bersyukur kerana terselamat dalam nahas tersebut.
KUALA KURAU - Jemaah yang ingin menunaikan solat terawih gempar apabila
menyaksikan sebuah kereta ‘terbang’ sebelum merempuh kebun pisang
terletak berhadapan Masjid Batu Tujuh, di sini, malam kelmarin.
Saksi kejadian, Osman Mat Yeop, 26, berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam, dia sedang mengambil wuduk untuk menyertai solat terawih sebelum terdengar bunyi geseran tayar kenderaan yang terbabas di hadapan masjid.
Menurutnya, dia segera meninjau keadaan hadapan masjid dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hijau ‘terbang’ melintasi sebuah longkang konkrit, sebelum terbabas di dalam kebun pisang itu.
“Apabila melihat sahaja kejadian itu, saya terus bergegas ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.
“Mujur pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar dengan bantuan orang ramai serta beberapa jemaah,” katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Osman berkata, sebelum dikejarkan ke hospital, pemandu lelaki berusia lingkungan 30-an sempat memaklumkan punca kenderaannya terbebas kerana cuba mengelakkan dari melanggar seekor binatang yang tidak dikenal pasti.
Jelasnya, sebelum ini terdapat beberapa kemalangan berlaku di lokasi sama dan berpunca daripada keadaan jalan raya yang gelap.
“Beberapa bulan lalu, beberapa kemalangan kecil berlaku di sini dan ada juga kereta yang terhumban ke dalam longkang konkrit yang baru siap dibina.
“Saya berharap supaya pihak berkenaan dapat menambah bilangan lampu jalan di sekitar kawasan ini dan keadaan itu mungkin akan bertambah buruk jika tiada tindakan drastik diambil,” katanya.
MANJUNG - Hasrat seorang murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menikmati ayam golek sebagai juadah
berbuka puasa tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kemalangan di
sini petang Jumaat lalu.
Bapa mangsa, Mohammad Daliman Shaari, 50, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, anaknya Mohammad Darwisy Rahman, 12, berada di kiri jalan untuk menyeberangi jalan menuju ke rumah mereka yang berada di seberang jalan berkenaan.
Menurutnya, pada ketika itu juga isterinya Nurisa Rashid, 46, sedang menunggu di hadapan rumah mereka untuk membawa anaknya itu ke kedai menjual ayam golek.
“Ketika itu Mohammad Darwisy baru selesai bermain bola dan mahu pulang ke rumah untuk membeli ayam golek bersama ibunya.
“Ibunya yang menunggu di sebarang jalan melarangnya untuk melintas kerana pada ketika itu kereta agak banyak. Namun apabila melihat kereta agak perlahan kerana melalui bonggol, Muhammad Darwisy mengambil kesempatan untuk melintas dan ketika itulah dia dilanggar sebuah kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang, Jalan Teluk Rubiah.
Menurutnya, anak bongsunya itu memang teringin berbuka puasa dengan juadah ayam golek dan isterinya sudah membuat tempahan dengan penjual ayam di sebuah kedai di Taman Datuk Seri Kamarudin.
Katanya, arwah anaknya itu seorang yang berdikari apabila sanggup mengumpul duit sendiri untuk membeli sesuatu yang diinginkannya.
“Sepatutnya hari ini (semalam) dia mengambil alat permainan 'playstation' yang sudah ditempahnya sebelum ini dan bayaran deposit juga sudah dibuat.
“Itu juga adalah hasil titik peluhnya sendiri dengan mengutip besi buruk dan dijual untuk mendapatkan wang,” katanya.
Kesedihan keluarga itu semakin bertambah apabila tempat kemalangan berkenaan juga turut meragut nyawa abang sulung Muhammad Darwisy 13 tahun lalu.
Muhammad Daliman berkata, tragedi yang menimpa Muhammad Darwisy telah mengingatkan mereka kembali kepada peristiwa 13 tahun lalu.
“Abang sulung Muhammad Darwisy juga terkorban di situ juga disebabkan kemalangan jalan raya.
“Namun kami reda dengan dugaan ini dan menganggap arwah dipinjamkan sekejap untuk memberikan kegembiraan kepada kami selepas kehilangan abangnya dahulu,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisoner Jaafar Baba berkata, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 38 tahun.
“Ketika kejadian, pemandu berkenaan yang datang dari arah TNB Jana Manjung menuju ke arah Seri Manjung.
“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan lain di hadapan memperlahankan kenderaan mereka kerana melalui bonggol, oleh kerana tidak ada kenderaan di laluan bertentangan, pemandu berkenaan cuba memotong beberapa kenderaan di hadapan laluannya.
“Ketika sedang memotong, tiba-tiba mangsa telah melintas dari kiri jalan dan pemandu kenderaan cuba mengelak ke kanan namun telah melanggar mangsa sebelum merempuh penghadang batu berpagar di tepi jalan,” katanya.
Katanya, akibat pelanggaran berkenaan mangsa telah mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.
KOTA BHARU - Seorang pesara polis maut dalam kemalangan di Jalan Padang
Kala, Melor, di sini, kira-kira jam 6.15 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa, Deraman Ishak, 77, mati di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya itu bertembung dengan sebuah kereta.
“Semasa kejadian itu mangsa dikatakan baru pulang dari masjid selepas menunaikan solat Asar. Menurut pemandu kereta di lorong kanan jalan, mangsa didakwa datang dari arah tepi kiri jalan dan tiba-tiba menukar haluan ke kanan dan cuba brek tetapi hilang kawalan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat.
Anak mangsa, Norbi Deraman, 49, berkata, pada hari kejadian dia bersama ayahnya ke masjid yang sama untuk menunaikan solat Asar.
“Bagaimanapun kami pergi berasingan dan pada waktu itu ayah keluar lebih awal dari masjid berbanding saya.
“Sehinggalah saya diberitahu oleh salah seorang jemaah masjid yang datang ke rumah memberitahu ayah terlibat dengan kemalangan,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu.
Dia berkata, masjid yang terletak 500 meter dari rumah mereka itu dikunjungi setiap hari oleh arwah ayahnya untuk menunaikan solat.
Norbi berkata, arwah merupakan bekas koperal dan pencen pada tahun 1986 itu mempunyai 17 orang cucu dan meninggalkan balu, Rahmah Mahmood, 70. Jenazah Deraman dikebumikan pada jam 2 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Kuin Melor.
JENGKA 19 - Dua maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di
Kilometer 28.9 Jalan Temerloh-Bandar Jengka, kira-kira jam 7.20 pagi
semalam.
Kemalangan membabitkan sebuah lori amang, dua kereta Proton Iswara dan Wira serta sebuah Proton Ixora.
Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah penumpang Proton Ixora, Nor Syahidah Mohamed Zuki, 21, penuntut tahun akhir kursus Pengurusan Pejabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka.
Seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu Proton Iswara, Mohamad Nor Abdillah Ismail, 25, dari Felda Lakum, Lanchang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hopital Jengka.
Bapa Nor Syahidah, Mohamed Zuki Mat Ali, 50, berkata, mangsa bersama bapa saudaranya, Sabaruddin Hussin, 46, dalam perjalanan ke Temerloh.
“Kak Chik (Nor Syahidah) akan mengambil peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) pagi ini di Temerloh. Dia yang tinggal di asrama pergi dengan bapa saudaranya mungkin sebab secara kebetulan bapa saudaranya juga hendak ke Temerloh,” katanya.
Ibu Nor Syahidah, Latifah Din, 40, berkata, kebiasaannya Nor Syahidah akan memintanya menghantar ke tempat ujian berkenaan.
“Ini kali kedua dia ambil ujian. Kali pertama saya yang hantar. Pagi ini (semalam) saya tunggu juga dia telefon, tapi tiada panggilan daripadanya.
“Saya anggap dia mungkin menjalani ujian di universiti, jadi saya buat biasa sahaja. Pagi ini, ada orang dari syarikat trak tunda beritahu anak saya kemalangan,” katanya.
Difahamkan, Sabaruddin kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temeloh.
Saksi kejadian yang merupakan pemandu Proton Wira, Mohd Yusof Mat Yasin, 64, berkata, dia dan anaknya, Mohd Asyraf Mohd Yusof, 24, dalam perjalanan dari Felda Jengka 14 ke Felda Kampung Awah.
“Keadaan kabus pagi ini (semalam) agak tebal, memang tak berapa nampak jalan. Tiba-tiba datang kereta Proton Iswara di hadapan kereta saya. Kereta Proton Iswara tersebut berpusing sebelum mengenai bahagian hadapan kereta saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian berlaku apabila Proton Iswara melanggar tangki minyak lori amang yang datang dari Jalan Temerloh ke Bandar Jengka sebelum melanggar Proton Wira.
“Lori amang tersebut kemudian terbabas ke kanan jalan lalu melanggar Proton Ixora sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya.
PASIR MAS – Tiga sahabat maut dalam kemalangan apabila kereta Kancil
yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda
jenis Mitsubishi Triton kira-kira jam 11.20 malam, dekat Jabor Galok,
malam kelmarin.
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa yang maut adalah Aasif Ahmad, 20; Ahmad Azizul Affizan Mat Jusoh, 21 dan Mohd Hazrin Ahmad, 21.
Menurutnya, Aasif yang memandu kereta Kancil dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas memasuki lorong bertentangan dan melanggar Triton.
“Aasif yang tersepit di bahagian pemandu, meninggal di tempat kejadian manakala rakannya, Azizul meninggal Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 9.30 pagi tadi (semalam).
“Hazrin yang merupakan penumpang di bahagian hadapan kereta tersebut, meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kira-kira jam 9.10 pagi tadi (semalam),” katanya.
Perlanggaran itu katanya, menyebabkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux melanggar Triton namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Ruslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.07 malam kelmarin.
“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati terdapat sebuah kereta kancil remuk teruk dan terdapat seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu.
“Kami berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian dengan menggunakan peralatan Hydraulic Power Unit dan cutter,” katanya.
Beliau berkata, pihak bomba turut menanggalkan kepala bateri bagi mengelak daripada kebakaran dan membuat kerja-kerja pembersihan.
JUASSEH – Gara-gara terlena seketika, seorang kakitangan Pejabat Tanah
Daerah Kuala Pilah nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas
sebelum masuk ke dalam parit di jalan Kuala Pilah-Batu Kikir berhampiran
Taman Anggerik, jam 2 petang, semalam.
Ketika kejadian, mangsa, Fauzila Yahya, 29, dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Kampung Terentang untuk mengambil ibunya yang menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Padang Lebar.
Fauzila berkata, selepas kejadian itu, dia tidak sedarkan diri dan hanya tersedar selepas dibawa ke klinik oleh orang ramai.
Menurutnya, dia mengakui terlena seketika ketika memandu kerana terlalu letih.
"Kejadian itu berlaku begitu pantas dan saya langsung tidak sedar diri sejurus kemalangan.
Tidak sempat mengambil ibu di kampung, saya pula dimasukkan ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
“Saya mungkin terlena sekejap, menyebabkan kereta saya memasuki lorong bertentangan dan terbabas ke kanan jalan, lalu melanggar tiang lampu sebelum masuk ke dalam parit,” katanya.
Bagaimanapun katanya, dia lega kerana kejadian itu tidak melibatkan orang lain.
Fauzila yang memandu kereta jenis Proton Wira bersendirian cedera di bahagian mulut dan hidung.
Sementara itu, seorang penduduk, Hasbullah Abd Jalil, 45, kawasan itu sering berlaku kemalangan akibat kecuaian pemandu.
“Sepanjang saya menetap di taman ini dari tahun 2000, tidak kurang lapan orang maut akibat kemalangan di kawasan ini dan kebanyakannya berpunca daripada kecuaian pemandu.
“Tempat kejadian merupakan selekoh tajam dan tempat garisan berkembar tetapi mengapa ada juga pemandu yang memotong di kawasan tersebut," katanya.
Katanya, kalau semua pemandu mematuhi undang-undang pasti kemalangan sebegini dapat dihindarkan.
"Tidak lama lagi, musim perayaan dan diharap pemandu dapat berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan jiwa berlaku di sini,” katanya.
KEMAMAN – “Semasa kereta terbang, saya peluk dua anak erat-erat,” kata
seorang guru, Junainah Yusof, 43, yang melalui detik mendebarkan apabila
kereta yang dipandunya terbang dan merempuh sebuah rumah ketika pulang
dari sekolah petang kelmarin.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melalui selekoh di laluan berbukit dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Felda Neram 1 untuk pulang ke rumah mereka.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi mangsa tiga beranak kerana mereka tidak mengalami kecederaan parah meskipun kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki terbalik dan remuk teruk.
Junainah berkata, ketika menaiki bukit dan mahu membelok di selekoh terdapat sebuah motosikal di hadapannya membuatkannya cuba mengelak daripada terlanggar motosikal terbabit hingga kenderaan itu hilang kawalan lalu meluncur laju dan terbang merempuh sebuah rumah berdekatan.
“Saya waktu itu hanya fikirkan anak-anak sebab itu saya peluk anak sambil berdoa agar kami selamat. Kami keluar dengan merangkak ikut cermin kerana kereta terbalik.
“Syukur kepada ALLAH SWT kerana kami semua masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian.
Gara-gara kejadian itu, Junainah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Felda Neram 1 ini mengalami lebam di beberapa bahagian serta mengalami sakit-sakit badan sementara dua anaknya, Mohd Faris Nabil Sadri, 9, dan Nur Alya Fakihah, 7, mengalami lebam di lengan.
Katanya, sehari sebelum kejadian berlaku, kereta yang dinaikinya itu baru sahaja selesai diservis (selenggara).
REMBAU – Sebuah lori enam tan yang membawa muatan barangan logistik
dari Sungai Besi ke Johor Bahru terbalik selepas terbabit kemalangan di
kilometer 224.4 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, pemandu lori, Mazlan Mohd Ali, 32, dalam perjalanan menghantar barangan ke Johor Bahru.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, lori yang dipandu mangsa dipercayai terbalik selepas mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba masuk ke laluan mangsa.
“Selepas terbalik, lori yang dipandu mangsa dirempuh pula oleh sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 20-an," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, rakan mangsa, Nor Mohamad Rahim, 32, yang memandu lori berasingan berkata, dia dan rakannya itu mempunyai jadual sama untuk menghantar barangan ke Johor Baharu, namun rakannya itu bergerak lebih awal dahulu daripadanya.
“Bagaimanapun, saya yang baru memulakan perjalanan menghantar barangan ke lokasi yang sama tiba-tiba menerima panggilan daripada rakan saya menyatakan dia terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan lori terbaik.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya dapati barangan yang dibawa rakan sudah bertaburan di atas jalan dan saya bersama-sama memunggah barangan di atas jalan untuk dimasukkan ke dalam lori lain,” katanya.
PORT DICKSON – Akibat mengelak seekor anjing, kereta Perodua Myvi
dinaiki tiga sekeluarga terbabas dan termasuk dalam parit di Jalan Sua
Betong ke Port Dickson, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, mangsa, Azurin Kamarudin, 26, bersama isterinya, Fasha Rosmadi dan anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang selepas berbuka puasa di Seremban.
Fasha berkata, dia memandu kereta berkenaan, sementara suaminya duduk di tempat penumpang hadapan sambil memangku anaknya yang sedang tidur.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, saya tiba-tiba terlihat seekor anjing melintas jalan. Saya terkejut dan tidak dapat mengawal kereta lalu terbabas ke dalam longkang di bahu jalan.
“Ketika itu, kereta masih bergerak dan hanya terhenti kira-kira 30 meter,” katanya.
Sementara itu, Azurin berkata, sebaik saja berhenti, dia dan isteri terdiam seketika akibat terperanjat, sebelum orang ramai membantu.
"Saya hanya memeluk erat anak agar tidak terlepas dari pelukan," katanya.
PASIR MAS – Seorang warga emas dekat sini, tidak dapat melupakan
pengalamannya terlibat kemalangan di cabang empat dekat separa lebuh
raya Rantau Panjang ke Kampung Dangar, tiga minggu lalu.
Musa Mamat, 65, berkata, kemalangan itu menyebabkan dia tidak sedarkan diri selama tiga hari dan terpaksa menerima 30 jahitan di tangan dan kaki kanan.
Ketika itu katanya, dia bersama isteri dan cucu yang berusia empat tahun, dalam perjalanan pulang menunaikan solat Asar.
“Saya cuba melintas ke jalan seberang, namun motosikal dari cabang sebelah kiri terlalu laju seterusnya melanggar kami.
“Pertembungan itu menyebabkan saya tercampak lebih lima meter ke tepi sawah” katanya, semalam.
Namun Musa berkata, cucu dan isterinya hanya mengalami kecederaan ringan, begitu juga dengan remaja yang menunggang motosikal berkenaan.
Menurutnya, sebelum pembukaan jalan baru ini pada Januari lalu, hampir setiap hari berlaku kemalangan di tempat yang sama.
Justeru itu katanya, penduduk memohon pihak berkenaan mencari alternatif lain selain garisan zebra.
“Penduduk memohon lebih banyak papan tanda amaran dibuat sekitar jalan ini.
“Pembinaan lampu isyarat juga dapat mengelakkan pemandu memandu dengan laju,” katanya.
TAPAH- Lori terbelah! Dua warga Bangladesh maut selepas lori dinaiki
dari Shah Alam ke Pulau Pinang merempuh belakang sebuah treler yang
berhenti di tepi Lebuhraya Utara–Selatan dalam nahas jalan raya pagi
semalam.
Kemalangan ngeri berlaku kira-kira jam 6.15 pagi di Kilometer 343, Lebuhraya Utara Selatan itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu treler, lori dan sebuah kereta jenis Proton Iswara turut mengakibatkan dua cedera parah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliw berkata, mangsa maut adalah warga Bangladesh dikenali Sumam Hossain Abd Kashem, 28, dan Delohar Hossin Md Raju Miah, 31.
Katanya, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Pulau Pinang bersama-sama seorang warga tempatan dan rakan senegaranya yang turut mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila sebuah treler rosak dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh berhenti di tepi Lebuhraya Utara Selatan kira-kira lima kilometer sebelum persimpangan Tol Bidor di laluan lurus serta tidak berbukit.
Beliau berkata, lori yang dipandu oleh warga tempatan yang dikenali sebagai S Lechumanan, 34, tidak menyedari kedudukan treler yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh kenderaan itu.
“Rempuhan mengakibatkan badan lori tersebut tercabut dan tercampak melintang di tengah lebuh raya dan masa yang sama sebuah kereta jenis Proton Iswara dari arah sama tidak sempat menekan brek disebabkan faktor jarak yang terlalu dekat.
“Kemalangan itu menyebabkan Delohar yang duduk di belakang tersepit lalu maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala manakala rakan-rakan mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Som Sak berkata, seorang lagi mangsa warga Bangladesh, Sumam, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah, pagi semalam selepas putus kedua-dua kaki akibat kemalangan itu.
Manakala, katanya, pemandu warga tempatan dan seorang warga Bangladesh, Alif Hossain Bahar Ali, 25, mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.
Katanya,bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa warga Bangladesh telah selesai petang semalam dan kini mayat masih berada di Hospital Tapah menunggu daripada pihak majikan untuk dituntut sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Iswara hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
“Pihak kami masih menyiasat kejadian kemalangan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, Abdul Mubin Mohd Sah Peli, 28, sedang memandu kereta jenis Proton Persona seorang diri.
“Siasatan awal mendapati, semasa insiden berlaku, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Nilai menuju ke rumahnya di Labu.
“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke laluan bertentangan mengakibatkan kenderaan dipandu bertembung dengan sebuah lori treler membawa muatan kayu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, impak perlanggaran tersebut menyebabkan kereta dinaiki remuk dan pihak bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 32 tahun pula dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban berikutan mengalami kecederaan serius,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes masih dalam siasatan.
Pemandu nyaris maut kereta kena langgar treler
Dalam kejadian kira-kira jam 12,30 tengah hari itu, mangsa, Manickavasakam, 45, terselamat walaupun kereta jenis Proton Wira yang dipandunya remuk teruk.
Lori terbabit difahamkan turut terbabas ke kanan jalan, bagaimanapun pemandunya berjaya mengawal kenderaan itu daripada terus melanggar kereta mangsa yang terlekat di tiang elektrik.
Manickavasakam berkata, dia yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dalam perjalanan dari arah Jalan Beserah menghala ke Semambu untuk keluar makan tengah hari.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian berhampiran kawasan perumahan Andorra Peak, dia memperlahankan kenderaannya kerana kereta di hadapan berhenti untuk memasuki simpang sebelah kanan ke kawasan kediaman eksklusif itu.
“Tiba-tiba terdengar bunyi kenderaan membrek secara tiba-tiba dari arah belakang dan sejurus kemudian kereta saya bergegar sebelum menggelongsor ke tepi jalan.
“Saya sempat melihat ke belakang dan ternampak sebuah lori treler melanggar bahagian belakang kereta dan menyeretnya beberapa meter,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Manickavasakam berkata, keretanya terlekat pada bahagian bawah depan lori seketika sebelum terlepas dan ketika itu keretanya hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik.
“Lori treler terbabit turut terbabas namun pemandunya sempat mengelak daripada terus menghentam kereta saya,” katanya.
Dia berkata, walaupun keretanya remuk teruk, namun dia tetap bersyukur kerana terselamat dalam nahas tersebut.
Kereta 'terbang' masuk kebun
Saksi kejadian, Osman Mat Yeop, 26, berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam, dia sedang mengambil wuduk untuk menyertai solat terawih sebelum terdengar bunyi geseran tayar kenderaan yang terbabas di hadapan masjid.
Menurutnya, dia segera meninjau keadaan hadapan masjid dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hijau ‘terbang’ melintasi sebuah longkang konkrit, sebelum terbabas di dalam kebun pisang itu.
“Apabila melihat sahaja kejadian itu, saya terus bergegas ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.
“Mujur pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar dengan bantuan orang ramai serta beberapa jemaah,” katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Osman berkata, sebelum dikejarkan ke hospital, pemandu lelaki berusia lingkungan 30-an sempat memaklumkan punca kenderaannya terbebas kerana cuba mengelakkan dari melanggar seekor binatang yang tidak dikenal pasti.
Jelasnya, sebelum ini terdapat beberapa kemalangan berlaku di lokasi sama dan berpunca daripada keadaan jalan raya yang gelap.
“Beberapa bulan lalu, beberapa kemalangan kecil berlaku di sini dan ada juga kereta yang terhumban ke dalam longkang konkrit yang baru siap dibina.
“Saya berharap supaya pihak berkenaan dapat menambah bilangan lampu jalan di sekitar kawasan ini dan keadaan itu mungkin akan bertambah buruk jika tiada tindakan drastik diambil,” katanya.
Murid tahun enam maut dilanggar
Bapa mangsa, Mohammad Daliman Shaari, 50, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, anaknya Mohammad Darwisy Rahman, 12, berada di kiri jalan untuk menyeberangi jalan menuju ke rumah mereka yang berada di seberang jalan berkenaan.
Menurutnya, pada ketika itu juga isterinya Nurisa Rashid, 46, sedang menunggu di hadapan rumah mereka untuk membawa anaknya itu ke kedai menjual ayam golek.
“Ketika itu Mohammad Darwisy baru selesai bermain bola dan mahu pulang ke rumah untuk membeli ayam golek bersama ibunya.
“Ibunya yang menunggu di sebarang jalan melarangnya untuk melintas kerana pada ketika itu kereta agak banyak. Namun apabila melihat kereta agak perlahan kerana melalui bonggol, Muhammad Darwisy mengambil kesempatan untuk melintas dan ketika itulah dia dilanggar sebuah kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang, Jalan Teluk Rubiah.
Menurutnya, anak bongsunya itu memang teringin berbuka puasa dengan juadah ayam golek dan isterinya sudah membuat tempahan dengan penjual ayam di sebuah kedai di Taman Datuk Seri Kamarudin.
Katanya, arwah anaknya itu seorang yang berdikari apabila sanggup mengumpul duit sendiri untuk membeli sesuatu yang diinginkannya.
“Sepatutnya hari ini (semalam) dia mengambil alat permainan 'playstation' yang sudah ditempahnya sebelum ini dan bayaran deposit juga sudah dibuat.
“Itu juga adalah hasil titik peluhnya sendiri dengan mengutip besi buruk dan dijual untuk mendapatkan wang,” katanya.
Kesedihan keluarga itu semakin bertambah apabila tempat kemalangan berkenaan juga turut meragut nyawa abang sulung Muhammad Darwisy 13 tahun lalu.
Muhammad Daliman berkata, tragedi yang menimpa Muhammad Darwisy telah mengingatkan mereka kembali kepada peristiwa 13 tahun lalu.
“Abang sulung Muhammad Darwisy juga terkorban di situ juga disebabkan kemalangan jalan raya.
“Namun kami reda dengan dugaan ini dan menganggap arwah dipinjamkan sekejap untuk memberikan kegembiraan kepada kami selepas kehilangan abangnya dahulu,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisoner Jaafar Baba berkata, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 38 tahun.
“Ketika kejadian, pemandu berkenaan yang datang dari arah TNB Jana Manjung menuju ke arah Seri Manjung.
“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan lain di hadapan memperlahankan kenderaan mereka kerana melalui bonggol, oleh kerana tidak ada kenderaan di laluan bertentangan, pemandu berkenaan cuba memotong beberapa kenderaan di hadapan laluannya.
“Ketika sedang memotong, tiba-tiba mangsa telah melintas dari kiri jalan dan pemandu kenderaan cuba mengelak ke kanan namun telah melanggar mangsa sebelum merempuh penghadang batu berpagar di tepi jalan,” katanya.
Katanya, akibat pelanggaran berkenaan mangsa telah mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.
Pesara polis maut dilanggar
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa, Deraman Ishak, 77, mati di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya itu bertembung dengan sebuah kereta.
“Semasa kejadian itu mangsa dikatakan baru pulang dari masjid selepas menunaikan solat Asar. Menurut pemandu kereta di lorong kanan jalan, mangsa didakwa datang dari arah tepi kiri jalan dan tiba-tiba menukar haluan ke kanan dan cuba brek tetapi hilang kawalan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat.
Anak mangsa, Norbi Deraman, 49, berkata, pada hari kejadian dia bersama ayahnya ke masjid yang sama untuk menunaikan solat Asar.
“Bagaimanapun kami pergi berasingan dan pada waktu itu ayah keluar lebih awal dari masjid berbanding saya.
“Sehinggalah saya diberitahu oleh salah seorang jemaah masjid yang datang ke rumah memberitahu ayah terlibat dengan kemalangan,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu.
Dia berkata, masjid yang terletak 500 meter dari rumah mereka itu dikunjungi setiap hari oleh arwah ayahnya untuk menunaikan solat.
Norbi berkata, arwah merupakan bekas koperal dan pencen pada tahun 1986 itu mempunyai 17 orang cucu dan meninggalkan balu, Rahmah Mahmood, 70. Jenazah Deraman dikebumikan pada jam 2 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Kuin Melor.
2 maut nahas empat kenderaan
Kemalangan membabitkan sebuah lori amang, dua kereta Proton Iswara dan Wira serta sebuah Proton Ixora.
Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah penumpang Proton Ixora, Nor Syahidah Mohamed Zuki, 21, penuntut tahun akhir kursus Pengurusan Pejabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka.
Seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu Proton Iswara, Mohamad Nor Abdillah Ismail, 25, dari Felda Lakum, Lanchang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hopital Jengka.
Bapa Nor Syahidah, Mohamed Zuki Mat Ali, 50, berkata, mangsa bersama bapa saudaranya, Sabaruddin Hussin, 46, dalam perjalanan ke Temerloh.
“Kak Chik (Nor Syahidah) akan mengambil peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) pagi ini di Temerloh. Dia yang tinggal di asrama pergi dengan bapa saudaranya mungkin sebab secara kebetulan bapa saudaranya juga hendak ke Temerloh,” katanya.
Ibu Nor Syahidah, Latifah Din, 40, berkata, kebiasaannya Nor Syahidah akan memintanya menghantar ke tempat ujian berkenaan.
“Ini kali kedua dia ambil ujian. Kali pertama saya yang hantar. Pagi ini (semalam) saya tunggu juga dia telefon, tapi tiada panggilan daripadanya.
“Saya anggap dia mungkin menjalani ujian di universiti, jadi saya buat biasa sahaja. Pagi ini, ada orang dari syarikat trak tunda beritahu anak saya kemalangan,” katanya.
Difahamkan, Sabaruddin kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temeloh.
Saksi kejadian yang merupakan pemandu Proton Wira, Mohd Yusof Mat Yasin, 64, berkata, dia dan anaknya, Mohd Asyraf Mohd Yusof, 24, dalam perjalanan dari Felda Jengka 14 ke Felda Kampung Awah.
“Keadaan kabus pagi ini (semalam) agak tebal, memang tak berapa nampak jalan. Tiba-tiba datang kereta Proton Iswara di hadapan kereta saya. Kereta Proton Iswara tersebut berpusing sebelum mengenai bahagian hadapan kereta saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian berlaku apabila Proton Iswara melanggar tangki minyak lori amang yang datang dari Jalan Temerloh ke Bandar Jengka sebelum melanggar Proton Wira.
“Lori amang tersebut kemudian terbabas ke kanan jalan lalu melanggar Proton Ixora sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya.
Tiga sahabat maut nahas
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa yang maut adalah Aasif Ahmad, 20; Ahmad Azizul Affizan Mat Jusoh, 21 dan Mohd Hazrin Ahmad, 21.
Menurutnya, Aasif yang memandu kereta Kancil dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas memasuki lorong bertentangan dan melanggar Triton.
“Aasif yang tersepit di bahagian pemandu, meninggal di tempat kejadian manakala rakannya, Azizul meninggal Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 9.30 pagi tadi (semalam).
“Hazrin yang merupakan penumpang di bahagian hadapan kereta tersebut, meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kira-kira jam 9.10 pagi tadi (semalam),” katanya.
Perlanggaran itu katanya, menyebabkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux melanggar Triton namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Ruslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.07 malam kelmarin.
“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati terdapat sebuah kereta kancil remuk teruk dan terdapat seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu.
“Kami berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian dengan menggunakan peralatan Hydraulic Power Unit dan cutter,” katanya.
Beliau berkata, pihak bomba turut menanggalkan kepala bateri bagi mengelak daripada kebakaran dan membuat kerja-kerja pembersihan.
Tertidur ketika memandu
Ketika kejadian, mangsa, Fauzila Yahya, 29, dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Kampung Terentang untuk mengambil ibunya yang menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Padang Lebar.
Fauzila berkata, selepas kejadian itu, dia tidak sedarkan diri dan hanya tersedar selepas dibawa ke klinik oleh orang ramai.
Menurutnya, dia mengakui terlena seketika ketika memandu kerana terlalu letih.
"Kejadian itu berlaku begitu pantas dan saya langsung tidak sedar diri sejurus kemalangan.
Tidak sempat mengambil ibu di kampung, saya pula dimasukkan ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
“Saya mungkin terlena sekejap, menyebabkan kereta saya memasuki lorong bertentangan dan terbabas ke kanan jalan, lalu melanggar tiang lampu sebelum masuk ke dalam parit,” katanya.
Bagaimanapun katanya, dia lega kerana kejadian itu tidak melibatkan orang lain.
Fauzila yang memandu kereta jenis Proton Wira bersendirian cedera di bahagian mulut dan hidung.
Sementara itu, seorang penduduk, Hasbullah Abd Jalil, 45, kawasan itu sering berlaku kemalangan akibat kecuaian pemandu.
“Sepanjang saya menetap di taman ini dari tahun 2000, tidak kurang lapan orang maut akibat kemalangan di kawasan ini dan kebanyakannya berpunca daripada kecuaian pemandu.
“Tempat kejadian merupakan selekoh tajam dan tempat garisan berkembar tetapi mengapa ada juga pemandu yang memotong di kawasan tersebut," katanya.
Katanya, kalau semua pemandu mematuhi undang-undang pasti kemalangan sebegini dapat dihindarkan.
"Tidak lama lagi, musim perayaan dan diharap pemandu dapat berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan jiwa berlaku di sini,” katanya.
Kereta terbang rempuh rumah
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melalui selekoh di laluan berbukit dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Felda Neram 1 untuk pulang ke rumah mereka.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi mangsa tiga beranak kerana mereka tidak mengalami kecederaan parah meskipun kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki terbalik dan remuk teruk.
Junainah berkata, ketika menaiki bukit dan mahu membelok di selekoh terdapat sebuah motosikal di hadapannya membuatkannya cuba mengelak daripada terlanggar motosikal terbabit hingga kenderaan itu hilang kawalan lalu meluncur laju dan terbang merempuh sebuah rumah berdekatan.
“Saya waktu itu hanya fikirkan anak-anak sebab itu saya peluk anak sambil berdoa agar kami selamat. Kami keluar dengan merangkak ikut cermin kerana kereta terbalik.
“Syukur kepada ALLAH SWT kerana kami semua masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian.
Gara-gara kejadian itu, Junainah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Felda Neram 1 ini mengalami lebam di beberapa bahagian serta mengalami sakit-sakit badan sementara dua anaknya, Mohd Faris Nabil Sadri, 9, dan Nur Alya Fakihah, 7, mengalami lebam di lengan.
Katanya, sehari sebelum kejadian berlaku, kereta yang dinaikinya itu baru sahaja selesai diservis (selenggara).
Lori terbalik, barangan bersepah
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, pemandu lori, Mazlan Mohd Ali, 32, dalam perjalanan menghantar barangan ke Johor Bahru.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, lori yang dipandu mangsa dipercayai terbalik selepas mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba masuk ke laluan mangsa.
“Selepas terbalik, lori yang dipandu mangsa dirempuh pula oleh sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 20-an," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, rakan mangsa, Nor Mohamad Rahim, 32, yang memandu lori berasingan berkata, dia dan rakannya itu mempunyai jadual sama untuk menghantar barangan ke Johor Baharu, namun rakannya itu bergerak lebih awal dahulu daripadanya.
“Bagaimanapun, saya yang baru memulakan perjalanan menghantar barangan ke lokasi yang sama tiba-tiba menerima panggilan daripada rakan saya menyatakan dia terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan lori terbaik.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya dapati barangan yang dibawa rakan sudah bertaburan di atas jalan dan saya bersama-sama memunggah barangan di atas jalan untuk dimasukkan ke dalam lori lain,” katanya.
Terbabas elak anjing melintas
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, mangsa, Azurin Kamarudin, 26, bersama isterinya, Fasha Rosmadi dan anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang selepas berbuka puasa di Seremban.
Fasha berkata, dia memandu kereta berkenaan, sementara suaminya duduk di tempat penumpang hadapan sambil memangku anaknya yang sedang tidur.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, saya tiba-tiba terlihat seekor anjing melintas jalan. Saya terkejut dan tidak dapat mengawal kereta lalu terbabas ke dalam longkang di bahu jalan.
“Ketika itu, kereta masih bergerak dan hanya terhenti kira-kira 30 meter,” katanya.
Sementara itu, Azurin berkata, sebaik saja berhenti, dia dan isteri terdiam seketika akibat terperanjat, sebelum orang ramai membantu.
"Saya hanya memeluk erat anak agar tidak terlepas dari pelukan," katanya.
Tiga hari tidak sedarkan diri
Musa Mamat, 65, berkata, kemalangan itu menyebabkan dia tidak sedarkan diri selama tiga hari dan terpaksa menerima 30 jahitan di tangan dan kaki kanan.
Ketika itu katanya, dia bersama isteri dan cucu yang berusia empat tahun, dalam perjalanan pulang menunaikan solat Asar.
“Saya cuba melintas ke jalan seberang, namun motosikal dari cabang sebelah kiri terlalu laju seterusnya melanggar kami.
“Pertembungan itu menyebabkan saya tercampak lebih lima meter ke tepi sawah” katanya, semalam.
Namun Musa berkata, cucu dan isterinya hanya mengalami kecederaan ringan, begitu juga dengan remaja yang menunggang motosikal berkenaan.
Menurutnya, sebelum pembukaan jalan baru ini pada Januari lalu, hampir setiap hari berlaku kemalangan di tempat yang sama.
Justeru itu katanya, penduduk memohon pihak berkenaan mencari alternatif lain selain garisan zebra.
“Penduduk memohon lebih banyak papan tanda amaran dibuat sekitar jalan ini.
“Pembinaan lampu isyarat juga dapat mengelakkan pemandu memandu dengan laju,” katanya.
Rempuhan kuat belah badan lori
Kemalangan ngeri berlaku kira-kira jam 6.15 pagi di Kilometer 343, Lebuhraya Utara Selatan itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu treler, lori dan sebuah kereta jenis Proton Iswara turut mengakibatkan dua cedera parah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliw berkata, mangsa maut adalah warga Bangladesh dikenali Sumam Hossain Abd Kashem, 28, dan Delohar Hossin Md Raju Miah, 31.
Katanya, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Pulau Pinang bersama-sama seorang warga tempatan dan rakan senegaranya yang turut mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila sebuah treler rosak dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh berhenti di tepi Lebuhraya Utara Selatan kira-kira lima kilometer sebelum persimpangan Tol Bidor di laluan lurus serta tidak berbukit.
Beliau berkata, lori yang dipandu oleh warga tempatan yang dikenali sebagai S Lechumanan, 34, tidak menyedari kedudukan treler yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh kenderaan itu.
“Rempuhan mengakibatkan badan lori tersebut tercabut dan tercampak melintang di tengah lebuh raya dan masa yang sama sebuah kereta jenis Proton Iswara dari arah sama tidak sempat menekan brek disebabkan faktor jarak yang terlalu dekat.
“Kemalangan itu menyebabkan Delohar yang duduk di belakang tersepit lalu maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala manakala rakan-rakan mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Som Sak berkata, seorang lagi mangsa warga Bangladesh, Sumam, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah, pagi semalam selepas putus kedua-dua kaki akibat kemalangan itu.
Manakala, katanya, pemandu warga tempatan dan seorang warga Bangladesh, Alif Hossain Bahar Ali, 25, mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.
Katanya,bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa warga Bangladesh telah selesai petang semalam dan kini mayat masih berada di Hospital Tapah menunggu daripada pihak majikan untuk dituntut sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Iswara hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
“Pihak kami masih menyiasat kejadian kemalangan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan