Hukum Makan Belangkas
Saya yakin masih ramai lagi dikalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui status hukum memakan belangkas.Ini
mungkin disebabkan kerana hidupan laut ini jarang kita temui melainkan
bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai seperti keluarga
nelayan.. Di Pasar-pasar juga tidak pernah ada orang yang menjualnya..
Boleh jadi antara kita ada yang langsung tidak pernah mengenali
bentuknya.. Jadi bila tidak pernah atau jarang berjumpa dengan hidupan
laut ini maka kita pun tidak terfikir apakah hukum memakannya.
Setakat pengetahuan saya tidak ada
dikalangan masyarakat melayu yang memperkenalkan dan mempopularkan
masakan dari belangkas melainkan cuma di beberapa tempat di negeri
johor seperti di daerah kota tinggi..S ekarang ini di sana telah dibuka
restoran yang menyediakan menu masakan belangkas bahkan disana ada yang
menamakan restoran mereka dengan “Belangkas Mahkota”.
Tapi itu di beberapa tempat di
johor,adapun di negeri-negeri lain seperti negeri kelahiran saya
perak,belum pernah saya dengar lagi ada kedai makan muslim yang
menyediakan menu belangkas.
Ini mungkin kerana belangkas bukanlah
satu dari makanan tradisi masyarakat melayu dan amat jarang didengari
orang melayu memakan belangkas. Pengalaman saya bila menceritakan kepada
rakan-rakan bahawa keluarga saya pernah memakan belangkas.. Ada yang
macam terkejut dan berkata bukankah Belangkas dua alam.. Ada pula yang
bertanya macam mana rupa belangkas yee..Dari saya sekolah menengah
sehinggalah keperingkat universiti tidak pernah saya kenal ada
dikalangan rakan-rakan yang pernah makan belangkas bahkan seperti yang
saya sebut tadi, ada pula yang tanya belangkas tu macam mana.. saya
jawab cuba google jumpa la nanti..
Ketika di sekolah menengah agama dahulu
bila belajar bab haiwan yang halal dan yang haram dimakan, disana ada
disebutkan bahawa haiwan dua alam haram dimakan. Lantas saya pun
teringatkan belangkas dan berfikir adakah belangkas hidup dua alam dan
jika dua alam makan saya dan keluarga sudah makan dari haiwan yang
diharamkan syarak.
Saya menceritakan perkara ini kepada
kawan-kawan. Setelah itu ada rakan saya yang pergi berjumpa tiga orang
ustaz. Tapi jawapan mereka berbeza.. Seorang ustaz lepasan al-azhar bila
ditanya beliau menjawab belangkas harus dimakan. Seorang ustaz lepasan
indonesia bila ditanya haram makan. Seorang lagi adalah Mudir sekolah
yang memberi jawapan daging belangkas haram tapi telurnya harus.. aaaahh
buntu saya dibuatnya. Ustaz-ustaz pun berbeza jawapan.
Tapi setelah saya melanjutkan pelajaran
di dalam bidang agama diperingkat yang lebih tinggi barulah saya tahu
jawapan yang tepat tentang perkara ini. Sebenarnya Ulama berbeza
pendapat berkaitan memakan haiwan dua alam. Secara ringkasnya, pendapat
muktamad dalam mazhab imam Syafie haram dan pendapat dalam mazhab imam
Malik harus.
Adapun belangkas sebenarnya ia bukanlah
dikatagorikan sebagai haiwan dua alam. Memang belangkas boleh naik ke
darat,jika tidak takde lah orang kata”macam belangkas”:)). Naiknya
belangkas ke darat bukanlah bermakna dia boleh hidup terus di darat.
Cuba kita tengok ikan keli bukankah ikan keli ni liat nak mati..
Pengalaman saya beli ikan keli pagi malam pun dia masih bergerak-gerak
dalam pelastik.. Saya nak sebut dari segi saintifik kenapa belangkas
boleh tahan lama naik ke darat dah tak ingat faktanya dan malas nak
google so anda cubalah cari jawapannya sendiri ye.. Saya nak share
keputusan muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkaitan status hukum makan
belangkas dan fakta tentang darah belangkas yang pernah saya baca
dahulu disatu ruangan di akhbar utusan Malaysia..
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang
pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi
Belangkas dan Telurnya.Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah
dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas
qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan
Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut
dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan
satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia
tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
Sehubungan itu, selaras dengan pandangan
Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut
semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur
belangkas adalah diharuskan.
Fakta darah belangkas :
Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…
Tahukah anda darah belangkas dikatakan
mengandungi bahan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin dan mempunyai
nilai tinggi dalam bidang perubatan.
Khasiat Air Kelapa Muda
Antara Khasiat Dan Kelebihan Air Kelapa Muda :
1. Dapat meneutralkan kembali kadar racun dalam tubuh kita.
Sedar ataupun tidak sebenarnya setiap
hari kita memakan makanan yang beracun. Buah yang dibeli di pasar
mengandungi kadar racun begitu juga dengan sayur-sayuran..Tujuannya
adalah untuk mencegah dari serangga makhluk perosak..
2. Merawat santau dan batuk berdarah
Air kelapa muda yang diruqyah dengan
ayat-ayat al Quran dan dan doa-doa syifa’(kesembuhan)yang sabit dari
Rasululullah saw dan dicampurkan dengan sedikit garam bukit i.Allah akan
menjadi penawar santau dan batuk berdarah.
3. Merawat Ketagihan Dadah\Rokok
Campurkan air kelapa muda dengan sedikit
garam bukit kemudian bacakan ruqyah pada air kelapa tersebut dan
tiup..Ruqyah bagi merawat ketagihan dadah\rokok adalah 40 kali al
fatihah(ayat-ayat al fatihah bukan baca al fatihah je)
4. Memerangi Gangguan Cacing Dalam Perut Anak-Anak kecil
Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis..i.Allah.
5. Mengatasi Dehidrasi(kehilangan air dalam badan)
Kaedahnya sama untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil iaitu campurkan sedikit air perahan limau nipis
NOTA :
- Sebaik-baik air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya
- Jangan minum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.
Khasiat Serai
“Serai mengandungi satu bahan Citral yang anti kanser.2-3 batang serai direbus dalam satu liter air,sejukkan dan minum setiap hari selama seminggu sebelum chemotherapy.Citral membantu tindakan chemo”.
Antara Lain Khasiat Serai Ialah:
-Anti-Oksidan
Kajian terbaru dari ‘Food and Nutrition Research Institue’ dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin.Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat dan mampu mencegah kanser.
-Menstabilkan Tekanan Darah Dan Kolestrol
Ahli akademik di ‘Department of Nutritional Sciences’ dari University of Wisconsin telah melakukan kajian pada 22 orang peserta yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Setiap peserta dikehendaki mengambil 140 mg kapsul pati serai setiap hari.Kesannya,purata peserta telah berjaya menurunkan kadar kolestrol dari 310 ke 294.Selepas 3bulan,kebanyakan peserta rata-rata dapat menurunkan kadar kolestrol sebanyak 38 mata.
-Membantu Masalah Sembelit
Membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas,hati,buah pinggang,dan saluran darah.Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.
Serai mempunyai komponen anti-bakteria dan anti-kulat.Kebanyakan suri rumah menggunakan serai di dalam masakan untuk melegakan batuk dan demam.
-Angin Di Dalam Perut
Minuman serai dan minyak serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut.
-Ikhtiar Rawatan Gout Dan Sakit Sendi
-Mengatasi masalah sakit semasa menstruasi (haid)
Khasiat Lemon
..Dr Hamid Arshat menyarankan agar mencuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali sehari selama 3-6 bulan.
Lemon juga juga dikatakan boleh membunuh
sel-sel kanser bahkan ia juga lebih berkesan dari ubat-ubatan (ubat
kanser/chemotherapy)
Di dalam buku Perubatan Sufi disebutkan
bahawa setengah biji lemon dan sesudu madu dengan air suam boleh merawat
selsema,batuk,berkahak dan sakit tekak..
Sebenarnya banyak lagi khasiat dan manfaat yang Allah jadikan pada lemon ini buat manusia seperti dapat menurunkan berat badan, membersihkan sistem tubuh balan lain-lain lagi..
Oleh itu jom kita amalkan minum jus
lemon..Dapat minum seminggu sekali atau dua kali pun ok dah..Janji
istiqamah..Caranya ialah dengan potong lemon dan masukkan 2-3 hiris ke
dalam satu gelas air suam dan minum..Kalau tak tahan rasa payau je letak
la gula sedikit.
Fakta Tentang Durian Belanda
Fakta Tentang Durian Belanda:
Durian Belanda dalam bahasa Brazil Graviola
Durian Belanda dalam bahasa Sepanyol Guanabana
Durian Belanda dalam bahasa Inggeris Soursop
Durian Belanda Di Indonesia disebut sebagai buah Sirsak
Khasiat Buah Belanda:
Dalam kajian saintifik ianya mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi.Dalam pengkajian ilmu Herba,ianya mempunyai unsur tanah yang tinggi,yang boleh dengan izin ALLAH meneutralkan segala masalah berkaitan dengan darah dan sel(sel dalam perubatan Islam digelar ma’ul habl).Dari pokoknya hingga ke buah,durian belanda amat berkhasiat dalam mencegah dan merawat penyakit..
Sumber:Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus(Pengasas Terapi Islam Al Fatah Malaysia)
Teh dari daun durian belanda ada khasiat anti kanser..
Boleh rebus daun basah atau kering 10 – 15 helai daun masukkan ke dalam sau liter air mendidih selama 15 – 30 minit.Sejukkan dan tapis air.Minum satu cawan 2- 3 kali sehari,untuk selama sebulan dan check balik tumbuhan.
Saya cadangkan mereka yang ada ovarian cyst dan endometriosis khususnys lepas bedah utk amalkan.Pokok Durian belanda mudah ditanam.Boleh buat industri air teh..
Info Tambahan:Kalau anda nak halau cik si tikus dari rumah anda letakkan daun Durian Belanda di tempat-tempat(laluan\lubang) yang disukainnya..insyallah.
Sumber:Petua orang tua
Madu Apa Terbaik Untuk Dibeli
Biasa tak apabila kita ke pasaraya atau ke
kedai hendak membeli madu, kita sering bertanya kepada diri sendiri
soalan-soalan ini:
1. Madu yang mana kita nak dibeli?
2. Madu mana yang madu terbaik?
3. Brand apa yang patut dibeli?
4. Apa perbezaan madu asli dan madu mentah?
5. Adakah madu asli atau madu mentah lebih baik?
6. Di mana boleh dapatkan madu berkualiti tinggi dan madu terbaik?
7. Adakah madu tempatan atau import yang lebih baik?
8. Nektar debunga mana yang lebih baik?
Berdasarkan persoalan di atas, mari kita kenal serba ringkas tentang madu terbaik untuk dimiliki oleh setiap rumah di Malaysia.
Jawapan:
1. Madu Acacia sebagai pilihan
Madu terhasil dari 2 aspek utama iaitu
nektar debunga dan jenis lebah. Nektar debunga terdapat dalam dua bentuk
iaitu bermusim dan sepanjang tahun (tidak bermusim). Sedarkah kita 90%
madu yang dihasilkan termasuk madu Tualang adalah dari nektar debunga
bermusim.
Permasalahan di sini ialah madu tidak
dapat dihasilkan secara konsiten dan kualitinya juga tidak konsisten
berikutan hasil debunga-debunga yang berlainan. Oleh sebab yang
demikian, banyak madu dipasaran tidak mempunyai dan mempamerkan nutrisi
lengkap serta mempunyai tarikh luput akibat campuran bahan lain yang
boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia.
Nektar debunga sepanjang tahun adalah
seperti nektar dari pokok Acacia yang terdapat banyak di Johor dan
Sabah. Nektar debunga sepanjang tahun dapat menghasilkan dan menjamin
kualiti dan kuantiti madu yang baik dan terbukti dari segi saintifik
seperti yang terkandung dalam ebook Rahsia Madu Acacia.
Jenis lebah juga mempengaruhi kualiti
madu terutama sekali pada jumlah kandungan air di dalam madu. Lebah
terbaik adalah dari jenis Apis Mellifera yang bermaksud ‘Lebah Pemburu
Madu’. Lebah spesis bersaiz 10mm ke 20mm ini terbukti unggul dan
produktif dalam menghasilkan madu yang berkualiti dan berupayaan
menghasilkan madu yang mempunyai kadar air (moisture) yang rendah iaitu
sekitar 17-20%.
2. Madu Acacia Madu Terbaik
Berdasarkan hujah di atas nyata tunjang
dalam penghasilan madu berkualiti nyata milik Madu Acacia. Namun begitu
mari kita selami lagi kehebatan madu acacia ini.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan
Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat
(AS), madu Acacia Mangium mengandungi pelbagai kandungan mineral dan
vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia
juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium,
manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu Acacia turut
mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya B1, B2, C, B6 dan B3.
Komposisi bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu Acacia amat
diperlukan oleh tubuh badan manusia (rujuk ebook Rahsia Madu Acacia).
3. Mentah lebih unggul dari asli
Apa yang dimaksudkan dengan asli? Dan apa yang dimaksudkan dengan mentah?
Asli sebenarnya bermaksud tidak dicampur
dengan apa-apa bahan lain tetapi melalui proses pemanasan di mana ianya
adalah satu proses untuk membuang yis yang terdapat dalam madu. Proses
pemanasan ini mengakibatkan jumlah mineral dan khasiat yang terkandung
dalam madu berkurangan sehingga 30%. Ia adalah satu jumlah yang besar.
Mentah pula bermaksud tidak dicampur dengan apa-apa bahan, tidak melalui
proses pemanasan dan dibotolkan tanpa melalui sebarang proses.
Oleh itu mentah adalah lebih baik dari
asli kerana ia mengekalkan kesemua zat, khasiat dan kelebihan yang
terkandung dalam madu dan memberi yang terbaik seperti yang dikehendaki
oleh tubuh manusia.
Berikut dirumuskan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan madu Acacia Mangium:
1. Asma
2. Haid tidak teratur
3. Resdung
4. Alahan
5. Jerawat
6. Rambut gugur
7. Barah
8. Letih & Lesu
9. Sakit kepala
10. Buasir
11. Lendir kahak
12. Sakit pinggang
13. Batuk kering
14. Lemah jantung
15. Sakit sendi
16. Batuk
17. Sakit mata
18. Sukar tidur
19. Darah tinggi
20. Pening
21. Gastrik
Madu Acacia Mangium juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti berikut:
1. Menambahkan stamina
2. Menjadi sumber tenaga
3. Meningkatkan metabolisme tubuh
4. Mengandungi agen antioksidan yang tinggi
5. Melancarkan peredaran darah
6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
7. Melancarkan sistem pencernaan
8. Meningkatkan semangat seksual / tenaga batin
9. Mengubati luka
10. Menjadikan kulit lebih licin dan halus
Antara keunikan lain bagi madu Acacia Mangium ini adalah:
- Rasanya sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan.
- Sangat digemari oleh kanak-kanak.
- Pengganti gula bagi pesakit diabetes.
Hukum Bermain Mercun
Hukum bermain mercun pada asalnya adalah harus kerana tiada satu dalil pun yang mengharamkannya..Namun
jika diperhatikan,bermain mercun ini boleh menyebabkan berlakunya
kemudhratan pada diri sendiri dan memudharatkan orang lain seperti putus
jari,buta mata,kecacatan dan kebakaran.. Menjadi prinsip penting dalam
Islam Semua perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan membawa mudarat
kepada diri dan orang lain adalah DIHARAMKAN..
Firman Allah yang bermaksud:
“…dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”
(Surah al-Baqarah,ayat 195)
Nabi s.a.w bersabda ertinya : “Tidak
boleh seseorang memudhoratkan dirinya sendiri dan tidak boleh pula
memudhoratkan orang lain”
Dalam hadis lain:
من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
Ertinya:”Barangsiapa yang membawa
mudharat maka Allah akan memudharatkan dirinya sendiri,sesiapa yang
menyusahkan orang lain,Allah akan menyuasahkannya pula”
(Riwayat Abu Daud,Ahmad,Tirmidzi:Hasan Gharib)
Alasan Lain Larangan\Pengharaman Bermain Mercun ialah:
- Pembaziran
Bermain mercun adalah satu bentuk
pembaziran kerana wang yang digunakan “DIBAKAR” begitu sahaja semata
mata ingin menikmati BOOM! BOOM! bunyi letupan yang tiada membawa satu
faedah pun..Islam menggalakkan kita memperbanyakkan sedekah terutama di
bulan Ramadhan bukannya membeli mercun..Membazir terhadap harta itu
haram kerana Nabi melarang dari melakukan hal yang demikian.
- Mengganggu Ketenteraman Awam
Nabi s.a.w bersabda ertinya :
“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani)
Di dalam hadis riwayat Bukhari,disebutkan
bahawa Rasulullah s.a.w melarang kita menyakiti jiran
sekeliling..Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa
beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka janganlah menyakiti
jirannya.”
Islam mewajibkan kita agar memelihara hak
sesama jiran,sedangkan bermain mercun boleh mengganggu jiran
tetangga..Boleh jadi dikalangan jiran kita ada yang sakit,uzur,sedang
berehat,dan boleh jadi ada anak kecil sedang tidur di rumah..Maka kerana
bermain mercun kita telah mengganggu dan menyakiti hati jiran tetangga
kita..
Dalam hadis lain disebutkan:
“Seorang muslim itu adalah seseorang yang selamat lisan dan tangannya dari (mengganggu) orang lain.”
(HR.Bukhari dan Muslim)
Kata Ibnu Batthal rahimahullah: “Maksud
dengan hadis ini adalah dorongan agar seorang muslim tidak menyakiti
kaum muslimin lainnya dengan lisan,tangan dan seluruh bentuk menyakiti
lainnya.
- Larangan Undang Undang Akta Bahan Letupan 1957
Seksyen 4 (2) memperuntukkan
undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang,memiliki dan mengimport
mercun atau bunga api,boleh dihukum penjara lima tahun atau denda
RM10,000 atau kedua-duanya.
Pendapat Dr.Mohd Asri Zainul Abidin@DrMAZA Berkaitan Hukum Main Mercun
Menurut Beliau:-
Pertama sekali,tidak boleh sesiapa pun
beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya.Jika
kepercayaan ini ada,ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah
ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. Walaupun
kepercayaan seperti di tempat kita tiada,namun mesti diperingatkan
prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan
perubahan kepercayaan dan ibadat.
Kedua,permainan secara umumnya termasuk
dalam urusan am kehidupan.Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau
orang lain,maka ia dibolehkan.Mercun yang membawa kepada kecederaan
diri atau orang lain adalah haram.Haram itu bertambah apabila adanya
arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. Ketaatan
kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib.
Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain
mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam,jamaah yang bersolat di
masjid,bayi yang sedang tidur dan seumpamanya.Di negeri-negeri yang
bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman
bagaikan peperangan sedang tercetus.
Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:
“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”.(Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani).
Namun jika bunga api atau mercun yang
tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang,maka tidak menjadi
kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan
yang diizinkan.
Hukum Main Mercun & Bunga Api Ustaz Azhar Idrus :
Rawatan Batu Karang
Petua Merawat Batu Karang
Bahan-Bahan:
1.Sediakan 7 batang serai wangi
2.7 helai daun limau purut
3.7 biji kurma (biji sahaja)
4.Gula batu
Cara-Caranya:
-Direbus dengan air
-Elak air dari mengelegak
-Rebus sehingga jadi pati,sentiasa kacau
-Patinya di campur dengan air RO water
Air ini di baca:
1.Al-Fatihah x3
2.At-Taubah 129 x7
3.Selawat Nabi 11 x
4.Doa kepada Allah
Sumber:Perubatan Syifa Al-Ikhlas
Info Tambahan:
Bacakan juga pada air tersebut ayat pemecah iaitu Surah Al-Hasyr ayat 21-24 dan
Surah al Mukminun ayat 115-118.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan