Judi dalam salun
Itulah taktik yang digunakan pemilik kedai judi bagi mengaburi pihak berkuasa dari menghidu kegiatan haram mereka yang beroperasi 24 jam itu.
Pelbagai cara digunakan seperti promosi harga hinggalah hadiah kemenangan berjumlah RM30,000 ditawarkan untuk menarik pelanggan.
Bagaimanapun, polis berjaya menumpaskan aktiviti perjudian itu apabila sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri menyamar sebagai pelanggan sebelum melakukan serbuan.
Pegawai Turus D7 IPK Perak, Deputi Superintendan Hasbullah Ali berkata, serbuan itu juga turut dilakukan di tiga lokasi berasingan iaitu Taman Cempaka, Jalan Silibin dan Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor.
Menurutnya, polis merampas 76 unit komputer dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian serta wang tunai lebih RM500.
“Dalam serbuan itu, kita turut menahan enam penjaga premis berusia 30an dan tujuh pelanggan.
“Kesemua mereka sedang leka melayan pelanggan dan bermain judi di premis yang beroperasi 24 jam.
“Walaupun setiap premis dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV), anggota kita mudah memasuki premis dengan menyamar sebagai pelanggan,” katanya.
Hasbullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
“Kesemua mereka yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) untuk siasatan lanjut.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda minimum RM10,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas,” katanya.
Mencuri untuk berjudi
Difahamkan, suspek berusia lingkungan 30-an itu melakukan jenayah sejak tiga bulan lalu bukan untuk memenuhi keperluan hidupnya sebaliknya wang tunai yang dicuri dalam kereta akan digunakan untuk berjudi.
Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, gerak-geri suspek yang mencurigakan disedari salah seorang anggotanya, pagi kelmarin.
Katanya, ketika kejadian anggotanya dalam perjalanan untuk menghantar isteri ke tempat kerja namun hasrat itu ditangguhkan apabila terserempak dengan suspek yang seolah-olah berkelakuan pelik di kawasan tempat parkir kereta berdekatan sebuah kondominium.
Beliau berkata, curiga dengan perbuatan suspek, anggotanya kemudian menghubungi tiga lagi ahli CP yang berada berhampiran untuk mengintip kelakuan lelaki itu.
Apabila suspek memecahkan cermin sebuah kenderaan yang diletakkan di luar kawasan kondominium itu, keempat-empat ahli CP kemudian bertindak merapatinya namun lelaki itu melarikan diri.
“Suspek berjaya diberkas dan diserahkan kepada polis bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memecahkan kenderaan termasuk pemutar skru, pisau dan gunting.
“Untuk kelmarin sahaja, dia mengaku sudah memecahkan cermin tiga kenderaan dan mendapat beberapa barangan termasuk ‘smart tag’ dan wang tunai,” katanya.
Sinar Harian dimaklumkan, lelaki yang masih dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad itu mengaku sudah memecahkan lebih 100 kenderaan dan melarikan barangan berharga sejak Mac lalu.
Chee Heng berkata, penangkapan suspek menunjukkan masyarakat sudah mulai sedar pentingnya membanteras jenayah dan tidak meletakkan tugas itu di bahu polis semata-mata.
Katanya, perkongsian maklumat antara polis dan ahli CP juga menjadi faktor pencegahan jenayah dapat dilakukan dengan lebih cekap.
Dicekup ketika leka main judi
KLANG - Lapan individu termasuk empat pelanggan warga asing yang sedang
bermain judi atas talian ditahan dalam serbuan di lima kedai internet
di Jalan Cungah, Pelabuhan Klang, di sini, kelmarin.
Serbuan dibuat pada jam 11 malam kelmarin, selepas polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor melakukan risikan di semua premis terbabit yang dikenal pasti menawarkan perkhidmatan perjudian atas talian.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (risikan/operasi), Asisten Komisioner Rooslan Radzi berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan enam penjaga masing-masing terdiri daripada lima warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Menurutnya, lima penjaga warga asing adalah tiga wanita Indonesia, seorang wanita Thailand dan seorang lelaki warga Indonesia.
"Kita juga tahan empat lelaki asing berusia antara 30 hingga 60 tahun yang sedang leka bermain judi ketika diserbu.
"Kesemua mereka terdiri daripada dua warga Bangladesh, seorang warga Indonesia dan seorang warga Nepal," katanya.
Rooslan berkata, pihaknya merampas 108 set komputer termasuk lima induk (komputer utama) yang disediakan bagi kemudahan pelanggan untuk melayari dan bermain judi secara atas talian.
"Kesemua premis terbabit menawarkan perkhidmatan judi siber dan turut dirampas wang tunai RM560," katanya.
Beliau berkata, semakan menunjukkan lima premis terbabit juga beroperasi tanpa lesen dan semua suspek warga asing yang ditahan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Menurutnya, semua set komputer dirampas termasuk suspek ditahan, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.
SUBANG JAYA – Ketika orang lain sibuk mengejar untuk menambahkan pahala
pada bulan mulia, sebilangan lelaki Islam di sini pula memilih untuk
mempertaruhkan wang mereka di pusat siber USJ 14 tanpa menghormati bulan
Ramadan.
Apabila ditanya, rata-rata mereka memberi alasan bosan duduk di rumah dan lebih sanggup ke pusat siber berkenaan daripada mengerjakan solat sunat tarawih bersama umat Islam lain di surau berdekatan.
Aktiviti mereka itu berjaya dihidu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebelum premis itu diserbu, lewat malam kelmarin.
Ketika diserbu lebih 20 pengunjung berada dalam premis dan sebahagian daripadanya asyik bermain judi secara online.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, premis itu mempunyai lesen tetapi sudah tamat tempoh hujung tahun lalu.
Menurutnya, pengusaha didapati menampal tarikh lesen yang sudah tamat tempoh dengan pembalut luka bagi mengelakkan ia diketahui orang ramai tetapi menggantungnya di depan premis seolah-olah mereka menjalankan
perniagaan dengan kebenaran majlis.
Pengusaha katanya, gagal memperbaharui lesen itu pada tahun ini dan didapati menawarkan aktiviti perjudian online kepada pengunjung.
“Sebanyak 39 unit komputer dirampas di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.
Daripada jumlah itu katanya 14 didapati mempunyai perisian perjudian online.
Premis dikenakan tindakan penutupan dan pengusaha berdepan tindakan kompaun RM1,000.
SUBANG - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu enam premis judi
internet yang berselindung di sebalik nama pusat hiburan sekitar Subang
Perdana, semalam.
Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menjalankan serbuan ke atas dua pusat snuker serta empat pusat siber yang didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjalankan operasi judi siber.
Menurut Shahrin, menerusi serbuan itu, satu daripada pusat siber berkenaan didapati mempunyai lesen perniagaan yang sah namun didapati melakukan kesalahan lain di bawah undang-undang MBSA.
“Satu daripada pusat siber itu didapati membenarkan kanak-kanak bawah umur untuk masuk dan kita telah mengambil tindakan terhadap pemilik menerusi serbuan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Shahrin berkata, operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa MBSA, Noorizal Abd Rahman tersebut berjaya merampas 95 set komputer secara keseluruhan yang dipercayai digunakan dalam perjudian internet.
“Ada di antara pusat snuker yang menjalankan kegiatan perjudian internet di sini,” katanya.
Menurutnya, terdapat juga pusat hiburan yang didapati menyediakan laluan khas bagi menuju ke bilik yang disediakan di belakang tempat menyimpan kayu snuker bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Dalam operasi itu, pihak penguat kuasa turut mengambil masa kira-kira 10 minit bagi bagi memecahkan pintu bilik khas berkenaan.
“Hasil serbuan kita dapati terdapat banyak set komputer disediakan khas buat pelanggan di pusat snuker itu,” katanya.
Menurut Shahrin, pihaknya menggunakan kekuatan 16 anggota dan mendapat bantuan lima anggota polis bagi menjalankan serbuan terbabit.
KULIM - Sekumpulan kaki judi bertempiaran melarikan diri selepas sebuah
premis perjudian ala kasino mini diserbu sepasukan polis di kawasan
Taman Ria, di sini, kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin.
Serbuan itu dilakukan anggota dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Daerah Kulim, yang diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum serbuan pasukan terbabit ternampak beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan di kaki lima premis rumah kedai ketika menjalankan rondaan cegah jenayah bagi Ops Ramadan di kawasan taman berkenaan.
Menurutnya, semua suspek diarahkan berada di tempat masing namun, mereka bertindak agresif dengan melarikan diri ke premis berhampiran.
“Polis kemudian membuka pintu premis terbabit dan mendapati terdapat dua meja judi dijalankan, termasuk judi belangkas dan perjudian menggunakan kad permainan.
“Polis yang berada di pintu hadapan premis cuba menahan semua suspek di dalam premis, namun dirempuh mereka yang cuba melarikan diri. Bagaimanapun lima dari suspek berjaya ditahan,” katanya.
Difahamkan, premis perjudian itu mengenakan wang pertaruhan yang tinggi, selain menarik minat ramai pemain yang terdiri dari kalangan penduduk tempatan dan dari daerah lain.
JPPJ turut merampas alat perjudian serta semua barangan digunakan dalam premis itu termasuk dua meja judi serta wang pertaruhan.
Selain ahli perniagaan, mangsa yang pernah membuat laporan polis akibat disamun hampir RM200,000 di Karangan juga dilihat berada di premis perjudian terbabit.
Ghuzlan tidak menafikan kegiatan seumpama itu antara punca berlakunya kejadian samun dan peningkatan jenayah di Padang Serai.
“Saya mengarahkan JPPJ untuk meneruskan usaha membanteras aktiviti perjudian haram di seluruh Kulim. Dengan cara ini, kejadian samunserta peningkatan indeks jenayah dapat dikurangkan.
“Saya berterima kasih kepada semua anggota terlibat kerana memberikan komitmen ketika menjalankan tugas,” katanya.
KUANTAN- Serbuan berterusan pasukan polis dan agensi berkaitan terhadap
premis perjudian internet di daerah ini memberi tamparan kepada
pengusahanya apabila semakin kurang warga tempatan sanggup bekerja di
premis itu.
Bagaimanapun, kedegilan pengusaha itu sukar dipadam apabila mereka dikesan mula menggaji pekerja warga asing untuk menjaga dan menguruskan premis perjudian haram masing-masing.
Hasil serbuan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke tujuh premis di sini malam kelmarin, empat warga asing termasuk seorang wanita yang bekerja sebagai penjaga premis ditahan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisoner Mohd Jasmani Yusof berkata, hasil operasi bermula kira-kira jam 8 malam sekitar Jalan Wong Ah Jang, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Tun Ismail di sini, 36 individu termasuk 10 penjaga premis ditahan.
Menurutnya, operasi itu juga berjaya merampas 177 set komputer dan 11 modem yang digunakan bagi tujuan tersebut.
“Polis juga turut merampas wang tunai dipercayai yang hasil pertaruhan pelanggan berjumlah RM2.351,” katanya di sini semalam.
Mohd Jasmani berkata, pegawai dan anggota terlibat menyerbu secara serentak premis dikenal pasti di tiga kawasan terlibat bagi mengelak maklumat bocor.
“Dalam operasi itu sepasukan anggota menyerbu tiga buah premis sekitar Jalan Wong Ah Jang dalam tempoh 20 minit dan berjaya menahan 20 individu termasuk dua wanita,” katanya.
Menurutnya, operasi di sebuah premis di Jalan Haji Ahmad kira-kira jam 8.30 malam berjaya empat individu termasuk dua penjaga manakala 12 lagi di dua premis sekitar Jalan Tun Ismail.
“Selain warga tempatan, kegiatan itu mula diminati warga asing apabila ada di antara mereka ditahan dalam operasi tersebut.
“Keputusan pengusaha premis meletakkan pekerja warga asing berkemungkinan satu cuba mereka menarik golongan itu untuk bermain judi di premis tersebut,” katanya.
Katanya, polis akan terus menggempur premis yang masih berdegil bagi membendung kegiatan itu.
SUBANG JAYA – Sanggup berhabis lebih RM5,000 semata-mata ingin memenuhi
nafsu berjudi!. Itu pengakuan seorang jurujual berusia 29 tahun yang
mendakwa gian mempertaruhkan wang di pusat siber haram selepas mengenali
hobi baru itu empat bulan lalu.
Dia antara tiga pengunjung yang dicekup anggota Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ketika leka bertaruh wang menerusi perjudian atas talian di sebuah pusat siber tidak berlesen di USJ 1, di sini malam kelmarin.
Katanya, meski hanya pernah memenangi sekali pertaruhan sebanyak RM200, berjudi kini menjadi sebahagian rutin hidupnya dan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 sehari.
Lelaki berasal dari Kelantan itu memberitahu gajinya sebulan hanya RM1,800 namun sebahagian besar dihabiskan berjudi kerana seronok mengisi masa lapangnya.
“Sejak tiga bulan lalu baru sekali pernah menang tetapi kerana seronok, duit habis rugi pun tidak rasa sangat. Memang saya ketagih mengunjungi premis ini kerana sudah jadi hobi di waktu lapang,” katanya.
Sementara itu, dalam operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 17 anggota, tiga premis pusat siber diserbu masing-masing di Jalan USJ1/1C dan Jalan USJ1/1B.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, sebanyak 79 unit komputer lengkap perisian perjudian atas talian dirampas di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ.
Menurutnya, salah sebuah premis yang menawarkan aktiviti snuker turut dikenakan tindakan rampasan peralatan permainan itu dan berdepan denda maksimum RM5,000.
“Dua pusat siber dikenakan tindakan rampasan peralatan komputer manakala sebuah lagi didapati melakukan dua perniagaan haram dalam satu premis,” katanya.
Mohd Rasip berkata, penjaga premis kedua yang diserbu sempat melepaskan pelanggan mereka melalui pintu belakang sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.
Sementara itu, hasil tinjauan Sinar Harian di salah sebuah premis mendapati, pengusaha mewujudkan sebuah bilik VIP untuk kaki judi mempertaruhkan wang dengan lebih selesa namun perlu bertaruh sekurang-kurangnya RM300 bagi memulakan permainan.
Difahamkan, pengusaha menawarkan kononnya pelanggan boleh memenangi wang pertaruhan sehingga RM150,000 sedangkan hasil temubual dengan penjaga premis memberitahu paling tinggi wang pernah dimenangi pelanggan mereka hanyalah RM500.
KUALA TERENGGANU - Empat sekawan termasuk dua warga emas dihadapkan ke
Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan bermain judi
jerami setelah hampir lima tahun berjaya menyembunyikan diri selepas
melakukan kesalahan berkenaan.
Jusoh Hassan, 71; Mansor Musa, 66; Harun Ismail, 58; dan Mohd Yassin Salleh, 52, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM800 atau sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas mereka mengaku bersalah bermain judi jerami dengan mempertaruhkan sejumlah wang di belakang Pejabat Kilang Papan Chendana Sdn Bhd, kawasan perusahaan Gong Pak Damat, di sini.
Mereka melakukan perbuatan itu pada 19 Oktober 2008, kira-kira jam 1.35 pagi dan dengan itu didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala semua mereka diwakili peguam bela, Mohd Hayatuddin Mohamad.
Serbuan dibuat pada jam 11 malam kelmarin, selepas polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor melakukan risikan di semua premis terbabit yang dikenal pasti menawarkan perkhidmatan perjudian atas talian.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (risikan/operasi), Asisten Komisioner Rooslan Radzi berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan enam penjaga masing-masing terdiri daripada lima warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Menurutnya, lima penjaga warga asing adalah tiga wanita Indonesia, seorang wanita Thailand dan seorang lelaki warga Indonesia.
"Kita juga tahan empat lelaki asing berusia antara 30 hingga 60 tahun yang sedang leka bermain judi ketika diserbu.
"Kesemua mereka terdiri daripada dua warga Bangladesh, seorang warga Indonesia dan seorang warga Nepal," katanya.
Rooslan berkata, pihaknya merampas 108 set komputer termasuk lima induk (komputer utama) yang disediakan bagi kemudahan pelanggan untuk melayari dan bermain judi secara atas talian.
"Kesemua premis terbabit menawarkan perkhidmatan judi siber dan turut dirampas wang tunai RM560," katanya.
Beliau berkata, semakan menunjukkan lima premis terbabit juga beroperasi tanpa lesen dan semua suspek warga asing yang ditahan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Menurutnya, semua set komputer dirampas termasuk suspek ditahan, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.
Berjudi online waktu tarawih
Apabila ditanya, rata-rata mereka memberi alasan bosan duduk di rumah dan lebih sanggup ke pusat siber berkenaan daripada mengerjakan solat sunat tarawih bersama umat Islam lain di surau berdekatan.
Aktiviti mereka itu berjaya dihidu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebelum premis itu diserbu, lewat malam kelmarin.
Ketika diserbu lebih 20 pengunjung berada dalam premis dan sebahagian daripadanya asyik bermain judi secara online.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, premis itu mempunyai lesen tetapi sudah tamat tempoh hujung tahun lalu.
Menurutnya, pengusaha didapati menampal tarikh lesen yang sudah tamat tempoh dengan pembalut luka bagi mengelakkan ia diketahui orang ramai tetapi menggantungnya di depan premis seolah-olah mereka menjalankan
perniagaan dengan kebenaran majlis.
Pengusaha katanya, gagal memperbaharui lesen itu pada tahun ini dan didapati menawarkan aktiviti perjudian online kepada pengunjung.
“Sebanyak 39 unit komputer dirampas di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.
Daripada jumlah itu katanya 14 didapati mempunyai perisian perjudian online.
Premis dikenakan tindakan penutupan dan pengusaha berdepan tindakan kompaun RM1,000.
Rahsia bilik judi internet
Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menjalankan serbuan ke atas dua pusat snuker serta empat pusat siber yang didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjalankan operasi judi siber.
Menurut Shahrin, menerusi serbuan itu, satu daripada pusat siber berkenaan didapati mempunyai lesen perniagaan yang sah namun didapati melakukan kesalahan lain di bawah undang-undang MBSA.
“Satu daripada pusat siber itu didapati membenarkan kanak-kanak bawah umur untuk masuk dan kita telah mengambil tindakan terhadap pemilik menerusi serbuan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Shahrin berkata, operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa MBSA, Noorizal Abd Rahman tersebut berjaya merampas 95 set komputer secara keseluruhan yang dipercayai digunakan dalam perjudian internet.
“Ada di antara pusat snuker yang menjalankan kegiatan perjudian internet di sini,” katanya.
Menurutnya, terdapat juga pusat hiburan yang didapati menyediakan laluan khas bagi menuju ke bilik yang disediakan di belakang tempat menyimpan kayu snuker bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Dalam operasi itu, pihak penguat kuasa turut mengambil masa kira-kira 10 minit bagi bagi memecahkan pintu bilik khas berkenaan.
“Hasil serbuan kita dapati terdapat banyak set komputer disediakan khas buat pelanggan di pusat snuker itu,” katanya.
Menurut Shahrin, pihaknya menggunakan kekuatan 16 anggota dan mendapat bantuan lima anggota polis bagi menjalankan serbuan terbabit.
Kasino mini diserbu
Serbuan itu dilakukan anggota dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Daerah Kulim, yang diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum serbuan pasukan terbabit ternampak beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan di kaki lima premis rumah kedai ketika menjalankan rondaan cegah jenayah bagi Ops Ramadan di kawasan taman berkenaan.
Menurutnya, semua suspek diarahkan berada di tempat masing namun, mereka bertindak agresif dengan melarikan diri ke premis berhampiran.
“Polis kemudian membuka pintu premis terbabit dan mendapati terdapat dua meja judi dijalankan, termasuk judi belangkas dan perjudian menggunakan kad permainan.
“Polis yang berada di pintu hadapan premis cuba menahan semua suspek di dalam premis, namun dirempuh mereka yang cuba melarikan diri. Bagaimanapun lima dari suspek berjaya ditahan,” katanya.
Difahamkan, premis perjudian itu mengenakan wang pertaruhan yang tinggi, selain menarik minat ramai pemain yang terdiri dari kalangan penduduk tempatan dan dari daerah lain.
JPPJ turut merampas alat perjudian serta semua barangan digunakan dalam premis itu termasuk dua meja judi serta wang pertaruhan.
Selain ahli perniagaan, mangsa yang pernah membuat laporan polis akibat disamun hampir RM200,000 di Karangan juga dilihat berada di premis perjudian terbabit.
Ghuzlan tidak menafikan kegiatan seumpama itu antara punca berlakunya kejadian samun dan peningkatan jenayah di Padang Serai.
“Saya mengarahkan JPPJ untuk meneruskan usaha membanteras aktiviti perjudian haram di seluruh Kulim. Dengan cara ini, kejadian samunserta peningkatan indeks jenayah dapat dikurangkan.
“Saya berterima kasih kepada semua anggota terlibat kerana memberikan komitmen ketika menjalankan tugas,” katanya.
Pekerja asing jaga premis judi
Bagaimanapun, kedegilan pengusaha itu sukar dipadam apabila mereka dikesan mula menggaji pekerja warga asing untuk menjaga dan menguruskan premis perjudian haram masing-masing.
Hasil serbuan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke tujuh premis di sini malam kelmarin, empat warga asing termasuk seorang wanita yang bekerja sebagai penjaga premis ditahan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisoner Mohd Jasmani Yusof berkata, hasil operasi bermula kira-kira jam 8 malam sekitar Jalan Wong Ah Jang, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Tun Ismail di sini, 36 individu termasuk 10 penjaga premis ditahan.
Menurutnya, operasi itu juga berjaya merampas 177 set komputer dan 11 modem yang digunakan bagi tujuan tersebut.
“Polis juga turut merampas wang tunai dipercayai yang hasil pertaruhan pelanggan berjumlah RM2.351,” katanya di sini semalam.
Mohd Jasmani berkata, pegawai dan anggota terlibat menyerbu secara serentak premis dikenal pasti di tiga kawasan terlibat bagi mengelak maklumat bocor.
“Dalam operasi itu sepasukan anggota menyerbu tiga buah premis sekitar Jalan Wong Ah Jang dalam tempoh 20 minit dan berjaya menahan 20 individu termasuk dua wanita,” katanya.
Menurutnya, operasi di sebuah premis di Jalan Haji Ahmad kira-kira jam 8.30 malam berjaya empat individu termasuk dua penjaga manakala 12 lagi di dua premis sekitar Jalan Tun Ismail.
“Selain warga tempatan, kegiatan itu mula diminati warga asing apabila ada di antara mereka ditahan dalam operasi tersebut.
“Keputusan pengusaha premis meletakkan pekerja warga asing berkemungkinan satu cuba mereka menarik golongan itu untuk bermain judi di premis tersebut,” katanya.
Katanya, polis akan terus menggempur premis yang masih berdegil bagi membendung kegiatan itu.
Jurujual gian berjudi
Dia antara tiga pengunjung yang dicekup anggota Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ketika leka bertaruh wang menerusi perjudian atas talian di sebuah pusat siber tidak berlesen di USJ 1, di sini malam kelmarin.
Katanya, meski hanya pernah memenangi sekali pertaruhan sebanyak RM200, berjudi kini menjadi sebahagian rutin hidupnya dan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 sehari.
Lelaki berasal dari Kelantan itu memberitahu gajinya sebulan hanya RM1,800 namun sebahagian besar dihabiskan berjudi kerana seronok mengisi masa lapangnya.
“Sejak tiga bulan lalu baru sekali pernah menang tetapi kerana seronok, duit habis rugi pun tidak rasa sangat. Memang saya ketagih mengunjungi premis ini kerana sudah jadi hobi di waktu lapang,” katanya.
Sementara itu, dalam operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 17 anggota, tiga premis pusat siber diserbu masing-masing di Jalan USJ1/1C dan Jalan USJ1/1B.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, sebanyak 79 unit komputer lengkap perisian perjudian atas talian dirampas di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ.
Menurutnya, salah sebuah premis yang menawarkan aktiviti snuker turut dikenakan tindakan rampasan peralatan permainan itu dan berdepan denda maksimum RM5,000.
“Dua pusat siber dikenakan tindakan rampasan peralatan komputer manakala sebuah lagi didapati melakukan dua perniagaan haram dalam satu premis,” katanya.
Mohd Rasip berkata, penjaga premis kedua yang diserbu sempat melepaskan pelanggan mereka melalui pintu belakang sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.
Sementara itu, hasil tinjauan Sinar Harian di salah sebuah premis mendapati, pengusaha mewujudkan sebuah bilik VIP untuk kaki judi mempertaruhkan wang dengan lebih selesa namun perlu bertaruh sekurang-kurangnya RM300 bagi memulakan permainan.
Difahamkan, pengusaha menawarkan kononnya pelanggan boleh memenangi wang pertaruhan sehingga RM150,000 sedangkan hasil temubual dengan penjaga premis memberitahu paling tinggi wang pernah dimenangi pelanggan mereka hanyalah RM500.
4 sekawan didakwa berjudi
Jusoh Hassan, 71; Mansor Musa, 66; Harun Ismail, 58; dan Mohd Yassin Salleh, 52, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM800 atau sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas mereka mengaku bersalah bermain judi jerami dengan mempertaruhkan sejumlah wang di belakang Pejabat Kilang Papan Chendana Sdn Bhd, kawasan perusahaan Gong Pak Damat, di sini.
Mereka melakukan perbuatan itu pada 19 Oktober 2008, kira-kira jam 1.35 pagi dan dengan itu didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala semua mereka diwakili peguam bela, Mohd Hayatuddin Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan