Posted on Tuesday, July 16 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: rozmal
"Ahad 14 Julai 2013 selepas Maghrib di Astro Oasis saya sempat menonton sekejap rancangan siaran “Salam Muslim”. Amat tersentuh dan tertarik pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Ustaz Mohd Fadli Yusof di pedalaman Sabah. Seolah-olah apa yang berlaku dalam awal dakwah Islam di zaman Rasulullah, para sahabat dan tabiin kembali menjelma. Seorang pendakwah yang sanggup merentas hutan belantara, mengajar di bawah lampu pelita di malam yang gelap.
Kemudian dapat menggerakkan orang kampung yang ramai antara mereka baru memeluk Islam mendirikan masjid dari tulang empat kerat mereka sendiri. Menebang pokok di hutan, dijadikan tiang dan papan. Mengusung kayu dan papan untuk dibuat masjid menyeberang jambatan titi gantung, termasuk yang perempuan memikul kayu atas bahu. Tidak dapat dibayangkan ianya benar-benar berlaku sekarang di Malaysia.
Kalaulah semua pendakwah, semua pejuang agama dan bangsa di Malaysia ini tidak duduk di kerusi empuk, pejabat yang berhawa dingin, kereta yang berjenama, sebaliknya turun ke padang jumpa dengan rakyat, menunjukkan akhlak yang baik, berdakwah dari hati ke hati, pasti ramai rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan terpikat dengan keindahan Islam.
Apalah selama ini rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak terpikat dengan Islam kerana menyaksikan gelagat umat Islam di Malaysia ini terutamanya orang Melayu yang berlumba-lumba mengumpul harta, membina rumah, berpoya-poya dan sebagainya?
ika ramai antara kita, termasuk saya sendiri dapat mencontohi Ustaz Mohd Fadli Yusof sudah pasti ramai bukan Islam di Malaysia ini terpikat dengan keindahan Islam dengan kerendahan hati dan kemurahan hati umat Islam itu sendiri.
Laman web berkaitan usaha-usaha Ustaz Mohd Fadli Yusof di http://syahadah.dakwah.org antaranya mendirikan Masjid As-Syahadah, Kampung Padang, Sepulut, Sabah.
Facebook beliau di www.facebook.com/mfadli11
"
Dr Asri bantai siapa pulak ni..
Posted on Tuesday, July 16 @ 10:48:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"
..agama selalu menjadi mangsa mereka yang mencari harta dengan menjual nama Allah dan RasulNYA..kejahilan orang awam membantu ‘kesalahan’ mereka..
Tulis Dr Asri Zainul Abidin di akaun FB beliau;
Siapa makan cili tentu dia terasa pedas. Bukan lagi secara samar-samar gambar yang ditunjukkan tetapi jelas, siapa yang Dr Asri maksudkan, tok-tok lebai kena fikirkan.
Betul apa yang diperkatakan Dr Asri. Kini berlambak yang menggunakan Al Quran, menjual nama Allah untuk mencari harta. Air dengan 30 juzuklah, air pinggan putihlah, air terapi – lihatlah senarai carian Google di atas.
Kalau membaca keterangan air terapi, gambar yang ditunjukkan Dr Asri, air terapi yang dicampur “sarang anai-anai ( yang sudah makan 22 juzuk Al Quran), seronok kan?? Kenapa tak biarkan anai-anai makan sehingga 30 juzuk Al Quran, lagi berkat!! Juga takan biarkan anai-anai makan Al Quran untuk dibuat ubat. Seterusnya berapa banyak Al Quran yang terpaksa dibiarkan dimakan anai-anai untuk mengilangkan air tersebut?
Fikir-fikirkanlah, jangan jadi “..kejahilan orang awam membantu ‘kesalahan’ mereka..” seperti yang dimaksudkan Dr Asri. - eResipi.com"
Prestasi Setahun Pemerintahan Mursi yang Tak diketahui Orang Ramai
Posted on Tuesday, July 16 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: kamal_hasan
"Presenter terkenal Aljazeera Ahmad Manshur menulis tentang prestasi Mursi yang tidak diketahui masyarakat umum setahun pemerintahannya.
Mursi telah mengeluarkan Mesir dari pergantungan ekonomi pada Amerika dengan kejayaannya dalam program sara diri gandum sampai 70% selepas menghasilkan gandum dengan kualiti baik dan harga yang murah.
Mursi telah mencetuskan projek besar di Terusan Suez untuk memperbaiki kapal-kapal yang masuk Mesir. Hal ini boleh meningkatkan pendapatan Mesir selama sepuluh tahun ke depan dari 3 Milion USD menjadi100 Milion USD pertahun. Hal ini membuat Tel Aviv (Israel) dan Dubai marah.
Mursi membuka zon industri, pertama di bawah naungan Qatar dan zon industri kedua di bawah naunganTurki
Mursi membuka cawangan syarikat Samsung untuk pengeluaran-bukan pemasaran-yang memberikan jaminan lapangan pekerjaan yang selamat untuk rakyat Mesir.
Mursi mengawasi syarikat ipad Mesir dengan keahlian, industri dan spesifikasi Mesir.
Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sampai ke kerusi pemerintahan pada masa Mesir telah mempunyai hutang dalam dan luar negera hingga 1.300.000.000.000 Le (satu trilion, tiga ratus bilion pound) yang tidak ada hubungan sama sekali dengan pemerintahan Mursi.
Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sebelum ia menjabat telah terjadi penyeludupan kekayaan Mesir? Sebahagiannya dicuri dalam jangka antara pemilihan presiden dan sebelum ia benar-benar dilantik menjadi presiden Mesir?
Bagaiamana Mursi boleh memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh kaum liberal selama 60 tahun?
Apa yang kalian inginkan dari Mursi yang telah memberikan kebebasan pada bangsa Mesir pada masa pemerintahannya yang kalian tidak mendapatkan kebebasan itu pada masa pemerintahan liberal yang melakukan kerosakan berjamaah .. Penjara-penjara telah kosong yang sebelumnya diisi oleh tahanan hati nurani, penyiksaan dan kezaliman!
Lalu siapa yang memimpin kempen pemberontakan atasnya?
Siapa yang memimpin gerakan Tamarrud?
El Baradei, yang datang atas nama Amerika ke Iraq lalu menghancurkan Iraq hingga menjadi kerajaan bermazhab.
Amru Musa, Menteri Luar Negera rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad.
Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir
Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasi Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan pentas.
Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor dan korup dan wang-wang hasil jarahan atas rakyat miskin.
Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-campnya.
Washington, yang menghentikan aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi memerintah. menteri luar AS mengatakan bahawa demonstrasi yang meluas jika berhenti Mursi mengembalikan peranan perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi.
Iran, yang pernah dengan tegas Mursi bercakap tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi'ah.
Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme zionis dan gemar sebarkan dusta.
Apa yang terjadi di Mesir adalah usaha Tel Aviv untuk mengembalikan Kaherah ke kem-kem binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. Kerana mereka berjalan untuk membina kekuatan ekonomi secara bebas yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari campur tangan Israel.
http://silverheritage.blogspot.comEl Baradei, yang datang atas nama Amerika ke Iraq lalu menghancurkan Iraq hingga menjadi kerajaan bermazhab.
Amru Musa, Menteri Luar Negera rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad.
Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir
Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasi Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan pentas.
Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor dan korup dan wang-wang hasil jarahan atas rakyat miskin.
Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-campnya.
Washington, yang menghentikan aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi memerintah. menteri luar AS mengatakan bahawa demonstrasi yang meluas jika berhenti Mursi mengembalikan peranan perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi.
Iran, yang pernah dengan tegas Mursi bercakap tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi'ah.
Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme zionis dan gemar sebarkan dusta.
Apa yang terjadi di Mesir adalah usaha Tel Aviv untuk mengembalikan Kaherah ke kem-kem binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. Kerana mereka berjalan untuk membina kekuatan ekonomi secara bebas yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari campur tangan Israel.
Lain2 Artikel menarik
Airmata Rasulullah saw
perubahan-drastis-5-hari-mesir-tanpa morsi
Kisah Gugurnya Muallaf Britain di Perang Bosnia: Abu Dawood al Brittani
Posted on Tuesday, July 16 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: hijabulcrewz
"
Dawood, begitulah lelaki tersebut menukar namanya setelah memeluk Islam. Beliau adalah mualaf yang gugur di medan jihad pada usianya yang sangat muda, 29 tahun. Namanya begitu popular selepas memutuskan diri untuk membela kaum Muslim dalam pertempuran melawan Pasukan Croatia di Bosnia pada 1993.
Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian. Sejak kecil,dia didik dengan ajaran Kristian hingga menginjak dewasa. Setelah tamat pengajian di universiti, dia bekerja pada salah satu syarikat Komputer.
Hingga suatu pagi, Dawood memeranjatkan semua orang di pejabatnya. Tiba-tiba saja, pagi itu dia muncul dengan cara berpakaian berbeza dari biasa. dia berpakaian seperti seorang Muslim di Timur Tengah.
Ternyata, Dawood telah menjadi seorang Muslim. Pakaian yang bernuansa Muslim itu pula yang membuatnya dipecat dari pekerjaannya.
Dawood mula kebingungan. Tidak hanya keluarga, tapi rakan-rakan di tempatnya bekerja juga memulaukan nya. Kerana dia sudah menjadi seorang Muslim. Tak ada yang mahu menerimanya ketika itu, selain saudara-saudaranya dari komuniti Muslim.
Lantas dia memutuskan untuk berangkat ke Bosnia bersama dua orang rakan Muslimnya yang lain. Mereka bergabung bersama Muslim Bosnia dengan tujuan boleh hidup secara Islam dan ingin belajar ilmu-ilmu keislaman.
Empat bulan telah berlalu. Beberapa rakan senegara nya mengajaknya untuk pulang ke tanahair namun beliau menolak. Akhirnya beliau tetap menetap di Bosnia.
Beliau seorang yang sangat cepat belajar ilmu-ilmu Islam. Dawood juga dengan cepat menguasai bahasa Arab. Teman-temannya bercerita bahawa ia adalah seorang Muslim yang taat dan teguh memelihara sunah. Ia termasuk salah seorang yang disayangi oleh teman-teman dan saudara-saudaranya sesama Muslim di Bosnia.
Ia tidak melewatkan untuk solat malam, walau cuaca teramat sangat sejuk. Bahkan ia sering berdoa sepanjang malam. Ia hanya tidur sebentar dengan posisi tidur meringkuk ke kanan.
Setelah beberapa waktu kemudian, ia bergabung dengan mujahidin Bosnia dibawah pimpinan komando Abul Harith. Komandannya juga sangat menyayangi Dawood kerana kasalehannya.
Malam sebelum Dawood gugur di medan pertempuran, dia bermimpi dan sempat bercerita tentang mimpinya itu kepada rakan-rakan nya. Dalam mimpi tersebut, ia berjalan di antara dua sisi istana yang sangat besar dan megah.
Di dalam mimpi itu dia bertanya "Siapakah pemilik Istana yang megah ini?"
"Inilah milik salah seorang syuhada" begitulah jawapan dari mimpinya itu.
Dawood bertanya lagi, "Di mana istana milik Abu Ibrahim?" Abu Ibrahim adalah salah seorang teman dekat Dawood yang berbangsa Turki. Mereka dahulu bersama-sama datang dari Britain. Abu Ibrahim ditembak mati oleh PBB Perancis berhampiran Lapangan Terbang Sarajevo.
Suara dalam mimpi Dawood tersebut menjawab "Istana Abu Ibrahim ada di sana".
Dalam mimpi itu Dawood berlari menuju rumah teman dekatnya Abu Ibrahim. Dalam berlari itu ia terjatuh hingga ia bangun dari tidurnya kemudian menceritakan mimpinya.
Komandannya Abul Haristh sudah menduga bahawa Dawood mungkin akan gugur di medan pertempuran berikutnya setelah mendengar cerita mimpi Dawood. Mungkin saja ia akan segera menyusul sahabatnya Abu Ibrahim, kerana ia ceritakan dalam mimpinya bahawa ia berlari menuju Istana Abu Ibrahim.
Bagi membaca kisah selanjutnya, klik: http://hijabulcrewz.blogspot.com"
Isu Ayam: Ini Cadangan Ke Banggang? [Saksikan...]
Posted on Tuesday, July 16 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: matuse68
"
Ucapan ketua kampung berkenaan harga ayam yang tak terkawal..
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara."
Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," jelas ketua kampung lagi penuh yakin.
[Baca seterusnya...] "
Puasa atau tidak Tajuddin Rahman ni?Sakan punya tabur fitnah di Kuala Besut nih
Posted on Tuesday, July 16 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: AnakSgDerhaka
"Demi meneruskna agenda memperbodohkan rakyat, Ramadhan langsung tak dihormati oleh pemimpin UMNO ini.. dia tabur fitnah serupa saja dengan masa bukan bulan Ramahdan..
Kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada sekitar 100 orang pengundi di Kuala Besut..
~ Karpal Sing akan dilantik menjadi Presiden jika DAP berjaya menguasai Putrajaya melalui PAS.
~ DAP akan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada mereka.. yang bodohnya kenyataan dia ni bila DAP dah jadi Presiden pasal apa pulak DAP nak tuntut jawatan TPM tu?.. lantik sajalah wakil DAP jadi PM terus..
~ Beliau juga mendakwa Karpal telah berkata bahawa jika PAS mahu kekal dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh menyebut isu 'perjuangan Islam' dan mesti 'langkah mayat beliau' dahulu jika ingin menubuhkan sebuah negara Islam.
~ Jika PAS menguasai Terengganu , ia hanya akan menjadi boneka kepada DAP, yang akan mempengaruhi pemimpin Terengganu seperti DAP mempengaruhi PAS di Kelantan dan PAS di Selangor.
~ Anwar Ibrahim juga tidak menyokong tuntutan royalti, dan DAP dikatakan akan meminda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang berkaitan dengan kedudukan istimewa bumiputera.
~ Di Pulau Pinang pula dia kata Melayu telah di dilayan secara tidak adil dan cuba diusir keluar dari Pulau Pinang oleh Guan Eng dengan cara membina rumah-rumah mahal bernilai RM700, 000, RM1, 000,000 RM2, 000,000. yang diluar kemampuan pembeli Melayu..
Lagi apa fitnah dia, korang bacalah kat bawah ni..
Sila baca di SINI "
Mahu selesai masalah? Ikut petua ini.
Posted on Monday, July 15 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
"
Jika kawasan anda
ada projek terbengkalai......
Jika kampung anda
ada masalah jalan dan longkang......
Jika rumah anda
hampir nak runtuh dan roboh........
Jika perumahan anda
api dan elektrik jadi masalah........
Jika mahu ternakan
kambing,ayam,itik,lembu........
Jika segalanya musibah dan kekurangan........
Jom, kita pakat-pakat doa
agar YB-YB Dacing dan Keris Telanjang cepat-cepat
menjadi arwah dan mendiang....
agar segala yang terbengkalai,kekurangan dapat diatasi
secepat kilat......sepantas Formula One
Apa lagi tunggu....doa lah cepat !
Mahu selesai masalah? Ikut petua ini.
Gejala anak gadis hilang, bilakah ianya akan berakhir
Posted on Monday, July 15 @ 23:22:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: rozmal
"Apakah peranan kita dan pihak berwajib untuk menangani isu ini? 2 orang hilang setiap hari, di mana kebanyakannya ialah anak gadis serta wanita. Apakah ini bukan satu masalah besar di negara ini, sanggupkah kita melihat anak gadis bangsa kita diperdaya atau diperdagangkan?
Purata Dua Orang Dilaporkan Hilang Setiap Hari
Bilangan kes melibatkan orang hilang semakin meningkat ke tahap yang membimbangkan, dengan purata seramai dua orang dilaporkan hilang setiap hari di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dari 2008 dan tahun lepas, sejumlah 7,662 orang dilaporkan hilang di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, amat mengejutkan apabila seramai 3,226 orang yang hilang adalah remaja berusia antara 14 dan 17 tahun.
Mohd Bakri mendedahkan daripada 3,226 kes itu, seramai 1,742 remaja sudah pulang manakala 1,484 lagi diklasifikasikan sebagai hilang.
"
Gambar-gambar Dari Pameran Di Madinah - Pameran Mengenai Nabi Muhammad SAW
Posted on Monday, July 15 @ 23:02:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: al-bahanj
"Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung. Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. SubhanaALLAH!
‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.
Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013:
Model gambaran rumah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam
Gambaran pemandangan sekitar Madinah pada hayat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam
Model rupabentuk asal Masjid Nabawi
Model rupabentuk asal Masjid Nabawi dari sudut lain.
Model rupabentuk asal tiang-tiang utama Masjid Nabawi
Di sebelah Masjid Nabawi ialah rumah `A’ishah (isteri Nabi), Fatimah (puteri Nabi) dan lain-lain isteri-isteri Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam – radhiAllahu `anhunna.
Gambaran lokasi rumah `A’ishah dan Fatimah radhiAllahu `anhuma.
Model rupabentuk asal mimbar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang mempunyai 3 anak tangga.
*Lagi sebahagian bahan pameran yang sempat dirakam: [KLIK SINI!]
Sungguh! Pameran sebegini sangat bermanfaat bagi mencetus rasa rindu dan cinta kita kepada insan agung ikutan manusia, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Mudah-mudahan pameran sebegini dapat singgah ke negara kita suatu hari nanti, in shaa’ ALLAH.
Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala aali Muhammad.
- muzir.wordpress.com
*Sumber: http://muzir.wordpress.com"
Keajaiban Jasad Firaun
Bagaimana jasad Firaun masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Mengapa jasad Firaun yang diawet itu masih lagi tetap utuh walaupun telah beribu tahun diawet?
Kita tidak akan menemui jawapannya dari mana-mana saintis dan dari mana-mana kitab melainkan cuma di dalam al Quran.
Jawapan untuk soalan di atas ada disebutkan di dalam ayat 92 surah Yunus.
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
Dari ayat ini tahulah kita bahawa Allah lah yang memelihara jasad Firaun laknatullahi ‘alaih sebagai bukti Kekuasaan Allah SWT dalam menghapuskan makhluk ciptaanNya yang melampaui batas dan lupa akan asal usulnya.Allah akan kekalkan jasad Firaun ini sehingga kiamat untuk diambil iktibar oleh hamba-hambaNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan