Jumaat, 26 Julai 2013

TURUNNYA DIPERINGATI...DAN SETENGAH NEGERI CUTI UMUM...DIWAR2KAN...MALANGNYA HUKUMNYA DINAFI DAN TAK DILAKSANAKAN

Kalau macam ni layakkah Datuk Johani Hassan jadi Pengarah JHEAINS?
Posted on Friday, July 26 @ 15:10:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"

JHEAINS didakwa tidak proaktif
26 Julai 2013 , Seremban: Pihak Harian Metro semalam menerima panggilan bertalu-talu pembaca setia akhbar ini yang kecewa tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang disifatkan tidak proaktif apabila meminta mualaf dikenali Rokiah, 36, hadir sendiri untuk memohon bantuan ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).


Seorang kakitangan awam dikenali Iskandar Shah, 50, yang menghubungi, menyifatkan JHEAINS seolah-olah lepas tangan apabila menyuruh mualaf tidak memiliki pengetahuan agama mendapatkan bantuan.

Katanya, berdasarkan bacaannya di akhbar ini, Rokiah memiliki masalah pengangkutan serta kewangan, malah tidak tahu kaedah mendapatkan bantuan serta bimbingan agama.

“Sepatutnya mereka jabatan agama turun ke padang membantu saudara baru, bukan menyuruh golongan itu sendiri datang kepada mereka,” katanya kesal.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Datuk Johani Hassan bertegas supaya mualaf itu datang sendiri ke pejabat MAINS.

“Isu tiada pengangkutan bukan masalah kami (JHEAINS).Pada bulan Ramadan ini apa kata kalau awak (wartawan) yang bawa dia. Kalau tiada duit suruh pengadu datang naik teksi dan tambangnya minta jabatan agama bayarkan,” katanya.

 


Hilang 4 jari kerana tidak taat doktor?
Posted on Friday, July 26 @ 15:09:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: hishamahmad

"
Satu kisah benar dalam majalah Reader Digest, catatan peribadi Dr. Micheal J. Collins, seorang Doktor Pakar Bedah (Orthopaedic). 

Ketika bertugas di Mayo Clinic di Minessota  antara tahun 1979 – 1983 seorang pesakit, Jason Withers (36 tahun) bekerja sebagai tukang kayu telah terpotong kesemua 4 jari pada tangan kanannya dengan gergaji circular. “Awak mesti tolong saya, Dr.” pesakit untuk merayu kepda doktor itu di bilik ER. 


 “Saya perlu untuk mampu bekerja” Pesakit itu mempunyai isteri dan beberapa orang anak. Dia perlukan jarinya untuk bekerja “Bolehkah Dr. cantumkan semula jari saya,” katanya dengan mata bergenang air mata.  Kes ini didapati berpotensi untuk pembedahan.   Bagaimana Jason didapati seorang perokok pada kadar  lebih satu kotak satu hari.  Doktor mengatakan dia mesti berhenti merokok serta merta.  Bukan sahaja merokok itu memburukkan kesihatan tetapi ia menyebabkan sekatan pada aliran salur darah.
“Diandaikan pembedahan berjaya, kesemua jari dapat dicantum dan darah dapat mengalir kepadanya , semua akan menjadi sia-sia jika awak merokok walau sebatang.  Salur darah akan tersekat  dan jari- jari itu akan mati,” kata Dr. Micheal kepada Jason. Jason mengeluar kotak rokok daripada poketnya dan mencampakkan ke lantai dan berkata. “Dr. jika awak semua dapat cantumkan semua semua jari saya, saya tidak akn merokok lagi!” 
Pembedahan kemudian dilakukan. Hari keempat , tanda kejayaan mulai kelihatan. Jari-jari yang asalnya gelap dan seperti ‘mengarat’ kini berwarna sedikit merah jambu dan lebih sihat. Pada hari ke 10, Jason dibenarkan peluang. Hari esok lepas Jason pulang, Dr. Micheal menerima panggilan cemas daripada isteri Jason yang berkata “Jari-jarinya kelihatan teruk. Kena periksa segera, Doktor”
Setelah memeriksa kesemua jari itu, Dr. Micheal menarik lafaz dan berkata perlahan, “Maafkan saya, Jason atas apa yang berlaku” Jason hanya diam menunduk bisu hanya merenung lantai menyebab  terlintas difikiran Dr. Micheal bahawa Jason telah melakukan suatu yang bodoh, lalu dengan perlahan Doktor bertanya; “Jason, awak tidak merokok, kan?” Jason mendiamkan diri, tapi jawapan adalah jelas. Dia telah merokok. Doktor merasa kecewa dan marah, mengapalah bodoh sangat Jason, merosakkan dirinya sendiri. Segala yang buat untuk Jason hanya membuang masa.  “Oh, Jason, apalah yang telah kau lakukan pada diri kau sendiri.”  Pembedahan semula terpaksa dilakukan beberapa kali dalam beberapa hari hanya sekadar untuk membersihkan dari kesan kerosakan yang berlaku. Kesemua 4 jari itu tidak dapat diselamatkan. Jason meminta maaf kepada Dr. Micheal.  “Saya menyesal dr. saya tahu kini saya cacat, tapi saya janji saya tidak akan merokok lagi walau sebatang.” Pesakit itu menyesal, tetapi  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Sakit, Doktor & Allah.  Manusia hari ini sangat ambil berat tentang sihat dan sakit. Tiada ertinya kaya tanpa sihat. Apabila sakit menyerang, manusia sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk merawatinya.  Manusia akan dapatkan perkhidmatan terbaik, doktor terbaik. Selagi mampu membayar, betapa pun tinggi kosnya sanggup dibayar. Kalau tidak mampu, akan didaya- usahakan juga supaya mampu. Lebih serius dan kritikal sakitnya, manusia akan lebih mentaati segala nasihat doktor.  Bahkan kerana dikatakan untuk tujuan menyelamat nyawa maka kaki harus dibuang, manusia percaya pada doktor dan ikut nasihat doktor lalu rela kaki dipotong supaya dirinya masih bernyawa. Daripada mati seluruh tubuh badan, tidak mengapa kaki dikorbankan, masih ada ruang lagi untuk menikmati dunia.
Begitulah tinggi keyakinan kepada doktor! Begitulah juga tinggi keinginan untuk terus selamat dan hidup!
Bagaimana pula dengan ketaatan kepada Allah swt? Allah yang menjadikan kita dan doktor yang kita taat itu. Ketaatan kepada Allah bukan sahaja bagi kebaikan dunia tetapi kebahgiaan akhirat. Dalam keadaan manusia begitu mentaati doktor untuk sedikit nikmat dunia, bagaimana pula darjah ketaatan manusia kepada Pencipta manusia dan doktor itu? Sedangkan ketaatan kepada Allah, nikmat dunia dan akhirat.  Fikirkan lah.
 Kesan ketidaktaatan
 Kegagalan pesakit tadi (Jason) itu mentaati arahan doktor pakar itu telah menyebabkan kesan kerugian dan kesan buruk kepada dirinya sendiri tetapi tidak menjejaskan doktor itu. Diri pesakit itu sendiri yang menderita. Doktor tidak rugi apa-apa. Doktor itu tidak terjejaspun, reputasinya kekal ternama.  
Begitu juga,  malah bahkan,  jika kita tidak taat kepada Allah swt atau kita ingkar kepada perintahnya, kita buat maksiat dan sebagainya, ia tidak sedikitpun dan tidak samasekali menjejaskan keagungan dan kebesaran Allah swt.  Allah swt kekal dan tetap sentiasa maha agung  maha besar dengan kemuliaan nama-nama dan kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
Tetapi ketahuilah kejahatan, kemaksiatan dan keingkaran yang kita lakukan terhadap Allah swt, adalah kita lakukan tidak bagi sesiapun melainkan bagi keburukan dan kerugian diri kita sendiri. Dunia dan akhirat.
Begitulah juga kalau kita taat kepada Allah swt. ia tidak menambahkan sedikitpun keagungan dan kebesaran Allah swt. Kerana Allah swt. adalah sentiasa dan adalah sedia maha agung, maha besar dengan kemuliaan nama-nama dan kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
Justeru , ketaatan kita kepada Allah adalah sebenarnya bagi kebaikan dan keuntungan diri kita sendiri!
Dalil :- Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya”  (2:82)
Justeru , betulkan fikiran, perspektif dan prinsip kita. Motivasi diri sendiri. Ingatlah, setiap dosa itu tidak berbaloi.
Justeru pastikan kita berjaya menjadikan bulan Ramadan kali ini sebagai bulan reformasi dan transformasi untuk mendapat 2 objektif utama iaitu  (1) ketakwaan  - berdasarkan al-Quran  dan (2) keampunan – berdasarkan hadith sahih.
Tambahan dalil
Bermaksud “dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya” (2:25)
Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya”  (2:82)
Bermaksud; “dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.” (4:57)
Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah Yang benar. dan siapakah Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?”. (4:122)
(tulisan ini diringkas dari artikel penuh untuk paparan Tranungkite, tentang kisah benar dalam majalah Reader Digest, catatan peribadi Dr. Micheal J. Collins, seorang Doktor Pakar Bedah (Orthopaedic) dan artikel lengkap (cinta), boleh rujuk blog. Sekiranya ada kesilapan fakta, ada komen membantu,  please ... maklumkan. )
  http://hisham-ahmad.blogspot.com/  "
 


 Kenapa Al-Quran Diturunkan?
Posted on Friday, July 26 @ 07:30:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"
Di dalam Al-Quran telah disebutkan secara jelas mengapa Al-Quran diturunkan.  Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran yang menerangkan tujuan ia diturunkan untuk kita sama-sama fahami:


 Dapatkah tujuan Al-Quran diturunkan tercapai jika membacanya tanpa memahami?

Dapatkah tujuan Al-Quran diturunkan tercapai jika membacanya tanpa memahami?

1.  Petunjuk bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari ALLAH dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah, 2:2)
2.  Petunjuk bagi seluruh manusia, penjelasan/keterangan kepada petunjuk dan juga sebagai pembeza baik dan salah.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah al-Baqarah, 2:185)
3.  Sebagai kitab yang menjelaskan mengenai perkara yang telah disembunyikan oleh Ahli-ahli Kitab.
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ۚ قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul KAMI (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari ALLAH, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
(Surah al-Ma’idah, 5:15)
4.  Membimbing keluar dari kegelapan kepada cahaya kebenaran dan jalan yang lurus lagi benar.
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
“Dengan (Al-Quran) itu ALLAH menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNYA, dan (dengannya) TUHAN keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNYA; dan (dengannya juga) TUHAN menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
(Surah al-Ma’idah, 5:16)
5.  Sebagai iktibar, mengesahkan kandungan kitab terdahulu, sebagai keterangan akan kandungan kitab terdahulu dan sebagai petunjuk dan rahmat.
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.”
(Surah Yusuf, 12:111)
Semoga dengan mengetahui kenapa Al-Quran diturunkan menjadikan kita mukmin yang lebih memahami serta objektif terhadap tujuan Al-Quran yang mulia.  Tiada cara lain untuk mencapai maksud tujuan Al-Quran diturunkan melainkan dengan mendampinginya, mentadabburinya dengan cara memahami maksud ayat-ayat Al-Quran.
Bacalah dan fahamilah maknanya.  Susulilah ia dengan penghayatan dan pengamalan.  In shaa’ ALLAH, dengan itu tujuan Al-Quran ke atas diri kita secara individu dan masyarakat keseluruhannya akan tercapai.
————————————
Bacalah juga:

*Sumber:  http://muzir.wordpress.com/2013/07/26/kenapa-al-quran-diturunkan/


 GEMPAR!!! Gambar Penemuan Bangkai Buaya Gergasi Di Kuala Selangor
Posted on Thursday, July 25 @ 23:23:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. IniKalilah PETANG tadi IniKalilah di gemparkan dengan penemuan seekor bangkai buaya di Kampung, Bukit Belimbing, Sungai Batang Berjuntai Kuala Selangor...

Awas kepada kaki-kaki pancing udang di kawasan tersebut...



Buaya gergasi di Bukit Belimbing, Kuala Selangor... sedang dinaikkan petang tadi.

Info terkini layari IniKalilah..."

 Mesir, Morsi dan Mahdi
Posted on Thursday, July 25 @ 19:03:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: ismanusa

"
17 Ramadhan Menjadi Penentu

Mesir Ada Petunjuk

Mesir merupakan sebuah negara yang penting sejak bermulanya tamaddun manusia dari dulu lagi. Sehingga kini peninggalan tersebut masih lagi dikaji oleh ahli kaji purba bagi memecahkan berbagai-bagai misteri dalam binaan yang ditinggalkan oleh mereka.

Dalam al-Quran sendiri banyak sekali kisah berkenaan negeri Mesir di ceritakan bagi diambil pengajaran oleh umat akhir zaman. Antara Nabi yang banyak diceritakan dalam al-Quran ialah berkenaan Nabi Musa a.s yang diutuskan dibumi Mesir dimana nama Nabi Musa a.s diulang sebanyak 136 kali dalam al-Quran.

"Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran. " (20:128)

Begitu juga pada hari ini Mesir juga berada dalam kedudukan penting dalam dunia Islam. Di khabarkan setelah penjajah Portugis menjajah Melaka, penglima perang Portugis ketika itu, Alfonso de Albuquerque menyatakan cita-cita sebenar mereka untuk menakluk dua kota paling penting umat Islam, samada Mekah atau Mesir.

Musuh-musuh Islam sekarang ini berada dalam keadaan cemas apabila gerakan Islam telah bangkit di Mesir dan Turki. Mereka telah nampak apabila gandingan dua serangkai ini bersatu demi Islam, kekuatan ini akan berupaya menyatukan umat Islam seluruh dunia dan pasti menggugat Israel.

Apabila jatuhnya rejim Mubarak yang selama ini menindas pejuang Islam yang ingin mendaulatkan Islam, rakyat Mesir telah memilih Muhamed Morsi dari Ikhwan sebagai presiden. Morsi ingin membawa Mesir kembali kepada Islam walaupun menghadapi berbagai-bagai halangan dari luar dan dalam termasuk dari Arab sendiri seperti Saudi.

US telah merasakan ia bakal memberi ancaman kepada negara Yahudi Israel telah berkerjasama dengan Saudi bagi menjatuhkan Morsi. Saudi sejak penubuhannya merupakan pengikut setia US telah memberikan dana berbilion dolar kepada general tentera yang berpengaruh untuk menggulingkan Morsi.

Kejatuhan Mubarak

Apakah peristiwa kejatuhan Mubarak kemudian di ganti oleh Mohamed Morsi dan kemudiaanya di gulingkan oleh tentera yang setia dengan Mubarak merupakan petanda dekatnya muncul Imam Mahdi? Banyak [1] hadis-hadis yang menceritakan keadaan yang akan berlaku di Mesir seperti diberitahu oleh Rasulullah s.a.w hingga membawa tercetusnya perang diakhir zaman dan hingga membawa keluarnya Imam Mahdi.

حديث مرفوع) حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ هَارُونَ ، ثَنَا كَامِلُ بْنُ طَلْحَةَ ، ثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ كَعْبِ بْنِ عَلْقَمَةَ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا النَّجْمِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، يَقُولُ : إِنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : " إِنَّهُ سَيَكُونُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي أُمَيَّةَ بِمِصْرَ يَلِي سُلْطَانًا ، ثُمَّ يَغْلِبُ عَلَى سُلْطَانِهِ ، أَوْ يَنْزِعُ مِنْهُ ، ثُمَّ يَفِرُّ إِلَى الرُّومِ ، فَيَأْتِي الرُّومُ إِلَى أَهْلِ الإِسْلامِ ، فَتِلْكَ أَوَّلُ الْمَلاحِمِ " ، لا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، إلا بِهَذَا الإِسْنَادِ ، تَفَرَّدَ بِهِ : ابْنُ لَهِيعَةَ

>Dalam satu hadis marfu' diriwayatkan dari Abu Zar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkata:

"Sesungguhnya akan ada seorang lelaki dari bani Umayya di Mesir yang mengambil alih sultan memerintah, kemudian dia dijatuhkan pemerintahannya atau kekuasaannya. Kemudian dia melarikan diri kepada Rom. Kemudiannya dia membawa orang-orang Rom menghadapi penduduk Islam. Maka itulah bermulanya peperangan (dengan Rom)".

Hadis ini dibawa oleh Imam Ahmad Al-Tarabani no. 8336 dalam kitab Al-Mu'jam Al-Awsat.[2]

Terdapat maksud yang hampir sama diriwayatkan dari Nuaim bin Hammad[3] dalam Kitab al-Fitan;

(حديث مرفوع) ثنا الْوَلِيدُ ، ثنا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ كَعْبِ بْنِ عَلْقَمَةَ ، حَدَّثَنِي حَسَّانُ بْنُ كُرَيْبٍ ، سَمِعْتُ أَبَا النَّجْمِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُأَبَا ذَرٍّ ، يَقُولُ : إِنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " سَيَكُونُ بِمِصْرَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي أُمَيَّةَ أَخْنَسُ يَلِي سُلْطَانًا ، ثُمَّ غُلِبَ عَلَيْهِ أَوْ يَنْزِعُ مِنْهُ ، فَيَفِرُّ إِلَى الرُّومِ ، فَيَأْتِي بِهِمْ إِلَى الإِسْكَنْدَرِيَّةِ ، فَيُقَاتِلُ أَهْلَ الإِسْلامِ بِهَا ، فَذَلِكَ أَوَّلُ الْمَلاحِمِ " .

Dalam satu hadis marfu' diriwayatkan dari Abu Zar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkata: "Sesungguhnya akan ada di Mesir seorang lelaki dari bani Umayya berhidung pesek yang mengambil alih sultan memerintah, kemudian dia dijatuhkan pemerintahannya atau kekuasaannya. Maka dia melarikan diri kepada Rom. Kemudiannya dia membawanya bersama (orang-orang Rom) memasuki Iskandariah (Alexanderia), maka berlakulah pertempuran dengan penduduk Islam disitu. Maka itulah bermulanya peperangan (dengan Rom)".

Kita faham bahawa hadis ini adalah dhaif tetapi apa yang ingin ditekankan disini adalah maksud kalimah (أخنس) iaitu bentuk hidung yang besar dan pesek seperti negro. Kalau dibandingkan dengan presiden Mesir yang lepas, sifat tersebut lebih menghampiri bekas presiden Muhamed Husni Mubarak. Tambahan pula Husni Mubarak merupakan presiden Mesir paling lama memerintah. (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Presidents_of_Egypt)

Harun Yahya dalam penulisannya berkenaan peristiwa yang berlaku di Mesir sekarang ini juga mengaitkan beberapa hadis yang dipetik dari Kitab Imam Ibnu Hajar memberikan sifat-sifat susuk badan yang lebih terperinci yang menyamai Husni Mubarak. Beliau mengaitkan peristiwa di Mesir ini sebagai tanda kemunculan al-Mahdi.[4]

Husni Mubarak

Tempoh Kejatuhannya

Tetapi riwayat ini memberikan gambaran lebih jelas lagi kenapa Husni Mubarak merupakan pemerintah Mesir yang dimaksudkan;

سمعت أبي يقول سيخرج من قريش رجل معروف النسب من الأب والأم مغضبا إلى الروم فيقبلونه وينزلونه منزل كرامة ثم يكون من يوم خروجه إلى الروم عشرين شهرا ثم يقبل بالروم إلى الأسكندرية في سفنهم فتلقاهم ريح شديدة لا يرجع منهم إلى أرض الروم إلا مخبرقال أبوه فلو أشاء أن أخبركم حيث يضع أمير الروم رايته يومئذ ينزل بين الخضراء القديم إلى المنارة مما يلي الأسكندرية

Abdullah bin Rashid berkata bahawa dia telah mendengar bapanya berkata:" Akan muncul dari keturunan Quraisy seorang lelaki yang terkenal keturunannya dari sebelah bapanya dan sebelah ibunya dengan perasaan amat marah akan melarikan diri kepada Rom. Maka mereka menerimanya mengadap dan diberikan kemuliaan kepadanya. Ia berlaku dalam tempuh dua bulan sejak dari hari dia keluar menuju ke Rom sehingga dia kembali bersama kapal Rom memasuki Iskandariah (Alexandria)..." (Nuaim bin Hammad's Kitab al-Fitan)


Kedudukan Kota Iskandariah Mesir

Cuba kita lihat kembali bilakah bermulanya Mubarak dijatuhkan dan bilakah pula Presiden Mohamed Morsi digulingkan? Mubarak dijatuhkan selepas kebangkitan rakyat pada Februari 2011[5]. Walaupun Mubarak masih berada di Mesir dalam tahanan untuk siasatan keatas jenayah dilakukannya, tetapi seluruh ahli keluarganya telah melarikan diri ke Britain[6].

Isteri Mubarak bernama Suzanne mempunyai ramai keluarga di Britain. Ini kerana ibunya Lily May Palmer berasal dari wilayah Pontyprid di Wales. Manakala anak Mubarak bernama Gamal pula bekerja di London dan merupakan orang yang penting dalam Bank of Amerika.

Dalam riwayat tersebut dinyatakan tempoh pemimpin tersebut cuba mengambil kembali kekuasaannya dengan mendapatkan bantuan dari Rom (US-Britain). Tarikh Februari 2011 hingga Julai 2013 adalah selama 17 bulan.

Keadaan huru-hara di Mesir hingga hari ini semakin parah[7]. Campur tangan US dalam menjatuhkan Morsi semakin ketara. Terdapatnya gerakan Tamarrud yang ditaja oleh sekutu US seperti Saudi dan UAE bagi mencetuskan huru-hara di Mesir bagi menunjukkan bantahan terhadap Morsi.

Masalah yang dihadapi Mesir seperti bekalan makanan, petrol dan lektrik pulih beberapa hari sahaja selepas kejatuhan Morsi. Ini menunjukkan gerakan terancang tidak mampu digerakkan dalam negara Mesir tetapi melibatkan negara kuasa besar iaitu US dan disokong oleh sekutunya iaitu Saudi, UAE dan Israel[8].

Morsi Dijatuhkan Gerakan Kristian-Coptic

Penggulingan Morsi di Mesir sekali lagi mengukir sejarah apabila presiden sementara yang dilantik dikatakan keturunan Qibti (Coptic). Jika benar inilah kali pertama Mesir di perintah Qibti selepas pembebasannya oleh sahabat Amru al-'As pada tahun 640M.

Peranan Qibti dalam kerajaan sementara ini lebih terserlah apabila tiga menteri dilantik dari kalangan mereka. Kaum Qibti tercatat peranannya dalam sejarah Mesir apabila turut sama berjuang menentang Napoleon ketika Perancis menjajah Mesir satu ketika dulu, tapi bukanlah dalam menentukan pemerintahan.

Memetik kenyataan [9] Dr. Hilmi Al-Qa'oud seorang jurucakap Ikhwan yang menjelaskan peranan Qibti termasuk juga menggerakkan Tamarrud untuk menjatuhkan Morsi:

"In recent days, the Church has praised the mercenary Tamarrud movement, with [Coptic Patriarch] Tawadros expressing his happiness over its existence and over the June 30 protests by secularists and by sectarian [elements, i.e. the Copts], and encouraged [the Copts] to participate in them. Likewise, Christian satellite TV channels ceaselessly incited [their viewers] against the Muslim president [Mursi] and the Islamic movement. [Thus, for example] a female Christian rebel broadcaster declared, 'Christ's blood must fill the [city] squares,' and sectarian rebels claimed that Islam would end on June 30 and that they would never accept shari'a rule."

Amat memeranjatkan apabila terdapat riwayat yang mengaitkan gerakan pemberontakan Qibti ini dengan tanda dekatnya kemunculan al-Mahdi seperti petikan dalam sebuah buku dalam bab Mesir sebelum kemunculan Mahdi seperti petikan dibawah:



Penulis menulis buku ini berdasarkan riwayat berkenaan gerakan pemberontakan oleh Qibti di Mesir seolah-olah peristiwa itu sedang berlaku padahal buku yang bertajuk "Imam Mahdi: Dari proses gerakan hingga era kebangkitan (Judul asli: Ashr Adh-Dhuhur)" dimana cetakan pertamanya tahun 1987, dan diterbitkan oleh Pustaka Misbah, Jakarta hanya pada tahun 2004.

Peristiwa Bulan Ramadhan

"Jangan kamu bantu orang melakukan kebatilan meneruskan kebatilannya dan orang yang zalim meneruskan kezalimannya" Kata-kata ini tetera dibawah sekali dikalendar Mesir untuk hari Jumaat bertarikh 17 Ramadhan

Tempoh kejatuhan seorang pemerintah yang mempunyai sifat-sifat seperti dijelaskan sehingga tibanya peristiwa peperangan besar akan memakan masa selama 20 bulan. Kalau peristiwa kejatuhan Mubarak mengikut kiraannya sudah 17 bulan apakah bakinya akan berlaku peristiwa-peristiwa berikut seperti di petik dari buku " "Huru-Hara Akhir Zaman" karangan Amin Muhammad Jamaluddin (dekan Pascasarjana Fakultas Dakwah dan Tsaqafah Islamiyah, Universitas Al Azhar, Kairo)(Penerbit Aqwam, Julai 2003):Halaman 97:

------------------------------------------------------------------------------------

Keanehan-keanehan yang terjadi pada Ramadhan dan petaka-petaka dahsyat pada bulan Syawwal, Dzulqaidah dan Dzulhijjah. Al-Mahdi akan muncul di bulan Muharram. Pada Ramadhan sebelum kemunculannya, terlihat beberapa tanda-tanda nyata dan peristiwa- peristiwa yang aneh di langit. Mula-mula terjadi guncangan, kemudian muncul gelegar suara yang keras dan dahsyat, setiap orang bisa mendengarnya, kemudian muncul bintang berekor yang menerangi langit, kemudian matahari dan bulan mengalami gerhana.

Jika peristiwa-peristiwa diatas telah terjadi pada bulan Ramadhan, maka pada bulan Syawal akan terjadi huru-hara (ma'ma'ah). Kemudian pada bulan Dzulqaidah akan terjadi konflik antar suku dan perselisihan antara negeri Islam. Kemudian pada bulan Dzulhijjah, pada musim haji, akan terjadi perampokan terhadap para jama'ah haji dan peperangan antara suku dan bangsa Islam, sehingga darah mengalir di Jumrah 'Aqabah pada hari-hari Idul Adha di Mina.

Jika peristiwa di atas telah terjadi, maka Al-Mahdi muncul dan dibaiat pada hari Asyura bulan Muharram.Saya akan menyebutkan beberapa hadits mengenai hal ini yang sebenarnya cukup banyak:

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw.

bersabda:"Pada bulan Ramadhan terlihat tanda-tanda di langit, seperti tiang yang bersinar, pada bulan Syawwal terjadi malapetaka, pada bulan Dzulqa'idah terjadi kemusnahan, pada bulan Dzulhijjah para jamaah haji dirampok, dan pada Muharram, tahukah apakah Muharram itu?"

Rasulullah saw. juga bersabda:"Akan ada suara dahsyat di bulan Ramadhan, huruhara di bulan Syawwal, konflik antara suku pada bulan Dzulqa'idah, dan pada tahun itu para jamaah haji dirampok dan terjadi pembantaian besar di Mina dimana banyak orang terbunuh dan darah mengalir disana, sedangkan pada saat itu mereka berada di Jumrah Aqabah".

Beliau saw. juga bersabda:"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"

Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Muhammad bin Ali berkata:"Sesungguhnya, Al-Mahdi yang kita nantikan itu memiliki dua mukjizat yang belum pernah terjadi semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, bulan mengalami gerhana pada malam pertama bulan Ramadhan, sedangkan matahari mengalami gerhana pada pertengahan bulan itu, dan kedua hal itu belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi". (diriwayatkan Daruquthni dalam sunannya).

------------------------------------------------------------------------------------


Komet ISON dinantikan penuh debaran oleh ahli astronomi hujung tahun ini

Dalam riwayat diatas juga dinyatakan saat kemunculan Imam Mahdi itu dituruti dengan kemunculan bintang berekor yang amat terang. Apakah satu kebetulan apabila ahli-ahli astronomi sedang menantikan dengan penuh debaran pada hujung tahun 2013 ini akan kemunculan Komet ISON kalau mengikut pengiraan mereka cahayanya akan menerangi langit seperti waktu bulan terang? [10]

Wallahua'lam

petunjukzaman"


 Video Bara Api Bawah Tanah di Yemen
Posted on Thursday, July 25 @ 23:17:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: go2syam

"

YEMEN - 4 Jun 2013 Penduduk di kawasan Al Salam, bandar Al Hadaydah, Yemen (Hadramaut) gempar setelah asap serta api keluar dari pe...

YEMEN- 4 Jun 2013

Penduduk di kawasan Al Salam, bandar Al Hadaydah, Yemen (Hadramaut) gempar setelah asap serta api keluar dari perut bumi di sebuah kawasan pembentungan.

Sejak 10 hari lalu, kepulan asap keluar dari bawah tanah, yang kemudiannya diikuti oleh api kebakaran yang mengakibatkan retakan pada permukaan bumi. Dua hari kemudian api semakin merebak dan bahagian bawah tanah kelihatan membara.

Kawasan penempatan di bawah Lembaga Kemajuan Tihama ini dipercayai pernah menjadi lokasi rahsia pembuangan dan pelupusan sisa radioaktif sekitar tahun 80an dahulu.
_______________________________



Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)

Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)

Beberapa riwayat hadits perihal fenomena api dari perut bumi Yemen:
• Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Hudzaifah bin Usaid al-Ghifari ra berkata, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya tidak akan terjadi kiamat sebelum kalian menyaksikan sepuluh tanda besar: 1. Keluarnya asap (dukhon). 2. Keluarnya Dajjal. 3. Keluarnya binatang melata. 4. Terbitnya matahari dari barat. 5. Turunnya Isa bin Maryam. 6. Keluarnya bangsa Ya'juj Ma'juj. 7-9. Terjadi tiga penenggelaman daratan di bagian barat, timur, dan Semenanjung Arab. 10. Keluarnya api dari arah Yemen, yang menggiring manusia ke tempat berkumpul mereka."

• Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hudzaifah bin Asid ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman, yang menggiring manusia ke tempat berkumpul mereka (mahsyar mereka).” Dalam riwayat lain: “Dan api yang keluar dari lembah ‘And yang menggiring manusia.”

• Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Turmudzi dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Akan keluar api dari Hadramaut atau dari laut Hadramaaut sebelum datangnya hari kiamat yang mengumpulkan manusia.”


__________________________________

عبدالجبار زياد
اليمن /الحديدة .. Yemen - Hodeidah
نيران تتوهــج تحت الأرض فى منطقة ( حي السلام ) جوار احواض المجاري شرق شارع جيزان بعد فرزة حرض .
يقول المواطنون ان منذ حوالى 10 ايام وبشكل مفاجئ تصاعدت اعمدة دخان نبعت من الارض ثم تلتها نيران احدثت تشققات
ومنذ يومين زادة النيران وهى فى تزايد مستمر
وقال المهنــــــدس محمد الصغيري الخبير الجيولوجي في هيئة تطوير تهامة ( محافظة الحديدة )

أن تلك المواد تم نقلها من منطقة جميشة في ثمانينات القرن الماضي إلى منطقة الأحواض ودفنها هناك.

وأضاف بأن تلك البراميل تحتوي على مواد كيميائية خطيره وذات نسب إشعاعية كبيرة.

وأوضح أن كافة التقارير الرسمية تفيد بأن الشركات التي استخدمت تلك المواد كانت قد التزمت بالتخلص منها، وأنها قامت بذلك بحسب التقارير الرسمية إلا أن أصواتاً تصاعدت حينها مطالبةً بإشرافٍ وطني على كيفية التخلص من تلك المواد.

وقال الصغيرى تلك المشكلة البيئية ظلت طي الكتمان ولم يتم التجاوب معهم بل أن بعض الخبراء تم نقلهم أو إيفادهم في دورات خارج البلاد، مضيفاً بأن تواطؤا الجهات العليا حيال الأمر هو ما سهل نقلها ودفنها في مكانٍ آخر.

وتابع "الصغيري" أن مركبات تلك المواد مكونة من البروم ومادتي الكوبالت المشع والنحاس الأحمر وحال تفجر الحاويات التي تحتضنها واتحادها يؤدي إلى تصاعد ألسنة اللهب وسحب دخانية. عبدالجبار زياد

Tiada ulasan: